6.1.11

Cilake, cilake!

Salam hormat kepada tuan-puan yang budiman. Sebelum kita ke peringkat seterusnya, moleklah dahulu kiranya kita mengenali kosa kata ini, cilake. Cilake atau nama sebenarnya celaka mempunyai beberapa maksud yang kurang enak. Menurut Kamus Pelajar, celaka boleh bermaksud tidak baik (tentang nasib), bencana atau kesengsaraan dan juga digunakan sebagai kata makian yang bermaksud bedebah. Tetapi dalam Nota Siku, perkataan tersebut diubah ejaannya menjadi cilake supaya tampak lebih sopan kerana lu orang boleh menyebut perkataan tersebut dengan tersenyum riang ria. Maknanya jika jumpa gua guna perkataan cilake, janganlah anggap gua memaki secara serius. Bayangkan saja gua tengah berkata dengan muka senyum lebar sambil makan kacang kuda.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dah kapel perangai macam cilake. Ye dok?

Dalam alam Melayu, terdapat juga peribahasa yang menggunakan perkataan tersebut dalam bahasa pertuturan seharian. Malah orang tua-tua juga pernah berkata, "Cilakelah lelaki yang suka bertangguh dan cilakelah perempuan yang suka keluar malam."

Lelaki Bertangguh
Kenapa lelaki bertangguh ni cilake orangnya? Sebenarnya bukan lelaki saja. Gua rasa kalau perempuan jenis suka bertangguh pun sama naik cilakenya. Sebab apa? Sebab kita fikir kita ada kuasa yang boleh kontrol nyawa kita, boleh kontrol masa kita.

Hari ni bila orang ajak pergi solat dekat masjid, kita jawab "Lek lu. Sap kok lu. Muda lagi." Bila jumpa kita-kita yang tengah jaga kedai orang ajak pi masjid, kita kata "Pi lu, pi lu. Satgi habeh kerja aku pi." Kadang-kadang mood baik sikit kita kata "InsyaAllah, insyaAllah. Satgi saya sampai." Ada juga kita-kita yang jawab "Alar muda lagi yob. Nanti 40-50 tahun nanti aku pi la. Jangan risau."

Bila orang ajak bertaubat, kita kata "Lek lu. Zaman muda-muda ni lah nak seronok. Nanti tua-tua bertaubatlah." Bila orang suruh pakai tudung, kita kata "Ish. Belum dapat hidayat lagilah. Nanti-nantilah." Semua kita bagi alasan macam-macam untuk tangguh. Sebab apa? Sebab kita rasa kita ni tuhan boleh tahu sampai bila kita boleh hidup, bila kita mati. Kita boleh ramal masa depan kita jadi macam mana. Kita rasa kita tuhan sebab boleh bajet kita mati atas katil dapat mengucap kalimah Lailahailallah.

Kool kan kita boleh kontrol semua tu. Kita kan tuhan, apa ada hal? Boleh hidup 40-50 tahun. Boleh tahu nak mati macam mana. Boleh kontrol semua kat dunia. Wow sangat! Bila orang ajak pi haji, kita jawab duit tak cukup lagi. Padahal duit yang ada pergi belanja beli kereta buat rumah besar-besar. Pejadah? Bila orang ajak pi jihad, kita cakap awal lagi. Agama tak kronik lagi. Masih boleh survive. Padahal tak sedar agama Islam dah kena tindas. Masih berangan lagi. Bila orang ajak keluar di jalan Allah, kita cakap belum sampai seru lagi. Sibuklah. Padahal masa habis buat benda-benda tak berfaedah. Online Fesbuk, shopping, baca blog, blablabla.

Dah! Malas nak cakap banyak. Kita semua ada pengalaman, pernah buat macam tu. Lu fikirlah sendiri. Siapa yang bagi nyawa dekat kita? Siapa yang tentukan ajal kita? Siapa yang rancang takdir kita? Siapa yang kata kita mati macam-macam mana? Maka cilakelah kita yang berlagak seperti tuhan yang tahu bila kita nak mati sekian-sekian.

Perempuan Keluar Malam
Zaman gua muda-mudi nostalgia awal tahun 90an dulu, bila orang tua-tua tengok perempuan keluar malam depa panggil burung hantu. Selain itu depa panggil juga bohsia. Dalam Mastika pun banyak cerita pasal gejala bohsia bohjan yang melanda negara pada suatu ketika dulu. Tapi sekarang label bohsia bohjan ni dah tak femes.

Mungkin gejala ni dah makin menular sampai orang tua-tua tak tahu nak kata apa dah. Benda ni dah jadi kebiasaan. Kalau dulu susah nak jumpa perempuan keluar malam. Kalau keluar pun untuk tujuan pergi mengaji kitab kuning dekat surau. Mengaji Quran dekat tok guru. Pergi solat berjemaah dekat masjid. Pergi tuisyen barangkali. Tapi sekarang, rata-rata perempuan dah biasa keluar malam. Apa yang dibuat? Bukannya pergi surau mengaji kitab kuning. Bukannya jumpa tok guru mengaji Quran. Bukannya pergi masjid solat berjemaah. Tapi tempat yang dituju mapley makan Roti Bakar Telur Manis. Pergi tengok bola dengan pakwe. Pergi joget-joget dekat kelab dan disko. Pergi weng sana weng sini. Pergi menarik dengan pakwe naik RXZ. Pergi tengok wayang dengan member-member. Pergi konsert Anwher Zain dengan... opps.

Kalau dulu orang panggil bohsia bohjan, lepas tu chia, cikaro. Mungkin sekarang label yang sesuai adalah beech. (Sengaja dieja begitu supaya tampak sopan) Mana taknya, rilek je bercengkerama depan Pavi sambil main teka-teki pilih KLCC atau KL Tower. KLCC ada dua batang, KL Tower satu batang. Apa barang satu batang. Ye dok?

p/s:
1. Muka budak-budak zaman sekarang ni semua sepesen je. Susah gua nak cam bila ambil dia orang balik sekolah. Nanti gua nak suruh anak gua pakai tudung kaler silver metalik. Baru kool.
2. Gua ambil anak balik sekolah pakai kain pelikat pun semua budak-budak sekolah nak ushar pelik. Nak kena pukul ke? Ingat gua tak ada perasaan kot. Mesti cikgu tak pesan balik sekolah solat Zohor dekat surau. Zohor masuk pukul 1.24 petang.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

30 comments:

roses said... [Reply]

sabar ya.
penuh amarah nampaknya.:)

z@i said... [Reply]

hehhe...

ni nak sound sape ni bro.

ank pompuan pakai tudung metalik

anak laki suruh pakai baju ijau keselamatan tu la. senang nk cam dari jauh

Allah..selamatkan kami Ya Allah

menusuk hati said... [Reply]

assalamualaikum bro...apa kabar?Moga sihat zahir dan batin.ambk anak pakai pelikat metalik dan d mengushr para cikgu,gua yakin lu memg akan jadi cool..(Sambil menaip,gua tersenyum...Cilake..)

Anonymous said... [Reply]

:D

Qamariah Kamaruzaman

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum,
banyak term y mard xfaham
Aishh...

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

aku kuar malam..bawa adik-adik pi pesta penang..bawa adik-adik pi tengok wayang..bawa adik-adik makan-makan..tapi ditemani boyfriend tanpa pantauan mak abah aku takpa kan?
hahahaha..hihihihi..huhuhuhu..

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

aku kuar malam..bawa adik-adik pi pesta penang..bawa adik-adik pi tengok wayang..bawa adik-adik makan-makan..tapi ditemani boyfriend tanpa pantauan mak abah aku takpa kan?
hahahaha..hihihihi..huhuhuhu..

GigiWangi said... [Reply]

okey, aku rasa mentaliti masy yang kena ubah.. sekarang ni, Tuhan dah tunjuk, muda² pun dah mati. muda² lagi dah jadi macam2.

okey, aku tak paham aku pesanan kau tuh. pakai tudung metalik? haha



cilake cilake! keh3

buDAK keCIK said... [Reply]

owh beech ye... okie ak phm~!

entry ko ni nmpk cam tgh mrh la weyh.
be cool okie...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

aaa.... gua pun xreti nak cakap apa. pasai gua pun x penah keluaq malam walaupun mak gua dah bosan tgk muka gua hari2. hahaha. :)

zyr zh said... [Reply]

bukan marah, tapi orang seni memang macm tu. bahaha

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Mana ada marah.
Nampak je macam marah, tapi tengah senyum makan kacang kuda ni.
Menjiwai wataklah bro.

ZAI,
Sound diri sendiri.
T_T
Haa.
Bagi pakai tudung plus niqab hitam lagi bagus.
Memang rare.

MH,
Waalaikumsalam.
Alhamdulillah semua-semua.
Gua tunggu depan sekolah.
Susah nak ada cikgu.

TN 20:19,
Apesal bagi nama ni?
Nak kena jampi ke?
Ha ha ha.

UM,
Ha ha ha.
Sucinya.
Baguslah tu.
Term mana yang tak faham?

AATP,
Ha ha ha.
Lu rasa-rasa?

GW,
Ha ha ha.
Tadi siang aku ambil adik aku balik sekolah.
Susah nak cam sebab muka budak-budak ni semua sepesen.
Kang silap ambil anak orang pula.

BK,
Tak marahlah.
Hish.
Menjiwai watak saja.

PC,
Ha ha ha.
Bagus bagus.
Malam esok try pakai topeng.

ZZ,
Haa.
Bijak bijak.

sastraboy said... [Reply]

kalau pi masjid nak solat jumaat jalan kaki, pastu pakai kain pelikat. insyaallah ada yang bagi tumpang. hehehe.

Anonymous said... [Reply]

Ustaz Bijen main jampi gak ke?

Meeting Pete esok. I think. Teringat kat u.

Anyway. Salam.

QK

Afida Anuar said... [Reply]

beech...ahaa, sopan sangat.

Gua suka entry ni, straight to the point!...

Tuan Auz said... [Reply]

Kacang kuda? Kacang tangan Ngan Yinnn sure best! =p

- zuriey - said... [Reply]

budak2 zaman sekarang memang banyak pengaruh..harap saya taklah jadi camtu

Lee Zha said... [Reply]

daddy2...cikgu ckp daddy seksi pkai kain jmput org dr skuul! ala2 abg ceti. hahahaha

matadore said... [Reply]

ha ha ha
tersengih aku baca entri nih.


kool lah!

Bijen M. said... [Reply]

SB,
Sat lagi apply.

QK,
Salam.
Main Manzil.
Ha ha ha
Wahh.
Meeting ke dating?
Ada bisnes tak roger ye.
Sampai hati.

AA,
Budak-budak sekarang kena sopan-sopan.
Tak brutal macam budak-budak zaman dulu.

TA,
Kacang kuda tak payah kupas.

ZUR,
Sebab banyak tengok TV.
Cukup-cukuplah.
Mudah-mudahan kita terselamat.
Amin.

LZ,
Ha ha ha.
Cikgu tu seksi tak?
Daddy duda lagi.

MD,
Tersengih sambil makan pil kuda.

Jasmin Flower said... [Reply]

SALAM?

bila baca blog nie, ade sengih, ade senyum kambing, ade gelak, ade geleng kepala,,...sambil makan kacang botak...hua..hu...hua

Myra Arshad (: said... [Reply]

haha. aku ingat kan tadi hang nak ckp cilake tu sejenis cekedis. hahaha.

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alaikum....

Semua kita bagi alasan macam-macam untuk tangguh. Sebab apa? Sebab kita rasa kita ni tuhan boleh tahu sampai bila kita boleh hidup, bila kita mati. Kita boleh ramal masa depan kita jadi macam mana. Kita rasa kita tuhan sebab boleh bajet kita mati atas katil dapat mengucap kalimah Lailahailallah.

sgt betul dan sgt suka part ini...

bile kufur dgn nikmat yg ALLAH bg, masa sesaat pun tak rasa rugi kalau di gunakan utk keseronokan dan kepentingan dunia...
kalau la si fulan/ah tu tau dia akan mati ketika kat kedai mapley smbil makan Roti Bakar Telur Manis atau Pergi tengok bola dengan pakwe atau jadi keras kaku mase Pergi joget-joget dekat kelab dan disko, tengah lompt2 tetibe keras.., musti dan pasti dia dah duk atas tikar sejadah tu untuk melakukan ape yg sewaktu dengan nya... T_T

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat = mawaddah

oo...pjgnyee... ^_^ heh ^_~

sekian

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Salam.
Jangan gelak banyak sangat.
Gelap hati.

MA,
Cilake tu boleh jadi cikedis Melaka.

BS,
Waalaikumsalam.
Nak berangan nak mati kejap.
Ahahaha.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Drp dok kluar rmh tanpa tujuan, baik kluar ke jln Allah...ye dok.

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Betui betui betui.

Umma-ali said... [Reply]

Salam,
mmg muke bdk2 sekolah ni sepesen je...tapi yg fetch dorg kena lain pesen, baru mudah...saya dulu amik anak ke nak jumpa anak ke, sure x silap, sbb anak2 yg lain tau, ini bkn mak aku, ni hantu kubur...mak si *****...anak plk sekolah cina, lagi senang, dr jauh dorg nmpk kita berlenggang kangkung, dah berlari panggil anak kita, ***** lu mama! eh heh, bhsa cina ni mcm b.inggeris gak, terbalik je...ke bhasa melayu yg terbalik? sbb sume bhasa sama, kita je lain...'mak aku'...'my mom'...'wo mama'... 'mere ummi'>urdu + arab... hmm, biarlaa...jnji fhm.
teringat kisah anakbuah sy, sekolah tadika, arwah atuk jemput dgn motor...sampai je atuk pun rembat sorg bdk lain, cepat naik, katanya! bdk tu pun sengal, dah tau bkn atuk dia, pi naik watpe? yg si cucu ni tercengang2 apsal atuk ni? dah ko pun slow sgt... atuk dah jauh, tb2 bdk tu kata dah sampai! op, cucu org rpnya! xpelaa dapat amal jariah!!! uisyhh!! apsal bergegar keyboard ni!!! hik3, eden golak bosarr...
p/s itu 'c*****' takmo sebut arr...kat kiri kanan bahu ni x renti2 menaip...
wslm...erk pjg nau mcm bwt n3 baru jer...hehe, peace...

semut api said... [Reply]

gua pernah pi ampang park pakai kain pelikat lepas terawikh saja je jalan2 survey kuih raya...walaupun dah agak lama berlaku tapi gua masih ingat sampai sekarang...lu ada bran bro? :)

Lee Zha said... [Reply]

daddy2...cikgu adik kenyit2 mata kt daddy la~~

cikgu adik seksi de meksi de single mingle!


cikgu adik pesan, lau daddy nak msok meminang, dia tanak duit hantaran riban2...


ckp skdr keta fairlady jd hantaran.



hahahahaha

Bijen M. said... [Reply]

UA,
Salam.
Ha ha ha.
Hantu kubur kaler putih.
Ni kaler hitam hantu raya.
Ke ke ke.
Wahahaha.
InsyaAllah akan dikurangkan.
Ke ke ke.

SA,
Gua biasa pakai kopiah masuk wayang midnight.
Makwe kaunter bagi salam kat gua.
Brader kutip tiket pun bagi salam.
Gua ingat lepas ni nak pakai kain pelikat jugalah.
Gua rasa gua dah crush sama itu makwe jaga kaunter.
Uhh.

LZ,
Boleh boleh.
Daddy bagi yang replika punya.
Pergi supermarket cari Fairlady Hotwheels.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...