16.12.10

Rezeki hari ini.

Salam rindu untuk semua. Ceewah! Pertama sekali gua minta maaf pasal lupa nak sound gua pergi outstation dua minggu. So tak dapat update Nota Siku. Usually time outstation gua akan update status ikut Twitter saja. So segala update boleh check sana.

Jadi hari ini gua buka balik cerita kedai kopi yang berminggu ditinggalkan. Baiklah, hari ini kita borak pasal rezeki sepam. Semua orang tahukan 4 perkara yang sudah ditentukan Allah SWT untuk seseorang manusia iaitu jodoh, ajal, rezeki dan takdir baik buruk.

Kerja Makan Gaji Susah Kaya?
Dalam mengupas isu ini memang komplikated. Sebab apa ia kompleks? Sebab sukar orang nak terjemah dan percaya. Hari ini orang nampak dengan bekerja 5 hari seminggu, siang malam ditambah dengan overtime sekian-sekian barulah kita boleh memperolehi rezeki yang banyak. Baru boleh jadi kaya. Orang kata kalau kerja makan gaji susah nak jadi kaya. Macam-macam lagilah orang kata sampai gua tak tahu nak kata apa. Tak apalah.

Gua nak bawa satu gambaran. Cuba bayangkan lu seorang pemancing. Sebagai pemancing, haruslah lu ada set pancing yang kool dan berwibawa. Lalu lu pun pergi ke satu lubuk untuk memancing. Setelah memancing barang sejam dua, lu pulang tanpa membawa hasil. Pernah tak jadi begitu?

Gambaran kedua pula. Hari ini lu kerja 8 jam sehari. Kemudian tambah overtime lagi. Kerja bagai nak rak sampai solat terpaksa qadha. Masa dengan isteri dan anak-anak pun kurang. Gaji pun boleh tahan banyak. Tapi kenapa rasa macam tak cukup? Hutang masih keliling pinggang. Kenapa ya?

Gambaran ketiga pula. Kenapa banduan yang tak bekerja office pun boleh dapat makan? Kenapa burung yang tak masuk office pun boleh cari makan? Kenapa ulat dalam batu pun boleh hidup? Dan paling penting sekali kenapa Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim AS di tengah padang pasir yang tandus berduaan dengan Ismail AS pun boleh hidup? Kenapa ya? Ada kuasa magiskah yang berlaku?

Ikan Dari Langit
Ada banyak lagi gambaran tapi malas nak cerita banyak-banyak. Cukuplah apa yang ada. Ha ha ha! Semalam gua naik kereta lalu sebelah sungai ada orang tengah memancing. Member gua cakap, "Orang yang memancing pun tak dapat ikan. Kita yang duduk masjid, Allah hantar orang bagi ikan kat kita." Gua senyum simpul saja. Macam poyolah juga ayat berkenaan. Tapi itulah realitinya. Kalau cakap ayat-ayat sebegini dengan lu orang mesti lu orang tak suka kan? He he.

Jadi kesimpulannya beginilah. Tak ada siapa pernah kata rezeki itu datang dengan kena bekerja 8 jam sehari, OT sana, outstation sini, begitu dan begini. Allah SWT boleh turunkan rezeki dalam macam-macam cara dari mana-mana tempat yang tak terduga. Tak kisahlah seseorang itu kerja bawa teksi ke, kerja jual kitab ke, kerja basuh pinggan ke, kerja goyang kaki ke atau apa saja yang dibuat, semua rezeki sudah ditentukan Allah SWT. Mungkin seorang pengemis rezeki dia Allah SWT sudah tentukan di tong sampah. Macam-macam der. Tak boleh duga.

Pengemis & Orang Kaya
Cakap pasal pengemis, pelik tak bila tengok seorang pengemis, orang gila atau orang-orang yang merempat di kaki lima yang tak ada kerja pun boleh hidup? Tapi kita yang gaji riban-riban ni asyik mengeluh tak cukup duit. Tak cukup duit satu hal. Kadang-kadang tu makin banyak duit makin cepat mati. Mati sakit jantunglah. Mati kemalanganlah. Hari ini bila kita makan biskut, kita tak pernah berniat pun nak berkongsi dengan sesiapa. Tapi serdak-serdak yang jatuh dari biskut itu Allah SWT dah takdirkan rezeki untuk semut. Pernahkah kita berniat nak bagi sedikit biskut kita pada semut? Tak pernah kan? Tapi semut itu tetap mendapat habuannya dari biskut yang sama. Jadi tugas siapa yang menjaga rezeki sebenarnya?

Inilah sifat rahim dan rahman Allah SWT. Kita sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Jika hari ini kita senang, kita kena tengok yang susah. Jika hari ini kita susah, kita kena tengok orang yang lagi susah. Dengan itu baru boleh kita bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kasi.

Ketentuan Yang Tak Diusahakan
Tapi penyakit orang kita pada hari ini adalah walaupun rezeki Allah SWT dah tentukan, kita masih bekerja keras mencari. Jodoh yang Allah SWT dah tentukan, kita juga mencari dan mencari. Tapi ajal maut yang Allah SWT sudah tentukan, kita pula menjauhi. Kita tak pernah nak buat persiapan menghadapinya. Seolah-olah kita yakin kita ada kuasa yang boleh mengekalkan nyawa kita untuk seribu tahun lagi. Apa guna harta bila kita tiada lagi? Usaha atas dunia bagai nak rak, usaha atas akhirat macam mana bro?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

20 comments:

hidayu samsudin said... [Reply]

assalammualaikum...

Jadi kesimpulannya beginilah. Tak ada siapa pernah kata rezeki itu datang dengan kena bekerja 8 jam sehari, OT sana, outstation sini, begitu dan begini. Allah SWT boleh turunkan rezeki dalam macam-macam cara dari mana-mana tempat yang tak terduga. Tak kisahlah seseorang itu kerja bawa teksi ke, kerja jual kitab ke, kerja basuh pinggan ke, kerja goyang kaki ke atau apa saja yang dibuat, semua rezeki sudah ditentukan Allah SWT. Mungkin seorang pengemis rezeki dia Allah SWT sudah tentukan di tong sampah. Macam-macam der. Tak boleh duga.

like this part ...rezeki dtg dari allah..:)..

|| A r a W a n i || said... [Reply]

tiba2 rasa sebak baca entry ni...
manusia manusia...
mmg xpenah cukup dgn apa yg ada..
ufff...

cik_paan said... [Reply]

bersyukur dengn ape yg ade, tp still improve the quality...
jgn smpi leka, ibadah ntah ke mane

matadore said... [Reply]

dah juga kadang kadang Allah saja nak bagi rezeki sikit walaupun usaha banyak, testing iman bro!

heh heh heh

azharjaafar said... [Reply]

Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. Al Maidah 114

hijabrockers said... [Reply]

Saya menang motorrrr!!!!! Mekasih Power Root... (tunjuk thumbs up, sengih kat kamera kebil2 mata).

Tak simpan duit pun dpt motor harga 7k gak.

hiro said... [Reply]

blog lu best gua bc..kenapa tak ramai bc..alahai zman sekarang..blog berunsur porno juga pilihan mereka.

Afida Anuar said... [Reply]

Gua tabik bro..gua tabik..

Baca entry sebegini di pagi Jumaat yang hening menambah rasa yang sukar diuntai jiwa...fuh

Bijen M. said... [Reply]

HS,
Waalaikumsalam WBT.
Benar.
:)

ARA,
:)

CP,
So nak struggle mana satu?

MD,
Betul betul.

HR,
Wahaha.
Rocker sentiasa dengan komen bernasnya.
:D

HIR,
Entah.
Ha ha ha.

AA,
Fuhh ayat lu.
:P

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

patutlah lama x update blog..btul lah rezeki allah tdk terduga,.....kadang2 manusia nie, dah diberi rezeki masih tk bersyukur (peringatan unt diri sendiri)

menusuk hati said... [Reply]

aku menang rezeki!!Terimakasih power root!!(Meniru hijab yang rock)

akubiomed said... [Reply]

Dalam apa situasa kita perlu berusaha kerana tanpa usaha rezekit tidak datang bergolek dan yang penting keikhlasan dan keberkatan walaupun hasilnya sikit tapi cukup :-)

Myra Arshad (: said... [Reply]

bijan, imaginasi kuat ja. bagus contoh. hahahah

- zuriey - said... [Reply]

ptutla senyp je..g outstation rupanyee

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Salam.
He he he.
Mari kita belajar bersyukur.

MH,
Ha ha ha.
Menang pengalaman jumpa hantu yo?

AB,
Benar itu.
Di samping usaha ke atas perkara dunia, jangan dilupa kematian yang akan tiba.

MA,
Otak kena jalan bro.
:D

ZUR,
He he he.
Besa bro.

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alaikum...
sahabat dunia akhirat pernah pesan pada ana, kalau kayuh beskal, kita tgk org jln kaki, kalau kita naik motor, tgk org kayuh beskal.kalo kite naik kereta, kite tgk org naik motor...dan seterusnya...means, kita tgk la org dibwh kite, itu akan mmbuat LAHIRNYA rasa nak bersyukur...dan sekaligus kite akan rse rezeki yg diberi mencukupi (bkn lh bermksud tak nak berusaha dah.. ^_^ hehhe ) tapi kite akan beringat bahawa ada yg lebih susah dari kita, tp ALLAH tak pernah lupaan mereka. Kite yg ALLAH dah bagi mcm2 ni pun slalu lupa pada DIA AR RAHMAN itu...tu pun masih kata tak cukup...huh
[ ^_^ senyum dalam emo..hehehee]

rse mcm out of topic je..tp xkire nak komen jugak...hehehhee

roses said... [Reply]

betol lah.ibu sy pon pesan.duit mane2 pon buleh cari.korek sana sini pon gerenti ada punye.even dlm longkang pon ade yer dok?

byk sikit jelah bezanya.

no wonder kat dlm bersama mu tu anak lapan pon boleh lg hidup kat dlm hutan.
cumenye kite boleh adapt atau tidak shj?sendiri yg memilih.:)

tempat di syurga yg perlu dicr sebenarnya.T_T

mekasih atas peringatan anda.insaf.

Bijen M. said... [Reply]

BS,
Waalaikumsalam WBT.
Eh eh.
Still in topic.
Ha ha.
Okelah tu.
:D

ROS,
Tempat yang kekal abadi.
Bukan di sini.
:D

Tuan Auz said... [Reply]

"Orang yang memancing pun tak dapat ikan. Kita yang duduk masjid, Allah hantar orang bagi ikan kat kita."

Aku nak claypot yee mee seaweed bleh?

hehe. klaka ayat tu tapi mmg betul pun. kalo Allah xnak bagi, sampai sudah berusaha patah kaki pun,xkan dapat kalo da mmg bukan rezeki di situ.

Suka betul post nie. =D

Apa2 pun berbalik pada Allah kan.

Aku pun da nmpk dah kebaikan2 kalo kite hope kat Allah.

baru pagi ni aku dapat call, berita gembira sangat! =) hehe

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Allah SWT suka kepada mereka yang hanya berharap padaNya.
Kalau Allah SWT dah suka, apa lagi nak dikatakan.
Ha ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...