22.11.10

Kejadah busana Muslimah?

Yo! Ketemu lagi kita di sini. Maka berlandaskan tajuk di atas, gua yakin entri kali ini bakal mengundang rasa tidak puas hati dari golongan makwe-makwe sedunia. Tapi gua kisah apa. Lantaklah kan. Yer dok?

Di satu hari yang panas gua menerima undangan memakan keropok lekor cicah sos cili dekat bilik member gua, Ronaldo. Bilik mamat ni canggih pasal ada TV. Suasana pun sangat mantap untuk sesi makan keropok lekor cicah sos cili kerana boleh menonton TV. Lalu gua pun memenuhi jemputan tersebut. Kata orang rezeki jangan ditolak.

Celah Mana Muslimah?
Di samping mulut gua dijamu dengan keropok lekor, mata gua pula dijamu dengan rancangan Nona dekat TV3. Kejadah apa dia orang ni buka Nona pun gua tak faham. Nasib baik Maya Karin jadi hos, sedap jugalah gua mengunyah keropok lekor. Kemudian Nona ni pun buat review pasal pertunjukan fesyen busana Muslimah. Argh! Secara tiba-tiba keropok lekor yang lembut tadi jadi macam liat pula.

Mula-mula tu gua tengok Maya Karin tak adalah sakit mata sangat. Tapi bila tengok pertunjukan fesyen busana so-called Muslimah tu, terus pedih mata gua. Gua tak faham celah mana Muslimahnya bila pakai baju labuh tutup bontot tapi bawahnya pakai legging. Tudung pun belit-belit macam hantu bungkus ada bonggol atas kepala. Lepas tu pakai tudung pun, buah dada tersembul juga. Lepas tu pakai rantai tak nak kalah. But tinggi macam nak masuk bendang. Oh! Tak faham betul gua. Celah mana Muslimahnya? Itu tutup aurat atau balut aurat?

Islam Tak Halang Fesyen?
Oke! Itu cerita busana Muslimah yang masuk TV satu Malaysia tengok. Ada juga persatuan makwe-makwe sedunia yang lebih Islamik sikit pun buat juga fashion show busana Muslimah dia orang. Gua cakap lebih Islamik pasal dia jemput geng-geng makwe je tengok show tu. Okelah fine kurang fitnah tapi gua nak kata fitnah tetap wujud juga malah boleh merebak.

Baiklah makwe-makwe sekalian. Kita selalu dengarkan ayat so-called Islamic seperti 'Islam tak menghalang berfesyen'. Ya ya! Islam tak menghalang berfesyen (kot). Tapi kita berfesyen tu untuk siapa? Untuk suami ke untuk ajnabi? Duhh!

Oke gua berterus-terang. Kejadah apa nak buat busana Muslimah segala? Even lu buat secara tertutup panggil sek-sek makwe je pun benda tu tak merebak keluar ke? Hari ni lu show fesyen-fesyen Muslimah lu tu. Esok lusa lu pergi kelas lu pergi kerja lu pun apply-lah fesyen yang lu tengok hari tu. Dan kejadah apa nak pergi berhias bergaya-gaya siap pakai but tangkap gambar masuk dalam Fesbuk, blog segala sedangkan lu tak ada suami pun lagi nak tayang-tayang ke dia? Dah tak ada suami, sekarang lu berhias untuk siapa kalau bukan nak goda lelaki-lelaki di jalanan supaya bila tengok lu dia orang kata lu ni cantik pandai bergaya. Urgh! Faham tak maksud gua? Faham tak?

Bepurdah Di Fesbuk
Ada satu hari tu member gua, Fasha Sandha mengadu dekat gua pasal sakit mata tengok gambar profil makwe-makwe dekat Fesbuk. Pakai je purdah tapi posing lentok-lentok bagai. Gua cakap balik, "Lu tengoklah dia pakai purdah spesis apa? Kalau setakat purdah belit dari tudung yang dia pakai tu tak payah cakaplah. Berlambak je makwe-makwe posing gambar macam tu. Hakikatnya bukan pakai pun. Nak nampak kool je dalam gambar. Kalau nak yang ori pakai purdah tu yang pakai purdah setail getah takpun yang ikat dekat belakang kepala sampai terus nampak tak cantik tu. Haa! Tu baru ori. He he he."

Kesimpulannya, mereka hanya terkesan dengan tuntutan fesyen. Bukannya dibuat atas tuntutan syariat. Kadang-kadang gua terfikir apalah motif pakai pakaian tutup aurat (kononnya), tapi nafsu gua makin naik nak tengok dia orang. Tak sampai langsung objektif pemakaian hijab. Yelah! Tengok makwe pakai cantik-cantik balut aurat tengah pekan memanglah rare brader. Gua rasa nak je sepak-sepak bontot dia orang yang melenggok-lenggok tu. Argh!

Apa fesyen Islam?
Lalu orang pun tanyalah apa fesyen yang dibolehkan Islam? Nak berfesyen dalam Islam, pakailah apa pun janji tak tabaruj, tak create attention dan tak ada nak goda-goda golongan lelaki lemah Iman di jalanan macam gua ni. Kalau orang tanya gua, gua jawab senang saja. Lu pakai jubah hitam, lu sarung tudung labuh hitam. Setel. Tak payah nak belah-belah sini sana. Tak payah nak pakai rantai ke but ke balut kepala macam bonggol unta ke apa ke. Kalau nak seksi-seksi baju goda-goda itu cerita dalam kelambu. Dalam kelambu lu nak bogel pun gua tak kisah.

Cerita Gua Ushar Makwe
Dalam usaha mencari jodoh ni, Fesbuk boleh digunakan sebagai medium risikan yang bagus. Ha ha ha! Gua kalau nak ushar makwe, gua tengok gambar profil pun dah boleh baca dah. Boleh bezalah sifat-sifat makwe yang private gambar profil dia atau pun makwe yang suka show off gambar profil dia. Kalau gambar profil dia satu saja nak bagi orang kenal tu tak apalah juga. Ni gambar muncung-muncung mulut dan camwhore bersepah. Urgh lagi sekali! Tahulah lu cantik, tapi tak payah kot nak tayang-tayang. Save the best for your best partner-lah. Husband you ramai sangat ke?

Satu Checklist
Lu pakai tudung belit-belit serupa Yuna pergi kerja tu untuk apa?
Lu dressing cantik-cantik pergi dinner untuk siapa?
Lu mekap lawa-lawa pergi makan kenduri tayang dekat siapa?
Lu pakai rantai tayang ke luar bila jalan di mall untuk apa?
Lu posing gedik-gedik depan cermin dalam toilet lepas tu tayang dekat Fesbuk apa kejadahnya?

Pakai sajalah jubah hitam, tudung labuh hitam. Kool kot. Ha ha ha!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

64 comments:

fye said... [Reply]

piwit.fasha sandha!haha

nad said... [Reply]

Torbaeek!..i loike.

buDAK keCIK said... [Reply]

legging?huh, menyampahs tgk mkwe2 yg konon hot ni pakai legging~!

nmpak seketul-ketul lemak kt kaki..
yg kurus kering plk nmpk tulang seketul-ketul
harhar
ye dok??

Ibnu Mutalib said... [Reply]

urghhh, best3.
beracun gila ayat segala,.
memang best bagai.

heh

Anonymous said... [Reply]

nota siku really open up my world but i was thinking we do need to dress up a little bit.. dont we..?

variety is a gifts.. if semua pakai hitam org pun pndang serong..

but again why?

sbb nak cantik lah kan?


or am i wrong?

sastraboy said... [Reply]

untuk u bijen.

aww!

haha.

hiro said... [Reply]

itu diaaaaa..taip n3 nie berboxer sje x?

Anonymous said... [Reply]

Self-satisfaction, mungkin?

Anonymous said... [Reply]

Warna yang disukai nabi S.A.W. ialah hijau dan pakaian yang digemari ialah habarah seperti kemeja panjang berwarna putih. (Riwayat Bukhari Muslim)

Kenapa perlu jubah hitam? kenapa tak hijau atau putih? jika hitam, kita pakai 5 hari pon tak tahu kotor ke tak. ye dok?

Umma-ali said... [Reply]

fuh!!! pedas! panasss!!! berasap!!! mana kipas nih!!!
"fesyen pembunuh sunnah!!!"...kata seorang ustaz.
sekali sahabah trpndg seorg wanita tua masuk rumah fatimah ra, masing2 tertanya siapakah gerangannya memasuki rmh putri Rasulullah SAW.. Selidik2, rupanya Fatimah ra sendiri yg apabila keluar rumah berlagak umpama orgtua agar x menarik prhatian kaum adam...wallahualam..
tp kan bijan klu dah kawen sok, jgn byn cmni tau! langgar tertib masturat tuuu...

GigiWangi said... [Reply]

jubah hitam itu menakutkan lah.

bintu ghazali said... [Reply]

pada zaman nabi, kebanyakan wanita berpakaian warna hitam. memang tak salah nak berpakaian hitam setiap masa, ramai je masyarakat Islam buat (sudah tentu bukan di Malaysia.. masih lagi dipandang sinis oleh masyarakat tempatan, ironi bukan?)

Walau apa pun cara pemakaian, hendaklah back to the basic... pakai tudung hingga tutup dada. pakai STOKIN.. lengan tangan ditutup elok... pakaian menutupi bentuk badan, serta longgar..

rasanya kalau basic dah ok, sudah tentu anak gadis yang sudah FAHAM asas ini memandang rendah tentang 'legging' bukan?

*lapangkan dada dan muhasabah diri selalu :)*

salam perantau

along rufaidah said... [Reply]

i think tak salah utk tidak pakai jubah hitam dan tudung labuh hitam (altho tudung hitam tu mmg favourite ktorg la..senang sbb matching semua baju :D)

kita kena jaga juga ketrampilan diri as a muslimah...bukan untuk menarik perhatian ye...tapi just cukup supaya tak timbulkan fitnah pada islam (nnt org kate org islam ni selekeh la itu la ini la). tahu how to dress appropriately according to the situation.

setuju dgn bintu ghazali: apa2pun back to basic la. cukupkan syarat menutup aurat tu. kadang2 tabarruj di sana, mungkin tidak tabarruj di sini. kalau kita pakai baju kurung warna-warni kt certain tmpt yg majoriti muslimahnye pakai jubah hitam je...itu tabarruj la, menarik perhatian. tapi kalau situasi malaysia, alrite saje kan...benda tu dh biasa. mungkin juga kalau kita pakai serba hitam di malaysia (saya kata mungkin, cth je ni :D), itu pulak yg menarik perhatian org ramai terhadap kita.

my 2 cents

Afida Anuar said... [Reply]

Ahaaa, gua sebagai salah seorang makwe sedunia tak rasa tak puas hati pun....sebab apa yang ditulis adalah benar sekali

Mr bijen...kalau rasa mampu, apa kata mr bijen memperisterikan salah seorang wanita yang masih huru hara dalam penjagaan auratnya atau dalam erti kata lain wanita yang masih terumbang ambing..errr.. Mr bijen didik dia jadi wanita solehah. Yang akhirnya bertudung litup menepati kehendak syariat...memimpin tangannya ke syurga Allah.. InsyaAllah besar pahala tu;)

amacam cadangan gua? ada brand? hehe

Bijen M. said... [Reply]

FYE,
Ha ha.
Pewit juga.

NAD,
:D

BK,
Kau perempuan.
Pergilah cubit betis dia orang.
Ha ha ha.

IM,
Ha ha ha.
Berjangkit dah ni.

TN 20:44,
Kenapa ada orang nak pandang serong?
Tak salah nak dress up.
Up to you.
But then you dah jawab sendiri, sebab nak cantik kan.
Untuk siapa nak tayang cantik tu?

SB,
Aww yeah!

HIRO,
Pakai towel je der.

TN 21:21,
Oke self-satisfaction.
But you let other people see.
Kalau nak self-satisfaction anda boleh tak payah pakai tudung sebab panas.
But then, orang tengok dosa tanggung jugakan.

TN 21:34,
Warna yang disukai Nabi adalah putih dan hijau bagi lelaki.
Saya tak mengatakan wajib untuk hitam.
Tapi saya prefer hitam kerana hitam merupakan pakaian yang sering dikenakan oleh para isteri Nabi SAW. (HR Bukhari & Muslim)
Selepas turun ayat hijab, wanita ansar keluar dari rumah dengan menutupi tubuh mereka dengan kain hitam. (HR Muslim)
Dan berpakaian gelap itu lebih menjauhi fitnah.
Yer dok?

UA,
Wahh.
Tak boleh eh?
Manalah tahu.
Tak pernah keluar masturat lagi.
Nak dapat masturat lambat sangat.
La la la la.

GW,
Menakutkan.
Lebih menjauhkan diri dari pandangan kaum lelaki.
Yer dok?

BG,
Terima kasih atas penambahan anda.
:)

AR,
Ya tak salah.
Saya cuma cakap ke-prefer-ran saja.
Tak ada pun dalam post di atas menyalahkan baju lain.
Ha ha.
Thanks pendapat anda.

AA,
Ha ha ha.
Bab jodoh saya berserah kepada Allah SWT.
:D

DAN UNTUK SEMUA,
Satu syarat untuk pakaian Muslimah adalah bukan 'perhiasan'.
Pakaian yang menjadi 'perhiasan' tidak boleh dipakai oleh seorang Muslimah ketika keluar rumah.
Ciri-ciri perhiasan antaranya adalah berwarna-warni dan dihiasi garis-garis keemasan/perak yang menarik perhatian lelaki normal. (Figh Sunnah Iin Nisa')

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum...
Diriwayatkan dari Saidatina Aishah dan juga isteri2 nabi...dilihat memakai pakaian berwarna merah..bila lelaki nak pakai,Rasulullah berkata tinggalkan untuk pakaian mereka....
-->persoalnnya disini adakah pakaian y berwarna itu dikatakan tabarruj?
Tabarruj itu berhias melebihi kebiasaan @ berlebih2 han...
-->cuba kita sesuaikan dgn fikh@keadaan setempat

ha ha ha-->perlu ke??
i love black suit....karkunah suit!

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Waalaikumsalam WBT.
Pakaian berwarna merah pada waktu itu dikhaskan untuk wanita.
Lelaki tak boleh pakai plain merah kerana menyerupai mereka.
Ada juga pendapat menyerupai kafir.
WA.
Pakaian berwarna tak tabaruj selagi tak berwarna-warni.
Kata ganda berwarna-warni bermaksud mempunyai banyak warna.
Ha ha ha.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Ciss.
(",)
Terkena.

Norhayati Rostam said... [Reply]

haha.
Terus terang time saya baca ni tak faham legging tu apa.
Ohoh! Statement last cikgu tu. Memang lebih kepada ucapan pak cik cikgu larh.Serba tutup dan hitam.

Benrauf 2.0 said... [Reply]

islamic culture, merujuk kepada budaya yang diamalkan orang-orang islam dan tidak ada kena mengena dengan islamic values, islamic moral, dan islamic way of life. memakai definisi ini jadi berkemban adalah fesyen islamic culture kerana diamalkan orang orang islam di kawasan pedalaman, berskirt pendek dan bersinglet tali halus menampakkan lurah payudara juga islamic culture kerana menjadi pakaian ramai orang orang islam moden di bandar besar tertentu. releven tak? kompem la tak.

menusuk hati said... [Reply]

perempuan islam bogel dpn aku pun aku ckp dia muslimah..sb dia islam.cuma dia tak mukmin apath lg muttqin..

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Salam Bijen.

Berfesyen itu tidak salah. Islam tak larang penganutnya untuk berfesyen. Berfesyenlah. Sebab berfesyen juga salah satu cara untuk kita tunjukkan nikmat ALLAH.
Tapi harus ingat, berfesyen biar selari dengan tuntutan syariat. Islam bukan agama yg mengongkong. Tidak semua orang berfesyen dengan niat untuk menayangkan kecantikan, tapi cukup sekadar menambah keyakinan. Oh. Lg, depends kpd definisi fesyen bg setiap individu.

hidayu samsudin said... [Reply]

salam,
Tuan Bijen...

Memang pedas n3ni..tp sy ske...
biarlah dikatakan "old fesyen" yg pnting mnutup aurat...
kredit utk n3 ni...

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Aisehmen.
Sorilah brader.
:D

NR,
Wahh.
Sucinya sampai tak tahu legging tu apa.
Ha ha ha.
Err.
Pakcik?
Ke makcik?

BR,
Wahh.
Macho juga ni.
Ha ha.

MH,
Lepas ni kena label fesyen mukminah lah yer dok?

ARA,
Salam.
Berfesyen tak salah (kot).
Tapi jangan terperangkap dengan fesyen.
Bila dah berlaku pembaziran, riak, fitnah.

Bijen M. said... [Reply]

HS,
Salam Hidayu.
Dah ada suami nanti berhiaslah cantik-cantik untuk dia.
Pahala pun dapat.
:D

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Kita sndiri bleh tau pkaian yg dpakai tu mnarik @ tak. Jadi buat la kptsn yg trbaik utk kslamatan dunia akhirat.

Sbnrnye, org kita sndiri yg slalu tkut dgn kaler hitam @ gelap ni & rata2 takleh terima.Tp kbnykan non muslim yg prnah dijumpai (cth: jiran) mereka sgt ok. Siap bgtau, sy suka tengok prmpuan Islam pakai gini. Pastu siap tanya pulak: Nape org Islam lain taknak pakai camni ya?

Terkedu diri ini nak menjawab. So, jwb je laaa spya tak jatuhkn maruah agama..insyaAllah.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Agak lewat aku bg komen ..
hahahahahhaha...

2 la sebabbya aku tak suka tgk nona walaupun aku perempuan..
Tah pape..

Aku pakai tudung yuna..tapi tutp dada..macam mana plak tu?
hohohoho

matadore said... [Reply]

dari kecik sampai sekarang aku rasa :

1. jubah hitam itu berwarna hitam
2. hitam itu misteri dan kadang-kadang menakutkan.
3. hitam itu kool.
4. jubah hitam = jubah misteri?
5. aku pakai jubah hitam tudung hitam, aku ingatkan orang tak pandang sebab macam invisible/tak menarik, tapi lagi orang pandang ada. aku tak kacak pun!
hoh.

Ps : semalam aku rasa kool sebab pergi kelas pakai jubah hitam tudung hitam.

Cik Bee said... [Reply]

tq.. sedikit terkena tempias.. huahuahua.. tp pandai wat pandai tanggung laa kan...

roses said... [Reply]

yer.yer.tak pakai dah bro.T__T

kene kumpul duit beli baju gelap2 byk2.T__T

Lee Zha said... [Reply]

ngeee~ otak aku membayangkn sesuatu yg....hahahahahahaha

Umma-ali said... [Reply]

Aslm,
to those already wearing purdah or niqab...
purdah means covering the whole body so as not to attract other's attention...> quoting jmh masturat fr srilanka...
so klu pki purdah hitam pun tp ada renda2, merelit2, tentu akn membuatkn org toleh 2 kali...x sampai maqsudnya, jd fhm2 je laa..tp org kata bl pki all black pun org toleh gak, itu brgantung kpd niat...mmgla bl yg lain multi-colored, yg black yg dipndg...mcm klu semua slim n slender, sorg je yg tembam, yg tembam dilihat 2x...
islam pada awalnya asing, dan di akhir zaman pun asing...
wallahualam.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

mak oiii, maaf tapi mungkin agak samapi matlamat bijen, 9/10 komenter sume perempuan.
bak kata aliaazuan, kadang2 kita malu tak bertempat. di malaysia sangat memalukan solat di tempat umum, siap ada satu jemaah otw ke china, solat di KLIA pun kene tegur ngan pak gad, sdgkan waktu subuh, dan memmang takde orang selain yang tunggu flite. sampai di china, jemaah solat di kws kaunter lak sebab nak jaga waktu solat dan memang takde tempat lain dah. pak gad sana siap salam2 lagi dan senyum, dan orang2 sana tangkap gambar buat kenangan,heh. beza kan?

buat maklumat, pakaian hitam tu sunnah isteri2 nabi. w/pon diriwayatkan isteri2 baginda pakai juga warna merah/kuning ect. ect. warna selain hitam ni orang gune untuk kaat tak semestinya perempuan pakai hitam saja, macam orang2 Islam di India dan Pakistan, yang memang rigid dgn hitam mereka.tapi tak bermakna kita takleh pakai hitam saja kerana dalil tu. so kenalah hormati pendapat orang lain, tu je.

plus,ada risalah Jakim, pakaian sempurna tutup aurat adalah kain plain, tidak terang, tiada corak2, dan tidak terlalu ketat, selain tutup aurat dengan sepenuhnya. Bab ni,jangan tengok ustazah, sebab kalau tengok orang memang tak sempurna. Tanya mereka, mereka akan cakap lain! macam tu juga kalau ustaz takde janggut dengan kesan2 janggut kena shave, jangan lak direct ikut die. tanya die mana yang patut, die mungkin cakap lain. kaalu die cakap tak wajib tuuu, sama ada die nak cover salah atau die pegang pendapat paling mudah. situasi sama untuk ustazah2 yang pakai gincu merah pekat, tudung pendek2 dan fesyen, mekap-mekap bagai, cakap lemah lembut dengan laki, tapi wat program usrah atau ceramah agama.

yang penting wat dengan Ilmu, bukan ikut2tan, nak pakai purdah pun tanyalah orang yang dha pakai, apa dalilnya, apa caranya, barulah ada kekuatan!

Allhumma ighfirlana

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Setuju.
Macam UA cakap (Nabi cakap), Islam datang dalam keadaan asing dan kembali dalam keadaan asing.

AATP,
Ha ha ha.
Busy layan boipren ke bro?
Ha ha.
Tanya diri sendiri.
:D

MD,
Kau rasa pleasure dan kool.
Orang laki tengok tak rasa kool.
So, matlamat hijab dah tercapai.
Yer dok?

CB,
Wc.
Sama-sama kita baiki diri insyaallah.
Semoga Allah permudah.

ROS,
Ha ha ha.
:D

LZ,
Weh.
Apa apa?
Ha ha ha.

UA,
Hee.
Setuju nenek!

IM,
Alhamdulillah.
:)

Myra Arshad (: said... [Reply]

haha. aku selaku mak we makwe sedunia. tak de rasa tak puas hati. aku rasa betul je ape ko cakap. hehehe

p/s : makan dalam~

Tuan Auz said... [Reply]

Hehehhe gua suka entry lu ni bro . Dats why la zaman sekarang ni nk kiamat dah. Aku x declare la diri aku muslimah sbb x mencapai tahap yg sepatutnya lagi.

tapi tu la, kalo tgk blog Muslimah wear yg tumbuh cam cendawan sekarang ni, xleh blahhh bergaya. abesaaan la tu. Legging tu yg xleh blah. titik.

akubiomed said... [Reply]

Yang penting pemakian mesti memenuhi tuntutan syarak. Manakala fesyen adalah secondary

- zuriey - said... [Reply]

kdang2 terlpas pndang gak pasal ni.. pengaruh luar banyak sgt agknya

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Huh..
tarak pasai layan boifren..layan OT lagi best..duit pun dpt banyak..ye dak?
hahahahah
Ternyata aku mata duitan..
hahahaha..
janji duit aku sendri,bukan duit jantan..
eh..lari tajuk plak bai..

hijabrockers said... [Reply]

Assalamu'alaikum.
Maybe sebab aku ppuan, so bila aku tulis benda cmni mmg kene serangla gaya bahasa aku dan org kata poyo (nak selamatkan org islam lain pun dituduh poyo, so lantakla). Isi taknak baca, gaya bahasa aku yg digaduhkannya. Cakap bodoh kang kecik ati pulak, kan? So, atas dasar aku sgt chenta pd entry ini dan nak biar ko yg menerima serangan (tahap ketahanan mental lelaki lebih tinggi dan mantap), maka mohon share bleh? =)

4thumbs up utk entry ni. Siap ibu jari kaki aku campur =)

hijabrockers said... [Reply]

Melaram dan berfesyen utk suami dahlaaaa.... Apa kita harap bila pakai cantik2 ni? Kalau keyakinan diri mmg dah mantap, rsnya pakai karung guni beras wat baju pun rilek je jalan penuh gaya.

Suami je yg terima kita, amik tanggungjwb, bg belanja, makan pakai apa smua (walaupun hakikatnya ni semua drpd ALLAH SWT). Sakit ke apa ke suami yg susahkan hati derang sendiri. So, suami tu ajela yg selayaknya kita bercantik2 utk dia.

Apa reason nak tunjuk baju cantik2 kat org selain rs riak wujud wlupun sikit dlm diri bila org tgk? Bila tgk cermin nak berpakaian, tgkla baik2. Tanyala hati elok2, ini ke yg syariat mintak? Ppuan boleh pakai warna, tapi bukan warni warni di Aidilfitri bling2 liplapliplap mcm lampu raya.

Pertunjukan fesyen muslimah sini, tak kirala siapa pun yg anjurkan, pehtu dipublish kat internet la media apa smua, mmg langsung tak muslimah.

Aku pernah join parti bini2 Pak Arab. Masa dtg semua pakai full sunnah. Bila sampai kat parti tu, semua mcm rama2 cantik. Tukar baju itam dengan gown2 Vera Wang, Versace apa smua. Huhhhh....Tapi xder plak yg tayang gambar kat internet apa smua. Sbb mungkin diorang faham maksud berfesyen dlm Islam. Fesyen utk suami dgn sesama Muslimah secara tertutup sahaja mcmtu. Tak salah pun nak bercantik2. Kene carala.

Aku mintak maafla. Kalau jalan2 atas stage, buat pertandingan chantek tak chantek apa smua, kita sbnrnya nak pengiktirafan siapa? Kenapa perlu MINTA pengiktirafan cantik drpd org lain? Cukupla yakin ALLAH dah bg chantek sechantek2nya. Simpanla cantik tu utk yg berhak.

Kat luar pakai melaram wangi kan main lg. Nak tido malam ngan laki pakai kain batik ngan t-shirt bau ikan masin, rambut menggerbang mcm jembalang. Bagus ke cmni?

Aku tau satgi komen ni gerenti kene tembak balik. Aku nak ckp 1 je. Aku ckp kebenaran. Ikut full sunnah la paling baik dan selamat. Lawa kat dunia sekejap je. Mati pakai kain kapan jugak kan? Allah ngan Rasulullah yg suh tutup aurat. Bukannya aku. Kalau ikut nafsu, aku pun nak je pakai mekap 17 inci, baju (konon) muslimah seketat2nya, warna warni di aidilfitri. Baca pakai akal bukan pakai nafsu.

Thanks ar tuan tanah kasik aku tumpang merapu. Entry ko ni mmg best.

- zuriey - said... [Reply]

ada award tuk awak..nanti ambil la eh

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ha ha.
Jangan dalam sangat makan yo!

TA,
He he.
Semoga kita dipermudahkan untuk mengamalkannya.
Setuju sangat dengan yang itu.

ZUR,
Banyak sangat tengok TV.
Ha ha ha.

AATP,
Ha ha ha.
Kumpul duit cepat-cepat kahwin.
:D

HR,
Wasalam WBT.
Wahh wahh rock habis ni.
He he.
Sama sama.
Dialu-alukan lagi lepas ni.
:)

ZUR,
Eh thanks.
Ha ha ha.
Baru tahu blog ni jantina perempuan sebab dapat anugerah cantik.
:P

Jasmin Flower said... [Reply]

salam?

btul2 ape ustaz cakap tu...saya setuju 100%....

Ibnu Mutalib said... [Reply]

to; kak hijabrockers
xde orang nak tembak,okay la tuu..hehe

Umma-ali said... [Reply]

yo, byk komen ye bijen.. meletoppp!!!
hijabrockers...haa tumis! tumis! biar masak btul2!!!

Lee Zha said... [Reply]

- Kalau gambar profil dia satu saja nak bagi orang kenal tu tak apalah juga -


ko puji aku ke bro??? time kasih la byk2..segan aku an ko...hahahaha

aku membygkn..cm ne rope ko kai purdah..hahahaahhaha

Norhayati Rostam said... [Reply]

Tu bukan suci.
Ketinggalan namanya.
Adeh~

Lorh, Pak Tam Rahim tu bukan pak cik ke?

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Salam.
Ha ha.
Tak payahlah panggil ustaz yo!
Segan cek ni haa.
:D

IM,
Ha ha.
Tak berani nak tembak sebab page laki kot.

UA,
Tu bukan baru tumis.
Dah nak hangit dah tu.

LZ,
Wahh.
Macam mana kau tahu ni?
Segan aku.
Erk.
Pehal pula aku pakai purdah.
Ceh.

NR,
Ha ha.
Ooo.
Aah memang pakcik.
Tapi bukan dia yang kata tu la.
Ho ho ho.

limauais said... [Reply]

ak kan kalo bab2 berfesyen ni mmg fail.sebab aku x brapa kurus aka gemuk.hahaha.
tapi aku ingt kalo ak kurus,msti ak nk bergaya mcam yuna,pakai mekap 2 inci jugak.nauzubillah mintak jauh.kalo macam tu,aku nk gemuk macam ni je la,xyah eksesais nk kurus.hehe.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ha ha ha.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Tak payah eksesais.
Puasa saja.

Tuan Auz said... [Reply]

hahaha giler r hijabrockers~ rock r . hehe xpe xpe. bagus tuh.

limau ais!! jom la kite masok kelas swimming sama2 =D untuk kesihatan sendiri nak. hehe

Norhayati Rostam said... [Reply]

La..
Dah tu sape?

Bijen M. said... [Reply]

TA,
Ha ha ha.
Bagus bagus bersenam.

NR,
Eh eh.
Tah.
Dah konpius.
Ha ha ha.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Haha,
Itupun boleh konpius.

Anonymous said... [Reply]

kuatnya nafsu lelaki......:p

~Queen Q~ said... [Reply]

setuju dengan entry ni.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Saya rasalah pemakaian tudung yang berbagai2 menampakkan apa yang tak sepatutnya dari gaya wanita2 kristian yang bertudung pendek. Jujurnya, saya tak tahu dari mana datangnya busana sebegini, yang mungkin datangnya dari taktik orang kristian yang licik memesongkan secara diam.

Bijen M. said... [Reply]

NR,
:)

TN 7:14,
Nafsu laki memang kuat.
Tak dapat disangkal lagi.

QQ,
:)

PCS,
Dakyah fesyen.
Konon halal.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Pinjam. Nak bagi kat orang.

Anonymous said... [Reply]

what a great entry! inilah kritikal esei yg sy tunggu2 dri anda. kip up a gud work!
- bruise lee.

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Tunggu-tunggu ke?
Dah lama kot.
Hak hak!

lov_note said... [Reply]

pergh!!! terbaek....


nk copy jadikan entry kt blog jgk bleh ke ni? hehehehe

Bijen M. said... [Reply]

@lov_note
Sila!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...