17.1.11

Ciri-ciri pasangan nak ke syurga.

Tahukah lu orang apa itu bidadari? Gua pun tak tahu nak describe macam mana. Tapi lu orang boleh bayang bidadari ini macam perempuan yang super duper cantik. Tambah-tambah kalau bidadari syurga yang mana bila seseorang itu tengok, tentu dia melopong mulut ternganga untuk satu tempoh yang lama. Kadang-kadang sampai orang boleh pengsan tengok betapa cantiknya bidadari gua cakap lu.

Dalam syurga nanti ada satu bidadari nama Ainul Mardhiah yang akan menemani pemuda yang syahid di medan jihad. Dia punya cantik tak payah cakap. Gerenti habis. Memang menjadi idaman seluruh alam. Idaman setiap pemuda-pemuda yang single-single macam gua. Gua pun ada aim juga nak dapat satu tapi tak tahulah dapat ke tak. Siapalah gua ini.

Isteri Ketua Bidadari
Itu bab pemuda yang single macam gua. Macam mana pula dengan lelaki yang dah berkahwin dan berumah tangga macam gua? Untuk lelaki-lelaki yang dah berbini macam gua ni, nanti dalam syurga bini kita naik taraf jadi ketua bidadari. Bayangkan bidadari pun dah cukup cantik. Ini pula bini kita naik taraf jadi ketua bidadari yang sepuluh kali ganda lagi cantik dari bidadari syurga. Pehh! Meleleh beb. Itupun dengan syarat laki bini masuk syurgalah. Kalau masuk neraka, lu fikirlah sendiri.

Macam mana laki bini dua-dua dapat masuk syurga? Untuk perkara ini kita sudah ada benchmark untuk kita semak adakah sudah mampu kita dapat masuk syurga dengan pasangan kita. Benchmark yang paling ulung dan agung yang kita tak boleh pertikaikan sampai bila-bila. Siapa pasangan-pasangan bertuah kali ini? Mari kita lihat siapa yang kena.
  • Nabi Muhammad SAW & Khadijah Rha - Laki bini masuk syurga
  • Nabi Nuh AS & bininya - Laki masuk syurga, bini masuk neraka
  • Firaun & Asiah - Laki masuk neraka, bini masuk syurga
  • Abu Jahal & bininya - Laki bini masuk neraka
Laki Bini Syurga
Pasangan pertama dapat masuk syurga dua-dua. Kenapa? Sebab si laki buat dakwah, si bini pula teguh di belakang menjadi assistant setia buat si suami dalam apa jua keadaan sekalipun. Lepas Nabi SAW dapat wahyu di Gua Hiraq, peranan Khadijah Rha sangat penting. Beliaulah yang menjadi penenang Nabi SAW ketika Baginda tak keruan terkejut dengan peristiwa di Gua Hiraq. Selepas Nabi SAW ditabalkan menjadi Rasul, peranan Khadijah Rha bertambah penting dalam membantu usaha agama. Daripada seorang jutawan ulung akhirnya Khadijah Rha wafat sehelai sepinggang. Sampaikan di saat nak mati dia bertanya kepada Rasulullah SAW, jika tulang-tulangnya dapat digunakan untuk membantu agama Allah SWT, dia sanggup untuk mewakafkannya. Pehh! Lu tengok bro. Bini yang sanggup bekorban apa saja untuk agama. Membantu suaminya dalam apa jua keadaan. Daripada jutawan menjadi sehelai sepinggang. Maka layaklah dia menjadi ketua bidadari.

Laki Syurga, Bini Neraka
Pasangan kedua, laki saja masuk syurga. Kenapa? Sebab si laki buat dakwah, si bini sendiri menentang usaha suaminya. Bininya ingkar dan kufur kepada Allah SWT. Bhai! Sedangkan bini nabi pun tak dapat masuk syurga, inikan kita bini orang biasa-biasa. Bila si suami nak buat usaha dakwah, si bini halang. Suami nak keluar di jalan Allah SWT, si bini tak bagi. Dah halang satu hal. Menyusahkan lagi si suami itupun satu hal. Maka endingnya, si suami sajalah dapat masuk syurga tinggalkan anak bininya.

Laki Neraka, Bini Syurga
Pasangan ketiga, bini saja masuk syurga. Kenapa? Sebab si bini beriman kepada Allah SWT sedangkan suaminya ingkar dan kufur kepada Allah SWT. Si suami tak nak taat perintah Allah SWT. Orang suruh solat kat masjid, tak nak pi. Orang suruh solat di rumah, malas. Suruh puasa, macam-macam alasan. Maka kalau si bini saja beriman kepada Allah SWT manakala si lelaki kufur dan ingkar perintah Allah SWT, bini sorang sajalah masuk syurga.

Laki Bini Neraka
Pasangan keempat, laki bini masuk neraka. Kenapa? Tak payah cerita. Semua orang pun tahu. Dua-dua ingkar dan kufur perintah Allah SWT. Mereka tahu Allah SWT itu benar. Mereka tahu Islam itu benar. Tapi sebab kedudukan, pangkat, harta, takhta, mereka kufur dengan Allah SWT. Mereka sanggup kehilangan syurga Allah SWT lebih daripada sanggup kehilangan nikmat dunia yang sementara. Malah mereka ini menentang kuat usaha dakwah Nabi SAW. Bila orang datang berdakwah, disekatnya dengan macam-macam halangan. Bila orang datang masjid, dilemparnya beg-beg keluar masjid. Bila orang datang berdakwah ke rumah, ditutupnya pintu rapat-rapat. Tak cukup dengan itu, caci-maki, kutuk hina menjadi zikir di hati. Oh oh! Na'uzubillah.

Peranan Bini
So, pilihlah pasangan mana untuk lu orang jadikan role model untuk kehidupan di akhirat sana. Ingat, jika hari ini kita seorang alim, belum tentu bini kita dapat masuk syurga dengan kita. Jadi kepada para bini, lu orang juga kena main peranan sendiri untuk masuk syurga. Bukannya mengharap kepada suami. Lu pun kena bantu suami buat usaha agama. Inilah pentingnya peranan wanita di dalam rumah. Bila si suami berjihad di luar rumah, si isteri turut berjihad di dalam rumah. Mengajar anak-anak menjadi anak soleh-solehah yang dapat mendoakan kedua ibu bapanya. Menyediakan layanan first class untuk suaminya bila pulang ke rumah. Menghidupkan rumah dengan suasana agama bila suami tiada.

Tapi kalau si bini dah sibuk bekerja di luar rumah mengharap kat orang gaji saja, silap hari bulan orang gaji pula yang jadi ketua bidadari syurga untuk suaminya. Ha ha ha! Betapa ruginya si isteri yang ada orang gaji di rumah kerana tak dapat kaut pahala banyak-banyak. Kalau bini layan suami tolong urut, tolong bancuh kopi, tolong basuh baju kat suami, pahala berketul-ketul emas dah dia dapat. Tapi kalau orang gaji yang buat, dapat putih mata sajalah. Jadi sekarang, pilihlah lu orang nak jadi bini yang macam mana? Keh keh keh!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

55 comments:

Nur Fatin Nabila Zeeyan said... [Reply]

:)

Lee Zha said... [Reply]

aku doakan kita semua dapat jodoh yang boleh di bimbing dan membimbing..



amin....


mak aku pantang lau aku ckp sal kawen, sb lom ckop umo. so smentara lom ckp umo ni..taat an mak bpk je la..

kau lak bro..bila nk kawen ni??? aishh..da bhabuk pantun aku karang khas wat g merisik bini ko tau?

ngeee~ :D

nveil said... [Reply]

payung mas. payung mas.

z@i said... [Reply]

mode: bersiap sedia jadi ketua bidadari

dah tgh bulan januari dah nie. bila IPB bro?

Bijen M. said... [Reply]

NFNZ,
:D

LZ,
Amin.
Pehh.
Belum cukup umor pejadah.
Kau dah tua kot.
Ha ha ha.

NVE,
Sanggup ke?
Ha ha.

ZAI,
Tsk.
Tengah tunggu Petronas bagi kata putus ni.
Sobs.
Doakan semoga Allah pilih cepat-cepat.

CS said... [Reply]

salam,
ambition:nk jd ketua bidadari..Amin!
wpun tersangatlah sukarnya, tp sgt berharap Allah dpt didik diri ini...InsyaAllah..
so Tn. Bijen...carilah & pilihlah bakal ketua bidadari yg terbaik, InsyaALlah.

Perindu_Ilahi said... [Reply]

Salaam alaykum

sekadar peringt bersama , sesungguhnya perempuan2 yang baik adalah utk llk2 yang baik dan begitulah sebaiknya...
jika kita inginkan yang baik sehingga boleh bersama nya kesyurga, kita kenelah menjadi baik dulu,pasti takkan menyesal..

moga kamu bertemu bidadari syurgawi juga suatu masa nanti,insya Allah ^^

menusuk hati said... [Reply]

sapa2 korang wanita nak jadi isteri aku,hubungi aku di sini

muahahaha!
Bro..carikan aku juga ye..

hidayu samsudin said... [Reply]

SALAM...

:)

Myra Arshad (: said... [Reply]

laki bini syurga. insyaallah :)

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Salam.
Amin.
Kita berusaha.
Semoga Allah pilih.
He he he.
Sedang mencari.

PI,
Salam.
Benar.
InsyaAllah, amin.

MH,
Wahaha.
Promot sampai ke sini.
Haa kepada gadis-gadis.
Siapa nak cari calon suami boleh roger MH.
Orangnya hensem, buat usaha agama.
Dah redi nak kahwin.
Gua je belum redi lagi.

HS,
Salam.
:D

MA,
InsyaAllah, amin.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Mudah2an dapat suami yang boleh bimbinig masuk syurga..
yang boleh bantu buat kerja rumah..
yang tahu menghargai bini..
yang tau berterima kasih dengan bini..
Yang rapat dengan anak anak..
yang hormat dengan bini..

eh..
mudah mudahan la kan...

AMIIIIIIIINN..

wafiakashah said... [Reply]

berdoalah dari sekarang... rezeki, jodoh dan maut telah ditetapkan... jodoh akan datang sepertimana maut akan datang kepada kita.. jadi berdoalah agar jodoh kita diberikan taufik dan hidayah, agar bila dah kawin nanti lebih senang untuk usaha atas agama sama2.. :)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

dalam surah ar-rahman bnyk cakap pasal bidadari ni...

cubalah bukak.... cairr hati aku... grrr...

GigiWangi said... [Reply]

Tolong doakan aku, laki bini syurga. haha. Weh, kau tulis mcm ni, terasa nak kawen. hahahhahhahaha

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam,
nama saya,siti mardhiah
si bidadari dunia
ainul mardhiah pula bidadari akhirat
tapi dia hanya pembantu
pembantu saya & mr.zauj
Aminn

menusuk hati said... [Reply]

"DOAKAN GUA - TAK LAMA DAH

Pengembaraan 4 Bulan (IPB) - Jan 2011"

bro,dah separuh bulan 1 dah ni..bila tolaknya?Moga2 tercapai hasrat...Oi pengkomen sekalian,doakan bro kita ni ya

Tuan Auz said... [Reply]

Insya Allah akaN diusahakan jadi isteri camtu.

Aku hope Suami aku tu nanti..bakal suami~ haha. anyone la yg Allah da tetapkn yg pasti... semga dia dtpt didik aku jadi manusia yg baek dan beriman. n opkoz hope dia rajin masak...coz aku ...er masak sikit2 leh r. haha. dan hope laki aku bleh urut bahu n pale aku! aku ni pinar2 selalu

Tuan Auz said... [Reply]

eh ko nk kawen da ke?? :D bile? hehe

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

setuju dengan PERINDU_ILAHI

:)

Bijen M. said... [Reply]

ARA,
Ha ha ha.
Bunyi sinis je ni.
Apa-apa pun amin.

WAF,
Itu sebaiknya.
Mudah-mudahan.

PEN,
Pehh.
Nak ngurat bidadari ke?

GW,
Haa.
Kahwin lekas.
Amin untuk laki bini syurga.

UM,
Salam.
Semoga tercapai impian.
Amin.

MH,
Tsk sob.
Tolong doakan aku moga Allah pilih cepat-cepat.

TA,
Ha ha ha.
Tinggi cita-cita.
Semoga dipermudahkan.
Amin.
Err.
Macam mana kau boleh bajet aku dah nak kawen?

JF,
Salam.
;D

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Hurm...

...يعلم الله ما في قلبي

buDAK keCIK said... [Reply]

ak pn nk jd ketua bidadari syurga~! tp ak kna carik calon suami yg beriman gak supaya kami laki bini berpeluang utk msk syurga...

TAPI laki zmn skrg ni...adeyh susah utk dimengerti. tp pompuan pn sama. ak pn masih byk pahala yg prlu ak kumpul sblm layak utk jd ketua bidadari syurga...

buDAK keCIK said... [Reply]

ak pn nk jd ketua bidadari syurga~! tp ak kna carik calon suami yg beriman gak supaya kami laki bini berpeluang utk msk syurga...

TAPI laki zmn skrg ni...adeyh susah utk dimengerti. tp pompuan pn sama. ak pn masih byk pahala yg prlu ak kumpul sblm layak utk jd ketua bidadari syurga...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

kahkahkah. x agak2 soalan tuh. err, bidadari tu pmpuan kan? so kalau pmpuan, ada bidadara ke?

Afida Anuar said... [Reply]

Abang... saya tak nak ambik orang gaji ...saya akan buat semua kerja rumah. Saya janji......

^_^

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Peace!
Chill chill.
I think I'm supposed not to write this yet.
:D

BK,
Haa.
Bak kata Pencinta Ilahi, siapkan diri kita insyaAllah jodoh kita pun baik macam kita.

PEN,
Dah kau kata kau cair.
Ke ke ke.
Perempuan layan suamilah.
Nak bidadara apa lagi.
Keh keh keh.

AA,
Haa.
Bagus-bagus.
Bukan nak menyusahkan bini.
Tapi nak bagi bini pahala lebih.
Yer dok?

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Tak pe lah..

Khadijah pun sebelum kahwin dgn Nabi Muhammad, she's actually not the stay- at- home kind of lady. She's not just pretty, but also very, very smart n kuat semangat.. She uses her intelligence n abilities to the fullest, n even entitled as The Queen of Mecca n At-Thaharah..

Dah sama dengan Nabi Muhammad, a very splendid figure, then there she is, becoming the best woman in his life, devoting her life to him n Deen in ways a wife could n should do..

Saya usaha atas tanggungjawab yang ada dekat saya sekarang whilst preparing myself to be the best gift for a man Allah had written for me to be with.

Ceq tak marah pun hangpa tulis ni. Hari tu kan ceq dah nangis cukup2.. Ni memang peace n chill je..

^^

~PENCHENTA~ said... [Reply]

ishkk. kalau tak kawin lagi? aaaa.... cmni nk kawen cepatlahh. :p

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alaikum...
slps ni kene tukaq cita2 nih ^_^
then prepare diri sndiri sblum nak yang hebat2...rite ^_^

Lee Zha said... [Reply]

ne de tua...baru 23 la..

'lom ckp umo' di situ ialah dari segi usia + wang poket + kematangan + kesediaan..

haa..ko ingt nk jd bini org sng ke..kena ckup ilmu d dada beb..

aku xckp umo lg la kiranya tu...

ngaaaa hahaha :P

|| A r a W a n i || said... [Reply]

hakhak.
xda la sinis mana cik Bijien ui..
Cuma berdoa.
Moga ALLAH perkenankan.
Mana la nak cari lelaki macam tu ye?

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Good point there.
You learn a lot.
:D

PEN,
Ha ha ha.
Nabi SAW ada 4 perkara kena segerakan.
Salah satunya menikahkan anak perempuan bila dah sampai waktunya.
Ke ke ke.
Kalau mati sebelum sempat kahwin, nanti dalam syurga dengan laki jodoh kita di dunia.

BS,
Waalaikumsalam.
Cita-cita tak perlu tukar.
Teruskan dengan jalan kita sekarang.
Buktikan even anda seorang engineer ke doktor ke lawyer ke anda tetap ada masa untuk family dan mampu jadi isteri terbaik.
Buktikan.

LZ,
23 untuk perempuan kira nak masuk tua dah lah bro.
Kakak gua pun kahwin 23.
Ekeke.

ARA,
Cari di tikar sejadah di sudut bilik di setiap awal waktu solat dan tengah malam.
Insyaallah.

- zuriey - said... [Reply]

gua nak juga masuk syurga dengan laki gua..tapi gua belum ketemunya lagi

mariah said... [Reply]

salam.. thnks untuk follow. for the 1st, sy mencari ssuatu di blog kamu dan akhirnya setelah membaca bberapa entri, terbukti blog kamu sgt bagus dan bermanfaat. teruskan menyebar ilmu.. mabruk 'alaik

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Harap aku dan bakal laki aku akan jd cam pasangan yang 1st tu..
amin..

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Hee^^ Thank you..
^^ أتعلم ,أفهم ,أفعل ,أشارك

shameel Iskandar said... [Reply]

salam ukhwah fillah.

Syukran atas perkongsian info yg amat bermakna.

"Agama itu nasihat"

Afida Anuar said... [Reply]

Ambil apa waktu belajar kat UTP?

kalau ambil software engineering dan yang sewaktu dengannya, kalau nak terai boleh la forward resume kat saya..apa2 jawatan pun, sebb company tengah hiring skrg. Kalau bukan bijen pun, member2 lain ka...wahh promote kat sini pulak yer..hehe

Norafida_Anuar@mahindrasatyam.com

Bijen M. said... [Reply]

ZUR,
Semoga lu bertemu jodoh dengan lelaki yang dapat bawa ke syurga.
Amin.

MAR,
Salam.
Terima kasih.
Semoga bermanfaat.
:D

AATP,
Amin amin amin.

PQA,
Wekem.
Pehh.
Nak ajar Arabic pula ke?

SI,
Salam ukhwah fillah.
Afwan.
:D

AA,
Yup major SE minor corporate management.
Wahhh!
Anda di Satyam ke?
Base mana?
Gaji masyuk kot.
*_*
Nanti saya roger.
Sekarang tengah selesai dengan Petronas.

Husaini said... [Reply]

salam tuan..
bile nk dtg IPB??

Afida Anuar said... [Reply]

Gaji takde la mahsyuk sangat bijen. Ciput je. Serius, tapi alhamdulillah bulan2 cukup, insyaAllah...Saya base kat cyberjaya ni. Tp depends atas projek jugak la...Ok no hal, selesaikan apa yang patut..

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Tengah mengidam yang nmbor 1 gak!
Tapi kena usaha, takleh ckp saja.
Huhuhu...

Anonymous said... [Reply]

Dah reply to your gmail account dari mail opis ni. It says,
"the recipient's mailbox is full and cant accept message.Microsoft Exchange will not try to redeliver this message for you. Please try resending this message later, or contact the recipient directly"...mcm artis pulak bijen M ni..heh!

PS: clear la dulu mana yg patut, nanti saya send balik.

Anonymous said... [Reply]

Alamak, keluar tanpa nama pulak dah..
Yg tanpa nama tu kat atas tu, nama dia

Afida Anuar

Bijen M. said... [Reply]

HUS,
Salam.
Hanya masa menentukan.
Tengah tunggu Petronas bagi kata putus.
Doakan saya.

AA,
Okes.
Jangan salahkan Gmail.
Ha ha ha.

AA,
Salam.
Targhib masturat ni.
Kamon kamon.

Lee Zha said... [Reply]

tua bagi kau..muda bagi mak aku..

nak kawen lau mental, zahir dan batin xready xley gk bro..

gpun restu mak tu penting..dia xrestu lg..

so sila jauhkan diri.

ha ha ha

Anonymous said... [Reply]

Salam,
ada bbrp kategori pasangan yg masuk syurga asbab usaha dakwah suami...
top skli yg sama2 bergiat dgn suami, suami keluar jln Allah, sskali dia pun keluar sama...sama2 bantu mambantu buat usaha agama...maka dia akn tunggu suami 1000 thn sebelum suami masuk syurga...jenuhlah diandamkan, pi salon, rebonding mak ding sume ada yg super duper punya sbb nk tunggu pngntin llki ni laa...dy ni si ainul mardhiah pun kalah n malu...n ainul mardhiah lak jadik dayang dy yg paling top!!! cantiknya dy ni 70x kecantikan ainul mardhiah!!! tau cmna cntiknya ainul mardhiah? dia duk atas takhta dan bl dy toleh pipi dy je maka malaplah sinar matahari...ie pipi dy pnya nur lbh dr matahari!!! jd yg istri kategori top ni lbh mantop dr ainul mardhiah! huhu x dpt bayangkan btapa cntiknya sehinggakan suami dia tak toleh pun pd si ainul mardhiah ni!!!
second top yg sama2 buat usaha tapi x kuar ikut suami, namun usaha galakkan n beri dorongan sokongan pd suami...klu ada sdra mara cemuh, dia back up dgn semangat...tp blkg tabir je...masuk gak syurga 500 thn lbih awal, o ye dsamping beri galakan, dy jaga amal di rumah esp ms suami xde sbb nk qiyam spnjg mlm solat pun xpe, abg xde...dy ni jadik gak ketua bidadari...cuma 2nd categorylah.
third category...ni x bgkang suami kuar jln Allah..syok pun ada, sbb xpyh masak...xpayah basuhkan baju suami...tak payah makeup2 tiap2 malam sbb suami xde...yg paling best bole balik kampung, tdo celah ketiak mak...lama2 duk kampung pun xpe...ok so yg ni sok masuk gak syurga sbb amalan suami dy x tentang, jd dpt gak phla free...tp yg sedihnya sok jadi tukang cuci kaki suami je, dalam cuci2 ainul mardhiah pun datang rembat...bw masuk bilik...emm putih biji mata lahhh...dapat tgok suami dari jauh je malyan bidadari2 yg cantik jelita...
ok, semoga dapat jadi yg top tu laa kan? Azam? InsyaAllah...

Ali ridha said... [Reply]

ingat perempuan cantik je.
dah terus terpikat.

# # Perempuan tolak cinta lelaki baik !# #

# # Perang baju-T RHETT & LINK’S !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Alahai.
Nabi kata ada 4 perkara tak boleh lengah.
Salah satunya, anak perempuan dah cukup masa kena kahwinkan cepat-cepat.
He he.

TN,
Salam.
Tasykil maut ni.
Terima kasih!
Saya tahu anda siapa.
Ha ha ha.

AR,
:)

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Ho ho.. It takes only a few days to thicken the pages of my notebook with marriage thingy in different ways and perspectives I'm usually being exposed to.

Tapi macam kecut perut to read the categories of wives in heaven..

Tapi banyaknya ilmu dapat. Happy~

^^

Bijen M. said... [Reply]

PQA,
Wahh.
Dah boleh kahwenlah gini.

roses said... [Reply]

amin.amin.
impian sume perempuan kot.:)

cepat sikit kawen bro.xsabo nk mkn ns minyak.:D:D

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Tengah kahwinlah ni.
Cuba bawa bersabar sikit.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Semua orang nak ke syurga tak kiralah laki mahupun perempuan, yang melayakkannya diri kita sendiri..moga2 kita menjadi pilihan yang terpilih di antaranya. InsyaALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...