24.3.11

Holier than thou!

Salam 1Rock buat rokes-rokes (baca: rockers) yang sedang membaca bahan bacaan ini. Wasap wasap? Gua harap lu orang semua sentiasa diberkati Allah yang Esa. Hari ni kita sembang pasal rock sikit. (Sambil buat gaya dua-dua-tangan-digenggam-jari-kelingking-diangkat-lalu-dilaga-laga-macam-tanduk-kerbau) Hari ni kita pi belah US sikit pasal orang Jermen tak dak respon. Kecik hati gua. Haa! Siapa dari US angkat tangan.

Cerita pasal rock ni, lu orang pernah layan dak lagu Holier Than Thou dendangan Metallica? Kalau tak pernah meh gua dendangkan untuk lu orang. Oke pasang mata.
No more!
The crap rolls out your mouth again
Haven't changed, your brain is still gelatin
Little whispers circle around your head
Why don't you worry about yourself instead!

Who are you? Where ya been? Where ya from?
Gossip burning on the tip of your tongue
You lie so much you believe yourself
Judge not l'est ye be judged yourself

Holier than thou
You are
Holier than thou
You are

You know not

Before you judge me take a look at you
Can't you find something better to do
Point the finger, slow to understand
Arrogance and ignorance go hand in hand

It's not you are it's who you know
Others lives are the basis of your own
Burn your bridges and build them back with wealth
Judge not l'est ye be judged yourself

Holier than thou
You are
Holier than thou
You are

You know not

Yeah who the hell are you?
Hey yo

Holier than thou
You are
Holier than thou
You are

You know not

Not!
Oke! Seronok? Gua tak berapa hensem sangat bahasa omputih ni. Tapi setakat pemahaman gua, lagu ni cerita pasal geng yang tak suka ditegur. Tambah-tambah kena tegur dengan geng yang oh-bajet-mulianya-lu.

Pernah tak jadi kes lu sayang ke member lu lepas tu lu tegur salah dia lalu lu dapat balasan yang tak setimpalnya?

Contohnya, member baik lu kapel. Lu tak suka dia kapel sebab kapel tu haram. Yer dok? Lepas tu lu nasihat-nasihat beliau. Lalu beliau balas balik, "Eleh. Dulu lu pun sama je. Kapel gok. Takyah nak bajet mulia sangat oh!"

Lalu lu sedih tak tahu nak cakap mende. Pernah tak, pernah tak?

Takpun lagi satu kes, lu ajak member lu solat sekali pasal ganjaran solat berjemaah ni tak terkira banyaknya tapi member lu cakap, "Eh sibuklah. Pergilah solat sendiri-sendiri. Gua taulah bila gua nak solat. Kubur masing-masing kot. Dulu tak ada pun nak ajak-ajak orang. Sejak dapat hidayat ni rasa dah mulia sangatlah tu oh!"

Lalu lu sedih tak tahu nak cakap mende. Pernah tak, pernah tak?

Takpun kes tudung, "Alar. Sibuk je suruh orang bertudung. Padahal banyak je orang yang bertudung yang hati busuk oh! Gua yang free hair ni pun solat tau euw!"

Takpun kes tudung lilit, "Eh. Sibuk je nak mengata orang tudung lilit-lilit. At least tudung lilit ni salah satu cara dakwah nak sukakan pompuan yang free hair suka pakai tudung tau euw!"

Lalu lu sedih tak tahu nak cakap mende. Pernah tak, pernah tak? Mesti pernah punya. Dah banyak kali gua dapat soalan yang pesen nak sama je tiap kali buka Formspring, emel.

Pesanan Buat Kekasih I
Beginilah. Kepada geng-geng yang tak suka kena tegur ni meh gua nak cakap sikit. Deme yang tegur-tegur lu tu bukanlah mulia sangat orangnya. Manusia tak ada yang sempurna. Deme pun buat salah gok macam manusia lain.

Pernah dak dengar kata pepatung 'dunia ibarat roda'? Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Hari ni lu yang kena tegur ni mungkin berada di bawah. Sebab tu orang di atas menghulurkan tangan menyambut lu naik ke atas. Lu pun tak payahlah sombong sangat sampai kata, "Eh. Sibuk je nak hulur-hulur tangan ke gua. Gua tahulah nak naik sendiri euw!"

Dan tak payahlah nak kisah dia tegur lu cara keras ke lembut ke apa ke. Tu cara dia. Kalau tak suka diam je. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ambil pesanan dia, jangan ambil hati. Bukan semua manusia pandai berhikmah nak menegur orang. Yer dok? Kira untunglah tu Allah SWT hantar manusia nak tegur lu. Kalau Allah lupakan lu, terus lu tak diingatkan lalu sentiasa berada dalam kesesatan, na'uzubillah. Nak demand pulak cara menegur lembut-lembut. Bersyukurlah sikit walau siapapun yang menegur kita.

Esok lusa mana tahu orang yang di atas ni terlupa lalu jatuh ke bawah. Semua orang pun tak boleh lari dari sifat lupa. Haa! Waktu tu lu orang yang dah ada kat atas. Balaslah budi deme dengan menghulurkan tangan kembali menyambut mereka.

"Eh dulu lu tegur gua pakai tudung terbalik kan? Gua tenkiu sesangat. Kalau tak, malu gua satu opis. Hari ni gua tengok tudung lu sengetlah. Tak macholah gini. Meh gua tolong betulkan. Meh sini meh."

Haa! Tak ke romentits gitu? Penuh kasih sayang. Hidup aman tenteram dan disukai ramai. Yer dok?

So lepas ni kalau lu kena tegur even dengan budak bawahan lu ke, lu terima jelah. Lepas tu bila budak tu buat silap, tak payahlah kata, "Hah! Dulu bajet mulia sangat tegur-tegur orang. Sekarang buat benda yang sama euw!"

Ce ubah stigma tu ke arah positif sikit. Pergi ingatkan beliau balik. Semua orang pun buat silap. Semua orang pun terlupa. Tambah-tambah zaman sekarang ni hari-hari tengok makwe tak tutup aurat. Habis slow memory.

Pesanan Buat Holier
Dan kepada geng holier yang sementara ni, bersabarlah. Jadi holly ujian memang banyak. Kalau lu tak tahan, separuh jalan jelah kerja lu. Syaitan ni memang suka orang yang tinggal kerja baik ni. Jangan pecah hati. Teruskan buat kerja ni lagi dan lagi sampai tiada lagi. Ce tengok Nabi SAW dulu pergi ke Taif, mana ada orang suka. Siap kena baling batu, taik dan mende-mende lagi. Tapi Nabi SAW lek-lek kool je siap doa hidayat lagi.

Itu yang sahabat Rhum tiru-tiru. Al-kisahnya para sahabat Rhum dulu-dulu, siang mereka macam singa. Kelaparan nak terkam mangsa nak dakwah kalimah Allah. Malam pula mereka macam tikus ketakutan, duduk atas sejadah doa minta dengan Allah bagi hidayat untuk seluruh umat dan khususnya yang deme jumpa siang tadi. Minta Allah ajar cara nak buat dakwah. Minta ampun dengan Allah pasal terkasar bahasa buat dakwah siang tadi. Minta dengan Allah tutup aib. Minta dengan Allah jangan singkirkan dari buat kerja dakwah. Sahabat Rhum dulupun duduk dalam zaman jahiliyah jugakkan? Ada deme kisah orang mengata, "Dulu lu pun sama macam gua, bunuh anak jugak".

Itu yang kita hari ni kena tiru-tiru sifat sahabat Rhum ni. Yer dok, yer dok, yer dok?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

42 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam 1Rock buat rokes-rokes (baca: rockers) yang sedang membaca bahan bacaan ini. Wasap wasap? Gua harap lu orang semua sentiasa diberkati Allah yang Esa. Hari ni kita sembang pasal rock sikit. (Sambil buat gaya dua-dua-tangan-digenggam-jari-kelingking-diangkat-lalu-dilaga-laga-macam-tanduk-kerbau)

sastraboy said... [Reply]

kahkah.

gua tak tahu nak cakap apa beb.

tapi membaca lirik Metallica tu, gua rasa itu dendangan jiwa gua dulu.

dulu lah. sekarang ni dah jarang gua layan Metallica.

ceh lu ni bijen, bikin gua semangat balik je nak selongkar koleksi CD haram gua.

kahkah.

apa pun, padu gak lu punya entri ni. tergamam gua seketika.

fuad ansari said... [Reply]

Ceq cuma nak habaq, dakwah bukan sekadar kata2 yang baik tetapi juga akhlak yang baik.. (",)

matadore said... [Reply]

maknanya gua kena belajar ilmu romantik.

menusuk hati said... [Reply]

sokong sama bro FA,dakwah bkn skdr kata2 tp akhlak..

Yeah!!Rocks!!(Sambil buat tanda peace guna jari)

aku-alam said... [Reply]

Biasa dah kena macam tu..
Tegur untuk kebaikan..
Tapi orang cakap "Huh !! Pura2 alim la pulak !" adoiii.. jenuh.. Nak2 family sendiri.. Tak terkata..

Tuan Auz said... [Reply]

Aku memang selalu ditegur orang. Maybe perangai aku kot.Lepas kena tegur mstila aku terasa dan nangis! Nangis belakang hahaha. Tapi sok tu baik semula dengan kawan aku tu.Tak de hal la.Sebab dia tegur, bagi aku dia take care aku la kan?

Em, tapi ada satu hari tu aku tegur kawan aku ni, ni kawan yang lain la.....aku malas nk kutuk belakang so aku confront dngan dia. Em tapi lepas aku tegur tu, dia terus senyap...maybe xnak kawan dengan aku dah kot.Xpelah. Aku tegur pun sbb mmg perlu ditegur.Memang aku pun perangai cam hampeh. Sama2 beringatla.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)
patut pun B.I mard xberapa nak cun,
omputeh pun bahasa hancuss..kikiki
-->den sokong,kito nak tolong dio,dio marah2....eksen bebeno...
kalau xAllah gerakkan hati den nak menogur,eden pun xhingin lah,
banyak lae kojo den nak buek.
btw,den suko suhaimi,lagu ea,kiasan cinto.

Dark Half said... [Reply]

zaman skrg ni, kalau lu tegur2 sket, dorg cakap lu serbanistas! hollier than thou. sampaikan org yg nak menegur rasa tak kewl dowh. gua pun tak penah rasa cambagos sgt, gua jugak harap dorg akan betulkan gua kalau buat silap

hail bijen. your entry rawks!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

woh. over lah kalau nak fikir 'kau pun pernah buat ni', kau pun pernah buat tu'. bla bla bla.

gitu, semua orang tak payah tutup aurat lah. pasal kecik2 dulu semua orang dah telanjang. dak gitu?

kah3. ekstrim sgt contoh gua tu kot. tapi, cara yang terbaik adalah dengan hikmah. kan?

let everything starts DARI HATI. ;)

btw, semua orang mahu jadi lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat. so, tak mahu ke lebih beriman? tak mahu ke syurga yang lebih tinggi? atau memang mahu neraka yang lebih panas? keh3.

uit: adakah ini post terakhir en bijan?

Norsha said... [Reply]

oo...entry untuk rockers rupanya,
kalau orang tak rock macam gua ni
baca cammana ye? he...he...

Yang penting mesej yg hdk dsampaikan...

betullh bijen, bila kita tegur org, kdg2 org point kat kita semula, tu yang lemah tu....

Wafi said... [Reply]

kadang2 bila kena tegur memang tersentak sikit.. tapi aku akan diam dan kool sebentar.. dan start befikir.. eh kira ok la ada orang tegur salah aku.. kalau xda.. mksudnya benda salah aku wat akan berterusan.. kesimpulannya aku suka ditegur.. dan aku cuba untuk menegur.. walau bila nak start tegur orang rasa cam susah sket.. hoho... rock brader!

Bijen M. said... [Reply]

SAS,
Ha ha.
Redtube sudeyh!
Eh silap, Youtube!

FUA & MH,
Haa.
Betoi.
Kena tambah lagi dalam doa tetengah malam, Ya Allah perindahkanlah akhlakku sebagaimana kau perindahkan rupa kejadianku.
Jadikan akhlakku asbab hidayat seluruh alam.

MTD,
Haa.
Lu nak belajar mana?

AKU,
Femili sendiri ujian besor.
Kena dakwah pakai akhlak.
Haa baca doa di atas.

TA,
Selalu doa dengan Allah, Ya Allah ajar aku hikmah ya Allah.
Haaa.

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Yo Mard oi.
Bersyukurlah Allah pilih kito buek kojo ni.
Allah nok muliokan kito.
Hensem dak gua speak nogori?

DAR,
Isk.
Gua tak pakai serban lagi der.
Tak patut label-label gitu.
Nabi gok suruh sampaikan walau satu ayat.
Gua ikut cara Nabi je.

PEN,
Dari hati naik ke mata.
Yer dok?
Ikhlas dari hati, zahir dengan perbuatan.
Belum terakhir.
Selagi internet dikandung badan.

NOR,
Kena belajo-belajo jadi rock ah makcik.
Part tu kena selalu doa, Ya Allah tutup aib kami ya Allah.
Bukakan kebaikan sesama kami.

WAF,
Hati kena kental brader.
Baru true rokes!

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Taknak rock ah. Nnti anak pun rock jgk...

eiffel said... [Reply]

hurm..yg plg best bila kita dok tegur...

ala..ko pown sama jerk..xyah nk ngata org lar...

tgk..da was2 nk tgur...

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Oh! Euw!

hahahha...

Anonymous said... [Reply]

:)

Qamariah Kamaruzaman

ikanlaga said... [Reply]

hmm...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said... [Reply]

Metallica yehh terus rock

Umma-ali said... [Reply]

holy means suci, kan?
holier than thou, holy than you... mana ada manusia ni suci...asal dari air mani...akhirnya akan jadi mayat yg busuk klu tak ditanam 6 kaki bwh tanah...
tegur dgn hikmah tentu orait, di sulami dgn keikhlasan hati...oh, tentu terasa sampai dalam hati...
insyaAllah niat kalau baik, mmg mula2 org akn melenting, biasalah manusia ni ada sifat ego...tapi akhirnya dia akn kalah dgn keikhlasan org yg menegur...
berbahagialah org2 yg ikhlas kerana dgn keikhlasan itu ia jdi pelita yg menerangi hati2 manusia yg dlm kegelapan...

نور توفيقا said... [Reply]

Takmo lah main rock2 ni.
Esok2 kena pantau anak2 kalau diorang nak baca blog ammu Bijen..

Bijen M. said... [Reply]

ALA,
Salam.
Wahh.
Tengah tunggu anak nak keluar ke?
Tahniah!
(Serkap jarang dulu)

EIF,
Ho ho.
Setan memang pandai main trick.
Jangan putus asa.

AAT,
Apa komen camni?
Euwww!
:P

TN,
Nanti aku tolong doakan ye.

IKA,
Hmm hmm.

BRU,
Tumbuk sikit.

UMA,
Entoh.
Kato pepatong omputih cenggitu le.
Sayo dok belajo kat US.
Keh keh keh!
Moga kita dapat hakikat ikhlas.
Amin.

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Ammu tu mende?

نور توفيقا said... [Reply]

:)
Uncle, pak cik..

Afida Anuar said... [Reply]

Gua..pernah kena tengking dgn hosemate gua pasai selalu kejut dia solat subuh. Dia annoy rasanya. Ye la, selagi dia tak bangun, selagi tu gua kejut. Sampai satu tahap, dia tengking gua, dia kata kakak dia pun tak mcm gua...kerap sangat kejut subuh. Ye la, gua tak nak dia subuh gajah/terlepas subuh..

GUa sedihhh sangat, lepas dari haritu..gua tak kejut dia subuh dah, hari2 dia subuh dekat nak lupus waktu... kadang2 selalu gak terlepas... Allah ampunkan dosa gua pasai tak kuat nak kejut dia subuh lagi lepas kena tengking

gua tak kuat bijen..gua tak kuat.

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Oh.
:)

AFA,
Gua kalau spesis gitu gua pasang lampu bilik then tutup kipas.
Kalau dia bangun nak buka kipas lepas tu tidur balik, harap-harap dah lepas tanggungjawab kita.
Ke ke ke!

izzati said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
izzatimar'e said... [Reply]

salam....
sejak ble plak pepatung boleh berkate2?? hehe.....
klaka lak ngan p'kataan euw kat blakang ayt......
sya neh syg kawan, tp xmnegor pun....
dasatnye..... huhu

izzati said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
buDAK keCIK said... [Reply]

ade la sorang bdk laki ni, mkwe dia jnis on off. ak pn xphm entah niat ape tyme dia pakai tudung...

pas2, bley la pulak si mamat ni buat status dlm fb: ckp budak pompuan skrg ni suka pakai ketat2, suka tayang body... ak pelik sgt2. abes tu, asal dia x tegur awek dia yg selalu di sisi dia tuh *ee, geli!
org depan mata xnk plk tegur. heran ak... ish2.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Ok la..aku taruk komen btul2 punya..hahahhaha..

tu la..aku penah teguq sorg kawan yang ada buat perangai tak senonoh masa skool dulu..tapi dia boleh kata macam ni..

"Eleh..ko pun tak pakai tudung..ada hati nak tegor aku..macam bagus sangat..kalau nak teguq aku pi pakai tudung dulu.."


Apa?orang yg tak pakai tudung tak bleh meneguq ka?kalau benda tu salah..kita tegoq la..Gila rasa trhina jgk la bila kawan aku ckp macam tu..huhuhuhuhuhuhu..

Bijen M. said... [Reply]

IZZ,
Akhir zaman der.
Macam-macam boleh jadi.

BK,
Isk.
Husnuzon le.
Dia tegur secara indirect ke makwe dia.
Yer dak?

AAT,
Huu.
Sabaq noh.

Ni tips berguna.
Jangan tunggu sampai kita perfect baru kita nak berdakwah.
Tapi kita niatkan dalam diri, kita dakwah untuk diri sendiri.
Orang yang dengar, ada manfaat.

Contohnya dakwah pasal membaca Quran.
Kalau kita baca AQ tak tinggal, kita dakwahkan untuk diri sendiri.
Mudah-mudahan Allah SWT tak tarik hidayat tu dari kita.
Kalau kita tak mampu baca AQ, kita dakwahkan untuk diri sendiri.
Moga Allah bagi kekuatan kepada kita untuk beramal dengan apa yang disampaikan.

Gunakan orang tu sebagai medium.
Ibarat baling bola dekat dinding.
Bola tu akan lantun balik ke kita.
Tapi gunakan dinding untuk bagi melantun.
Orang tu adalah dinding.
Bola tu kalimah dakwah kita.
WA.

Lilyel said... [Reply]

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily
Note: Sila abaikan jika anda bukan pelajar IPT. 

shameel Iskandar said... [Reply]

Dengarlah apa yg dikata tanpa melihat siapa yg mengata. sepatutnya prinsip sebegini yg diamalkan.

shameel Iskandar said... [Reply]

Dengarlah apa yg dikata tanpa melihat siapa yg mengata. sepatutnya prinsip sebegini yg diamalkan.

cik_paan said... [Reply]

org bagi nasihat, dengar arr
memang arr tak best kena tegur,

Bijen M. said... [Reply]

LIL,
Salam.
Saya dah buat survey tu walaupun saya bukan lagi pelajar IPT.
Takpe dak?

Salam,
Bijen M.

SHAM,
Mak saya kata seorang pelacur takkan mahu anaknya menjadi pelacur sepertinya.
Tapi ni mak tipulah yang kata, bukan mak betul-betul.
Mak Nyah mungkin.

CIP,
Kat sini tak boleh dengar dik.
Kena baca.
Tak ada sistem audio.
Keh keh keh!

Lilyel said... [Reply]

Hey, thank you ya. it's Ok :)
good luck for your everything :)

BungaSahara said... [Reply]

Assalamualaikum...

kalau nak tggu semua manusia perfect, sampai kiamatlah gamaknye xde yang menegur..ye dok? huhuu

untuk sahabat2 yg sediktit terluka dan kecewa, SABAR...itulah dugaan mengajak kpd kbaikan...kan..kan..kan.. :)

en bijen sehat kah?

orang jerman said... [Reply]

salam wbt..

orang german ade program kat mesjid tu tade mase nak singgah dengar usrah bijen M secara free..btw sahabat RHUM tu ape??penat cuba translate tapi tak jumpa juga..jzkk..

lagi satu patot nye ich heiße bijen.M..(entri lepas)

owh smoga terus tsabat dijalan ini insyaAllah..

Bijen M. said... [Reply]

LIL,
Wekem wekem.
Jangan lupa, eskem seketul.
Okebai!

BUS,
Alaikum salam.
Ehehe.
Alhamdulillah sehat.
Bakal pengantin sehat?
Ekeke.

OJ,
Alaikum salam.
Haa.
Ada pun.
Baru nak merajuk jejauh.
Sahabat Rhum tu para sahabat Radhiallahuanhum.
Maaf shortform.
Ekekeke.
Semoga hepi-hepi hidup di Jermen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...