7.3.11

Cerita kedai kopi.

Helo para pembaca budiman yang ada di serata dunia. Dalam bahasa Jermannya, guten tag! Betul dok orang Jerman? Bahasa Rusianya gua tak tahu pula. Orang Rusia boleh tolong bagitahu apa greeting dalam bahasa Rusia? Boleh gua kenal-kenal sikit makwe-makwe Rusia kat sini. Ke ke ke! Negara-negara lain, nanti gua tanya di lain masa ye.

Baiklah tuan-puan. Di zaman sains dan teknologi yang serba canggih ini, kita kena terima hakikat bahawa kita semakin jauh dari pelita zaman Nabi SAW yang menerangi alam. Semakin hari semakin jauh, semakin banyak yang kita tinggal. Gosok gigi pun dah pakai elektrik. Baju yang dulu labuh, kian hari kian singkat. Muka wanita yang dulu disembunyikan makin hari makin didedahkan sampai ke bra. Benda-benda yang simple macam makan tangan kanan, minum duduk pun kita ambil mudah. Solat pun nak kat rumah je. Kalau benda simple pun kita tak boleh nak ikut, apetah lagi benda berat. Yer dok? Cuba tiba-tiba keluar perintah jihad, agak-agak dah ready ke kita?

Eh melencong pula post gua. Sebenarnya gua nak cerita di zaman teknologi yang serba canggih ni budaya amalan sihir ni masih berleluasa. Sihir ni dari zaman Firaun lagi dah ada. Sampai sekarang masih ada. Tambah-tambah dalam cerita orang Melayu kita. Nampak sangat minda kita masih dijajah. Tak kena jajah dengan barat, kena jajah dengan syaitan. Oh!

Mesti orang-orang dekat Jerman dengan Rusia ni rindu nak balik Malaysia nak menonton cerita-cerita hantu Malaysia. Ke ke! Tak surelah pula kalau kat sana pun ada segala macam santau, makhluk halus, ilmu hitam, kak Limah dan blablabla. Ada dok kat sana?

Gua ada satu cerita pasal pemuda hensem. Pada suatu hari ada seorang hero hensem diajak minum oleh kawan-kawannya dekat satu kedai di satu negeri di satu tanah air. Open table gaji ceritanya. So mereka pun pergi duduk di satu meja dan meng-order satu minuman setiap satu orang. Si hero hensem ni order air suam je. Biasalah, minuman awet muda. Yer dok?

Bila minuman yang di-order tiba, mereka pun minumlah dengan gembiranya. Si hero hensem ni rasa tak sedap hati dari tadi. Tapi beliau cuba juga sedapkan hati beliau yang tak sedap itu. Lepas baca bismillah, beliau pun mengangkat cawan berisi air suam tersebut dengan tangan kanan untuk diminum. Belum sempat beliau meletakkan cawan ke bibir, tiba-tiba cawan tersebut automatik pecah berderai macam bunyi lagu background Stone Cold masuk gelanggang. Nasib baik pecah jatuh ke lantai. Kalau pecah jatuh ke seluar, mahu juga beliau dituduh kencing dalam seluar.

Kawan-kawan si hero hensem terkejut dan naik hairan.

“Apa benar kamu seorang Superman?” tanya Ismadi bin Adi.

Si hero hensem menidakkan telahan kawannya itu.

“Gua pun taktau gua ada power tangan kuat genggam cawan kaca boleh pecah. Gua rasa nak balik rumah design kostum Robocop-lah.” kata si hero hensem kepada rakan-rakannya.

“Wahh! Apa yang lu amal sampai boleh jadi macho sebegini? Gua tengok lu tak pernah pergi gym pun. Ce cite, ce cite.” tanya Ismat bin Ismael pula.

“Hmm. Gua rasa ni berkat gua amal baca ayat nombor 81, surah Yunus 10 kali lepas Subuh. Hmm. Lepas tu gua amal baca Manzil jugak lepas Subuh.” si hero hensem menjawab dengan hensemnya.

“Alar. Lepas Subuh selalu gua tidur balik. Itupun Subuh gua terlajak dah jadi Subuh dinosors dah.” kata Fendi bin Malek kecewa.

“Nasib lu oranglah. Jom jom blah. Nanti tokey kedai suruh ganti gelas pecah pulak.” si hero hensem menamatkan perbualan.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

41 comments:

Anonymous said... [Reply]

Helo para pembaca budiman yang ada di serata dunia. Dalam bahasa Jermannya, guten tag! Betul dok orang Jerman? Bahasa Rusianya gua tak tahu pula. Orang Rusia boleh tolong bagitahu apa greeting dalam bahasa Rusia? Boleh gua kenal-kenal sikit makwe-makwe Rusia kat sini. Ke ke ke! Negara-negara lain, nanti gua tanya di lain masa ye.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

sEKRANG NI RAMAI TAU MAKAN JE TANPA BC BISMILLAH DULU..

Lepas dah makan 10 suapan..baru teringat nak baca..Tu pun lepas diteguq,kalau tak teguq..lajak smpai licin..apa punya tur..

sastraboy said... [Reply]

oo. cabut ye, tak mau bayar lettew!

aku-alam said... [Reply]

"once broken consider sold".. kehkeh !! mesti time nak blah tu. siap sorok bahan bukti..

buDAK keCIK said... [Reply]

kain zmn skrg dh nipis2... sbb tu la, pakaian dlm pn bley nmpk. bra ea?? heh

eh, ko dtg x dtc semalam? media byk yg dtg... uia lwn usm. sgt mantap bila dorang dh start berbalas pantun. best!!

umu6point said... [Reply]

bonjour! -->french

haa..mesti jari kelingking dia dah rasa sejuk kat bahagian bawah cawan tu kan..kan? maklum ler..minum cara sunnah..

manzil -> time study dulu punya la amal sebab duduk kat asramakan..huhuu.. takut makhluk la tuu.. :p

paranoid android said... [Reply]

lepas ni blaja urdhu plak snang la nk g ipb nnt huhuhuhu

fuad ansari said... [Reply]

Pernah jugak ada pengalaman dengan sihir2 ni.. Geram gak rasanya kalau diingat2 balik..

Kenapalah nak libatkan diri dengan sihir?? Tidak cukupkah Allah sebagai Tuhan kamu dan tidak cukupkah segala nikmat yg Allah dah bagi?? hurm...

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam semua sekali,
memg zaman teknologi ni bahaya....
org kat alam maya pun boleh buat iman jadi lemah...
ye dokk???
Dulu kata deactive FB,la ni Permanent delete ja...
InsyaAllah Aman sentosa.
p/s...kalau hati dh terdetik nk buat sesuatu pghijrahan,baik terus buat selagi ada kekuatan
(",)
Allahuma Amin

Norsha said... [Reply]

siapakah hero yang hensem tu, boleh tak nak berkenalah...boleh gak tambah2 ilmu mana yg tak cukup

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Kalau terlupa, baca doa makan di tengah-tengah.
Bismillahiawaluhu walakhiru.
Syaitan muntah balik apa dia telan.

SAS,
Takmo!
Air suam je pun.
Ekeke!

AKU,
He he he.
Tak ada apa yang nak ditakut.
Orang kedai tu yang perlu takut.
Takut Allah SWT dengan apa yang dia buat.

BK,
Zaman sekarang panas kot.
Lainlah kat Arab zaman dulu-dulu.
'Sejuk macam salji'
Tu yang kena pakai tebal-tebal.

Tak.
Aku baru sampai Batu 3 before Maghrib semalam.
Penat oh jalan kaki dari KL.
Ke ke ke.

UMU,
Saya orang banjar!
Aha ha ha.
Nanti saya tanya hero hensem tersebut dia rasa sejuk tak.
Ish ish.
Takut makhluk.
T_T

PAR,
Haa.
Belajar Urdhu kat sana nanti.
On the job training.
Wewit!
Doa-doa tuan.

FUA,
Jangan marah depa tuan.
Saya yang lemah.
Saya kurang buat usaha dakwah mafhum kalimah Lailahaillallah.
T_T
Doakan saya tuan.

UKM,
He he he.
Salam lagi sekali Mard.
Makin tajam je hidung mencium bau.
InsyaAllah Mard.
Doakan saya.
Doakan saya.

Bijen M. said... [Reply]

NOR,
Wahh!
Maaf dia dah berpunya.
Saya ni anak murid dia je.
:D

Wafi said... [Reply]

weewitt... dasat hero hensem itu...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

aku dah baca sampai habis. tapi lepas baca, ada satu perkataan terkeluar dari mulut aku.

"So?"

ukhti,mardhiah said... [Reply]

mard cakap sbb "concern"
al-maklumlah kita kn kawan
he he he
mana x tajam...bnda Obvious sgt..
pape pun,ada org pnh tulis...
"kalau niatnya ikhlas,betul,insyaAllah segala jalannya dipermudahkan"
Allahuma Aminn..Tuan bijen.

Pisyek said... [Reply]

wow~ sangat kewl!

hikmat meminum air dengan memecahkan gelas!

aku nak blaja!

xD

Bijen M. said... [Reply]

WAF,
Wewit!
Nak ngurat ke?

PEN,
So, amal lah.
Dah tahu tu.

UKM,
Siyesli I got your point.
Please saya nak diskas detail.
Saya cari dekat FB dah tak jumpa Mard.
Emel emel.

PIS,
Amal je benda kat atas tu.
Yang penting Subuh awal waktu, di tempat azan dilaungkan secara berjemaah bagi lelaki.
Ke ke ke!
Lepas tu yakin dengan hati.

CS said... [Reply]

otak zaman ICT,
tp pemikiran zman purba?
@
otak zman ICT,
tp amalan & pemikiran mcm nabi?

cer pilih...cer pilih!

menusuk hati said... [Reply]

assalamualaikum en nota siku:
kadang2 baru terjadi perkara macam tu sekali,orang tu terus perasan best n anggap dr dia macam power rangers pula..hu...awas dgn tipu daya en syaitan,laknat allah ke atas nya..

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Saya pilih syurga!
Amin.

MH,
Waalaikumsalam tuan pengantin.
Terima kasih atas peringatan.
Ke ke ke.
Mungkin salah cerita yang dikarang kot.
T_T

Umma-ali said... [Reply]

aslm, skli dpt krkuzari byn markas dr suami, kata pembayan, akhir zaman ni mmg rata2 manusia kena sihir, dahsyat betul! masuk kete, kena sihir, pg owg kawin kena sihir, dalam bas kena sihir, masuk shopping mall kena sihir lg kuat sampai xpikir nk bli ape, ambik aje, dalam masjid pun kena sihir, tgh solat berjemaah pun kena sihir!!!! dan byk tempat lagi kena sihir! Haa, nak tau kena sihir dgn apa? haa tuu...weng weng weng...anwher zain lah, wali tomat lah, lah lah lah...semua music lah!!!
ada faham????
dalam k.terbang je, tak kena sihir masa nak berlepas sampai nak turun kecuali kena sihir dgn tutup telinga pakai headset...ladies and gentlemen, please turn off your cell phone...blablabla...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

kejap. post ni menceritakan lelaki hensem tu dah nak terkena sihir ke? kah3.

*lambatnya aku.. T.T

**bukan, sebenarnya kau yang tak reti cerita.

Bijen M. said... [Reply]

UMI,
Alaikum salam.
InsyaAllah..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Ada jalannya..
Opps.
Nak kena naik kapal terbang cepat-cepat ah gini.

PEN,
Slow and steady win the race!
Asbab amalan dia, Allah SWT selamatkan dia dari sihir.
Berkat amalan zikir dan amal sunnah Nabi SAW, Allah SWT tolong dia.
Pehe dok?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Ye ye, dah faham.

L said... [Reply]

owh...baru fhm..

hmmm..byk sgt kes2 mcm tu zmn skg, sb tu...

mkn d rmah dgn masakan mak lagi enak! dan g koje bawak bekal lagi selamat! yeahh!

CKB said... [Reply]

setuju..
eh2! orang banjar lah!
Salam Kulaan!
ahaa

tula, abah ade ajar amalkan baca bismillah 5 lepas subuh InsyaAllah dihindarkan segala marabahaya.
Sekarang ni macam2

نور توفيقا said... [Reply]

Bila Allah dah cabut perhatian dan perlindungan dari seseorang, even the whole world try to give protection- it's useless.

Bila Allah dah bagi perhatian dan perlindungan kepada seseorang, even the whole world try to do harm- it's useless.

May Allah include us amongst those HE shower HIS great protection with.

Allahumma amin..

Afida Anuar said... [Reply]

Ada haritu terbaca/dibagitau, kalau kita rasa was was tentang sesuatu makanan/ minuman... baca "Walyatalattof..... ila akhir ayat", sambil genggam gelas/pinggan... insyaAllah kalau ada benda tak elok, pinggan/gelas akan pecah...

jap gua nak cek tu surah yunus ayat 81 ker... eh bukan. Tu surah lain.
Gua dah lupa dah. Gua ingat ayat dia je..Allahualam..

Bijen..lu tau surah mana tu?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

tuan bijen,
Good boy,bagus.
sitimardhiahmnor@yahoo.com
memg la,mard dh permanent delete itu FB(",)
tuan bila lg-->dgn nada selamba

GigiWangi said... [Reply]

Haha, aku lagi fikir lain, gelas pecah, kot kot lepas ni ada petanda tak baik. Haha.

Gelas pecah memang dikategori terkena sihir eh?

rasanya banyak lagi kan boleh detect,
bagitahu lagi lagi lagi. Haha.



Serious takut weh ! Aduyai

mhafiz_ydin said... [Reply]

Hui... lepas ni memang gua tak order air suam dah... gua minta air yaasin ja..

hamshira said... [Reply]

saya keluar rumah bawak bekal air dalam botol.

(kalau ada anak jangan bagi minum susu dalam botol tau!)

best kan kan?

jangan balas komen ni guna singkatan HAM ya. tak comel!

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Gud goy!

L,
Betul tu.
Makan di rumah lebih patut.
Pahala pun dapat, kasih sayang pun bercambah.
Peewit!

CKB,
Wahh!
Kulaan niring napa takurihing.
Aah.
Amal bismillah tu pun boleh.
Amal baca "bismillahillazi layadurruma'asmihi syaiunmfilardi wahuwassamiulalim".
(Maaf tulis rumi)
Pun dapat jadi penawar segala racun dalam makanan/minuman.

PQA,
Amin ya rabb.

AFA,
Oh yang tu gua tak tahu sangat.
Btw, ada banyak amalan ekceli kita boleh ikut.
Ikutlah mana yang kita rasa mudah nak amal.
Yang penting, ilmu dah ada kenalah amal.
Jangan simpan je, tak guna.

UKM,
Oke.
Tq.

GIW,
Oh.
Aku gagal menulis dengan baik kali ini.
T_T
Ha ha ha.

MHY,
Air zam-zam pun best jugak!
Eh.
Kopi Jantan!

SHI,
Wahh!
Bagus, jimat dan selamat.
Kenapa tak boleh minum susu dalam botol?
Kenapa kenapa?
Nak bagi dalam apa?

Ha ha.
Pakai 'SHI' comel?

GigiWangi said... [Reply]

Erk, aku tersilap komen ke?

AMMOSHAM said... [Reply]

ramai gak awek cun yang baca blog ni...kalau ada tu kasi laa satu..

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

bacaan manzil sgt pnting. Lg satu nabi ajar baca 10x al-falaq + 10x annas lps subuh/asar... Insyaallah slmt. Masa tu nabi baru lps sihat kena sihir dgn sorang yahudi.

Ya Allah, bg la kami kkuatan utk istiqomah buat amalan..

Lgpun IPB dh tak lama , bln dpn. insyaAllah...ce twajuh, ce twajuh!

: husna : said... [Reply]

heh..tak habis2 dengan ilmu hitam sekarang nie...manusia makin tak bertamadun, bila sakit hati terus kenakan org...hishhh tak takut akhirat betol

Bijen M. said... [Reply]

GIW,
Aku tersilap reply ke?
Ha ha ha.

AMO,
Ada yang cun ke?
Ke ke ke.

ALA,
Salam.
Aaaa.
Baik baik.
Tawajuh...

HUS,
Sekarang orang takut dunia lebih dari takut akhirat.

hamshira said... [Reply]

Shi tu bunyi terelbih comel lah.


minum yang selain dalam botol lah.
-_-"


cawan ada, cawan??
:p

kalau anak minum dari botol, lambat bercakap, gigi cepat rosak, jongang, cepat sakit (bakteria).

selepas susu ibu, tak payah susu lembu.



.

Bijen M. said... [Reply]

SHI,
Eh kalau bebi mampu ke dia minum dalam cawan?
Ehek.
Susu ibu 2 tahun.
Tapi selalu ibu tak mampu nak serve untuk 2 tahun.
Ada lagi ke sekarang ibu susu service?

Wahh.
Nanti nak kena cari bini yang handal bab budak-budak ni.
>_<

musafir kehidupan said... [Reply]

Nice entry..Terlalu banyak dah komen.(Buat rumusan lah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...