7.2.11

Bercakap soal jodoh?

Scene dapat melepak dan berborak dengan orang tua (baca: dewasa, berkerjaya, berkeluarga, beragama, berpengalaman, berbini ramai dan sebagainya) adalah satu scene yang tak wajar disia-siakan. Banyak benda gua dapat belajar dari orang tua. Yang telah menyebabkan gua yang memiliki wajah seperti lepasan SPM ni dapat berfikir seperti gaya atok-atok ataupun bapak-bapak yang berumur lingkungan 30-60 tahun.

Bila melepak dengan orang tua ini maka banyaklah yang dapat disembangkan. Semuanya hal matang-matang belaka. Tak ada dah nak cerita pasal Dota ke pasal makwe ke pasal Astro Ceria ke pasal SEO ke pasal trafik ke pasal shuffle ke. Semuanya berkisar tentang kebesaran Allah SWT. Cerita macam mana Allah SWT bagi jadi pokok sawit supaya dapat jadi asbab rezeki kepada manusia. Cerita pasal macam mana usaha nak bagi agama berkembang seluruh dunia. Cerita kehebatan para sahabat RA dulu-dulu dan lain-lain lagi termasuklah cerita tentang topik feveret gua, jodoh.

Cari Jodoh
Dalam banyak-banyak pakcik yang gua jumpa di seluruh negara lalu diajak bersembang, rata-rata bagi jawapan tipikal. Bila ditanya nak kahwin dengan orang biasa ke orang beragama, orang kaya ke orang tak berharta, orang jauh ke orang dekat, anak dai'e ke anak ustaz dan lain-lain lagi soalan basic pasal jodoh, semuanya akan cerita berdasarkan pengalaman depa.

Tapi baru-baru ini gua jumpa sorang pakcik yang agak smart dalam berbicara soal jodoh ni. Jawapan yang buat gua terkedu lalu insaf tak nak tanya apa-apa dah lepas ni. Nak tahu apa beliau jawab? Beliau kata jodoh ni tak boleh pilih. Allah SWT dah tentukan. Macam juga Allah SWT tentukan mati kita. Kita tak boleh percepat dan tak boleh halang mati dari cari kita. Bila Allah SWT dah tentukan jodoh kita, nak tak nak dia adalah jodoh kita. Tak kiralah dia baik ke jahat, anak dai'e ke anak ustaz, jauh ke dekat. Faham dak?

Jodoh Sudah Ditentukan
Semuanya dah tertulis di luh mahfuz. Jodoh ni masuk kategori kebesaran Allah SWT jugalah bila mana Allah SWT dah tentukan 4 perkara waktu tempoh 40 hari-40 hari kejadian manusia dari titisan air mani menjadi gumpalan darah dan sebagainya. (Err 40 hari? Apakah itu 40 hari? Ha ha ha!) Semuanya sudah tertulis. Pena dah diangkat, dakwat sudah kering.

Wahh! Sedih ah gini tak dapat kahwin dengan makwe gua.

Usaha Atas Iman
Jadi sama seperti persediaan nak mati. Kita tak tahu kita nanti mati macam mana. Mati beriman ke mati kufur. Mati husnul khotimah ke su'ul khotimah. Mati katak ke mati singa. Mati tengah romen ke mati atas sejadah. Sebab tu lepas solat kita selalu doa minta dengan Allah SWT supaya kita mati husnul khotimah (kesudahan yang baik). Allah SWT merahsiakan kematian kita. Kalau kita dah tahu kita mati kool, kita dah tak doa banyak-banyak dah. Serah bulat-bulat saja. Kalau kita tahu kita mati tak kool, awal-awal lagi kita dah putus asa. Tengok! Allah SWT tak zalim kan? Dia nak suruh kita mengharap. Kalau nak mati dalam keadaan beriman pula, hari ni kita kenalah buat usaha atas iman. Kalau kita buat dek je, takut-takut sakaratul maut nanti tak tahan godaan, kita mati ikut syaitan. Oleh itu, kalau ada orang datang rumah ajak buat usaha atas iman jangan buat dek je. Ikutlah dia orang sama-sama buat usaha atas iman. Faham?

Persediaan Berjodoh
Sama juga macam jodoh. Allah SWT dah tentukan jodoh kita. Baik jahat, jauh dekat kita tak tahu semua itu. Sebab itu kita kena banyak doa moga Allah SWT bagi jodoh yang baik-baik untuk kita. Mungkin jodoh yang kita tak tahu ni sekarang dia jahat. Tapi berkat doa kita tiap-tiap malam bangun tahajud, Allah SWT akan bagi dia insaf jadi baik lalu bertemu dengan kita lalu berkahwin bahagia ke anak cucu. Bab jodoh dekat pula, mungkin hari ni jodoh yang kita tak tahu tu duduk di Maghribi. Tapi berkat doa kita pagi-pagi berDhuha, satu hari nanti Allah SWT buka hati dia untuk datang menetap di Malaysia lalu ketemu jodoh di KLCC. Yer dok?

Dan tak semestinya apa yang kita doa, kita dapat. Allah SWT tahu segala di langit dan di bumi. Semuanya dalam kuasa pentadbiranNya. Dia tahu baik buruk. Kalau kita dah usaha yang terbaik, insyaAllah Dia akan bagi yang terbaik walaupun kadang-kadang benda tu kita tak suka. Kalau kita tak nak orang jauh, sekali kahwin dengan minah Arab. Secara tak langsung kita dapat belajar bahasa Arab. Lalu solat kita pun khusyuk sebab dapat faham makna. Oh indahnya!

Usaha Tangga Kejodohan
Jadi apa usahanya? Usahanya bukan pergi Fesbuk cari makwe baik-baik lalu mengayat. Usahanya bukan pergi masuk kampung cari makwe tudung litup tengah sidai baju gaya-gaya sopan santun. Usahanya bukanlah register masuk UIA lalu ushar makwe kat sana. Makanya?

Usaha pada diri sendiri. Usahakan diri supaya dapat jadi pasangan yang terbaik untuk jodoh kita yang akan tiba suatu hari nanti. Siapkan diri dengan ilmu agama mantap-mantap. Siapkan diri dengan ilmu kekeluargaan. Kemudian berdoalah memohon kepada Allah SWT supaya mempertemukan jodoh yang terbaik untuk kita dan agama kita tak kira slim atau sihat tak kira jauh atau dekat janji selamat dunia akhirat. Kemudian bertawakal kepada Allah SWT dengan bekalan agama yang ada dalam diri lalu jalani kehidupan seharian seperti biasa. Selagi mana kita dapat jaga agama dalam diri, Allah SWT akan buka jalan mempertemukan pasangan yang baik untuk kita. Yer dok?

Bak kata pepatah moden seorang driver, lelaki jodohnya di saf pertama solat berjemaah di masjid. Perempuan pula jodohnya di atas tikar sejadah di awal waktu di dalam bilik. Carilah di sana.

Kulit Kacang Oh!
Oh! Ini semua rumusan soalan perihal jodoh yang gua dapat bertalu-talu dekat Formspring sejak kebelakangan ni. Gua pun tak faham dengan trend ni. Ni mesti kes banyak sangat dengar lagu Anwher Zain (baca: pergi kenduri kahwin) cuti raya Cina.

Oh! Member-member gua ada tanya gua tak nak ke dekat sekian-sekian ni. Tengok macam best je. Macam biasa jawapan gua, berserah. Kalau suka nak tengok kami bersama, doa-doalah moga Allah SWT mempertemukan kami. Allah SWT pandang doa kita yer dok?

Oh. Kalau jodoh kita dah ditentukan, ayang-ayang janganlah marah kalau abang-abang minta kahwin lagi. Bukan abang yang nak. Dah Allah SWT bagi. Abang rembat jelah. Yer dok?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

59 comments:

airazulaikha said... [Reply]

jodoh.. ermmm

cik_paan said... [Reply]

perkahwinan pun salah satu medium untuk memantapkan iman jugak..

Amin Baek said... [Reply]

nice...

sedang berusaha tuk jadi baek,agar dapat jodoh pn baek2..huhu

doa tuk diamalkan insyaallah..25:74

mode matang skang..sbb memb coursemate aku baru je lepas walimah..haha

menusuk hati said... [Reply]

assalamualaikum pakcik yg cool...

doakan sya agar jodoh sy nti mampu menten bsama sy jg nama bek islam..

ikanlaga said... [Reply]

ooo

izzatimar'e said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
نور توفيقا said... [Reply]

7 maratib amal by Hasan al Banna, amongst those are 1. Fardhu Muslim (Individu Muslim) --> 2. Baitul Muslim (Rumah tangga Muslim).

Put efforts on Fardhu Muslim 1st, then proceed. And do remember, there are more and more steps to take afterward. Baitul Muslim is not the only thing to aim and work for..

^^

izzatimar'e said... [Reply]

salam....
nt awk kawen, jmput saye, sye nak tgk jdoh awk tuh cne.... saye pun nak doa byk2, ada org korea yg ensem n soleh dtg lmr saye...... :)

limauais said... [Reply]

ko ni makin byk post ko buat,makin buat ak smpai tak terkata-kata.haha.
marilah kita sama2 perbetulkan diri untuk mndapat pasangan hidup yg soleh solehah.aminn.ak tlg doakn tuk ko skali.heee.

z@i said... [Reply]

ayt last xleh blah..


i ske bc post tang jodoh nie..hehe

jodoh tuan dah ader cuma tunggu Allah ckp yes je

kn?

Lee Zha said... [Reply]

- Oh. Kalau jodoh kita dah ditentukan, ayang-ayang janganlah marah kalau abang-abang minta kahwin lagi. Bukan abang yang nak. Dah Allah SWT bagi. Abang rembat jelah. Yer dok? -


ate geli teman bacenye. lol.

senyum. tak perlu kata apa2. :)

fuad ansari said... [Reply]

orang kata, pasangan kita adalah cermin kepada diri kita.. (jika baik pasangan kita, maka adalah tu tang mana2 yang baik kat diri kita.. dan begitulah sebaliknya..)

betul kata tuan bijen, lebih baik berusaha untuk jadi baik supaya dapat pasangan yg baik.. sgt bersetuju.. (",)

Nazz@Purple said... [Reply]

menarik..ade jawapan pada persoalan sy selama..thanks..

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Hmm hmm.

CP,
Betul tu.

AB,
Oh terima kasih atas perkongsian.
Moga jodoh baik-baik untuk anda.
Pehh.
Kosmet ko dah kahwin?
Ciss.
Tercabar ah aku gini.

MH,
Waalaikumsalam brader yang super kool.
Semoga anda jumpa jodoh yang mampu bantu anda bawa agama ke mercu kegemilangan.

IL,
O_o

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
^^
Baik doc!
Saya akan buat ikut preskripsi yang dikeluarkan.

IZZ,
Salam.
InsyaAllah semua reader saya jemput.
Ahaks!
Wahh.
Cita-cita tinggi.
Amin.

LIM,
Yes yes!
Memkasih.
Eh budak baru tamat kerja.
Bila nak belanja lagi?

ZAI,
Ya Allah.
Cepatlah cakap yessss!
:D

LEZ,
Ahahahak!
:)
Senyum juga.

Bijen M. said... [Reply]

FUA,
(",)
Doakan saya dan semua kami yang single-mingle ni dapat jooh yang baik tuan.
Ehee.

NAZ,
Ahaa.
Sesama.

GigiWangi said... [Reply]

Speechless. :)


Pehh, banyaknya soalan pasal jodoh dekat formspring. Hang ni macam dr cinta. Hahahaha

izzatimar'e said... [Reply]

inche bijen.... cite2 kne tinggi.... tapi tataula dapat ke x..... hehe..... nak kawen ngan org korea, tapi last2 kawen ngan melayu gak... hehe.... bagi tips pasal cinta ag pasnih k???

saye rase pasnih musti ada pompuan soleh minang awk.... tunggu je.... :)

mhafiz_ydin said... [Reply]

Kalu aku masuk UIA, tahun pertama aku akan habiskan masa dengan berjalan saja. Alahai~ :)

Allah selamatkan aku dengan letakkan aku di tempat yang lebih selamat. Syukur33x...

buDAK keCIK said... [Reply]

sntiasa berusaha utk memperbaiki diri yg hina ni. wallahualam...

owh, sape punye tulang rusuk nih??

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam semua sekali...
*(,^.^,)*
yeayyyy....baitul muslim!ayoh..
1thun stgah lagi....
semoga semua dapat pasangan y cool!

Bijen M. said... [Reply]

GIW,
Zzz.
Tak ada maknanya.
Hang kan tengah mencari jodoh.
Yer dok?

IZZ,
Tips pasal cinta boleh korek-korek entri lama.
Ayat pengasih pun ada kalau nak.
Amin amin amin.

MHY,
Tahun pertama tak boleh bawa kereta lagi kan.
Memang berjalan sambil cuci mata.
Ahaks.

BUK,
Trylah operate.
Takpun X-Ray.
Tengok ada nama tak situ.

UKM,
Salam.
Wahh!
Bergembiranya.
Tsk.

Afida Anuar said... [Reply]

Sedang berusaha juga ni, jadi yang terbaik...doakan gua istiqamah!..

gua rasa mcm nak gi meminang seseorang la..errrr

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Alhamdulillah, sedikit sebanyak menjawab persoalan aku..

memang betul, jodoh tu bukan kita yang pilih.. semoga ini yang terbaik buat aku.. doakan.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Tsk tu ape?
mklumla mard ni "siput"sikit
adik beradik gitu
*(,^.^,)*
yeayy..adik beradik ciput!!

GigiWangi said... [Reply]

Hahaha. Aku lambat lagi. Takpe, slow slow.

Weh, letak lah benda ni cepat dalam fesbuk. Aku nak share. Haha ;)

Ibnu Mutalib said... [Reply]

owh pasal kahwin sakan sungguh depa bijen na!,haha

pasal ni ada muz ngan bberapa ustaz, cakap benda yang sama ngan post kali ni,buat aku tak pening lagi pasal jodoh. biarlah tuhan menentukan. bak kata2 ustaz2 yang ku tanya, biar diorg yang meminang,kikiki

banyak la plak nak pilih,..

Bijen M. said... [Reply]

AFA,
Wahh.
Nak dapat abang baru.
Yeay!

PEN,
Yarhamukallah.
:D

UKM,
Tsk efek bunyi sedih.
Lebih kurang isk.
Kesian Kak Umu kata dia siput.
Kah kah kah.

GIW,
Ecece.
Aku dah doa tu.
Ha ha ha.
Dalam Fesbuk dia retrieve sendiri ikut RSS.
Aku tak ada kuasa.
Ikut suka dia nak retrieve bila.
Doa-doalah cepat.

IBM,
Betul.
Sebelum ni punyalah aku jumpa macam-macam orang nak muzakarah.
Last sekali jumpa pakcik ni, terus aku senyap.
Allah SWT bagi faham.
Tunggu orang meminang aku je.
FCFS - First Come First Serve.
Ke ke ke.

Frida said... [Reply]

Salam, bulan lepas saya ada ikuti program ISK kat campus saya. Benda menarik yang saya dapat adalah berkenaan jodoh.

Bila kami disoal tentang jodoh, ramai yang jawab jodoh dah ditentukan sejak azali. Penceramah tu jawab, "Ini semua kepercayaan orang melayu saja. Yang ditentukan sejak azali cuma ada 4 perkara: ajal, rezeki, amalan, bahagia/sensara hidup kita"

So apa komen encik? Sejauh mana kebenaran kata-kata ni? Bila saya fikir balik, kalau benarlah jodoh tu boleh bukanlah ditentukan sejak azali, barulah kata-kata ni make sense- Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Ye dok?

نور توفيقا said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
ukhti,mardhiah said... [Reply]

ahha...so skrg perempuan kena p minang lelaki y soleh ye...
sbb lelaki soleh dh buat kptusan nk tunggu diri masing2 dipinang...
ic..ic..
--->iye juga ye..sudah la para ikhwan dah sedikit...y soleh dan hidupkn usaha agama lagilah bo dibilang ..sedikit...
ada benar kata2 ni...Mard,mcm setuju je...
*(,^.^,)*
tapi bukan fitrah wanita lazimnya..
nnti banyak pula kes poligami
yeayyy!!
p/s-->Awat mard suka,cekk nak sedih2??humm
kalau kak umu taw,mard kata mard adik beradik ciput,kak umu akn tersenyum bangga sambil mncakar dinding....aha ha ha

noname said... [Reply]

sebenarnya nasihat pakcik tu kepada bijen ada benarnya.
bukan kerana perempuan hilang malunya, dan kerana perempuan perlu meminang lelaki.

hakikatnya bila bijen terjun dalam usaha dakwah, Allah sedang menyambutnya.
so masa tengah terjun tu bijen akan fikirkan macam2. siapa binia ku,apa kerja aku, macamana nak sara keluarga aku.fikir2 ni sebabkan daie2 ni lupa fikir agama dan akhirat, xpun kurang ckit laaaa...

Allah sedang menyambut bijen sebenarnya. bila giat dalam usaha agama, Allah akan selesaikan amsalah jodoh. orang lain yang jodohkan, orang lain yang carikan. dan InshaAllah akan lebih suci lbih baik.

tiada jumpa2 dan berkenalan tanpa org tengah. macam sekarang.

semoga Allah taufiq aku,bijen dan semua untuk jaga kehormatan diri,heh...

wafiakashah said... [Reply]

aku pernah dengar.. jodoh akan datang sepertimana maut datang... :)

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Laa...kata nak rilek2 dolu.

Bijen M. said... [Reply]

Wahh.
Buka blog hari ni tersenyum simpul bahagia je.
Jazakumullah khairan semua.

FRI,
Dah dijawab oleh makcik di atas.
:)

PQA,
Jazakillah.
:D

UKM,
Mard oi.
Ambil contoh Khadijah RHA.
Khadijah RHA mewakilkan pakciknya Abbas RA untuk memberitahu keluarga Rasulullah SAW.
Jadi dalam konteks masa kini, perempuan carilah orang tengah yang amanah dan boleh dipercayai untuk menyatakan hasrat kepada si lelaki.
Bila lelaki dah faham, dia akan hantarlah rombongan meminang.

NON,
Jazakallah khairan.
:)
Amin.

WAF,
Benar!
Anda tak mampu menghalangnya.
Ha ha ha.

ALA,
Salam.
Sebenarnya...
Dan sebenarnya...
Hmm hmm...

roses said... [Reply]

sedihkah?haha.

mampu tergelak cuma.:D:D

oh anyway sgt setuju dgn xplainatn piqa ngan noname.thumbs up:D:D

xplu pikir2.goyg kaki nti die dtg sendiri.seronoknya:D

Ibnu Mutalib said... [Reply]

setiap perkara kena usahakan.
kita bukan qadiriyah,kita atas jalan wasatiah atas segala perkara.

kalau takde angin takkan pokok bergoyang. tapi anginnya jangan angin ribut,biar angin sepoi2 je. kalau ribut tumbang pulak pokok.

dalamkes kawin,biar kena caranya.bila tiba masanya, katakan pada yang bertanggungjawab,mak ke,ayah ke,makcik ke,akcik,atau kenalan2 untuk carikan dan sediakan org tgh.biar bersih dari dosa dan noda,heh

baru sesuai dengan naam baitul muslim,berkat hingga ke syurga

fuad ansari said... [Reply]

Best gak ruangan komen ni tuan bijen.. dah macam ruangan forum sbb adanya perbincangan, pertukaran pendapat dan ilmu yg bermanfaat..

Betapa nota siku adalah lebih baik dari nota kaki.. hehehe..

CS said... [Reply]

salam,
wah adik2ku,,,sgguh teruja bila berckap soal jodoh,,,InsyaAllah masanya kan tiba,,,,kalian akan merasainya,,,bagi CS:
"PERKAHWINAN ITU TIDAK MUDAH, TETAPI INSYAALLAH DAPAT DIUSAHAKAN JD INDAH"
,,,bersedialah adik2ku,,,

ukhti,mardhiah said... [Reply]

setuju benar dgn pndapat Tuan Ibnu Mutalib tu.....
-->Sediakn org tgh...dok la nnti ikhwan p meminang dlm tempoh akhwat belajar,y akhwat jadi serba salah..
iyelah....mana tahu y akhwat dah terikat perjanjian dgn family y dia kena habis study dulu ke,apa ke....sapa lah tahu...dia risau family membantah ke jika dia y perlu suarakn sndiri hasrat untuk baitul muslim ni...
tapi bila org tgh y usulkn kpd family...rasa lebih terhormat..rasa family lebih diutamakan....
sng ckp,kalau hang y nak akhwat,p la cari jln cakap sndri dgn family..buat la apa cara pun...jgn libatkn akhwat tu...
cukup minta persetujuan akhwat je..y len,hang kena usaha....
---->teringat proses time abg ipar merisik k.umu....tup2,sampai dgn kenalan abah...haa...ini barulah lelaki pilihan akhir zaman...cewahhhh(",)

Anonymous said... [Reply]

sohih cik mard.kadang2 darah muda tak ikut adab.
dan at last baru menyesal,emmm,actually dalam semua perkara.
rujukan orag2 lama,pakcik2,ustaz2, kdg2 banyak menyedarkan dan buat kita dewasa.

Anonymous said... [Reply]

bagus topic ni, Semoga semua mendapat manfaat dari apa yang dibaca.

Anonymous said... [Reply]

nak tanya kalau kita doa minta ditemukan jodoh dgn nama sekian2 dikira melawan qada' dan qadar ke? org kata kalau sebut nama lebih afdal.

GigiWangi said... [Reply]

Makin hot topik ni.

haha

Melati said... [Reply]

Salam,
first time singgah sini dan terjumpa entry yang sangat2 menarik...

saya adalah antara umat Allah yang teramat sangat risaukan tentang jodoh, umur dah 27 tapi masih belum ada yang punyaaa, wahhh nak nangess dah ni. sobs sobs sobs

apa yang buat saya risaauuu sangat, bila terfikir ada yang jadi anak dara tua. TAKUT.

ada juga kawan saya cakap kalau kita tak kawin2 lagi, mungkin jodoh kita tu dah meninggal dunia/tiada lagi di dunia ini, sebab itu jadi bujang sampai berusia...

soal jodoh ni sangat2 menakutkan saya... uwaaa... nak nangesssss

Takpelah kan kalau dia taknak…

Mana pasangan kita?

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Haa.
Baru nak datang?
Kah kah kah.

IBM,
Gua sokong.
Tak ada bangkangan.
Ehee.

FUA,
Alhamdulillah.
Semua datang dari Allah SWT dan kepada Allah SWT semuanya kembali.

CS,
Salam.
Adik-adikku insyaAllah boleh!

UKM,
Ehee.
Banyak belajar ye.

TN1,
Orang lama tu penting.
Betul.

TN2,
Alhamdulillah.
Semoga ada manfaat.

TN3,
Sama juga kita doa dimurahkan rezeki, kematian husnul khotimah dsb.
Itu salah satu usaha kita.
Sama ada Allah SWT nak perkenan atau tidak, terpulang.

GIW,
Kau pun hot.
Bila nak kahwin?

MEL,
Salam.
Kalau ada jodoh anda, tak kemana.
Kalau dah tiada, tunggulah dalam syurga.
Tak perlu fikir sangat nak mencari.
Lebihkan menjadi dahulu.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

tah-tah hang jodoh aku pa Bijen..
hahahahahhahaha

Anonymous said... [Reply]

aku nak ready kan diri untuk jodoh syurga nanti kalau tak dapat jodoh dekat dunia.
kalau dapat pun nak jugak ready kan diri untuk syurga.



doakan.
bro, semoga kau dapat kahwin seperti yang kau idamkan.
keh keh keh



.matadore.

Jasmin Flower said... [Reply]

Salam:

Jom kita baca pasal jodoh kat
blog genta nie

http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

as-salam,mashaAllah bro,bagus entry....odoh nie...
saya pun dok mencari jdoh nie,tp x jumpa2 lg...

p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan tuan artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Ha ha ha!
Abang Bachok cene weh?

MTD,
Semoga kau berjaya jadi ketua bidadari syurga.
Amin.

JAS,
Salam.
Wahh menarik.

APS,
Alaikum salam.
Ha ha ha.
Announce ke mesyuarat suruh tolong carikan.
:)
InsyaAllah.

Nveil said... [Reply]

"lelaki jodohnya di saf pertama solat berjemaah di masjid."


gua nak pergi teropong dekat masjid lah ceni.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Haha.
KLCC still tak hilang eh.

So, tak dapat yang sejauh di Egypt mahupun Maghribi, sejauh Selangor pun dah kira cool.

Woah! UIA pun ada.

Siapa driver tu?
:D

Ohoh.
Sila rembat ye.
:D

Bijen M. said... [Reply]

NVE,
Surh bapak lu tolong ejaslah.

NOR,
Trademark tu.
He he.
All in one.

Tuan Auz said... [Reply]

=) Terima kasih En.Bijen .

Aku baru baca post ni.

At least, bagi aku kekuatan dan semangat lagi untuk jaga hubungan aku dan Mr. Tett.. (er walopon dia bukan pakwe aku pon! coz aku yg ada hati kat dia...tp mengharap pada Allah la kat cni) .

Thank You Bijen !

nurshafiqa_ yusoff said... [Reply]

saya suka dengan hasil nukilan saudara ini..terima kasih kerana bagi tips2 yang bagus..

Bijen M. said... [Reply]

NUR,
Saya suka dengan komen sedari ini.
Terima kasih kerana bagi komen yang bagus.
Bacalah lagi.
He he he!

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Eh baru perasan komen kaa.
Ha ha.
Gudlak gudlak.
Moga Allah SWT permudahkan untuk kau buat hubungan yang halal.
Amin.

MeWithNoNames said... [Reply]

Minta link ke blog saya ye...tertarik dgn explanation Bijen M.
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...