15.11.10

Kenapa negara pengeluar minyak tak maju?

NOTA: Ini bukanlah satu entri teori konspirasi atau tuduhan. Tapi hanyalah satu bentuk daya imaginasi di luar kotak pemikiran. Tidak ada rujukan dari mana-mana dan tidak disokong oleh bukti kukuh. Dibaca sekadar hiburan dan adalah bagus jika kajian lanjut dapat dijalankan di masa hadapan. Ha ha ha!

Panggilan study.
Telah tiba lagi.
Menunaikan exam.
Di musim exam.
Exam yang terakhir di UTP.
Hak hak hak!
(Nyanyi menggunakan beat rock campur allegro lagu 'Panggilan Haji')

Sedang gua sibuk pekena study di musim peperiksaan yang menjelang ini, tiba-tiba gua teringat soalan yang dilontarkan pensyarah subjek Pengurusan Strategik gua di dalam kelas beliau. Soalan beliau berbunyi, "Kenapa Malaysia yang merupakan sebuah negara pengeluar minyak masih belum maju?".

Soalan tersebut buat fikiran gua melayang jauh di dalam kelas. Otak gua dikerah berfikir bagi mencantum fakta-fakta untuk menghasilkan satu kesimpulan yang cukup berwibawa. Kesimpulannya gua catit dalam buku nota. Malas gua nak menimbulkan kontroversi di dalam kelas. Di dalam kelas, tak ada seorang pun yang menjawab soalan tersebut. Kesian pula pensyarah itu.

Pada pemikiran dangkal gua, bukan saja Malaysia tetapi kebanyakan atau boleh juga dikatakan keseluruhan negara-negara pembekal minyak atau nama saintifiknya OPEC tidak dilabel sebagai negara maju. Lihat saja siapa? Algeria, Indonesia, Iraq, Venezuela, Arab dan lain-lain lagi. Tak ada satu pun negara maju seperti Amerika dan Jepun, sebagai contoh. Seperti yang kita tahu, minyak merupakan sumber utama bahan api dunia. Pulangan daripadanya sangat menguntungkan. Tapi mengapa negara-negara terbabit masih tidak dapat menggunakan peluang tersebut untuk menjadi sebagai salah satu negara maju?

Jawapan ringkas yang pertama adalah duit bukan segalanya. Duit tak menjamin kebahagiaan. Tengok saja Arab, Iran, Iraq dan lain-lain. Adakah mereka bahagia? He he he! Jawapan ringkas kedua adalah ilmu dan amal itu penting kerana mampu menjadi salah satu faktor kebahagiaan. Dan jawapan yang ingin gua kupas di sini adalah kerana kepentingan peribadi, kita masih tersekat di takuk lama.

Kenapa kepentingan peribadi? Contoh yang ingin gua ambil adalah di Malaysia. Cuba kita selami sudah berapa lama Malaysia merdeka? Sudah berapa banyak universiti yang tertubuh? Sudah berapa banyak graduan yang dilahirkan? Sudah berapa banyak projek-projek tesis kajian dan pembangunan dihasilkan? Tapi kenapa kita masih ketinggalan? Kenapa kita terus menggunakan teknologi lama? Kenapa tidak dikomersilkan ciptaan-ciptaan terbaru yang dihasilkan para penuntut universiti itu? Kenapa?

Kita tahu adanya teknologi solar yang efisien. Bangunan dijana menggunakan kuasa solar. Kereta mampu bergerak dengan kuasa elektrik. Ada juga kereta yang mampu bergerak dengan menggunakan air. Tapi mengapa perkara ini tidak dikomersilkan? Kenapa rumah orang asli di pedalaman menggunakan kuasa solar tapi tidak kita di bandar? Kenapa tiada kajian lanjut dijalankan? Kenapa? Cuba lihat kejayaan Proton di sini (jika ianya benar), tapi kenapa masih belum dikomersilkan?

Kerana ada kepentingan peribadi. Itulah minyak. Jika hari ini semua teknologi itu dikomersilkan, minyak tidak lagi akan relevan sebagai sumber bahan api utama. Tiada lagi keuntungan dapat dibuat. Malaysia sangat bergantung kepada minyak. Sehingga didiamkan berbagai teknologi yang mampu memberi impak kepada penggunaan minyak.

Satu contoh lain yang mudah. Tahukah anda di Jepun sudah ada mesin basuh yang dicipta tanpa perlu menggunakan detergen atau sabun pencuci untuk membasuh pakaian? Tapi perkara ini disenyapkan dari pengetahuan dunia kerana ada kepentingan terhadap konglomerat dan syarikat-syarikat sabun dunia. Oh! Kita hidup di era kapitalis. Kita hidup dalam penipuan. Sungguh kasihan. Semuanya berkepentingan.

Kenapa Amerika dan Jepun maju? Kerana mereka tidak perlu khuatir untuk bergantung kepada minyak kerana mereka adalah negara pengguna minyak. Sebolehnya mereka mahu mencipta teknologi yang mampu meminimakan penggunaan minyak. Sebab itu banyak teknologi baru tercipta di sana.

Lihat saja di Malaysia. Kereta yang kononnya jimat minyak, jimatkah sangat? Jalan raya di Malaysia pula mengelirukan. Jika terlepas satu simpang, terpaksa mengambil jalan yang cukup jauh untuk kembali ke destinasi. Jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang sepatutnya dekat menjadi jauh kerana jalan sehala yang dibuat kononnya mahu mengelakkan kesesakan. Walhal kesesakan tak pernah juga selesai. Semuanya menggunakan minyak. Oh oh! Tuduhan liar betul gua. Insaf insaf!

Oke cukup setakat ini gua cerita. Semoga dapat menjadi pencetus kepada sebarang kajian lanjut selepas ini. Berhati-hati kaum kapitalis. Ke ke ke!

****

Mesti lu orang pernah dengar cerita seorang paderi yang kantoi kena jawab soalan cepumas dengan seorang Islam dalam gerejanya. Bila ditanya apakah kunci ke syurga, dia tidak mampu berdalih lagi. Jawapannya ialah kalimah 'Lailahaillallah'. Dia mengetahuinya, tapi kerana kepentingan pangkat dan harta, dia menyembunyikan rahsia itu. Kesimpulannya, ketepikan kepentingan peribadi untuk kesejahteraan umat sejagat. Barulah hidup aman, makmur dan sentosa. Ceewah! Jangan sebab terlalu sangat nak ke Putrajaya, habis semua orang ditipu. Yer dok? La la la la!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

26 comments:

roses said... [Reply]

oh sungguh tak sukakan modenisasi.
kan baik2 aja malaysia mcm ni?hehe:D

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Hari2 ada guna minyak jgk.
'Minyak masak cap Saji'...

hidayu samsudin said... [Reply]

salam..
sy bukanlah bijak ekonomi,tetapi bukankah minyak seperti petroleum dieksport keluar negara?dan minyak yg digunakan dlm negara pula diimport dengan harga yg lebih murah,kononnya untuk memberikan lebihan subsidi kpd rakyat,,tetapi adilkah ,jika kenaiakn harga minyak yg selalu membebankan rakyat?inikan yg dikatakan subsidi untuk rakyat?mmg benarlah,,,negara pengeluar minyak x maju...

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Yaaa...ayat tang last tu aku suka..
ya..aku suka!!!!
Yippi!

CS said... [Reply]

salam,
ckup2lah jd org minyak..lumur 1 bdn dgn minyak, utk lindungi diri & mencapai impian...nnt bila minyak dh habis mcm mana?ngeri nya..xsggup :x...dr org minyak jd toyol plak..???

buDAK keCIK said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
buDAK keCIK said... [Reply]

btul~!
sbb kepentingan peribadi, semua kebaikan bertukar jd halimunan...
hampess

buDAK keCIK said... [Reply]

btul~!
sbb kepentingan peribadi, semua kebaikan bertukar jd halimunan...
hampess

buDAK keCIK said... [Reply]

btul~!
sbb kepentingan peribadi, semua kebaikan bertukar jd halimunan...
hampess

buDAK keCIK said... [Reply]

btul~!
sbb kepentingan peribadi, semua kebaikan bertukar jd halimunan...
hampess

Bijen M. said... [Reply]

Ros,
Tak kisah modenisasi atau tidak.
Tapi penindasan atas kepentingan golongan tertentu.

AA,
Salam.
Minyak masak Alif lah.
:D

HS,
Salam.
Sebenarnya ada banyak pengeksploitasian berlaku dalam urusan jual beli minyak.
Kebanyakan kita juga tidak tahu hal sebenar.
Saya tidak mahu bukakannya di sini demi menjaga kesejahteraan negara.
Ha ha ha.

AATP,
Hang suka noh?
Ha ha ha.
:D

CS,
Cukup bergantung kepada minyak.
Bergantung kepada Allah SWT pula.
He he he.
:)

BK,
Uih.
Stress jawab exam ke sampai repeat banyak-banyak kali ni?
He he.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Yang last tu setuju

GigiWangi said... [Reply]

Alaaaa, aku tak pandai lah nak cakap pasal minyak2 ni. haha.

Jadi, aku nak ucap selamat hari raya aidiladha. haha.

aci tak?

akubiomed said... [Reply]

Cuba jawab kenapa negara Afrika tidak maju walaupun mereka mempunyai berlian seperti black diamond yang bernilai jutaan dolar?

menusuk hati said... [Reply]

Memang banyak y plu dkupas dlm isu minyak n jwpn y sering kita dgr apb dtny mngpa harga minyak naik,depa cakap,ikut harga pasaran dunia..Ataupun,harga minyak kita d antara y termurah di rantau ini..Astaghfirullah..

Bijen M. said... [Reply]

NR,
Ha ha.
:)

GW,
Aci aci.
Ingat aku di sini beraya di Toronto.
Perantauan.

AB,
Ha ha ha.
Tak tahu bro.
Apa jawapannya?

MH,
Ha ha ha.
Semuanya berkepentingan.
Tak kira siapa.
Oh oh!

- zuriey - said... [Reply]

malaysia memang agak ketinggalan dalam teknologi..mesti rasa jakun kalau pergi negara yang lebih moden

Anonymous said... [Reply]

tp still x menjawab.. kenapa negara pengeluar minyak x maju?

Jasmin Flower said... [Reply]

Engineer manalah yg byk buat jalan sehala...kalo sesat asyik jumpa tol jer....hahahhaahh....syukur dah tak keje kat KL lagi,,,kalo tak asyik stress

Bijen M. said... [Reply]

ZUR,
Malaysia boleh pergi jauh.
Tapi mereka menafikannya.

TN 13:11,
Sudah menjawab.
Mereka tidak maju kerana menafikan teknologi yang ada untuk menjaga kepentingan petroleum.
Jika semua industri kereta beralih kepada penggunaan elektrik misalnya, maka penjualan petroleum tidak akan laris.

JF,
Haa.
Tol pun satu hal juga.
Hadoi hadoi.

fndrocka said... [Reply]

Maknanya tak maju sebab menafikan teknoligi yg ada? Hmm..tak.faham gaklah.apa erti maju...alatan canggih2?

Bijen M. said... [Reply]

FR,
1. Teknologi pada takrifan - Pengetahuan sains yang boleh memudahkan manusia dalam kehidupan seharian.
2. Yang dibincang di sini adalah kemajuan teknologi.
3. Contoh masalah - Mengapa perlu menghabiskan wang untuk membeli detergen sedangkan ada mesin basuh yang mampu beroperasi tanpa menggunakan detergen?

limauais said... [Reply]

bila minyak ngan gas kt laut abes nanti,bru la terhegeh-hegeh nk cari tenaga yg boleh diperbaharui atau omputih sebut 'renewable energy'.ongkos nk stat develop tenaga efisien ni mmg mahal,tp ntuk long term,lumayannn tau.

aku ingt final year ak nk buat projek psal renewable energy,pastu komersialkan ke seluruh negara.cewahh.tggi angan2 aku ni.hehe.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ha ha ha.
Jangan harap dapat komersil selagi minyak ada.
Sekarang pun dah banyak kot tapi senyap je.

Tuan Auz said... [Reply]

hahaha best best !

ntah benci kot jln raya kat msia ni. especially signboard yg aku rasa cam nak bakar je! ada ke signboard dekat2 simpang nk masok. konpom la aku miss simpang tu. pastu malu2 tersorok kat belakang pokok. huh!

emm agaklaa. cam upm tu, berlambak research gempak2 tp satu pon aku tatau apa hasil research dorang tu walopon aku dak UPM (err...adala satu beberapa ketul~). tp komersial besar-besaran xde.

wat penat bayar cukai,tp disalurkan ke arah yg xbetul kekadang. so marilah bayar ptptn 10tahun,lari cukai pendapatan.


idop akan tetap camni selagi pemimpin tu bukan memerintah berlandaskan sunnah dan al-Quran.

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Bab signboard tu setuju sangat-sangat.
Rasa nak gigit-gigit je.
Btw, pemimpin akan tetap macam ni selagi kita sendiri tak amal AQ dan sunnah dan tak menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...