10.2.11

Cara up trafik gaya Nota Siku?

Dewasa ini dalam dunia blog, keperluan mendapatkan trafik tersangatlah penting. Hal ini kerana trafik memainkan peranan penting dalam menentukan hayat sesebuah blog. Blog yang kurang trafiknya tentulah tidak kool. Mungkin di suatu hari nanti pemilik blog yang sedikit trafiknya akan frust menonggeng lalu berhenti memblog kerana penulisannya tidak mendapat sambutan hangat. Akan tetapi jika penulis blog tersebut menulis untuk kepuasan diri sendiri, apa ada hal? Mereka akan terus tegar memblog kerana mereka memblog untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

Peranan Trafik
Selain menentukan sesuatu penulisan mendapat sambutan, peranan trafik juga penting dalam menjana pendapatan. Hari ini ramai yang sudah bergelar jutawan melalui pelbagai skim yang ditawarkan seperti Nuffnang, adSense dan pejadah lagi. Blog gua tak ada pula semua tu. So gua tak tahu-menahu sangat.

Dalam meraih trafik yang tinggi, pelbagai usaha dan cara telah difikirkan. Dengan ilmu SEO-lah, dengan auto blogwalkinglah, dengan iframe backlinklah dan macam-macam lagilah trick dan teknik yang dicipta dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Ya! Sebab ada fikir risau trafik, kita berjaya mencipta berbagai cara dan petua bagi mendapatkan trafik yang tinggi.

Boleh kata, trafik nadi kehidupan sesebuah blog. Tanpa trafik, siapalah blog. Yer dok?

Hobi Berkhalwat
Selesai dengan mukadimah yang agak skema. Sekarang gua nak cerita pengalaman gua sepanjang outstation di merata tempat. Gua ada satu hobi yang gua luangkan di masa lapang mahupun tidak lapang. Hobi tersebut adalah berkhalwat di masjid dan surau. Dengan kata lain, beriktikaf atau melepak. Jadi dah banyak masjid dan surau gua pernah lepak. Macam-macam gua nampak. Ada yang ramai ada yang tak. Ada yang best ada yang tak.

*Mulai sekarang gua gambarkan perkataan ‘masjid’ dan ‘surau’ sebagai ‘masjid’ saja. Malas nak taip panjang-panjang dah.

Belajar SEO
Oh! Selain bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menghidupkan amalan masjid, tujuan gua melepak-lepak di sana adalah bagi mempelajari secara langsung dan tidak langsung dengan orang tempatan tentang selok-belok usaha agama yang dijalankan di sana untuk dibawa pulang dan dipraktikkan di masjid tempat sendiri. Lebih kurang belajar ilmu SEO-lah. Yelah! Mestilah jeleskan tengok masjid orang lain penuh trafik, masjid kita ada dua tiga orang saja. So gua pun kajilah macam mana masjid tersebut boleh dapat ramai trafik. Macam kitalah jeles tengok blog orang lain ramai jemaah, blog kita tak ada jemaah yang melepak baca.

Cara Bina Trafik I
Satu benda yang gua perasan dekat masjid-masjid yang ramai trafik ini adalah kebanyakan ahli trafik mereka datang awal sebelum masuk waktu solat lalu bersolat 2 rakaat tahiyatul masjid seterusnya berdoa dan berzikir sementara menunggu bilal melaungkan azan. Bila azan dilaungkan, makin bertambah lagi trafik yang datang untuk solat berjemaah. So kesimpulan awal yang dapat gua buat, solat tahiyatul masjid ni penting dalam meningkatkan trafik sesebuah masjid. Oh! Ini bukan kajian ilmiah. Ini cuma kajian dari sudut pemerhatian. Tak ada dalil sahih yang mengesahkan.

Jadi, gua pun nak cubalah buat perkara yang sama bila gua balik ke masjid tempat gua. Sambil-sambil tu gua pun kajilah apa kesinambungannya solat tahiyatul masjid dengan trafik sesebuah masjid. Lalu gua beranggapan solat tahiyatul masjid ini adalah bertujuan memuliakan dan menghormati masjid. Memuliakan rumah Allah SWT. So bila sesuatu rumah itu mulia, tentulah ia dapat menarik orang ramai datang ke sana. Bila orang tengok masjid ni, nampak berseri-seri je. Sentiasa hidup dengan amalan. Orang pun seronok nak datang. Selain itu, jika ramai trafik yang datang awal untuk bersolat tahiyatul masjid, tentulah kebarangkalian trafik yang akan datang selepas azan berkumandang masih banyak berbaki. Jadi bukankah masjid tersebut akan penuh jemaah bila solat fardhu didirikan? Lu fikirlah sendiri.

Cara Bina Trafik II
Oh ya! Lepas solat tahiyatul masjid tu cuba berdoa minta kepada Allah SWT supaya memuliakan rumahNya ini. Minta Allah SWT menghidupkan masjid dengan amalan. Minta juga supaya Allah SWT mencampakkan hidayat dan buka hati seluruh orang kampung untuk datang solat berjemaah 5 waktu sehari di masjid ini. Minta lagi supaya Allah SWT buka hati seluruh orang kampung ini untuk mengamalkan agama dengan sempurna dalam kehidupan seharian, dapat taat perintah Allah SWT dan dapat ikut cara Nabi SAW. Minta lagi supaya Allah SWT menyatukan hati orang-orang kampung ini dengan fikir agama dan memadamkan api perselisihan yang berlaku. Minta lagi kepada Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kampung ini dan jauhkan dari mala petaka. Minta lagi dan lagi supaya dibukakan kebaikan sesama kami orang kampung dan ditutupkan keaiban kami. Minta lagi supaya kampung ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dengan usaha agama. Lepas tu jangan lupa amin. Cubalah! Kalau hari-hari lu orang istiqamah buat benda ni 5 kali sehari dan ajak orang buat benda yang sama, cukup 40 hari tentu berlaku magik di kampung anda dengan izin Allah SWT.

Kata Pepatah
Oh ya! Antara tanda-tanda akhir zaman adalah banyaknya orang masuk masjid tapi sikitnya orang yang mendirikan solat tahiyatul masjid. Yer dok? Kemudian kita ulang kata pepatah di awal tadi, trafik nadi kehidupan sesebuah masjid. Tanpa trafik, siapalah masjid. Oh! Masjid pula nadi kehidupan sesebuah kampung. Kalau nak tengok satu hati orang-orang di kampung tersebut, tengoklah trafiknya bagaimana. Kalau masjid mati, alamatnya kampung tersebut porak-perandalah kerana tak ada pandangan rahmat Allah SWT. Wallahu’alam. Jadi kita semua dah tahu betapa pentingnya peranan trafik kepada sesebuah masjid. Samalah dengan pentingnya trafik kepada hayat blog.

Serius Serius
Oh gua melalutlah pula. Gua bajet nak cerita macam mana nak up trafik blog kan? Jawapannya adalah gua tak tahu apa jawapannya. Manalah gua belajar ilmu SEO pejadah semua tu. Blog gua pun tak ada iklan-iklan, Nuffnang bagai. Lagipun blog gua tak ramai orang pun. Follower pun berapa kerat je. Komen pun tak seberapa nak dibanding dengan otai-otai blog lain. Yer dok? Gua tulis untuk diri sendiri je. Orang lain yang baca, dapat manfaat. So kesah apa reader ramai ke tak. Yer dok?

Cara Yang Boleh Dicuba
Oh mungkinlah lu orang boleh praktis tulis blog masa perut kosong. Dengan kata lain waktu berpuasa sunat ke. Sebab perut kosong ni menajamkan fikiran. Syaitan nak ganggu pun payah. Oh mungkin juga boleh tulis waktu pagi-pagi sebab otak pun fresh lagi. Tambah-tambah kalau lepas Subuh tu tak tidur, bapak fresh! Oh mungkin boleh juga try solat sunat 2 rakaat dulu baru tulis blog. Minta dengan Allah SWT supaya bagi ilham dapat tulis baik-baik. Moga Allah SWT pandu kita buat penulisan yang diredhai Allah SWT dan ada manfaat untuk orang lain. Kita buat kerana Allah SWT yer dok? Lepas post, istighfar banyak-banyak.

Oke. Selamat berblog. Gua pun nak cuba try tips di atas sebelum tulis blog. Nak tengok berkesan tak. Akhir kata, apa guna follower blog beratus riban kalau masjid dekat tempat sendiri pun satu saf tak sampai.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

26 comments:

airazulaikha said... [Reply]

tak apa..saya ada sudi baca.. hehe :)

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Aku buat blog untuk diri aku sendiri..

Tapi best jugak kalau ada orang baca cerita merapu aku..kan3..
hahahahha..

cik_paan said... [Reply]

tak payah nak kejar trafik, yang penting mutu entry tu penting
kalau trafik blog sesak, tapi just cakap benda2 lagha, baik tak payah...

fuad ansari said... [Reply]

Pengakuan jujur..

Penah gak mengalami waktu2 iman lemah..dok byk solat kat umah je.. lepas 1st time baca blog tuan bijen terus jadi rajin nak g masjid..n terus jadi rajin nak wat usaha agama.. (insaf selepas baca entri berkaitan tuan dapat hidayat wat usaha agama kot)

Akhir kata, tahniah dan terima kasih.. (",)

wafiakashah said... [Reply]

trafik di masjid da berkurang di zaman ini... isk3x... doa2 agar bukan aku dan korang yang menjadi statistik mengurankan trafik di masjid..

mhafiz_ydin said... [Reply]

Jom ramai2 jadi Followers Nabi & Sahabat, baru Trafik masjid jadi sesak.

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum bro...

moga en bijen juga mnjd salah astu penyumbang up ny trafik dkt msjd tmpt tuan n mana2 masjid juga..hehe..

(mlm ni kalau bertahajud,doakanlah gua ye...empunya blog menusukhati)

Anonymous said... [Reply]

kool habis bro. Dengan ini, aku menyeru kaum adam untuk menaikkan trafik blog , ops, trafik masjid kawasan masing masing.
Aku pun menyeru kepada diri sendiri.
Hiyargh!

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Ha ha ha.
:)

AATP,
Bukan poyo yang lain dok?
He he.

CP,
He he he.
Betullah tu.

FUA,
Alhamdulillah.
Allah SWT bagi faham.

WAF,
Tak tahu ke mana hilangnya trafik.
T_T

MHY,
Haa.
Ini best, ini best!
Jadi follower Nabi SAW dan sahabat RA.

MH,
Waalaikumsalam.
Kenang daku dalam doamu juga.
Liat betul nak keluar ni.
T_T

Afida Anuar said... [Reply]

gua suka ayat last tu, sentap beb!!...

gua yg perempuan baca ni pun dah sentap, kalau lelaki kat luar sana tak sentap tatau la..

نور توفيقا said... [Reply]

Makin tinggi traffic mengimarahkan masjid, makin ramai orang yang ada sifat2 yang menjamin tegaknya Rukun Islam.

Best. Best. Best.

Tuan Auz said... [Reply]

Aah kan aku terpk camne nk upkan traffic...tp xde masa nk promote..so aku tulis untuK diri sndri rrr. apa yg aku meraban..mungkin 2 3 tahun lagi if baca blik...akan terasa sendiri cam sengal je post ni?! haha.


oh hobiku suka menaip.takleh watpe la org baca ke xbaca. kehkeh.

klako post ko yg ni! aku de plan nk merantau masjid untk wat solat hajat...orang cakap doa perantau makbul? =D hikhikz

tp aku ska baca blog ko. membuka minda di samping bergelak ketawa

=D

Lee Zha said... [Reply]

teringat terawih tahun lepas.

mak aku asyik lugu2 badan aku bila sampai mesjid aku tak solat sunat masjid tu.

siap pandangan menikam kolbu tuh! slagi aku x bediri, slagi tu beliau mengangkat kening jiana jen dan kaki menendang2.

haaa~ my mother is a rock staa~ :D


*sakit gak bila hari2 kena lugu. depan orang pulak tu! adeshh..

Bijen M. said... [Reply]

AFA,
Nasib baik gua tak sentap.
Kah kah kah!

PQA,
Hipotesis yang baik.

TA,
Doa orang bermusafir.
Haa.
Bermusafirlah.
Jom jom.

LZA,
Kirim salam kat mak lu.
Cakap gua pun roksta!

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Traffic jam tu kan meletihkan?

Kalau up trffic kat surau/masjid, insyaAllah la tak letih. Malah dpt suasana aman tnteram, ksh syg, satu hati..(saranan utk org lelaki ye).

Nazz@Purple said... [Reply]

yg penting cari trafik dgn cara betul..bkn yg lain tu..guna tektik kotor..

Nazz@Purple said... [Reply]

Hebat2nya jika bertambah2 trafik yg terdiri dr orang2 muda itu ke masjid..

roses said... [Reply]

masjid rumah sy ada gym, kelas memasak, menjahit, dan juge kelas agama sbg usaha untuk meningkatkan trafik disini.

(^__^)Y

Norhayati Rostam said... [Reply]

Baca sini lepas belek2 nota.
haha.
[Mode:exam]
Fuh, lama tak mendarat kat sini.
Memang gempak r tetibe keluar pasal SEO bagai.
Ingat nak terang apa benda SEO tu.
Den pun tak tahu ni.
Terima kasih cikgu.
Nanti den pun nak try jugak la.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam,
Mard xfaham banyak term...
*(^.^)*
siap google lg...

Bijen M. said... [Reply]

ALA,
Salam.
Kalau pakai kereta manual letihlah juga.

NAZ,
Betul betul betul!
Hebat hebat hebat!
:D

ROS,
Mesti pak imam taff kan?

NOR,
Eh.
Exam tu apa ustazah?
Heks.

UKM,
Salam.
Sucinya.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Yela2.
Cikgu kan dah takde exam.
Lupe pulak.

Myra Arshad (: said... [Reply]

aku rasa ayat - ayat ko dalam blog ni bagus untuk rujukan bebudak ambik paper sastera. serious ayat power. hehehe :p

Bijen M. said... [Reply]

NOR,
:D

MYA.
Wahh!
Nama baru pulak aku kasi.
Abes lingkup result STPM kalau ambil ayat aku.

Pisyek said... [Reply]

Pisyek dot com berkata: aku baru perasan la... rupanya aku berblog slama ni sebab aku suka blog je...

reader bukan nye byk sgt pun.. trafik tak payah cakap la...

tapi tetap xleh celen blog ko ah bijan...

blog ko ni memang harooom mantap gile...

hahaha... xD

Bijen M. said... [Reply]

PIS,
Ha ha ha.
Karut karut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...