23.12.10

Solat itu tiang agama?

Para sahabat RA mengadu kepada Rasulullah SAW tentang seseorang yang suka mencuri. Lalu Rasulullah SAW bertanya, "Adakah si fulan bersolat?" Lalu para sahabat menjawab, "Ya!" Rasulullah SAW kemudian berkata, "Lepaskanlah dia. Sesungguhnya solatnya akan mencegahnya dari perbuatan mungkar."

Wow! Menarik bukan? Dengan solat dapat terlepas hukuman. Malah siap boleh cegah kita dari buat perkara keji dan mungkar lagi. Ini bukan gua cakap. Allah SWT sendiri berfirman. Nak kata apa lagi?

Ke Mana Umat Islam Hari Ini?
Tapi kenapa hari ini masih banyak berlaku kerosakan? Banyak berlaku kemungkaran? Kenapa? Kenapa? Jawapannya terletak pada solat. Sebab orang ramai tak jaga solat. Mahu tak mahu di Malaysia ada 80% orang yang tidak bersolat. Manakala dalam 20% yang bersolat itu pula berapa ramai yang dapat menjaga solat berjemaah di masjid (bagi lelaki)? Patutlah dekat masjid orang bersolat satu dua saf saja. Tapi dalam demonstrasi jalanan, ceramah politik, konsert hiburan, pasar raya ramai nak mati. Semua orang Islam pergi sana rupanya.

Der! Puas dah dengar kalimat 'Solat Tiang Agama'. Tapi dirikan tiang tak juga. Maka boleh tengoklah usaha 20% orang ini cuba mendirikan agama, manakala 80% lagi meruntuhkan agama. Orang dirikan agama, kemudian datang runtuhkan. Sampai bila agama nak berdiri der? Nasib baik Allah SWT tak guna sistem demokrasi dalam agamaNya. Kalau tak, semua orang masuk nerakalah jawabnya. Yer dok?

Kualiti Solat
"Der! Gua tetiap hari solat, apesal tak boleh tinggal tebiat ushar makwe ni?", seorang makhluk bertanya.

Aiseh. Berat kes lu ni. Tapi jangan risau. Percaya dengan janji Allah SWT. Teruskan bersolat dan perkemaskan lagi. Ketahui makna-makna setiap bacaan. Dan yang paling penting, bersolatlah di masjid setiap waktu. Banyak habiskan masa di sana. Takkan dekat masjid pun ada makwe juga? So bila habiskan masa dengan perkara agama, tak adalah ruang lagi untuk perkara mungkar berleluasa. Yer dok?

Dalam & Luar Solat
Dan bila lepas solat tu, bawalah sifat dalam solat tu ke luar solat. Macam mana? Bila dalam solat kita menundukkan pandangan, luar solat jalan-jalan kat KLCC pun tundukkanlah pandangan. Bila dalam solat kita banyak memuji Allah SWT, luar solat pun basahkanlah juga lidah dengan zikrullah. Bila dalam solat kita tertib dan beradab, luar solat pun samalah juga. Bila dalam solat kita tutup aurat, luar solat bila jalan kat Pavilion tu janganlah pula tak pakai tudung ke, pakai tudung belit-belit ke, pakai legging ke, pakai baju ketat-ketat ke, gantung rantai leher bling-bling ke. Bila dalam solat kita kurang bercakap perkara sia-sia melainkan kita menegur atau memohon dengan Allah SWT, samalah juga di luar solat kita kurang bercakap perkara sia-sia dan kurangkan berharap kepada makhluk. Pengharapan hanya pada Allah SWT kerana 'Allah Tempat Meminta' (ATM). Bila dalam solat kita taat setia imam, imam salah kita tegur, kita tak mufaraqah melainkan sebab-sebab serius, maka luar solat pun kita patuhlah pemimpin dan berkhidmat untuknya. Bukan kerja komplen saja. Jadi no point-lah kalau kita baik dalam solat, tapi luar solat buat perangai serupa celaka. Tak ada makna solat tu jadinya.

Maka sebab itulah solat dikatakan mampu mencegah perkara keji dan mungkar. Sepatutnya apa yang kita buat di dalam solat itu, kita kena bawa keluar. Apa yang kita pakai dalam solat, itulah pakaian kita di luar solat. Bagi makwe, cuba check balik pakaian lu orang. Adakah lu boleh terus bersolat dengan pakaian yang lu pakai sekarang tanpa perlu memakai telekung lagi? Kalau tak boleh, itu bermakna lu belum menutup aurat dengan sempurna lagi. Faham dok? Bila belum menutup aurat dengan sempurna, adalah saham dijilat api neraka. Yer dok?

Negara Islam
Itu pasal makwe. Kita cerita pula pasal pakwe yang bising-bising nak negara Islam ni. Pertama, adakah lu sudah menunaikan hak Allah SWT dengan bersolat 5 waktu berjemaah di tempat azan dilaungkan? Kalau belum, tak payah bising-bising mana hak lu nak dapat negara Islam tak dapat-dapat. Allah SWT pun tak nak bagi. Tak payahlah demo-demo kumpul ramai-ramai atas jalan. Kumpul ramai-ramai mengimarahkan masjid pun lagi bagus. Gua rasa kalau dari dulu kita ni dari muda sampai ke tua kumpul dalam masjid 5 waktu, dah lama dah dapat negara Islam. Gua rasalah. Ha ha ha!

Kedua pula kalau ye pun lu orang solat berjemaah, adakah dapat membawa sifat ketaatan dalam solat ke luar solat? Awal-awal lagi kita kena pilih imam yang berwibawa. Bukannya ikut majoriti atau demokrasi. Bila imam dah diputuskan, siapa pun imam tu kena taatlah. Tak reti bahasa ke? Kalau dah masbuk tu, tak payah komplenlah imam tu tak best ke, apa ke. Siapa suruh tak datang awal-awal jadi imam.

Kemudian ikut sajalah imam tu buat apa. Kalau salah tegur dengan subhanallah. Bukannya pergi depan imam tu kemudian tempeleng muka dia. Kalau imam baca lambat redha sajalah. Dah tahu imam tu baca lambat, siapa suruh angkat dia jadi imam. Imam pun manusia juga. Semua kuasa di tangan Allah SWT. Agak-agak tak tahan, doalah dalam hati moga-moga imam tu terkentut ke, sakit jantung ke, apa ke. So imam muda bolehlah take over. Yer dok? Bukannya pergi merusuh tak tentu pasal suruh imam berhenti letak jawatan.

Imam pun manusia biasa. Mesti buat silap. Kadang-kadang tajwid pun kantoi. Kadang-kadang terlupa rukun. Tapi kita sebagai makmum tetap kena ikut juga. Kalau salah kita tegur. Bukannya memberontak. Allah SWT lebih suka orang yang setia di belakang imam walaupun imam tersebut kantoi tajwid compare dengan orang yang mufaraqah keluar dari solat sebab rasa imam tersebut tak best. Bajet dia best sangatlah tu. Kalau imam tertinggal rukun, tegurlah. Kalau imam tak dengar sampai habis solat, kita tambahlah sendiri rukun yang tertinggal. Imam tersebut tidaklah pula batal solatnya sebab dia memang terlupa.

Tugas Kita
Cakap banyak pun tak guna kalau 20% saja yang mendirikan agama, lagi 80% meruntuhkan, agama tak akan naik-naik juga. So tak faham-faham lagi ke? Daripada kita buat demo harga minyak naik ke, demo isu air ke, apa ke lagi baik kita buat demo ajak lagi 80% orang yang tak solat ni bersolat.

Nak mengajak orang bersolat ni tak payah ilmu banyak-banyak pun. Cakap jelah "Der, jom solat!". Bukan susah pun. Agak-agak suara sedap sikit pergilah jadi muazzin panggil orang, "Marilah bersolat. Marilah menuju kejayaan." Agak-agak tahu sikit kelebihan solat, sampaikanlah kat orang lain. Cakap saja, "Der, lu tau tak solat berjemaah tu 27 kali ganda lagi baik dari solat sesorang." Susah ke bai? Inilah yang dikatakan amar maaruf nahi mungkar (AMNM). Ajak buat baik, tinggal kerja mungkar.

Sebab kita tak buat usaha AMNMlah, keadaan kita jadi seperti hari ini. 80% orang tak bersolat. Bila tak buat AMNM, memanglah Allah SWT turunkan pemimpin zalim. Bukan kita pilih, tapi Allah SWT pilih untuk kita. So sekarang cermin balik salah siapa? Salah kerajaankah atau salah kita? Lu fikirlah sendiri.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

hijabrockers said... [Reply]

Ni kiranya baru up 20% ar tiang? Tiang 20% tu tinggi dia mcmana aek? Kalau pejabat aku ni tinggi dalam 8'-9'kaki. Tinggi 20% mcm 3-4 anak tangga kot sbb 1 anak tangga tinggi dia stengah kaki. Ooo...patutla senang je org nak langkah. Sebab anak tangga pejabat aku ni kdg2 tu aku langkah 3-4 je skali kalau dah nak laju2 kelam-kabut. Aaa...senang je org nak langkah 20% ni upenyer. Oooo...patut ar Islam tak power kat Malaysia ni. Ho-ho-ho-meri-kismissssss (yg Islam pun celebrate. Panah petir mati sesia je. Suh gi masjid laju2 lari pecut mengundur ala juara dunia. Org wat ghast ketuk pintu ajak gi masjid siap matikan lampus kipas apa smua nak berlakon xder org kat umah.)

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

betul la kata hg..
sekrg ni rmai orng terbabas solat..tak solat lansung pun ada..
huuii..

aku pun terbabas jugak..time mai period la..
hahahahhahahahhahahahhahahahhahahahahhahahahhahahha

Tuan Auz said... [Reply]

Pengharapan hanya pada Allah SWT kerana 'Allah Tempat Meminta' (ATM).

hehe suke betul ayat ni.
yelah, kite dok usaha cam nk rak, tp kekadang lupa nk doa sbnrnyer.

sbb yg bagi, Allah juge.


ehem. betulkan. kalo x berapa nk jaga solat, hati kite pun susah nk bersih.


suka post ni!

memberi smgt untuk terus jitu berdoa. =D

akubiomed said... [Reply]

Dulu lecturer saya selalu memberhenti kelas setiap azan Asar kumandang dan mengarah anak muridnya solat berjemaah bersama. Kemudian baru sambung kuliah memang berkat kalau ikut kelas subjek Digital syarahan beliau :-)

Majoriti tak pernah drop kelas beliau dan selalu berlumba-lumba jawab quiz anjuran beliau. Oh..betul-betul rindu zaman tersebut :-)

fuad ansari said... [Reply]

andai iman tidak diusahakan, bagaimana mungkin tiang agama mampu didirikan.. hehe

menusuk hati said... [Reply]

selamat menjadi imam yang baik

nveil said... [Reply]

pesanan!

bagus-bagus.

Myra Arshad (: said... [Reply]

baru 20%? hm. sikit gila. aduhh. dunia mmg dah akhir zaman ...

Anonymous said... [Reply]

betul2 bermakna point ini.

teruskan usaha

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

ade lagi nk tambah nie..yg lelaki petang2 duk main bola, jgn lupa tutup aurat gak, jgn asyik pakai seluar pendek...malulah kalo pompuan tgk....buknnya ape....sakit mata...kan korang bakal jadi imam pada keluarga....:)

Afida Anuar said... [Reply]

Gua ada terbaca, kalau solat subuh, jemaahnya sama seperti jemaah ketika solat Jumaat, insyaAllah Islam boleh menang...

tapi kan Bijen, solat subuh gua tengok, ada satu saf je. Tu pun ada beberapa kerat je makmum, tak cukup pun satu saf. Kadang-kadang hari baik, gua tengok ada tok imam dan tok bilal je...hurmmmmmm.....

Bijen M. said... [Reply]

HR,
Salah tu.
20% bina, 80% runtuhkan balik.
Bina, lepas tu datang geng besar runtuhkan balik.
Macam bina istana pasir, datang ombak runtuhkan.
Bina balik, runtuh balik.
Sampai mati.
Wahh.
Macam ada pengalaman buat ghast je?
:D

AATP,
Haa.
Dari 20% tinggallah 10% lepas tolak orang-orang macam hang.
Ha ha ha ha.

TA,
Supposenya minta dengan Allah SWT dulu.
Barulah kita keluar berusaha.
Sebab itu solat Dhuha jangan tinggal untuk keberkatan pada hari tersebut.

AB,
Wahh.
Bagusnya lecturer tersebut.
Susah nak dapat lecturer gini dah.
Tahniah kerana pernah jadi student dia.

FA,
Ya benar!
Ha ha.
Mari buat usaha atas iman.

MH,
Ha ha ha.
Gua tolak lu jadi imam.

NVE,
Pesan untuk diri sendiri.

MA,
Lah.
Kau ingatkan di zaman bila kita ni?
Wake up, wake up.

TN 21:18,
Ayuh berusaha!

JF,
Salam.
Ha ha ha.
Baik makcik!
:D

AA,
Orang Yahudi tak takut orang Islam ada nuklear atau apa saja.
Yang mereka takut adalah kalau jemaah Subuh seperti solat Jumaat.
Kerana itu tanda kebanghkitan Islam.
Sebab itu mereka melalaikan kita hari ini dengan hiburan, permainan dan berbagai lagi.
Kalau ada abang atau adik lelaki, suruh mereka buat usaha atas iman.
He he he.

Tuan Auz said... [Reply]

hehe baik en. bijen! =D

- zuriey - said... [Reply]

lama xsolat jemaah n dgr ceramah.

matadore said... [Reply]

tak ambik pusing pasal solat sebab tak ambik pusing pasal agama pun.


itu lah pasal.

Bijen M. said... [Reply]

TA,
:)

ZUR,
Rajinkan.
Rebut peluang.
Bila lagi?

MD,
Ambil lurus je.
Saya lurus, saya okey.
Ha ha.

aliaazuan said... [Reply]

salam..

Lps ni nak cari ATM je, tak payah susah2 pegi jauh, dekat je. 24 hours..sentiasa terbuka bg sesape yang memerlukan. ye dok.

Benrauf 2.4 said... [Reply]

And whenever a verse is revealed, they look at each other, [saying], "Does anyone see you?" and then they dismiss themselves. God has dismissed their hearts because they are a people who do not [want to] understand.
[9:127]

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Hotline 24434 (5 waktu solat).
:)

BR,
:)
Thanks.

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alaikum....
nak solat 10min pun payah..ok la, xperlu kata 10min..5min pun toksah kata...
TAPI..tapiiii...ada tapi tu. Tapi kalau men game, ngadap bende2 lagha, menganyam ketupat a.k.a mengumpat,gi sopping sakan, g KLCC..(hehehe)^_~ bleh plak ade masenye...esk tulang dah longgaq, dah osteoporosis, barulah duk terkejaq2 cari sejadah. cari kopiah n telekung yg selama ni duk berabuk tas lemari tu...
belum sempat nak tambah yg kurang 80% tu, dah pulang ke rumah abadi...hohohoo...

lalalalaaaa~ mana lah imam muda ku ni...semoga dia ada dalam 20% tu... ^_^

Bijen M. said... [Reply]

BS,
Waalaikumsalam WBT.
Betul betul.
Sebabnya syaitan tak akan pernah berputus asa menyesatkan anak Adam sampai kiamat.
Begitulah ceritanya.
Ha ha ha.
Ada tu.
Tengah study dekat Jordan.
Nanti dia baliklah.
Amin.

Norhayati Rostam said... [Reply]

AMNM sikit lagi nak jadi MLM.
:D

Bijen M. said... [Reply]

NR,
Haaa.
Macam mana pula tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...