31.1.11

Babi punya manusia.

"Eh. Dia bela anjinglah. Islam ke dak dia ni? Hish"

"Minah ni siap bergambar dengan anak babi. Euww. Kuajaq gile!"

"Hamjad betul mamat ni. Dia taktau ke babi tu haram. Pi pegang-pegang pulak."

"Budak ni tangkap gambaq dengan anjinglah. Hina agama betul."

Yo brada dan sista yang dimuliakan sekalian. Pekabor? Oleh kerana gua outstation baru-baru ini, maka tak sempat gua nak reply komen entri lepas sebaik mungkin. Kalau dulu para sahabat RA bila Nabi SAW suruh pergi outstation, on the spot sahabat RA tinggalkan keperluan mereka dan terus taat perintah Nabi SAW. Yang sedang mengusahakan tanaman, terus tinggalkan tanaman mereka begitu saja. Yang ada bini tengah mengandung nak beranak, tetap ditinggalkan. Yang baru lepas bernikah pun terus tinggalkan bini sampai tak sempat mandi junub lalu syahid di medan perang dan dimandikan oleh para malaikat AS. Hanya kepada Allah SWT tempat mereka bertawakal dan berserah. Mereka amanahkan tanaman, perniagaan, anak bini dan segalanya kepada Allah SWT untuk dijaga.

Tapi hari ini gua punya lemahlah. Tak dapat nak tinggalkan keperluan. Tak dapat nak tinggalkan laptop. Tak dapat nak tinggalkan banyak benda. Sampai sebelum nak pergi outstation pun sempat main Fesbuk lagi. Gua selesaikan keperluan dulu baru outstation. Kalau sahabat RA, depa terus tinggal saja. Gua ni tengah outstation pun main Twitter ikut henpon lagi. Isk! Lemah betul iman gua.

Kes Pegang Babi
Baiklah brada dan sista sekalian. Gua rasa mesti lu pernah dengar dialog di atas. Ada jadi kes dulu-dulu orang blame minah ni pasal tangkap gambar dengan babi. Bukan dulu saja, sampai sekarang pun orang masih pandang negatif kat puak-puak ni. Tengok orang pegang anjing pegang babi saja dah kecoh satu alam.

Tapi hari ni cuba kita buka Fesbuk. Kita tengok gambar-gambar kawan kita. Tak payah pergi jauh-jauh pun tak apa, kita tengok gambar-gambar kita sendiri sudah. Ada tak gambar kita pegang tangan dengan pakwe makwe? Ada tak gambar seluk peluk dengan pakwe makwe kita? Ada tak gambar laga-laga pipi dengan pakwe makwe kita? Ada tak gambar berkepit dengan pakwe makwe kita? Kalau tak ada pun tengok sajalah TV ke surat khabar ke. Ada tak gambar pegang-pegang tangan antara bukan mahram? Ada tak gambar salam-salam segala? Ada takkkkkk?

Adaaaa! Haa ya ada! Tapi kenapa orang tak kecoh satu alam pun? Kenapa tak cakap gambar mamat ini dan minah itu hina agama? Kenapa tak cakap sentuh ini dan itu haram jadah? Kenapa ya?

Kita Yang Lupa Neraka
Oh mungkin anjing dan babi adalah najis. Haiwan yang kotor. Tak boleh pegang benda kotor. Dah tu kita basuh berak pakai apa bro? Takkan pakai glove kot? Kaya giler! Tahi yang kita berak pun najis juga. Cuma tahi kita dalam kategori najis pertengahan. Basuh macam biasa, dah cuci. Bila kata najis, haram dimakan. Samalah juga babi dan anjing. Cuma anjing dan babi kategori najis berat. Basuh dengan air tanah, dah suci tangan kita. Cuma dagingnya sajalah haram dimakan. Yer dok? Ke gua salah?

Oh mungkin kita lupa yang bila kita pegang tangan bukan mahram kita, Allah SWT akan bakar tangan kita sampai hancur lebur badan kita kat neraka. Nak selamat, kena banyak bertaubat. Tapi pegang babi dan anjing, tak payah minta ampun pun. Yer dok?

Lupa Lagi
Oh mungkin juga kita lupa, bahawa jika diambil sebatang jarum lalu dibenamkan ke dalam dahi itu adalah lebih baik daripada menyentuh kulit bukan mahram kita. Kita tak tahu bro, kita tak tahu. Kita tak tahu anjing dan babi sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Tapi kita? Kita lupa pasal kisah seorang pelacur yang bagi minum anjing yang kehausan dapat masuk syurga. Tapi kita? Kita bagi minum pakwe makwe kita yang kehausan dapat apa? Habis duit? Oh!

Ya Allah. Ampunilah dosa kami ya Allah. Kami tak tahu ya Allah. Kami banyak buat dosa ya Allah. Kami selalu pegang pakwe makwe kami ya Allah. Kami selalu seluk peluk pakwe makwe kami ya Allah. Kami selalu berkepit dengan pakwe makwe kami ya Allah. Kami selalu bersalaman dengan pakcik makcik kami, mak pak jiran-jiran kami dan yang sewaktu dengannya di hari raya ya Allah. Kami selalu tampar-tampar, cubit-cubit member bukan mahram kami ya Allah. Ampunilah dosa kami ya Allah. Kami promise tak buat lagi ya Allah. Perkenankanlah doa kami ya Allah. Amin.

31 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Weh aku setuju gila dengan hang seratus peratus beb bab anjing babi ni..

Aku rasa geram gila bila ada kawan2 kata tok aku tak takut dosa ka bela anjing,..

Aku dah bagitau byk kali kat depa tok aku bela anjing nak jaga kawasan kebun dia kat Baling sana nohh..dah la ulu dalam pendalaman hutan banat..Pastu Tok aku dok sorang ja kat situ..Babi hutan selalu datang sondol dinding umah tok aku..jadi dia bela anjing nak jaga dia..bukan dia pegang pun anjing tu..

Dulu umah tok aku kena rompak..sapa yang gigit perampok tu..anjing jugak..jadi tak salah kan bela anjing.!!! bukan utk suka2...!!

Depa dok pegang pakwe depa pun haram jugakk!!!!! termasuk aku!!
hahahhahahahahahhahaha..

Panjang gila komen aku kan!!!

izzatimar'e said... [Reply]

salam...

syukran jazilan share bnde nih.... bior orang lain bukak mata luas2.....

Lee Zha said... [Reply]

baru nak wat post gini bro, p ko dah buat, so tumpang je lah! :)

cek post baru aku tntg "Haram Bercinta Lain Agama".

atheera veslee said... [Reply]

HAHA aku kasi tamsap sebab meluah ;)

cik_paan said... [Reply]

our society sensitv overloaded, sadly snstv at wrong parts....

Afida Anuar said... [Reply]

Sempoi bijen..sempoi...

Kipidap!..;)

mhafiz_ydin said... [Reply]

Jangan pegang-pegang..
Duduk renggang-renggang..

نور توفيقا said... [Reply]

another vavi..

-_-

TheBentPencil said... [Reply]

terbaik bro.

gambar pegang babi tu bukan gambar budak veterinar ke?

diorg wajib belajar pasal babi, sebab babi pun haiwan jugak.

tapi pegang orang bukan muhrim tu bukan sebahagian deripada pembelajaran.

p.s. ada hamba Allah yang mengatakan "aku rela pegang babi yang berguling dalam lumpur daripada memegang wanita bukan muhrim." ini kata2 daripada perawi hadis zaman dulu. tak ingat siapa.

Anonymous said... [Reply]

ke ke ke.
Sarankan doa tu dibaca di kala waktu mustajab berdoa sambil air mata penyesalan berguguran.-matadore

Tuan Auz said... [Reply]

betul tu kan? jadi isu gilew takat gambar ngan amjing yang comel tu.

payah gak la. kebanyakan yg kecoh2 tu...mungkin orang yg cetek agama..tau nak buat isu je.

wafiakashah said... [Reply]

lebih baik pegang babi dari pegang perempuan/lelaki bukan muhrim... lebih baik amik besi tikam belakang kepala dari pegang lelaki/perempuan bukan muhrim... dah kawin nanti pegang la nak pegang apa pon... wahahaha

ank_ayah said... [Reply]

Moga Allah pelihara semua. Insyaallah Amin..

ank_ayah said... [Reply]

Moga Allah pelihara semua. Insyaallah Amin..

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

MasyaAllah..ummat Nabi akhir zman. HIDAYAT!

Err, nk tanya. Kalau tak bersalam2-an dgn sedare-mare yg bkn mahram masa raya, jd pelik kah?

:-) Soklan cepumas.

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Aku masuk kampung orang Asli, banyak je dia orang bela anjing.
Islam pun benarkan anjing jadi binatang memburu.
Kita lepaskan anjing untuk memburu binatang lain dengan baca bismillah.

IZZ,
Salam.
Mata sepek lagi eh?
Ahah.

LZ,
Haa.
Sudah sudah.

AV,
Calet sikit tamprin.
:D

CP,
True, true, true.
Orang lain tengok kita tepuk tangan yap yap yeh.

Bijen M. said... [Reply]

AFA,
Ngeh ngeh ngeh!

MY,
Hai bertambah sayang.

PQA,
:D

TBP,
Aah veteriner.
Kesian beliau.
Isk isk isk.

MD,
Fuyoh!
Amin.

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Tak kisah cetek agama.
Tapi pergi main serbu tak pakai helmet tu yang kisah.

WA,
Haaa.
Yeah yeah!

AA,
Amin ya Rabb.

ALA,
Salam.
Tak dapat duit raya kot.
Ehee.

menusuk hati said... [Reply]

Assalamualaikum bro...
Nak aje aku lepaskan anak2 anjing tok aku dalam rumah org yg suka pegang "babi" tu..

~PENCHENTA~ said... [Reply]

salam.
dunia sekarang mmg dah ke arah kebinatangan. tak caye ce cek pmpuan2 yg berbonggol2 seakan2 anak unta. tak lupa juga yg bertindik2 hidung bak anak lembu takut lari kandang.. ceh! bajet cantek. hisyy, sebab tu lah dorang tak kisah pegang2 'binatang' tuu.

nak tanya.. kat kampus sure sume orang akan berhimpit2 dok dlm bas. kalau mcm tu macam mana?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

*(,^.^,)*
yeayyy.....

Lee Zha said... [Reply]

jwpn utk soklan dr blog aku :


aku tgu ko kawen lu bro. ha ha ha

Bijen M. said... [Reply]

MH,
Waalaikumsalam bro.
Molek juga.
Boleh dia orang terus 'sertu'.

PEN,
Salam.
Kalau iman kuat, elakkan.
Banyak alternatif.
Tak pun push MPP untuk suarakan ke pihak atasan.

UM,
Ewahhh dia.

LZ,
Oh lupa.
Kau nak kahwin 10 tahun lagikan.
Ha ha ha.

izzatimar'e said... [Reply]

hahah.... mata saya mmg besar.... maybe mata org len....

BungaSahara said... [Reply]

Assalamualaikum... :)

Kami promise tak buat lagi ya Allah. Perkenankanlah doa kami ya Allah. Amin.

aminnn~ 'promise ye'
hikhikhik... =_=

Bijen M. said... [Reply]

IZZ,
O_O

BS,
Waalaikumsalam.
Haa.
Promise promise!

izzatimar'e said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
izzatimar'e said... [Reply]

awak memang sengalkan inche bijen??? hahaha..... besar tuh mata yg awk wat..... yg penting mate sye xsepet.... hehe

Bijen M. said... [Reply]

IZZ,
Oke kecik sikit.
o_o
Ni spek mata bulat lah.
Tak pun mata panda.

paranoid android said... [Reply]

tp awek yg pegang babi tu lawa bro gua xsmpai ati nk marah trus gua syg je die ikramulmuslimin la katekan huhuhuhuhuh

Bijen M. said... [Reply]

PAR,
Haa.
Bagus bagus.
Ikram ikram semoga dia dekat dengan hidayat Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...