13.1.11

Takbir Atromen.

Pada suatu hari di sebuah surau di kepulauan Maldives, gua bersama-sama para jemaah surau yang lain bersiap sedia untuk mendapatkan takbiratul 'ula solat Maghrib. Apa itu takbiratul 'ula? Takbiratul 'ula adalah takbir awal selepas imam bertakbiratul ihram memulakan solat. Oh ya! Sesiapa yang dapat maintain solat berjemaah kerana Allah SWT selama 40 hari dengan mendapat takbiratul 'ula dalam solatnya, dia dijanjikan dua pelepasan iaitu terlepas dari sifat nifaq iaitu munafik dan juga terlepas dari azab neraka. Wow! Kool dak janji Allah SWT?

Oke! Lepas saja imam bertakbir, gua pun lekas-lekas sama bertakbir. Sambil gua bertakbir itu, perasaan gua jadi terganggu oleh kelibat seorang Atromen di tepi gua. Atromen? Oke bayangkan beliau bertakbir. Tatkala tangannya diangkat ke tepi telinga, tangannya itu diayun ke atas dan ke bawah sambil berkata, "Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahuakhbar." Boleh bayangkan iramanya macam bunyi, "Thunder.. Thunder.. Thunder.. Thundercats!"

What the Hacks?
Pesen apakah ini? Ya gua rasa tentu lu orang pernah jumpa orang-orang sebegini. Orang yang susah nak masukkan niat dalam hati. Ataupun orang yang mudah was-was apabila diganggu syaitan. Kadang-kadang tu bila sempurna takbiratul ihramnya, tangannya dilepaskan dan dia memulakan solatnya kembali. Sampai orang dah habis baca Fatihah pun tak habis-habis lagi takbiratulnya. Hacks apakah ini? (baca: What the Hacks?)

Gua bukanlah nak menyalahkan mereka. Mungkin cuba memasukkan niat sebaik mungkin. Dan gua bukan nak kata niat gua pun dah sempurna sangat. Tapi gua kesiankan mereka. Mesti orang sebelah tension kat dia orang pasal daripada Doa Iftitah sampai dah habis Fatihah masih lagi tak habis-habis takbir. Orang lain pun nak solat juga. Tambah-tambah kalau orang-orang sebegini jadi imam. Boleh bayang tak? Dah setel Allahuakhbar, tiba-tiba dia berhenti solat nak angkat takbir lagi sekali. Makmum kat belakang mesti jammed brader. Orang belakang dah nak dapat takbiratul 'ula. Sekali imam berhenti pula solat. Sekali dua tak apa. Ni banyak-banyak kali. Boleh makan penerajang kat bontot juga silap-silap.

Solat Gaya Malaysia
Pernah satu kali, ada mat negro tanya gua. "Apesal orang Melayu ni takbir macam-macam gaya sangat? Ada gaya bersilat, gaya Atromen, gaya Aksyen Kamen. Lepas tu banyak-banyak kali pula tu." Gua cuma gelak saja. Orang Melayu (tak semua) dah diajar begitu di sekolah. Yer dok?

Lepas tu dia pun cakap, bukannya susah nak datangkan niat dalam hati. Bila kita dah berdiri nak solat tu, kita dah pun niat kita nak bersolat. Apa lagi? Tak perlu nak lafazkan pun niat tu. Cukup dalam hati. Dan tak perlu nak niat panjang-panjang "Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala." Cukuplah sekadar "Aku solat Maghrib kerana Allah." Lepas tu bertakbirlah Allahuakhbar. Yang nak difahamkan dalam hati adalah maksud 'Allahuakhbar' tersebut, bukannya niat. Kita dah pun niat awal-awal tadi.

Siapa Cakap, Dia Dapat
Sambung balik kisah Atromen tadi. Kisah di Pulau Maldives tadi berlaku beberapa tahun yang lepas. Atromen tadi sebenarnya seorang ustaz. Baru-baru ni gua pergi sana balik jumpa tunang gua, Ana Raffali. Tiba di surau gua tengok Atromen tadi memberi kuliah kitab kuning jawi lama yang gua pening kepala nak baca lepas Subuh. Beliau pun masuk bab solat gaya Imam Syafie. Cakap pasal niat semua blablabla. Dia pun cerita balik niat tak payah panjang-panjang blablabla macam mamat negro kat atas cerita. Cukup ada 3 kriteria. (Nak maklumat lanjut pi tanya ustaz) Dalam hati gua kata, "Wahh! Baguslah dia dakwah pasal ni. Mudah-mudahan masuk dalam hati."

Biar Diri Tak Sempurna
Lepas tu satu hari yang lain pula, dia jadi imam. Wow! Sekali angkat takbir saja dah sempurna. Alhamdulillah. Jadi kesimpulannya, jika nak sesuatu perkara itu masuk dalam hati, kita kena dakwah perkara tersebut kepada orang ramai. Jika kita nak mudah solat 5 waktu berjemaah di surau, kita kena dakwah kelebihan solat berjemaah kepada orang ramai. InsyaAllah Allah SWT akan pancarkan hidayat dalam hati kita untuk beramal dengan apa yang kita sampaikan. Oh! Jika kita nak berhenti rokok, kita pun kena dakwah dekat orang apa keburukan rokok. Allah SWT akan bantu kita tinggalkan rokok pelan-pelan. Serius cara ini berkesan. Cubalah! Biar diri kita tak sempurna, lepas kita dakwah Allah SWT akan bagi kita jadi sempurna. Percayalah.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

31 comments:

Lee Zha said... [Reply]

teringat lak ustaz aku..sb bengang kwn aku bising (pompuan), dia slamber badak sroh bdak tu duduk bwh meja...

aduiii...lawak xley blah..

menusukhati said... [Reply]

pnh jg jumpa org solat zuhr 2 mnt ja...laju thp gaban!

Myra Arshad (: said... [Reply]

first time tengok orang sembhyang macam2 pesen time kat madinah. orang tengah sujud, slumber je dia langkah kepala. adoiii. mazhab mana la org mcm tu =.='

buDAK keCIK said... [Reply]

ak pn prnah jumpe org yg jenis was2 dlm solat ni...

dh mcm2 pesen org ak jumpe. tp betul la ape yg ko ckp tu. kalu kite try nasihatkan org, otomatik kite pn akan yakin dgn diri kite~!

z@i said... [Reply]

salam...

dakwah kt orang baru Allah masukkan dalam diri kita. best tu

kalu nk kurus, cter kat orang kelebihan jadi kurus.

kalu nk hidayat.. cerita kebesaran Allah

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Pehh.
Duduk bawah meja buat apa?

MH,
Mesti dia pakai software tu.
Hak hak hak.

MA,
No wonderlah.
Bermacam-macam jenis mazhab berkumpul situ.
Bila kita duduk situ baru terbuka minda sikit.
Selama ni kita rigid je dengan satu-satu cara solat.
Itu tak boleh, ini tak boleh.

BK & ZAI,
Yah!
Jadi mulai hari ini, tanamkan dalam diri kalau nak dapat amal sesuatu, kita dakwah dekat orang.
InsyaAllah kita dapat, orang lain turut sama dapat.

Amin Baek said... [Reply]

teringat seorang jemaah di sebuah surau..bila angkat takbir,tangan hingga berpusing2..kemudian,bacaan yg kuat hingga kedengaran ke jemaah sbelah...wpon dia bukn imam..grr..

salu cari tmpt berjauhan dgn beliau..huhu

setuju lg..jika nak elak dr kita bt sesuatu yg buruk,maka bicarakanlah perkara tu..insyaallah memberi kekuatan..ataupun,berdakwah dlm blog..hohoh..

Jasmin Flower said... [Reply]

:)

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

In Jordan n Egypt, even ada Babah yg dukung anak sambil solat, waktu sujud, dia letak tepi.. Ade dekat satu masjid ni, ada imam dari Jordan. Lepas solat, imam senyap. Tiba2 dia doa, then dah siap, terus bangun. Orang yg tak biasa mesti blur. They expect tahlil or zikr n a loud do'a which is typical in M'sia during solat jemaah:)

akubiomed said... [Reply]

Memang selalu dapat gangguan ketika hendak bersolat. Adakah disebabkan air sembahyang tadi tidak sempurna?

Susah juga nak tinggalkan hal dunia yer :-)

roses said... [Reply]

"Biar diri kita tak sempurna, lepas kita dakwah Allah SWT akan bagi kita jadi sempurna. Percayalah."

percaya.percaya.

nak cuba lah lepas ni:D

oh.juga mudah2n dapat ditetapkan hati ini.
tanak thundercats sudah.T_T

nice entry bro.[lawak oh.:D:D]
selamat beramal.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

betul. dulu kecik2 kalau ustazah nak check bacaan niat, aku asyik kena marah je. sebab ter'miss' perkataan. nak jugak bagi penuh2 'sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaan sebagai makmum kerana Allah Taala'. hehh. dulu pernah jugak tanya, kenapa kena ada perkataan sahaja? kalau aku solat jamak, dengan asar, xleh guna sahaja kah? hahaha...

tapi bab niat ni susah sikit kot ustaz2 nak ajar. sbb kalau salah cara sikit, jadi ajaran sesat woo. mcm ayah pin, ajar solat pakai niat je. cehh! haha

zyr zh said... [Reply]

teringat pulak kat sekolah dulu imam lupa ambil wudhu'. dah habis semayang baru cakap. hish.

Afida Anuar said... [Reply]

Tu nasib baik atromen setakat angkat tangan takbir... sekali dia laser!..haaa, sapa mau jawab? heh!..

Lee Zha said... [Reply]

ialah..denda cr moden..dh xmen dh bdiri atas krusi/meja...dia p la sruh duk bwh meja...pelik tp bnr. ms dia kt mesir dlu lect dia denda dia mcm tu kot. lol.

Bijen M. said... [Reply]

AB,
Ha ha ha.
Bab bacaan kuat ni satu kes solat sir (Zohor/Asar) imam ni baca pelan tapi dengar sampai belakang.
Lepas bangun rakaat kedua aku diam tak baca Fatihah sebab dengar dia baca.
Lepas tu baru sedar kena baca Fatihah sendiri-sendiri.
Hampeh.

JF,
:B

PQA,
Ha ha ha.
Jangan cakap kuat-kuat benda ni kat Malaysia.
Nanti kena tuduh Wahabbi.
La la la.

AB,
Pertama taharah, iaitu bersuci.
Adakah kita dah bersuci dengan sempurna?
Kedua wudhu yang tak sempurna juga menyumbang.
Ada juga faktor-faktor lain.

ROS,
Ha ha.
Geng Thundercats juga minah ni.
Selamat selamat.

PEN,
Ha ha ha.
Niat datang dari hati.
Lafaz tak wajib pun.
Apabila kita dah mendatangi sejadah, niat kita dah nak bersolat.
Kita cuma memperbaharui niat saja lagi.

ZZ,
Kira okelah dia mengaku cakap.
Bagus betul imam tersebut.
Lepas tu solat lain ke tak?

AA,
K. Rajagopal boleh jawab rasanya.

LZ,
Okelah tu duduk bawah meja.
Boleh tidur.

- zuriey - said... [Reply]

kena berdakwah dulu sebelum ubah sikap..cam tu ker

Bijen M. said... [Reply]

ZUR,
Tak kisah nak dakwah bila-bila.
Kalau nak tunggu diri jadi baik baru nak dakwah, sampai berjanggut pun tak sudah.
Moleknya kena seiring.
Bila kita rasa diri nak berubah, kita dakwahkan apa yang kita nak berubah tu.
InsyaAllah Allah SWT permudah.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

solat itu tiang agama.
(hurm, tu je komen aliaazuan? ni kes takdan nak komen panjang2 la nih).

:)

Umma-ali said... [Reply]

Salam,
hehe mnyibuk jgk...
ada org was was masa bcaan tahiyyat...
"at tahi...
at tahi...
at tahi..."
x sudah2!!!
wey, ni solat ke nak ???

citer len plk,
ms kat US dlu ada kwn seorg masri(egyptian)...
dy slalu gelak kalau ikut kami pi umah kawan sbb ktnya org msia bg assalamualaikum sikit punya lenggok dah!!!
assalaamu alai kuuuuummmm...

zyr zh said... [Reply]

ade yang solat lain ade yang tak. kena ke?

Umma-ali said... [Reply]

nk smbung comment...
pasal niat tu...
selalu tgok anak2 yg bljr 'alim bl solat, agkt tkbir ringkas je, x mcm pkcik2 n mkcik2 n tokcik2 yg takbir atromenlah, takbir silat rimaulah, takbir pusinglah bla3!
so, tnya la kat anak kita, korg ni mcm x niat je ms takbir td?
katanya niat tu lintasan dlm hati..
ms agkt tkbir, lintaskn dlm hati, aku solat fardhu/sunnat zohor...
yg pnting "aku"(bkn mak aku yg solat ni), "solat" (bkn puasa...), "fardhu/sunnat", dan "zohor( ke tasbih ke dhuha ke...)".
sy dah cb alhamdulillah ringkaslah skit takbir saya...hehe.
then bl slalu keluar jmh, bersafar...lagi haru bl kgkwn dok takbir otromen je, sbb bkali2 tak dpt habiskn niat, maklumle kena niat solat jamak taqdim =dimasukkan asar ke zohor dan qasar=pendekkn jadi 2 rkt...fuyoo...
so,kt kena tahu jamak taqdim tu apa, n jamak takhir tu apa. bl dah btul2 fhm, ms niat xpyhla niat zohor dimasukkn ke asar...lintaskn dlm hati bhwa, aku solat frdhu zhr qasar n jamak taqdim! dah!!! (oops, kena tahu jgk bhwa qasar tu pendekkn yg 4 rkt jd 2 rkt...)
see, eejeey huh?(easy, trpengaruh dgn loghat chinese english..huhu).

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Maklumlah orang sibuk.
Kami paham.
Ha ha ha ha.

UA,
Orang Melayu memang dengan gayanya.
Azan pun berlagu.
Kalau jumpa kat orang Arab habis tarik muka.
Kalau nasib tak baik terus kena cop bidaah.

ZZ,
Err.
Kurang jelas.

UA,
Aah.
Benar.
Simple aje.
Dia ada 3 point saje.
Aku, solat fardhu/sunat, zohor blablabla.
Lintasan hati pun dah cukup.

matadore said... [Reply]

heh, doktrin dekat sekolah belajar kita solat sebab Allah suruh.
Lepas tu kita solat, tapi tak ambik pusing pasal ilmu lain yang berkaitan dengan solat maka terjadilah takbir otomen.
Sebab tak da penekanan kenapa kita kena ikut cakap Dia.

camtulah aku rasa.

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alaikum..
emmm, mcm2 gaya dan aksi.
Bila cerita aksi, gaya, sikap semasa solat ni, teringat pada satu kejadian, masa tu imam dh bersedia nk mula solatnye, dia kata, 'rapatkan saf' jadi mkcik2, adik2, nenek2 termasuk sy ^_^V pun mula rapat2kn saf, jadi bila nk rapatkan saf, sudah pasti perlu sedikit pergerakan kan? ye dok? huhuu
tapi seorang hamba ALLAH ni yg memg lah seorang makcik, berdiri keras kaku mcm tunggul kayu, xmau bergerak dari tempat nya..huhuu..dh la berada dlm 3 4 org yg hujung, jadi bila dia tak bergerak, ada ruang kosong, boleh la msuk sorg atau dua jika bersaiz sprti NASHA AZIZ ^_~
huhuu...rupanya dia xnak bergerak sbb tmpat dia ada kipas, jika beralih, nnti tak dpt la angin2 sepoi2 tuh...huhu... T_T makcik2...

mcm mne tu? dh la duk saf depan utk bhgian muslimah...emm... =_='

fuad ansari said... [Reply]

inilah yg dinakan penyakit was-was.. tu belum bab mandi wajib lagi.. ada gak yang mandi berkali-kali sebab masih was2 samada manji wajib tu sah ke x..air dah kena seluruh badan ke x.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Asal solat aje.
Yer dok?
Tapi kalau kat sekolah nak ajar detail berat-berat pasal solat memang beratlah.
Yang mak bapak pun satu harapkan sekolah aje.
Yelah.
Mak bapak pun solat entah ke mana.

BS,
Waalaikumsalam.
Kena pi tutup suis kipas tersebut.
Ha ha ha.
Menjaga saf amat penting tetapi banyak kita sekarang abaikan.
Dulu Nabi SAW takkan memulakan solat selagi saf belum sempurna.
Disuruh Bilal RA mengetuk tumit jemaah dengan tongkat agar sebaris elok.
Dan saf yang tidak lurus tanda hati-hati para jemaah yang tidak sehati.
Ha ha ha.
Cam kelinglah pula ayat.

FA,
Huu.
Fikir komplikated sangat pun payah juga.
Dalam bab was-was, tak payah fikir sangat yer dok?
Mainan syaitan semata.

zyr zh said... [Reply]

ohh itu smbgn yg atas. imam smyg takde wudhu. kena ganti atau tak.

Bijen M. said... [Reply]

ZZ,
Kita dah yakin dengan imam tu sampai habis solat.
Kita tak ada masalah.
Imam tu yang teringat, dia kena solat lain.
Tapi kalau was-was, solat lagi sekali pun tak ada masalah.

zyr zh said... [Reply]

oh trimas..tulah ustaz pon ckp tak perlu..ade jugak yg ngulang..

Bijen M. said... [Reply]

ZZ,
Solat ni nak ulang banyak kali pun tak apa.
Kalau anda dah solat secara solo, tiba-tiba ada orang baru nak solat dan anda rasa nak dapat pahala berjemaah, silakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...