3.2.11

Perajurit rakyat?

Satu malam di masa hadapan (lebih kurang tahun 2038), gua menonton sebuah peti hitam dengan cucu gua, Haikal. Waktu itu tengah hot berita pasal rusuhan di bandar Moscow. Ceritanya pasal kebangkitan rakyat nak menggulingkan kerajaan susulan selepas kejayaan rakyat Mongolia membuat perkara yang sama. Gua duduk bersila layan berita sambil usap-usap tapak kaki gua.

Sedang asyik menonton berita yang disajikan, Haikal menegur gua. "Atok! Awat kaki atok berparut?"

Gua memandang tapak kaki sendiri. Ada bekas semacam kawah sikit, tapi tak jelas pun. Gua hairan macam mana Haikal boleh perasan. Ke dia suka belek-belek kaki gua waktu gua tengah tidur, itu gua tak pasti. Gua mengalihkan pandangan ke arah wajah Haikal yang tak berdosa itu.

"Wahai cucuku Haikal. Atok ni dah tua cu. Dah jauh dah atok berjalan."

Gua lihat Haikal menanam minat nak mendengar cerita. Sebelum luput dari memori, baik gua rakamkan segala fakta yang masih melekat ni.

Gila-Gila Remaja
Dulu zaman atok gila-gila remaja dulu, atok pernah ikut satu demo. Demo apa tak payah tau. Siapa yang ada time tu dia taulah. Lebih kurang yang macam Haikal tengok dalam peti hitam ni lah. Atok pergi pun bukannya niat nak pergi lawan gomen ke apa ke. Saja-saja cari penyakit. Nak rasa macam mana jadi rakyat jalanan. Atok kan nak jadi pemimpin berjiwa rakyat. Keh keh keh!

Lepas solat Zohor, atok pun naiklah motor dengan kawan atok pergi Masjid Negara, tempat berkumpul demo yang dimaksudkan. Dari situ kami diarah oleh organizer untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum. Lalu kami berjalanlah dalam crowd yang ramai tu sambil disajikan bermacam ragam.

Pertempuran Bermula
Jalan-jalan sampai naik flyover dekat bulatan Bank Negara. Namun ada sekatan di depan. Kami pun terjun dari flyover untuk mencari jalan alternatif yang lain. Tapi semuanya menemui jalan buntu. Pihak polis dan FRU dah buat sekatan awal-awal. Maka bermulalah sesi provokasi.

Akhirnya selepas beberapa kali amaran, pihak polis pun melepaskan gas pemedih mata. Kelongsong-kelongsong gas berterbangan di atas kepala. Kami pun berlari menyelamatkan diri. Atok yang waktu itu berada di hadapan pun berundur ke belakang mencari perlindungan. Atok tengok banyak kelongsong jatuh di kiri-kanan atok. Mula-mula boleh tahan lagi. Siap atok bajet nak ambil je satu dua kelongsong yang sedang mengeluarkan asap tersebut buat kenang-kenangan.

Sesak Nafas Nak Mati
Tapi setelah terperangkap di bawah flyover dan asap mula berkepul-kepul bawah flyover tu kerana sistem pengudaraan yang kurang baik, maka bermulalah saat menyeksa jiwa raga. Rasa pedas dan panas tahap kering air liur mula naik dari tekak ke kepala. Mata atok pun mula pedih lalu merembeskan air. Waktu tu atok rasa macam nak solat taubat je kat situ. Rasa macam dah nak mati sikit-sikit. Kalau tak sempat keluar dari kepulan asap tu mau pengsan juga atuk sorang-sorang bawah flyover tu.

Setelah bersusah-payah akhirnya atok berjaya keluar dari bawah flyover menuju ke kawasan yang indeks pencemaran udaranya terkawal. Di situ macam-macam gayalah atok nampak. Ada yang muntah, ada yang tak henti-henti meludah. Atok pun sama ludah-ludah. Tak tahan woh. Waktu tu ada orang distribute garam buat sapu muka dan telan sikit-sikit. Penawar katanya. Di situ laki perempuan ada. Nampaklah semangat muhibah dan kesukanan yang tinggi. Mereka saling bantu-membantu walaupun tak mengenali.

Perang Air Gatal
Tengah-tengah berehat cari nyawa, berlaku lagi provokasi. Kali ni polis datang naik lori water cannon. Lepas bagi amaran sepam dua, semburan air pun dilepaskan. Air ni gatal. Kena badan boleh miang orang kata. Kami pun apa lagi pakat bertempiaran lari masuk satu lorong kecil. Lori polis tu memang tak boleh nak masuk situ. Akhirnya mereka terkandas. Keh keh keh!

Lari Masuk Hutan
Ingatkan dah selamat dah. Polis-polis datang lagi mengejar. Kami lari masuk padang sekolah yang tak berpagar. Lari punya lari sampai hujung padang, dah tak ada jalan. Nak tak nak terpaksa daki bukit redah hutan. Hutan yang tak pernah diterokai. Waktu tu dah nampak sikap mementingkan diri sendiri. Masing-masing fikir nak selamatkan diri. Paling kesian tengok sorang tu tolong tolak sorang mamat ni panjat bukit. Tapi bila mamat tu dah ada kat atas, dia terus blah meninggalkan orang yang tolong tolak tadi menghulurkan tangan. Adeh!

Paku Karat 3 Inci
Jantung atok dah degup kencang time tu. Boleh dengar bunyi tak payah pakai steteskop. Dah selesai panjat, rupa-rupanya atas tu rel komuter. Atok tengok dari atas bukit pihak polis dah konker padang tersebut. Tak boleh nak lari mana dah. Argh! Tiba-tiba kelongsong gas pemedih mata mula beterbangan naik atas bukit. Jimbit betul. Kena lari lagi. Atok lari-lari tak ingat dunia dah. Fikir nak selamatkan diri saja. Nampak ada construction site kat situ. Atok cuba nak masuk tapi lubang kecil. Dan waktu itulah atok terpijak paku karat 3 inci. Tapi tak masuk dalam kaki sangat. So atok masih boleh tahan dan berlari-lari menyelamatkan diri. Sebab itulah kita kena mengutamakan keselamatan di kawasan pembinaan dengan memakai but keselamatan.

Dan waktu atok berlari tu, kawan atok nampak dari belakang kelongsong-kelongsong gas pemedih mata sipi-sipi je lalu atas kepala atuk. Alhamdulillah tak ada yang kena kepala atok. Kalau satu dua kena kepala, alamat berdarahlah kepala. Silap hari bulan boleh pengsan juga kat situ.

Lari Mulut Buaya, Jumpa Mulut Naga
Dan akhirnya kereta api datang meredakan keadaan. Kereta api tu lalu sebelah je. Driver komuter tu pun pelik kejadahan orang buat kat dalam hutan ni ramai-ramai. Dah setel lalu, kami pun mencari jalan pulang ke pangkal jalan. Nak patah balik dah tak boleh. Tengok bawah bukit seberang sana ada anjing-anjing liar berkeliaran pula. Argh!

Nak tak nak terpaksa turun juga. Kalau duduk atas tu tunggu sampai berjanggut pun tak sudah. Dalam hati berdoa moga anjing-anjing berkenaan baik hati. Fuhh! Sampai kat bawah, ternyata anjing tersebut memang baik hati. Depa pi main jauh-jauh. Lalu sampailah kami golongan yang terpisah ni di padang Merbok. Dekat situ barulah boleh nak tarik nyawa dalam-dalam. Atok check kaki atok. Oh! Luka sikit saja. Atok kau kan hero. Kah kah kah!

Mencari Hidayat
Atok sarung balik kasut Converse atok. Di situ atok dan kawan mundar-mandir tak tahu nak ke mana. Misi kami untuk pergi ke Masjid Negara kerana di situlah tempat paling selamat dunia dan akhirat. Tapi kalau nak patah balik ikut jalan raya, pihak polis dah buat sekatan. Nak tak nak kami kena jalan kaki tawaf satu Bukit Aman tu lalu jalan belakang. Boleh bayanglah berapa kilometer kami jalan kaki berdua. Dengan kaki yang capik. Oh! Hidayat.

Jalan punya jalan akhirnya sampailah kami di tempat yang selamat iaitu masjid. Dekat masjid kami ramai-ramai melepak di tepi pagar masjid menghadap jalan raya. Tengok jalan lenggang. Kenderaan polis lalu lalang bawa orang yang berjaya ditangkap. Mulalah lagi provokasi sana-sini. Dalam masjid beranilah nak provoke. Polis tak boleh nak buat apa. Ha ha ha!

Asar Di Masjid
Seketika kemudian, azan Asar berkumandang. Atok dengan kawan atok pun pergi menyiapkan diri untuk bersolat Asar. Waktu itu barulah atok mengambil peluang untuk mencuci kaki atok yang luka ditusuk paku karat. Lalu kami pun bersolat dengan aman dan tenteram. Tapi atok tengok masjid tak penuh pun. Atas jalan tadi sikit punya ramai orang. Tu yang atok hairan.

Oleh sebab malam itu sangat penat, lepas membersihkan diri terus atok tidur tanpa memikirkan kaki atok. Atok bajet tak ada apa. Esoknya baru atok cuci dengan Dettol. Lepas berbulan-bulan, baru atok rasa macam kaki atok berbisa. Oh atok mula risau, lalu pergi mendapatkan rawatan di hospital gomen. Akhirnya kaki atok sembuh seperti sedia kala. Cuma ada parut sikit je. Atok pun bersyukur kepada Allah SWT.

"Atok pergi hospital gomen lepas lawan gomen?" Haikal bertanya.

"Shadap yu Haikal!" gua terus memotong.

Tahun 2011
Di Tunisia dah berjaya. Jordan pun sudah. Yaman pun sama. Mesir tengah lawan lagi. Dekat Malaysia? Asyik-asyik tak berjaya. Pasal apa entah? Oh! Mungkin pasal orang yang  solat Asar tak seramai orang yang berdemo di luar.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf:96)

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

32 comments:

MATAHARI said... [Reply]

abang bijen. tak kisahkan kalau gua share dekat twitter?

Bijen M. said... [Reply]

MH,
Haikal tak kisah.
:D

cik_paan said... [Reply]

asal tak jawab "hospital gomen kan utk rakyat gak"

airazulaikha said... [Reply]

:)

نور توفيقا said... [Reply]

"So lose not heart, nor fall into despair: For ye must gain mastery if ye are true in Faith."
(Ali Imran, 139)

=)

Atok, lain kali kena cucuk paku jumpa doctor mintak tetanus injection, k.

CS said... [Reply]

salam,
hmmm masa tu pun mgkin CS dh jd nenek jg InsyaAllah,,,
apa nk cite kat cucu nnti yer?

Bijen M. said... [Reply]

CP,
Alar budak-budak.
Kasi can sikit.
:)

AZ,
:))

PQA,
Baik doc.
Hari tu doc bagi asid je suruh titik atas tu.
Lepas tu dia suruh korek.
Ha ha.

CS,
Nenek cerita pengalaman keluar masturat.
Ke ke ke.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Tgh bajet juga ni wktu tu nak jd opah yg msih sihat utk kluar jln Allah..nak tasykil atuk kat umah suruh kluar juga, bwk anak cucu skali. Kalau depa nak pegi demo jugak, shadap!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Allah! teringat kat ayah aku..

dulu2 dia rajin p reformasi bagai neh. balik dengan mata merah. bila tanya mak aku, mak aku pun tak bagitaw..

lepastu dulu aku ingat lagi, kat mana entah ada perang. waktu tu afghanistan kut tak silap. jadi adalah gambar2 peperangan ni sampai kat tgn bebudak ni. konon2 waktu tu borak ngan kakak aku, ingat nak cerita kat ayah aku. tang2 tu kakak aku kata JANGAN.. sbb dia takut bapak aku p berperang pulak.. ahahahh..

rindu pulak kat bapak aku.. mungkin nanti dia akan bercerita mcm ni jugak kat cucu dia.. :)

Allah!

matadore said... [Reply]

Kehadapan Atok,
Argh. Seriau baca paku karat tiga inci.
Tapi neraka lagi sakit Atok.



Isk.

izzatimar'e said... [Reply]

salam...
bgos citer awk neh.... tulis la byk2 lagi cter cam neh.... terbkr sket smgt.... hahah

izuan said... [Reply]

macam biasa, tulisan yang mengesankan ;)

Bijen M. said... [Reply]

ALA,
Salam.
Ha ha.
Baguih baguih.

PEN,
Allah!

MD,
Tak kira lagi jarum cucuk kat dahi kalau pegang bukan mahram.

IZZ,
Salam.
Eh semangat apa yang terbakar?
Ha ha ha.

IZU,
:D

Jasmin Flower said... [Reply]

SUKA ENTRY NIE,,,:)

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Aku suka dengan yg hg kata pasal solat asar tu..

Tu realitinya bai kalo lu nak tau...

GigiWangi said... [Reply]

Malaysia kena tunggu tahun 2038. Haaa, okey dak? Haha

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Kali ni tak senyum saja dah?
Ha ha.

AATP,
Ooo.
Baru tau.
Ahaks.

GW,
Ha ha ha.
Lama yob lama.

izzatimar'e said... [Reply]

semangat yang hilang...... :p tp umor awk time tu brape???? kalo saya bru 48 time tuh.... cam awl lagi je dpt cucu..... musti awk lagi tueeeee dari saye kan??? heheh

nveil said... [Reply]

gua rasa nama haikal tu macam cun.
okeh! masuk list nama-nama anak.

keh keh keh.

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum atok...

macam dah biasa bersidang bawah pokok je..hihi..

Bijen M. said... [Reply]

IZZ,
Eh aah ye.
Silap bajet pulak.
Tapi tak mustahil pun.
Zaman sekarang orang kahwin awal.
Dapat cucu pun awal.

NVE,
List nama cuculah.

MH,
Waalaikumsalam cu.
Yang part bawah tu idok le atok pegi.
Takdo koje.

Afida Anuar said... [Reply]

"Atok, atok kenal nenek masa kat demo tu ke?"

PS: Haikal tanya..

kehkehekeh..

Itu la...solat subuh pun imam dengan bilal je yang ada. Macam mana la Islam nak menang. Bijen...manthop!

Benrauf said... [Reply]

sekali game bola kt stadium, berpuluh ribu org x semayang maghrib.

fuad ansari said... [Reply]

paku itu secara tidak langsung menjadi tanda betapa mr. bijen pernah menyertai demonstrasi..

p/s: kat lengan ni pun ada tanda kena cubit dgn cikgu sbb x siapkan kerja sekolah.. betapa cikgu itu telah membuat langkah yang baik supaya aku terus mengingatinya walaupun sehingga saat aku bergelar warga tua dan sudah boleh berborak perihal cucu dengan tuan bijen.. (sebenarnya aku rasa ajalku lebih cepat dari umur tuaku.. (",) )

limauais said... [Reply]

nk tny pendapat ko.dgn pengalaman ko smpai tercucuk paku karat sbb join demo,menda ni (buat demonstasi jalanan)sebenarnye elok ke x?

Bijen M. said... [Reply]

AFA,
Tak.
Nenek kamu budak baik.
Dia duduk rumah je jaga solat awal waktu.
Amin.
Ke ke ke.

BEN,
Betul tu.
Jom pi stadium.

FUA,
Orang yang berparut tu tak banyak belajar.
Yer dok?
Ehee.

LIM,
Sebenarnya aku dah tulis secara sinikal.
Kalau orang faham, dia akan tahu.

Pengajaran:
1. Demo ni merugikan masa, tenaga, duit banyak pihak. Individu, kerajaan, orang yang mencari rezeki dsb.
2. Demo ni menyusahkan banyak pihak.
3. Ada cara yang lebih baik dan berdiplomasi.
4. Ada perkara yang lebih penting untuk dibuat.
5. Lebih banyak kontra dari pro.

Tapi yang aku respek, demo ni melahirkan para pejuang berhati waja.
Andai kata satu hari nanti berlaku kerajaan vs pembangkang macam di Mesir, mereka ini lebih berani, berpengalaman dan strong.
Kerana mereka lahir dari jalanan untuk naik ke atas.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam
*(,^.^,)*
aha ha ha
nseb x terbit "cinta demontrasi"
kat situ..
kalau berlaku time tu cool gak

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Woah!
Boleh buat novel ni.
Weuu.

Anonymous said... [Reply]

haikal dah pandai cakap dah? waa nk jumpa cucu anda :)

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Tunggu tahun 2038 karang.
InsyaAllah.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Fuh, setuju r!
Haikal ada ala2 muka sape tu

Bijen M. said... [Reply]

NOR,
Rupa Hosni Mubarak.
Hak hak hak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...