14.3.11

Janji orang kita.

“Undilah Parti Sampan! Jika kami menang kami akan bina jambatan moden tanpa tiang. Pakcik makcik tak payah lagi naik sampan untuk menyeberang sungai selepas ini.”

“Undi Parti Buaya masuk syurga.”

“Pakcik undi parti sekian-sekian, nanti kami bagi belanja pakcik baja bersubsidi.”

“Kalau hari ini kami naik parlimen, esok jugak turun harga minyak. Jangan risau.”

“Undilah kami untuk jaga hak tuan-tuan.”

“Pakcik undi blablabla. Kami bagi blablabla.”

Oh ya! Beberapa pilihan raya kecil baru saja selesai. Siapa menang entah? Gua pun tak sure sangat. Harapnya yang kalah tu dapatlah menerima qada dan qadar ini dengan sebaik mungkin. Yer dok? Yang menang pula sama-samalah kita doa semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan sempurna mungkin insyaAllah.

Bila cerita bab pilihan raya, maka banyaklah janji-janji ditabur para politikus. Janji itu, janji ini, janji begitu, janji begini, janji situ, janji sini. Macam-macam yang dijanji sampai keluar buku manifesto, buku hijau, buku jingga, buku kelabu, buku teks, buku rampaian dan macam-macam lagi buku yang menyenaraikan janji-janji yang akan dikotakan bila mereka menang kelak. Bila ditanya apa janji pihak sekian-sekian, mereka kata rujuk buku sekian-sekian. Jadi sumber rujukan der!

Orang politik dan konco-konconya pun mulalah masuk kampung menayangkan muka berjumpa orang ramai menghulurkan bantuan, ber’dakwah’ janji-janji yang akan dikotakan. Semua orang kampung termasuklah sampai ke pedalaman sekalipun akan dijumpa. Tak ada pun orang kampung yang menolak kedatangan mereka. Tak ada pun orang kampung yang padam kipas duduk diam-diam bila ada orang datang bagi salam nak jumpa. Prihatin sungguh politius-politikus dan rakyat Malaysia ini. Tahniah! Kalau buat macam ni hari-hari tentu aman Malaysia. Tak ada dah orang miskin yang duduk pedalaman.

****

“Der! Lu hati-hati sikit der dengan kitab dia orang. Banyak hadith dhaif.”

“Der! Lu jangan dok ikut dia orang der. Dia orang amal hadith dhaif.”

“Euw! Tak boleh ikut dia orang ni. Pakai hadith dhaif. Dhaif dhaif. Sesat sesat.”

“Euww!”

“Zzzz.”

Tapi bila cerita pasal janji Allah SWT, semua orang pun jemu. Jangan kata nak suruh cerita dekat orang lain, nak amal sendiri pun berat. Nabi SAW kata kalau kita tahu ganjaran pahala Subuh berjemaah, nescaya kita akan pergi menunaikannya walaupun dalam keadaan merangkak. Tapi berapa ramai antara kita yang nak merangkak pergi toilet ambil wudhuk solat Subuh pun liat semacam. Kita tahu solat berjemaah 27 kali ganda, tapi kita lagi rela solat kat rumah sensorang. Apa cerita dah?

Itu belum lagi puak-puak yang menghalang terus orang nak beramal dengan janji-janji Allah SWT ni. Dikatanya dhaif sini sana. Janji manusia tak apa pula nak percaya. Wow! Dah sampai darjat muhadithin nak mendaif dan memaudhu’kan hadith. Apa hadith dhaif tak boleh amal ke? Ce cite sikit apa hukum amalan hadith dhaif.

“Tapi bro, hadith-hadith ni perkara serius. Tak boleh buat main-main kata Nabi SAW.”

Aah yelah. Siapa yang nak main-main hadith Nabi SAW? Kalau lu orang muhadithin sangat nak mendhaif dan memaudhu’kan hadith yang diamalkan melalui kitab Fadhilat Amal ke kitab jingga ke kitab kuning ke apa ke, cuba bawa satu dua hadith yang maudhu’ dan menyeleweng bagitahu gua. Nak tahu juga kot-kot mana gua tersilap amal. Heh! Jangan main serkap jarang je bro. Tak baik fitnah-fitnah ni. Yer dok?

Eh bila cerita pilihan raya, banyak aktiviti mendekati masyarakat dijalankan. Kalau aktiviti ini diteruskan pun ada baiknya. Yer dok? Tapi kita teruskan mendekati masyarakat untuk dakwah kalimah Allah SWT. Petang-petang kita jumpa orang kampung, lorong ke lorong, pintu ke pintu cerita kebesaran Allah SWT. Janganlah tutup pintu, halau pula.

Lepas tu kita ajak orang ramai berkumpul satu tempat, kita cerita lagi pasal janji-janji Allah SWT. Kita tanam yakin dalam hati kepada Allah SWT. Peewit! Kalau semua orang ambil bahagian dan ambil tanggungjawab ini, tentu ramai orang dapat taat perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW. Bila macam ni, barulah Allah SWT sayang. Bila Allah SWT sayang, Allah SWT akan buka pintu keberkatan dekat tempat tu dari langit dan dari bumi. Pehh! Allah SWT pun turun nusrah tukar pemimpin zalim kepada pemimpin adil. Allah SWT bagi kerajaan bersifat Nubuwwah kepada kita. Baru rock!

Yer dok, yer dok, yer dok?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

Anonymous said... [Reply]

“Undilah Parti Sampan! Jika kami menang kami akan bina jambatan moden tanpa tiang. Pakcik makcik tak payah lagi naik sampan untuk menyeberang sungai selepas ini.”

“Undi Parti Buaya masuk syurga.”

“Pakcik undi parti sekian-sekian, nanti kami bagi belanja pakcik baja bersubsidi.”

“Kalau hari ini kami naik parlimen, esok jugak turun harga minyak. Jangan risau.”

“Undilah kami untuk jaga hak tuan-tuan.”

“Pakcik undi blablabla. Kami bagi blablabla.”

MATAHARI said... [Reply]

ye, bro.

tapi mereka-mereka, "Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.

mhafiz_ydin said... [Reply]

Undilah parti dakwah. Kami janji keuntungan berlipat kali ganda tanpa rugi.. :)

fuad ansari said... [Reply]

Pemimpin itu amanah,
Janji itu mudah,
Tak perlu susah-susah,
Ingat janji Allah..

Nabi juga pemimpin,
Tapi hidup miskin,
Kita kalau memimpin,
Tak mungkin hidup miskin..

Myra Arshad (: said... [Reply]

Nak undi calon MPP sekarang pun dah maen politik. yang tak le blah, perkauman!

menusuk hati said... [Reply]

undi parti mana yob?parti cap bunyi ke cap bau wangi?hehe

Afida Anuar said... [Reply]

aaaa, gua tau gua ada tabur janji kat lu nak belanja makan... insyaAllah ada rezeki lu tak ke mana....gua belanja...

tapiiiii..... gua segan...keh keh keh..

Wafi said... [Reply]

maudhhu.. kata2 ahli politik itu maudhu.. ahli politik mana? tahla.. xtaw yang mana satu.. tapi bagi aku baik percaya janji Allah... sebab jika kita usaha taat perintah Allah.. maka Allah akan bantu kita.. insyaallah Allah akan hadiahkan pemerintahan adil jika kita dahulukan Allah dan RasulNya... Allahuakbar!

musafir kehidupan said... [Reply]

Penutupnya: Yer dok..yer dok..
Saya balas: iya, betul3x (Baca dengan nada upin dan ipin)

aku-alam said... [Reply]

Dijemput.. silakan.. silakan..
Berdakwah di rumah saya..
Pintu sentiasa terbuka.. :)

Noel Cienfuegos said... [Reply]

bro kau kenal radhi oag? slalu ke die kuar?

Bijen M. said... [Reply]

MAT,
Dunia dah terblaik gamoknye.
He he he.

MHY,
Kat mana nak register jadi ahli?
Hek.

FUA,
Teringat satu kisah dalam buku taklim.
Siapa yang mencintaiku (Nabi SAW) maka bersiap sedialah untuk hidup dalam kefakiran.

MYA,
Kat USM ke?
Ha ha ha.

MH,
Parti Gitar!

AFA,
Merajuk merajuk!

WAF,
Sama-sama kita usahakan.
:)

MUS,
Cantekkk!

AKU,
He he he.
Jangan lupa jemput minum teh nanti.

NOE,
Radhi kenallah.
Tapi penglibatan dia dalam usaha ni tak sure sangat.
Tapi jumpa dia time ijtimak 2010 hari tu.
Tu yang dia kata, "Kalau bukan kita siapa lagi nak dakwah bebudak bawah stage tu."
Ha ha ha.

buDAK keCIK said... [Reply]

mereka talam dua muka~!

nk dkt hari mengundi bru bley nmpk muka dorang... kalu x, haram jadah nk nmpk muka mereka lepak kt kg2. haish. buat ak angin je~!!

نور توفيقا said... [Reply]

Politics..

Dulu totally takmo pk about this.
Sangat tak suka:(

Tapi bila baca kenal betul2 ikhawanul muslimin, and get to know Hasan Al Banna deeper, sedar sangat the importance of politics..

Semoga yang pegang pimpinan negara & yang jadi penduduk negara always dapat hidayah dan taufiq Allah..

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Politik..biasa la tu...
Yang janji mengarut-ngarut pun ada..

Kalau undi saja..tapi amal ibadat tak buat...cane nak masuk syurga...ye tak?
hahahahaha...

ukhti,mardhiah said... [Reply]

"undilah saya,pangkah pati mangga"huhu...
mcm la depa best nk suruh kita pgkah2 plak....kenai pun dok..
mcm pelik...kalau kt sek dulu,klw kita betul,suka sume cikgu buat tanda"wright".....awat dalam mengundi kita suka,kita p pangkah...poning palo den.
Tu y undian den asyik rosak je tuh..ihihihi..sbb den "wright"ikut konsep kepalo den yo..
"kwn den kato,serupo kau x ngundi..habih tenago yo bebaris"

Ibnu Mutalib said... [Reply]

dhaif2... kalau jumpa puak2 salafiy lagi haru,haih... tak bercakap lah aku ngan diorg nih,nanti tanya sahih ke dok..
yer dok..
hehe

paranoid android said... [Reply]

haha bro satu pg gua lepak sri ptling n dnga maulana hamid pnyer citer die kate sbb ape hadith jd dhoif krna perawinya dan jika perawi hadith tu hidup pd zman kite ni die la org pling alim dlm msyrakat kite ni krna tu nmenye trsngkut dlm sanad n kite kluarkan name perawi tu n gntikan dgn nama kite hadith tu bkn dhoif lg tp maudhuk yg xbleh pkai lnsung bro huhuuh jd kite xpyah nk jd hakim la pd perawi2 ni maulana zakariyya rah. tu bapak sgla muhadithin abad 2000 ni so lu sapa nk ckp org xbtol? huhuhuhu ye dok ye dok ye dok............

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

xmo undi...mau bisnes je..yg untung je...xde rugi...

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Ce ambik minyak angin sapu kat kepala.
Ce sapu, ce sapu.

PQA,
Politik adalah seni dan cara membuat keputusan.
Itu dari segi definisinya.
Dalam Islam, politik wujud dalam mesyuarat melalui syura dan sebagainya.
Bukan hanya termaktub kepada menegakkan kerajaan saja.
And menegakkan kerajaan itu bukanlah maksud hidup.
Maksud sebenar agama adalah taat perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW di samping kerja dakwah dijalankan.
Kerajaan Islam adalah natijah daripadanya.
Seperti mana kekayaan bukan maksud hidup.
Tapi bila orang yang dapat akhirat, Allah SWT akan bagi dunia kepadanya.

AATP,
Haa.
Macho jugak ayat lu.
Amal ibdadat tak buat tapi nak masuk syurga.
Ke ke ke.

UKM,
Wright ke Mard?
Bukan 'right' je ke?
Ha ha ha.

IBM,
Aku sayang budak-budak salafi ni.
Seronok kawan dengan mereka.
Ha ha ha.

PAR,
Ada juga orang kata hadith jadi dhaif bila perawinya terpandang perkara maksiat sikit je contohnya terpandang betis perempuan.
Pasal itu je.
Yer dok?
:D

CS,
Mahukah aku ajarkan kepadamu satu perniagaan yang menguntungkan?
Mahukah, mahukah?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

xperasan pula ejaannya salah.
kalau ada pemadam,mard dh padam.
k,tq.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

hah,macam2.. tapi sekarang kat kampus ni orang kuat2nya dah takde. kalau ada yang macam salafiy tu kira cam biasa2 je.

aku pun sayang diorg ,sebab diorg ni macam sect dalam tabligh gak. sangat bersungguh2 menyampaikan apa yg diketahui. dan amal2 sunnah pun kuat,janggut kopiah, suar atas buku lali.

Benrauf said... [Reply]

betul lah kalau nak berhujjah tu, tak kan nak pakai hadis maudu' ye dok? betul la kan? cuma yang gua dok perati ni yg dok ngaji tak abis ni.
baca novel barzanji, baca cerita2 talkin, bideah, harem. baca novel cinta melayu, harry potter, majalah automania tak bideah pulak.
yasin malam jumaat bideah, haram. abis malam jumaat nak buat apa? cari hantu keliwon? merempit?

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Belilah kat koop 20 sen.
Pemadam ada gambar bendera.
Lepas tu boleh main lawan pemadam.

IBM,
Aah.
Tulah.
Sebab depa ada kalimah lailahaillallah dalam hati.
Yer dak?
Siapalah kita ni nak judge-judge orang masuk syurga ke neraka.

BR,
Ha ha ha.
Hadith maudhu' memang dah tertolak.
Hadith dhaif terpakai dalam ganjaran fadhilat amalan.
Kadang bila hadith dhaif banyak yang sangkut, boleh jadi sahih.
Eh eh.
Gua macam muhadith pulak cerita-cerita bab ni.
Eh.
Pake songkok bideah dak?
Nabi dulu mana pake songkok hitam dak?
Ha ha ha.
Astaghfirullah.
Istighfar istighfar.

Anonymous said... [Reply]

huhuu

paranoid android said... [Reply]

btol bro dituduh menipu pon hadith jd dhoif prsoalannye bape bnyak sunah nabi s.a.w yg kite amal dlm kehidupan kite? nak istiqomah sugi pon perit bro hahahah smoga sya dpt amal dan tuan2 juga.....

aliaazuan said... [Reply]

Salam,
Kata maulana, 'daulah islamiyah' itu ialah rkyatnya 100% taat pd printah Allah & 100% amal sunnah Rasulullah..

:) Oh indahnya bila dpt slalu dduk dlm suasana agama, tkde pecah2 hati, msyrkat brkasih syg, amal printah Allah & sunnah nabiNya.

Umma-ali said... [Reply]

Aslm,
dah duo kali eden komen, tp Allah tak izin...tak mau masuk dio...takpo, eden komen jmh minang dr padang yo laie sodap n podeh! sampaila jmh tu dah pindah ni den coba laie, klo masok alhmdlh...klo x msok, kono msk lomak cili api laie...bg bodosing tolingo...
jmh tnyo ini apa nm sayur eh? eden kato petola...ooo, pitulo...kato jmh.
jmh kato km masak sambal taruang! ha? eden takut ingat beruang! rupo2 eh, terung...hmm..hmm...
ok eden nk komen ni...

klu nk yaqin dgn jnji2 Allah di alam akhirat, bacalah kitab fadhael amal dalam taklim harian di rumah...Allah SWT tidak pernah memungkiri jnjiNya...kitab karangan Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya...
haa yg sheikhul fizik, chemistry, engineering, architecturing, doctoring dll ring termasuk wrestling, jgn lah nk komen2 kata hadith dhoif ke hapa...sila lah komen hok bidang masing2 yo!
kuburan beliau berada dalam lingkungan ahlulbait di baqe', madinah...kuburan kita lom tau kek mano...
haa...len kli bli insuran mulut na...
sekian.wassalam...

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Huhe.
:)

PAR,
Perawi dituduh menipu hadith jadi dhaif.
Kita ni yang hari-hari dok menipu tak apa pulak yer dok?
(Sayalah tu)
T_T

ALA,
Salam.
Mudah-mudahan akan dapat merasa 'waktu' itu.

UMA,
Kawe dok pehe sangak baso-baso negori ni.
Jenuh kawe baco so so.
Ce pakai baso Melakau pulak.
He he he.
Insurans takaful!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...