18.11.10

Resepi Sup Kepala Lembu Istimewa Nota Siku.

Oke tuan-puan yang dimuliakan. Hari ini bersempena Hari Raya Korban gua nak demo satu resepi menarik yang sesuai digunakan untuk memanfaatkan kepala lembu lebih di masjid. Resepi ini dinamakan Sup Kepala Lembu Istimewa Nota Siku. Jadi sila siap sedia dengan pen dan kertas untuk menyalin resepi ini. (Ini kes orang tak ada kerja tak balik kampung beraya)

Oke tuan-puan yang dimuliakan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah sekian-sekian. Bila bahan yang diperlukan sudah ada, campurkan sekian-sekian bersama sekian-sekian ke dalam sekian-sekian. Rebus selama sekian-sekian minit di dalam periuk bertekanan tinggi hingga kepala lembu tersebut empuk. Campurkan semua bahan ke dalam periuk selepas itu. Tunggu dalam sekian-sekian jam, taraa! Resepi telah siap untuk dihidangkan. (Sambil angkat mangkuk berisi Sup Kepala Lembu dan muka senyum ke kamera - Gaya Chef Wan)

Oke apa lagi tuan-puan? Pergilah ke masjid berdekatan untuk berebut kepala lembu dengan orang lain. Jangan lupa bahan-bahan lain yang perlu dicari. Selamat mencuba!

****

Pada suatu hari ada member gua cakap dekat member gua satu lagi, "Gua rasa Bijen tu dah ada aweklah. Asyik cakap pasal kahwin je. Macam dah ready je." Member gua satu lagi hanya mengangguk dan membalas, "Ya ya ya!"

Lepas gua tahu pasal cerita ni gua terus menge-ciss dalam hati. Sampai hati menuduh pemuda yang bujang trang tang tang, single dan available macam gua ni dah ada awek. Gua tahulah gua tak hensem. Tak ada siapa nak. Tapi tak payahlah cakap sampai macam tu sekali. Heh! Lepas tu gua pun explain-lah ke member gua yang satu lagi tu.

Puan yang dimuliakan. Tak semestinya bila kepala lembu dah ada depan mata baru kita kena cari cara-cara membuat Sup Kepala Lembu yang istimewa. Kita kena belajar cara-cara membuat Sup Kepala Lembu itu dari awal lagi. Kita kena ada perancangan rapi. Kena tahu bahan-bahan. Barulah mudah untuk kita cari dan sediakan. Bila kita dah tengok resepi yang disukai, kita tahu bahan apa yang perlu ada. Maka baru hidup kita ada matlamat dan arah tuju. Kita pergi kedai pun beli barang yang diperlukan saja. Tak adalah membazir masa dan wang. Faham? Member gua yang satu lagi itu mengangguk dan membalas, "Ya ya ya! Betul tu Bijen."

Kesimpulannya, tak ada alasan untuk lu kena kapel dulu baru boleh belajar dan fikir tentang kahwin serta kehidupan berumah tangga. Bila kita dah ada perancangan masa depan, mudahlah kita untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk memantapkan rasa dan mencapai objektif yang telah kita setkan. Tak adalah membazir masa dan wang dengan berkapel dengan makwe lalu end-up dengan nothing lepas makwe tersebut pilih KLCC lebih daripada lu sebab lu tak cukup hensem nak banding dengan KLCC. Tahulah lu dapat comolot lepas makwe tu pilih KLCC. Cilake betul budak-budak-baru-nak-up-zaman-sekarang!

****

Saidina Umar RA pernah menjawab tentang hak-hak anak yang perlu disempurnakan iaitu seorang bapa hendaklah memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anak, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah dia mengajarkannya Al-Quran. 

Sekurang-kurangnya sekarang gua dah ada perancangan masa depan dalam menuju gerbang perkahwinan.  Gua dah tahu bahan-bahan apa yang perlu dicari untuk membuat Sup Kepala Lembu yang terbaik. Mungkin ada makhluk yang dah ada idea macam mana perkahwinan yang gua nak lepas baca beberapa entri yang gua tulis. Ha ha ha! Hint tu.

Selain itu ada juga satu orang ni pesan dalam bayan (ceramah) dia, kita sebagai orang lelaki ada hak nak letak syarat bila pilih calon isteri. Nanti masa meminang, kita letak syarat dekat dia. Kalau sanggup kena tinggal 3 hari tiap-tiap bulan, 40 hari tiap-tiap tahun, kena tinggal 4 bulan, haaa Bismillah. Kalau tak sanggup, tak apalah. Abang cari lainlah. Ke ke ke! Bak kata orang, sayang anak tangan-tangankan. Sayang bini tinggal-tinggalkan. Yer dok?

Lepas tu gua nak tambah lagi dalam syarat di atas. Mahar mestilah rendah. Hantaran pun kalau boleh tak payahlah. Kalau nak buat kenduri belah perempuan, pakai duit sendirilah. Majlis pun buat ala kadar sajalah. Oke! Sekarang tak ada makwe nak kahwin dengan gua pasal syarat-syarat ketat gua di atas. Gua kena cari anak yatim sajalah.

****

Semalam khutbah raya, khatib cerita pasal pengorbanan Saidatina Hajar dan anaknya ditinggalkan Nabi Ibrahim AS di tengah padang pasir tandus dengan hanya berbekalkan beberapa biji tamar dan sedikit air. Hajar kata, "Kalau ini perintah Allah SWT, pasti Dia akan membantuku." Der! Berapa lama Hajar kena tinggal dekat tengah padang pasir tandus? Hidup je dia. Siapa tahu padang pasir itu mampu bertukar menjadi sebuah tempat yang gah pada hari ini? Semuanya berkat pengorbanan dan taat pada Allah SWT. Janganlah takut kena tinggal. Ke ke ke!

****

Semalam ada orang kata tak ada solat sunat sebelum solat sunat Hari Raya. Tak ada solat tahiyatul masjid, tak ada solat Isyraq, tak ada solat Dhuha. Gua tak berapa pastilah pula. Rujukan lanjut diperlukan. Siapa yang tahu tolong jawab.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

33 comments:

Lee Zha said... [Reply]

epp..aku pn de tgk video tu mlm td bro..kt wall member aku.

mula2 nk tgk cuak la jgk..sb fobia. kes2 video kejut-mengejut-ala-hantu-.

sumpah aku xsuka video kejut2 hantu tu. smp skg aku fobia lau member tag vid! hahaha

aku tgk vid budak2 klcc aweks pakwe tu spruh je..p aku dgr habes pe yg kwn2 dia ckp.

ala..kira smbl dgr video, smbl mt aku tgk komen2. haha

mcm sial pny kwn! dh tau kwn bkapel wat aib, ni aibkn lg lam fb.

fb 1 dunia tgk kot..sah2 mak bpk bdk tu de fb!

dasar..kg Allah buka aib dia br taw.

hoho~ selamet hali laye nye pun! maaf zahir batin nye pun~

:D

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Erk alamak.
Gua pun kena remove-lah link tersebut.
Ha ha ha.
Sori.
Sesiapa yang nak tahu cerita cinta 'Dia Pilih KLCC Dowh!', sila cari sendiri.
:D

airazulaikha said... [Reply]

terima kasih atas resepi itu..hehhe

Lyn Sery said... [Reply]

pergh
aku nak ckp entri ni la entry kau smart gila!
bole je kau nk ciri2 pompuan cmtu.ade je..
syg isteri tggl2 kan~

little miss sunshine said... [Reply]

kalau aku lah kan. aku pon pilih klcc.

betolla cakap incik bijan. macam ambil lesen kereta. takde kereta lagi dah ambil lesen. takkan dah beli kete baru nak amek lesen an.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

hehe, simbolik sungguh ayat2 anda

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Sama-sama.
:)

LS,
Ha ha ha.
Ada ke?
Siapa?

LMS,
Ha ha ha.
Analogi yang lebih berkesan dan berwibawa.

IM,
He he he.

sastraboy said... [Reply]

itulah pasal. dilema member member.

ada gua puji sikit awek tu, terus kata gua suka dia. apa da!

mungkin gua puji sebab nak sedarkan member gua supaya dia sedar, awek dia tak dela lawa mana,

tak perlu asyik gebang ngan gua!

haha.

Myra Arshad (: said... [Reply]

waah. raya sakan la ko kalu dpt makan sup kepala lembu special tu. hekhek.

alaah, dh nak sampai seru tu. sabaq sabaq :D

menusuk hati said... [Reply]

itulah orang sekarang,alasan berkapel untuk belajar n persiapan sebelum kahwin...nice ntri!(sambil minum sup kepala lembu)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam tuan bijen,
selamat hari raya haji
err..jemput2 lah mkn sup kepala lembu USM!
msti untung sapa y nak kawen dgn ank tuan esok!
syarat mcm tu kan kan kan...
esok menantu minta ...jagn lupa kata
pak setuju!!setuju sangat aihh
(",)

GigiWangi said... [Reply]

okey, aku nak try resepi hang ni. harap2 menjadi :)

akubiomed said... [Reply]

Err takde gambar demo buat sup. Kalau baca resepi takuk jadi lain pulak :-)

Jasmin Flower said... [Reply]

SALAM?

Saya dah try buat sup kepala lembu tu......menjadi sungguh....:)

Bijen M. said... [Reply]

SB,
Err.
Awekk KLCC tu ke yang lu maksudkan?
Heh.

MA,
Sakanlah sangat.
Raya dekat Toronto kot.
Ha ha ha.
:)

UM,
Salam.
Eid mubarak.
Ha ha ha.
Kalau nak jadi menantu kena ada syarat juga.
Lulus 4 bulan dulu.
He he he.

GW,
Gudlak!

AB,
Ha ha ha.
Dalam blog ni tak ada gambar.

JF,
Salam.
Wahh.
Bagus bagus.
Kirimlah ke sini sikit.
:P

matadore said... [Reply]

Dulu aku nampak kepala lembu yang ditinggalkan di tepi jalan, akan ku korek matanya.

Dan dibedah ala-ala projek sains bab belajar organ mata.


Wau!

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Dulu aku pernah bawa balik mata lembu sebiji letak dalam peti ais.
Lepas tu aku taktau mana hilang.
Mak aku goreng ke?
Gulp.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Terbaik punya entri

ukhti,mardhiah said... [Reply]

uitttt...
adakah tuan sedang mengata??
dah mcm biasa ku dengar syarat
keluar 4 bulan tu..
aishhh(",)

- zuriey - said... [Reply]

single and available..samalah gua..he2 anyway gua suka sup tulang dari sup kepala lembu

roses said... [Reply]

wah.naiklah saham encik,lepas ni ramai lah isi borang nak jadi bini encik bijehn.ha ha;)

aliaazuan said... [Reply]

Salam.
Tuan Bijen.

Berkorban apa saja....insyaAllah.

Bijen M. said... [Reply]

NR,
:)
Dah try resepi ni?
Ha ha.

UM,
Hish.
Mana ada mengata.
Standard-lah kalau nak kahwin dengan anak karkun kena keluar 4 bulan dulu.
Yer dok?
Ha ha ha.

ZUR,
Oh ye ke?
Genglah kita.
Sep sikit.
:)
Btw ada ke sebenarnya sup kepala lembu?
Hak hak.

ROS,
Tak ada orang nak.
Syarat ketat sangat.

AA,
Salam.
Bila lagi nak jadikan Saidatina Hajar sebagai sumber inspirasi kena tinggal.
Yer dok?
:P

Afida Anuar said... [Reply]

Mana la incik bijen tau takde anak dara yang tak setuju dengan syarat2 tu... ada je anak dara yang setuju tau,..

keep on looking ya!..bye.

PS: Salam eidul adha.

Umma-ali said... [Reply]

Salam, syarat pilih bni ketat xpe, kita pun bg syarat nk pilih menantu lagi ketat!!!
Dah kawin sok jgn ketat lak nak kuar tinggalkan bini...hehe...

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Ha ha ha.
Saja je test market.
Market cerah nampaknya.
:P

Eid mubarak!

UA,
Salam.
Syarat 4 bulan je kan kan kan?
Ha ha ha.
Esok suruh bini tasykil keluar baru tak malas.
Bini kata, "Abang pergilah!"
:D

Mell said... [Reply]

recipe di atas mmg maveles. pasti ramai yg mencubanya setelah diestablish sebegini. haha.

Bijen M. said... [Reply]

MEL,
Mudah-mudahan berjaya.
;)

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Mak aku tgk video tu..
terus naik hantu..
Takut aku..
katanya kalau dia ada kat situ,dengan mamat tu n makwe dia sekali dengan tukang rakam tu dia terajang masuk tengah jalan bia berlenyek kesemuanya..
Emosi gila mak aku..
hahahahahaha..

akubiomed said... [Reply]

Susah cari mak janda di Melaka. Setiap mak janda yang berjaya dijodohkan kerajaan negeri akan bayar RM500 tapi anak dara belum ada skim lagi

Bijen M. said... [Reply]

AB,
Ha ha.
Patut buat juga skim untuk anak dara.
Baru Sekolah Harapan tak penuh.
Ye dok?

limauais said... [Reply]

bagus2,prepare dari awal.tapi bakal isteri pon kena jugak prepare awal2 kan?rumah tangga lagi bahagia insyaAllah.
ko jgn risau,msti adenye gadis2 di luar sana nk kt ustaz rock kita ni.hahaha.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ha ha ha.
Mudah-mudahan.
Kau pun sama ye.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...