31.3.11

Antologi Gantung Papan Kekunci.

Selamat hari Khamis dan semoga bertambah manis. Terutama kepada orang di Malaysia, US, Indonesia, UK, Rusia, Jermen, Mesir, UAE, Hungary, France, New Zealand, Ireland dan seluruh umat Islam sejagat. Dengan ucapan belajar elok-elok di negara orang, jangan nakal-nakal dan jangan main mercun.

Nampaknya ini penampilan terakhir gua buat tempoh terdekat ini sebelum gua berehat panjang menggantung keyboard akibat dari kecederaan iman. Gua mengambil keputusan bercuti sakit untuk 4-5 bulan bagi memulihkan iman dan amal yang sedang sakit ini.

Satu saja pesanan, sila baca entri ni sampai habis. Ini sangat penting sebab manalah tahu kot-kot ini entri yang paling ahir. Maka jangan terlepas peluang memenangi hadiah wasiat berupa harta yang gua ada.

Kecik-Kecik Dulu
Zaman gua muda-mudi anu belum sunat dulu, gua dah mula ikut kawan-kawan yang dah sunat jalan-jalan jauh dari femili. Selalunya ke Penang pasal tu je uptown paling dekat dengan downtown gua. Itupun setakat pergi Komtar je pasal tu je bangunan paling femes yang ada waktu tu. Kami traveling naik bas, jalan kaki, naik feri dan berbagai lagi jenis pengangkutan awam yang disediakan.

Satu kali tu kami singgah di satu masjid. Dekat situ gua ternampak orang-orang usung beg gaya bermusafir. Sangat kool! Mulai hari tu gua tanam azam, esok besar gua nak kumpul duit lepas tu nak jadi backpacker travel jejauh belajar dengan alam, cari pengalaman. Bila gua dah besar panjang gini, baru gua faham orang yang gua jumpa dulu sebenarnya bermusafir merata tempat untuk menyebarkan dakwah ke seluruh alam.

Ala-ala gaya pedagang India dulu kala datang berdagang di Tanah Melayulah. Tujuan utama mereka nak sebarkan dakwah. Yer dok?

"Sampaikan dariku walau satu ayat."
"Seketika di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya."

Ustaz kata kalau kita tahu satu ayat, kita kena sampaikan 1 ayat. Kalau tahu 5 ayat, kena sampaikan 5 ayat. Tak lebih, tak kurang. Sebab nanti kat Mahsyar, Allah tanya apa yang dah kita lakukan dengan ilmu yang ada. Apa kita nak jawab kalau kita duduk rumah je tak jumpa orang sampaikan ilmu?

Okebai!

Dapat Izin
Alhamdulillah. Allah bagi mak bapak gua faham apa yang gua usahakan selama ni. Sebelum ni kemain menentang tak bagi gua pergi jejauh. Berkat gua sabar sejak bulan 1, gua khidmat ke deme dan ikram sampai lebam, Allah SWT bagi buka hati mereka untuk merelakan gua pergi. Siap nak buat kenduri doa selamat lagi kat surau. Peewit!

"Carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solat."
"Orang yang bersabar itu sentiasa bersama Allah."

"Siapa yang memenuhi hajat orang lain, Allah akan bagi dia 73 hasanah.
Yang mana 1 hasanah mencukupi untuk kehidupan dia di dunia.
Lagi 72 hasanah Allah bagi dalam syurga kelak."

Jadi lepas ni kita kena ringan tulang bantu orang lain, maka Allah akan bantu kita.

Okebai!

IPB
Sekarang gua nak reveal apa itu IPB. Banyak sangat orang tanya. Ce sabar sikit gua nak kasi seperais. IPB tu stand for India-Pakistan-Bangladesh. Haa! Gua nak pergi 3 negara berkenaan jalan-jalan cari penyakit. Gua pergi sana nak belajar-belajar masukkan agama dalam diri. Jumpa alim ulamak sana, belajar amalkan sunnah, belajar cara Nabi dakwah, belajar mujahadah, belajar tawajuh, belajar macam-macam lagilah.

Kali ni gua pergi sana dululah. Agak-agak tanah Arab dah clear esok nanti, gua pergilah sana pula belajar dengan masyaikh kat sana. Agak-agak dah berbini nanti, gua pergi pula Indonesia ke, New Zealand ke, Jermen ke dengan bini gua. Kalau ikutkan satu dunia gua nak pergi. Tapi passport Malaysia tak boleh masuk Israel pula.

Dekat IPB ni macam-macam boleh dapat. Mana lagi nak belajar kongsi jalan dengan kereta, van, tut tut, gajah, keldai, babi, lembu, kambing dan sebagainya. Dah tak payah pi zoo dah. Mana lagi nak belajar berak kat jamban awam tengah pekan tak ada pintu? Hanya ada papan setinggi lutut je nak kaver anu. Mana lagi nak belajar basuh berak pakai air setengah kole je? Mana lagi nak rasa jalan kaki 10 kilo masuk pedalaman, mandi sungai, naik tren himpit-himpit atas bumbung dan memacam lagi? Paling penting, belajar berharap dengan Allah SWT bila berada di tempat asing.

Bruno Mars kata, easy come easy go. Tu yang kena mujahadah sikit nak dapat faham agama, nak rasa kemanisan iman. Iman para sahabat Rhum dulu tegap macam batu pasal deme dah rasa susah payah dulu-dulu. Tengok jelah Bilal RA kena seksa macam mana? Akhirnya daripada seorang hamba menjadi mulia akibat deme faham agama.

“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka;
satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India
dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam AS."

Eh! Saja je gua letak hadith di atas. Tak kaitan sangat pun sebenarnya.

Okebai!

Jumpa di KL
Oh ya! Gua gerak ke KL esok malam. Duduk sana lebih kurang seminggu kot setel urusan visa, flight apajadah semua. Jadi buat kengkawan yang nak ajak mengeteh dan berjimba-jimba tu, bolehlah emel ke gua kita tukar-tukar nombor telipon. Nanti senang nak roger kat sana. Oh, ini khas untuk lelaki saja. Kalau makwe-makwe, gua risau tengkuk gua patah asyik pandang bawah. Maklumlah, kadang-kadang aurat tak tutup dengan sempurna. Lainlah kalau pakai niqab, tak adalah nampak sangat aurat kat bawah dagu tu yer dok?

"Tundukkanlah pandangan dan peliharalah kemaluanmu..."

Tapi kalau yang berniqab tu nak jumpa juga, boleh bawa bapak sekali. Boleh kita bincang-bincang apa yang patut. Eceh!

Okebai! xoxo

Balas Budi
Dan lagi, Allah pilih gua pergi kali ini berkat doa lu orang semua. Maka untuk membalas budi baik, siapa yang nak gua tangiskan nama lu orang dalam doa sepanjang berada di jalan Allah, boleh emel ke gua nama penuh lu orang. Dengan syarat jangan bagitahu hajat apa lu orang nak. Nanti pepandailah gua doa yang baik-baik. Dapat jodoh ke, dapat Mazda RX8 ke, dapat kahwin ke, dapat timang cucu ke, apa ke. Ingat! Nama penuh saja, melainkan ada hajat yang sangat-sangat darurat. Akan dipertimbangkan insyaAllah.

"Siapa yang mendoakan orang lain tanpa pengetahuannya,
Allah akan hantarkan malaikat untuk mendoakan untuknya."

Eh, gua bukanlah wali Allah ke nak kata doa gua ni makbul. Usaha saja. Atas kehendak Allah semuanya. Sebab orang kata, doa orang mujahadah di jalan Allah ni diterima. Sebab Allah sayang. Kita usaha oke?

Lagi satu alang-alang lu orang dah emel tu, tulislah sekali agak-agak umur sebenar gua berapa pada 2 April nanti? Kira macam contestlah juga. Jawapan terpaling tepat, nanti gua bagi ole-ole dari sana. Takpun, nanti gua balik gua hantar rombongan meminang. Kool jugak. Jawapan hendaklah dalam format XX tahun, XX bulan. Hantar emel lu orang sebelum tamatnya 2 April pasal gua takut gua tak online dah lepas tu. Penyertaan tidak terbuka kepada ahli keluarga terdekat dan sahabat handai yang mengenali diri ini. Gua bagi klu kat bawah sikit.
  • Di alam maya, ada makcik pernah nak kenen gua dengan sorang perempuan umur 29 tahun, dari pengamatan terhadap penulisan gua kat sini.
  • Di dunia fana, bila nampak gua je pakcik-pakcik kat surau asyik tanya gua, tunggu result SPM ke? (Perhatian: Gua tak pakai spek pergi solat)
  • Bila berborak dengan pakcik-pakcik sembang isu semasa, deme ingat gua dah kahwin.
Okebai!

Wasiat
Sepanjang gua tak ada lama di sini, jagalah diri bebaik ye. Kalau ditakdirkan ini jodoh kita yang terakhir, nyanyilah lagu Hujan ini sampai hujan,
Bila aku sudah tiada
Simpan semua entriku, jangan ditangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku, jangan dilupakan aku
Selain itu bacalah juga Al-Fatihah sedekah ke gua. Lu orang duduklah sini baca entri yang lama-lama. Kalau Allah bagi gua jumpa cc kat sana, nanti gua update apa yang patut. Lagu terakhir untuk lu orang, klik sini untuk versi Youtube.
Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
Oke! Lu orang boleh lepak di Fesbuk sana. Kat sana ada orang-orang tolong jaga. Bukan gua yang update. So harapnya para penjaga Fesbuk yang diamanahkan dapat menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik. Gua pergi tak lama pun.

Okebai!

Perhatian
Jangan gunakan perkataan 'okebai' kerana ia jarum sulit golongan brader-brader untuk menyesatkan umat Islam kerana dalam bahasa Urdu 'okebai' bermaksud di bawah naungan brader iaitu 'oke bro!'. Ouch! Such a nonsense.

Okebai!

Emel: notasiku@gmail.com
Sila jangan spam. Okedah, bebai!

Gua minta maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa apa semua sepanjang kita hidup bersama. Blog ni hanya tempat permainan gua bereksperimentasi. Gua langsi ke apa ke jangan ambil hati. Kalau nak tengok side sopan gua, jengah kat Formspring nun sana. Sampai ada orang ingat gua ni perempuan. Okedahdah, tata!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

58 comments:

Anonymous said... [Reply]

Selamat hari Khamis dan semoga bertambah manis. Terutama kepada orang di Malaysia, US, Indonesia, UK, Rusia, Jermen, Mesir, UAE, Hungary, France, New Zealand, Ireland dan seluruh umat Islam sejagat. Dengan ucapan belajar elok-elok di negara orang, jangan nakal-nakal dan jangan main mercun.

panggil saja rapunzel~ said... [Reply]

okebai!

menusuk hati said... [Reply]

gua nak ben lah blog ni..ie!!!cepat2lh lu dptkn rwtn tu ye.okbai

matadore said... [Reply]

Jalan lek lok. Jangan terpeleot.
Bai!

izzatimar'e said... [Reply]

salam....
selamat berjuang.....
semoga dipanjangkan umur supaya ada rezeki nak berdakwah guna blog nih lagi....
semoga Allah melindungi inche bijen selalu...
dan semoga iman yang cedera dapat diselamatkan......
amin~~~~~

mhafiz_ydin said... [Reply]

Yeah.. Lu gerak dulu.. Nanti gua follow belakang..

Hujung minggu ni baru nak tafakkut, apply visa. InsyaAllah kuar result study, gua gerak terus.

Smpy sana doa2 orang di sini no.. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan..

Bijen M. said... [Reply]

RAP,
Ok tata bai.

MH,
Benlah.
Benlah.
Lepas ni gua boleh kawen dah.
Okebro!

MTD,
Duduk sini leklok.
Jangan sesat.
Okebro!

IZZ,
Salam.
Semoga kita semua rezeki murah.
Amin.

MHY,
Weh!
Gua tak buat visa lagi.
Buat sesama weh.
Cilake kat Penang ni 14 hari dia nak proses.
Syayat betul.

Wafi said... [Reply]

semoga semuanya berjalan lancar... serius aku da email... doa-doakan aku.. insyaallah aku doa-doakan ko... moga Allah permudah segala-galanya...

MATAHARI said... [Reply]

bro, jaga diri baik2,

selamat berjuang, semoga sentiasa di landasanNya,

sempat lagi bergurau kat bawah tu, keh keh keh, take care, bro,
ada peluang, menulis lah lagi, kerana aku mudah faham cara penyampaian kau dengan hamka.

salam.


okebai!

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Jaga diri baik2 nah...
mesti aku akan rindu kat hg..eh..entri2 hg..
hihihihi,,

una berry said... [Reply]

selamat pergi dan selamat pulang
okaybye

una berry said... [Reply]

selamat pergi dan selamat pulang
okaybye

hidayu samsudin said... [Reply]

SELAMAT BERMUJAHADAH..!

- elina - said... [Reply]

sob sob

okebai .

jaga diri ye .

Mayya said... [Reply]

Gudluck!

zawani said... [Reply]

selamat berangkat ke IPB inche.smoga iman bertambah mantap n dpt menyebarkan dakwah ke pelosok2 kampung.may Allah ease~~

MATAHARI said... [Reply]

satu lagi, boleh tak letak kan butang search, mudah untuk aku rujuk, hehe.

sya-shan said... [Reply]

tetibe rase sedih plak bace lirik lagu yang last tuh. ouch. touching.

Semoga Allah merahmati setiap apa yang kamu lakukan wahai enchik bijen.

Ilmu dpt meningkatkan iman kan? So, jgn berhenti menuntut ilmu dan mengamalkannya. (nasihat utk diri sendiri dan yg membaca).

Ganbatte!All the best in IPB and ......after life?



-nol

buDAK keCIK said... [Reply]

semoga hajat lu tercapai en. bijen!
semoga semuanya berjalan lancar dan lu masih ade masa utk share ilmu lu dgn kami. sharing is caring okeyh. =D

salam perjuangan!!

paranoid android said... [Reply]

bro gua rase lu lame duk sri petaling sbb visa india n pakistan payah tp seme Allah pnye la kn visa xde kuase huhu doakan gua jgak erk bro kt nizamudin n tolong belikan bedding kt bngladesh yg mcm beg tu xpyah besa sgt nnt gua msg lu bro...slamat berangkat gua xnk doa lu pulang bro gua doa kubur lu jauh2 dihujung2 dunia mcm sahabat2 r.hum aminnnn

Ibnu Mutalib said... [Reply]

salam
bro, sincerely lama dah tak baca habis entry lu yg pjg meleret. tapi bila baca ni sedan sedu lak (ini tipu)

papepun jgn lupe doakan aku ya!

kalau nak belikan pape untuk aku kt cni, minyak wangi pun ok je. biar mahal ckit laa..

minggu depan mesyuarat bulanan sri petaling. InsyaAllah leh ngeteh sama2 kalau still hidup dan masih ad kt sana

cik_paan said... [Reply]

entah nape aku rase sebak...huhu
take care lah ye...

Nveil said... [Reply]

okjap gua nak nangis. *sobs sobs*

kurang satu tempat pertanyaan gua.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

nama saya siti mardhiah binti mohd nor.
nama awak mohd hafiz bin jamaludin
saya ada satu permintaan ni.
nak suruh tuan haf jam doakan sesuatu.
penting .
plz..plz..plz..
kita kn geng.

Anne M. said... [Reply]

ehem,
gua agak cemburu sikit ngan lu, bukan apa, gua pon pasang niat macam tuh jugak..teringin gua nk bermusafir waktu single-mingle neh..tp yang problemnya, gua neh wanita..banyak cobaaannya..
paling utamanya,menimbulkan fitnah..
apapon,gua ucapkan selamat berjihad dan bermusafir.
selamat pergi dan selamat pulang..insyaallah..
amin.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Weh. Aku ada doa. Aku ada doa nak suruh kau doakan. Tapi tak reti nak bagitaw macam mana. T___T

Apa-apa pun, semoga diberikan apa yang terbaik untuk kau. Jangan lupa kita pandang bulan yang sama.

Kah3. Itu sudah mengarut. Selamat jalan Romeo! *mode ramlah ram*

Afida Anuar said... [Reply]

Bijen...Moga Allah permudahkan urusan di sana. Urusan dunia akhirat,dan semuanya lah.. insyaAllah..

Wasiat Bijen tu, insyaAllah akan akak tunaikan..cuma it takes time for me to write that.....

Dan,jangan lupa doakan akak.
In case, kenduri akak dalam 4 bulan ni, tak dapat datang la eh?errr;)..pohon doa juga moga dipermudahkan jodoh akak. Nama akak Nor Afida Anuar;)

Moga selamat pulang nanti...ah belum apa-apa dah rasa rindu...eh bukan rindu kat bijen, cuma rindu nak baca coretan kat cni:P

sastraboy said... [Reply]

semoga selamat bro!!!

ikanlaga said... [Reply]

huhuhu...umo?umo?umo?

23!

Bijen M. said... [Reply]

WAF,
Oke bai.
Nanti gua reply.
Okebai!

MAT,
Hik.
Terharu gua.
Doakan moga gua selamat pergi, selamat balik.
Okebro!

AAT,
Bila rindu, pandang bulan.
Ceewah!

UNA,
Selamat jaga diri.
Oketa!

HID,
Jaga diri!

Bijen M. said... [Reply]

ELI,
Okebro!
Hepi selalu.

MAY,
Have fun!

ZAW,
Pelosok dunia insyaAllah.
:)

MAT,
Sudah!
He he.

NOL,
Ouch!
Hekhek.
Tekiu.
Semoga cepat dapat baby!
:D

Bijen M. said... [Reply]

BK,
InsyaAllah.
Doakan gua selamat selalu.

PAR,
Ehehehek.
InsyaAllah kalau gua ingat.
Bhai!
Biarlah gua balik dulu kali ni buat bakti kat mak bapak.
Ekekeke.

IBM,
Salam.
Kecik hati gua lu cakap gitu.
Ha ha ha.
Minyak wangi gua tak pandailah.
Kang gua tebeli Hugo Boss yang mahal pulak.
Heee.
Oke, roger saja.

CIP,
Dengar lagu Ukays, Sebak.
Hiks!

NVE,
Kalau Tweet gua menyala lah ye.
Trimas ajar gua serba-serbi.

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Hensem nama tu Mard.
Tapi tak hensem bila tayang kat situ.
Yer dok?
Kita tak geng.
Saya geng usri, Mard geng kurki.
Keh keh keh.
Emellah.

ANM,
Gua ada satu member pompuan.
Otai budak ni travel.
Sokmo backpack jejauh obesi.
Nanti gua suggest lu ke dia.

PEN,
Emel makcik emel.
Fesbuk tak dapat ah.
Okebai!

AFA,
Jangan fikir lama.
Makin lambat kita, makin rugi.
Para sahabat Rhum dulu korban sikit je.
Tapi sebab depa perintis, hari ni orang masuk Islam, deme dapat saham.
Moga Allah bagi kekuatan.

SAS,
Selamat tinggal sis!
:P

IKA,
Kalau betul nanti gua kasi hadiah.
Okebai!

fye said... [Reply]

Alahai xdpt pg kenduri kat surau.

Halalkan makan minum terambik terkurang bayar duit minyak kereta etc etc.On my side, mmg xde ape-ape lagi dah.May Allah ease you and 'your team' there..and pray for us here ;)

p/s:rimasnya dgn word okebai tu.tatau knapa.

Amin Baek said... [Reply]

All the best bro..Moga Allah permudahkan segala urusan di sana..


Doakan aku jugak..hehe

Anonymous said... [Reply]

iman tidak ditentukan dengan khuruj

azam bagi nyawa utk agama

airazulaikha said... [Reply]

semoga semuanya berjalan lancar bagi kamu..
insya-Allah, kamu akan pulang dengan ilmu baharu dan berkongsi dgn kami di sini..
:) jaga diri elok2..

umu6point said... [Reply]

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnyaaa..hahaa
Doa jangan terkandas lama2 di SP..
Moga di mudahkan urusan visanya..

Bila baca okebai 10ribu kali kerna nak g berjuang, terus teringat kat lagu brothers ni.. "selamat berjuang"

...selamat berjuang sahabatku..
Semoga Allah rahmati mu..

nak dengar lebih lanjut sila ke sini
http://www.youtube.com/watch?v=ToTCUMJ3mZk&feature=related

Semoga korban tuan bijen untuk agama di terima Allah swt dan jadi asbab hidayat tersebar seluruh pelusuk alam buana..hihii :)

Bijen M. said... [Reply]

FYE,
Cakap dekat bapak, minggu depan mesyuarat dekat masjid Batu 5 lepas Isyak lebih kurang 930.
Tapi I takde dah nak meneman bapak.
Okedah!

AMB,
Tanks!
InsyaAllah semoga usaha agama berkembang di UTP khususnya.

TN,
Benar tuan.
Bergantung kepada niat masing-masing.
Mudahan dengan khuruj, saya dapat belajar-belajar korban harta, nyawa untuk agama.
Amin.

AZ,
Terbalik rupanya nama ni.
Ha ha ha ha.
InsyaAllah.

UMU,
Alaikum salam.
Ya akhirnyaaaa.
Sedang ditasykil untuk bernikah, bak kata CS.
(Isk, tak patut)

Ya Allah.
Bagilah laptop ni boleh berbunyi pasal nak dengar lagu cik Umu kita ni bagi.
Amin.

Trimas atas doanya.
:)

Bijen M. said... [Reply]

UMU,
Yeay Allah bagi dengar.
Alhamdulillah.
Terima kasih.
Semoga cepat timang cucu.
Eh silap, anak.

limauais said... [Reply]

bro,ape yg ak nk pesan sume org dh bgtau kt komen2 di atas.kire skali harung la.hahaha.
pape pon,semoga baik2 blake dan dipermudahkan urusan sebelomnya,semasanya dan selepasnya..aminn.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Ya Allah, mudahkan la sgala urusan Tuan bijen, kgkawan dia & seluruh jmaah yg brgerak serata alam. Amin.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

keh.keh.keh
"doakan mard kawen awal,awaal,awal,awal,awal,awal"
kalau ang doa untuk org kan,t malaikat akan doa benda y sama untuk ang,pe lagi,semua org ang pakat doa biar depa kawen awai je semua.
keh keh keh
nasihat tamak dari org y xberapa nk tamak.
selamat berangkat.

hekeleh,abah mard p kuar 4 bln xde gempak mcm ni pun.
nak p,p jelah.
buat org sedeh2 plak.
sob..sob..sob.

Norsha said... [Reply]

salam bijen,
ramainya tlg doa
bertuahnya badan
selamat berangkat ye
jln2 cari iman
jln2 belajar korban
jln baik2, klu jatuh bgn semula

fuad ansari said... [Reply]

Selamat merantau Tuan Bijen..

Semoga berjaya mendapat takbiratul ula sepanjang perantauan.. Saat yang mudah nak dapat takbiratul ula adalah ketika keluar jemaah..(",)

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).


Nampaknya,3 round(3x40hari=4bulan) Tuan Bijen leh dapat.. InsyaAllah..

نور توفيقا said... [Reply]

Kat sana kalau ada internet takmo lah bukak facebook tu. Or even blog, formspring.. Leave all this world thingy and focus tsabat to Him..

Balik nanti usaha keluar 4bulan dekat M'sia negara Islam tercinta ni jugak..

Anyway, makin ramai dah know your full name, tak Batman dah..... Tsk.

May Allah care and protect you and all the jemaah in His very best of care. May everything is beneficial to you, to all the jemaah, and to all the ummah. Allahumma amin..

*Sebak.*

Pisyek said... [Reply]

oi bijan,

aku pun mau jugak ole-ole dari IPB.

hehe... :D

Nina :) said... [Reply]

nahh itu dia ipb-nya. selamat jalan..semoga Allah selalu membuka rezeki untuk encik bijen di mana sahaja encik bijen menapak. semoga cepat dapat jodoh solehah. selamat selamat selamat. sehingga post seterusnya.

Atikah said... [Reply]

Salam bro,

Aku nak minta maaf,minta halal duet minyak and tol.Salu menumpang hang kan.

Semoga thabat di IPB nanti.Kalau teringat kami di sini, doa2 kan lah ye.ehem.nama aku Atikah Bt Adnan. dan rakan baik ku Fasihah Bt Abd Samad :)

InshaAllah, berjumpa lagi.if tak sempat di sini..inshaAllah..ziarah di alam sana.

Semoga anda sentiasa berada di dalam perlindungan Allah :)

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ahahak.
Semoga dapat makan eskem lagi.
:)

ALA,
Salam.
Amin.
Semoga terbuka pintu hati orang lain nak bersangka baik.
Amin lagi sekali.

UKM,
Erm kak Umu oi.
Ni awat adik hang ni dok meroyan ni?
Belajaq tak habih lagi ni.
Keh keh keh!
Saje je lah.
Mudah-mudahan orang yang baca dapat jazbah keluar sama.

NOR,
Salam.
:)
Kalau jatuh nak tunggu makwe sana hulur tangan.
Eh silap, hulur sapu tangan.
Ehehehek.

FUA,
Moga Allah tak bagi ujian teruk-teruk sangat sampai terlepas takbiratul ula.
Amin.

PQA,
Kalau buka Fesbuk main Farmville je aci dak?
(Padahal tak pernah main pun)
Keh keh keh!
InsyaAllah.
Hmm, moga Allah buka pintu kebaikan dan tutup pintu keaiban sesama kita.
Dan Allah tutup nama saya.
Amin.
Jzkk.

PIS,
Ole-ole Malaysia boleh.
Nak mende?
Kajol?
Karisma Kapur?

NIN,
Jazakillah khair atas doanya.
Jaga diri leklok di tempat orang juga.
:)

Bijen M. said... [Reply]

ATI,
Salam bro.
Aku pun sama.
Minta halal semua-semua.
Segala ilmu serba-serbi.
Nanti aku doa korang dua cepat-cepat ada mahram ye.
Boleh keluar masturat.
Ahaks.
Si Fye pun dah nak pergi hujung minggu ni di Bota.
Fi amanillah semua-semua.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:,( memg pesen abah.
asal nk kawen je kena habis blaja
asal nk kawen habis blaja
asal habis blaja t kawen
(",)

tahu x,kalau komen y ada nama tuan haf tu,boleh padam,mard dh padam.
maaf ya.takut jadi isu pula.
tapi kan,semoga org y tahu nama penuhnya mendoakaan tuan menggunakan nama penuhnya,xdaa masalah.InsyaAllah.
kan lebih sopan begitu.

"ya Allah permudahkn segala urusan tuan haf jam bila keluar nanti" rather than
"Ya Allah permudahkan segala urusan tuan bijen bila keluar nanti"
ma'alish jiddan na cek na.
lps ni xbuat lagi aiihh.
k lah,sorry,Assalamualaikum.

Anne M. said... [Reply]

wokeh.
lam malaysia dah travel.obesi leh join beliau.
ok bai!

: husna : said... [Reply]

selamat jalan dan selamat berjuang!~ semoga perjalanan saudara diberkati Allah SWT. i hope u will be fine there. insyAllah.


balik nanti boleh share pengalaman.

GigiWangi said... [Reply]

Tahniah dapat pergi. Lama hang tunggu kan. Hehe.

Good luck, semoga selamat pergi dan pulang. Timbalah ilmu setinggi gunung selagi hayat dikandung badan.

Lepas ni boleh kongsi macam2 dekat sini. Yer dak ?

Sebenarnya aku suka lah penulisan hang. Sempoi. Aku malas nak cakap, takut hang perasan lebeh, tapi aku cakap lah sekarang, saja nak kasi semangat sikit. Haha

Ole-ole jangan lupe weh. Culik kan mamat2 pakistan untuk aku. Haha.

Take care ! (:

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Hari tu dah suruh kahwin tak nak.
Dah suruh dah kan.
Kan kan.
Tak apa-apa Mard.
:)

ANM,
Okedah!

HUS,
Trimas doanya.
InsyaAllah.

GIW,
Lama weh lama.
Kalau aku pergi dulu pun dah boleh balik dah.
Tapi Allah lagi sayang aku pergi sekarang ni.
InsyaAllah.
Weh.
Plis jangan cakap weh.
Plis plis.
:D

orang jermen said... [Reply]

okedah gua nak nangis baca lu nak blah..lu doakan gua terus terpilih jadi mujahid/ah yang memperjuangkan agama Allah..gua doa lu dirahmati Allah sepanjang masa..share okay nanti ape yng lu dpr kat IPB..*gua jeles lu nak g blaja ne..arggghhhh*

p/s: jgn lupa baca doa naik kenderaan(surah Az-Zukhruf,13-14)

okedahassalamualaikum.

nur cahaya said... [Reply]

salam ziarah,

nak tanya tentang "status" hadis ni, boleh bagitahu hadis ni siapa yg meriwayatkan?

“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka;
satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India
dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam AS."


jazakallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...