4.11.10

Gua ada 'power' boleh tengok syaitan.

Hari ini gua nak cerita satu rahsia. Sebenarnya gua ada power boleh tengok syaitan. Haa! Kagum tak? Nak tahu macam mana rupa syaitan, apa syaitan buat? Teruskan membaca.

Gua rasa lu orang mesti pernah baca satu cerita yang agak famous dulu. Pasal seorang imam pergi kenduri kahwin di kampung sebelah. Waktu dia on his way, beliau jumpa anak-anak syaitan tengah menangis kat satu pokok sebab pokok yang dijadikan rumah syaitan itu kena sambar kilat. Lepas tu bila imam tersebut pergi kenduri, beliau nampak syaitan kencing dalam kuali orang-orang yang sedang memasak. Makan bersama dengan orang yang makan tak baca bismillah dan lain-lain lagi kerja syaitan sampai imam tersebut tak lalu nak makan.

Dulu waktu gua kecil-kecil, gua tak ambil port sangat. Sebab gua tak faham sangat pasal-pasal perkara ghaib ni. Percaya-percaya macam tu saja. Gua anggap cerita tersebut lebih kepada pesanan dan peringatan.

Tapi lepas gua dapat power boleh tengok syaitan ni, gua percaya cerita itu ada benarnya. Sebagai seorang jurugambar perkahwinan berjaya (Peewit!) gua banyaklah pergi kenduri-kenduri kahwin. Macam-macam jenis syaitan gua jumpa. Fuhh! Tarik nafas panjang betul gua. Cuma, syaitan ni bukan setakat di majlis kenduri, tapi majlis-majlis lain pun sama juga. Majlis makan malam misalnya.

Nak tahu bagaimana rupa syaitan ni? Rupanya sebiji macam kita. Ada rambut. Ada dua biji mata. Ada telinga dan lain-lain lagi. Lengkap ciri-ciri seorang manusia. Nak tahu kenapa?

Oke gua cerita sebiji-sebiji macam mana syaitan ini menjelma. Bila gua pandang ke dapur orang masak-masak, tengok syaitan kencing dalam periuk kuali. Sebab apa? Sebab tak baca bismillah. Tengah-tengah mengacau lauk-pauk tu mulut mereka terkumat-kamit mengumpat orang lain. Tidak langsung berzikir kepada Allah SWT. Di situ hilang sudah keberkatan dalam makanan. Bila tiada keberkatan, syaitan pun mainkan peranannya merosakkan makanan tersebut. Habis orang yang memakannya akan rosak jiwa. Jadilah penyakit hati sesama kita.

Kemudian gua pandang pula orang yang sedang makan. Makan pun tak baca bismillah. Sudah tentu syaitan berkongsi makanan dengannya. Sebab tu gelojoh semacam. Tambah banyak kali baru boleh kenyang. Kemudian minum pula dengan tangan kiri. Tahukah lu minum dengan menggunakan tangan kiri adalah satu perbuatan yang menyerupai syaitan. Ada pula yang makan dan minum sambil berdiri. Makan dan minum sambil berdiri juga adalah perbuatan yang menyerupai syaitan. Itulah dia syaitannya. Kita sendiri.

Setel part itu. Tengok pula pengantin. Habis muka ditampal mekap tebalnya beberapa inci. Baju pula nampak bentuk badan. Sanggul tinggi mengalahkan bonggol unta. Bulu mata kalah bulu mata kuda. Mulut merah macam naga. Apa itu? Tabarruj. Berlebihan hanya kerana mahu nampak cantik. Orang semua pandang. Tahu tak siapa yang bagi nampak cantik itu? Sesungguhnya kecantikan perempuan itu adalah kecantikan syaitan. Dinampakkan seseorang perempuan itu cantik supaya lelaki yang melihat jatuh hati dan terjebak ke kancah maksiat. Oh maaf! Bukan pengantin saja, orang yang datang kenduri pun sama. Makwe-makwe yang datang kenduri pun berhias bagai sampai kalah pengantin. Bukan cantik pun sebenarnya, tapi syaitan yang bagi nampak cantik.

Pergi pula part pengurusan perkahwinan kenduri. Awal-awal lagi sudah hilang keberkatan. Emas kahwin letak harga tinggi-tinggi. Der! Sebaik-baik perempuan adalah mahar yang rendah. Habis bab tu, hantaran pula bagai nak rak. Beribu-ribu. Kenduri sikit punya grand. Pelamin dan kek bertingkat-tingkat. Makanan pengantin sikit punya mewah. Gua mampu geleng kepala saja. Padahal semua tu sekejap saja. Sudahlah makan pun tak habis. Jadilah pembaziran. Bro! Membazir tu saudara siapa kalau bukan syaitan?

Erm. Kalau nak cerita bab syaitan dalam kenduri ni ada banyak lagi. Tak larat nak cerita. Lain kali kalau gua rajin gua ceritalah. Sekarang ni banyak dah orang tengah bersiap-siap nak kahwin memandangkan cuti dah nak mula. So, pesanan gua kalau buat majlis tu berpada-padalah. Rujuklah kepada sesiapa yang arif supaya dapat meminimakan peluang syaitan membuat kerosakan dalam majlis kita di samping mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Beb! Kita nak kahwin ni bukan sehari. Kita kahwin sampai mati. Kalau awal-awal dah hilang keberkatan, mulalah tengah-tengah mengharungi rumah tangga nanti ada pinggan mangkuk terbang segala.

Jadi dah nampak rupa syaitan macam mana? Diri kita sendiri yang menyerupai sifat-sifat syaitan. Cuma kita saja tak sedar. Macam mana nak sedar tu? Rajin-rajinkanlah baca hadith Nabi SAW. Bila banyak hadith difahami, dapatlah power boleh tengok benda ghaib ni. Para sahabat dulu Nabi SAW didik sampai langsung tak nampak perkara nyata atau perkara dunia. Yang mereka nampak hanya perkara ghaib. Mereka nampak syurga, neraka, pahala, dosa, syaitan dan sebagainya. Akhir sekali pesanan gua, anda bijak jauhi syaitan dan segala perangai-perangainya. He he he.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

buDAK keCIK said... [Reply]

perangai manusia akhir zmn ni pn dh x bley nk beza ngn syaitan~!
lebih kurang sama je ak tgk...

oo, bru ku taw, ko ade bakat jd photographer ek?
nnti ak kawen bley la mntak prkhidmatan ko ek.

harga bley dirunding kn bro?
murah2 sudaa.kihkih

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

hahahaha..
betul jugak cerita kau kan..
betul2..
eh..hg amikmgmbar kawin ek?
nnt guna khidmat hang leh?
hehehe..

umu6point said... [Reply]

Hmm..nasib baek dah tolak awal2 khidmat mak andam --> kat situ dah save bajet...hehee

nasib baek baju design sendiri --> insyaAllah bebas tabarruj dan mirip sunnah..huhuu

nasib baek walimah di perkarangan masjid --> Semoga hadirin yang datang segan nak berkelakuan dan berpakaian ala-ala saudara syaitan..minta doaa tuan :)

oohh..dan lg, nasib baik photogrpher adik brdik sendiri...dok ler segan nak posing depan mahram sendiri...ho ho ho (pewiitt :p)

Ibnu Mutalib said... [Reply]

jazakallahukhair atas peringatan ..

memnag bagus juga nasihat tu

airazulaikha said... [Reply]

he he he
betol3..
nati kawen buat sederhana saja.
buat ala kadar.bawak anak2 yatim dtg mkn..buat bacaan yasin reramai ker.
atau buat makan2 sambil dgr ceramah agama
lagi afdal.
nak kawen lah!! hahah < gatal>

GigiWangi said... [Reply]

bismillahhirrrahmannirrahim

betapa powernya ayat ni kan.

teringat cerita ular sawa dekat tv3..
setiap kali dia nak buat kerja, dia akan mulakan dengan bismillah, sampai orang yang nak bomoh dia pon tak masuk. :)

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Apasal byk sgt nasib baiknye, Umu? hehehe..

Alhamdulillah la dh ada fotografer sorang kat umah.

nak elakkan tenungan ahli kasyaf: rajin2 la baca Hizbu Nawawi tiap2 pagi.InsyaAllah slamat...

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Jangan ikut syaitan.
He he he.
Harga tetap.
:D

AATP,
Ha ha ha.
Boleh boleh kalau free time tu.

Umu,
Ni saja nak bagi jeles ke apa ni?
Heheh.
Alhamdulillah tumpang gembira.
:D

IM,
:D
Nanti kahwin jangan lupa.
Hak hak hak.

AZ,
Ha ha ha.
Cepat kahwin cepat.
Jangan tunggu lama-lama, nant lama-lama.
Nanti diambil orang.
:)

GW,
Jika sesuatu perkara tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT, maka hilanglah keberkatan darinya.
Turn syaitan bermaharajalela.

AA,
Salam.
Biarlah dia.
Nasib baik dah dapat kahwin.
He he he.
Thanks untuk info tersebut.

hijabrockers said... [Reply]

Ai em very the like this entry =).
Awal2 da hilang berkat, cmana nak harung lagi lama kan?
Xperla. Nnt Allah bg fhm la tu =)

- zuriey - said... [Reply]

syaitan manusia memang selalu kita tak perasan

hiro said... [Reply]

fuhh..sungguh Maher Zain..best bro.

Bijen M. said... [Reply]

HR,
Wahh rockers.
He he he.
Semoga Allah SWT bagi faham semua.
Amin.

Zur,
Betul tu.

Hiro,
Maher Zain pula.
Ha ha ha.

Lyn Sery said... [Reply]

bro..stail gila gaya pnulisan kau.
smoga apa yg kau buat ni dpt manfaat utk semua.

Pisyek said... [Reply]

patut la aku rase semacam je bile g kenduri kahwin...

aku nmpk setan rupenye....

hehe...

...antikapel... said... [Reply]

aku pernah bercerita dengan kawan yang aku tak mo sanding bila kahwin nanti...dan kawan aku kata:

'erk?tak meriah la macam tu. tak ada kenangan nanti bila anak-anak dah besar'

aku kata:

'kenangan mak bapak dorang buat dosa ke?'

(tapi dalam hati...huhu)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam.....
----->>kak umu,napa dinda x taw walimahnya di masjid???aishhh....dinda kena tukar plan la jawabnya......(bila rasa gembira tepuk tangan!!pap!pap!pap!)-->>Astaghfirullah=)

Bijen M. said... [Reply]

LS,
Semoga Allah SWT terima.
:)

Pis,
Wahh.
Kau pun dah dapat power tu.
Bagus bagus.

AK,
Cakap dekat dia, kenangan bukan pada gambar.
Tapi pada sini (sambil tepuk-tepuk dada)
Ha ha ha.

UM,
Salam.
Haa.
Habis.
Aiyokk.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

nak suggest "Perkahwinan dlam Islam" by Habib Ali ~ malay translated.

nak quote kata habib,.
~perkahwinan bemula dengan niat,jika niat baik,maka lahirlah hasil yang mulia~

Keluarga Imran niat anak yang lahir diwakafkan kepada agama. Walaupun dapat anak perempuan ~Maryam,akhirnya Maryam ni lahirkan Nabi Isa.

Jadi hari ni bila niat nak menunjuk2, apa hasilnya nanti?

fikir2 kan la

Mas_blogger said... [Reply]

btul2 power nie..huhuhu

Anonymous said... [Reply]

ehem2.

okay la, nanti aku kawen aku refer ko k. ye la. nanti nak makan lauk ape. nak buat baju mcm mne. aku refer ko. untung2 bole jadi free photogrpher of the day? kan kan ? tk gitu ? hehehe

p/s : aku pulun nak abaq jugak yg aku online kejap je ni kat cc semata2 nak bukak nota siku. semingu dua kali update. rugi aku tak baca. hehe. padahal blog sniri pn dah lama tk usha. okay lah. aku ckp dalam hati je ni. *jgn terharu* :D



-silent staklker. MA.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Hah! Nak cuti nih.
Mesti full schedule kan.

p/s:Erm..dah tengok dah page BJExpressions tu.Bila nak meluas ke videographer plak nih.lalala~

Bijen M. said... [Reply]

IM,
Wahh.
Best best.
Thanks share.
:)

Mas,
Ha ha ha.
Sakit mata tengok syaitan.
:P

MA,
Ha ha ha!
Terharu sikit.
Thanks.

NR,
Tak sangat.
Slow sikit pasal nak prepare untuk 'melancong' 4 bulan tahun depan.
Ha ha ha.
Btw, video dah ada cuma belum nak officially establish lagi.
:D

green rose said... [Reply]

;)

Norhayati Rostam said... [Reply]

'melancong'?
apa dia?

Bijen M. said... [Reply]

GR,
:D

NR,
Ha ha ha.
Keluar ikut jemaah 4 bulan ke IPB.

limauais said... [Reply]

aku ingatkan syaitan yg real2.haha.
mintak2 la ak x termasuk dalam golongan syaitan2 ni.aminn.kdang2 ada jugak termengumpat,termakan sambil berdiri,terseksi.lupe.hehe.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Wahh.
Seksi?
Wewit.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Wah..
bestnye.
Fi amanillah.
Allahu yubariku fik ye cikgu.

Bijen M. said... [Reply]

NR,
InsyaAllah.
Amin.
Syukran syukran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...