20.1.11

Kotak babi?

"Abah abah! Dalam henpon abah ada babi." anak gua menjerit dari kejauhan seraya pulang dari madrasah.

"Hoh?" gua kepelikan.

"Dekat rumah kita pun ada babi abah." anak gua menyambung.

"Gerangan babi apakah?" gua bertanya kehairanan.

"Tu TV dalam henset abah." anak gua yang berumur 7 tahun menjawab.

Isk. Langsung gua mengalihkan kepala kemaluan.

"Anakku. Jika TV dalam henset abah ni boleh di-uninstall, dah lama abah lakukan. Tak apalah nanti abah trade in henset ni kita beli henset bukan BlackBerry yang tak ada TV pula. TV kat rumah pun nanti abah pecahkan ye. By the way, mana Aiman belajar kata TV tu babi?" gua cuba berdiplomasi.

"Ustaz kat kelas tadi tu kata. Dia kata TV haram. Samalah macam kita bela babi di rumah." Aiman menerangkan perbuatannya.

Oh oh tuan-puan yang dimuliakan sekalian. Jangan panas bontot lagi. Sabar-sabar. Meh gua terangkan satu persatu kebabian sebuah kotak bernama televisyen.

Babi Haram?
Sebenarnya keharaman TV dan babi tidaklah seperti yang kita sangka. Babi termasuk dalam kategori najis mughallazah yakni najis berat. Bila kita berak, keluar tahi nama najis mutawassitah yakni najis pertengahan. Tak haram pun kita nak sentuh tahi bila kita nak basuh berak. Tapi haram memakannya. Samalah juga dengan babi. Tidaklah haram untuk memegangnya, tetapi haram memakannya. Setelah pegang babi, hanya sucikan diri dengan sertu. Cukup, tak perlu bertaubat minta ampun.

Tapi kalau kita pegang makwe kita, adik ipar kita, sepupu kita, kawan perempuan kita bersalaman blablabla, itu yang sepatutnya haram. Yang mana haramnya bila di neraka Allah SWT bakar tangan kita sampai hancur lebur seluruh tubuh badan. So sekarang lu rasa nak pegang babi ke atau lu nak pegang makwe? Sedangkan babi itu sendiri sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Jadi jangan mengeji babi. Sila mengeji pakwe makwe lu kalau mereka ajak pegang-pegang.

TV Haram Jadah?
Maka di sini TV itu tidaklah haram jika diguna pada tempat yang sepatutnya. Tetapi jadi haram bila kita tengok perkara-perkara yang haram jadah. Haram jadah dengan penayangan aurat secara berleluasa. Haram jadah sampai melewat-lewatkan solat. Haram jadah dengan mempromosi budaya asing tanpa batasan.

Sebab apa babi jadi haram bila dimakan? Sebab lebih banyak mudharat dari manfaat. Samalah juga dengan TV zaman sekarang, jadi haram bila ditonton. Lebih banyak mudharat dari manfaat. Lagi banyak tak tutup aurat dari yang tutup aurat. Lagi banyak hiburan dari pedoman. Lagi banyak Akademi Fantasia dari Akademi Al-Quran. Lagi banyak konsert dari ceramah.

Kadang-kadang ada orang beruzlah di dalam rumah kerana takut godaan syaitan bila di luar rumah. Tapi zaman sekarang uzlah pejadah kalau TV tayang gambar perempuan pakai baju seksi belah-belah. Lagi banyak dugaan duduk dalam rumah dari di luar rumah. Dengan TV macam-macam boleh redah.

Bahana TV
Satu perkara yang gua dapat detect haram jadahnya TV zaman sekarang ini adalah apabila budak-budak zaman sekarang dah pandai menjawab dan melawan mak bapak. Sebab pengaruh TV banyak sangat, rileks saja menjawab bila mak bapak tegur. Bila azan berkumandang, masih leka duduk depan TV. Akhirnya habis waktu.

Itu hal budak-budak dengan Astro Cerianya. Hal remaja pula dengan pendedahan budaya kurang sihat. Sebab banyak sangat tengok konsert AF, drama-drama Astro, Kau & Aku, Showdown, cerita Indon dan pejadah lagi habis lingkup remaja pelapis masjid dan negara masa akan datang. Sekarang semua nak pakai seluar skinny-skinny, petak-petak, rambut cacak-cacak. Pakai shawl belit-belit serupa Yuna, pakai cardigan blablabla. Ahh! Tak larat gua nak senaraikan.

Masuk pula bab cerita cintan-cintun dalam TV, habis semua budak-budak sekolah ni nak juga sama naik bercinta. Argh! Bila tukar canel Oasis ke, Forum Perdana ke, Halaqah ke, Al-Kulliyah ke, semua kepanasan lari masuk bilik.

Kisah Laki Bini
Itu cerita budak-budak. Cerita hal orang dewasa lain pula. Ada satu kisah pasangan laki bini baru berkahwin. Bila si laki tanya dah masak belum, bini jawab nantilah lepas cerita ni habis. Bila tanya dah solat belum, bini jawab lepas drama ni habis. Akhirnya jadual harian mereka mengikut jadual rancangan televisyen. Si laki sedih.

Satu hari TV di rumah mereka rosak. Si laki tak mahu repair. Awal-awal bising juga mulut si bini. Tapi lama-kelamaan sudah tidak kedengaran. Sampai suatu hari si bini berkata, "Abang. Baguslah abang suruh ayang hafal satu hadith dan beberapa ayat quran tiap-tiap hari waktu ketiadaan TV di rumah. Hari ini ayang dah hafal banyak hadith yang ayang boleh amal. Dah banyak ayat Al-Quran yang ayang boleh ingat. Banyak doa-doa harian yang ayang boleh apply. Kehidupan kita pun bertambah tenang dan ceria. Thanks abang. Ayang dah tak perlukan TV lagi." Pehh! Meleleh gua cakap lu.

Paip Serbaguna
Mari kita ambil satu analogi. Ada sebuah paip. Paip itu mengeluarkan air zam-zam. Dalam masa yang sama, paip itu juga digunakan untuk mengalirkan arak, air najis kumbahan, sisa toksid dan sebagainya. Adakah kita masih mahu minum air zam-zam yang keluar dari paip yang sama? Kalau lu orang nak minum, silakan.

Sekarang ni dekat rumah gua, gua ambil langkah drastik dan artistik. Sebab risaukan golongan budak-budak zaman sekarang ni, gua sorok kad Astro di waktu-waktu puncak. Dan untuk langkah pemantapan, gua lock semua canel tinggal canel TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Oasis, Awani, Bernama TV dan yang canel-canel yang gua rasa boleh tolerate je. Kejam dak gua? Ha ha ha. Pehh! Kalau tinggal canel tu saja baik tak payah pasang Astro yer dok? Aah! Gua doa-doa moga bapak gua unsubscribe Astro. Buang duit saja.

So sekarang cuba check TV kita. Adakah sedang mengeluarkan najis atau apa? Kalau najis, maka tahulah kita apa status TV tersebut.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

49 comments:

matadore said... [Reply]

hari tu aku ada buat ujian :
antara tahi anjing dengan dosa, mana lagi menjijikkan?

banyak jawapan yang aku dapat,
tahi anjing lebih jijik dan hina dari dosa.

Amin Baek said... [Reply]

ada dgr cte dr seorang memb..dia pernah ke jepun tuk exchange student..

rumah jepun,standard la kan,nmpk kosong je..pastu dia tnye tuan rumah akan satu mende tersembunyi belakang kain,dan tuan rumah cakap,itu hantu..rupanya,ia adalah Televisyen...(tp n mungkin jepun yg lama2 kot.sekarangnya da lain..huhu)


btw,rasanya, bila sentuh najis mughalzzah,kita sertu..samak untuk bersihkan kulit haiwan..=)

nice artikel..
bila orang lagi jijik dan takutan najis mughalzaah dr dosa..astagfirullah..

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Pegang tahi anjing tak masuk neraka.
Ha ha ha.

AB,
Eh silap.
Kompius pula antara samak dengan sertu.
Orang Malaysia lebih popular dengan perkataan samak.
Akan diperbetulkan.
Trimas!

buDAK keCIK said... [Reply]

uzlah tu ape?

tp ritu, wktu ak blk cuti ak ade tgk forum perdana. yg sedihnya, b4 forum tu start, mereka sajikan 1 lagu yg dinyanyikan oleh atilia yg gedik2 tu. kalu x silap ak, tajuk lgu tu kekanda adinda...

mmg sgt gedik ak tgk si atilia tu. dia pakai kebaya ketat plk tu. haruskah mereka jemput penyanyi sebegitu utk forum perdana??? ape motif forum perdana wat cam2???

zyr zh said... [Reply]

shawl belit belit -_______________-

Lee Zha said... [Reply]

wey bro, ko ckp bek2 sikit ek! ko pesal nak sound2 aku? alasan la..knon wat entri ko lps tu br tgk blog aku..ckp je la direct nk sound aku!











amacam...lakonan aku?











ok x?







haaaa~ ko espect aku nak butthurt ek bro??




pewlis..aku da matang la..bkn budak2 kaki sentap..



ko nk tegur..tegur la. aku x panas bontot pun. muka aku je panas. sb malu.




bukan sb marah.




so..lau ko rs..aku nak sentap kat ko..




slh chanel ek. ko tau pesal??




sb aku dh anggp ko 'abg' aku even aku xtau antr kita sepa yg tua..




ha ha...fikir2lah ek. lau org yg kita anggap famly sound kita..kita nak nak trasa gk ke?...




akhir kata...



daddy2...daddy slh chanel. haa~ :P


btw, nice en3. n btw. xdak mkna nk panas ponggong kt ang aih. :P

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam
suka la entrynya....
owhh..sertu..

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Uzlah tu berkhalwat.
Berkhalwat tu menyendiri, berkurung dan seumpamanya.
Contohnya, Nabi SAW berkhalwat di Gua Hiraq untuk menerima wahyu.
Ha ha ha.
Monoloque ada sekali?
Siapa organizer?

ZZ,
Ekekeke.

LZ,
Eleleh.
Mentang-mentang budak filem.
Ha ha ha.
Gua tahulah perangai lu.
Kalau tak, takde gua berani pergi komen kat blog lu.
Ha ha ha.
Terharu pulak.
Opkoslah gua lagi tua pase gua dah kawen.
Lu tua tapi tak kawen-kawen.
Ekekeke.

UM,
Salam.
Ya sertu.

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Waktu kecik2, they made Doraemon on air at 7pm.
Exactly when Maghrib's knocking.

Bila Abah balik masjid, all of us kena rotan 3x.
Sebab tak sembahyang lagi, sebab tak dengar cakap mak, sebab buat baca Ta'lim jadi lambat.

TV jahat~

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
3X untuk sebab-sebab tu?
Wow!
Tunggu nanti suami 'rotan' pula.

Budak zaman sekarang bila orang tegur suruh solat, dia jawab..

"Sibuk je.
Aku yang masuk neraka bukan hang."

T_T
Oh adik-adikku, kalau kau mengerti bagaimana seksanya neraka, mesti kau tak mahu jadi seorang yang baligh.

Hmm.
Adik-adikku, insyaAllah boleh!

buDAK keCIK said... [Reply]

a'ah. monoloque ade sekali. tp ak mmg konpem tgh tgk forum perdana waktu tuh.

ak pn ternganga la jgk sekejap tgk atilia gedik tu perform dlm forum perdana.

xtaw la plk tetiba forum perdana wat camtu sbb nk tarik ank2 muda kan kan.
mklum la ank muda zmn skrg ni pntang ade dgr hiburan, laju je kaki dorang tercongok kt situ. ngeh3. tp x trmasuk ngn ak okeyh.

tp gaya dia x kna la. sbb tu kn forum prdana. asal la plk atilia tu nk pakai kebaya ketat bagai? adeyh. ak tgk ramai la jgk remaja laki dok ternganga tgk si atilia yg konon2 manja tp ak nmpk cam gedik semacam je~!

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Abah rotan tak kuat pun actually, but we exaggeratedly cry. Hee

Hurm.. Kalau good girl suami takmow la rotan. Nabi Ayub yang tegas tu pun as he made vow nak rotan isteri dia, he did that using only a bundle of hay. Macam rumput je..

Budak zaman sekarang susah nak solat cus orang lagi tua sekeling dia pun liat nak solat.. Tak pun orang yang ajak tu cakap kasaq sangat, depa pun jadi kasaq la. Ye dok?

Insya Allah adik- adikku boleh=)
Ummat Muhammad semua boleh~!

BungaSahara said... [Reply]

Argh! Bila tukar canel Oasis ke, Forum Perdana ke, Halaqah ke, Al-Kulliyah ke, semua kepanasan lari masuk bilik...

dpn mata sndiri, one of my friend, habis je cerita pe ntah, sy tukar channel siaran Al-Kuliyyah ^_^ dia tros sahaja bangun masuk bilik..emm...
dan penah ditegur, dibalasnya, "sy x ganggu awk kan, so jgn gnggu life sy okeyh!!"

skr ni mcm mne anak2 tak degil, ibu bapa zaman moden ni pun same2 dgn anak2 tgk tv cerita doraemon n sin chan..tak dimarahnye..
hurmmm T_T

wafiakashah said... [Reply]

oh...moga2 aku terus ditiup rasa bosan untuk tengok kotak babi ini... amin... sebab aku mmg agak bosan skrg ni bila tgok kotak babi ni..

Afida Anuar said... [Reply]

Alhamdulillah...alhamdulillah...

syukur...Allah tak halakan hati gua tuk tengok tv, takdak tv beberapa bulan gua masih boleh hidup, dan tak ada rasa apa pun. Rumah gua,astro pun takde... relek je..

Rasanya last gua tengok tv adalah malam tahun baru , cerita iron man kat tv3...tu pun pasai nak tengok pakwe gua berlakon.. Robert dawney tu..hehe. eh apa pun, bagus kan gua tak suka tengok tv? heh!

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum pakcik...hehe..terbaiklah dapat buat tu semua!

(",)b

Lee Zha said... [Reply]

usia je tua..tp jiwa muda g nih...

haaaa~ :P


pompuan keras mcm aku ni lambat sikit nak kawen nye..mamat2 skang nak yg pompuan melayu terakhir bro..


aku out of list. ngee~


p aku cool..pling penting mak bpk no 1. kawen mawen..arrr...


insyaAllah 10 taun g nk pk ley??


:P

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Ha ha ha.
Aku pun heran.
Tapi dunia zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi.
Semua benda nak di'Islam'kan.

PQA,
Biasalah budak-budak.
Ekzejeret nak minta simpati.
Kalau isteri bagi taklim lambat memang kena 'rotan' hati.
Ha ha ha.
Amin.

BS,
Samalah.
Saya cabut kad tengah dia orang tengok TV, dia orang pun kata "Aku tak kacau hidup hang pun. SIbuk ja."
T_T

WA,
Amin amin amin.
Sedangkan Imam Syafie ternampak betis perempuan sekali terus lupa satu dua muka surat hafalan.
Apetah lagi kita tengok aurat secara berleluasa.

AA,
Alhamdulillah.
Moga terus istiqamah.
Tengok internet pun dah cukup.

MH,
Waalaikumsalam pakcik.
Bila nak hantar kad jemputan ni?

LZ,
Kau kenalah jadi ayu sikit.
Masuk kelas memasak ke, berenang ke, balet ke.
Kah kah kah.
33 tahun?
Pehh.
Jadi bini muda pakcik Kuala Kangsar oke kot?
:D

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
- zuriey - said... [Reply]

memangla rancangan tv sekarang banyak berbentuk hiburan dari dakwah..terpengaruh gak kadang2

izzatimar'e said... [Reply]

salam....
maybe da terlmbt, tp ebook cara nabi solat tu awk ad lg x??? tlg emel kat sye ijatmare@gmail.com
mekasih^^

Lee Zha said... [Reply]

BJ : oit2....hengat aku kasaq xtaw masaq ka??...brenang pon aku taw...dh nmnya umah dkt an pantai, sure la kaki escape skolah nak p brenang...haaa..mcm tu taw~ lol

hamboii...xmaw ceq jd bini pak cik tua yg macam pak ceq tu aihh..

xpa..tua2 menikah pon xpa..asai puas bg mak pak duwet. :)


Nur Taufiqah :

yess! i love cooking! :D nak respi cupcakes skali ley??

bg je resipi pa2 pun xksah.


btw..thanks girl. i wait 4 the right guy to see 'who i am'. :D

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Glad to have you here.

ZUR,
Huu.
Kurangkan menonton.

IM,
Salam.
Sedang dihantar.
:)

LZ,
Kasaq kasaq pun janganlah sampai cakap masak jadi masaq.
Tak masuk kamus Utara oih.
:D
Pehh.
Jumpa geng dah.
Habeh habeh.

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
~PENCHENTA~ said... [Reply]

wahh.. kirim salam anak kau ehh.

GigiWangi said... [Reply]

tv memang banyak keburukan dari kebaikan. apa2 pun, kena balik kepada parents, kawal channel tu.

kalau bapak aku tak berkeras suruh tutup tv waktu maghrib, memang teruk lah adik-beradik aku skang. haha. dunia akhirat entah ke mana.

aku selalu perasan, cerita best-best, mesti letak waktu nak maghrib. Ahh, susah nak elak. haha.

Ketagih dengan cerita korea, jangan cakap lah. haha

Eh, internet pun sama level dengan tv kot. haha

GigiWangi said... [Reply]

tv memang banyak keburukan dari kebaikan. apa2 pun, kena balik kepada parents, kawal channel tu.

kalau bapak aku tak berkeras suruh tutup tv waktu maghrib, memang teruk lah adik-beradik aku skang. haha. dunia akhirat entah ke mana.

aku selalu perasan, cerita best-best, mesti letak waktu nak maghrib. Ahh, susah nak elak. haha.

Ketagih dengan cerita korea, jangan cakap lah. haha

Eh, internet pun sama level dengan tv kot. haha

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Pehh ayat lu.
Ha ha ha.

PEN,
Dia kirim salam maut kat kau.

GW,
Yng komen-komen belah atas gua boleh accept.
Internet tu gua tak boleh accept.
Ha ha ha.
Sebab internet ni ada option lebih sikit.
Tambahan pula boleh scroll.
Lagipun gua banyak baca tulisan saja.
Kalau TV, apa dijamu kita kena hadam.

roses said... [Reply]

finally.
xsangka di vavikannya tv tersebut.haha.

wahwah.menarik betul.ade kelas masak kari jugak disini:D:D

share2lah taufiqah.

shameel Iskandar said... [Reply]

salam ukhwah buat sahabat.

” Media umpama pedang yang tajam. Andainya digunakan untuk berjihad, jadilah ia alat berjihad. Tapi, andainya digunakan untuk merompak, maka jadilah ia alat untuk merompak.” seingat saya ini adalah kata-kata Qardhawi. Mudarat atau manfaat lantas redha atau murka Allah bergantung kepada bagaimana kita menggunakan media tersebut termasuk tv.

Apapun, saya sokong tindakan saudara yg menguasai dan bukannya dikuasai tv. sangat bagus, apabila hanya program or rancangan yg membantu sahsiah diri dan peningkatan ilmu spt astro oasis yg diberi tumpuan.

Tapi, kita kena faham juga, ketidakwujudan biah solehah menjdi faktor terbesar kemusnahan masyarakat dan bukannya media termasuk tv semata-mata.

Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Aku pun nak ikut cra ko sorok kad astro..tapi aku tkut abah aku pelangkung kepala aku sebab beliau hari2 layan History canel..
Kau dan Aku crita apa?
Ko layan jugak ek..tau jek...
hahhahaha

nveil said... [Reply]

Okay teringat pada zaman tv petak, pakai antena atas rumah, ketuk-ketuk bila tak dapat siaran, petik cari siaran sambil bunyi "ketik. ketik.", pakai button muncung panjang untuk ejas kaler.

pakai tangan. direct touch.

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Wah wah.
Mana belajar word 'vavi' tersebut?
Heh.
Selamat belajar memasak.

SI,
Salam.
Terima kasih atas perkongsian.
Macam saya kata di atas, TV tidaklah haram jika diguna di tempat yang sepatutnya.
Tapi kini rancangan televisyen seakan sudah tidak ada tapisan.
Benar ketidakwujudan biah solehah menjadi salah satu faktor kemusnahan masyarakat, tetapi perlu diingat media masa kini merupakan senjata ampuh yang digunakan pihak kafir (Yahudi & Nasrani) sebagai jarum menyucuk secara halus memusnahkan biah solehah itu sendiri.

PQA,
Heh.

AATP,
Lock canel weh.
Canel History biar.
Urgh!
Aku tertengok masa aku membebel adik aku tengah tengok.
Cerita Aril pejadah nari-nari shuffle-shuffle.

NVE,
Masa dulu gua kalau balik rumah tokwan layan TV hitam putih.
Tengok wrestling dengan tokwan gua.
Opps.

roses said... [Reply]

wah lupa pulak.eh anda ke yg aja?

wah sonoknyee.bole.bole.
nak dua-dua okeh.ngan jala die sekali.:D:D

singgah blog pqa nanti:D

Umma-ali said... [Reply]

Salam, manyaknya komen, juling mata nenek baca, x bc semua laa nmnya! nnti senang2 kita layan balik...
Skli masa bru blik dr sbrg laut, dlm laut...x kire laa...ada karkun mai umah khususi bapak, waktu tu ramai tgh melopong adap peti ajaib! bapak kita pun kata lah, bkn semua pogram x baik dlm tv tu, ada juga pogram yg baik2...btul la tu, kan?
skli karkun tu pancung mcm ni...

klu dalam pinggan kita ada ayam goreng, ada itu ini lauk yg sedap2...tapi ada seketul najis kat pinggan kita, alaa tepi je, tak kena lauk2 tu pun, nasi pun tak kena, tp tetap dlm pinggan kita lah, nak ke kita makan nasi n lauk2 tu wpun x kena najis seketul tu?

haa...jawab! jawab!
itu satu hal..

once when i was in my tkc school, ada old girl(old student laa, dah sek pompuan, old girl la kan) came for a visit, maka ramailaa adik2 yg kerumun cik kak tua ni, dia smbg bljr di australia...km pun mntklah laporan/cerita2 khidupan di sana, mklumla sume berangan nk pegi oversea kan...
so dy pun smngatlah cerita...sampai cerita pasal makan, she said, kkdg very hard not to accept invitations from aussies, so one day we went n hidangan best sgt lah, but ada pork jgk!...on the plate itself! i repeat, on the plate itself!!! so what did u do? oh! i just leave it alone and eat the rest!!!

haa...sapa yg dah nak muntah? cepat2 cari toilet!!! habis keyboard ni nanti!!!
huk huk huk...itulah kami punya "old girls"...sian depa na!
tapi kami tak mcm depa, alhamdulillah berkat usaha agama yg masa tu dah mula dijlnkan oleh awwalin, angin2 hidayat telah sampai ke kolej kami, and alhamdulillah, in all 600 students, 2 pakai tudung!!! me?
nooo...not until form five...lambt dpt hdyt...anyway, alhamdulillah 'ala kulli hal...i'm alredi a ninja now!!! or so the term used for us...hapa2 lah!!!

Umma-ali said... [Reply]

owh, by the way...komen n3 yg lps tu bknnya nak nyorok...masa komen tgh guna account suami...pastu dah dkt nak 'asar, nak switch acct jgk...suami dok seru, asar...asar...urghh seruan yg mesti di sahut...seruan Allah n seruan suami...so publish ajelaa...hehehe, pandai ko ea bijen!!!

Benrauf said... [Reply]

tv 42" di rumah gua hanya dibuka ketika hari raya. kali terakhir dibuka bulan zulhijjah tahun lepas. skang zaman internet kot.

internet gua sedang memaparkan nota siku. apakah statusnya?

z@i said... [Reply]

umah ambo xdok astro

pah arial plok xbrapo molek

kiro slamat la cket

tapi kalu nk tgk buleh jer btulkn arial tu..kui3


agak2 pakcik astro nak saman x si bijen.m nie? die suruh org unsubscribe astro lak

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Batman.
Kah kah kah.

UA,
Salam.
Yo nenek ninja.
Heheh.
As usual, orang lama ni sentiasa bernas dengan pengalaman dia.
He he.
Well.
Thanks.

BR,
Syabbas bette syabbas.
Nota Siku ni background hitam.
Agak-agak serupa apa?

ZAI,
Pehh.
Rumah idaman ah gini.
Ha ha ha.
Oh.
Cakap kat pakcik Astro, Imam Muda dari hensem-hensem pakai jubah pakai kopiah last-last pakai kemeja saja.
Janggut pun kena trim.
T_T

aliaazuan said... [Reply]

Salam.
TV nya dah meletop 8 thn lps. Betul2 kluar bau hangit. Alhamdulillah..
Tak tau la samada internet ni dlm senarai menunggu atau tidak...
?????

Org skrg sgt pelik kalau takde tv kat umah. Kalau takde Quran/kitab taklim, tak pelik pula. :(

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Tahniah!
Ha ha ha.
Orang zaman sekarang.

Lee Zha said... [Reply]

bro bijen jeless~ ckp je la xley nk mkn pe ktorg 2 pqa msk...hahaha :P

fuad ansari said... [Reply]

Dapat dibayangkan kalaulah xde tv dan internet kat rumah, insyaAllah lebih banyak waktu dapat diluangkan dalam perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah..

Doakan saya tuan.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Ceh ceh ceh.

FA,
Benar.
Semoga kita semua diberi petunjuk olehNya.
Amin.

Tuan Auz said... [Reply]

Malaysia ni mmg da byk sangat channel hiburan~ xpaham juge naper gitu.

Tuan Auz said... [Reply]

Malaysia ni mmg da byk sangat channel hiburan~ xpaham juge naper gitu.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

bnyk sgt comment ni. smpai aku dah lupa nak comment apa. T.T

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Sebab kurang kesedaran
Faham tak gitu?
:D

PEN,
T_T
Dah tua rupanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...