17.3.11

Exercise otak dengan perkara agama.

Salam bahagia. Ketemu lagi kita di satu sudut sukar dalam badan manusia, iaitu siku. Siapa yang boleh cium siku dia sila angkat tangan. Gua nak bagi hadiah durian.

Tuan puan yang dimuliakan sekalian. Hari ni gua nak tanya pendapat lu oranglah. Gua ni ada kenal sorang mamat ni. Mamat ni sangat bagus, taat perintah Allah SWT ikut cara Nabi SAW. Dan dia ni sangat sayangkan agamanya. Sehinggakan dia sanggup tinggalkan anak bini untuk berjuang mengembangkan agama Allah SWT. Sampai satu tahap tu dia ni langsung tak tinggalkan sesen habuk pun untuk anak dan bininya. Semuanya dibelanjakan di jalan Allah SWT. So gua nak tanya lu orang, apa pendapat lu orang pasal mamat ni?

Sebab apa kan, gua selalu dengar ustaz-ustaz selalu cakap mamat-mamat yang buat macam ni abai tanggungjawab, sesat, bidaah, benda tak wajib, blablablabla lagi sampai gua tak sanggup nak tulis kat sini. So agak-agak apa lu orang rasa? Tak apa, gua tinggalkan lu orang dengan persoalan di atas hingga ke akhir rancangan.

****

Sewaktu gua sedang melepak makan tengah hari dengan member-member gua dekat satu surau ni, ada banyak perkara yang kami borakkan. Daripada perkara-perkara penting seperti masalah umat sehinggalah perkara-perkara tak penting seperti (tak perlu tulis kot). Sampailah satu part kami membincangkan satu perkara serius yang dialami oleh seorang kawan kepada member gua.

"Si pulan ni mengadu kat gua dia ada masalah dengan nafsu dia."

"Apehal?"

"Entah. Dia kata dia tak ada nafsu dengan bini dia. Dengan pompuan lain pun sama gak."

"Uik. Jenis ghey ke apa?"

"Taklah. Normal je. Cuma dia rasa macam nafsu dah tak ada kat pompuan."

"Hmm. Mudah je tu. Ajak dia keluar dakwah 4 bulan. Nanti dia balik-balik je sure terus terkam bini. Sure rasa macam malam pertama je."

"Ye tak ye jugak. Nice!"

Haaa tengok! Siapa kata geng orang yang tinggal anak bini ni jenis orang yang tak sayang anak bini. Kata pujangga ada berkata, sayang anak tangan-tangankan. Sayang bini tinggal-tinggalkan. Yer dok? Sebab dia orang sayanglah yang dia orang tinggal tu.

Bukannya nak tinggal terus. Tapi saja nak bagi rindu tu membara balik. Ni asyik-asyik tengok muka yang sama tetiap hari, tak ada langsung sudut refreshment. Lama-lama boleh boring juga. Tapi bila dah tinggalkan sekejap anak bini, masing-masing boleh muhasabah diri tentang sikap masing-masing dengan keluarga kita. Time tu barulah nak 'terkenang terbayang tak dapat aku lupakan' bak kata ACAB.

Bukannya tinggal anak bini ni nak buat kerja tak ketahuan. Buat kerja agama juga. Nak bantu agama Allah SWT berkembang serata dunia. Nak usaha semoga Allah SWT lengahkan azab yang akan menimpa kita disebabkan kelalaian kita dari mengingatiNya. Pehe dok?

****

Okelah. Berbalik kepada persoalan mula-mula di atas. So apa lu orang rasa? Kalau gua cakap siapa mamat tu mesti lu orang susah nak acceptkan. Tapi demi kebaikan umat, gua reveallah siapa mamat tersebut. Mamat tersebut nama beliau Abu Bakar As-Siddiq RA. Haa! Kool dak beliau?

Mula-mula beliau masuk Islam, beliau tanya Nabi SAW apa tugas yang perlu beliau buat selepas mengucap kalimah lailahaillallah? Nabi SAW cakap, buat serupa mana yang Baginda buat. Lalu Abu Bakar RA tanpa banyak songeh jumpa orang ramai lalu menyampaikan kalimah tauhid. Dalam masa satu hari, 6 orang masuk Islam di tangan beliau. Boleh imagine tak time tu ilmu agama yang ada pada Abu Bakar RA tahap mana? Der! Orang baru masuk Islam apa je yang dia tahu?

Kemudian tengok pula macam mana korban beliau untuk agama. Tengah-tengah malam buta Nabi SAW datang rumah beliau ajak teman Baginda berhijrah, beliau terus taat tanpa banyak bagi alasan. Tak ada pun beliau cakap anak dia kecil lagi ke risau bini tak ada siapa jaga ke duit tak cukup ke bisnes tak ada siapa nak jaga ke ilmu tak penuh di dada ke apa ke. Anak bini dia pun tak ada nak halang-halang. Siap sediakan bekal lagi untuk keperluan beliau masa tu. Fuhh! Untung dapat anak bini yang faham usaha agama cenggini.

Lepas tu bila Nabi SAW minta infak harta di jalan Allah SWT, Abu Bakar RA sambut seruan tu dengan membelanjakan seluruh hartanya di jalan Allah SWT. Bila Nabi SAW tanya apa yang ditinggalkan untuk keluarga beliau, Abu Bakar RA menjawab beliau tinggalkan Allah SWT dan RasulNya kepada keluarga beliau. MasyaAllah! Gua tak tahulah nak cakap apa lagi. Lu orang fikirlah sendiri.

****

Gua sebenarnya baru balik ziarah kawan-kawan dekat UTP. Banyak jumpa orang, banyak gua belajar-belajar dari dia orang. Bagus-bagus student UTP ni semua. Baik-baik belaka. Ilmu pun banyak. Gua pun ada jugalah belajar-belajar macam mana dia orang ni hidupkan usaha agama dekat sana. Kool jugalah.

So dipendekkan cerita, gua nak promotelah sikit. Kalau sesiapa yang tengah ada kat UTP ni, rajin-rajinlah pergi surau V3. Lepas Isyak tunggu sekejap, ada bacaan hadith dibuat. Lepas tu dia orang ada buat mesyuarat nak fikir macam mana agama dapat tersebar di seluruh pelusuk UTP khususnya dan di seluruh pelusuk muka bumi amnya. So siapa yang berminat nak buat usaha agama tu bolehlah try-try tanya dia orang macam mana nak buat. Gua lepak Subuh tadi dengan dia orang, masyaAllah hebat-hebat semua orang dekat situ. Dari lepas Subuh sampai ke pukul 10 tak henti-henti tukar-tukar fikir pasal agama dengan dia orang. Kagum gua. Okelah! Semoga usaha agama berkembang maju di UTP dan seluruh dunia. Semoga Allah SWT lengahkan azabNya ke atas kita. Amin. Adios!

P/S: Kalau tak dapat tiru-tiru sunnah Nabi SAW dan cara sahabat Rhum tu, janganlah nak mengata sini-sana. Sepatutnya istighfar banyak-banyak dan cakap, atas kelemahan diri sendiri gua tak dapat nak amal sekian-sekian.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

33 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Dok excersise bc kisah pasal sahabat nabi..tengok2 hg tulis pasal Abu Bakar As-Siddiq...

mcm sama ja pmikiran kita noh..
hihihihi

Norsha said... [Reply]

....sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan iseri tinggal-tinggalkan......bukan senang tau,
isteri yg ditinggalkan bukan saja
berkorban masa dan tenaga tetapi
turut berkorban perasaan utk agama,
bukan saja kena tinggal, kena pandang serong lagi dgn org sekeliling, betul2 mujahadah...tapi bila isteri kuat dan tabah, semua ujian menjadi mudah...suamipun sebelum tinggal tu pandai2lah ikram isteri ye ....

buDAK keCIK said... [Reply]

wah. hebatnya dakwah yg brkembang kt utp~!

CKB said... [Reply]

;)

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

InsyaALLAH akn claim sumenya kat akhirat nnt...yakin dgn janji ALLAH..hidup cuma jap je kat dunia ni~~~

p pun best tau jd pengantin baru tiap bulan..mana nk dpt if xkhuruj?~~~

sila bersabar krn anda sgd ditasykil utk SEGERA bernikah...neeway akk doakan Allah mudahkan...selamat ber'IPB'!

: husna : said... [Reply]

semoga Allah permudahkan usaha dakwah saudara.

Mas blogger said... [Reply]

lame tak jengok blog yg best sesangat nie...:)

MATAHARI said... [Reply]

Abu Bakar memang cool!

Afida Anuar said... [Reply]

Bijen...hmmmmm.....

tapiii....

hmmmm..ok..claim ganjaran kat akhirat nnti..

PS: bijen, kena cari bakal bini yang betul2 tabah, dan sedia ditinggalkan..

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Allah. Semoga aku mampu sekuat itu..

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Cet.
Ha ha ha.
Ni Allah bagi kisah sahabat versi rock sikit suruh kau layan.

NOR,
Dunia tempat bersakit-sakit.
Akhirat kan tujuan kita.
Tak apalah.
Allah bagi dunia ni dekat orang-orang kafir.

BK,
Doakan usaha terus berkembang di sana juga seluruh alam.

CKB,
:))

CS,
Peewit!
Kalau dapat mas kahwin tetiap bulan pun best jugak.
Tapi takpe.
Allah ganti mas kahwin nanti dekat akhirat.
Heeeeeeeeeee.
Saya sambut takaza ni!

Bijen M. said... [Reply]

HUS,
Semoga Allah SWT pilih saudari.
:D

MAS,
Lama tak tengok komen yang best sesangat ni.
:P

MAT,
Plus rock!

AFA,
Ha ha ha.
Jadi perempuan kena banyak korban.

PEN,
Semoga mampu jadi pembantu daie yang tabah.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

pasal apa takde button like kat comment? keh3. amin amin amin.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

*(^.^)*
IPB
Aminn..

Amin Baek said... [Reply]

salam bro...
bila hang datang UTP??

aku memang salu ke surau V3 jek..aka surau foreigner..trasa cam di bumi asing lak..hahaha

betul2..salu gak nampak orang bkumpul,berborak2..subhanallah..

fuad ansari said... [Reply]

Gua ingat baru nak bidas dekat itu orang sbb tinggal anak bini x tinggalkan sesen habuk pun..

Sekali gua baca, Abu Bakar ra gerangan orangnya, terus gua x jadi nak bidas..

p/s: gua rasa zaman sekarang ada baiknya tinggalkan keperluan yang mencukupi untuk anak bini supaya x timbul fitnah.. Lagipun, anak bini zaman sekarang x cukup bersedia dan x cukup kuat untuk korban atas agama sepertimana anak bini zaman Nabi saw... Gua rasa la.. mintak maaf lah ye kalau gua salah rasa..

Gua=saya.. saje je nak rock kejap.. (",)

Myra Arshad (: said... [Reply]

ehh. ke ipb april ? wuu. baru perasan :p

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Tak buat lagi.
Selalu kau wish je, terus ada.
Macam Formspring.

UKM,
Doakan saya jangan putus ya.

AMB,
Salam.
Rabu hari tu.
Khamis pagi gerak balik dah lepas Dhuha.
He he he.
Betul, rasa macam dekat Madinah je.
Cuma kalau kat Mandinah zaman Nabi SAW hidup usaha dakwah.
Jemaah sentiasa dikeluarkan.

FUA,
He he he.
Yelah.
Gua saja je nak bagi contoh tu.
Zaman kita ni, even kita tinggal seribu dua orang dok mengata lagi.
Ho ho ho.

MYA,
Ye.
April.


"Sesungguhnya hartamu dan anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar." (64:15) (8:28)

mhafiz_ydin said... [Reply]

Ish.. kalu camtu aku nak kuar 4bulan tiap2 tahun.. Tiap2 tahun aku jadi pengantin baru. Yeah~

erk.. camna r rasa pengantin baru ???

Oh.. aku masih bujang T_T

paranoid android said... [Reply]

bro walopon lu tulis di luar kotak karkun tp point lu mmg point karkun bro org yg mujahadah mmg org yg cerdik2 walopon sblum die mujahadah die xbrape nk cerdik ,.........huhu
gua bce sekerat je gua dh tau lu bagus n josh huhuhuh

gabanMorka said... [Reply]

owkey, Abu Bakar memang rock
entri ko buat ni byk menda tersirat
itu lagi rock

Bijen M. said... [Reply]

MHY,
Tapi kan.
Cuba fikir balik.
Lepas kita balik 4B kita nak terkam siapa?
Bini tak ada lagi.
T_T

PAR,
Isk.
Jangan cakap karkun kekuat kat sini.
Gua bukan orang tabligh.
Kah kah kah!
:D

GAB,
Ho ho ho!
Komen lu ni memang rock-lah.
Naik segan gua.

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

as-slm,mahsallah,kalo kua bawa balik duit,inshaAllah,semua org x kata apa...bahkan semua org support...

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, nek nk citer skit, dolu2 masa nek bsalin ank sulong, suami kuar 4bln ipb...kecoh la satu kampung org tabligh bini beranak dia pi india... at the same time, seorg lg wanita bersalin gak, suami dia tak tahu pun dia dah pi hospital, org len yg htr, sbb dia pi pikat burung kat hutan...hoho, tak bising pun org kampung...

نور توفيقا said... [Reply]

Abu Bakar sgt bagus.. Best friend Rasulullah.. Saudara angkat Rasulullah.. Bapa mentua Rasulullah.. Mulianya..

Hurm.. Waktu mak bersalin saya pun abah keluar 4 bulan IPB.. Mak saya ada geng ni..

fuad ansari said... [Reply]

PQA:
ehem ehem.. sakit tekak la doktor, apa ubatnya? (",)

Wafi said... [Reply]

hari ini bila suami pergi kursus kenaikan gaji bermingu2, orang xcakap apa2.. siap puji2 lagi..
si isteri pun kembang habis..

tapi bila nak kluar dakwah 40hari, abis bising satu kampung, satu taman, 'habis la kau minah, suami da tinggal kau... kempunan la kau..'

bila anak nak sambung belajar doktor kat india 4tahun, 5tahun, habis sanggu gadai wang ringgit emas semua..

tapi bila si anak cakap nak keluar 4 bulan pergi india belajar ugama, dakwah.. dikatakan x berguna, disoal dengan bermacam2 soalan.. ditanya apa yang dapat kalau keluar 4bulan..

oh akhir zaman...

Bijen M. said... [Reply]

APS,
Salam.
Lepas ni kena cakap keluar cari rezeki di jalan Allah lah ye.

UMA,
Lain kali cakap kat orang kampung, suami saya keluar cari rezeki.
Rezeki akhirat orang kata.

PQA,
Mak anda tidak keseorangan.
Bak kata omputih, there's million like you.

FUA,
Minum coke sejuk-sejuk!
Ke ke ke.

WAF,
Hu hu hu.
Salah gua der.
Gua tak buat kerja ni sungguh-sungguh.
Orang tak faham lagi apa tugas kita.
Huk huk.
Jomlah kita keluar cari rezeki di jalan Allah 4B cecepat.
Moh!

Tuan Auz said... [Reply]

dah lama x baca blog ko. agak bz lately. =)

menarik. mmg aku perlukan smgt wat masa ni. hehe

Wafi said... [Reply]

salah aku... T.T

Bijen M. said... [Reply]

TA,
He he.
Sabarlah.
Allah uji sikit.
Kalau dapat tahan, Allah bagi yang lagi best lepas ni.

WAF,
Kena tambah korban dan usaha lagi dan lagi.

Tuan Auz said... [Reply]

Aku nak Mazda3 Sport plz! haha =D ops!

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Amin amin amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...