30.12.10

Serahkan pada yang pakar.

Kakak gua baru beli henpon baru. Henpon canggihlah juga. Tapi yang pasti bukan henpon BlackBerry. Sejak beliau ada henpon baru, kehidupan gua jadi tak tenang.

Sedang gua asyik online Fesbuk, Twitter, Formspring, Nota Siku dan sebagainya, beliau datang menghantui gua. Rasa tak aman betul hidup di rumah ini.

"Matpis, macam mana nak guna GPS?"

"Matpis, macam mana nak pindah contact dari henpon lama ni?"

"Matpis, macam mana nak buat internet free?"

"Matpis, Matpis. Tolonglah."

"Matpis..."

Gua tak pernah pula pakai henpon secanggih berkenaan. Manalah gua tahu. Gua cakap sajalah pakai Garmin, copy contact masuk sim lepas tu copy masuk henpon baru, pergi baca tutorial, blablabla dan blablabla.

"Alar Matpis, macam mana? Buat sat."

Memang menguji tahap keimanan gua betul.

"Manalah gua tahu henpon lu. Gua punya henpon tak canggih macam lu."

"Buat jugak, buat jugak!"

"Lu pi pusat bandar raya Parit Buntaq, lu pi kedai sekian-sekian, jumpa member gua sekian-sekian, tanya beliau segala persoalan yang terbuku di hati. Gua bukan tokey henset."

"Hmm. Hang bagitau sat kat dia."

"Zzz."

Tabligh
Kadang-kadang ada orang tanya gua tentang masalah hukum dan ilmu masa'il. Gua jawab sekadar apa yang gua tahu saja. Selanjutnya tolonglah rujuk kepada ahlinya, yakni ustaz dan ulamak. Gua tak buat hukum baru. Apa yang gua belajar, gua sampaikan. 'Menyampaikan' dalam bahasa Arab ialah 'tabligh'.

Dekat Malaysia, orang bila sebut 'tabligh' mulalah terbayang segerombolan orang datang ketuk rumah bagi ceramah. Yang nak anti sangat pejadah? Pernah juga dia orang ketuk rumah gua. Gua rasa dia orang bukannya nak tunjuk pandai, nak tunjuk alim ke, apa ke. Dia orang cuma menyampaikan. Apa yang Allah SWT perintah, Nabi SAW pesan, dia orang sampaikanlah. Dalam subjek Pendidikan Agama Islam sekolah menengah pun dah belajar sifat bagi rasul salah satunya adalah tabligh.

Lawan sifat tabligh adalah 'kitman' iaitu 'menyembunyikan'. Hari ni lu ada ilmu yang baru lu belajar kat kuliah agama. Tapi lu simpan diam-diam buat pekasam tak share kat orang. Lu ingat lu dah selamat? Lu ingat nanti Allah SWT tak tanya ke mana lu gunakan ilmu yang setinggi gunung tu?

Rujuk Pakar
Maka apa yang gua faham dengan konsep tabligh ni adalah mereka datang ke rumah-rumah kita bukan nak bagi ceramah perdana. Dia orang cuma cakap dekat surau ada majlis ilmu. Jadi, marilah menuntut ilmu dengan guru. Orang yang menjalankan tabligh ni cuma insan biasa sama seperti kita. Sesiapa pun antara kita boleh menjalankan tabligh walaupun ilmu tak cukup di dada.

Kakak gua tanya macam mana nak proses henpon beliau. Gua bagi idea buat sekian-sekian. Gua suruh beliau pergi kedai henpon. Sana ada orang hebat yang mantap pasal ilmu kehenponan. Ya! Gua sudah menjalankan tabligh. Ye dok? Gua tak ada ilmu henpon yang dahsyat pun.

Kewajipan
Jadi kesimpulannya semua orang sepatutnya kena ada sifat tabligh iaitu menyampaikan. Tak kiralah nak sampaikan apa pun. Tapi yang lebih bagus kata-katanya adalah dia yang menyampaikan ayat-ayat Allah SWT dan pesan Nabi SAW. Nabi SAW kata, "Sampaikan dariku walau satu ayat." Ye dok?

Dan perkataan 'orang tabligh' di era moden ini bagi menggambarkan golongan ketuk rumah orang sebenarnya dah tersasar. Mereka adalah orang yang bawa sifat tabligh. Dan sepatutnya kita semua kena bawa sifat tersebut. Sampaikan, sampaikan dan sampaikan sampai bila-bila. Nak kata TV medium tabligh pun logik juga. Bukankah TV juga sifatnya menyampaikan?

Pehh! Cakap banyak-banyak pasal benda ni buat gua nak join tabligh pula. Ha ha ha! Best dak? Brada sista, kata nak jadikan Rasulullah SAW idola kita, tapi sifat baginda kita tak mau cuba-cuba ikut apa kes?

p/s: Mereka yang rajin bertanya soalan hukum di Formspring itu, gua pesan sentiasalah rujuk kepada yang pakar. Gua hanya boleh bantu tunjuk jalan. Jangan malu untuk berguru mencari ilmu.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

38 comments:

Myra Arshad (: said... [Reply]

hehe. tak berani nak cmnt der.
''serahkan kepada yang pakar'' :D

Bijen M. said... [Reply]

Eh.
Lupa pula bagi kesimpulan hakiki.
Kesimpulannya, sentiasalah rujuk kepada yang pakar untuk sebarang permasalahan anda.
Kami hanya boleh membantu.
Terima kasih.

hijabrockers said... [Reply]

ya btullll.... rujuk pada yg pakar. kalau kita tak tau jwb, jgn mandai2. suluh sket tunjuk jalan kat org yg bertanya kasik nampak jalan ke arah nk dpt jawapan.

ilmu mmg kene sampaikan kat org len. benda baik mmg kene ajak org len. takkan nak masuk syurga sorang2 kot? (Kot la masuk syurga. sbb kalau tak menyampaikan (dakwah org) maka kita dah berlaku zalim. Org zalim masuk syurga ke? Haaaa....)

bijen, ko x jwb lg soklan aku kirim kat formspring ko tu. sila cek yer.

alien said... [Reply]

gua pun sama cam lu gak
kakak gua tye macam2 pasal gadget komputer atau software
bukan gua power pun mende tu
cait
kalau bab2 game tau le

sastraboy said... [Reply]

hal-hal henfon dengan tabligh ni rupanya berkait. kehkehkeh.

Bijen M. said... [Reply]

HR,
Takkanlah benda best tak mau share dengan member-member.
Yer dok?
Nak pi tengok wayang ajak member, nak masuk syurga tak mau ajak pulak.
Eh.
Dah habis soalan aku jawab.
Sila cek.
Tak ada dah pun soalan.

ALI,
Ha ha ha.
Kalau dia tanya-tanya gitu saja okelah.
Ni kalau jenis memaksa ni yang gua jammed.

SB,
Henpon pun medium penyampaian.
Wow!
Henpon gua orang tabligh.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

matpisss...
hehehe

Norhayati Rostam said... [Reply]

Erm..
semalam dok belek-belek semua persoalan di Formspring cikgu tu dan memang bisa tergelak la kan.
hee~
Saya pun tumpang sekaki.
:D

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Join la tabligh~ Join la~
Abah saya dulu active sgt tabligh. No longer now, as he's definitely aging.. Abah selalu cakap orang muda skrg sgt susah nak ajak to join this kind of stuff *dgn nada sedih. sobs*.. Abah tak bagi we girls to sit together with the jemaah whenever they come to our house. But we do listen from the back.. Yang join tu sgt confident to deliver their points, even yg muda2. Feel proud. Orang Islam ramai yg bagus2:')

Miss Vamp said... [Reply]

kdg2 xtau nk cri pkar,sbb 2 cri yg xbpe pkar dlu..hehe..agaknyer la..

buDAK keCIK said... [Reply]

sgt suka dgr ceramah agama dari ustaz yg suka wat lawak sbb kurang sket ngntuk...

sambil2 tu,bley la tadah telinga amek point dri situ. ye dok??

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

risau kadang2 tersalah rujuk...bukannya ape, kadang2 bila kita merujuk pada beberapa org, byk plak pendapat yg berbeza-beza....Ya Allah, seandainya aku tersilap, tunjukkanlah jalan yg lurus....AMINNNNNNNNNNNNNNN

akubiomed said... [Reply]

Ulasan tabligh yang baik supaya orang diluar sana tidak salah faham. Semasa dikolej ramai juga pensyarah yang menganggotai tabligh setiap Khamis akan datang ke hostel dan menyampaikan pesanan dan peringatan kepada kami. Selalu surau meriah kalau ada mereka ini dengan makan satu dulang

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Hoi.
Diam.
Ciss.
Kancil sungguh.

NR,
Ha ha ha!
Dah ambil kursus kahwin belum?

FQA,
Ha ha ha.
If you know something...
:)
Kirim salam abah anda.

MV,
Ha ha.
Betullah tu.
Lepas tu yang tak berapa pakar tu tunjukkan jalan menemui yang pakar.
Yer dok?

BK,
Ustaz buat lawak ni kuat sindir orang juga.
Kadang cair taik telinga.

JF,
Salam.
He he.
Rujuklah pada ahlinya.
Moga kita semua ditunjuk Allah jalan yang benar.
Amin.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Aiyak!
Er, er, er.
Belum.
Jom!
wahaha.

Bijen M. said... [Reply]

AB,
Benar benar.
Orang yang buat tabligh ni bukan buat masalah pun.
Mereka mengimarahkan masjid-masjid yang tak ada jemaah.
Mereka cuci taik-taik cicak yang tak bercuci.
Tu pun kena halau dengan pengerusi masjid.
T_T

Lee Zha said... [Reply]

prangai aku kan..aku cptttttt nk hangin lau ada org tu, tny tnp buat siasatan. mcm kes kkk ko la bro. haha pantang aku. bila sroh cek kt suma xreti. itu tak reti. ini tak reti. haiih..peel normal 'perempuan'..almaklumlah...egen2 manja tu TERlebih suda...

sb peel aku, aku akan cari smp dpt. kalau dh btol btol btol btol n btol (dh btol2 la tu) xdpt..br aku tny.

menusuk hati said... [Reply]

jdkn henpon medium untuk bertabligh...Err.Kakak matpiss,saya nak pinjam HP baru awak..

aliaazuan said... [Reply]

salam.

Beza sgt shbt r.anhum dgn kita ni.
Wlaupun mereka yg paling dkt dgn nabi,ada byk ilmu, (lbih byk dr titisan air hujan & juga lbh byk dri daun2 di pohonan), mereka ttp rndah diri. Bila ditanya ttg suatu ilmu, mereka jwb: "Allah & RasulNya shj yg lbih mngetahui". Tawadhuk sgguh mereka. Kita pulak? MasyaAllah...Jd, kalau nak tnya, cari la yg ahlinya.

InsyaAllah,mlm esok kat Puchong Utama Court ada ceramah sambutan thn baru/solat hjt. Pnceramah: Ustz Hasnul Hizam dr Sri Petaling. Ustaz bersanad. Bgus cramah ustz ni, sgt trkesan dlm hti gitu. Allah bg klbihan kat dia asbab dia byk korban utk agama, mai la ramai2.

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

"If you know something..."
If i know what..? @_@

Aliaazuan, it would be indeed nice if you can record; if not whole, then a bit of any best part of the ceramah n upload it. Share with us who pathetically able not to join.. Can u..?

Sorry for request, I just wish so.
Terima kasih^^

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Ni yang buat gua malas layan perempuan ni.
Ha ha!
Stress stress.

MH,
TV pun.
Ha ha ha!

AA,
Salam.
Huu.
Sangat jauh.
T_T

Ni laki/perempuan ke macam mana?

FQA,
Ha ha ha.
Tak apalah.
One day you'll know.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam alaik
minah Tabligh rupenye kau ni??
Yes!yes,i am.

habis pasai apa kau xpakai purdah??
pasai aku punya pasaila!

Hambik kau

keh keh keh

Afida Anuar said... [Reply]

Bijen...gua was was, kenapa ada orang kampung gua, nampak tabligh datang je, terus masuk umah kunci pintu. Padahal tabligh ni nak ajak pi masjid je pun....

"Mat pis, mcm mana nak tulis blog kat henpon ni?? tolong la mat pis"... hehe..

Mat pis..mat pis..nasib baik mat pis baik;)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Salam alaik.
Salah tu jawabnya.
Jawab macam ni.

Nak tahu kenapa aku tak pakai?
Kalau nak tahu, jomlah ikut aku.
Itu baru betul.

AA,
Sebab dia orang tak nak pergi masjid.
Oi.
Nak kena pukul dengan stick hoki ke?
Heh.
Hang tanya betul-betul ke main-main ni?

Tuan Auz said... [Reply]

Hehe klaka kot . Eh biasa r tu, akak ko nk bermanje dengan adik dia. ekkk. haha.

CaM aku, nak pasang PS 2 kat TV...bukan tak tahu..tp malas tul nak tarik wayar belakang tu..panggil adik aku soh tolong pasang kan..

"Camne nak pasng PS2 ney ?? Apsal dia xnak on video pon??"

hahaha.


Er...ko pakai nset ape weh ? hehe

aliaazuan said... [Reply]

Salam,
Nur Taufiqah: InsyaAllah akan cuba diusahakan.Kena lantik camera man la camni.

Tuan Bijen,
saje jer umum. biasanya org jauh2 mmg takleh dtg pun.
Laki/pompuan bleh join, tp sori...kena duduk mufaraqah la eh.

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Ha ha ha.
Tu bukan nak bermanja.
Tu pemalas namanya.
Henset yang bukan BlackBerry.
:D

AA,
Ha ha ha.
Jangan sampai nanti kena tegur rakam-rakam macam yang kena dengan Maulana Saad sudah.
Ke ke ke.

- zuriey - said... [Reply]

satu cara tabligh melalui blog gak.. harap apa yang kita sampaikan,pembaca akan faham

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Tuan Bijen,
Jika ada apa2 yg brkaitan dgn tuan punya diri, prlu mntak izin dlu. Yg maulana saad tegur tu kes x mintak izin la tu..., hehehe. Bkn smua maulana suka rakam2 ni. ye dok?

NurTaufiqah,
Alhmdulillah, cramahnya sudh brlgsung dgn baik mlm td. Suami dh mnta izin drp ustz utk record...& bliau dh beri keizinan (mmg kena slalu tanya bab ni, wlaupun dh tau ustz hasnul tkde mslh). Recordnya dh cntik, tp bila blk loading kt fail, smuanya tk mnjdi pulak. X tau ape mslh, dh jenuh mncuba...Pokok pgkalnya, Allah x izin.. Maaf sgt2 krna x dpt tunai hak ssama sudara..Hrp taufiqah bleh terima.

Maaf Tuan Bijen, krkuzari kat sini la plak. hrp Tuan suka mkn buah pulasan yg brbakul2 nih.

:)

DESS said... [Reply]

Happy New Year and thanks for following my Blog

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

Akak alia.. Thank you. So touching for the effort. Very.. It's ok. Can you please email me the video? Perhaps needed to be converted in any other formats to be published and being re-save. I have software usually helpful in such video loading matter.

Nanti saya bagi email. Saya pergi blog akak lah.

Again, terima kasih^^

Bijen M. said... [Reply]

ZUR,
Harap-harap begitulah.
Mudah-mudahan.

AA,
Ye ye.
Ha ha.
Eh tak ada masalah.
Orang memberi kita menerima.
Ye dok?

DES,
:)

NTI,
Haa.
Selamat berkenalan kau orang berdua.
:D

Tuan Auz said... [Reply]

kalo nk camera man yg best . aku rekemen dia ni. hehe

http://xofj.blogspot.com

cantek sangat dia amek gamba. tulus dari hati. =D

Bijen M. said... [Reply]

TA,
He he he.
Orang cakap pasal rakam ustaz bagi ceramah dekat masjidlah.

Tuan Auz said... [Reply]

ehh opss! ya ke?? hahaha aiseh salah channel la bro. hikhikz.

xpe, selamat melawat blog kawan aku tu. haha

Bijen M. said... [Reply]

TA,
He he.
Tak ada hal bro.
:D

Lee Zha said... [Reply]

haha..ko lyn simple dimple dah la..sng2 ko crik gegurl yg jns berdikari..ley la ko slalu mkn kari. hahahah

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Mudah-mudahan dapat bini begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...