28.3.11

WikiLeaks - Bersangka Baik Dengan Tabligh

Salam 1Umat buat semua umat Islam di serata dunia, terutamanya di Rusia. Apa khabar orang Rusia di sana? Moga-moga sihat sentiasa. Belajar rerajin di sana, jadi anak yang soleh-solehah, patuh perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW. Tak kiralah kita berada di mana, kita sembah Allah Yang Esa, kiblat yang satu, Nabi yang sama. Yer dok?

Oke, hari ni gua nak belajar-belajar husnuzon dengan orang Tabligh. Seperti yang kita sedia maklum, banyak juga orang yang anti Tabligh ni. Daripada anak kecil, anak besar, anak ikan, anak isteri, anak ustaz, anak ahli tarekat, anak geng NGO, anak parti politik dan lain-lain anak lagi. Bukan gua nak kata semua orang anti, tapi gua nak kata orang yang anti ni terdiri dari berbagai golongan.

Kenapa Anti?
Gua pun tak faham sangat apa yang diantikan mereka. Dulu gua pun anti juga. Scene gua sedap-sedap tengah layan TV, tiba-tiba ada orang datang bagi salam ajak sembang. Memang potong stim. Kendian jumpa tengah jalan, deme ajak gi masjid ada majlis. Walaupun deme tak memaksa, tapi entah. Agaknya ifrit dalam hati gua ni meronta-ronta tak suka kepada kebaikan lagi kot masa tu. Kalau ada je puak-puak ni datang rumah, semua pakat sembunyi tahan nafas nak bagi nampak rumah tu tak ada orang. Eh, macam-macam lagilah.

Yelah, part orang nak ajak buat baik mana ada orang suka yer dok? Berlawanan dengan nafsu dan fitrah. Syaitan pun tak suka. Imagine jelah Nabi SAW ke Taif dulu sensorang nak pergi dakwah, siap kena punggai batu, najis, kayu dan sebagainya. Macam tulah juga bila geng Tabligh ni masuk masjid yang 'keras', adalah pula AJK masjid yang punggai beg deme halau keluar masjid. Isk isk isk. Yang pergi ziarah rumah kena halau dengan parang pun ada gua cakap lu. Isk isk isk lagi.

Geng Tabligh busuk. Tinggal anak bini. Tak bagi nafkah. Tinggal dunia. Kejar akhirat. Gaduh dengan bini. Tak kena zaman. Cara kolot. Pendekatan tak kreatif dan inovatif. Kufur nikmat. Apa lagi? Nampak yang negatif-negatif je yer dok? Sian ke deme.

Survey UM
Jadi pada suatu hari gua terjumpa seorang kawan ni. Sedap-sedap berborak isu semasa tiba-tiba beliau mengeluarkan satu cerita sejarah dari arkib. Beliau kata, dulu-dulu (lebih kurang tahun 90an) dekat UM ada buat satu survey. Survey lelaki yang paling diminati makwe-makwe UM. Keputusan survey menunjukkan lelaki Tabligh paling ramai diminati makwe. Gua yang mendengar pernyataan tersebut gelak guling-guling tak cukup tanah.

Kendian gua pun cari kawan-kawan gua orang Tabligh untuk bertanyakan soalan yang terbuku di hati. Benarkah pakwe tabligh diminati ramai makwe? Gua cari punya cari semua orang tak mau jawab soalan gua. Deme kata, "Kalau nak tahu jomlah ikut kami keluar 3 hari."

Keluar 3 Hari
Gua yang mempunyai semangat inkuiri membuak-buak pun ikutlah deme keluar beriktikaf 3 hari di satu masjid. Sepanjang gua bersama mereka gua, mereka tak adalah jawab pun soalan gua. Jadi gua pun observe apa yang patut.

Jadi hari ni gua nak mendedahkan sangkaan baik gua kepada semua umat. Asyik-asyik pandang negatif deme je yer dok? Hari ni kita tengok kebaikan orang pula. Sebenarnya tak baik untuk kesihatan kalau kita ni asyik tengok buruk orang. Lepas tu menyebarkan keaiban orang. Lagilah dilarang. Video seks misalnya.

Untuk itu, gua nak tulis ni ikut style note-note dekat FB ala-ala 'Kenapa Perlu Kahwin Dengan Guru' dan 'Kenapa Perlu Kahwin Dengan Engineer'. Kali ni gua buat, 'Kenapa Makwe Perlu Kahwin Dengan Orang Tabligh'.

Pandai Memasak
Untung makwe yang kahwin dengan suami orang Tabligh pasal deme ni pandai masak. Yelah, waktu deme keluar bermusafir deme ni masak sendiri. Lepas tu gilir-gilir dengan ahli jemaah lain turn memasak. Maka semua orang akan kena masak. Yang tak reti memasak pun boleh jadi reti dengan izin Allah. Kalau paling hampeh pun, reti siang ikan jadilah. Masak bukan biasa-biasa. Untung deme ni pernah keluar dekat kawasan pedalaman, dapatlah bini deme rasa masakan orang Asli misalnya. Maka makwe-makwe gini beruntung pasal beban mereka di dapur ringan. Suami boleh tolong basuh ikan, basuh pinggan, tolong masak, buat kerja dapur dan sebagainya oh!

Romentits
Untung makwe dapat laki orang Tabligh pasal deme ni romentits. Yelah, deme ni pandai takluk hati orang, cakap manis-manis dengan orang, pandai memuliakan orang lain untuk buat dakwah. Setakat bini tu, petik jari je. Deme ni dah jumpa macam-macam jenis orang. Siap kena kejar parang, punggai periuk semua. Dari hati lembut sampai ke hati batu semua dah biasa jumpa. So setakat nak romentits dengan bini tu apalah sangat. Tapi jaga-jaga, romentits sangat pun payah juga.

Tak Payah Pergi Market
Untung makwe dapat laki Tabligh ni pasal tak payah susah-susah pergi market beli barang dapur. Tulis je apa nak beli kendian bagi ke suami. Suami tolong pergi belikan. Makwe duduk rumah je didik anak, buat khidmat dekat rumah. Pergi pasar ni kerja orang lelaki pasal nak elak fitnah besar-besar yer dok? Lagipun kalau makwe masuk pasar, berjam-jam juga habis masa. Tak ke membazir masa namanya tu. Eloklah masa itu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jaga Solat
Kendian untung makwe dapat laki Tabligh ni pasal laki deme 5 waktu solat kat masjid. Tak payah nak suruh dah, deme automatik je pergi masjid bila nak masuk waktu. So makwe-makwe ni tak perlu risau sangat kalau dapat laki liat pergi masjid. Laki Tabligh ni dia orang dah training solat cara Nabi SAW, di awal waktu, di tempat azan dilaungkan dan secara berjemaah.

Tak Kisah Hidup Susah
Andai kata keluarga diuji dengan kesempitan hidup, si laki ni tak banyak merungut. Lek-lek kool je. Pasal laki Tabligh ni dah biasa hidup susah di jalan mujahadah. Tidur pun atas tikar je. Rumah tak ada sofa. Makan pun apa yang patut je. So bini tak payah risau kebarangkalian suaminya nak bunuh diri akibat stress bankrap ke dikejar along ke. Laki dia pandai cari bantuan Allah untuk selesaikan masalah tersebut.

Tak Pening Pilih Baju
Untung lagi jadi makwe laki orang Tabligh pasal tak payah pening nak pakai baju apa hari-hari tak pun hari raya. Nak buat baju kebaya ke, Saloma ke, kaler kuning ke, kaler oren ke. Tak payah pening kepala. Cukup pakai jubah hitam, pakai serba hitam. Simple with attitude omputih kata. Laki Tabligh lagi suka bini deme gitu. Maksudnya bini deme ni sedia taat perintah Allah SWT, ikut cara Nabi SAW, sambut takaza agama. Peewit!

Dapat Melancong
Selain itu bini orang Tabligh ni dapat peluang melancong ke negara luar. Nak pi Holland ke, Indon ke, Rusia ke, New Zealand ke, Hong Kong ke, Jermen ke, mana-mana ke. Apatah lagi ke Mekah. Tak payah risau kalau laki lu kerja menoreh getah je pun. Pandai deme cari duit nak bawa lu melancong ke serata dunia sambil buat kerja agama.

Dapat Lepak Dengan Foreign
Kalau tahap kodi sangat pun tak dapat melancong keluar negara, at least orang luar negara datang rumah kita. Tak ke kool begitu? Orang Jermen datang melawat rumah kita. Pakistan, Hindustan, Arab, Amerika, Tokyo, London dan lain-lain lagi. Dapat jugalah merasa jumpa dan buat kawan dengan orang obesi ni. Untung-untung dapat buah tangan lagi. Pasal orang Tabligh ni kawan deme orang seluruh dunia tak kira ceruk mana pun. Yang penting ada kalimah Lailahailallah.

Malam Pertama
Kendian kalau nak dapat rasa nikmat malam pertama selalu, kahwinlah dengan laki Tabligh. Sudahlah romentits, lepas tu bila dapat terkam bini ofkos serupa malam pertama. Yelah, bil air tertunggak yer dok? Inilah hikmah bini ditinggalkan sekejap. Nak suruh muhasabah diri orang kata.

Kawan Ramai
Selain itu, untung makwe kahwin laki orang Tabligh ni dapat kawan ramai. Macam-macam pesen ada. Salah satu sebabnya, sebab di atas tu. So dapatlah lepak setalam dengan professor, doktor, arkitek, lawyer dan lain-lain lagi. Even kita ni kerja duduk rumah je, tapi otak berkembang pasal dapat kenal dengan mereka. Esok-esok ditimpa musibah, senanglah pasal kenal ramai orang. Even kita SPM pun tak ada, tapi boleh lepak dengan deme yang otai-otai. Duduk sama tinggi, berdiri sama rendah. Kah kah! Bila lagi chance nak dapat weh? Makan setalam dengan orang bijak pandai dunia dan akhirat. Makan dengan menteri. Ahh! Banyak lagilah.

Hensem
Last but not least, laki Tabligh ni hensem. Oh! Hensem tu kan subjektif. Tak semestinya rupa nak kena lesung pipit baru nak kata hensem. Tapi senang cerita laki Tabligh ni hensem pasal depa ni penampilan cara sunnah. Pakai serban sentiasa or at least kopiah atas kepala. Muka bersih bersinar. Janggut cumil. Misai nipis. Gigi sihat pasal gosok pakai kayu sentiasa. Wangi memanjang pasal pakai minyak wangi selalu. Baju bersih, pasal pakai baju putih. Eh, macam-macam lagilah. Tambah pula, pesen yang deme pakai ni rare di akhir zaman. Orang kan suka benda yang unik. Senang nak cari kalau laki hilang dekat supermarket.

****

Eh. Dah banyak sangat gua ulas. Ekceli ada banyak lagi sebenarnya. Tapi ni pun dah panjang. Takpelah. Kalau nak tahu lagi, kenalah cari laki Tabligh ajak kahwin. Jangan cari gua pasal gua idokle orang Tabligh. Tapi kengkawan gua ramailah. Orang Tabligh ni sudahlah rare di akhir zaman ni. So cepat-cepatlah berebut pasal stok yang berkualiti ni sikit je. Tapi kalau kita suruh bapak kita, adik lelaki kita, pakwe kita join Tabligh pun oke jugak. Bagi bertambah sikit kuantiti mereka di pasaran global.

Eh! Tapi jangan niat nak kahwin dengan orang Tabligh pasal sebab-sebab di atas. Semua nikmat tu Allah yang bagi juga, selagi mana deme ni taat perintah Allah SWT ikut cara Nabi SAW dan tak langgar tertib. Niat kahwin ikhlas kerana Allah SWT. Nanti pandai-pandailah Allah SWT nak bagi nikmat ke kita asbab berkat buat usaha agama.

Hakikat Sebenar
Tapikan hakikatnya ini bukan sifat kelebihan orang Tabligh. Tapi sepatutnya semua umat Islam harus ada. Sebab semua ini telah ditunjukkan oleh Nabi SAW untuk semua orang Islam amal sejak dulu lagi. Bukan orang Tabligh je.

Nabi SAW dulu sentiasa membantu isterinya di dapur. Dia tak suka membebankan isterinya. Nabi SAW suka meringankan isterinya buat kerja rumah. Sehinggakan bajunya yang koyak dijahit sendiri. Nabi juga romentits melayan para isterinya. Alarh, lu orang pun tahu macam mana Nabi layan bini. Tak payah gua nak cerita panjang. Romentits tu kan sunnah.

Solat juga Nabi SAW jaga. Pernah dengar Nabi SAW solat fardhu sendiri-sendiri? Tak pernah brader, tak pernah. Ini yang semua orang kena ikut, bukan orang Tabligh je. Nabi SAW pun hidup susah je. Even dia pemimpin umat Islam seluruh dunia, dia tidur atas tikar je sampai berbirat badan dia.

Jadi bini Nabi pun senang je. Pakai baju sepesen je. Satu hari sorang bini Nabi nak kaler baju dengan pewarna, Nabi yang nampak perbuatan itu terus memalingkan muka. Nak tunjuk kata Nabi tak bagi perempuan berhias lebih-lebih pakai baju warna-warni. Opps!

Lepas tu Nabi juga berhijrah ke sini sana. Pergi ke merata tempat. Ziarah rumah orang. Macam-macam orang dia jumpa. Macam-macam tempat dia pergi bermusafir. Sahabat Nabi pun ramai. Dari macam-macam spesis. Ada kulit hitam, ada kulit putih. Ada orang Arab, ada orang Parsi. Ada rambut kerinting, ada rambut lurus. Ada orang kaya, ada orang miskin. Ada bisnesmen, ada lawyer, ada menteri. Semua sama saja. Duduk makan sekali juga dengan Nabi SAW. Salam-salam, peluk Nabi. Oh! Yer dok?

Lastly, Nabi ofkoslah hensem yer dok? Jadi idaman ramai wanita.

Nabi Contoh Semua
Brader! Nabi SAW tunjuk dekat semua umat Islam suruh ikut. Bukan orang Tabligh je. Ini yang para sahabat Rhum ikut zaman mereka dulu. Sampai orang kafir tanya apakah itu Islam, mereka jawab kamilah Islam. Tiru macam kami nescaya kamu berjaya! Maka berbondong-bondonglah orang kafir masuk Islam.

Tapi kalau orang kafir tanya dekat kita apa itu Islam, kita jawab apa? Nak cakap, tiru macam kami? Habis lingkup. Kita jawab, cik pergi kedai buku carilah buku pasal Islam. Sampai macam tu sekali, sebab kita tak amal agama dalam kehidupan kita. Tak boleh langsung nak jawab apa itu Islam. Maka berbondong-bondonglah orang Islam keluar Islam.

Oke. Dah sangat panjang. Ni entri kedua terakhir untuk tempoh terdekat ni. Lepas ni gua nak pergi melancong berbulan-bulan ke luar negara tanpa ada akses internet. Kalau Allah SWT izin, adalah gua update apa-apa yang patut. So nantikan entri terakhir istimewa Khamis ini. Ada kejutan dan hadiah menarik bakal dimenangi. Okbai!

Tajul kata, "Saya ikut Tabligh bukan saya nak tinggal dunia. Tapi saya nak bawa agama masuk dalam dunia saya."

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

69 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam 1Umat buat semua umat Islam di serata dunia, terutamanya di Rusia. Apa khabar orang Rusia di sana? Moga-moga sihat sentiasa. Belajar rerajin di sana, jadi anak yang soleh-solehah, patuh perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW. Tak kiralah kita berada di mana, kita sembah Allah Yang Esa, kiblat yang satu, Nabi yang sama. Yer dok?

Ibnu Mutalib said... [Reply]

hak3,yg ni terasa nak share lak kt FB,tapi cam promote diri lak..terbaeeekk bro

menusuk hati said... [Reply]

betul tu bro..kita memang patut berbaik sangka walaupun dengan parti B,parti P n sebagainya..ooppsss!!

MATAHARI said... [Reply]


Tajul kata, "Saya ikut Tabligh bukan saya nak tinggal dunia. Tapi saya nak bawa agama masuk dalam dunia saya."


this words win.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

matahari,tajul tu sapa?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

kan aku dah cakap. kau ni banyak post pasal kawen. haha.

eh bro, macam mana pula wanita pilihan orang tabligh?

hamshira said... [Reply]

baik! sekarang jugak nak mintak ayah carikan calon suami tabligh!


err. ok, tak

kena tiru akhlak isteri nabi dulu, insya Allah





ehemm..khuruj ke rusia kah?



ok tata, bai!

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Kalau la Incik Bachok lelaki Tabligh..
huahuahua..

Aku nak buat plak la..

"Kenapa perlu kahwin dengan Technician"

hahahahhahahaha

Wafi said... [Reply]

kahkahkah... survey UM tu mmg xtahan... erk camni nak kena kawan gak ngan tabligh.. mana tau boleh dapat tempias2 akhlak baik.. hehe.. tajul mmg kool!!

Wafi said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]

"Jangan cari gua pasal gua idokle orang Tabligh"..

Kalau macam tu, gua lagi malu nak mengaku gua orang Tabligh.. T_T

Anne M. said... [Reply]

tabligh gua faham.
wahabbi gua faham.
hizbut tahrir tu camna lak?

ikanlaga said... [Reply]

ooo gua like dis!
may Allah bless u n they, who spread the da'wa.ameen.

Zamir Amno said... [Reply]

like3

Bijen M. said... [Reply]

IBM,
Janganlah cakap kau orang Tabligh.
Cakap kau umat Islam yang cuba belajar taat perintah Allah dan ikut cara Nabi.
Tak ke kool begitu?

MH,
Aah.
Memang patut.
Patut patut.

MAT,
Mungkin boleh ubah stigma masyarakat kata Tabligh tolak dunia.

IBM,
Tajul tu adalah seorang manusia yang kita tak tahu siapa.

PEN,
Ni bukan kategori masturat.
Masturat hari tu je.
Argh!
Jangan salah faham bro.
Wanita pilihan orang Tabligh gua ada post dekat status Pembantu Dai'e dikehendaki tu.
Nanti gua balik Malaysia gua ulas panjang.
Okbai.

Bijen M. said... [Reply]

SHI (Cumil),
Err apesal spesel sangat gua tulis nama begini.
Ekekeke.
Azam insyaAllah.
Eh tak, bukan Rusia.
Ke... tunggu post Khamis.
Okbai!

AAT,
Ha ha ha.
Nanti dah buat tag aku.
Okbai!

WAF,
Moga-moga banyak orang macam kau dekat dunia ni.
Yang belajar-belajar taat perintah Allah SWT, hidupkan sunnah Nabi SAW.
Okbai!

FUA,
Haaa!
Fuad orang Tabligh weh!
Cepat-cepat mengurat dia!
Okbai!

ANN,
Hizbut Tahrir tu hensem jugak.
Deme perjuangkan khilafah.
Pergilah belajar denga deme tengok apa yang baik.
Okbai!

Bijen M. said... [Reply]

IKA & ZAM,
Button like ada di atas.
Sekian terimas!
May Allah bless us and owes choose us to spread the deen.
Ameen.
Okbai!

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Tiba-tiba aku rasa macam bc blog Intan NurulfATEHA PLAK bila ko balas komen camni..

Okbai!!

hahahhaha

Anonymous said... [Reply]

err...kalau tampal artikel ni kat papan kenyataan masjid ok kot, bg jemaah masjid faham sikit, mana2 yg tak bg jemaah masuk masjid deme

Norsha said... [Reply]

salam,
sokong sangat2 bab tak yah g market, tak pening pilih baju, tak kisah hidup susah, tak pilih makan, tak busuk wangi sokmo, rajin wat kerja rumah, tak risau pasal solat, sokong3...

Ibnu Mutalib said... [Reply]

erkkkk,terkena sedas.. ye3,aku bukan org tabligh

Bijen M. said... [Reply]

AAT,
Argh!
Makwe mana pulak dah ni?
Okbai!

TN,
Haa.
Cuba copy, paste, print, potostet.
Lepas tu tampal kat masjid.
Baca kat depan pun tak apa.
Lepas tu ajak deme makan saprah panjang.
Baru kool.
Okbai!

NOR,
Eh laki akak orang Tabligh ke?
Untunglah akak.
Okbai!

IBM,
Okbai!

matadore said... [Reply]

orang baik je dapat orang baik.

gua belum cukup baik.

okthxbai!

Myra Arshad (: said... [Reply]

waahh. nak kena pergi lelaki tabligh macam ni. hihi :D

yg part best tak payah susah2 carik baju and romantis malam pertama. bahahahah. i loike T__T

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)org tabliq hatinya berani.
kalau dia begitu concern umat,
fikir2 lah sendiri concern dia pada kita dan anak2 kita nanti.
MY FiRST CHOICE FOREVER N EVER!
~KARKUN~
(",)

buDAK keCIK said... [Reply]

whoa. bru ku taw psl org tabligh ni. selama ni pn mmg ak slalu dgr psl deme ni suka tnggal anak bini kt umah.

pape pn, trima kasih sbb gtaw kebenarannya... =D

Bijen M. said... [Reply]

MTD,
Gua pun belum cukup baik.
Agak-agak boleh dapat gua dak?
Okebai!

MYA,
Fokes dia bukan lelaki Tabligh der.
Tapi laki yang amal agama dalam kehidupan.
Part tu je yang best.
Isk isk.
Okebai!

UKM,
Ish.
Kesianlah kat ikhwan usrah Mard.
Deme pun hati berani juga.
Okebai!

BK,
Gua pun baru tahu juga.
Orang kata tak kenal maka tak cinta.
Selagi kita tak duduk dengan deme, kita tak tau.
Kita pandang buruk-buruk je.
Padahal banyak lagi yang baik untuk dipandang.
Yer dok?
Okebai!

ukhti,mardhiah said... [Reply]

t.bijen,
karkun-usrah---->t.bijen
karkun-karkunah---->mard
(",)
xda hl.up to u.
still,forever n ever
~karkun~

نور توفيقا said... [Reply]

Awak..
Tabligh tu amalan.. Sama macam da'wah.. Bukan tittle.. Bukan kerja yang specific to certain group.. Lainlah Doctor, Engineer..
Tabligh is a verb..

Orang kita dah sangat terbiasa with such terms.. "Orang tabligh".. Sebab tu jadi macam berkelompok. Orang tak rasa ada fitrah untuk berda'wah, untuk tabligh. Allah cipta kita sebab 2: Ibadah, Khalifah. Tabligh kan amongst amalan ahli ibadah & khalifah..

WA..

"Jadilah dai'e yang bekerja sebagai executive/ doctor/ engineer/ etc, bukan executive/ doctor/ engineer/etc yang bekerja sebagai dai'e.."

Afida Anuar said... [Reply]

hmmm..tiba-tiba gua teringat..tahun lepas gua pernah lari dari orang tabligh...errr,pasai...

gua duk umah sorang2..pastu gua duk menyiram bunga kat luar..gua pun nampak la orang tabligh ada la 4,5 orang datang.. pastu gua lari masuk .. Gua senyap je duk dalam rumah. Buat2 macam takde orang..huhu..

rugi kan? rugi kan? mana la tau kalau gua keluar, agak2 salah seorang tu boleh dibuat calon suami..ke ke ke.. (gatai!)..haha

~PENCHENTA~ said... [Reply]

weh. aku rerasa nak buat survey macam survey UM tu kat FB. boleh dak? boleh dak? haha

airazulaikha said... [Reply]

suka entry ini..heheh
atok saya pun sgt baik..pandai masak, bijak..dan dia org tabligh....hehe
cakap omputih giler handal..cucu dia pulak yg ternganga bila tgk dan dgr..
dlm hati , giler hebatlah atok aku ni rupanya.. :)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

luculah komen si airazulaikha ni
(",)

Muhammad Fahmi said... [Reply]

T E R B A I K punya post! Tabik springgggg...

menusuk hati said... [Reply]

Assalam bro..moga lu dapat 4B spt yg lu hajatkan tu...aminn...kalau dh kja mcm gua,kenalah kumpul cuti selama 4tahun setengah,baru boleh 4B..Hu...

okbai

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Wahh.
Dah pandai buat persamaan kimia.
Nak jadi cikgu kimia ke?
Baguslah.

PQA,
Yelah antu Pqa. (Ammu - pakcik, antu - makcik. Correct me if I'm wrong!)
Tu yang saya tulis dekat 'Hakikat Sebenar' tu.
Membetulkan salah faham.
Wahh!
Sukalah ayat last tu.
Dapat mana?
Mesti orang punya ayat tu bijak dan kacak.
Okebai!

AFA,
Rugi, rugi.
Sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya.
Okebai!

PEN,
Err.
Entah.
Istikharahlah dulu.
Okebai!

AIZ,
Bravo atok Aira.
Geng gengster sama gua dulu-dulu.
Tapi dia lagi otailah.
Okebai!

UKM,
Jika kita nampak apa yang Nabi nampak, nescaya kita akan banyak menangis.
Okebai!

MUF,
Terbaik punya komen.
Salute!
Okebai!

MH,
Nanti aku doa KERAJAAN bagi cuti bergaji dekat kau 4B.
Kerajaan mana itu yang kita tak tau.
Tunggulah pilihan raya nanti.
Okebai!

Wafi said... [Reply]

sedikit perkongsian.. aku yang baru2 belajar kwn ng tabligh.. satu hari ni aku g dengar majlis orang tabligh buat... tengah mamat ni duk cakap kebesaran Allah... sampai satu part 'Allah yang menghidupkan, Allah yang mematikan, hatta kanak2 baru berumur 2bulan sekalipun boleh diambilNya kembali'

tiba2 ada sorang masuk dari pintu masjid bawa mayat bayi untuk disolatkan...

grr meremang bulu aku brader!

azharjaafar said... [Reply]

Bab 'Pandai Memasak' dan 'Tak Payah Pergi Market' tu aku masih tak dpt buat.. heheh..

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)sedap tuan haf jam memancung.
oktaa.

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

maanfaat buat usaha dakwah lagi satu tuan kene masukakan ialah,
bagi student2..

mudah buat presention,dah xde malu lagi dah...

bayan di masjid di solat jumaat,
dlm majma yg besar,Allah bagi sifat berani...

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

tahun bila diorg wat survey tu? nape xsmpai kat akk pun? ish...ish...diorg sorok kertas survey nih.takut dgn jwpan i la tu..hmmmm setuju la dgn sume isi penting karangan ni..mmg pakej la diorg ni..dh la edisi terhad...Alhamdulillah dh dpt~~~

akk doakan awk dpt g IPB...InsyaALLAH...doa bebanyak hokey!

Bijen M. said... [Reply]

WAF,
Mak aii cash Allah tunjuk depan mata.
Untunglah deme dapat rasa live.
Moga terkesan dalam hati.
Okebai!

AZJ,
Ahahaha.
Kes lepak India selalulah ni.
Takde chance nak masak.
Yer dok?

UKM,
Bab memancung siapa je pandai?
Okebai!

APS,
Ahahak.
Lepas ni khusus untuk student pulak.
Kali ni bab kahwin.
Ekekeke!

CS,
Time tu akak takde kat bilik.
Deme pun gi lah bilik sebelah.
Or maybe sebey tu diedarkan kepada makwe-makwe hot je kot.
Alhamdulillah.
Takmo kongsi ke suami tu?
Okebai!

Umma-ali said... [Reply]

aslm...
peewit! sume yg bijen notasikukan ni mmg tepat dan bernas!!! nenek ni dah lebih 20 thn berlakikan org tabligh...mmg sohih!!!
masak?
dia lbh pndai dari kita...
romantits?
syhhh...tak leh citer laa...
market?
boleh kira sepanjang lbh 20 thn tak sampai 5 kali jejak pasar yg berair2 tuu...tapi shopping store ada lah jgk jejak...tapi tak lah selalu...sekadar sesekali silaturrahmi dgn pak mydin, kot2 kecik ati dia nek dah lama tak ziarah dia...hehehe.
melancong?
hadith Nabi SAW lbh krg, melancong bagi ummatku ialah jihad di jalan Allah...alhamdulillah dah byk tmpat pegi...bkn nak eksyen...nak bg semangat...ni azam nak pg obesi thn dpn insyaAllah...
hmm...semua betul lah si bijen tulis nih!!!
tapi wahai anak2dara sekelian...
nak dapat ni semua kenalah ada korban perasaan...
sbb org tabligh ni suka kumpul duit utk pg dakwah...
jadi byk keinginan2 kita mungkin tak dapat dilaksanakannya...
nak apa2 mintak dgn Allah yea...
mungkin kekadang raya pun tanpa sidia...masa bersalin pun mungkin dia tiada di sisi...
inilah namanya korban...
insyaAllah semua dipandang olehNya.
so, siapa sedia???

Umma-ali said... [Reply]

eh lupe!
hansem???
uihh tak leh citer gak...
nnti ada pulak yg teragak...
janggut panjang secekak tambah kacak...

airazulaikha said... [Reply]

ukhti mardiah..
lawak eak.. tp itu realitinya..heheh

Ibnu Mutalib said... [Reply]

waaaa, umma-ali mmg jujur..

actually setiap pro ada kontra.
yer dok

cik_paan said... [Reply]

oh...
camtu rupanya..
aku ade gak bace pasal diorang ni
lebih kurang cam ko bace

nak cari lelaki tabligh??

aku pun banyak benda nak kena betulkan ni

aku said... [Reply]

aku ni ramai kawan2 tabligh......aku tgk diorg ni asyik amar maaruf jer....nahi mungkar diorg tak buat....tu sebab aku tak suka tabligh....

Bijen M. said... [Reply]

UMA,
Soalan cepukmas.
Sedia kongsi suami anda?
Ekekeke!
:P

AZ,
Aah.
Itu realitinya Mard.
Dengar tu.

IBM,
Takdelah kontra sangat pun kalau fikir-fikir balik.
Orang kata mana nak rasa nikmat tanpa ada pengorbanan.
Yer dok?
Ekekeke.

CIP,
Eh, tak suruh cari lelaki Tabligh.
Tapi cari lelaki yang taat perintah Allah SWT, ikut cara Nabi SAW.
Sama saja sebab kejayaan manusia dalam agama.

AKU,
Eh, dulu aku pun tak suka Tabligh.
Bukan Tabligh saja, usrah, Salafi, PAS, UMNO, Anwar, PKR dan apa-apa lagilah.
Tapi satu hari ada member cakap ke aku.
Kita kena hormati usaha orang lain sebab kita tak tahu takut-takut ada sunnah yang mereka amalkan.
Bila kita menolak orang lain yang mengamalkan sunnah, bererti kita menolak apa yang disampaikan Nabi SAW.
Bila kita menolak Nabi SAW, kita bukan lagi umat Nabi SAW.
Maka kat ahirat kelak, aku takut tak ada siapa nak bagi syafaat dekat aku.
Aku takut, aku takut!
Lagi satu, kita tak boleh menghukum sesuatu usaha hanya sekadar kita tengok 2-3 orang saja.
Contohnya, aku tak suka Islam sebab orang Islam kaki rogol.
Lagi satu yang teh last punya, bukankah kalau kita nak amar maaruf dalam masa sama kita dah nahi mungkar?
Contohnya kita nampak orang tengah main gitar tak solat.
Kita ajak dia solat.
Bila dia solat maka dia telah tinggal gitar dia.
Tak ke begitu?
Aku yakin kau lagi pandai dari aku.
Tolong ajar please mana aku salah.
Eh, panjang pula gua jawab.
WA.
Okebai!

aku said... [Reply]

Org tabligh suka tinggal anak bini….tak tunaikan nafkah…korang amalkan hadith daif…..naper korang tak dakwah org yang kat disko…..yang berdua-duaan……..ha……….naper?
3 hari……40 hari…..4 bulan……bidaah tu….korang tak amik politik…..sedangkan politik ader dalam islam….ha…….naper?
Aku tgk kawan2 korang dari palestin dtg kat m’sia………naper diorg tak g jihad….naper?

Bijen M. said... [Reply]

AKU,
Ouch!
Ahaha melenting dah.
Nak tahu kenapa?
Serius ni nak tahu?
Kalau setakat main-main nak cari salah orang, tak kuasa I.
Kalau betul-betul hati ikhlas nak tahu, emel aku notasiku@gmail.com
Aku kasi nombor telipon, kita set date and venue.
Aku belanja makan ciken goreng ke, apa ke.
Nanti aku cerita.
Eh silap, kawan aku cerita.
Aku ni bukan le orang Tabligh.
Okebai!

Gua yg pernah benci tabligh said... [Reply]

salam kpd Aku,
bila baca komen Aku, takdelh nak
marah tapi mungkin sbb Aku tk berapa jelas kot bbrapa perkara (mcm gua dulula)

ok, gua jawab ye,
bab tinggal anak bini:
org biasapun ada jugak tinggl anak bini, pakchik gua kerja tentera, 4 bulan tinggal bini jugak, cuma depa tinggal sbb kerja, yg ini tinggal sbb agama

bab tak de nahi mungkar,
bila hati kita suka kpd kebaikan, otomatik kita tak suka pd pekara kejahatan, yer dok? So, kita usaha atas hati dulu, bila hati suka kpd pekara halal, kita tk cari pekara haram

bro, tk baik lu ckp org tabligh tak ambik tahu pasal politik, gua
punya abgipar pun tabligh tapi dia g gundi tau, gua punya bos pun tabligh, diapn gi gundi, siap bwk balik bendera wrna hijau lagi, kalau lu ckp diorang sume tk g gundi lu dh buat fitnah, gua punya abg ikut juga perkembangan politik tapi dia takdelh g brdemontrasi, dia ambik tahu tapi takdelh over, berpada2 la...

Bidaah? ini gua tk berani ckp, tapi klu nabi & para sahabat tk g berdakwah kt merata tempat camnelak
islam blh tersebar smpi sini?

Aku, dulu gua pun benci kt abg ipar gua. Gua siap hasut kakak gua tuntut cerai tapi dia kool je, kena halau pun abg ipar gua rilek je takde marah2, tapi bila satu hari gua nampak dia tido kt luar masjid, teruk kena gigit nyamuk, gua rasa sayu, gua ckp dlm hati, tk sume org mampu wat camni, lepas tu wa tk benci dia lagi...

gua pernah tanya kakak gua pasai tinggai ni, lu tahu dia jwb apa?
ada 360 hari dlm setahun, dia kena tinggai cuma 40 hari je, tkkan tokleh tolak ansur kot? mereka bahagia bro w/pun selalu kena tinggai

kpd Aku, org tablighpun manusia biasa, merekapun buat silap, depa keluar tu nk baiki diri. Mmglah aku ada jumpa org tabligh yg hampeh , tu salah depa sendiri bkn salah usaha tabligh ni

W/pun aku tk ikut sgt depa buat keja ni, tapi aku kagum sbb depa sanggup turunkn ego depa, aku pernah tgk org tabligh kena makin hamun dpn ramai, sedih bro...

Abg ipar aku w/pun pernah kena pulau dgn kuarga aku tapi dia tk pernah brdendam, aku prnah tanya, buat apa balik kg klu sume org tk suka, dia jwb, sebagai anak dia akan terus balik utk ikram orgtua..gua respek betui

Maap bro, klu bro tersalah cakap, aku ckp dr pengalaman aku sendiri

bro, sume manusia ada kelemahan dan kekurangan masing2, lu caya tak?

Aku yg pernah benci tabligh said... [Reply]

O silap....maap bro, klu gua tersalah cakap, gua ckp dr pengalaman, dr pemerhatian, dulu gua benci tgk org tabligh, perasan baik, nk tunjuk lagak pg masjid, jln tunduk konon tapi bila gua p duduk dgn depa, gua cuba cari kelemahan depa, gua baru tahu kenapa depa sabar kena kata mcm2...

gua doa Allah bg lu faham, bro

Gua yg pernah benci tabligh said... [Reply]

nape diorang tak g dakwah kat disko? kalau dh g disko, blm tentu blh selamat, takut2 terikut sama

bro, klu kat bilik kita ada org kata ada bom yg boleh meletup bila2, lu berani duduk lagi ke? mesti lu panggil pakar utk tlg buangkn bom tu

Bab tak bg nafkah,
yang bkn tablighpun brlambak tk bg nafkah, tak caya? P tanya pej agama, sbb tu gua ckp mmg ada org tabligh yg hampeh, lu jgn ikut depa, ikut Allah dan rasul

Yang hampeh ada, yang tak hampeh lagi ramai. bro, klu kt satu sek tu
ramai bdk buat masalah disiplin, tkkan kita nk tutup sekolah tu kot? sek kena buka juga, sbb ada lagi org yg nak belajar, tak gitu?

Ya Allah, ampunkan kami

aliaazuan said... [Reply]

Salam..
Ni dok tgh bljr sangka baik la ni...
InsyaAllah smoga Allah bg ana sifat brsgka baik dgn org lain. Amin..

Bijen M. said... [Reply]

Alar.
Banyak pulak orang tolong jawab.
Nanti AKU tak nak jumpa saya dah.
>_<

AKU,
Kepada abang/pakcik AKU.
Saya setia menanti emelmu itu.
Kalau boleh cepat-cepatlah.
Takut esok lusa nanti mati tak sempat taubat.
Saya pun dah nak fly dah tak lama lagi.
Saya nak sangat jumpa pakcik sebelum saya pergi, berkenalan dengan pakcik, selami isi hati pakcik.
Kita sharing-sharing orang kata.
Kalau pakcik ada anak dara, itu lebih bagus.
Oh ya, pasal jemaah Palestin tu pakcik ada tanya depa tak berapa ramai askar Israel dah masuk Islam di tangan depa?
Pasal disko tu, kawan saya ni dulu kaki disko pakcik.
Kaki tonggang, tapi alhamdulillah sekarang Allah pilih dia buat usaha dakwah tabligh.
Tak kurang juga bonser kelab malam dan juga kaki pukul, tarik kereta.
Senang kata banyak kakilah yang sekarang dah insap sekarang ikut Tabligh.
Mat pit, mat rempit, mat ganja, mat rokes pun sama.
Begitulah ceritanya.
Saya menanti emel pakcik ni.
Menanti dan terus menanti.
Wasalam.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

seriously aku rasa terekedu bila baca komen "aku","gua yg pernah benci tabligh" dan jwpn2 Bijen.

aku sedar yg aku termasuk dlm golongan yg hampeh tu. istighfar...
semoga Allah ampunkan kita semua.

errr, buat "aku", emaillah ke bijen,
sian die.
kita bersaudara.
sesama Islam.
apa salahnya sama2 jumpa.

yer dok?

btw, cuba gantikan perkataan "tabligh" kpd "dakwah", misti tak sanggup tulis komen cmtu kan.

sifat Nabi ni bro!

panggil saja rapunzel~ said... [Reply]

hai ok bai!

saya dah tuar nama.
hik.




eh, doanya sampailah nyawa kamu (dan aishah) esok,
kalau tak tak dapat la baca entry seprais.


ye dok?


ok tata bai xoxo

aku said... [Reply]

kau ni tak fahamlah........kalau org serang negara kau......kau nak lari ker.....?

Bijen M. said... [Reply]

IBM,
Kita sama-sama belajar oke?
1, 2, 3 kita bangun.
Huray!

RAP,
Kali ni nama 'RAP' oke?
Hik.
Moga-moga esok Aishah mata bulat baca entry.
Amin.
Okedah!

AKU,
Alhamdulillah sahabat saya yang baru saya kenal ni masih hidup.
Kalau tak, tentu saya tak sempat nak minta maaf dengan beliau.
Semoga Allah memanjangkan usia anda dan memurahkan rezeki anda.
Dan semoga Allah mengurniakan hidayat dan kefahaman sebaik mungkin.

Beginilah kawan.
Saya sangat teringin nak bersua muka dengan anda.
Maklumlah bermuzakarah di sini kurang elok.
Jarum-jarum syaitan sentiasa bersedia mencucuk mana yang patut.
Maka moleklah kiranya anda emel saya secepat mungkin.
Moga-moga Allah mempertemukan jodoh kita berdua.
Dengan izin Allah, Allah telah menangguhkan seketika visa saya.
Maka saya masih berlegar di sekitar Malaysia dalam tempoh terdekat insyaAllah.
Sebelum itu saya tinggalkan anda dengan 4 rangkap cerita.

Ada satu kampung ni.
Ada orang baik tinggal di kampung ni.
Orang baik ni menyeru orang jahat suruh jadi baik.
Tapi ditolak.
Malah orang baik di situ ditindas oleh orang jahat.
Kena ancaman bunuh dan macam-macam lagi.
Hidup terseksa mereka.

Maka ada seorang pemuda ni mengajak kawannya untuk keluar dari kampung tersebut.
Mereka meninggalkan anak isteri mereka serta-merta di rumah.
Mereka berjaya keluar dari kepungan orang jahat.
Mereka pergi ke kampung sebelah.
Kampung sebelah memberikan mereka bantuan.
Mereka membina kekuatan di sana.
Pengaruh mereka bertambah kuat di sana.

Lalu mereka pulang ke kampung asal mereka.
Pulang dengan kejayaan.
Akhirnya orang jahat di kampung mereka surender.

Nak tahu siapa pemuda tersebut?
Nama dia Muhammad bin Abdullah dan Abu Bakar As-Siddiq.
Tuan kenal mereka?
Mereka tinggal nasib anak isteri dalam tangan orang jahat.
Eh silap, di tangan Allah SWT.
Semoga Allah bagi kita semua faham.
Amin.

Argh!
Komen dah serupa entri.
Apa-apa pun, saya tunggu emel tuan.
Okebai!

aku said... [Reply]

maafkan aku........aku tarik balik semua kata2 aku.......mg Allah dan Rasul maafkan aku.........:((
doakan aku......

Bijen M. said... [Reply]

AKU,
Alhamdulillah.
Allah masih sayang kita yer dok?
Tuan tak salah pun.
Saya yang lemah sebab tak buat kerja ni betul-betul.
Asbabnya orang ramai masih lagi tak faham.
Doakan saya juga kekal dalam usaha ni.
Oh ya.
Saya akan berada di Masjid Sri Petaling dalam seminggu ni insyaAllah.
Senang-senang jemputlah ke sana kita pekena teh secawan dua.
Sambil-sambil berkenalan kawan baru.
:)

aku said... [Reply]

InsyaAllah.....ader jodoh akn ketemu juga...doakan saya.....:D

n0vemBer zuLu said... [Reply]

eh senangnye settle dua 'sahabat' nih??

huhu

allah bg paham~

Anonymous said... [Reply]

Malas nak belajar malas nak bekerja last2 amek jalan mudah msk jemaah ni. Dunia Akhirat sama saja pentingnya. Nak dapat dua2 mau ada ilmu. Nak dpt ilmu kena p belajar. Nak belajar kena ada rajin. Nak rajin kena ada usaha. Eeeee, tak hbs2 dgn pemalas hampa ni.

Bijen M. said... [Reply]

@aku
Semoga ada jodoh kita.
Amin.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@n0vemBer zuLu
Mudah-mudahan.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Jazakumullah khoiran katsira atas pujian tu si Tanpa Nama.
Semoga Allah SWT membalasmu dengan kebaikan.
:)

Anonymous said... [Reply]

aku : orang tabligh suka tinggal anak bini dan x tunaikan nafkah ?
- sebulan ada 30 hari kalau keluar 3 hari jadi 27 hari..3 hari jer pun. Setahun ade 365 hari,keluar 40 hari baki 325 hari.Tinggal anak bini sekejap jer pun dan sebelum keluar,dia kena pastikan nafkah makan duit semua cukup.Bukan main keluar macam itu jer. Kalau orang kerja outstation 2-3hari kenapa tak ada orang bising?

Amalkan hadis dhaif?
- Salah kena beramal dengan hadis dhaif?Cuba check youtube ceramah ustaz azhar idrus pasal beramal dengan hadis dhaif.

Dakwah orang kat disco?
- Org tabligh berdakwah ikut tertib yg telah ditetapkan oleh ulama diaorang. Setiap gerakan ada cara masing-masing.Diaorg dakwah dari rumah ke rumah. Jika ada sesiapa yang buat saya tumpang gembira.

3 hari,40 hari,4 bulan bidaah?
- Bidaah ada hasanah dan dholalah. Ramai ulama dlm tabligh ni. Kalau betul bidaah dah lama ulama tu cakap 3 hari,40 hari,4bulan tu bidaah. Ada ke ulama ASWJ yang lain cakap benda ini bidaah dan suruh tinggalkan?

Tak ambik politik?
- Memang politik ada islam. Dalam tabligh tak bincang perkara politik. Kalau ade org pas dan umno.Silap hari bulan bertelagah pulak.Sebab tu tak bincang hal politik ni. Suka hatilah nak sokong sape pun.

Orang palestin datang malaysia?
- Kalau semua nak berjihad perang siapa nak buat dakwah sebar agama? Dekat palestin ada markas tabligh. Di israel pon ada markas tabligh. Kalau rajin google pasal jemaah http://layarkeinsafan84.blogspot.com/2012/01/kebenaran-usaha-dakwah-tabligh-diakui.html?m=1

Maaf jika terkasar bahasa.Mohon korang betulkan point saya jika saya silap. Saya bagitahu apa yg saya tahu jer. Kalau mahu penjelasan lanjut dan lebih tepat sila rujuk Maulana di sri petaling atau pergi markas tabligh yang berdekatan.Semoga kita dapat amalkan agama yang sempurna dalam hidup kita.Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...