21.3.11

Bos! Ada barang bayek tak?

Salam 1Siku buat pembaca budiman yang dikasihi sekalian. Apa khabar? Ith heißen Bijen M. Haa. Macho dak gua speaking Jerman? Patutlah gua tengok ada orang Jerman masuk dalam statistik membaca. Rupanya Allah nak bagi gua get ready pasal baru-baru ni ada jemaah dakwah dari Jerman datang tempat gua buat usaha agama. Seronok gua lepak dengan dia orang. Macam-macam gua belajar. Fuhh! Hidup ni memang penuh dengan sesi pembelajaran kan? Tarbiyyah dari Allah SWT.

Oke ingat lagi dak cerita bundle dulu-dulu? Hari ni gua nak cerita kesinambungan dari cerita tersebut. Silalah baca dulu cerita sebelum ini untuk lebih mudah pemahaman.

Pergi Bundle Lagi
Oke baru-baru ni gua pergi lagi satu bundle yang gua dah familiar dekat tempat gua. Niat gua nak pergi cari baju pengantin untuk kenduri kahwin gua yang mungkin lagi 2-3 tahun akan datang (Allah lebih mengetahui). Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Yer dok? Walaupun calon belum ada, gua beli jelah awal-awal untuk simpanan masa depan.

Oh ya sebelum terlupa. Berkat gua bersederhana dalam membeli-belah, Allah SWT bagi gua lulus temuduga tersebut. Allah kan suka orang yang tak membazir. Walaupun seluar yang gua pakai tu RM 8, tapi tak ada pula kakak-kakak rock yang temuduga gua tu tanya gua beli seluar dekat mana. So terima kasihlah juga kat kawan-kawan yang doakan gua. Lepas ni doa pula depa panggil gua kerja lepas gua balik Malaysia bulan 8 karang insyaAllah. Kalau ikut perancangan, lepas gua kerja dalam setahun boleh dah gua fikir-fikir nak buat kenduri nasi ayam awal sikit. Tak adalah tunggu 2-3 tahun macam di atas.

Stok Gantung
Sambung balik cerita tadi. Gua pun melangkah masuk ke dalam kedai bundle yang tersergam indah itu sambil mulut terkumat-kamit membaca doa masuk pasar. Gua pun beleklah baju-baju idaman yang digantung sehelai demi sehelai. Ada yang menarik, tapi tak ngam pula dengan saiz gua. Lagipun banyak baju yang biasa-biasa saja. Tak banyak yang cun. Stok lama mungkin. Ada yang cun gua nak angkat dah ada orang book pula. Ciss!

Stok Display
Gua tengok pula yang display set dekat patung-patung. Gua dah perasan baju display dekat patung-patung ni dah lama dah. Banyak yang cantik-cantik, tapi tak ada orang nak beli juga. Gua pun hairan apesal orang tak pernah nak beli yang display set ni. Mungkin asyik display je baju tu dah jadi tak best. Berhabuk apa semua.

Lepas gua kecil hati dengan baju-baju yang ada, gua pergi jumpa tokey bundle di situ.

“Bos! Barang bayek ada?”

“Apa barang bayek?”

“Alar. Barang bayeklah. Yang gitu-gitu tu.” kata gua sambil buat gaya tangan gitu-gitu.

“Hmm. Apa password?”

“Kata laluannya, Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tak ada kuasa. Bos memang tokey bundle paling hensem abad ini. Moga Allah murahkan rezeki bos. Amin.” kata gua dengan sekali lafaz dalam satu nafas.

“Amin. Okey bagus. Jom pergi belakang.”

Stok Istimewa
Gua pun menurut perintah tokey pergi ke stor belakang. Masuk je dalam stor tersebut gua rasa macam duduk dekat Jepun dan US. Rasa macam syurga bundle. Pehh! Banyak baju cun-melecun yang gua boleh angkat. Tapi sorilah, untuk orang tertentu saja yang boleh masuk tempat-tempat cenggini. Lalu gua pun belilah pakaian pengantin gua yang special ni dengan harga special.

Serangga Pilihan
Dalam dunia ni ada banyak jenis makwe. Ada makwe yang biasa-biasa macam orang biasa yang banyak dekat atas muka bumi ini. Makwe golongan ni ada yang menonjol, ada yang humble. Macam-macam pesen. Terpulanglah kepada sikap makwe masing-masing. Makwe ini akan jadi pilihan orang kebanyakan.

Ada pula makwe yang jenis display set. Dok display gambar dalam Fesbuk, blog dan siti situ sana sini dengan gaya yang ahh-gua-tak-sanggup-nak-cakap. Memanglah cun, tapi kalau dah nama pun display set, orang pun takut nak ambil pasal karang orang lain pakat nak ushar je. Itu satu hal. Display set ni pun dah berhabuk pasal asyik display je. Orang yang tengok pun rasa dah tak ada ciri unik dah.

Ada satu lagi golongan makwe. Makwe ni memang susah nak nampak, susah nak dapat. Hanya orang yang tahu je akan tahu kewujudan makwe ni. Nak ushar makwe ni kena minta izin tuan punya makwe dulu. Siap ada password kadang-kadang tu. Inilah makwe yang tertutup, yang tak melihat dan tak dilihat. Yang special dan unik. Yang terjaga rapi segala-segala. Makwe pesen ni orang panggil makwe tersembunyi atau dalam bahasa Arabnya ‘masturah/masturat’.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

49 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam 1Siku buat pembaca budiman yang dikasihi sekalian. Apa khabar? Ith heißen Bijen M. Haa. Macho dak gua speaking Jerman? Patutlah gua tengok ada orang Jerman masuk dalam statistik membaca. Rupanya Allah nak bagi gua get ready pasal baru-baru ni ada jemaah dakwah dari Jerman datang tempat gua buat usaha agama. Seronok gua lepak dengan dia orang. Macam-macam gua belajar. Fuhh! Hidup ni memang penuh dengan sesi pembelajaran kan? Tarbiyyah dari Allah SWT.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Aku bukan makwe display set kot..
hahahhahahahah

mhafiz_ydin said... [Reply]

Wa.. Barang baik, harga special.. gua pun nak satu..

Wafi said... [Reply]

makwe makwe.. ehem2

- mrs koroe - said... [Reply]

cun lah entry ni .

hee .

نور توفيقا said... [Reply]

Alhamdulillah:))

Tuan Auz said... [Reply]

opss alamak!

hehe.

camtu aku kena wat rejim mendelete gamba2 kat blog aku la ni. opsss! bilakah!

terima kasih =)

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Ha ha ha.
Dah tu type mana?
Type R?

MHY,
Kena lulus intebiu dulu.
Selalunya dia tanya ada pensel 4B dak?

WAF,
Budak kecik belajaq bagi habih dulu.
Ha ha.

MSK,
Cunlah komen ni.
Rasa nak ngurat.

PQA,
Yarhamukallah.
Tahniahlah dah beberapa langkah je lagi nak jadi masturat orang.
Peewit!

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Kita bako je, bako je.

sastraboy said... [Reply]

mantop aa bijen!

ingatkan apa benda la yang kau nak lalutkan tadi, rupanya pasal ni.

pegh, padu!

Ibnu Mutalib said... [Reply]

macam2 bijen

~PENCHENTA~ said... [Reply]

=)


*dari tadi aku tak reti nak cakap apa.*
sekian.

CS said... [Reply]

Ya Allah kurniakan sy 'barang bayek' utk dihadiahkan kpd si dia yg berpensil 4B...Amin!

@

Ya Allah kurniakan jg sy 'si dia' yg mampu berusaha utk mndapat 'barang bayek' dgn pensil 4B di genggaman.

USAHA ATAS IMAN & AMAL InsyaALLAH!Amin!

una berry said... [Reply]

boleh sentap-hati-mak-nak
hoho~

cerita pasal bundle tapi boleh relate pasal type2 makwe, c'est genial!

Wafi said... [Reply]

hahaha.. baik.. gua blajo bagi abeh dulu...

Bijen M. said... [Reply]

SAS,
Mekaseh Ustaz Zamri.
Ke ke ke!

IBM,
Tula pase.
Memacam hal zaman sekarang ni.

PEN,
Gua syak lu terlanggar tiang letrik.
Betul ke?

CS,
Wahh.
Banyaknya coding.
Ha ha ha.
Amin amin amin.

UNA,
Mak ada sakit jantung dak?
C'est genial tu maksudnya apa?
Macam genital pun ada.
Keh keh keh!

WAF,
He he he.

maris said... [Reply]

always luv ur entry ... ada side meaning ;ppp

MATAHARI said... [Reply]

keh keh keh. tersengih2 aku baca ni. :P

Afida Anuar said... [Reply]

Masturah...perempuan yang terpelihara....

gua la tuh!...haha perasan!
Allahualam..

Bijen.... tahniah sebab lulus terbiu.

una berry said... [Reply]

c'est genial = it's cool

menusuk hati said... [Reply]

thniah abg bijen!jgn lupa jmpt gua dtg mjls lu thn dpn ye...(khwn)

GigiWangi said... [Reply]

Alaaa, habis aku jenis makwe yang mana satu ? Hehehehhe



Belanja belanjaaaa. Nak kfc. Hahaha

Congratss.

: husna : said... [Reply]

tersurat dan tersirat habis entry nie..
thumbs up :)

*boleh doh la buat masjid lepaih nie..ke guane?

: husna : said... [Reply]

tersurat dan tersirat habis entry nie..
thumbs up :)

*boleh doh la buat masjid lepaih nie..ke guane?

Bijen M. said... [Reply]

MAR,
Selalu sayang komen anda.
Ada jelir lidah banyak-banyak.
:))

MAT,
Sengih sampai hidung ke bro?

AFA,
Eheh.
Sebenarnya masturah ni ada ciri-cirinya lagi.
Bukan senang-senang gitu je.
Trimas!

UNA,
Ahahak!
Bahasa apa?
Jermen?

MH,
Tahun depan ye?
Amin amin amin.

GIW,
Makwe gigi wangi.
Ha ha.
Nanti gua belanja makan nasi ayam kenduri walimah gua.

HUS,
Keje dulu yob.
Dok keje mok dok wi buat mesjid.
Tade duit nok beli simen sume.

Afida Anuar said... [Reply]

Gua tau..orang mcm gua ni bukannya senang nak jadi masturah..doakan gua!

una berry said... [Reply]

hoho, it's french mr bijen :P

gabanMorka said... [Reply]

okey, kita se geng

brand bundle mmg jadi pilihan

Myra Arshad (: said... [Reply]

wah. dah speaking jerman. ye lah, ada google translate. semua bahasa bole. hehe ^__^

hm. pasal makwe stok display set ni aku setuju :) kadang2 kena atas batang hidung sniri jugak.
tapi tu laaaa. sampai bila laa aku nak berubah? wuuuu.

cepat weh buat knuri nasik ayam. kompem aku datang. tapi kan lagi sedap kalu buat knuri roti canai, i likeeee. hahahah :p

Bijen M. said... [Reply]

AFA,
Amin amin.
Gua doakan hajat lu tu.
Ke ke ke.

UNA,
Wahh!
Bonjour.
Gua orang orang Banjar.
Ha ha ha.

GAB,
Generasi bundle yer dok?
Ke ke ke.

MYA,
Oi.
Don anderestimet mi.
Gua belajo ngan orang Jermen ritu.
Huu.
Doa-doalah moga Allah bagi kekuatan.
Ketepikan nafsu tu.
Semoga berjaya.
Centu gua kena buat kenurik kat mapelir lah.

airazulaikha said... [Reply]

lama tak lepak sini.. :)

airazulaikha said... [Reply]

lama tak lepak sini.. :)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam semua sekali,
mard baca 2kali baru paham.
saya nak jadi "barang bayek"
skrg xberapa nk bayek la...
nak!nak!nak!
(",)

L said... [Reply]

hurm. aku tau aku jns awek yg mn...

tp yg pasti xde lam senarai di atas..



gadis pelik. kan? :D

Anonymous said... [Reply]

kenapa blog nie mcm nmpk sngt try tiru gaya blog kereta mayat..ermm..

Umma-ali said... [Reply]

aslm, rameinye yg komen...citer psl pakwe makwe ni mmg ramai yg suka komen kan...so i takyah komen lagi laa...

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Lama tak nampak kat sini.
Pi mana?
Piweet.

UKM,
Salam 1Blog.
2 kali baru faham?
Hebat lettew.
Amin amin.
Belajo sesungguh.
Grad cecepat.
Keh keh keh!

L,
Gadis semasa.
Peewit!

TN,
Ermm.
Sebab dia tulis blog dulu kot.
Gua kendian.

UMA,
Salam.
Dah tak geng-geng pakwe makwe lagi dah ke?
Ahaks.

Nenek Jijah kata satu hati, satu usaha, satu fikir, satu Malaysia tapi minyak tak satu.
Saya pakai senyonyong Jermen.
Ke ke ke.
Semua orang pun kena cakap perkara yang sama, kebesaran Allah.
Semua orang pun kena ada fikir yang sama, fikir atas iman dan amal.
Semua orang pun kena buat usaha yang sama, taat perintah Allah SWT ikut cara Nabi SAW.
Yer dok?

Anonymous said... [Reply]

rasenye kalo jerman, "ich heisse Bijan.." haha ce cek balik

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Aah yer kot.
Belajo tak habeh.
Suruh mamat tu eja, dia tak reti sangat cakap English.
Suruh dia tulis masa tu, ink marker kering.
T_T
Ada belajo nama satu kacang tu.
Pindigue ke mende tah.
Tengok macam hazelnut.
Tapi member cakap tu clever peanut.
T_T lagi sekali.

eiffel said... [Reply]

salam~

1st time jenjalan kt sini...

betul ker g kedai bundle tuh siap berpasword bgai? xDDD

ehem,ehem..tetiba rasa bangga sbb da buang smua picca kt fb!lol~

btw, rasa blog ni lg sempoi dr kereta mayat..

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Eh eh betullah.
Ith heißen Bijen dia jadi 'Ith hot Bijen'.
Tapi Ich heißen Bijen jadi 'My name is Bijen'.
Tapi Ich heisse Bijen pun 'My name is Bijen' jugak.

EIF,
Salam.
Oh dah buang?
Tahniah.
Apa FB?
Nak dabel check.
Ke ke ke.
Err, semua blog ada sempoinya sendiri.
Mana ada lebih mana ada kurang.

Umma-ali said... [Reply]

ok do not wrestle...
hamka...lbih matang sepadan umo nya kot, ceh, ntah2 nenek salah sbb lum lg berkenalan dgn hamka...
bijen...matang tapi tak padan dgn umo...hmmph! sehingga ramei yg trtanya2 umo sebenarnya brpa...dah kawen ke buat2 dah kawen...biorla dy klu sok2 anakdare tak caya dia lum kawen, jatuh saham dia...
TAPI dua2 umat Nabi SAW, sama2 buat usaha atas iman dan amal...biasalah tu kalau lebih kurang penulisannya dan gayanya...tu namanya satu hati...sbb lg satu, modal sama je, 6 sifat sahabat, pusing2 kot tu jugak...
saya pun dulu penah pg nusrah jemaah. pagi tu kita muzakarah, kita pun targhib lah points yg kita dah dgr...
ptg tu depa syor suami lak bayan, rupa2nya dia pun targhib perkara yg sama!!! duk blkg tabir, org tak tahu suami sapa, tapi bl dgr isi bayan semua pakat pandang kat saya, senyum2 kambing sume...ini mesti laki ko!!! haha, sangat2 satu hati, deme kata...
tu la dia bila hati sudah bersatu...atas fikir dan kerisauan yg satu...ada fhm? semoga Allah bg fhm...

hidayu samsudin said... [Reply]

ya allah jadikanku serta muslimah yg lain antara "brg baek'..

mohdfuad said... [Reply]

Barang baek utk orang yang baek.. sebab tu kena ada password.. tu mujur la tauke bundle tu tak mintak tunjuk pensel 4B.. Kalau x,itu hari mau gak kempunan nak masuk stor belakang..(",)

p/s: gua tengok, karkun ni kalau bab2 membuat tamsilan, nombor satu....

fuad ansari said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]

kalau tuan letak pensel 4B kat kocek atas baju tuan,kalau tauke bundle tu nampak itu pensel, barang mungkin tauke bundle tu tak berani nak mintak password dah.. dia mungkin akan kata, "xpelah, lu terus masuk la.."

Bijen M. said... [Reply]

UMA,
Umi oi.
Janganlah reveal umur saya baru 13 tahun.
Tak macho ah gini.
Ha ha ha.

HID,
Amin ya rabb.

MOF,
Macam kenal je.
Ke ke ke.
Tapi selalu memang mintak kan?
Hari tu dia lupa kot pasal gua dah jack dia kaw-kaw.

FUA,
He he he.
Tak lama lagi dah.
Tak lama dah.
Mudah-mudahan dapatlah saya hadiah pensel 4B sebatang.

Nurul Ain Anuar said... [Reply]

salam.. pensil 4B tu maksudnye ape? tamsilan pun? sori banyak sgt tak tau istilah2 ni..

Bijen M. said... [Reply]

@Nurul Ain Anuar
Pensil 4B tu 4 bulan.
Pengalaman keluar.
Biasa cakap 4B, 40H, 3H.
Tamsilan pulak lebih kurang analogi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...