8.11.10

Gua dah sunat ke belum?

Cakap pasal sunat (khatan), mesti lu pernah melalui pengalaman dihalau dari saf depan dalam solat oleh pakcik-pakcik kalau dia orang tahu lu belum sunat lagi. Kan kan kan? Dulu waktu kecil-kecil, gua dah memang kena pergi solat dekat surau terutama Maghrib dan Isyak. Sebab time tu mak gua ada kat rumah. Kalau tak pergi alamat gua kena pasang piring Astro dekat telinga dengar beliau membebel pot pet pot pet. Lagipun rumah gua depan surau. Lagilah gua tak ada alasan nak skip. Oke ni cerita zaman gua budak-budak dulu.

Waktu kecil dulu badan gua pun kecil. Besar semut je lebih kurang. Orang pun tak tahu nak bajet berapa umur gua. So banyak kali dah gua mengalami insiden dihalau dari saf pakcik-pakcik pasal dia orang ingat gua tak sunat lagi. Kecewa sungguh gua. Baru nak rasa bajet dewasa dengan pistol yang sudah diasah. Takkanlah gua nak gaduh dengan pakcik tersebut kata gua dah sunat dah. Buang masa betul. Lalu gua pun undur masuk saf belakang keseorangan. Gua cakap keseorangan pasal waktu zaman gua, tak ramai anak muda sebaya gua yang datang surau. Ha ha ha!

Mengikut pandangan pakcik-pakcik ni, budak-budak tak sunat tak boleh duduk satu saf dengan pakcik-pakcik. Nanti kalau bersentuh, batal wudhuk. Lepas tu ada pula yang kata kalau bersentuh pula dengan orang sebelah, habis satu saf batal wudhuk. Duhh! Teringat hadith Nabi SAW di mana Nabi SAW pernah bersolat sambil mendukung bayi. Bayi tersebut dah sunat ke? Pernah juga Nabi SAW sedang bersujud lalu cucunya Hussain memanjat belakang baginda SAW. Nabi SAW lek-lek kool je. Aaaa! Gua ingat zaman gua budak-budak saja orang masih pegang mitos ni. Rupanya sampai sekarang pun masih ada.

Surau dekat area rumah gua bersebelahan padang. Bila gua pergi azan Asar, seperti biasa ada kanak-kanak riang masih bermain di padang. Lalu gua menunaikan tanggungjawab mengajak mereka berhenti main bola dan bersolat. Mungkin mereka tak faham bahasa Arab, jadi gua ajaklah dalam bahasa Melayu, "Marilah bersolat, marilah menuju kejayaan."

Alhamdulillah dia orang berhenti main lalu datang surau. Tak kisahlah dia orang ikhlas ke tak. Budak-budak der. Time ni lah nak train dia orang supaya jatuh cinta dengan surau. So bila dah jadi amalan, lepas ni bila dengar azan saja dia orang akan berhenti main lalu bersolat dengan sendirinya, insyaAllah.

Lu faham-faham sajalah kalau budak-budak ni satu geng datang surau, for sure solat pun main-main je. Lalu gua pesan suruh penuhkan saja saf depan dan berpecah. Maksudnya setengah di sebelah kanan dan setengah di sebelah kiri. Dengan berbuat demikian, gua berharap dapat meminimakan godaan syaitan lalu dia orang tak adalah main-main sangat waktu orang solat.

Tapi bila habis saja iqamat, pakcik yang baru datang berlagak gangster suruh budak-budak tak sunat lagi pergi belakang. Grrr! Gua malaslah pula nak bergaduh dengan pakcik ni. Sebagai anak muda yang prihatin, gua kenalah menghormati orang tua. Ha ha ha! Gua dah nampak wajah-wajah kecewa dekat muka budak-budak tu. Hmm. Tak apalah. Nak buat macam mana? Pakcik tu senior.

Bila tengah bersolat, budak-budak yang dekat belakang ni pun mulalah main-main. Gua tak salahkan dia orang. Normallah. Bila duduk belakang dengan jemaah yang sedikit, mudahlah syaitan nak buat kerja. Sebab tu awal-awal gua suruh duduk saf depan supaya dia orang tak adalah main-main sangat. Bila dah habis solat, pakcik ni pula pergi sound budak-budak tu pasal bising ganggu orang solat. Haih! Gua tak tahu nak cakap apa. Sudahlah gua ajak dia orang datang solat. Lepas tu dia orang kena marah pula.

Kalau macam inilah perangai orang kita, macam mana budak-budak nak jatuh hati dengan surau atau masjid. Datang surau je asyik kena sound. Tak ada nikmat langsung. Gua nak tegur pakcik ni pun tak ada kekuatan. Siapalah gua kan. Anak muda yang baru pulang ke pangkal jalan. Tapi pakcik, kami pun ada hati dan perasaan juga. Ciss!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Adik aku slalu mengadu kena marah dan kena halau sebab pakcik-pakcik ingat dia tak sunat..fobia nak pi surau..
kerana sapa?
geram aku..

Ibnu Mutalib said... [Reply]

owh..
putus saf saja.

...antikapel... said... [Reply]

aku pompuan, so xde pengalaman kena halau dengan pakcik surau...sebab tak p surau pon...

aku rasa pakcik surau tu tak faham agama lagi. ang kena p bitau kat dia....

Half said... [Reply]

xyah argue ngan pakcik tu da sunat ke blum..
tunjuk je.. HAHAHAH.. =P

airazulaikha said... [Reply]

hehhe..tak terkata apa..
cian kat budak2 tuh..

airazulaikha said... [Reply]

hehhe..tak terkata apa..
cian kat budak2 tuh..

GigiWangi said... [Reply]

"Mengikut pandangan pakcik-pakcik ni, budak-budak tak sunat tak boleh duduk satu saf dengan pakcik-pakcik. Nanti kalau bersentuh, batal wudhuk. Lepas tu ada pula yang kata kalau bersentuh pula dengan orang sebelah, habis satu saf batal wudhuk".

Yang aku tahulah, budak2 tak sunat, tak boleh duduk depan sebab nanti saf putus. setakat ni, belum pernah dengar lagi lah, batal wudhuk. huhu.

aku rasa memang semua surau dan masjid kot, meletakkan budak2 di saf paling belakang. itu yang kena ubah, eh jap, tapi memang tak ada hukum apa ke, budak2 boleh duduk saf paling depan? aku pon bukan tahu sangat pon..

Geld Gleichgesinnten said... [Reply]

Beberapa fakta yg sy kena highlight utk perhatian dalam artikel saudara :-

Saidina Hasan Husin di Khatankan semasa berusia 7 Hari.

Saidina Hasan dan Husin berusia bawah 2 tahun, dan pada saat itu, mereka tidak makan makanan lain melainkan susu. Kanak2 Lelaki berusia kurang 2 tahun yg hanya meminum susu, air kencingnya najis paling ringan. Jadi mereka bersentuh dgn nabi tak jadi soal.

Bdk zaman skg, umur 3 bulan dah makan nestum. So , air kencing mereka bkn najis ringan lagi, tapi dah kira najis sederhana. Sbb dah makan campur lain dari susu semata.

Bdk2 tak najis. Sentuh budak laki oleh org lelaki, mana batal wuduk. Gila btl pakcik2 ni.

Saf solat ada bdk kecik, tak lah batal solat. Cuma kepala kulup budak tu ada najis tak bersih. Bdk tu sendiri yg tak sah solat. Bkn org yg kena kat dia. Sama mcm kita tercalit tahi cicak kat baju le. Kita solat dlm saf, org lain tak batal. Kita je batal. Ye tak?

Norhayati Rostam said... [Reply]

Haha.
Apa kes?
Adoii..
Pening betul.

Jasmin Flower said... [Reply]

pakcik tu tension kot...tu yg suka marah2...hua....hua...hua

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Haa.
Ini salah satu puncanya bila masjid dah tak mesra kanak-kanank.

IM,
Ya putus saf.
Tetapi siapa sebenarnya yang memutuskan?
Bila ada anak kecil, pakcik-pakcik di sebelah akan menjauhi budak itu.
Batalkah solatnya jika mereka rapat?

AK,
Eh.
Kau perempuan rupanya bro?
Ha ha ha.
Patutnya budak-budak zaman sekarang kena tanya pakcik tu apa pasal dia kena pergi belakang.
Kan kan kan.

Half,
Cerita kau ni satu doktor tu cerita dekat aku time nak sunat.
Bajet nak buat lawak sebelum inject.
Ciss.

AZ,
Wahh.
Sejak bila pakai niqab?
Ha ha ha.

GW,
Menurut mitos, budak-budak ni kononnya masih ada air kencing dekat punai dia orang.
Jadi bila satu saf dengan pakcik-pakcik takut-takut air kencing itu merebak kena orang lain.
Habis satu saf kena najis.
Tapi tak fikir pula ada orang tua-tua yang basuh kencingnya pun tak sempurna.
Tak ada maknanya saf putus.
Setakat ini, aku belum pernah dengar lagi hadith Nabi kata budak-budak tak boleh duduk saf depan.

GG,
Thanks for the info.
Tapi walaupun najis ringan, tetap dikira najis bukan kalau tak dibasuh?
Kan kan kan?
Ke boleh bawa solat dengan pakaian yang ada najis?
Benar budak tak najis.
Jadi kenapa nak memarahi budak-budak yang solat di saf hadapan?

NR,
Kes tak puas hati kecil-kecil dulu.
Ha ha ha ha.

Bijen M. said... [Reply]

JF,
He he he.
Period agaknya.

airazulaikha said... [Reply]

eheh.. :)

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

owh.....lelaki solat kena rapt tumit jugak eyh???

ingtkn pompuan aje.......

Umma-ali said... [Reply]

Salam, org pompuan pun ada masalah masail camni, bl anak dy sentuh dy sdg solat, dy kata batal solat dy, pastu jenuhlah solat balik...lain kali ikat anak jejauh sikit la kak...
Sebenarnya ramai yg jahil lagi bab masail ni, kenalah pi bljr...org amal tanpa ilmu, sesat...
Yg saya bljr, sentuh x batal wpun lum sunat atau anak pompuan yg pakai pampers(mgkin dlm pampers tu dah ada najis). Yg batal bila tiba2 bdk tu duduk atas riba mak dia sbb nmnya menanggung hadas! Tp kalu cpt2 mak dia alihkan bdk tu skdr satu subhanAllah kot, tak batal solatnya, wallahu'alam...
Jadi pokoknya ibu2 bljr dari suami, suami tak pandai pegi la tuntut ilmu...sbb seorg suami yg mngjar satu masail kpd isteri akn dpt ganjaran 80thn ibadat... hah, rugilah kalau berpada dgn mghntr isteri bljr dgn ustazah...lagi haru klu htr dia bljr kat ustaz2.. nnti putih mata bl isteri terpikat kat ustaz, maklumlah ustaz pandai...haa cukuplah klu nek ni dah potpet mcm mak bijan gak...

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Ha ha ha.
Oke what lagu tu.
Kalau stay yang real macam tu pun oke.
:D

TS,
Tak ada pula Nabi ajar solat laki dan perempuan berbeza.

UA,
"... seorg suami yg mngjar satu masail kpd isteri akn dpt ganjaran 80thn ibadat..."
Tasykil kahwin lagi ni.
Ha ha ha.
Thanks for info nenek.
:D

Benrauf 2.0 said... [Reply]

terimakasih sebab berkongsi. aku memang sujud rapatkan tumit sebab takut aurat tapi tak tau pulak ada hadis pasal tu.

hal yang kau sebut dalam entri kau ni adalah benda kedua yang paling aku tak suka tentang masjid. patut jangan salahkan budak2 lah kalau diorang taknak ke masjid dan melencong ke cc time orang sembayang. memang masjid tak mengalu-alukan kedatangan kanak-kanak. dan lagi satu, bagi mamat yang psycho protective macam aku ni, kalau ada orang tua yang tak cukup tua main tolak-tolak adik-adik aku, memang memintak kaki naik ke muka.

- zuriey - said... [Reply]

ada pulak budak tak sunat tak boleh solat satu saf dengan dah sunat? ish..cian kat budak2 tue..anyway lu ni baik gak eh..hehe

aliaazuan said... [Reply]

Salam,

Pakcik2 tu tak buka tenet la Tuan Bijen, cmne diorg nak baca ni? Tampal je artikel ni kat luar surau, tak gitu.

Nota Lutut said... [Reply]

Hahahaha!Mungkin pakcik tu pun ada pengalaman kena halau

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Sama-sama.
Ha ha.
Apa benda pertama lu tak suka bro?

Zur,
Mana ada baik.
Gua jahat.
Pasal tu mak gua suka bebel.

AA,
Salam.
Ni bukan untuk pakcik.
Ni untuk anak-anak muda supaya jangan kecewa pergi surau.
Kalau jumpa pakcik macam tu tanya dia apa pasal saya tak boleh solat kat depan.
Saya datang awal, nak juga pahala saf depan.
He he he.

NL,
He he.
Lebih kurang kot.

limauais said... [Reply]

seb bek ko buat post ni.ak pon nk tny gak.betol ke budak2 laki2 atau ppuan yg x ckup umur lagi xbleh semayang satu saf dgn org2 dewasa?
kompius2.adat ke sunnah?

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Mesti kau selalu kena halau pergi belakang kan?
Kan kan kan?
Hak hak.

hijabrockers said... [Reply]

Macam2la...
Nak tegur budak2 kene bercaralah.
Nanti trus ilang niat baik nk gi berjemaah.
Tapi xperla.
Allah lom kasik pokcik tu phm lg kot...
Nanti pahamla tu.
Amin...
Yg ko pegi usha dalam kain pakcik tu watper?
Nampak benore solat tak khusyuk.
Kantoiiii ngaaa~ =P

Bijen M. said... [Reply]

HR,
Amin.
He he.
Tu waktu kecil-kecil dulu.
Manalah tahu.
Siapa suruh halau duduk belakang lagi.
:D

GigiWangi said... [Reply]

kau ada dslr, mesti editing kau power kan. weh, ajar lah skit. haha :)

*komen lari dari tajuk.

fndrocka said... [Reply]

Ala lu ckp je lah lu dah sunat..takkan dia nak bukti lak

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salaM....
owhhoo....jadi kanak-kanak perempuan juga mgalami nasib y sama...kalau solat tarawih tu...kita punyalah,potong nikmat mkn berbuka,nk kejar saaff depan...elok2..mak cik2 y dtg lewat halau suruh duduk belakang....fine!katanya..kena hormaat org tua...sedih juga kdg2...solat pun rasa sebak je dada......---->ngadu ngn cik m.nor t taw la...sobb..sobb

Bijen M. said... [Reply]

GW,
Ha ha ha.
Cuba cerita sikit macam mana gua boleh ajar lu?

FR,
Der.
Kecil-kecil dulu gugup kot bila orang tua bermisai dah halau pergi belakang.
Malas nak cakap banyak dengan pakcik-pakcik sebegitu.

UM,
Hormat orang tua satu hal.
Mengasihi yang muda tu pun satu hal.
Dah lewat buat cara lewat.
Tapi yang muda, kalau nak beralah pun bagus juga.
Tapi tak payahlah yang tua nak paksa.
Hari tu saya solat Subuh di satu masjid, saf depan dah penuh.
Bila saya sampai, budak kecil tu undur belakang dan tarik tangan saya ke depan.
Rasa sebak sangat.
T_T

airazulaikha said... [Reply]

ehem..stay real mcm tuh pernah terlintas di hati tp cikgu tak leh pakai mcm tu di sekolah..
masa belajar pun tak leh..
jadi nya...ermmmm

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Ha ha ha.
Ada cikgu saya dulu sorang pakai niqab.
Waktu mengajar dia buka.
Waktu lain dia pakai balik.
Pakai niqab yang mudah pakai tu la, ikat or button.

airazulaikha said... [Reply]

:) insya-Allah suatu hari nanti..
skrg masih di kampus so xdibenarkan..
doa semuanya dipermudahkan..
amin..tq

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Amin.
;)

sastraboy said... [Reply]

entah pakcik ni!

duhh!!

Bijen M. said... [Reply]

SB,
:D

Pisyek said... [Reply]

wah, aku pun baru tahu ada pendapat ckp kne rapat tumit. dulu abg hakim RaMas xde plak cite... hehe... :P

Bijen M. said... [Reply]

Pis,
Hang tak tanya dia.
Ho ho ho.

Hadith Ibnu Khuzaimah itu disahihkan sebahagian ulama.
Tetapi ada juga ulama yang mendhaifkannya.
Namun walaupun ia dituduh dhaif sekalipun, hadith yang menyuruh meregangkan tumit tidak wujud.
Jadi terpulanglah kepada anda mana satu nak amal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...