24.1.11

Orang Asli mimpi scary.

Gua ada satu hobi. Hobi gua mengembara. Mengembara ke merata tempat. Sambil-sambil belajar dengan alam. Macam-macam gua belajar tentang erti hidup. Macam-macam gua dapat. Kalau nak join gua, silalah roger.

Cerita Orang Asli
Satu hari tu gua dan kawan-kawan mengembara dekat Cameron Highland. Dekat satu kampung orang Asli. Pedalamannya tak payah cakap. Struktur jalan pun tak payah cakap. Nasib baik kereta gua yang bukan Ferrari tu mampu bertukar menjadi sebuah kereta 4WD yang bukan Ford Ranger. So setakat redah-redah onak duri tu tak ada hal punya.

Macam biasa, waktu kami mengembara kami akan jadikan rumah-rumah Allah SWT sebagai hotel penginapan. Di samping menghidupkan amal di situ, kami juga mengajak orang-orang yang tinggal disekeliling rumah Allah itu untuk turut sama mengimarahkannya. Mudah-mudahan bila kami dah meninggalkan tempat itu, ada orang kampung yang datang untuk terus menghidupkan surau tersebut 5 waktu sehari sekurang-kurangnya.

Suara Dari Tingkap
Kami tidur di surau kampung orang Asli berkenaan dengan ditemani seorang orang Asli yang bernama Mat. Sejak memeluk Islam, Mat menjadikan surau tersebut sebagai tempatnya bermalam. Tenang dan kool katanya. Baguslah begitu. Ada juga tetamu tetap Allah SWT yang melepak di situ. Sedang gua cuba melelapkan mata, tiba-tiba gua terdengar satu suara dari luar tingkap.

We all came out to Montereax
On the Lake Geneva shoreline
To make records with a mobile
We didn't have much time
But Frank Zappa and the Mothers
Were at the best place around
.....

Pehh! Lagu Deep Purple-lah pula. Seorang orang Asli yang berada di luar surau menyanyikan lagu tersebut. Fuhh! Kawan gua mula bercakap kepada gua. "Lagu ini pun boleh tembus masuk kampung orang Asli siap boleh hafal lagi, kenapa pula kalimat 'Lailahailallah' masih sikit orang yang ucapkan?" Gua jadi insaf serta-merta.

Dunhill Masuk Kampung
Gua teringat peristiwa siang tadi. Waktu gua jalan-jalan dengan kawan gua mendaki cerun nak jumpa dengan orang Asli di perkampungan itu, gua nampak kotak rokok Dunhill bersepah. Dua persoalan timbul dalam kepala hotak. Pertama, orang Asli hisap rokok Dunhill? Kaya gila. Kedua, rokok Dunhill pun dah masuk jumpa orang Asli awal-awal sedangkan gua baru nak pi jumpa. Gua mula rasa sedih.

Sedih sebab apa? Sebab rasanya Islam berkembang dulu daripada rokok. Tapi hari ini rokok yang masuk pedalaman dulu sebelum Islam. Macam mana boleh jadi macam tu? Oh! Mungkin di zaman moden, orang Islam nak berdakwah dekat masjid saja. Siapa nak belajar agama, kena datang masjid. Tak pun orang berdakwah ikut internet. Tulis blog, tulis artikel. Siapa ada internet boleh baca. Sekarang zaman moden der! Apa barang nak mujahadah masuk kampung pedalaman segala. Yer dok?

Lalu orang-orang yang tak dibayar gaji, yang dianggap cara tak kena zaman inilah yang bersusah payah masuk hutan pedalaman jumpa orang Asli segala. Tak apalah orang nak kata apa pun. Kita terima saja.

Kisah Mistik
Malam tu Mat mengusik gua. Ada ruang kosong sebelah tempat tidur gua. Dia tanya, siapa perempuan  rambut panjang baring sebelah gua. Jimbet betul! Nasib baik dia Mat. Kalau tak dah lama gua picit telur dia. Bila dia dah mula buka cerita tu, gua pun tanyalah kisah-kisah mistik di kampung tersebut. Pengalaman-pengalaman beliau berjumpa makwe terbang-terbang atas pokok. Sehinggalah dia bercerita macam mana kisahnya memeluk Islam.

Mat masuk Islam selepas bermimpi. Satu hari dia mimpi ada orang tua janggut putih pakai baju jubah serban serba putih. Orang tua tu kata, "Mat pilih Islam, Mat selamat. Mat akan masuk syurga. Dekat syurga ada banyak makwe-makwe keliling Mat. Blablabla..."

Mat terjaga. Mulutnya tercungap-cungap. Dia tak percaya. Dia sambung tidur balik. Orang tua tadi muncul semula. Dia ketuk kepala Mat guna tongkat. Dia kata, "Betul Mat. Ini betul-betul. Bukan cobaan." Mat terjaga semula.

Esoknya dia melepak dengan kawan-kawannya. Rupanya kawan-kawan Mat pun mimpi yang serupa. Mat akhirnya mengaku turut bermimpi perkara sama. Akhirnya mereka bertiga bersepakat pergi pejabat agama lalu memeluk Islam.

Sebab Apa Allah Suruh?
Dari situ gua berfikir lagi. Allah SWT kalau nak Islamkan sesiapa pun Dia boleh. Dia boleh kalau nak Islamkan semua orang dekat muka bumi ni. Tak payah orang masuk pedalaman berdakwah dekat dia orang. Tapi kenapa Allah SWT tak buat? Sebab apa Nabi SAW siang malam jumpa orang ajak masuk Islam? Sebab apa Nabi SAW tak berdoa je supaya Allah SWT bagi hidayat kat semua orang? Sebab apa Nabi SAW tak duduk depan komputer je tulis blog? Sebab apa Nabi SAW tak duduk dalam masjid je bagi ceramah orang dengar?

Sebab Allah SWT nak muliakan kita.
Sebab Allah SWT nak muliakan kita.
Sebab Allah SWT nak muliakan kita.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Al-Imran:110)

Ancaman Musuh
Waktu kami di kampung orang Asli, kami menghadapi ancaman dari mubaligh Kristian. Berbagai strategi perang dilaksanakan bagi memikat hati orang Asli kepada agama masing-masing. Mubaligh Kristian dengan caranya. Kami menghadapi mereka dengan cara yang Nabi SAW ajar.

Benda ni buat gua berfikir lagi sekali. Sedangkan orang Kristian pun masuk pedalaman nak menyampaikan dakwah mereka, orang Islam sendiri tak nak masuk pedalaman berdakwah pejadah? Ingat Malaysia dah kononnya Islam, Islam dah cukup selamat? Bangunlah brader! Hadapi realiti. Kalau lu duduk senang lenang atas kerusi depan laptop je, lu tak tahu apa yang sedang berlaku di balik hutan sana.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

|| A r a W a n i || said... [Reply]

uff..
nak nanges lagi bila baca entry nih!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

masyaAllah. teringin jugak nak ikut gerakan2 mcm ni. tp waktu belum mengizinkan...

tahniah anta dpt p.

buDAK keCIK said... [Reply]

teruskan perjuangan lu. nnti ak akn menyusul pula. insyaAllah...

Lee Zha said... [Reply]

mak aku penah crita dlu, masa dia masih anak dara, kwn dia, auntie lucy, orang ulu. orang ulu dulu2 bro, ne de agama. agama nenek moyang de la. tp dia de gtau mak aku cm ni.

"kalau islam msuk kg ktorang dlu julia, mmg ktorg islam."

most of org ulu dan kristian. y?

sb xdak org islam utk msok sebarkn agama. n y?

sb org2 pjbt agama xmau masok utan.
n y? fikir2lah sdiri.

pnah masok tv1 kot, orang temu ramah sorang pak cik tua kat ulu sarawak, sb dia masok islam bagai.

dan dia ckp, dia nak bljr agama kena trun bandr 1 bulan skali sebab waima ustaz skalipun xde masok sana.

kdg2 aku tfikir jgk, fungsi pjbt agama skang, daftar org msok islam je ke?

ahlia azharjaafar said... [Reply]

Ya Allah..

berilah aku sifat..
ikhlas
istikhlas
istiqomah
makbuliah
dalam kerja dakwah ini ya Allah..

Ya Allah..

janganlah Kau singkirkan aku dari kerja ini..

walaupun sekelip mata ya Allah....amin

fuad ansari said... [Reply]

Memang benar bagai di kata..
Jom jalan-jalan jumpa manusia..
Ajak manusia kepada agama..
Akhirat kekal, dunia sementara..

Afida Anuar said... [Reply]

Ya Allah..
Bijen...
Gua rasa nak nangis lepas baca entry lu ni...

wafiakashah said... [Reply]

Inilah usaha yang dilakukan nabi SAW...T.T moga2 aku dan korang semua terus diberi hidayah oleh Allah... agar dapat mengajak manusia kepada Allah bagaimana nabi SAW lakukan... amin.. amin.. amin..

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

memang tak selamat pun agama islam kat Malaysia ni..hang tengok kat Bukkit Jalil depa tengah penailk apa..hujung bulan 12 tahunlepas aku pi tgk..baik punya besaq..

Bijen M. said... [Reply]

ARA,
Nak tisu?

PEN,
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Takkan nak tunggu grad.
Hue hue hue.

BK,
Jangan lambat-lambat.
Mari cepat-cepat.

LZ,
Haa.
Yang ni yang aku nak sampaikan.
Terima kasih kerana tolong menambah.
Tapi bagus juga geng-geng ustaz tak turun pedalaman.
Geng-geng tak ustaz macam aku ni lah dapat merasa turun pedalaman.
Kalau tak, tak belajar.
Sebab Allah SWT nak muliakan.

AAJ,
Amin.
Juga doa untuk diri sendiri.

FA,
Lagi dan lagi sampai kita tiada lagi.

AA,
Nak tisu lagi?

WA,
Amin amin amin.
Allahumma amin.

AATP,
Naik apa weh?
Naik apa?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

tu lah, aku harap universiti ada buat program dakwah lah. woww! bestnya! nnti kalau dah grad, IPB jan 2011 pun belum tentu kan?
ha ha ha

mariah said... [Reply]

salam.. entry yg memerlukan akal untuk menjawab.. "kenapa diri masih belum bergerak untuk berdakwah pada non-muslim?"... Terus menginsafi diri..

Lee Zha said... [Reply]

mungkin la bro..tapi ape fungsi dakwah kalau tunggu duit kepuk depan mata baru nak dakwah.

tunggu elaun dari kerajaan masuk ulu baru nak masuk. siyesly, benda ni bukan baru. kadang2 malu bila tengok.

p apa2 pun, ada hikmah setiap yang jadi. :)

mhafiz_ydin said... [Reply]

E eh, sama la hobi kita..
Jom jenjalan India - Pakistan - Bangladesh lak..

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

gereja terbesaq di asia tenggara bai..
TERBESAQ!

cuba lu pikir secara mndalam bai..
sekrg ank melayu byk masuk kristian..cuma tak masuk brita ja..
realiti camtu la..

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Ciss.
Berbau sinis nampak.
Main kasar ye?
Sabolah cik Yah oi.

MAR,
:D
Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT.

LZ,
He he he.
Lu pun tunggu apa lagi.
Meh join setalam.

MY,
He he he.
Jom jom.
Ni tengah tunggu ATASAN langit approve.
Doakan saya.

AATP,
Opps.
Ho ho ho.
Hmm sedih.
T_T
Dekat town pun jadimacam tu, apetah lagi di pedalaman.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

xnak tisu.
Berenti nanges dh la.

Agaknya, pompuan belum bersuami nak join mcm awk ni, dpt tak bijen?
Dapat tak agaknya?

Anonymous said... [Reply]

ARA,
InsyaAllah dapat.
Moga Allah SWT pilih.
Emel je ke notasiku@gmail.com
Nanti akan diusahakan.

BM
*malas nak login ;)

nveil said... [Reply]

punya baca entri ni sampai kebas kaki gua kat cc ni bai.

AMMOSHAM said... [Reply]

bro, antara tabligh dengan tarekat ni mana sedap? gua ingat nak into agama ni. ke nak masuk pas je?

- zuriey - said... [Reply]

susah juga nak berdakwah ni..dah lama tak masuk hutan

Benrauf said... [Reply]

setiap sesuatu makhluk, pokok-pokok, air, batu, awan, kuman, haiwan, dan bayi yg baru lahir, orang putih, coklat, kuning, kelabu, biru semuanya adalah suci dan islam. diri sendiri lah yg nak memilih untuk terus islam atau menyerah diri kpd hantu-hantu datuk, penunggu-penunggu nombor ekor, patung jesus, murti-murti, dewa-dewa, ayahanda-ayahanda dan abang-abang long.

menusuk hati said... [Reply]

assalamualaikum bro...

baik punya pengalaman..dkt kg gua pun mcm tu..asalnya pagan tetapi kristian lebih cepat sampai ke situ sebar dakyah berbandg ulama pas ke pkr ke umno ke...hu..sampai sekarang hampir setiap bulan geng kristian ni bergiat aktif sebar risalah kristian..hu..

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

Bestnyer mengembara dalam menyebarkan dakwah....syabas, teruskan usaha...Moga ALLAH permudahkan..

Tuan Auz said... [Reply]

hehehe, suka betul aku baca blog ko nie. mmg semacam jek rasa. cehhh!

klaka laaaa part Mat mimpi orang tue.. hahaha. cam comel gile pakcik tua berjubah putih ketuk kepala tu

Bijen M. said... [Reply]

NVE,
Kebas bontot duduk atas lantai baca komen lu ni.
Ha ha.

AMMO,
He he.
Tabligh, tarekat, PAS, pejadah lagi tu hanyalah satu metode untuk tarbiyah/islah.
Tak semestinya tak masuk salah satu, tak masuk syurga.
Sama juga pendekatan mazhab sebagai metode untuk memudahkan orang awam faham ilmu agama terutamanya fekah.
Tak semestinya, tak ada mazhab atau kita Wahabeebi, Syiaheehe kita tak masuk syurga.
Gua cuba hurai secara ringkas untuk mudah buat perbandingan dan pemahaman.
Tapi jangan anggap kesimpulan mutlak.

Tarekat adalah lebih kepada tasawuf atau penyucian diri atau dengan kata lain, kalau lu nak jadi seorang abid/ahli ibadah.
Banyak jaga hubungan dengan Allah SWT.
Kerja ibadat siang malam, zikir tak henti-henti supaya tercapai peringkat nafsu mutmainnah.
Lebih kurang, orang usaha atas akhiratlah juga.

PAS pula selalunya menggunakan metode usrah yang diperkenalkan Hassan al-Banna.
Salah satu medium tarbiyah yang baik juga, tapi kita sedia maklum fikrahnya ke arah politik.
Fikirnya lebih kepada pengislahan diri lalu membawa kesan kepada keluarga, kemudian komuniti, masyarakat, negara blablabla.

Tabligh pula lebih kepada cara kehidupan seorang muslim berpandukan sunnah dan jalan orang yang telah berjaya iaitu para sahabat RA.
Tak kisah dalam apa jua keadaan sekalipun, dia doktor ke, peniaga ke, engineer ke, ustaz ke, hockey player ke, ahli politik ke dia boleh amalkannya dalam kehidupan seharian.
Jika dia seorang doktor, dia seorang doktor yang berjaya kerana dapat taat perintah Allah SWT dan dapat ikut cara Nabi SAW.
Cari hidup Islam dan suasana dakwah zaman Nabi dan para sahabat dapat dirasai kembali.
Jadi bila dah ada Islam dalam hati, tak kisahlah dia nak masuk PAS ke UMNO ke Bebas ke ustaz ke lawyer ke ABIM ke JIM ke KARISMA ke apa ke dia akan bawa Islam bersamanya.
Makna kata di sini tabligh sebenarnya bukan satu pertubuhan tetapi nak ajak orang Islam untuk praktikkan kehidupan Islam dalam kehidupan seharian.
Lebih kurang, orang yang usahakan dunia untuk negeri akhirat.

Oke komen paling panjang.
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

Nak tambah untuk komen di atas, wallahu'alam.
Allah SWT lebih mengetahui.
Gua hurai setakat gua faham secara ringkas.

ZUR,
Dakwah zaman Nabi SAW lagi susah.
Kalau tak mujahadah, tak ada pengorbanan dan susah payah, kuranglah hidayah.

BRA,
Cun juga nama gua buat untuk lu ni.
:D
Yang hat last tu best.
Ekekeke.

MH,
Waalaikumsalam bro.
Wahh makin sopan dari hari ke hari.
Macam dah nak dekat mendirikan rumah tangga yer dok?
:D
Kat satu lagi kampung orang Asli gua pergi, gereja dia sangat aktif dan lawa namun surau terbengkalai.
T_T
Btw, mubaligh kristian dari Korea masuk situ time tu.
Pehh.
Ada rupa macam Wonder Girls.
Urgh!

JF,
Salam.
Amin.
Anda bila lagi?
Dah roger Umma Ali?

TA,
Ha ha ha.
Si Mat tu pun macam 3 suku sikit.
Tapi still normal lagilah.
Dia sembang nak ngurat makwe hujung kampung buat bini.
Dia tengah kerja kumpul duit nak kahwin.
Doakan dia.
Orang Asli kahwin mahal juga woh.

Jasmin Flower said... [Reply]

blum

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alaikum...
yang spttnya tu mls nak masok utan kot sbb xde keta 4x4 tu...
tp ble ade sukan ekstrim 4x4 tu, berderet je sy tgk...

roses said... [Reply]

ustzh saya kata,
tak susah pon nak dakwah.
tunjukkan perilaku yg baik.
dan jangan berpisah selagi kita tak sentuh perkara mengenai islam kepada nonmuslim tersebut.
sentuhilah walau sedikit.
WA.

semoga selamat menjadi orang yg gagah.:D

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Allahu akbar....
Utk ending crita ni, cikgu bagi markah : A+++++

Ahsanta!

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama.
Nyawa diambil bukan orang.

BS,
Waalaikumsalam.
Sekarang nak masuk kampung orang Asli tak susah dah pun.
Naik Kancil pun boleh.
Alasan je semua tu.
Antara sayang kereta atau sayang agama je.

ROS,
Benar.
Itu salah satu cara yang ditunjukkan Nabi SAW dan para sahabat RA.
Dakwah dengan akhlak.
Dan lazimkan diri bercakap tentang kebesaran Allah SWT.
Itu yang kita nak kena belajar hari-hari.
Amin untuk anda juga.

AA,
Salam.
Maaf lambat karkuzari orang Asli ni.
He he he.
Terima kasih cikgu.
Wahhh!

Myra Arshad (: said... [Reply]

part picit telur tu tak le blah. haha. then tak sangka org asli ni kaya2 belaka no.

p/s : aku insaf jugak nih. hehehe :)

tasekM said... [Reply]

selamat bertabligh bro. gua sokong dari jauh.




:)



.

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, mubaligh kristian mmg sanggup masuk utan nk kristinkan org2 asli...sbb apa?
sbb dorg yaqin agama dorg agama yg haq, wpun x btul pd kita...jd atas alasan nk slmtkn org2 asli ni lah dorg sanggup duk dlm hutan,bkn pegi masuk hutan skjp mcm kita...dorg ni sanggup sehidup semati dgn org2 asli ni, haa mcm mamat salleh yg duk dgn org2 penan tu...tah apa nm dia, i dah lupa lak...rambut pun penan look...dorg sanggup x kmbali pd keluarga semata nk sebarkan agama. Sy pnah kuar di miri, tuan rmh yg pertama sambut kami istrinya brbangsa swiss+iban, kristian convert to islam...katanya moyang dia dulu ada 5 beradik dr switzerland, jadi muballigh kristian semua, sanggup berpisah smpai mati pergi ke 5 tempat di dunia! Moyangnya di hantar ke singapore...dan kemudian berkahwin, berkeluarga, dan menetap di singapore...tak pernah pulang ke kampung asal...
ada tak kita org islam sanggup buat camtu? 3h gi dkwah istri dah bengkak mata...40h gi dkwah dah kuyup bantal dek airmata, 4bulan gi dakwah, dah bawak tikar bantal duk uma makbapak...
org switzerland tu xde makpak ke??
KITA NI TAK YAQIN LAGI DGN AGAMA KITA BHWA IA ADALAH AGAMA YG HAQ! YG KITA KENA AJAK ORG LAIN JG UTK MENGANUTINYA!!!
ALLAHHHH....
Tu pasal lah taknak n tak bagi org kuar bwt dkwah apalagi masuk utan jumpa org asli...hey ko jgn main2 sok2 laki ko kawin dgn ankdara org asli tu...bra less semuanya...huhu!tu la x yaqin dgn janji2 Allah, maka janji2 setan yg dia yaqin...

Once one jmt msturat fr Kuwait tiba di airport Jakarta utk khruj 40hari di Indonesia...at the same time one jmt missionary christians pun ada sama...berlakulah perbualan begini...
kristian missionary:nak pergi mana?
muslim missionary:bwt dkwah di sini.
kristian m:brp lama?
muslim m:40 days!
kristian missionaries laugh!: 40 days? do u think its enuff? we've been here for 4 years!!! we gave them money, gifts, food etc etc...what can u do in 40 days?
muslim missionaries tertunduk malu...

itulah tuan2, puan2, adik2, anak2, brp byk masa kita sanggup korban utk agama?...

tapi kita kena yaqin bhwa agama kita yg haq ini adalah agama yg hidup! org hidup berjalan dgn 2 kaki! DAKWAH N DOA.
agama yg lain adalah agama yg mati, org mati tak bole brjalan sendiri, kena usung oleh 4 pairs of legs! sbb tu dorg kena ada hadiah, duit, wanita, makanan blablabla...so think! fikir! risau!

ok, insyaALLAH sedia? azam? amin!

matadore said... [Reply]

ok!

Bijen M. said... [Reply]

TM,
He he he.
Trimas!

UA,
Waalaikumsalam.
As usual trimas untuk perkongsian yang serba mantap dari orang berpengalaman.
InsyaAllah saya sedia.
:D

MD,
Ke ke ke!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...