2.12.10

Temuduga Terbuka Perkahwinan

Selepas menjamu selera di hentian R&R Ladang Bikam, gua serta abah dan mak gua masuk ke dalam kereta untuk meneruskan perjalanan ke Kolumpo. Untuk masuk ke Kolumpo di waktu-waktu petang sebegini bukanlah satu idea yang baik. Masa akan banyak dihabiskan bersembang dengan stereng dan juga sesekali bermain mata dengan makwe kereta sebelah. Inilah namanya ujian kesesakan lalu lintas.

Tiba-tiba abah gua bersuara, "Hang nak kahwin dah ada awek dah?"

Urgh! Gua berbisik dalam hati. Saja je kan abah gua nak main trick dengan gua. Taktik lama. Huh! Gua dah tahu yang abah gua dah tahu perihal salah seorang calon sulit gua. Ini semua adik gua punya pasal, pandai-pandai buat spekulasi. Padahal gua tak cakap apa lagi kot. Benda ni serius sulit. Calon tu sendiri pun tak tahu bahawa dia dicalonkan.

"Heh! Nanti tembak je sesiapa yang berkenan di hati." gua cuba melencong.

"Mana boleh macam tu. Kena check dulu semua-semua. Blablabla, keturunan apa semua." abah gua menyambung.

Isk! Alergik betul gua dengan pernyataan sebegitu. Ha ha ha! Gua dah set dalam kepala otak tak nak risik sangat hal-hal lain. Cukup sekadar tahu. Apa yang penting tuan punya badan ada agama, benda-benda lain belakang kira. Kalau dah beragama tu insyaAllah keturunan dia pun oke. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ye dok?

"Tak adalah terus serbu. Risiklah dulu semua-semua. Sekarang ni pun tengah risik-risik lagi. Tapi tak perlu kot sampai nak kena orang tu tahu, nak kena confess, nak sampai kena bercinta." ujar gua.

Musim Mengawan
Memandangkan sekarang ni musim orang dah habis belajar, musim cari kerja dan musim mengawan maka gua ada cerita sikit pasal temuduga. Mesti lu orang dah tahu flow cara mendapatkan kerja. Tahukah lu orang bahawa flow yang sama boleh digunakan untuk temuduga kahwin? Sama juga kena ada resume, cari kerja, interview dan akhirnya keputusan dapat kerja atau tak. Mari kita belek satu-satu.

Resume
Macam biasa kalau kita nak minta kerja, maka kita sibuk bikin resume lawa-lawa. Tulis indah-indah bagai. Samalah juga bila nak kahwin. Ini peringkat persediaan. Resume kita adalah diri kita sendiri. Kena hias akhlak cantik-cantik. Kena bagi cukup kelayakan. Bagi cukup ilmu di dada. Barulah orang tengok kita pun dah terus rasa nak panggil interview. Ye dok?

Cari Kerja
Bila resume dah cun, maka mulalah kita Google lubang-lubang kerja yang ada. Ikut konsep ni, bila kita dah cukup sedia semua barulah cari mana-mana makwe yang kita nak aim. Ini proses merisik namanya. Waktu ni kita siasat macam kita siasat nak cari kerja. Kalau kerja kita siasat ada kerja kosong apa, gaji berapa, kerja berapa jam, kerja buat apa, blablabla, tapi kalau kahwin siasatlah makwe tu solo lagi ke tak, buat kerja apa, akhlak macam mana, blablabla.

Kalau dah jumpa yang berkenan tu, hantarlah resume. Makna kata di sini, cubalah nasib dengan mengatakan "Gua nak masuk minang lu boleh?" Kalau resume lu cun, nanti lepas makwe tu diskas dengan parent dia, dia panggillah lu datang interview. Kalau resume lu tak menepati kriteria atau lu salah minta jawatan, maka awal-awal lagi dah kena tolaklah. Ada faham?

Interview
Part interview ni nak kena bersemukalah dengan bos company terbabit. Sembang-sembang dengan dia. Dia tanya kita jawab, kita tanya dia jawab. Kadang-kadang ada orang boleh skip part ni kalau resume dah mantap gila. Tak pun dia ada pakai kabel bawah tanah. Terpulanglah kan rezeki masing-masing.

Jadi time interview ini merupakan peringkat nak meminang. Time ni cakaplah lu berkenan nak memperisterikan sekian-sekian. Cakap lu ni ada potensi jadi suami yang bertanggungjawab dan berdedikasi blablabla. Macam dalam interview-lah. Tak kan tak biasa kot? Time last-last tu diskas pasal gaji (mas kahwin & hantaran) berapa nak bagi. Haaa! Mudah kan?

Lepas tu cakaplah bila boleh tahu keputusan? Ha ha ha! Kalau lu perform time interview dapatlah result on the spot. Tapi kalau perlu ada perbincangan rapi, suruhlah dia orang istikharah dulu apa-apa yang patut. Bagi masa buat keputusan. Jangan gopoh-gapah. Oke tak macam tu?

Keputusan
Bila keputusan dah dibuat, terimalah dengan hati yang tabah. Sama ada lu diterima bekerja atau tidak. Kalau diterima bekerja, alhamdulillah. Kalau tak diterima, yakinlah itu bukan jodoh kita. Mungkin mereka sudah buat istikharah dan rasa kita bukanlah calon yang sesuai untuknya. Bukan bermaksud kita tak cukup baik, tapi mungkin kita handal part programming tapi dia nak cari pekerja yang handal memasak western. Ye dok?

Allah SWT ada perancanganNya sendiri. Kita dah rasa itu yang terbaik untuk kita, tapi bagi Allah SWT ada lagi yang terbaik menanti. Manalah kita tahukan. So jangan sedih-sedih jangan putus asa. Banyak lagi peluang kerja yang ada. Teruskan buat resume yang lagi mantap, prepare interview bagus-bagus dan lain-lain.

Bekerja
Bagi yang dah diterima bekerja tu, buatlah persediaan yang sepatutnya untuk menjadi pekerja yang berdedikasi kepada isteri lu. Bila dah sign agreement dengan company kira lu dah kompemlah dilantik menjadi salah seorang pekerja syarikat. Ini proses nikah namanya. Bila dah kompem, barulah berkerja dengan penuh berdedikasi. Bekerja itu sama dengan bercinta. Main perananlah brader. Heh!

Kata Kunci
Buat resume - Buat persediaan
Cari kerja - Risik cari calon
Temuduga - Masuk meminang
Sain kontrak - Bernikah
Bekerja - Bercinta main peranan

Sekarang bagitahu gua part mana nak kena bercinta? Part awal-awal ke atau part lepas dah nikah? Part mana tak faham?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

32 comments:

buDAK keCIK said... [Reply]

walawei.kreatif la pcik bijen nih~!
i like...
betul gak yg ko cakap tu kn?

bagi ak,maybe cinta lps kawen lg mahsyuk kot sbb cinta b4 kawen tu cam menjelikkan je.
ye la,tiap2 hari date.x cukup yg tu, calling bagai la plk.
dorang x rasa jemu kew??

وانيتا ايت سنديري اداله رهسيا said... [Reply]

lykee jgk!

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Kalo tang aku ni kategori apa pulak ek?
hohoho..
hg org utara ka bai?
Mesti Alor setar ni..
aku syak dah..
huhuhu

airazulaikha said... [Reply]

wahhh.. best2..
bagus2... saya suka..

BungaSahara said... [Reply]

assalamu'alaikum...oppss..tersiku rsenye... ~__~
alhamdulillah :) fhm smuanya...
jadi..En.Bijen, sudah sedia dgn resume nya kah? ^__~

adottbusuk said... [Reply]

amira: dia ni orang PB ler.. kan? kan?

heh. gua amek seayat dua ayat lu. thanx!

sastraboy said... [Reply]

bab keputusan tu, gua syak boleh diaplikasikan dalam konsep stpm ni. keh keh keh.

Umma-ali said... [Reply]

waa...this is my history...
22 years ago...
adapted by mr.bijen...
telah terbukti keberkesanannya, dan kejayaannya...
ada berani mau cuba?
semoga berjaya...

GigiWangi said... [Reply]

phewitt! hahaha

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Entah.
Cuba kau tanya kawan-kawan kau yang kapel.
Tanya apa nak sembang lagi lepas kahwin?
He he he.
:D

WIS,
:D

AATP,
Ha ha.
Hang jawablah sendiri.
Aah.
Punya besaq aku tulis orang Parit Buntar.
Hang tak baca noh.

AZ,
:D

BS,
Waalaikumsalam WBT.
He he.
Alhamdulillah sedialah sikit.
Sentiasa update lagi dari semasa ke semasa.
:)

AB,
Haa.
Pandai!
Wekem!

SB,
Mana-mana pun boleh bro.
:)

UA,
Wow!
Dah boleh jadi nujum Pak Belalang ni.
Ha ha ha.
Berani je.
:D

GW,
Wewit!

Afida Anuar said... [Reply]

ni nak kasi hint ke apa ni?1

apa pun, jangan lupa jemput!!!

little miss sunshine said... [Reply]

saya baru nak develop resume. -_____-

roses said... [Reply]

wah.wah.wah.teruja tgk org get ready nak kawen ni.

tak sabar nak tgu penghabisan nota siku punya story.

dah mcm reality show pulak.:D

reserve barang sepinggan dua nasi myk bolehkan encik n.siku?:)

semoga dipermudahkan perancangan2 anda.amin:)

matadore said... [Reply]

Ai ce ce ce ~
Cepat cepat lah kahwin ye!

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Tak hint.
Mana ada, mana ada.
Ha ha ha.
I'allah jemput semua.
:D

LMS,
Haa.
Develop comel-comel ye.

ROS,
Ha ha ha.
Reality show-lah pula.
T_T
Amin.
Trimas.

MD,
Doakan semoga cepat-cepat ye.
:D

Jasmin Flower said... [Reply]

kreatif lah entry nie....setuju ngan kata2 budak kecik.....kwang..kwang

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Tgh jd polis perisik gak ni..
Oh, tp takleh tanya lbih2 ye.
kalo camtu, lps ni kena letak jwatan lah.hehehe.

menusuk hati said... [Reply]

lu ni,mcm ada pglmn nikah sbyk 3 kali ja..kahakz!jom keja overtime!

- zuriey - said... [Reply]

tak lama lagi la ni..bg kad nnti eh

Myra Arshad (: said... [Reply]

uihh. lama tak jenguk sini. hehehe.

apa cer skrg ?
dah ada mjikan apprved resume tu ? :p

Pisyek said... [Reply]

er, aku rase resume aku pun macam dah mantap.. tunggu nak submit je...

hehe... xD

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Bijen2..
adakah word pekerja berdedikasi untuk isteri..

ish ish ish..

membangun bersama suami ada kot?

Lee Zha said... [Reply]

yesss! da nk tawen2~ hahaha..aku lak yg eksaited. bro, awl2 dlu aku da gtau kn, ko lau nk g meminang...ajak aku skali. aku nk karang pantun siap2 neh tuk bpk ko. free of cas. hahahaha...

Norhayati Rostam said... [Reply]

Haha~
Saya tak payah buat resume tapi masalahnya takde orang nak hantar resume lak.
hee~

limauais said... [Reply]

resume ak xlengkap lagi.lmbt lagi la nmpaknye nk kawen.hahaha.

ak sokong kite bercinta lepas kawen.lagi syok,lagi challenging dan lagi byk suprise yg kite akan tau dari pasangan kita idak.keke.
nti share2 la sape calon ko ye.

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Siapa yang ajar bercinta sebelum kahwin kan?
Ha ha.

AA,
Salam.
Ha ha ha.
Alar.
Tolong sampai jadilah.
Heh.

MH,
Tiga kali nikah tiga kali tak jadi.
T_T

ZUR,
He he he.
Panggil ikut sini saja.

PIS,
Apa laga.
Taram saja.

ARA,
Tak payahlah serius sangat.
Ha ha ha.
Kias je pun.

LZ,
Kalau ada calon belah sana gua roger lu.
Jangan risau.
Ha ha.

NR,
Ha ha ha.
Iklanlah jawatan kosong.
:D

LA,
Kau tak payah buat resume sangat.
Tunggu orang hantar resume saja.
Ceewah.
Calon-calon aku misterius.
Ha ha.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ha ha.
Tak hantar lagi resume.
Mak tak bagi kerja lagi.
>_<

Norhayati Rostam said... [Reply]

Dah buat iklan dah.
Baru semalam.
hee~

akubiomed said... [Reply]

Resume ini ibarat penganti diri orang yang nak risik kita pun tak kenal kita jadi tulis resume seolah diri kita berada didepan majikan yang membacanya. Kalau buat resume ala kadar majikan pun letak tepi resume kita. Semasa menemuduga jadilah diri kita tidak perlu berpura-pura kalau tak tahu boleh berlajar jangan jadi bodoh sombong

Bijen M. said... [Reply]

NR,
Iklan kat mana?
Ha ha ha.

AB,
He he he.
Betul!

Tuan Auz said... [Reply]

Wahhh bro.

aku baru baca post ni.

dan ntah haper celah mana, aku sungguh terharu. (emo k.haha)

hehe aku suka ko nyer post yg ni! suka!

Aku akan buat resume aku sungguh2. Dan baik2. =) Aiseh, tp xkan aku nk gi interview dok? haha. Kalo aku yg pergi interview KERJA ni, ...semacam jew~

pape pun, thanks a lot for the post. sangat meaningful untuk orang cam aku , dengan condition skrg yg unknown. haha.


ps: hehe sapa calon tersebut? phewiiitz! nk kawen nanti jemput ye! =)

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Boleh buat macam Khadijah.
Hantar orang jumpa timba suruh bagitahu ada perigi sedang menanti.
Tak salah pun.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...