17.2.11

Anak menggadai body, mak bapak dapat apa?

Di suatu hari yang hening, gua rasa sangat boring. Tahap boring yang amat sangat sampai tak rasa nak terkencing. Buka Fesbuk tak ada orang komen. Buka blog tak ada orang komen. List blog yang ada dah habis gua romen. Gua toleh kanan lihat tikar yang menjadi tempat pembaringan gua.

“Argh! Nak tidur rasa rugi pula.” getus hati gua.

Gua perah otak fikir punya fikir sampailah gua teringat satu hadith. Hadith yang menceritakan jangan ditunggu sampai waktu petang baru nak buat kebajikan. Dan tatkala petang, jangan ditunggu sampai pagi baru nak buat kebajikan. Belum tentu nyawa kita masih bertahan sampai ke masa yang kita idamkan. Dan gua teringat satu kata-kata, kalau dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, itu tandanya Allah SWT bagi kita masa untuk solat dua rakaat mengingatinya. Sama ada kita nak manfaatkan masa tersebut atau mensia-siakannya.

Wudhu Membazir
Dua perkara di atas menjadi motivasi gua untuk buat benda baik dalam hidup gua. Lalu gua pun bangun dari sudut pertapaan di depan laptop langsung menerjah ke arah toilet. Wudhuk diambil sesempurna mungkin dengan cara paling jimat. Ini kerana Nabi SAW pesan, walaupun kita ambil wudhuk dekat sungai yang mengalir pun, pembaziran boleh berlaku. Kalau tak tahu macam mana boleh membazir walaupun pakai air sungai, sila tanya jangan malu-malu.

Setelah segar tubuh badan, gua kembali ke bilik lalu membentangkan sejadah sambil mengenakan wangian Tommy Boy. Fuhh! Minyak atar sekarang maju der. Kontemporari gua cakap lu! Kemudian gua ambil senaskah Al-Quran yang gua letak di atas rak, gua sambung bacaan yang ditinggalkan dalam pembacaan yang lalu.

Membaca Dengan Riak
Huruf demi huruf, ayat demi ayat, muka demi muka gua hadapi dengan senyuman. Dalam hati timbul sedikit perasaan riak sebab gua boleh baca dengan lancar. Gua cepat-cepat beristighfar. Gua pejam mata, jari diselit di celah muka surat sebagai penanda.

Gua mula berfikir. Siapa yang bagi gua boleh baca sebaik ini? Siapa? Tentulah Allah SWT. Allah SWT yang bagi kebolehan ini. Bukan sebab gua hebat. Gua beristighfar lagi. Gua fikir-fikir, siapa yang mengajar gua sampai boleh pandai baca Al-Quran? Siapa? Bapak gua. Gua tambah beristighfar.

Bapak & Anak
Dulu kecil-kecil, bapak gua ajar gua mengaji tiap kali lepas Maghrib. Hari ini gua boleh mengaji berkat usaha dan didikan beliau. Hari ini gua boleh sebut huruf dengan baik. Hari ini gua boleh baca ayat dengan baik. Hari ini gua boleh baca bermuka-muka Al-Quran. Kalau bapak gua tak ajar, tentu gua tak dapat baca Al-Quran hari ini. Kalau gua tak baca Al-Quran, tentu gua tak dapat collect pahala banyak-banyak.

Kemudian gua merenung jauh. Betapa beruntungnya menjadi bapak yang mengajar anaknya mengaji Al-Quran. Setiap bacaan yang disebut, sudah tentu saham untuk mereka di akhirat kelak. Malah apabila mereka sudah mati, setiap bacaan kita yang masih hidup ini sudah tentu menjadi peneman mereka di dalam kubur.

Fadhilat Bacaan
Satu huruf yang dibaca dari Al-Quran, mendapat ganjaran pahala 10 kebajikan. Kalau gua dapat banyak itu, bapak gua yang mengajar gua pula tentulah dapat lebih lagi. Satu hari gua terjumpa satu kitab orang-orang Tabligh di surau. Gua terbaca satu hadith yang menceritakan mereka yang membaca Al-Quran, mempelajari dan mengamalkannya, kedua ibu bapa mereka akan dipakaikan dengan pakaian yang tiada tandingannya di dalam syurga oleh kerana mereka mengajar anak mereka membaca Al-Quran.

Wah! Makin bertambah-tambah bersemangat gua nak membaca Al-Quran. Apalah sangat sumbangan gua kepada mereka jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka tatkala gua masih kecil. Gua nampak ini salah satu medium gua nak balas budi secara tidak langsung. Ala-ala buat surprise dekat akhirat gitu.

Anak Tak Mengenang Budi
Tapi kalau dulu kecil bapak kita mengajar kita mengaji, tapi bila kita besar kita tak mengaji, apalah guna ilmu di dada? Mak bapak pun tak dapat manfaat. Maka betapa beruntungnya jadi bapak yang mengajar anak mereka mengaji dalam masa yang sama anak-anak mereka itu terus mengaji dan mengaji sampai ke mati. Fuhh! Boleh bayang dak perkara ni? Tahulah kita iman lemah. Susah nak nampak benda-benda ghaib ni. Pahala, dosa, syurga, neraka payah kita nak nampak kan? So kalau rasa nak tengok semua tu, kenalah buat usaha atas iman.

Kesimpulan
Kesimpulan satu, nanti anak gua, gua tak mau hantar mengaji kat tok guru lagi. Biar dia boleh khatam satu Quran dengan gua, barulah dia nak pi belajar qiraat ke taranum ke apa ke dengan tok guru. Ke ke ke!

Kesimpulan dua, sepanjang gua ajar budak mengaji kat surau, rata-rata mereka yang belajar Iqra’ dekat sekolah fardhu ain tak boleh baca ayat Al-Quran pun. Gua kena start ajar Alif Ba Ta guna muqaddam. Tak faham gua silibus apa yang mereka pakai. Oh! Mungkin peranan mak bapak di rumah sangat penting. Maka jadilah mak bapak yang bertanggungjawab dan jadilah anak yang mengenang budi, bukan menggadai body.

Kesimpulan tiga, siapa yang kata orang Tabligh ni jumud baca kitab Fadhail Amal berbanding baca Al-Quran tu memang silap. Gua dah tengok dah dia orang macam mana. Kalau lu belum tengok, cubalah join depa sehari dua tengok dengan mata kepala sendiri. Jangan tahu nak buat hipotesis awal saja. Kesian kat depa. Yer dok?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

45 comments:

Anonymous said... [Reply]

Di suatu hari yang hening, gua rasa sangat boring. Tahap boring yang amat sangat sampai tak rasa nak terkencing. Buka Fesbuk tak ada orang komen. Buka blog tak ada orang komen. List blog yang ada dah habis gua romen. Gua toleh kanan lihat tikar yang menjadi tempat pembaringan gua.

Melati said... [Reply]

Mak Ayah dapat malu,...

i takmo jadi anak derhaka & anak tak mengenang budi... Ya ALLAH mintak jauh...

Itulah dia, nak belajar Al-Quran elok dari kecik2...

Alhamdulillah Mama & Abah saya mendidik saya dengan baik... InsyaAllah...

Nice entry =))


Untuk dia,..Maybe u tak ♥ i

airazulaikha said... [Reply]

skrg kefeningan ttg hukum pakai minyak wangi alkohol wat solat.
ada setengah kata boleh ada setengah kata tak leh?? bijan tahu tak? hehe

Wafi said... [Reply]

moral of the stories, jadilah bapak hensem yang mengajar anak alquran...

"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini." (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Bijen M. said... [Reply]

MEL,
Selamat menjadi anak yang mengenang budi.
Baca AQ banyak-banyak.
Sambil kita dapat pahal, depa dapat saham jugak.

AIZ,
Oke.
Wangian yang saya pakai itu adalah inspired dari Tommy Blue.
Sekarang banyak dah minyak atar botol kecil ambil inspired jenama terkemuka.
Cara penyediaan, wallahu'alam.
Bab alkohol ni ada perbahasan.
Alkohol yang haram adalah yang terhasil dari proses penapaian.
Contohnya untuk dijadikan arak.
Arak dikira sebagai najis, lalu membawa najis ke dalam solat adalah tidak sah.
Tapi alkohol yang digunakan dalam wangian, kosmetik, sabun, ubat, blablabla adalah dari alkohol sintetik.
Ianya bukanlah tujuan untuk memabukkan.
Makanya harus dipakai.
WA.

WAF,
Gua tak hensem cane?

Wafi said... [Reply]

aku pon xhensem... tapi kalau kita jadi bapak yang ajar anak baca quran dan anak kita baca quran... atas sebab anak baca quran bapak akan dipakaikan mahkota bersinar2di hari akhirat.. x ke hensem dipakaikan mahkota bersinar... :)

Wafi said... [Reply]

yer dok? ha ha ha... eh camna amik air semayang kat sungai leh membazir.. kongsi sikit..

mhafiz_ydin said... [Reply]

Bapa tulis blog, mudah-mudahan anak tulis kitab nanti. InsyaAllah..

Huuuhuu..

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum uncle yg d segani..

Bagilah sya ajar anak uncle ngji quran..uncle duduk diam2 je dkt rmh lyn is3..biar sya uruskan anak uncle.ok?hihi (bab ni mungkin kita perlu berebut2)

nanti ajar anak uncle utk mendoakan kebaikan utk empunya blog menusukhati ye..hihi!(utk semua yg sepatutnya)

hidayu samsudin said... [Reply]

salam tuan bijen...

lama x singgah..
mari azam.1 juzz satu hari,klau lebih lagi bgus...

terima kasih kt mak abah didik sy bce quran dr kecik..:)

Bijen M. said... [Reply]

WAF,
Betui betui betui.
He he he.
Membazir bila kita ambil wudhuk lebih 3 kali.

MHY,
Mak aii!
Amin amin amin.

MH,
Alaikum salam.
Takpe takpe.
Lepas khatam, saya hantar ke anda ye.
Kat Kuala Nerang ye?

HIS,
Salam.
Lama tak singgah sebab mimpi scary ke?
Ha ha.

نور توفيقا said... [Reply]

The great Nabi Muhammad a dad to Fatimah; antara 4 wanita terbaik penghuni syurga..

The great Nabi Ibrahim a dad to Nabi Ismail, yang rela sokong abah dia utk taat perintah Allah utk dia disembelih..

The great Khalifah Umar bin Abdul Aziz a dad to prince Abdul Malik, yang tegur abah dia about responsible & death waktu abah dia nak tidur siang..

The power of being a father.. Subhanallah..

Lee Zha said... [Reply]

sensitip ar bab2 mak bpk nih...


huu..nak menetes je rase...

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

hmmm..

ceq syg bapak dgn mak!!

matadore said... [Reply]

mari mengaji.
kata aku kepada diri sendiri.

CS said... [Reply]

AQ jdkan amalan harian
BUKANNYA amalan..
mingguan, @
tahunan @
bila ada kematian,,,

Takkanlah baca blog lg best dr baca AlQuran ke??? Ya Allah dhaifnya imanku,,,

azam: bacaan harian=AQ+FA+MH..mudahan ISTIQAMAH...Amin!

CS said... [Reply]

CS hanya mahu berkongsi,,,teringat masa study subjek kimia dolu2,
apa2 shaja bahan yg mempunyai ikatan O-H dalam ikatan molekulnya, adalah tergolong di dalam kumpulan ALKOHOL,,,etanol, metanol, etc... sume tu kumpulan Alkohol dlm kimia,,,so if stated dlm perfume tu ada kandungan alkohol, xsemestinya ia adalah arak (najis mutawasitah=cair & memabukkan),,,

InsyaALLAH maklumat ini benar,,tp if salah, mohon dimaafkan. rujuklah pd yg ahli.

izzatimar'e said... [Reply]

salam....
haha.... bru sye phm, kirenye awk kne tggu buhsan x hengat la bru nak komen kat blog org??? hehe.... pasal dompet tuh..... nt sye pker nk bg kat bini awk ke x.... hehe

bgosla cite2 awk nk ajr ank awk al-Quran smpi khatam. sye pun khatam ngan nenek dlu.... semoga nenek2 sya dpt phala yg stimpal... amin....

Anonymous said... [Reply]

nice entry....bersahaja tapi menusuk hati, ilmu apa ko pakai bijen?

Afida Anuar said... [Reply]

macam mana boleh membazir tu bijen...explain sket..maksud gua membazir ambil wuduk dari air sungai yang mengalir.. sekian soalan gua malam ni...

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam semua sekali,
(",)
dh nmpk ciri2 ke"abahan" tu tuan bijen..
semoga segera Allah temukn ye..
tahniah.
Sungguh ilmu y kita dh tau,mmg wajib kita amalkn...
nti Allah swt tnya,
"ilmumu,berapa bnyak y diamalkn?"
......tkut kn.

...antikapel... said... [Reply]

riak dan takbur sentiasa ada!

terasa diri ini lah yang paling hebat dan sempurna.

rasa hebat gila bila baca quran lagi lancar dari member yang dok sebelah.

tapi, sayang...riak itu membakar segala amalan dan pahala terhapus begitu saja.

semoga dijauhkan dari riak, hasad, ujub dan iri hati dari hati ini.

buDAK keCIK said... [Reply]

ade yg kata, kalu kita xphm langsung tp masih rajin utk bc Quran tu lg baik drpd mereka2 yg lngsung malas nk bc Quran. btul ke?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

lu ni buat gua malu je. menitis pulak air mata. series rindu ummi dan waleed aku. ishkk.

depa ajar aku solat. walaupun dulu aku tak ikhlas pun solat. bila tengok adik aku solat main patuk2 ayam, rasa macam nak bantai je. tapi mak aku kata toksah, biar diorang faham pelan2, dia kata aku dulu pun mcm tu. ishkk.

depa kenalkan aku pada Allah, Rasul.

depa lahirkan aku dalam sebuah agama yang suci.. tak berani aku nak fikir kalau mak ayah aku bukan depa. ishkk.

pisey said... [Reply]

alhamdulillah kan dapat baca lancar tajwid semua. tu pun kadang2 ada hati mengada nak malas dan lalai. ada yang masih sampai sekarang merangkak bacaan pun duk nonstop baca pagi petang siang malam.

Myra Arshad (: said... [Reply]

sayangi lah mak bapa anda *tetibe. aku tak bole komen pnjg2. semua hebat2 kat sini. hadoi :D *

Ibnu Mutalib said... [Reply]

moga kta dapat balas jasa mereka di akhirat

Umma-ali said... [Reply]

Salam, pnah dgr pak kiyai uzairon temboro pnya kuliah, antara sbb2 dapat anak2 nakal ialah orgtuanya dulu buat maksiat farji... apa maksiat farji? maksiat yg ada kena mengena dgn kemaluan...jadi hati2lah, jgn selalu ikut nafsu syahwat, pandang yg bkn mahram, bergaul rapat dgn non mahram... sok2 anak2 nakal, kita tibai, padahal asbab kita dulu jugak...

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
The great Bijen M. a dad to his child.
Keh keh keh.

LEZ,
Alor alor.
Cu kuci kuci.
:P

AATP,
:D
Cek pun.

MTD,
Ustaz Zamri kot kata.

CS,
Aaa.
Terasa I tau tulis blog.
Ha ha ha.
Aah.
Kebanyakan kita pakai ol-ol semua tu dalam kehidupan seharian.
Even dalam sabun pun ada.

Bijen M. said... [Reply]

IZZ,
Salam.
Eh, anda silap faham.
Saya cakap dah habis blogwalking, tu yang boring.
Heheh.
Jangan lupa mengaji.
Tambah pahala tiap-tiap hari.

TN,
Ilmu belajar dekat bro Menusuk Hati.

AFA,
Ambil wudhuk lebih 3 kali.

UKM,
Salam.
Ehem.
Lepas ni panggil gua Bah Jen.
Ha ha ha.

ANT,
Penyakit hati der.
Tipu daya syaitan ni bijak.
Kita pula mudah tertipu.
Semoga Allah SWT mengampuni kita.
Tak ada dosa yang Allah SWT ciptakan tanpa ada pengampunan.

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Kalau tak mahu amal semua, jangan tinggal semua.
Betul lah tu.
Plus siapa yang tak reti baca AQ tapi tetap baca akan dapat dua pahala.
Satu pahala bacaan, satu lagi pahala susah payah belajar.

PEN,
Tacing tacing pulak kat sini.
Shuh shuh.
Ha ha!

PIS,
Betul betul.
Insap-insaplah dan selamat beramal.

MYA,
Gua sambung.
Sayangilah mak bapak anda setiap hari.
Vitagen.

IBM,
Amin amin.
Moga anak-anak kita dapat menggembirakan hati kita nanti.

UMA,
Salam.
Errrr.
Baik.
T_T

fuad ansari said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]

Gadai emas kurang2 leh gak tebus balik kat dunia..

Gadai body, bahaya ooo.. Mau jugak neraka menjadi tempat penebus dosa..

af [ R ] ed said... [Reply]

tajuk sikit nye pancing.
Time kasih bijan. Lu rock ma bodeyh !

sastraboy said... [Reply]

kau ni beb, bikin sentap! haha.

(:

cik_paan said... [Reply]

ramai orang bila dah khatam, malas nak mengaji..

isk2...

Nina :) said... [Reply]

nak surprise2 plak..ceyt..
smoga kita semua sentiasa istiqamah dlm beribadah, amin

gabanMorka said... [Reply]

entri ni buat aku ingat zaman tak sunat aku dulu...

cis!

mengalir airmata!

menusuk hati said... [Reply]

uik...awat ada nama pkck kat atas tu?...

err..selamat hari isnin..kepada yg berpuasa sunat,doakan pakcik,empunya blog menusuk hati.

Bijen M. said... [Reply]

FUA,
Tergadai body, taubat nasuha sebagai pengganti.
Tak ada dosa yang Allah SWT cipta tanpa ada pengampunan.

AFR,
Biasalah pancing-pancing time gini.
Nak pilihanraya.

SAS,
Eheh.
Baru sentap, baru mantap.

CIP,
Ramai juga orang dewasa, bila dah kerja malas nak cari ilmu agama.

NIN,
Allah SWT nanti buat seperais kat kita.
Orang terakhir dari neraka yang akan berpindah ke syurga beberapa kali pengsan on the way dia nak masuk syurga sebab tergamam sangat.

GAB,
Kena rotan tak?
Kena tak?
Ekeke.

MH,
Lu glemer bai!
Ehehe.
Selamat hari Isnin.
Semoga cepat-cepat kahwin.

z@i said... [Reply]

ayah saya dah xder..


uwaaaaa.........


tapi ayah saya masih hidup.... bila saya teringat bnda2 g yg dia ajar saya

Al-fatihah untuk ayah saya yer


boleh?


tq

Tuan Auz said... [Reply]

Mat Bijen!

ko ni bagus tul. terima kasih bijen. hehe. bile aku baca post ko, aku rasa smgt yg membara menular ke jiwa! cewahhh poyo gitu~ poyo2 yg serious. hehe. betul.

AlQuran nnti dpt tolong kita kat akhirat kan kalo kite jadik bestfriend dia sekarang . =D


baek baek tiap hari wajib baca sekurangnye sehelai muka surat. =D



ps: pepagi rajinkan baca Ar-Rahman dan al-Waqiah

Bijen M. said... [Reply]

ZAI,
Ada 3 amalan yang sentiasa ada.
Anda tahu saya rasa.
Sentiasalah berdoa untuknya.
Mudah-mudahan diterima.

TA,
Betul betul.
Kalau tak dapat baca langsung pun, ciumlah AQ tu.

Tuan Auz said... [Reply]

Ye saya hugggg Al-Quran tu pas baca. =D

Bijen M. said... [Reply]

TA,
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...