24.2.11

Why walid why?

Gua ada dua orang anak. Sorang umur 15 tahun. Tengah belajar dekat satu sekolah berasrama di utara tanah air. Satu lagi umur 7 tahun. Tengah belajar dekat sekolah rendah. Kalau dah nama pun anak duduk rumah, mestilah manja lebih dengan mak bapak. Yer dok?

Kemudian pada suatu hari kedua-dua anak gua ni datang mengadap gua. Minta duit belanja niat mereka. Dua-dua anak gua minta amaun yang sama, RM 100 seorang. Gua senyum saja. Gua masukkan duit dalam sampul masing-masing lalu bagi ke mereka.

Anak gua yang umur 15 tahun buka sampul lalu tersenyum. Apa yang beliau harapkan, beliau dapat. Peewit! Tapi anak gua yang kecil tarik muka sedih. Dia buka-buka sampul keluar RM 10 je. Gua pun apa lagi main peranan dukung gaya abah-abah memujuk beliau yang dalam kesedihan. Beliau tanya, “Kenapa abang dapat RM 100, tapi orang dapat RM 10 je? Why walid why?”

Gua pun balas, “Sebab walid sayang Batrisha. Sebab tulah walid bagi RM 10 je. Pehe dok?”

“Dok pehe loh.”

“Begini anak-anakku. Allah SWT kasih kepada hambaNya yang meminta. Tapi tak semestinya apa yang diminta tu dia akan dapat. Allah SWT tahu mana yang terbaik untuk hambaNya.”

“Hmm? Tak paham. Ce cite, ce cite.”

“Kadang-kadang kita minta sesuatu dengan Allah SWT. Tapi Allah SWT tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi benda lain dekat kita. Sebab apa? Sebab Dia tahu, kita belum mampu lagi untuk terima amanah tu. Walid sayang Batrisha. Bukan walid tak sayang. Tapi Batrisha nak buat apa duit banyak-banyak sekarang ni? Kan kan? Sebab tu walid bagi banyak tu je. Pehe dah?”

“Ooo. Cite la lagi walid. Ce cite, ce cite.”

“Kadang-kadang ada orang minta doa cepat-cepat dapat jodoh, cepat-cepat dapat kahwin. Tapi Allah SWT tetap tak bagi-bagi. Kenapa? Sebab Allah SWT tengah sibuk menulis kisah cinta agung paling bahagia untuknya. Nanti Allah SWT bagilah kat dia.”

“Wahhh!” anak-anak gua teruja.

“Kadang-kadang Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan untuk meminta kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Kadang-kadang dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepadaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankanNya, bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya. Apabila hamba yang dikasihi dibiarkan terlantar kesakitan, dibiar susah dan miskin kerana itulah caranya Dia mendidik si hamba dalam kembara menuju syurga nan abadi.”

Lalu anak-anak gua pun menepuk tangan dengan kehebatan gua menggebang mereka.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

42 comments:

cik_paan said... [Reply]

yg penting, jgn putus asa ngn nikmat Allah...

Catherine- said... [Reply]

menyentuh perasaan ku.

terima kasih walid.

saya sayang walid saya.

:)

"walid, saya nak kawin."

Notasisi said... [Reply]

wah...cerita rekaan yang penuh makna tersirat dan tersurat.....sungguh benar dan menginsafkan.....
cepat-cepat kawin Bijen.,...oh ya, anak yg sulung tu apa nama?

hamshira said... [Reply]

anak saya nama balqis dan maryam.


harap2 suami nanti setuju nama tu.
yang lelaki namanya Muahmmad dan yusuf.


kalau ramai?
bagi nama ikut nombor.

Nina :) said... [Reply]

dan saya juga turut bertepuk tangan. haha.

okeh. akan bersabar menunggu kisah cinta terhebat itu. amin!

umu6point said... [Reply]

aih.. x ada lesen 4 bulan
x leh kawin lagieee..hehee
berusahalah!!

CKB said... [Reply]

Sungguh! terharu gila!!

Bijen M. said... [Reply]

CIP,
Apa yang penting?
Solat 5 waktu.
Wonderpet Wonderpet kami datang.

CAT,
Hua hua hua.
Cakaplah kat walid betul-betul.
Jangan lambat-lambat.
Nanti melepas.
:D

NOT,
Janganlah bagi kantoi cerita rekaan.
Ha ha ha.
Anak sulung nama apa tah.
Orked kot.
:D

HAM,
Wahh.
Suka nama Balqis.
Eh, semua nama tu sukalah senang cakap.
:)
Nama ikut nombor?
Wahid, Isnanin, Salasa, Arba'a, Hamsah?

NIN,
Sabor yo sabor.
Doalah banyak-banyak bagi Allah SWT tulis indah-indah lagi sebelum Dia berhenti menulis dan cop sign.

UMU,
Ha ha ha.
Yelah.
Tengah berusaha ni.
Caiyok caiyok.
Mentang mentang dia dah lepas.
Ciss.

Bijen M. said... [Reply]

CKB,
:))

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

“Kadang-kadang ada orang minta doa cepat-cepat dapat jodoh, cepat-cepat dapat kahwin. Tapi Allah SWT tetap tak bagi-bagi. Kenapa? Sebab Allah SWT tengah sibuk menulis kisah cinta agung paling bahagia untuknya. Nanti Allah SWT bagilah kat dia.”


Ayat baik punyerr..mcm aku punya cite hidup je ni..hahahahhahhahahahhaha...

نور توفيقا said... [Reply]

"Allah SWT tengah sibuk menulis kisah cinta agung paling bahagia untuknya. Nanti Allah SWT bagilah kat dia.”

Allahumma amin..

Wafi said... [Reply]

Oh terasa... Ha ha ha... Benar katamu... Kita merancang tapi rancangan Allah lebih hebat..

Pisyek said... [Reply]

yeay! aku pun tepuk tangan jugak... LoL~

xD

pejalankaki said... [Reply]

senyum tak habis lagi ni.
cerita menarik sungguh.

Umma-ali said... [Reply]

"PENA(utk menulis taqdir) TELAH DIANGKAT DAN DAKWAT(setelah menulis taqdir) TELAH KERING..."-sebahagian dari hadith Nabi SAW kpd Ibnu Abbas ranhu.
Anak2 muda ni berhati2lah dalam penulisan...taqdir tlh ditulis long before Adam AS was created...and Al-Quran was also written before Adam AS was created...and indeed in the Quran there is a surah Al-Lahab...Lahab was nowhere in the world at that time...alas! This is taqdir...doalah agar kita tlh ditaqdirkan berbahagia hingga akhirnya...and our doa and effort also adalah sebahagian dari taqdir...Wallahualam.

L said... [Reply]

kamu2..

ate sibok suroh teman menikah.

ate teman tgk kamuu beriye berangan hade bini an anak2.

teman sbg adik, teman tgu abg dulu menikah.

:D

menusuk hati said... [Reply]

assalamualaikum walid yg beranak dua:
selalu bila kita minta n Allah bg pa yg kita nak, kita lupa syukur..tapi bila kita tak minta tapi Allah bg (macam xcident),kita suka maki Allah..huhu..

(selamat berangan2)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

kenal sorang perempuan.
dia kata dia single sbb Allah sedang tulis cerita cinta agung untuk dia.
LEBIH KURANG MCM TU.
rASANYA WALID KENAL DIA
asal pun dekat-dekat je tu.
ohh..adakah apa2 y tidak ku ketahui...
la~la~la~

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Haa.
Rileks je.
Jangan risau.

PQA,
;)

WAF,
Benor yob benor.
Rancangan Allah maha hebat.

PIS,
Aku pun tunduk.
Ceewah.

PEJ,
:))))))

UA,
Benar ya umi.
Semoga yang terbaik.
Amin.

L,
Hua hua.
Takpe.
Teman rela kalu kamu nak langkah bendul.

MH,
Waalaikumsalam.
Bakal zauj.
Benar juga.
Tengah berangan lagi.
Deme takpelah dah nak gapai kenyataan.

UKM,
Oi oi.
Jangan memandai.
Gigit kang.

buDAK keCIK said... [Reply]

wah, kembar ak komen plg 1st~! ohho.

setiap ujian yg Allah beri kt kita ade hikmahnya. Allah lg Maha Mengetahui... kita je yg asyik mengeluh. " nape la ak x kawen2 lg ni??" erk yg tu bkn ak la. ak cuma sampaikan keluhan kwn ak... heh

kdg2 ase cam lucu gak. tetiba tgk org kawen, dia pn sibok nk kawen. ngeh3

anak laki lu nama ape??

Afida Anuar said... [Reply]

Allah bijen..thanks...

gua tau, tiap2 hari gua doa moga Allah mudahkan jodoh gua dengan lelaki soleh di luar sana, tapi dia tak kasi2 lagi jodoh kat gua. Gua redha..sebab gua yakin.... Dia tau apa yang terbaik tuk gua....
tak pun, gua kena perbaiki diri lagi....insyaAllah..Gua takkan putus asa...

cubitan dari Allah ni, gua syukuri..sebab gua tau, Allah sayang gua;)

aliaazuan said... [Reply]

salam.

taktau nak komen apa.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

betul weh. Allah tak bagi keluarga aku kebahagiaan mudah2 sahaja. dia bagi semua accident dulu. lepastu baru semua orang hargai sebuah kebahagiaan. ye dok?

benda yang mudah2 dapat kita takkan hargai.

*penat aku skroll. komen banyak sangat*

GigiWangi said... [Reply]

Fuhyoooooooo Batrisha. Haha.

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Semangat dia tuh.
Nama apa tah.
Lupa.
Hueh hueh.

AFA,
Aah.
Sama-sama kita perbaiki diri agar pasangan yang soleh itu layak untuk kita.

ALA,
Salam.
Doakan saja.
:D

PEN,
Betul.
Bab tu gua sokong.
Ehee.

GIW,
Fuyooooh!

roses said... [Reply]

semoga Allah permudahkan perancangan hidup anda..

dan segala ape yg anda hajatkan tercapai dgn baik..insyaAllah:)

aminn.

mhafiz_ydin said... [Reply]

Wa... gua rasa ALLAH sedang menulis Kisah Cinta Taj Mahal paling bahagia untuk gua. Ish.. kena cepat-cepat g India ni..

Myra Arshad (: said... [Reply]

bagus la walid ni. nanti buat cerita lagi xD

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Tak dapat lagi ye tengok ending cerita ni.

MHY,
Pehh pehh.
Best best.
Nak kena cepat pi sana.

MYA,
Eheh.
Penatlah walid asyik cerita je.

n0vemBer zuLu said... [Reply]

best la ade skill reka cite ni...

cite la byk2 lagiii

ce cite.. ce cite...!

BungaSahara said... [Reply]

Assalamualaikumm..lama sudah tidak meninggalkan jejak pasir sahara di gurun ini... :)

suka post ni..y?
sy ada point utk nasihat sahabat sy :)
syukran...

Norhayati Rostam said... [Reply]

eRK!
:D
Ringkas dan padat.
LIKE!

Bijen M. said... [Reply]

NZ,
Sabo sabo.
Ce bace cite hok lame-lame.

BS,
Alaikum salam.
Rindu juga nak merasa gemersik pepasir gurun.
Saya pun suka.
Ada kisah suka duka.

NR,
Yelah yelah.
Lepas ni buat pendek-pendek je.

...antikapel... said... [Reply]

mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. atau kita belum cukup baik untuk dia.

mungkin juga, ada seseorang yang akan datang di satu masa yang tak diketahui untuk menyempurnakan apa adanya kita.

atau mungkin, kita dan dia tiada jodoh. atau jodoh itu belum sampai lagi.

menunggu saat itu...~

sangat suka!!

Yua said... [Reply]

paling suka part ni “Kadang-kadang ada orang minta doa cepat-cepat dapat jodoh, cepat-cepat dapat kahwin. Tapi Allah SWT tetap tak bagi-bagi. Kenapa? Sebab Allah SWT tengah sibuk menulis kisah cinta agung paling bahagia untuknya. Nanti Allah SWT bagilah kat dia.”

100% agree...

: husna : said... [Reply]

yups..kadang2 Allah tak bagi terus apa yang kita minta sebab Dia ada lagi yang lebih baik utk kita...


wah cerita yang best! keep it up :)

Bijen M. said... [Reply]

ANT,
:)
Menanti juga saat itu.
Pasti suka!

YUA,
:))
Anak suka, ibu setuju.

HUS,
Pasti ada.
Jangan risau.
Wah komen yang best.
Kipidap bro!
:D

Tuan Auz said... [Reply]

"Sebab Allah SWT tengah sibuk menulis kisah cinta agung paling bahagia untuknya. Nanti Allah SWT bagilah kat dia.”

“Kadang-kadang Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan untuk meminta kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Kadang-kadang dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepadaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankanNya, bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya. Apabila hamba yang dikasihi dibiarkan terlantar kesakitan, dibiar susah dan miskin kerana itulah caranya Dia mendidik si hamba dalam kembara menuju syurga nan abadi.”



Aku suka ayat2 ni. =) . Ape ko gebang ni walid?? sampai bergenang air mata aku baca?? hehehe. terharu betul.

abesla air mata aku tiap kali baca post kO ni kan. hehe.


Walid! Nak hadiah besdayyyy =p

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Bergenang...
Air mata ini.
Sebak...
(Sambung sendiri)
Ha ha.
Walid tak ada duitlah bro.

nurshafiqa_ yusoff said... [Reply]

semuanya mempunyai maksud tersurat di sebalik tersirat..thanks..:)

Bijen M. said... [Reply]

NUR,
Thanks.
:)

rebung dan ikan masin said... [Reply]

hari tu tak nak baca sebab emo..
tp skrg dah tak emo baru baca..

bila fikir balik..kalau Allah makbulkan doa tu dulu, myb 2 hamba Allah ni tak bertemu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...