3.1.11

Senyuman plastik.

Gua ada seorang bini. Bini gua tak adalah cun mana pun. Nak dibandingkan dengan Lisa Surihani jauh sekali. Nak dibandingkan dengan Maria Ozawa bagai langit dengan bumi. Tapi tak apa. Gua tak kisah pun hal-hal kecil sedemikian. Nanti gua dah tua kerepot pun jadi tak hensem juga. Berapa lama sangatlah kita nak duduk dekat dunia ni. Nanti dekat syurga, wanita-wanita dekat bumi ini kecantikan dia jadi sepuluh kali ganda dari kecantikan bidadari syurga. Isteri-isteri kita ni akan jadi ketua bidadari. Apa ada hal? Janji kena Skor-A (Skor Akhirat) dululah bagi masuk syurga.

Nak dijadikan cerita bini gua ni selalu hilang konfiden bila berjalan dengan gua. Maklumlah gua ni hensem. Gua suruh pakai purdah taknak. Beliau kata tak ready lagi. Tapi tak apalah. Pelan pelan kayuh. Heh!

Satu hari waktu tengah jalan-jalan di East Coast Mall, bini gua bersuara.

"Abang abang. Ayang buat plastic surgery kool dak?"

"Kah kah kah kah kah!", gua tutuh gelak sorang-sorang.

"Abang seriuslah. Orang cakap betul-betul ni."

"Hang nak buat apa lagi plastic surgery?"

"Alar. Nak bagi nampak cun sikit macam Angelina Jolie. Belah dagu sikit, buang lemak sikit, blablabla ini, blablabla itu. Untuk abang juga. Baru abang bangga dapat bini cun macam Tiz Zaqyah."

"Heh! Plastik sangat aih."


Produk Plastik
Oke. Lu orang pernah pergi ziarah rumah orang tak? Waktu-waktu raya ke, bila-bila ke? Mesti lu orang ada jumpa buah-buahan hiasan tuan rumah letak atas meja. Kadang-kadang ada yang nampak real sungguh. Tapi bila ambil lalu digigit, rupanya buah plastik. Hampeh!

Takpun lu ada member yang pakai henpon BlackBerry. Dia dok bangga-bangga dia pakai henpon BlackBerry. Tapi bila minta nak tengok dia tak bagi. Rupa-rupanya henpon 'plastik'. BlackBerry China ada TV. Hampeh lagi!

Takpun lu pernah mengalami peristiwa menyeramkan diacu pistol oleh perompak. Lu rasa nyawa lu ibarat telur di hujung tanduk. Tapi tiba-tiba lu ada keyakinan yang mantap untuk melawan perompak tersebut lalu berjaya merampas pistol miliknya. Rupa-rupanya pistol plastik. Hampeh lagi sekali!

Sangat rasa tertipu bukan? Kesimpulannya, plastik = palsu.

Buah Busuk
Oke tak best cerita buah plastik. Lu orang pernah pergi pasar malam tak? Lepas tu lu orang nampak satu buah yang sangat rupawan, cantik mata memandang. Lalu lu pun beli tanpa usul periksa. Namun bila lu balik rumah dan kopek buah tersebut, tengok dalamnya sudah busuk. Mesti lu sumpah habis mamat yang jual buah tadi kan.

"Cilake punya mamat jual buah. Nak jual buah elok-eloklah sikit." kata seorang mamat yang menjadi mangsa.

Keikhlasan
Jadi tuan-tuan dan puan-puan. Itulah kesan akibat daripada salah satu penyakit hati iaitu, kepalsuan hati. Dengan kata lain, ketidakikhlasan dalam sesuatu perkara. Kita mungkin tidak nampak pada fizikalnya apabila kita membuat sesuatu perkara dengan tidak ikhlas, tapi kesannya dapat dirasai secara fizikal mahupun spritual.

Buah yang luarannya nampak cantik tetapi dalamannya busuk, sudah tidak bernilai lagi. Pasti akan dibuang. Yer dok? Siapa sanggup makan buah busuk. Begitu juga amalan, walaupun nampak cantik rapi amal ibadatnya tetapi jika tanpa keikhlasan, pasti dan pasti akan ditolak Allah SWT.

Pokok Ikhlas
Buah yang baik luar dalamnya tentulah datang dari pokok yang baik dan sempurna. Akarnya mampu menjalankan fungsi dengan baik menyokong pokok untuk terus berpaut pada tanah. Batang pokok pula berupaya menampung beban dahan, ranting dan daun. Daun-daun pula menjalankan tugasnya melaksanakan proses fotosintesis. Kesimpulannya pokok tersebut menjalankan setiap fungsi dengan baik dan bebas dari serangan penyakit.

Jadi bagaimana untuk menghasilkan hati yang ikhlas (buah yang baik)? Jawapannya bermula dari akar tunjang agama iaitu pegangan akidah. Kenal siapa pencipta dan siapa nabi kita. Dari situ kita akan sedar siapa diri kita. Lalu ditelusuri pula tulang belakang (batang) agama iaitu solat. Mampukah kita usahakan solat yang mampu mencegah kita dari perkara fasya' dan mungkar?

Manakala dahan dan ranting yang bercabang pula ibarat ilmu Allah SWT yang banyak cabangnya. Ranting-ranting itu perkara furu'. Tak perlu didebatkan kerana semuanya berpaut pada dahan yang sama. Oh kepada mualaf, perkara furu' ini adalah perkara ranting dalam agama contohnya takbiratul ihram tangan letak kat dada atau atas pusat. Pokoknya takbiratul ihram juga. Tak payah bising-bisinglah. (Hah! Nak kata gua Wahhabi-lah tu.)

Daun-daun yang lebat pula umpama zikir kita kepada Allah SWT. Makin banyak kita ingat Allah SWT, makin lebatlah kasih sayang Allah SWT kepada kita. Lalu dari pokok yang berdaun lebat itu, kita dapat pula memberi manfaat kepada orang lain dengan mengenepikan kepentingan diri. Umpama pokok yang sanggup berpanas tapi mampu berkhidmat memberi tempat teduh untuk manusia yang lalu-lalang. Malah manusia yang tumpang berteduh itu pula dapat menikmati buah-buahan yang bergantungan di pokok.

Jadi kesimpulannya, cara untuk menghasilkan buah yang elok luar dalam adalah dengan memastikan anggota pokok lain menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan sempurna. Faham dok? Apa tugasnya? Baca balik dekat atas.

Penyakit Hati
Lagi satu, orang yang selalu tak berpuas hati dengan apa yang ada adalah orang yang berpenyakit hati. Tak reti nak bersyukur dengan apa yang diberi. Sekali Allah SWT tarik nikmat baru padan muka. Qana'ah-lah sikit. Bagi mualaf, qana'ah ni adalah merasa cukup dengan apa yang ada. Kalau muka dah macam muka ahli syurga, tak payahlah kot nak mekap bagi nampak macam muka ahli neraka. Faham dok? Gua tembak laser baru tau.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

Cik Bee said... [Reply]

palsu-palsu ni tak bagus sangat.. orang akaun kata window-dressing..nak tutup yang buruk tacap sana sini. nanti lama-lama orang taw jugak..
original juga mantap.huhu

fadzlina said... [Reply]

so inspiring especially for the girls.
Semoga awk temui bidadri awk InsyaAllah. Allahumma ameen.
^^

GigiWangi said... [Reply]

haha betul weh. apa kau cakap semuanya betul² belaka.

pastikan original! keh3

Lee Zha said... [Reply]

pe brg tembak lazer?

meh sini aku lastik nak?



LOL. :D

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Lu layan maria ozawa ka bai..??
hahahahhahahaha...

apapun punya huraian mmg mntap la..aku penah nak tulis macam ni..tapi tak tau nak karang camna..
brbakat la hag..
cayalah!!

z@i said... [Reply]

adoi!

kne tembak

roses said... [Reply]

''wanita-wanita dekat bumi ini kecantikan dia jadi sepuluh kali ganda dari kecantikan bidadari syurga.
Janji kena Skor-A (Skor Akhirat) dululah bagi masuk syurga.''

wah.wah.wah.sejuk betul hati dgr.:D
ni bersemangat nak skor A.
mahu lebih cantik dr bidadari!!:D:D
tanak suami tergoda dgn kecantikan bidadari2 tu.T_T

doa2 lah ya.amin.

fuad ansari said... [Reply]

moral of da story.. bersyukurlah dgn apa yg ada... (",)

matadore said... [Reply]

Plastik itu hanya berguna pada manusia.
Tapi kalau letak pandangan Dia, tak de maknanya kan bro?

keh keh keh

Tuan Auz said... [Reply]

waaaa.... apsal la post2 ko sume menyentuh jiwa aku. hehehe. errr. i mean bykla relate dengan aku skrg ni. uhuksss. mmg sentuh hati k~

betul! ikhlas tu penting. apa yg kite buat, asalkan benda tu betul, kita xpayah nk kecoh pk apa orang kata kan? =D

suka suka!

hidayu samsudin said... [Reply]

assalammualaikum..

terbaek...sgt2 setuju,,
nice entry,,:)

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Salahuddin Al Ayyubi was actually a prince, a lazy prince who indulged himself too much in the great palace. When his uncle asked him to lead the army for the 1st time n went for a war, he was actually very reluctant to do so. Nevertheless, he took the responsible despite his insincerity and throughout the journey, throughout the wars he had, the sincerity developed.. He participated in hundreds of wars n to boot, he's a major role in the opening of Jerusalem.. Many more of his stories, I believe most of us acknowledge that..

What I'm trying to say is, "Ikhlas" or sincerity is not an easy task for everyone.. Not an easy action to apply on everything.. Hence, there r times, it's best not to simply judge or label people, while it's better for u to help them build n strengthening the sincerity they r trying to have^^

And anyway, plastics are not degradable. Love our world, be more green, use recycled bags^^

menusuk hati said... [Reply]

salam hari tanpa plastik sedunia..

(",)b

Bijen M. said... [Reply]

CB,
Wah.
Orang akaun dah kata.
Ha ha.
Jadi belilah yang original.
:)

FADZ,
Semoga anda juga temui bidadara.
Ha ha ha.
:D

GW,
Wangi sungguh gigi kau berkata-kata.

LZ,
Laser ah.
Baru buta mata tak dapat tangkap bola.
:P

AATP,
Weh.
Siapa Maria Ozawa.
Gua bedal je.
La la la.
Shh.
Diamlah lu.
:P

ZAI,
Tembakan laser.
Piuuu.

ROS,
Haa.
Ayuh menyekor.
Jangan risau.
Isteri akan tetap jadi ketua bidadari.

FA,
Juga jangan amalkan plastik dalam kehidupan.
Hee.

MD,
Lu gelak plastiklah.
Ha ha.
Weh kalau pakai Windows pirates tak original takpe dok?

TA,
Benar.
Buat untuk Allah SWT.
Itu kunci ikhlas.

HS,
Waalaikumsalam.
Selamat beramal.

FQA,
Wahh wahh.
Great stoy.
Agree.
Even angel don't know how sincere a human.
Only Allah SWT know.
So, stop judging about people sincerity.
So, plastic bring harm right?
Kesian plastik.

Bijen M. said... [Reply]

MH,
Salam hari tanpa keplastikan sedunia.
Eheh.

buDAK keCIK said... [Reply]

perumpamaan yg sgt menarik~!

betul la tuh. keikhlasan hati akn menghasilkan produk yg lumayan...

tp kdg2 kite sering dipermainkan dgn mainan syaitan yg x prnah brhnti nk menyesatkan kite... astaghfirullahalazim

Afida Anuar said... [Reply]

Itu la bijen, gua pun rasa nak laser je dengan orang zaman sekarang ni. Allah dah bagi macam-macam nikmat, tapi still duk komplen itu ini...nak ubah itu ini... haihhhh

Gua bajet bini lu tak jadi la kan buat pembedahan plastik tu lepas kene laser dengan lu? kekhekhekeh..

well said bijen..well said..

Myra Arshad (: said... [Reply]

HAHA. direct hang tutuh gelak noo :D

uish, lama tak taip hang. hehe. nak cakap hang laaah :p

ehh, baru perasan entri ni. cerita dari pada senyum plastik, turun ke buah, turun ke pokok, dahan semua terlibat sekali and lastly hati. haha. kronologi yg baek :))

MUSTAQIM said... [Reply]

buah itu ibarat akhlak. cantik akhlak cantik, orang lihat buah tu...
tp yang paling penting ikhlas. iaitu kemanisan buah itu, ikhlas seseorg itu ikhlas, manis buah nyer. sgt memberi kenikmatan kpd seseorng.
kalau luar je cantik pon xbgus gak. so,nak kenal seseorang kne tanye orang lain gak. nak kenal pompuan kne tanya pompuan lain. nak kenal lelaki kne tanya lelaki lain. mungkin depan kita baik. mcm mane lak depan orang lain...
doakan aku.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

tuan Bijen,
Buleh dak habaq sat kat kami smua,apa syarat nk jd 'ketua bidadari'?
Heheheh, soklan cepumas. Smoga kami smua dpt mnfaat...insyaAllah.

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Normallah syaitan.
Mana pernah mengalah.
Kita jangan kalah.

AA,
Ha ha ha.
Gua ada bau-bau Putrajaya sikit komen lu ni.
Ke ke ke.

MA,
Haa.
Hang bila nak baik hati belanja aku ni?

MUS,
Haa.
Betul tu.
Moga-moga kau dapat pasangan cantik luar dalam.
Moga-moga dapat keluar 4 bulan tetiap sem.
Ha ha.
Amin.

AA,
Salam.
Mudah syaratnya, tapi sukar nak laksana.
Syaratnya berkahwin dan jadi isteri yang dapat masuk syurga dengan suaminya.

sastraboy said... [Reply]

beg plastik sekarang pun dah kena banned dah.

kita bila lagi? Ha ha ha.

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

sukar nk tafsirkan apa yg kita lakukan selama ini ikhlas or tdk,,,,krn manusia nie kadang2 cepat merungut....terutama sekali sayalah orgnyer....Ya allah berikan aku petunjuk yg benar...

akubiomed said... [Reply]

Memang mantop bro.

Bagaimana kalau senyuman kambing tentu tak ikhlas. Memang betul kadang-kadang terlepas cakap tidak puas hati apa yang dikurniakan. Jadi apa bila baca entri ini dapat menginsafi dan bersyukur apa yang diberi

matadore said... [Reply]

Windows pirates tak original = Windows plastik.

ok dak?

nveil said... [Reply]

hehe.
berita rojer!

nveil said... [Reply]

okay lupa.
terima kasih hafiz. =)

BungaSahara said... [Reply]

assalamu'alaikum...
article ni leh di advertise skali dgn kempen NO PLASTIC bag sedunia..hehehee...
silicon tu plastic gak ke en.bijen?
hihiii....
emm...nk tnye nih...en.bijen suke sgt ke dgn muke tiz zaqyah tu... ^_^

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Bunga Sahara: Silicon is not a plastic. It's a metalloid.. Its best analog is carbon.

^^

BungaSahara said... [Reply]

ooo :) syukran2..is it nonmetallic element? :) terima kasih nur taufiqah :)

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Hurm.. I believe you actually refer to "Silicone" when it comes to nonmetallic substance.

Well.. "Silicon" and "Silicone" are two different things:)

Silicon: It's a pure element. And definitely a metalloid. It's in the same group with carbon, plumbum.. It even has electropositive characteristic and basically, can somewhat be found as crystal. Used in electrical wires for example:)

Silicone: It's not an element. It's a polymers (mixed of many elements). It has rubber- like characteristics. This is the one famously known to everyone. One of its application is breast implant:)

Just call me Piqa. Feel even closer^^

Bijen M. said... [Reply]

SB,
Haaa.
Betul betul betul.
Nak beg plastik kena bayar 20 sen.
Cilake.

JF,
Salam.
Nak check kita ikhlas atau tidak, ulama bagi panduan mudah.
Periksa niat kita di awal perbuatan, di tengah perbuatan di akhir perbuatan.
Semoga kita diberi petunjuk.
Amin.

AB,
Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang bersyukur.
Sesiapa yang bersyukur Allah SWT tambah nikmat.
Sesiapa yang kufur, azab Allah SWT itu amat pedih.

NVE,
Adeh.
Lemah hati orang panggil nama tu.
T_T

BS,
Pasal silikon dah ada orang jawab.
Ha ha ha.
Pasal Tiz Zaqyah, tak ada kena mengena pun.
Main bedal je mana-mana nama yang teringat.

PQA,
Wahh.
Terima kasih doc.
Ahahak!

APS,
Salam.
InsyaAllah.
Jzkk.

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Eh terlepas pula komen kau.
Kau nak kena pukul ke?
Window pirates ada exception.
Ha ha ha ha.

- zuriey - said... [Reply]

alhamdulillah,syukur dengan apa yang ada.no body perfect

Lee Zha said... [Reply]

sory la..aku dak kg.

lazer2 xmen.

lastik2 je aku ada. nak? hahaha

Bijen M. said... [Reply]

ZUR,
Benar.

LZ,
Bolehlah lastik pun.
Ke ke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...