25.11.10

Tak cukup duit bayar hutang?

Oke tuan-puan yang dimuliakan. Hari ini gua berbesar hati nak bagi satu teka-teki yang cukup easy untuk tuan-puan jawab. Siapa menang, dia dapat hadiah berupa satu 'ilmu' yang bagus (sebenarnya wajib) untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Soalannya berbunyi:

"Ayat apakah yang paling panjang sekali di dalam Al-Quran?"

Gua bagi masa sampai habis lu baca entri kali ni untuk lu semak-semak tafsir mencari apakah ayat yang tersembunyi. Semoga berjaya!

Pesan Mak
Sebagai seorang anak lelaki yang boleh diharap (gua saja anak lelaki tunggal dalam keluarga 5 beradik), gua selalulah bawa mak gua pusing bandaraya PB untuk mencari barang-barang keperluan rumah bila gua balik bercuti. Satu hari waktu gua bawa mak gua ronda-ronda pusing kota, mak gua cakap "Hang nanti dah kerja dah kahwin tak payahlah berutang (berhutang). Dah ada duit baru beli. Tak payah dok jadi hamba bank tiap-tiap bulan kena bayaq. Mak cukup tak suka orang-orang dok berutang ni."

Gua macam biasa mengiyakan saja kata-kata mak gua tanda mencapai persetujuan. Nasib baiklah kereta gua yang bukan Ferrari yang beliau naik ni dibeli secara cash. Ha ha ha! Kira kukuh jugalah hujah beliau tersebut dengan bukti yang ada. Dari detik itu gua pun mula terbayang masa depan gua. Moga-moga gua tak kena buat loan bank bila nak kahwin atas sebab bini gua nak melaram sakan time kenduri. Nak pelamin ala-ala angkasa lepas ke. Nak kek KLCC 88 tingkat ke. Nak baju pengantin 15 persalinan ke. Nak buat majlis dekat PICC ke. Nak upah Saiful Nang jadi photographer ke. Oh! Itu baru bab kahwin. Moga-moga gua tak kena buat loan bank atas sebab nak kena beli rumah besar-besar pasal bini gua rimas duduk rumah murah ke. Nak kena beli kereta besar-besar sebab kereta gua yang bukan Ferarri tu tak cukup muat nak masuk dua orang ke. Urgh!

Biar sajalah gua pakai kereta yang bukan Ferrari ini selagi boleh pakai. Kalau ada rezeki lebih baru beli kereta baru. Rezeki lebih ye bro, bukannya rezeki cukup-cukup. Kurang-kurangnya kereta gua ni dah bawa gua ke tempat yang kereta Ferrari tak pernah sampai seperti celah hutan, bukit-bukau, kampung orang Asli Cameron Highland. Dah jadi macam land rover dah kekuatannya dengan kuasa Allah SWT. Kereta ni juga dah bawa gua dan member-member gua jumpa macam-macam orang atas takaza (keperluan) agama. Alhamdulillah.

Kaya Luaran
Hari ini banyak orang kaya yang tak sebenar-benarnya kaya. Kaya bila mereka berjaya upgrade kereta mereka daripada Proton ke Mitsubishi. Kaya bila berjaya upgrade rumah mereka dari flat ke banglo. Kaya bila berjaya upgrade bini dari satu ke empat serta macam-macam lagilah kekayaan yang dikejarkan. Padahal pada masa yang sama beban hutang bertambah. Bila naik pangkat sikit ada saja benda nak upgrade. Hutang lama tak setel lagi dah tambah hutang baru. Huh!

Hari ini tengok orang lain pakai kereta pergi universiti, kita pun nak pakai juga. Tengok orang lain ada DSLR, kita pun nak juga. Tengok orang lain pakai MacBook Pro, kita pun beli juga. Tapi pada masa yang sama hutang dengan kawan-kawan bertambah. Nampak saja kaya bergaya pakai kereta ke kelas tapi bila waktu makan, buat muka sedih depan member. Bab ni cukup gua tak faham. Hidup senang-lenang dengan kekayaan tapi jadi parasit dekat orang lain. Boleh pula dating dengan awek belanja makan, tengok wayang segala. Hisap rokok pun nak yang mahal-mahal saja. Serius gua tak faham.

Dulu & Sekarang
Gua mengaku dulu gua pun banyak juga berhutang. Tengok henpon best sikit tapi tak cukup sen nak angkat, gua hutang member. Bawa kereta langgar bumper kereta orang time hujan, gua hutang kakak gua. Beli itu, beli ini. Semua benda pun best nak beli padahal duit tak ramai pun. Argh!

Tapi entah macam mana sejak-sejak gua dapat hidayat ni, alhamdulillah hidup gua makin terurus. Gua jadi matang. Gua start berdikari cari duit sendiri. Gua belajar kawal nafsu. Sejak dari itu gua dah tak pernah lagi minta duit dari parent. Duit simpanan pula berlebih-lebihan siap boleh jalan-jalan oversea 4 bulan. Lepas tu mak bapak gua pula yang bagi duit dekat gua tanpa gua minta. Isk! Gua pun tak faham. Patutnya gualah yang kena bagi kat dia orang kan. Ha ha ha!

Jalan Keluar
Oke! Gua malas nak kutuk cerita panjang-panjang bab orang tak sedar diri suka berhutang ni. Nanti banyak yang kecil hati. Lepas tu claim entri gua ni entri tipikal banyak kutuk-kutuk dan tak bagi pula jalan keluar. By the way, gua bukannya penasihat kewangan nak bagi-bagi nasihat ni kan tapi kalau nak amal, silakan.

Jadi apa nak buat? Oke! Di samping melakukan amalan-amalan fardhu yang wajib, seperti bersolat, berpuasa, berzakat dan sebagainya, tingkatkanlah amalan sunat dalam beberapa pekara iaitu puasa Isnin Khamis, bersedekah dan bersolat Dhuha. Yo! Apa kena-mengena der?

Puasa Isnin Khamis
Kebanyakan kita sanggup berhutang untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. Nak upgrade rim ini. Nak beli stereng itu. Nak pakai kamera ini. Nak cuba makan di situ. Dan nafsu manusia tak akan pernah puas walaupun dia dapat emas segunung. Nafsu ini hanya akan puas bila disumbat pasir ke dalam mulutnya.

Maka untuk mentarbiah hawa nafsu ini, antara jalan yang terbaik adalah dengan berpuasa sunat Isnin Khamis. Sebab apa puasa Isnin Khamis? Sebab ia sunnah dan kita dapat pahala bila buat. Ha ha ha! Oke sebenarnya sebab orang hanya berpuasa di bulan Ramadhan. Hari-hari biasa dia orang tak puasa. Jadi jika lu berjaya mengharungi hari-hari tersebut, lu telah berjaya melawan nafsu yang super duper power bila datangnya ujian member makan depan lu, ajak lu pergi dating buat zina, tengok wayang dan sebagainya. Bila lu berjaya istiqamah benda ni tiap-tiap minggu, insyaAllah lu akan berjaya membezakan antara keperluan dengan kehendak. Cuma jangan diniatkan berpuasa untuk berjimat tapi niatlah untuk melemahkan tuntutan nafsu kerana Allah Taala.

Sedekah
Semua orang pun tahukan kelebihan sedekah. Gua malas nak terang panjang-panjang pasal entri ni dah panjang dan masa pun tak panjang. Cuma secara ringkasnya, yakinlah dengan janji Allah SWT yang akan melipatgandakan ganjaran bagi setiap sedekah ikhlas lu orang sebanyak 10 kali ganda.

Solat Dhuha
Dan semua orang pun tahu solat Dhuha adalah pembuka pintu rezeki. Signifikannya, Allah SWT nak suruh kita semua berharap hanya kepadaNya dan bukan kepada makhluk. Bila tak ada duit, minta dengan Allah SWT dulu, bukannya terus minta dengan member. Dhuha juga mengajak kita memohon kepada Allah SWT pada permulaan pagi supaya setiap pekerjaan yang kita lakukan hari itu memperoleh keberkatan. Ingat! Allah Tempat Meminta (ATM).

Kutip Hutang
Oke entri dah panjang. Mula-mula gua ingat nak cerita pasal tarhib (ancaman) kepada penghutang yang liat nak bayar. Tapi kesuntukan masa pula. Maka lu ingat-ingatlah balik sendiri. Semua orang pun tahukan. Sampaikan orang yang mati syahid pun tak akan dapat masuk syurga selagi hutangnya belum setel, apatah lagi kita kan. Jadi atas sebab gua perasan gua nak mati esok, maka sesiapa yang gua ada berhutang tu tolong roger gua secepat mungkin ya sebelum gua mati. Gua tak sanggup terbang-terbang jadi hantu nanti pasal langit tak nak terima gua sebab tak bayar hutang. Ha ha ha!

"Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari."
 (HR Bukhari)

“Penangguhan membayar hutang oleh orang yang mampu adalah penganiayaan.” 
(HR Bukhari & Muslim)

PS: Jawapan soalan teka-teki di atas ada di ruang komen. Hoyeah! Selamat beramal! Jangan jadi orang yang ambil agama separuh-separuh yo! (Berpesan kepada diri sendiri juga)

PSS: Kalau nak pendapat macam mana nak istiqamah amalan di atas, bolehlah tanya di ruang komen, Fesbuk, Formspring atau di emel.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

28 comments:

Bijen M. said... [Reply]

Jawapannya adalah ayat al-Mudayanah (ayat hutang piutang).
Surah al-Baqarah ayat 282.
Boleh klik sini.

sastraboy said... [Reply]

hai abang bijen.

i like la entri ni.

ngeheheh.

Afida Anuar said... [Reply]

Baru nak jawab soalan...Mr Bijen dah tlg jawabkan;)..kalau tak leh demand hadiah..hehe

ahaa, satu lagi jalan keluarnya...jangan guna kad kredit... Ok sekian, selamat beramal..

nawar said... [Reply]

nasib baik skoler dah masok, boleh la nak bayar hutang. yey

buDAK keCIK said... [Reply]

ak pn x suka hutang2 ni...

ak hutang seringgit ngn kwn ak pn dh x lena tido sbb ak pikir kalu ak mati cmne ngn hutang ak tu?

takut la plk bila pikir soal mati ni..

GigiWangi said... [Reply]

"Hari ini tengok orang lain pakai kereta pergi universiti, kita pun nak pakai juga. Tengok orang lain ada DSLR, kita pun nak juga. Tengok orang lain pakai MacBook Pro, kita pun beli juga."

haha. terasa kotttttttt.
nak dslr!

eh, tapi kalau aku yang berjimat bertahun nak dapatkan benda tuh kira tak termasuk dalam list ni lah kan. hahhahahahah

menusuk hati said... [Reply]

Hutang PTPTN,sesiapa yang belum bayar sila bayar ye...

Aku menyampai pesan dpd pihak PTPTN..Sekian...

(Nak beli rumah secara cash pula)

Tuan Auz said... [Reply]

surah al-baqarah kn paling panjang? hehehe (sapa soh letak jawapan dulu? baru nk claim hadiah.) kehkeh.

errr sebelum lu perasan mati esok, belanja la gua Domino's lu. ahax


yg Menusuk Hati, aah nak bayar la ni PTPTN, maybe nk buat 10tahun ke. leh lepas cukai pendapatan kn. (errr ~ xpe kn wat camni~ hoho)

hidayu samsudin said... [Reply]

salam...

terasa sy,hutang ptptn x langsai lg ni..:)

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

NAK BELI RUMAH RUMAH PUN KENA HUTANG..
HUHUHUHU

hijabrockers said... [Reply]

Manusia skang suka berhutang sbb keperluan asas dah jd kehendak melampau.

Ada 5 perintah Allah untuk manusia supaya manusia tenang, bleh beribadat baik2 kepada Allah:

1. Berpakaian
2. Berlindung
3. Berkenderaan
4. Makan
5. Kahwin

1. Berpakaian :
Pakaila pakaian yang elok dan baik2, tapi bukanla maknanya pakai brg berjenama dan mahal je. Ingatla sket. Mati nnt pakai kain kapan je. Perfume pun kapur barus je. Makeup pun celak Mekah only. Mana pegi pakaian cantik2 kat dunia tadi?

2. Berlindung :
Allah suruh ada tempat tinggal untuk mudahkan kita dr panas dan sejuk, tapi xderla Allah suruh tempat berlindung tu saiznya utk lindung 4793 org kat dalam. Lainla kalau ko wat tempat berlindung secara berjema'ah kot??? Nanti tempat berlindung ko yg last saiz dia 7 kaki dalam je.

3. Berkenderaan :
Rasulullah pun ada kuda, ada unta. Tapi sekadar yg perlu bagi baginda la. Tapi org zaman skang ni dah lain plak cter dia. Org sorang, kereta 3, motor 1, beskal 1. Nak kereta pun mahal2 xleh blah. Brabus la, Brambus la apala kan.... Mcmla kete biasa2 tu xleh bawak kita travel. Ada member aku kata, pakai kete hebat, kita rasa hebat. Cerghhhhh....hebat Allah lagi sehhh.... Kenderaan last kita van jenazah je.

4. Makan :
Bab makan aku xmo komen lebih. Sebabnya aku pun buat. Tapi xper. Aku mengkomen utk ingatkan diri sendiri. Makan janganla lebih2. Sekadar perlu sudeh. Alas perut, bukan tambah lemak perut (aduiiiiiiiiii teasa sendiri). Bak kata kawan aku, xyahla gi sampai melaka semata2 sebab nak makan McD GCB yg x abis stok lg kat sana.... Makanan last kita nnt doa anak2 yg soleh je kan....

5. Kahwin :
Aaaaaa????Kawennnn???? best2. Tapi kalau smpi keje 16 jam sbb kene bagi hantaran 20k xyahler. Baik ko menikah 3 yg lain je. Lagi best. Wat mender keje mcm nak mati kumpul duit nak habiskan sehari? Baikla ko kumpul ilmu agama. Rumaisa' Ummu Salamah punya maskawin ms menikah dgn Abu Thalhah cuma syadahah (keIslaman) je. Cunnnn..... Ppuan paling best is ppuan yg paling rendah maharnya. Sebab apa? Semua org happy. Last2 kawin pun dengan kematian jugak.

Kata syg Nabi? Tapi sunnah Nabi hidup seperlunya saja xmo la plak ikut. Ceh betapa munafiqnyer manusia zaman skang ni termasukla aku. Astaghfirullahal'azim..... Tepuk dada tanya iman la wei. Iman aku lemah. Jangan tepuk dada aku. Nanti aku report gangguan seksual.

Hidup berpada2la. Berhutang ni life pun mcm berat je.

Sekian komen tunjuk pandai aku kat Nota Siku.

hijabrockers said... [Reply]

Aku tgh josh. Sori. Huhu...

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

Alamak...alapak...hutang saya banyak lorrrrrrrrr....tak habis bayar lagi...hahahah....fenin2....

Bijen M. said... [Reply]

SB,
Hai Adik Sastrowardoyo.
Nanti masuk universiti jangan membazir duit PTPTN ye.

AA,
Haa.
Kad kredit tu kad hutanglah.
Moralnya jangan berhutang.

NAW,
Hutang dengan Petronas weh.
T_T

BK,
Haa.
Fikir lagi dan lagi.
Jangan pernah lupakan kematian.

GW,
Wahh.
Sorilah.
Ha ha ha.
Kamera ada nilai nak tolak balik.
Btw, beli ikut keperluan bukannya kehendak.
Kehendak penuhi itu selepas ada duit lebih.

MH,
Kalau rumah tak mampu cash, pakai islamic loan-lah.
Yang penting bebas riba yang terang-terang haram.

TA,
Ha ha ha.
Gua tanya ayat paling panjanglah.
Surah al-Baqarah semua pun tahu surah paling panjang.

HS,
Salam.
Huu.
Kalau ada duit selesaikan hak orang dulu.
Nanti Allah SWT tolong selesaikan hak kita.
Yang penting kena ada niat.

AATP,
Hutang-hutang pun pastikan yang bebas riba.

HR,
Wahaha.
Lepas ni boleh jadi penulis undangan Nota Siku weh.
:D
Btw thanks add.

JF,
Haa.
Doa dengan Allah supaya mudahkan setel hutang cepat-cepat dan nazar nak pergi haji bila ada duit lebih.
InsyaAllah dipermudah.

Tuan Auz said... [Reply]

alamkk!! malu!!! gua salah paham soalan! ehehe. dats why fail add maths dulu. ahax.


gempak tol la cik Hijab Rockers ni. nnti share bebanyak lagi . terbukak minda aku hehe =D

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Org yg phm lg reti ialah org yg pndai slsaikn mslh hidupnya dgn amal,tp kalau buat dgn x yakin, x jd gak..sbb yakin tu perlu.

Agama dh ajar slsai urusan sharian dgn amal,istiqomah tu adalah yg terbaik,cam baca yaasin pg2/baca surah waqiah mlm2, byk sdkah ke, pose sunat ke,dhuha...pastu akan trasa smuanya Allah mudhkn, rezeki msuk cam air, rasa berkat hidup...

Perlu elakkan hutg piutg, walaupun 1 sen.kurgkn mengira-ngira duit rnggit krna duit itu lah 'dunia'. Maulana ajar, kalau nk kira duit, kira kat dlm tndas.sbb itu tmpat yg ssuai utknya, krna utk buang rasa cinta pd duit.

Nk sedekah @ nk bg duit/hadiah kt org len, msti bg yg terbaeekk, trbaru... hatta nk beli ikan skalipun, kasi duit yg trbaik..spya apa? cinta pd mal (harta) tak masuk dlm hati...

Wallahu alam. lari tajuk ke? Ekceli, ayat2 kat atas td tu adalah utk pringatan hmba Allah yg brnama"aliaazuan", spya dia lebih paham & lebih reti.insyaAllah, nk bljr amal.

Umma-ali said... [Reply]

Thumbs up!
memang xminat berhutang...
tp ms bljr dulu pun berhutang gak...
nak blikan ole2 dr US utk family,
duit dah kopak...
alhamdulillah dpt member baik btul, bl smpi airport msia, dy kata hutang sy halalkan...
huhuhu dy tw kot kt susah nk byau utang dy,
mklumlah dah sama2 janji xnk kerja, nk jd surirumah yg berseri2 24jam....huwawawa...
ada jg kwn yg hutang kita ms bljr,
alaa kt pun fhm...
dah halalkan lama dah!
tup2 fb fb jumpa plk dy...
beriya2 nk bayau hutang,
mgkin ekonomi dah mantop...
kt pun kt xpyhlaa,
sbb dah lupa plk brp hutangnya,
dy pun lupe jgk...
lgpun dulu dah niat nak halalkan...
so lani dua2 tenang...
alhamdulillah...
ada kelebihan bg org berhutang dgn kita klu mmg perlu,
selagi dy lum byr hutang kita tu, setiap hari kita dpt phla sodaqoh...
haa kan best tu...
ada jg nasihat masa kuar masturat,
b4 tido, halalkan semua hutang2 org kat kita supaya klu mati, dah xde pertalian dgn yg hidup, nnt susahkan...
tapi bila bgun pagi, niat balik nk tuntut hutang tu...hehehe...
lawaklah pulak, skjp halal, skjp x halal...
mcm bdk2, skjp kawan, skjp x kawan...

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Weh.
Agak-agaklah fail.
Ha ha ha.
Haa.
Makcik tu memang rock.
Kalah gua.

AA,
Salam.
Lepas ni tak kira duit dah.
Kira dinar emas.
Ha ha ha.
Peringatan untuk kami semua juga.
Terima kasih.

UA,
Kalau nanti hutang dengan amirsab nak beli sari untuk mak boleh tak?
Ha ha ha.
:D

- zuriey - said... [Reply]

memanag takut sebenarnya..bukan pe takut mati tapi hutang tak habis bayar..mati tergantung nanti

Norhayati Rostam said... [Reply]

Ferrari lagi kecik kot.
huu~

roses said... [Reply]

jgn diniatkan berpuasa untuk berjimat tapi niatlah untuk melemahkan tuntutan nafsu kerana Allah Taala.

mkn dlm sguh.

nway nice entry bro.:)
keep up the gud work.
akan terus kipas blog anda.:)

Bijen M. said... [Reply]

ZUR,
Ha ha ha.
Jadi kena ada niat nak bayar hutang.
Insyaallah dipermudahkan.
Amin.

NR,
Waa.
Gua mana ada Ferrari.
Manalah gua tau.

ROS,
Ha ha ha.
Trimas.
Nanti gua jarang-jarang update masa 4 bulan nanti tolonglah kipas bagi nyaman ya.
:D

roses said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
roses said... [Reply]

baikk tuan rumah.
bertambah lagi upah dr ipb ya.:D

p/s:tp rasanya dah cukup nyaman disini;)

semoga sglnya lancar dan baik2.
selamat beramal.

akubiomed said... [Reply]

Apa lagi sambar Inspira baru convert Lancer GT kalau tak malu :-)

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Ciss.
>_<
Amin.

AB,
Ha ha ha.
Kalau ada rezeki lebih bro.

limauais said... [Reply]

aku kalau utang ngan sape2,mesti ak try byr scepat mgkin.tapi kalo org utang aku,ak rileks je la.kalo nk byr,ak ambik.kalo x,ak halalkan je.hehe.eh,kalau ak ad utang ko,ko halalkan ye.hahaha.

sebut psal belanja nk kawen ni,sejak aku tggal dgn hosmet yg bakal jadi isteri2 ni,asek trbyg nk kawen grand2 macam siti nurhaliza je.kn cari bakal suami yg kaya ni.oops.hahahaha.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Kaya agama, akhlak tak apalah.
Nanti syurga pun lagi grand apa.
Nak yang dekat sini ke kat sana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...