28.1.11

Tak oke ke tudung I?

“Bro! Nak Tanya you. Tak oke ke tudung I ni? Sampai I kena tegur dengan ustaz kat kolej.”

“Lu pakai tudung apa?”

“Tudung bidang 60.”

“Err. Bidang 60? Sebidang sawah gua taulah. Gua tak ambil port pula hal ehwal pesen semasa ni.”

“Alar. Tudung yang I selalu pakai tu. Ustaz tu suruh pakai tudung labuh jenis bulat tu je. Tak vogue langsung.”

“Ooo. Nak gua jawab ke? Kalau gua jawab jangan menyesal tau.”

Oh bagi mereka yang buta pesen macam gua, tudung bidang 60 ni pesen tudung labuh yang dipin kiri kanan tu yang banyak makwe-makwe tudung labuh zaman sekarang pakai pergi tengok konsert Anwher Zain tu. Alahh, yang gitu-gitu tu.

Bidang 60 vs Labuh Bulat
Memandangkan beliau dah minta pendapat, gua pun jawablah. Siapa suruh tanya yer dok? Jadi jangan nak sentap ye makwe-makwe tudung labuh sekalian. Perbandingan ini hanyalah menyentuh pesen tudung labuh bidang 60 ala-ala budak universiti zaman sekarang pakai dengan tudung labuh jenis bulat ala-ala budak sekolah agama pakai tu. Yang pakai tudung bawal ke, tiga segi ke, Ariani ke, shawl belit-belit ke, tak pakai tudung ke itu cerita lain.

Oke makwe tudung labuh mari buat eksperimen. Cuba lu ambil tudung labuh bidang 60 pakai lawa-lawa depan cermin lepas tu tangkap gambar. Alahh, orang perempuan biasa buat benda ni dalam toilet dekat shopping mall. Dah puas posing, pakai pula tudung labuh bulat lalu buat perkara yang sama. Kemudian upload gambar masuk komputer dan buat analisis. Mana satu lagi cun? Kalau nak lagi true, upload dalam Fesbuk minta orang like. Kalau muka tak tahu malulah.

Mata Naik Stim
Kalau letak dua makwe depan mata gua sorang pakai labuh bidang 60 satu lagi pakai labuh bulat suruh gua analisis, ikutkan nafsu memang gua pandang makwe tudung labuh bidang 60 tu sepuluh kali. Ha ha ha! Nak buat macam mana? Dah ternyata lagi lawa dari yang labuh bulat walaupun orang dia tak lawa mana. Yer dok? Setuju dok?

Dah dapat belum point gua? Gua tau lu orang tak slow. Lalu ada pula seorang makwe tudung bidang 60 berpiket dengan slogan “Islam Tak Halang Berfesyen!”

Oh oh kah kah! Baiklah makwe true zaman sekarang. Islam tak halang perempuan nak berfesyenlah (kot). Tapi mari kita renung dan lihat balik. Gua nak tanya lu orang, zaman mana Islam paling hebat dan terbaik? Zaman mana?

Zaman Contoh
Ya! Semua orang tahu. Zaman Nabi SAW dan para sahabat RA. Kurun yang tak ada tandingan. Kurun orang yang telah berjaya. Allah SWT redha atas mereka dan mereka redha atas Allah SWT juga. Sami’na waata’na. Kurun mereka-mereka yang telah dijanjikan syurga.

So apa kena mengena? Kena mengenanya di sini, kurun itulah wajar bagi kita jadikan contoh dalam menghadapi cabaran kehidupan waktu ini. Mereka contoh orang-orang berjaya. Orang-orang syurga. Mereka dah tunjuk jalan yang terbaik untuk kita ikut. Kenapa kita nak buat jalan kita sendiri yang jaminan syurga belum tentu pasti? Kenapa kita nak ikut jalan orang kafir yang tentu-tentu bawa kita ke neraka?

2011 Kurun Terbaik?
Apa yang Nabi SAW dan para sahabat RA tunjuk, itulah cara yang terbaik. Nabi SAW tak pernah bersabda pada tahun 2011 Masihi akan ada zaman yang terbaik; canggih-manggih bagai, berteknologi tinggi, fesyen-fesyen lawa. Tak pernah baginda SAW bersabda sedemikian. Tapi yang Nabi SAW kata, tak ada kurun yang lebih baik selain kurun ini; sebelum dan selepasnya.

Jadi nak bertudung fesyen? Berfesyenlah ikut gaya para isteri Nabi SAW dan para sahabiah Rha. Bukan nak kata tudung labuh bulat tu cara isteri Nabi SAW exactly pakai. Tapi mungkin boleh dikatakan lebih menghampiri mereka dari segi objektif dan syariatnya.

Tepuk Kepala
Der! Setakat tudung labuh bidang 60 pun boleh kena sound lagi, apatah lagi tudung tiga segi, tudung bawal, tudung Ariani gaya rahib Kristian, tudung shawl belit-belit dan macam-macam lagi tudung agenda 'dajjal'. Tepuk kepala, tanya pakai tudung apa.

Oh tiba-tiba gua teringat, “Aku menyayangimu kerana agama yang ada pada dirimu. Jika kau kurangi ia maka berkuranglah sayangku padamu. Jika kau bajai, maka makin mekarlah sayangku padamu kerana Allah SWT.”

RALAT: Tudung bidang 60 di atas merujuk kepada tudung labuh yang disilang ke bahu.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

39 comments:

~PENCHENTA~ said... [Reply]

salam.. jujurnya, aku terasa. terima kasih.

pencintabumi said... [Reply]

Tp...

Amin Baek said... [Reply]

haha...
baru aku tau nama tudung tu..bidang 60 ye..keh3..

bab tudung ni,ak no komen(xberani nk komen act),sbb aku xpkai tudung..hehe

tp lagi sedih,bila makin ramai yg tidak bertudung..pakaian tah ape2..legging apa jadah..terutama di kalangan artis..adoi ai..

sakit mata tgk!!(tertengok..sekali tu bonus..haha)

buDAK keCIK said... [Reply]

okeyh tepuk kepala. ak terasa...

erk. msh byk yg prlu diperbaiki. wallahualam...

tp ade gak yg mengata geng2 tudung labuh yg bulat. kata mereka, tudung yg cenggitu lg menampakkan nasi lemak 50 sen mereka. smpai ke situ mereka pikir~! pikiran mereka sgt kotor~!

ak pn xphm. kalu bc dlm kebanyakan blog, isu tudung ni mmg xprnah surut... sentiasa hot~!

نور توفيقا said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said... [Reply]

tapi bijen....sekiranya tudung tu labuh menutup dada tak menampakkan bentuk payudara...adakah masih dikira tidak bagus even tudung tersebut bukan tudung bulat? Sekian soalan..

gua terasa jugak sedas dua pasai gua pakai tudung tiga segi cap akel...

menusuk hati said... [Reply]

Eh?Bidang 60 tu bukan saiz ke?

contoh slow,kasut bata vs saiz 8...

hehe..aku pun tak tahu sb koleksi aweks aku pernah pesan belikan depa tudung bidang 60 maka aku belikan tudung bulat labuh..n aku tanya aweks sekalian,betul ke tudung yg aku beli tu?Depa cakap betul..(sambil garu2 kelemumur d kepala)

Bijen M. said... [Reply]

Eh.
Nanti gua reply.
Gua outstation sampai Ahad.
Sekian, minta ampun minta maap.

wafiakashah said... [Reply]

disebabkan aku freehair jadi aku tiada komen banyak,wahaha... cumanya pada pendapat aku, pakaila tudung yang menutup hingga xnampak bentuk buah di dada itu dan menutup rambut,leher dan segala perhiasan lah... yang bentuk tudung aku xpasti la salah kah bentuk bulat atau tiga segi...

Lee Zha said... [Reply]

*membaca pbualan di atas sambil membayangkan Bro Bijen menceritakan dalam nada gedik*


baru aku tau tu tudong 60. kadang2, bila ustaz kita tegur, jangan tanya ok ke x, tapi tanyalah kenapa ustaz tegor.

:D

Tuan Auz said... [Reply]

weh bidang 60 tu bukan dah besarrrr kee?? apa yg sexy kat situ ? kalo xsilap kira la. (aku bukan tahu size ukuran tudung ni~) haha.

uuuuu~ yelah, aku pon tengah blajar menutup aurat dengan betul juge. kena iktikad dari hati tu!

aku tak nak jadi cam kawan2 yg dulu tudung labuh, now dah selempang cam aku. xmo camtu! kalo tutup, terus tutup sampai mati.

hehe.

er tudung 3 segi ...? (sambil melihat tudung sendiri...)

hehe thanksss bijen! =p

Tuan Auz said... [Reply]

weh bidang 60 tu bukan dah besarrrr kee?? apa yg sexy kat situ ? kalo xsilap kira la. (aku bukan tahu size ukuran tudung ni~) haha.

uuuuu~ yelah, aku pon tengah blajar menutup aurat dengan betul juge. kena iktikad dari hati tu!

aku tak nak jadi cam kawan2 yg dulu tudung labuh, now dah selempang cam aku. xmo camtu! kalo tutup, terus tutup sampai mati.

hehe.

er tudung 3 segi ...? (sambil melihat tudung sendiri...)

hehe thanksss bijen! =p

GigiWangi said... [Reply]

Jap. asalkan tudung tu menutup bahagian depan, okey lah kan.

okey, tiba-tiba aku terasa.

haha.

tudung tiga segi tu aku mengaku memang kebanyakannya jarang.

Huh!

ank_ayah said... [Reply]

alhamdulillah da dpt istiqamah pakai tdg labuh bulat tu..hehe
mula2 mmg berat tp lama2 best lorh..
terasa diri terlindung dgn sempurna..
warna juga memainkan peranan yg amat penting,klau tutp sesempurna mana skali pun tp warna menarik perhatian si rijal.. adoii muhasabahla sendiri noo

alien said... [Reply]

em, tudung mak datin mmg singkat ke?
Kenapa nampak jambul..misteri kan..

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam,
tuan bijen,mard rasa tuan dah silap fakta ni...
tudung silang bidang 60....tudung labuh/bulat bidang 60...
ha,baru betul...
bezanya,y satu x dijahit di tgh,jadi,depa bo silang2...
jd,akn nampak agak singkat bbnding tudung labuh/bulat bdg 60 tu...
tapi tuan,nak pakai y bidang 60 silang pun dah cukup mujahadah woo...45,60..tu saiz dalam kiraan ela.......
cth:mak cik nak kain bidang 60 ni,1meter stgh,nak buat tudung labuh(",)

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

aku pakai tudung belit-belit..
hahhahaha

Jasmin Flower said... [Reply]

:)

CS said... [Reply]

salam,
senyum simpul bc komen sume,,,dh ada pengalaman pkai sume jnis tdung yg disebutkan d ats,InsyaAllah,,p pun, yg disarankan oleh agama lah yg terbaikk,,,jgn dipersoal lg,,,cuma bermulalah dr yg paling mampu dilakukan,,doa byk2 pd Allah spy bg kekuatan utk amalkan agama dgn sempurna,,,
psssttt! ukhti mard: 45,50,60 tu ukuran dlm unit inci (bukan ela yer!),,, =)

fuad ansari said... [Reply]

Pakai tudung labuh bidang 60 boleh silang pun, sy sudah rasa kagum..
Kalau pakai tudung labuh bidang 60 bulat, lagila kagum..then terasa mcm nak dijadikan suri hidup je.. (",)

"Ya Allah bahagiakanlah mereka di syurgaMu.. Sesungguhnya mereka berada di akhir zaman tetapi mereka tetap meletakkan agama sebagai keutamaan melebihi keinginan nafsu mereka sebagai seorang wanita.."

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

salam,org Islam di luar negara walupun diorg kene mcm2 ancaman,tetapi masih full purdah...
mcm kita di negara mlysia ini,xde undng kata xleh pkai,pun org x nak pkai...mcm mna tu???

p/s:Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin saudara mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Salam.
Merasa juga.
Sama-sama.
Ha ha ha.

PB,
Tapi apa...? (Ayat drama)

AB,
Ha ha ha.
Tu satu hal juga.
Tapi yang dalam ni perbandingan antara labuh bulat dengan labung silang.
Itu saja.
Tak kata pun tak oke.

BK,
Wahh!
Pakai cenggitu pun boleh nak skodeng lagi nasi lemak orang?
Oke lagi daripada yang pakai lepas tu sidai atas bahu.
Lagi menampakkannya.

PQA,
Nasi lemak yang Pak Jang jual kat market tu.
Sahabi pernah tengok orang tua masuk rumah anak Nabi SAW.
Lepas disiasat, rupanya Aisyah yang kelihatan seperti orang tua bila keluar rumah.
(Ulang Umma Ali cerita dulu).
He he he.

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Jawapannya, ini perbandingan antara labuh bulat dengan labuh silang.
Itu saja.
Bukan nak kata tak bagus.
Tapikan, sebenarnya aurat kita adalah sama seperti di dalam solat.
Jadi hari ni tepuk kepala kita, boleh tak kita terus pi solat dengan pakaian yang kita pakai hari ni tanpa perlu pakai telekung apa-apa?
Kalau belum boleh, maksudnya belum sempurna tutup aurat kita.

MH,
Aah.
Betullah tu.
Gua pun tak tau sangat perkembangan pesen.
Rujuk komen Ukhti Mardhiah di atas.

WA,
Gua ingat minah mana tadi mengaku cenggini dalam comments feeds.
Rupanya lu.
Ciss.

LZ,
Argh!
Gua cakap garang kot.
Heheh.
Waahh.
Banyak belajar dah ni.
Gud gud.

TA,
Aah besar.
Takdelah seksi pun.
Tapi lebih menarik perhatian berbanding tudung labuh bulat.
Jangan pandang orang lain.
Mungkin Allah SWT dah tarik hidayat WA.
Tapi kita, teruskan azam untuk buat mulai sekarang.
Esok lusa tanggal itu lain cerita.
Kalau tak mula, bila lagi nak mula.
Yer dok?

Bijen M. said... [Reply]

GW,
Oke je.
Tapi lebih bagus tudung tu terus boleh bawa solat.
Tak payah pakai telekung dah.
Barulah dikatakan menutup aurat dengan sempurna.

AA,
Selain diri, beg tangan juga terlindung dari diragut.
Yer dok?
Heheh.
Alhamdulillah.
Moga Allah SWT kekalkan hidayat untuk istiqamah.

ALI,
Kurang didikan agama kot.
Jom bagi deme faham.

UM,
Salam.
Oke terima kasih akak jual kain.
Ha ha ha.
Akan diperbetulkan.
Moga mujahadah FB.

AATP,
Oh ye?
Ha ha.
Bila nak labuh pulak?
:D

Bijen M. said... [Reply]

JF,
:))

CS,
Salam.
Terima kasih atas pesanan.
Saya akan azam pakai tudung labuh mulai sekarang.
Oppss.

FA,
He he he.
Betul betul betul!
Amin.

APS,
Salam.
Benar tuan.
InsyaAllah saya akan jengok.
:D

~PENCHENTA~ said... [Reply]

emm, pasal aurat kat luar dgn aurat dlm solat tu aku setuju. selalu kalau orang tanya 'baju ni oke x?', jawapannya simple je, kalau kau rasa baju tu kalau kau pakai boleh buat solat, then ok lah. buat apa fikir2 plek2? hang pakai baju pun suatu ibadat kann..

tapi orang mesia ni tak open minded. gua solat tak pakai telekung pun semua pandang. cett! bencilah publisiti murahan. hehehehh

نور توفيقا said... [Reply]

That's M'sia^^ It's not weird to have a huge Carlsberg factory (in Shah Alam) but weird when there are people who practice their religion properly.. Somehow malas nak balik M'siaku yang tercinta~

"Islam began as ghurba (foreign, strange), and will return to be ghurba as how it started. Hence lucky upon those whose ghurba."

Sahaba r.a asked, "Whose the ghurba O Rasullullah?"

He replied, "Those who do good whilst others do otherwise."

Let's be part of those^^

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Usaha spya diri kita kat luar solat pun sama spt kat atas tikar sejadah, insyaAllah.

Ekceli, kalau kita pi beli kain nk buat tudung bulat labuh pun, mesti cari yg bidang 60 (1 stgh meter).

Tuan Bijen nk tau? tudung yg lebih labuh dr tudung bulat biasa tu pun ana penah jumpa. Ni masturat2 dr South of Africa yg pkai. Tudung bulat dia mmg labuh smpai kat buku lali...

...antikapel... said... [Reply]

issue tudung dan aurat sangat sinonim dengan perempuan...

sebab, niat pakai tudung terasa diri ini cantik. bukan nak tutup aurat semata kerana DIA...

tapi, sayangnya...yang memakai tudung labuh, nampak comot dan agak selekeh.

minta maaf, bukan nak mengutuk...
tapi, kadang tudung komot tak bergosok...

ada kesan sambal kat tudung dan kesan entah apa2 lagi...

bila macam ni, seri x naik dan orang nak pandang pon tak terasa nak pandang.

memang, wanita yang cantik adalah tak dipandang dan tak memandang...

tapi, perlulah menjaga penampilan agar kemas dan bersih. bukan kusam dan comot.

Tuan Auz said... [Reply]

Salam encik, ish benar sekali. if x mula, bila mau?

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Lu kenalah bagi depa paham.
He he he.

PQA,
Patutlah cuti takmau balik.
Ooo.
Hee.
InsyaAllah amin.

ALA,
Salam.
InsyaAllah.
Aah.
Penah jumpa.
Tapi dalam internet jelah.
Takdelah real depan mata.
Ke ke ke.

AK,
Benar.
Tapi sayangnya, yang pakai tudung singkat pun ada tak iron juga.
Kadang tutup pun tak sempurna.
Ada juga comot sini-sana.
Macam-macam lagilah.
Kesimpulannya, sama saja.
Jangan pandang yang buruk.
Ambil yang cantik sebagai contoh.
Semua orang pun tidaklah sempurna.
Yer dok?

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Eh tertinggal komen.
Ha ha ha.
Betul betul.
Mulai sekarang.
Now now!

As said... [Reply]

Bro..
fuh...

Bidang 60 selempang tu kira mujahadah da kot wanita.

Why 60' and selempang.

1. Bidang 60 ni labuh bro. If biar ke bawah hampir macam meleret bro nampak selekeh tak kemas mak2 pun sound anak2 awat selekeh ngat. Semat ke bahu jadi kemas.
2. Selempang, angin tiup2 semua selamat tak terangkat.
3. Bila solat tudung kemas di bahu, tak meleret sama time sujud.
4. Nak buat kerja pape tak mengganggu dengan seretan hujung kain tundung. Rasa selesa.
5. Dia sebenarnya lebih kepada rasa selesa Bro, and tibai tudung mana seswai dengan baju/jubah yang nak dipakai. So tibai mana tudung ada yang sesuai sama ada bidang 60 atau tudung labuh.


Tudung labuh
1. Ikut situasi hari ni mujahadah habis bro nak pakai ke mana2. Seriusly. Untuk wanita muda2 macam As ni yang baru nak bertatih.
2. Bila lalu kawasan terbuka angin tiup2 kena pegang kema tudung tanak bagi terangkat.
3. bila solat kena semat pin kat hujung belakang tudung supaya tak jatuh meleret time sujud.
4. Senanya tudung bulat lebih menampakkan "...."


Konklusi:
Senanya Bro, As tak faham lah bila orang mention fesyen. Sebab kami (yang As kenal semua ni) pakai tudung based on keselesaan dan mahukan kekemasan. Tu je main point utama. Asal dia menutup apa yang kami segankan, kami rasa selesa. Asalkan dia tak mengganggu, meleret pelik (terbang sana sini etc) kami rasa kemas.

Kemas dan selesa.
Tulah, kami yang tak faham kot lelaki pandang macam mana. Salah kami jugak -_-
Macam ni rupanya...

Bijen M. said... [Reply]

AS,
Oke.
Nak tanya kenapa orang-orang tua jarang nampak yang pakai bidang 60 dan selempang?
Selalunya nampak tudung labuh biasa.
Yang tudung 60 dan selempang ni banyak budak-budak muda saja.

As said... [Reply]

Hmm tulah jarang jumpa. Baru sedar.

Mungkin:

1. Dah terbiasa sejak muda dengan tudung labuh biasa.
2. Leceh nak selempang. Memang leceh pun.

Orang muda, why? Mungkin:

1. Orang baru nak tukar dari tudung bidang 45. So mula dengan bidang 50, then 60. Then baru nak masuk era tudung labuh bulat. *honestly, this is me, and lots of my friends*
2. Tudung da sedia ada, menutup aurat boleh bawak solat terus, jadi tak rasa salah nak guna.
-----------------------------------

Atas ni semua reasoning jelah *ada beza reason dan excuse*. Tak pernah sangka akan ada isu dan persoalan. Seriyes. Mungkin tak cukup sensitiviti. Mungkin. Dan wanita takkan pernah betul2 faham pandangan lelaki. Ada jugak yang akan terlepas pandang. Moga Allah ampunkan.

Masa awal start tudung labuh, ramai tegur cakap lawa. Masa pakai tudung 60 selempang dan tudung 50 pakai biasa, takde orang komen pape. Jadi cam risau gak.

___________

Allah Maha Tahu apa dalam sudut hati seorang wanita, sejak saat dia memilih baju/tudung untuk dipakai. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang tanpa niat tanpa sengaja telah menarik perhatian lelaki.

Papepun, thanks atas perkongsian pandangan dan nasihat. Keep on praying for your sisters in Islam. Moganya kami2 terus mujahadah untuk kebaikan dan istiqamah ke arah jalan taqwa. Moga Allah mengampunkan dosa2 yang lepas, hari ini dan mendatang.

Dan Allah jua yang paling2 mengetahui.

Nina Azlina said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... [Reply]

Entry ni dah lama tp still nak komen...knale makcik2 x ramai pakai tudung bidg 60 selempang...ye sebb ia merupakan satu kelecehan bg mereka untuk menyemat pin di bahu...kalo pkai tudung bulat tu (snng ak ckp tudung saup la )...x yah guna pin...
And honestly sy pakai dua2 tudung...sy setuju dgn As sbb sy pun pakai tudung simpng 60 ni atas sbb2 selesa.. Pernah pkai tudng bulat tp asyik tersekat dkt lengn..n honestly aktiviti mcm terganggu...dan sebenarnye setahu sy...jenis tudung x mnjadi masalah asalkn ia benar menutupi aurat...pakai tudung bulat pun...kdg2 bg certain org akan lebih menampakn juga...jujurnya...sgt jrg ada unsur fesyen...dan seriusly x pernh pun terfikir adanye isu sebegini.

Anonymous said... [Reply]

Saya pn terpanggil nak mengulas sama. . Sy antara wanita yg msih cuba nk mengubah pmakaian ke arah lebih baik. Pernah pakai jeans, tudung pendek selempang atas bahu. . Dan hingga kini mula bertudung labuh. Sy pkai jugak tudung labuh yg mcm bdk sekolah tu, tudung labuh yg pin tepi, tudung licra labuh, ikut kesesuaian jenis kain dan keselesaan. . Apa yg sy dpt fahami skarang, apa yg sy pkai, sy cuba ikut pd bdn sendiri. . Bila sy lihat org lain pkai ckup tutup aurat, belum tentu ckup utk sy. . Kdg2 ada jenis kain tu sesuai untk org lain yg berbdan kurus cthnya lgsung x nmpk bonjol2, tp x sesuai utk sy, kita sndiri boleh rasa sesuatu jenis kain/ bentuk/ labuh tudung @ baju tu ckup mnutup aurat @ tidak, kita je yg nk mngaku @ tak. Bg sy xda msalah pkai tdung jenis apa pn, asalkan ckup syarat tutup aurat bg diri sendiri, x tabarruj, x menonjol dr org lain. . Klau terlalu selesa pn tp tdung jenis nipis nmpk bentuk bdn pn x boleh jgak. . Jd kita kene sentiasa tingkatkn usaha cari jln tutup aurat sesempurna mungkin. .bersabar dlm berpkaian tutup aurat kerana Allah, Allah janji ganjarannya nnti. Tudung selempang labuh @ tudung bulat labuh mmg perlu pin dpn blakang klau nk buat solat, supaya tak jatuh dan terselak bila sujud. Xda msalah pn, klau mls nk pin bwk telekung ke mana2, pin bbrapa bijik @ telekung xsampai sekilo pn brbnding handbag yg berat2 tu. . Tp pendapat jujur sy yg bru blajar ni, tudung bulat tu adalah yg terbaik, sebab sempurna dpn blakang kiri kanan xda ruang2 nk terselak. . Cuma kne pndai pilih kain yg berat sikit supaya x mlayang @ mlekap d bdn. Maaf jika sy tersilap. .Wallahu a'lam

Anonymous said... [Reply]

Sy salah seorg yg memakai tdg2 labuh . tdg labuh bulat syg pkai, tdg labuh bidang 60 sy pakai . shawl yg bidang besar pn sy cuba . material kain jnis x melekap smue tu . but the thing is that, bg sy tdg labuh bulat yess the most okkayy ffor most people . tp utk sy, sgt xsesuai. Why? kesesuaian tdg ni , bergantung pd tbuh bdn stiap seseorg . most have standard size of 50$ nsi llemak . surely these people sgt2 sesuai memakai tdg labuh bulat . surely nmpk sgt2 cantik Subhanallah .but my hubby told/prefer me not to wear tdg labuh bulat . as u all knw, for some people,, their 'assets' are still going to be seen even if they wore tdg labuh bulat . but he gives me an idea if i really insists/want to wear tdg labuh bulat, pakai dua lapis . maksudnya kat sini, u ols sarungkn tdg labuh bulat dlu, then grab tdg/shawl yg size kecik(sy biasa gune tdg halfmoon kecik sbb snang nk pinkn ats tdg labuh bulat tu) ,letak ats tdg llabuh bulat tu . n then pin where necessary.. N yess . u will be more secure with it . :) Do Take Note That This Is Not For Looking Beautiful or whaatsoever . but it is just for people who wants to wear tdg labuh bulat at ease n more secure . just sharing how i wear my tdg labuh bulat bdg 60 . n yess i do wear tdg bidang 60 yg d pinkn or bole d gayakn . because my hubby tells me that i look more secure in that tdg .n of course , i wear it because of Allah .
All in all, bole pakai ape2 je yg menutup aurat dgn smpurna d bdn seseorg itu . bak kata ustaz2, xnk pkai tdg, pkailh baldi yg besar ke yg muat nk tutup stu bdan tu ke . kekekeke . gurau ja . wallahualam. Maaf andai ade yg tersilap . sgala kebaikkn dri Allah dn sgala keburukkn dri diri yg jahil ini . as'salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...