28.2.11

Kami generasi bundle!

Pada suatu malam. Burung-burung pun berkicauan. Semuanya terbang pulang ke sarang setelah penat membanting tulang mencari rezeki sesuap ulat untuk anak dan bini. Malam tersebut gua ada misi yang harus dilaksanakan, pergi ke pasar malam untuk membeli seluar bagi menghadiri temuduga esok.

Oh ya. Esok gua ada temuduga kerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas nasional. Pukul 8 pagi dah kena terpacak dekat depan dua tiang konkrit gergasi tu. Jadi tolong-tolonglah doakan gua ye. Ada rezeki nanti bolehlah gua kahwin awal. Dapatlah lu orang datang kenduri gua makan nasi ayam.

Adab Masuk Pasar
Oke. Gua pun melangkah masuk ke dalam pasar malam dengan penuh hati-hati. Doa masuk pasar dibaca pelan-pelan dengan khusyuk dan tawaduk. Doa ni penting dibaca terutama bagi kaum wanita kerana nafsu wanita ni tinggi. Kalau lelaki masuk pasar, boleh setel urusan 10 minit atau kurang. Tapi kalau laki masuk pasar dengan perempuan, sejam pun belum tentu. Ha ha ha! Yelah. Kejap-kejap berhenti, “Wow handbag!” Jalan depan sikit berhenti, “Wow tudung!” Jalan depan lagi berhenti, “Wow pakwe!”

Sesiapa nak doa masuk pasar, cubalah Gugel. Malas gua nak paste kat sini. Nanti lu orang tak ada usaha nak cari, yer dok? Omputih kata, easy get easy go.

Pilih Kasih
Kemudian gua fokus je cari stall-stall bundle yang terpacak di pasar malam tersebut. Singgah kedai ni jumpa seluar hitam. Tapi tak memenuhi cita rasa. Singgah kedai lain pula. Berpindah kedai lain pula. Dua tiga kali gua ulang alik masuk kedai yang sama. Satu persatu seluar gua belek. Semuanya tak memenuhi cita rasa. Hampir-hampir tu adalah. Kebanyakannya cutting jeans. Gua nak cari seluar kerja kot. Lalu gua fikir, interview gua lambat lagi. Masih ada masa. Tak perlu tergopoh-gapah. Kalau gua ambil yang ini, nanti takut menyesal tak sudah. Esok nak ke bandar raya, boleh lagi cari di sana.

Oh biasalah. Gua kan perfectionist. Detail sangat dengan sesuatu perkara. Sampai kadang-kadang gua rasa, sikap tersebut memakan diri. Hmm. Takpelah. Itu cerita lain. Gua pun sambung jalan lagi kot-kot terjumpa kedai bundle yang belum gua jejak. Akhirnya gua ternampak satu kedai bundle di hujung pasar malam. Macam kool je.

Idaman Hati
Gua pun beleklah satu-persatu seluar hitam yang ada. Wahh! Perfect! Gua minta measure tape dengan tokey kedai. Gua ukur saiz pinggang, labuh dan saiz kaki. Fuyyoh! Semuanya menepati piawaian. Senang hidup gua tak payah nak alter dah. Lalu gua pun angkatlah seluar tersebut dengan harga RM 8. Seluar Jepun beb! Import beb! Oversea beb! Lalu gua terus pulang dengan muka puas. (Tapi cuba bayangkan kalau seluar tu rupanya dah di-booked. Oke ini cerita lain.)

Hidup Dalam Pilihan
Dalam hidup ini kita tidak dapat lari dari pilihan. Sama ada nak pilih guna nafsu, nak guna akal ataupun hati. Kalau guna nafsu, kita akan bertindak melulu. Nak guna akal, syaitanlah makhluk pertama yang berfikir dengan akal sampai menyebabkan dia tersingkir dari syurga. Dia rasa dia lagi hebat dari Adam AS sebab dia dicipta dari api. Dalam perang Badar pun, kalau orang Islam fikir guna akal mereka tentu fikir mereka tak akan boleh menang. Jadi, mintalah fatwa dengan hati. Tapi pastikan hati itu suci bersih dulu. Barulah senang nak hadam petunjuk Allah SWT.

Cerita Muda Mudi
Teringat pula dulu-dulu gua dapat tawaran sambung belajar dekat bumi bom atom jatuh meletup. Jurusan idaman gua pula tu. Tapi gua masih ada masa lagi untuk buat keputusan. Masih ada masa. Selagi ada waktu, gua rilek dulu. Tup-tup dapat tawaran lain sambung belajar dekat bumi padang pasir Tronoh. Fikir punya fikir, gua ambil keputusan untuk duduk di bumi indah nan permai Malaysia ini. Maka nasib gua, apa yang lu orang tengok gua sekarang inilah. Kalau dulu gua pilih ke luar negara, tentu nasib gua dah lain. Mungkin blog ini dah banyak bahasa Jepun gua tulis. Kah kah kah!

Eh! Tentulah semua yang terjadi dengan izin Allah SWT. Siapa pun tak boleh pertikai. Hidup kita di dunia dengan jalan wasilah. Apa tindakan kita, itulah nasib kita. Ingat tak, Allah SWT takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tak mengubah nasib mereka sendiri. Kita bukannya ibarat kapal layar yang hanya mengikut arah angin bertiup. Kalau tak, sia-sialah syaitan buat usaha nak sesatkan kita.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

31 comments:

Anonymous said... [Reply]

Pada suatu malam. Burung-burung pun berkicauan. Semuanya terbang pulang ke sarang setelah penat membanting tulang mencari rezeki sesuap ulat untuk anak dan bini. Malam tersebut gua ada misi yang harus dilaksanakan, pergi ke pasar malam untuk membeli seluar bagi menghadiri temuduga esok.

cik_paan said... [Reply]

life is all about choices, ain't it??
good luck arr interview, nanti ko kawen jemput aku dtg knduri ko tu

MATAHARI said... [Reply]

bro chemical eng. ke?


all the best k,

Luna said... [Reply]

Aku saja komen kali ni sebab nak cakap, jumpa di sini!

:D

AMMOSHAM said... [Reply]

bro, gua dulu nak pergi interview kerja pinjam semua bende yang orang punya. dapat kerja je terus pergi reject shop..

sedih gak bila mengenang hal dulu.

nik said... [Reply]

life is about choices..agreed!

http://www.youtube.com/watch?v=Ym9csWXjuy0
(keep watching till the end or else you won't get the message)

*dua tiang konkrit gergasi = KL Twin tower*hoho

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam semua sekali,
tuan bijen
matang penulisannya..
lkukan y terbaik esok..
pagi2 jgn lupa baca surah yasin dulu..
semoga dipermudahkn Allah urusannya d dunia dan akhirat
(",)

Hazwan Arif said... [Reply]

jap...dh kawen ke belum nih..kompius2 haha

Norsha said... [Reply]

selamat buat tn bijen ni, moga diberi pertolongan oleh ALLAH utk interviu tu, klu brjaya jgn lupa kt kwn2...trutamanya kat akak ni....

Afida Anuar said... [Reply]

Aaaaa..bijen.. Gua pun plan kenduri gua nanti nak jamu nasi ayam tuk para tetamu!..cemane ni? cemane ni? haha

PS: Again... insyaAllah..gua doakan yang terbaik tuk lu. Dapat atau tak belakang kira. Kalau tak dapat, ada la tuh Allah dah rancang yang lain. Kalau dapat, Alhamdulillah..belanja gua nasi ayam k!..heh...

Cyberjaya pun ada ni menanti...... Mana tau satu hari nanti kita boleh berbesan..hehehe

نور توفيقا said... [Reply]

Kalau seluar tu dah di booked pun, mana dia tahu ada orang lain rupanya nak sangat beli dia or berapa lama masa dia ada untuk di display....

Susahnya when it comes about fate.. How do we know how things supposedly be the way it actually is..

Semoga Allah mudahkan interview.
Best of Luck!

mhafiz_ydin said... [Reply]

Uiks.. gua aritu pun interview syarikat minyak dan gas gak.. be prepare dengan current isue related ngan minyak dan gas. Gua aritu dyorang tny sal Mexico - Gulf; Deepwater Horizon explosion.. hua hua hua..

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Aminnn...
semoga hg lulus temuduga tu..
Boleh hg sapot sikit2 time aku kawin nanti..
ahhahahahhahaha

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum bro...

moga mu sentiasa mendapat pilihan yg terbaik dlm hdp..jgn lupa syukur n jgn lupa pula utk doakn aku

Anonymous said... [Reply]

jangan tipu. kau tak g jepun sebab nak kawin awal. kan kan kan?

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

du kami lyn bunde jugak..
la ni dak dah..
hihihi

Bijen M. said... [Reply]

CIP,
Yup yup.
Opkos.
Nanti aku announce.

MAT,
Tak.
Software eng.
Ho ho.
Thanks dude.

LUN,
Yer.
Belanja gua ushar teater plis.
5 ragak je pun.

AMO,
Tak apa bro.
Janji hidup sekarang dah mantap.
:D
Susah dahulu, senang kemudian.

NIK,
Wahh!
Bagus video ini.
Bagus!

Bijen M. said... [Reply]

UKM,
Salam.
Terima kasih ingatkan.
Amin amin.
:D

HAZ,
Status pending.
Kah kah kah.

NOR,
Tak lupa, tak lupa.
Tiap-tiap bulan saya datang Kuantan nanti.
(Jangan percaya sangat)
:D

AFA,
Mekasih cik Satyam.
Ho ho ho.
Cop tempat satu kat sana.

PQA,
:)
Senyum, tak perlu kata apa-apa.
:'(

Semoga dipermudah presentation.
Habis semua ni start gaduh balik.

MHY,
Pasal Arab worlds crisis of reformation ada sentuh tak?
Effect dengan oil price.
Hueh hueh.

AATP,
Wahahaha.
Setail setail.
>_<

MH,
Waalaikumsalam der.
Amin amin.
Untukmu juga.
Amin.

TN,
Oi oi.
Celah mana kau tahu ni?
Argh!

AATP,
Heh.
Tak generasi bundle ah.
Tak geng ah.

Wafi said... [Reply]

Kami persatuan bundle2 sedunia!

buDAK keCIK said... [Reply]

ak langsung x prnah trlintas nk msk um. sbb dh aim nk further medik punya pasal kt oversea plk tuh. impian punya la menggunung... sbb ak ase ak mampu utk capai cita2 ak dgn izin Allah...

result trial spm ak mmg dpt tembus fast track tp... fail masa interview pulak. nervous punya pasal... pendek kata mmg byk dugaan hidup ak... dulu aim medik. tp skrg amek biotek. masa ak dpt twrn biotek, ak nangis giler2 sbb sedih xdpt apa yg ak impikan. ak jd blur... tp lps tu dh okay sbb ak taw Allah lagi Maha Mengetahui. mungkin ni lah masa depan yg terbaik utk ak~! insyaAllah.

semoga brjaya masa interview. jgn jd cam ak plk. nervous je memanjang. hee

CS said... [Reply]

amboi2 ye ke lelaki masuk pasar 10minit???..ye la 10 minit mana dan nk pilih sayur...ayam..ikan...fishball...fishcake...buah...pastu bila cik puan ni masak,,,,sape plak yg dh sejam masih xsiap lg mkn???hihihi emo plak!

Tuan Auz said... [Reply]

haha tu r, ada baju bundle cam baju Padini kot!

Aku ske usha baju bundle gak. Murah dan lawa~ import okay!

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

mashaAllah bro,semoga kita semua di dalam hidayat dan taufik dari Allah...

Bijen M. said... [Reply]

WAF,
Wewit!
Welkem tu de kelab.

BK,
Pehh!
Tahap nebes gua sampai 2-3 hari sebelum intebiu gua kena gasterik.
Kah kah kah.

CS,
Wahaha.
Baiklah cik puan.
Nanti saya belajar makan laju-laju.

TA,
Betul tu.
Jadilah pengguna bijok.

APS,
Amin amin.

MATAHARI said... [Reply]

owh, soft engineering?

bro tau PLC?

fuad ansari said... [Reply]

Saya ingat kalau tuan bijen pegi blaja dekat itu bumi bom atom jatuh meletup, mau jugak tuan bijen kawin dgn orang Jepun..
Tapi xpelah,lagipun bumi tronoh lebih memerlukan tuan untuk hidupkan usaha agama di sana.. (",)

p/s: Teringin gak try bundle2 ni.. Jimat pun jimat ye dok.. dari mana bundle dapat stok banyak2 erk? adakah kita pun leh jual pakaian2 kita kat bundle?? hehe..

menusuk hati said... [Reply]

datang sini sambil tgu update...

nurshafiqa_ yusoff said... [Reply]

saya suka dengan hasil nukilan ini..:)

Bijen M. said... [Reply]

MAT,
Aah.
PLC tau, tapi tak main dengan hardware.
Kami more to software development.

FUA,
Wahh!
Maria Ozawa mungkin?
T_T
Dia orang dapat stok dari US, Japan selalunya.
Sebab pakaian dia orang tak lusuh sangat, pakai beberapa kali je.
Orang Malaysia pakai baju sampai lusuh.
So baju kita selalunya bagi kat orang Asli je.

MH,
Sudah-sudah bakal pengantin baru.

NUR,
Saya suka dengan hasil komen anda.
:)

Nveil said... [Reply]

gua cuma sempat baca perenggan pertama ja, terus pergi usha abang usin.

ouch.

rebung dan ikan masin said... [Reply]

perfectionist dan suka nak menang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...