21.2.11

Kucing yang bukan nelayan.

Sedang gua bermain Fesbuk gaya seorang lelaki bujang, anak gua yang berumur 6 tahun itu datang mengacau daun dan bergayut di paha gua. Sambil menjeling-jeling ke arah skrin laptop, Batrisha menarik tangan gua sambil berkata, “Walid, umi panggil mamam.”

Serentak itu perut gua membunyikan drum-roll. Gua tanpa membuang masa menjulang Batrisha tinggi ke langit lalu mendukung beliau dengan pelukan erat. “Oloh bucuk-bucuk anak walid ni.” kata-kata tersebut automatik keluar dari mulut gua. Batrisha tersenyum gembira tanda selesa dengan layanan itu.

Selepas membasuh tangan, kami anak beranak duduk bersila di depan dulang yang berisi nasi dibanjiri tomyam campur dan ikan termenung goreng. Selesai membaca doa apa yang patut, gua pun membuat amalan rutin menyuap makanan ke setiap mulut anak bini gua. Terbit rasa kasih sayang yang meruntun jiwa bila melihat wajah mereka yang tak berdosa itu. Auww!

Lalu kami pun makan dengan riang-ria sambil bersembang perihal anak beranak. Sambil-sambil makan gua terpandang seekor kucing sedang membuat muka kesian di hujung dapur memerhatikan kami anak beranak makan. Gua dapat satu idea. Kemudian gua pun menukar topik perbincangan kepada topik yang lebih serius.

“Wahai isteri dan anak-anakku. Ce tengok kucing yang comel tersebut. Nak tahu apa hebatnya?”

Anak-anak gua serentak menyahut, “Nak! Nak! Apa dia walid? Ce cite, ce cite.”

“Kucing tersebut tak pandai memancing, tak pandai menjala. Beliau bukan bekerja sebagai seorang nelayan laut dalam. Tapi Allah SWT jadikan ikan sebagai makanan kegemaran beliau. Ce fikir, macam mana kucing ni boleh dapat rezeki yang berterusan makan ikan walhal dia tak pernah ke laut pun. Ce fikir, ce fikir.”

“Aah. Ye tak ye jugok! Betullah walid. Allah Maha Kuasa. Allah SWT yang menentukan rezeki setiap kita.”

“Pandai! Haa! Ce tengok cicak kat lampu tu. Kalau ikutkan dia boleh mengadu dekat Allah SWT sebab jadikan makanan dia dari serangga yang berterbangan walhal dia tak boleh terbang. Tapi dengan kebijaksanaan Allah SWT, dijadikan cicak itu panjang lidahnya walaupun dia tak boleh terbang. See!”

“Betul, betul, betul!” anak-anak dan bini gua masing-masing menganggukkan kepala tanda faham.

“Haa bagus. Dah sekarang semua tolong umi basuh talam, kemas dapur. Walid nak layan Fesbuk jap. Babai!”

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

42 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Tetiba aku teringat kucing aku kat rumah..
huhuhu

roses said... [Reply]

"auwww."

oh anyway sungguh benar kata2 anda tu.tak penah tpikir pon.thumbs up.^_^

Anonymous said... [Reply]

sy sgt SAYANG kucing sy..Rasulullah pun ada bela kucing jgak kan?

tp ayat last tuh, umi ngn anak2 p kemas dapur, tp incik walidnye layan fesbuk..uhuk uhuk..

pe kata incik walid p bg kucing tersebut makan..dpt pahala hik2

menusuk hati said... [Reply]

hbtnya manusia jd hamba je bo dpt istana d syurga...mcmna nk dpt,sma2 kita tgu en nota siku huraikan

sastraboy said... [Reply]

walid dia ngelat. memang nak kena piatlah dengan umi dia.

haha!

airazulaikha said... [Reply]

apalah walid ni..24jam je ngadap fesbukk.haishhh
batriysa mengomel dlm hati..
hehhe

Lee Zha said... [Reply]

ape ni bro...

nama anak tu, aku da cop tau..

alah..xsuke la nak share2 nama anak2 kitew ni...

*aksi gedik*

z@i said... [Reply]

best r cter anda ini

Ibnu Mutalib said... [Reply]

masyaAllah,hebat Allah kan?

cik_paan said... [Reply]

"walid tak tolong umi masak ke??"
kata batrisya sambil melihat walidnya khusyuk menghdp fesbuk

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

haha...bertuah punye walid...

fuad ansari said... [Reply]

“Haa bagus. Dah sekarang semua tolong umi basuh talam, kemas dapur. Walid nak layan Fesbuk jap. Babai!”

Inilah sebabnya mengapa kebanyakan suami lebih cepat mengandung dari isteri.. (",)

نور توفيقا said... [Reply]

"Walid.. Umi cakap esok Walid amam dengan miow or cicak tu je, bukan dengan Batrisha n Umi. Umi majuk Walid pilih spend time dengan facebook dari dengan Umi.."

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Pernah try bagi dia makan Pedigree tak?
Ha ha ha.

ROS,
Allah Maha Kuasa, makhluk takdak kuasa.

TN,
Eh.
Memandai je kata walid tak bagi makan kucing tu.
Walid bagi je.
Cuma walid tak tulis.
Ahahahak.

MH,
Waa.
Apa pulak gua hurai, gua mana tau.
Ha ha ha.
Lu la hurai.
Haaa.
Ce hurai, ce hurai.
:)

SAS,
Takpe.
Umi baik.
Nanti walid layan umi pulak.
Jeng jeng jeng.

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Mana ada 24 jam.
Baik-baik sikit Batrisha men tuduh-tuduh walid.
Dah pergi tidur.
Esok nak pergi tadika.

LEZ,
Eh eh.
Ape ni, ape ni?
Takde siapa kawen dulu, dia punya.

ZAI,
Best lagi mimpi anda.

IBM,
Hebat hebat.
Ce tengok ular tak ada tangan tak ada kaki.
Tapi boleh tumbangkan seekor lembu.
Kita yang ada tangan kaki pun belum tentu boleh kalau sorang-sorang.

CIP,
Malam ni turn walid main Fesbuk.
Batrisha ape tau.

TSA,
Bertuah bertuah jadi walid ni.

FUA,
Huwaaa.
Nanti malam gua eksesais lah atas katil.
Sit up 100 kali.

PQA,
Alar Batrisha, cakap dekat umi jangan ceni. Sekarang juga walid deactivate Fesbuk.
Wahaha!

CS said... [Reply]

mcm pernah ku dgr cite ini... ce teka...ce teka..kat mana?

*budak tecik yg penuh imaginasi tn. bijen ni...batrisya? walid? umi?...insyaAllah impian akn jd kenyataan..doa byk2 ye...

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

tak pernah pun..
tu bkn makanan anjing ka?
huhuhuhuhu..

tah2 kandungan dia haram pa..?
huhuhuhu,...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

batrisha tu mak haikal eh? kekeke..

terbaik lah cerita ni. nak cerita ngan adik aku pulak lah. mesti dia eksaited.

Amin Baek said... [Reply]

ce fikir ce fikir..

sume nak "ce ce " da skang..hahhaha

Allah Maha Besar.Subhanallah.

Teringat kucing kesayangan yang baru mati..huhuhu

z@i said... [Reply]

hehehe...

mimpi tu byk makna tau.

Wafi said... [Reply]

bravo!! walid memang bravo!! subhanallah.. sungguh setiap ciptaan tuhan sudah ditetapkan rezekinya...

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Takmo teka.
Ce cit, ce cite.
Ha ha ha.
Amin.
:)

AATP,
Ha ha ha.
Memang pun.
Alahai.
Binatang mana fikir halal haram.
Semua benda dia taram.

PEN,
Eh eh.
Entah lupa.
Ha ha ha.
Batrishah nama manja dia Bateri.

AMB,
Huuu.
Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali.

ZAI,
Haaa.
Apa makna lain?
Ce cite, ce cite.
:D

WAF,
Benar!
Kami tidak pernah meminta rezeki darimu, bahkan kamilah yang memberi rezeki.
Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.

buDAK keCIK said... [Reply]

setiap ciptaan Allah ade hikmahnya dan sangat2 cantik~! subhanallah...

Afida Anuar said... [Reply]

ptutnya tukar situasi mcm ni..

"ok..sayang dah penat2 masak tadi kan..biar abang pulak yang kemas semua. sayang dan anak2 pi la main facebook"

heh!..baru suami mithali;)...

amacam bijen..ada bran? hehe

Nina :) said... [Reply]

subhanallah..i never thought of it that way. :) pandai walid menghiburkan hati smbil mengajar batrisha. hahaha

notasisi said... [Reply]

benar, benar, benar.............
(yang tak benar ialah tn Bijen belum kawin)...he he he

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Batrisha Naqui'yah twitt!
*(,^.^,)*
fall in love wth this name.
Mard bida siap2.

mhafiz_ydin said... [Reply]

Ce fikir ce fikir walid men fesbuk tetibe ade makanan. Sape bagi makan ??

Allah Jalla Wa'ala..

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

Takpa la walid tak tolong msk n kemas dapur pon..yang penting dia sudah bagi latihan dakwah kat anak bini dia.

Tuan Auz said... [Reply]

Aku nak handbag baru Charles n Keith tapi aku tengah berjimat cermat. camneeeee??? :p


Bijen, besday aku April ni . April! hehe

Umma-ali said... [Reply]

kucing jantan: mawww!!!
kucing betina: tak mawww!!!
kucing jantan: apsal?
kucing betina: tu le pasal...
kucing jantan: ??? x fhm...
kucing betina: blah arr...
kucing jantan: jom blah!
kucing betina: blurrr...
kucing jantan: bijen...
kucing betina: sopo2 laa...

peace....

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Ada-ada.
Sangat-sangat.
Ha-ha.

AFA,
Mana boleh camtu.
Tak elok orang perempuan main Fesbuk.
Ke ke ke.

NIN,
That's the way ahak ahak.
I like it ahak ahak.

NOT,
Aaaaa.
Doa doa.

UKM,
Nama manja, Bateri.
Tengoklah siapa kahwin dulu.
Eh, siapa dapat anak dulu.

MHY,
Aah.
Baru terfikir.
T_T

ALA,
Salam.
Ehee.
:D

TA,
Eh.
Ni bukan request form.
Cik salah tempat ni.
Ha ha ha.

UMI,
Aaaa.
Saje je kan bagi orang blur.
Takpe takpe.

Tuan Auz said... [Reply]

haha klaka la Umma Ali, aku mmg blur baca. motip betul kucing2 tu bersketsa kannn.


eh ? bkn request form? hehe Opss, ala buat2 request jek =p

matadore said... [Reply]

tika duit elaun habis, aku belum lagi sehari tak makan.

Rezeki Dia bagi.

Yua said... [Reply]

rezeki itu dtg dari Allah SWT...

Myra Arshad (: said... [Reply]

alaaa. walid. nak tahu lagi kehebatan yang laen2. hihihi

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Takde takde.
Gi request tempat lain.
Ke ke ke.

YUA,
Benar cik benar.
Saya sokong.

MYA,
Nak tahu lagi, stay tunelah dengan walid.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

AAISSHHH..
Mana boleh..dia kena makan makanan halal mcm tuan dia la..
hahahahhahaha..

L said... [Reply]

ah xde2!

sape cop dlu tu dia punya.

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Ha ha ha.
Kau bagi makanan yang dah lemau siap.

L,
Wahh.
Nama baru.
Gi ah daftar kat JPN cepat-cepat.

af [ R ] ed said... [Reply]

isi tersirat lu ape der ?

Bijen M. said... [Reply]

AFR,
Rezeki Allah SWT dah tentukan.
Walaupun nampak tak logik.
Tapi Allah SWT tu maha adil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...