14.2.11

Memperingati kekasih.

Gua dulu masa nak kahwin dengan bini gua, sikit punya payah. Bukan payah apa, tapi payah nak buat keputusan. Dok fikir, betul ke dia tu jodoh gua. Betul ke dia tu yang terbaik buat gua. Yelah, nak pilih bini bukan benda boleh buat main. Silap pilih, merana satu badan. Yer dok?

Dalam memilih pasangan pun kita dah diajar panduan oleh Nabi SAW. Kalau nak cari bini, tengok pada agamanya. Kalau nak pilih suami, tengok pada agama dan akhlaknya. Kadang-kadang kita dah jumpa orang yang sebegitu, tapi belum tentu dia tu jodoh kita. Jodoh tu rahsia Allah SWT. Kita rasa orang tu dah baik untuk kita, tapi Allah SWT lebih tahu mana yang lagi baik untuk kita.

Sebab tu bila masuk bab nak pilih jodoh ni, kita diajar beristikharah dan beristisyarah. Minta petunjuk dari Allah SWT. Allah SWT pemilik hati kita. Dia Maha Mengetahui apa dalam hati manusia. Dan kalau kita meminta padaNya, tentulah kita takkan dikecewakan olehNya. Kan Allah SWT suka pada orang yang meminta-minta padaNya.

Merantau
Jadi apa gua buat bila nak pilih jodoh waktu tu? Gua ambil keputusan keluar merantau berbulan-bulan lamanya. Merantau ke negeri orang, belajar dengan alam. Sudah tentu masjid-masjid menjadi destinasi persinggahan gua kerana di masjid, kita akan merasa diri lebih dekat dengan Allah SWT. Di sana juga, gua jumpa banyak orang alim, berpengalaman dan orang lama-lama yang dah makan garam dulu dari gua. Dari situ, gua banyak belajar selok-belok agama dalam memimpin keluarga kelak. Gua minta panduan macam mana nak menguruskan rumah tangga. Kira macam belajar Ekonomi Rumah Tanggalah.

Gua juga minta pendapat pasal calon-calon gua, mana satu nak pilih. Malam-malam pula gua bertahajud meminta dengan Allah SWT. Minta ditunjukkan siapa jodoh gua. Kemudian mesyuarat lagi dengan orang alim. Istikharah, mesyuarat, istikharah, mesyuarat. Alhamdulillah dengan petunjuk dari Allah SWT, gua dapat pilih bini yang terbaik dari ladang yang gua ada sekarang ini.

Budak Sekarang
Tapi budak-budak sekarang gua tengok rilek je kapel-kapel. Tengok muka cantik sikit, ajak kapel. Tengok perangai baik sikit, terus kapel. Gua nak tanya lu orang satu benda. Sebelum lu orang kapel tu ada minta petunjuk Allah SWT tak? Ada lu orang istikharah tak? Oh, mungkin kapel haram, so lu orang takut nak minta dengan Allah SWT. Takut kena laknat. Lalu syaitan pun menguasai lu orang. Yer dok?

Bila syaitan dah kata pakwe makwe lu the best, lu orang pun bertunang kemudian menikah. See! Istikharah entah ke mana, mesyuarat entah ke mana. Petunjuk syaitan yang diikut. Lalu bila dah berkahwin, rumah tangga pun meraban dimain syaitan.

****

Oh! Cerita di atas tu adalah ceramah Pak Leman kepada Syafiq dan Hakim yang ditemuinya di Kedai Kopi Haji Maknum. Lalu Syafiq dan Hakim menangis teresak-esak. Mereka berjanji untuk berhenti kapel dengan makwe masing-masing lalu mereka SMS ke makwe mereka.

“Ayang. Di hari berbahagia ini kita clash. Tunggu abang istikharah dulu. Kalau betul ayang milik abang, nanti abang terus masuk meminang. End.”

Pak Leman menarik nafas lega. Kemudian Pak Leman mengambil gitar dari tangan Bob dan mula strumming lagu Kopratasa, Permata (Untuk Isteri Ku).

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Semua pengunjung Kedai Kopi Haji Maknum bertepuk tangan dengan tahap keromentikan Pak Leman. Peewit! Akhir kata, selamat menyambut hari memperingati kekasih Allah SWT, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kita pengikut Nabi SAW, kenalah ikut cara Baginda SAW bercinta. Yer dok?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

airazulaikha said... [Reply]

ohh..lagu faveret.. miahaha

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

KALAU AKU PUNYA KES MACAMMANA PLAK..?
HAHHAHAHAHHAA

cik_paan said... [Reply]

lagu tu memang medalam maksud

izzati said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
izzatimar'e said... [Reply]

salam...

kapel skrg mmg dasat la.... kdg2 xsmpt nak knal dunia luar ag da sebok2 nak kapel... kdg2 2-3 ari kawan da ajk kapel, blom lagi kes yg miskol pastu teibe nak b'knalan.... "hesh simpang" bak kate usop dalam filem hantu kak limah hehe

saya xtahan dengan kisah pak leman tuh.... angkat gitar nak nyanyi. pastu ayt keromentikan yg wat sye gelak xberenti.... hehe

Lee Zha said... [Reply]

ishhh...

pak leman nganyi lagu pebret aku tu! lau ada depan mata, sah2 aku mtk sign..

wuhuuu~ esok dating, yey!

CS said... [Reply]

salam,
xmesti xkapel xkawin
xmesti kapel akn kawin
xkapel pun bahagia tau!
dh kawin dating lg best,,,romantik!
HALALAN TOYYIBA~~~
*ikut jer cara Nabi, InsyaAllah takkan pernah menyesal,,pasti ada kejayaan,,,Amin!

Bijen M. said... [Reply]

AIZ,
Ayuh nyanyi bersama Pak Leman.

AATP,
Cuba tanya Syafiq dan Hakim apa perlu dibuat.
He he he.

CP,
Mendalam mendalam.
Adalah dalam 5-6 kaki.

IZZ,
Kita bako je, bako je!
Pak Leman style!

LEZ,
Ada pula minta sign.
Ce minta jadi bini nombor 3 ke ada gak pekdah.

CS,
Salam.
Pening gak memula baca ayat tu.
Ha ha ha.
Dah keluar 4B lagi romantik yer dok?
Macam malam pertama.

GigiWangi said... [Reply]

Lagu best. Hehe.

Apa- apa pun, istikharah, mesyuarat, istikharah, mesyuarat. Okey, aku ingat pesan hang. Haha

Salam Maulidur Rasul :)

Tuan Auz said... [Reply]

Tabik Pak Leman! hehe

matadore said... [Reply]

ooh. oke.

anyway, term 'kekasih' tu pun bergantung jugak kan?

fiu fiu fiu~

MATAHARI said... [Reply]

kau buat aku curious. kau dah kawin belum? woha!

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

uik..ceq kna pasrah ni..
hohohoho..

CS said... [Reply]

amboi,,bkn main lg budak tecik ini,,,tp betul once bila dh kuar InsyaALLAH akn bertambah2 cintanya,,,neeway pas kuar 40h last year,,mmg mcm new weds!tp hr2 pun new weds gak,,, :P

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam semua sekali,
semoga semuanya bertemu pasangan yang sama2 pimpin-memimpin tgn masuk syurga Firdaus.
p/s:Hang ni memg dah diharuskan menikah.Jgn lambat2,t masuk angin
hi hi hi

Farid Nazmi said... [Reply]

Satu daerah paling sunyi...

semut api said... [Reply]

bro.. hari ni 14hb feb..gua celebrate sempena ulang tahun hari mula2 gua bekerja sampai sekarang... syukurrr...

Bijen M. said... [Reply]

GIW,
Kopratasa kot.
Heheh.
Salam.

AUZ,
Tabik spring sikit.

MTD,
Aah.
Kekasih tu bergantung.
Aku guna term pakwe makwe bagi menggambarkan 'mereka'.

MTH,
Ha ha ha.
Ce teka, ce teka!

AATP,
He he he.
Mulakan sekarang.

CS,
Waaaa!
Tiap malam adalah malam pertama.
Wiwit.
Untung jadi bini karkun ni.
Ha ha.

UKM,
Semua orang harus.
Antara wajib dengan tak je.
Heh.
Lesen IPB tak dapat lagi.

FAR,
Spesel punya gelap gelemat.

SEM,
Open tebel lah der.
Kaman kaman.

payung said... [Reply]

IPB. Take a good care. Semoga Allah memudahkan jalan kalian, insya-Allah.

Selamat hari kekasih, kekasih gelap.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

kawen sebelum IPB lah. Allah gandakan pahala orang yang dah berkahwin tak gitu? :)

Afida Anuar said... [Reply]

Bini lu apa khabar bijen? Anak dah berapa orang ni? kehkehekeh

نور توفيقا said... [Reply]

:'(

wafiakashah said... [Reply]

jum kapel... kah kah kah... hampeh!

mhafiz_ydin said... [Reply]

KAU kekasih awal dan akhir..
KAU kekasih zahir dan batin..
Setelah ku sedari..
CintaMU yang abadi..

Ya rabbi salli 'ala Muhammad ya rabbi salli 'alaihi wa salim..

Bijen M. said... [Reply]

PAY,
Jazakillah khair.
Selamat juga, kekasih lama.

PEN,
Ha ha.
Betul juga tu.
Tapi...
Ahh!

AFA,
Dia sehat.
Dia kirim salem.

PQA,
Senyumlah.
:)

WAF,
Takmo.
Kau jantan.

MHY,
Siang berganti malam.
Malam berganti siang.
Siapa yang berkuasa menggantikan?

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum bro..

Alhamdulillah..sudah beristikharah dan jemputlah mai kuala nerang 13.3.2011 ni ye..

Melati said... [Reply]

owhh, kalau boleh tanak couple2 lah =)

Bijen M. said... [Reply]

MH,
Waalaikumsalam bro.
Wahh.
Gua smell what The Rock is cooking.
Is it oil rice?

MEL,
Jangan kapel, jangan!
:D

fuad ansari said... [Reply]

Mr. Bijen:
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Keluar IPB cepat-cepat,
Biar senang nak beristeri.. huhu..

menusuk hati said... [Reply]

hm!betul!oil rice about to cooked.jemput2lah ye..kampung nai teh,kuala nerang

~PENCHENTA~ said... [Reply]

wah. piwit menusuk hati... :)

tahniah bro! ;)

نور توفيقا said... [Reply]

menusuk hati:

Congratulation!!! Kahwin dgn orang kedah tu.. Sat gi comment dekat sini cakap dgn Bijen pakai bahasa utagha lah~

Barakallahumma lakuma~

*excited. excited. excited*

Bijen M. said... [Reply]

FUA,
Tanam pinang rapat-rapat.
Biar senang puyuh berlari.
Niat di hati memang nak cepat-cepat.
Apakan daya Allah SWT tak bagi lagi.

MH,
Pehh!
Hang lalu sini, mai singgah dulu.

PEN,
Terimas terimas!

PQA,
Awat hang nak belajaq cakap Utagha jugak ka?

z@i said... [Reply]

asyk ckp pasal kwen jer...


ble nk kwen?

Bijen M. said... [Reply]

ZAI,
Tunggu mimpi berubah.
Ha ha ha.

Pisyek said... [Reply]

beristisyarah tu apa? mesyuarat besar2?

Bijen M. said... [Reply]

PIS,
Mesyuarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...