1.11.10

Berapa banyak masa dihabiskan sehari?

Laporan dari meja kolej Perdana Siswa UM. Ke ke ke. Hari ni masih ada di UM untuk kejohanan Pendekar Seabad 6. Memandangkan hari ini hari Isnin, terpaksa jugalah gua buat entri walaupun perasan sibuk dekat sini.

Oke straight to the title. Hari-hari kita cakap kita nak masuk syurga. Siapa yang nak masuk neraka kan? Hari-hari kita cakap kita nak mati dalam husnul khotimah. Nak mati dengan dapat mengucap kalimah Lailahaillallah. Jadi cuba kita tanya diri sendiri dalam sehari berapa banyak masa kita diperuntukkan untuk persediaan akhirat? Ingat apa Nabi SAW kata. Orang yang cerdik adalah orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuknya.

Mari kita selongkar jadual harian seorang pelajar universiti. Ini seorang pelajar ya tuan-puan. Bukan seorang pekerja makan gaji dan sebagainya. Diulang, PELAJAR!

Pelajar ini bangun pada pukul 5 pagi untuk membuat persediaan Subuh. Sebelum itu beliau bertahajud dulu bermunajat kepada Allah SWT. Harinya dimulakan dengan mengadu kepada Allah SWT. Lalu beliau ke masjid menunggu azan Subuh berkumandang. Sementara itu, masanya dihabiskan dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Solat sunat sebelum Subuh juga tidak ditinggalkannya.

Selepas bersolat Subuh, beliau menunggu sehingga Syuruk tiba. Beliau kekal di tempat solatnya sambil membuka al-Ma'thurat. Dibacanya satu persatu zikir-zikir pagi yang dianjurkan Nabi SAW memohon keberkatan di pagi hari. Paginya itu dihabiskan lagi dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berselawat dan beristighfar tanda kasihnya pada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW serta pada dirinya sendiri.

Apabila matahari sudah memancarkan cahayanya, dilakukan pula solat sunat Isyrak dan solat Dhuha bagi membuka pintu rezeki. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, beliau pun kembali ke biliknya untuk meneruskan aktiviti harian beliau.

Sesampainya di bilik, beliau pun mempersiapkan diri untuk ke kelas dan melaksanakan tugasannya sebagai seorang pelajar universiti. Sehinggalah azan Zohor berkumandang lebih kurang pukul 1, beliau meninggalkan segala tugasannya lalu menuju ke masjid semula. Solat sunat tahiyatul masjid dilaksanakan dengan sempurna. Solat sunat sebelum dan selepas Zohor juga tidak dilupa. Tengah hari itu masanya diperuntukkan selama lebih kurang 40 minit di masjid. Selepas itu beliau menyambung kembali tugasan hariannya.

Tatkala azan Asar dilaungkan, sekali lagi beliau meninggalkan tugasannya. Solat sunat tahiyatul masjid dikerjakan bersama-sama dengan solat sunat sebelum Asar. Selepas bersolat Asar, sedikit masanya diluangkan untuk membaca al-Ma'thurat ringkas. Lebih kurang 40 minit juga masanya dihabiskan petang itu sebelum beliau menyambung pekerjaannya.

Apabila Maghrib tiba, beliau ke masjid lagi. Selepas bersolat Maghrib berjemaah, beliau tierus menunaikan solat sunat 2 rakaat. Supaya tidak menghabiskan masanya dengan perkara sia-sia, beliau mengambil keputusan untuk menunggu sehingga solat Isyak. Kadang-kadang ada ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz. Jika tidak ada, beliau membaca surah-surah amalan sambil-sambil mengulangkaji ayat yang dihafaznya. Selepas bersolat Isyak dan disambung dengan solat sunat, barulah dia kembali meneruskan sisa-sisa malamnya.

Tatkala jam menunjukkan pukul 12 malam, beliau sudah-sudah mempersiapkan diri untuk tidur. Sebelum tidur, solat sunat Witir 3 rakaat dikerjakan. Selepas berwirid dan berdoa, beliau pun tidur dengan nyenyaknya sampailah keesokan pagi. Perkara tersebut diulang setiap hari.

****

Sekarang kita cuba kira berapa jam masa yang diperuntukkan untuk perkara akhirat dalam 24 jam masa yang diberi? Hanya lebih kurang 6 jam 20 minit saja. Ya! 6 jam 20 minit daripada 24 jam. Macam mana brader? Tapi kita kata kita nak masuk syurga. Kita kata nak seimbang dunia akhirat. Kalau ikut Nabi SAW, sepertiga masanya dihabiskan untuk Allah SWT, sepertiga masa untuk agama dan umat Islam dan sepertiga lagi keluarga baginda.

Alamak! Nanti ada pula orang kata kita pergi belajar pun ibadah. Kita tidur pun ibadah. Buat itu pun ibadah. Buat ini pun ibadah. Betul tu. Tetapi sejauh mana kita dapat menjadikan setiap pekerjaan kita sebagai ibadah? Bila kita tak taat perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW, adakah ia dikira sebagai ibadah? Bila kerja, kita mengamalkan rasuah, memonteng, main Fesbuk dan lain-lain. Adakah dikira ibadah? Bila kita tidur langsung kita tidak ikut cara Nabi SAW, adakah itu dikira ibadah? Wallahua'alam.

Jadi renung-renungkan dan selamat beramal. Oh ya, kalau mahu masa akhirat anda jadi lebih panjang, bolehlah berpuasa sunat Isnin Khamis. Sewaktu berjalan ke kelas atau kemana-mana saja, basahkan bibir dengan berzikir. Sementara menunggu kawan atau makanan, kurangkan cakap perkara sia-sia. Lebih baik diisi dengan zikrullah. Dalam setiap perbuatan yang dilakukan, niat hanya semata-mata kerana Allah SWT dan ikut cara sunnah Nabi SAW. InsyaAllah daripada 24 jam masa yang diberi kepada kita, semuanya diisi dengan persediaan hari mendatang insyaAllah.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

matadore said... [Reply]

sedih. masa untuk akhirat tak cukup berkualiti lagi.


sobs!

buDAK keCIK said... [Reply]

ya Allah.masa ak byk terisi dgn perkara2 lagho...

astaghfirullahalazim...

syznmy said... [Reply]

bro,terima kasih utk ingatan ini (; mmg cakap tak serupa bikin pun bila jawab nak sangat masuk syurga. sigh-

Mas_blogger said... [Reply]

Alhamdudilla....santapan rohani yg bermakna unt saya....

hiro said... [Reply]

jom berjihad.

CS said... [Reply]

salam
time kasih ats ingatan..hmmm masa study dulu, xdpt...dh keje agak susah..dh keje+kawin lg sukar...ksimpulannya itu sume alasan...!!! mode:insaf~~~```

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

BERAPA BYK SGT LA ORG YG WAT PERKARA MCM HG TULIS TU..SEMAYANG PUN SECARA EXPRESSS..
HUHUHUHUHU..

airazulaikha said... [Reply]

subhanallah..sungguh byk masa terbuang kepada perkara dunia..
ya allah...marilah kita sama2 muhasabah diri ya..
terima kasih bijan,.

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Improvekan lagi.
:D

BK,
Hee.
Tanam azam.

Syz,
Sama-sama.
:)

Mas,
:)

Hiro,
Jom jom.

CS,
Haaa.
Orang berpengalaman dah cakap.
So siapa yang masih student n berlatihlah dari sekarang.

AATP,
Haa.
Tu yang nak cakap.
Orang yang dah habiskan banyak masa kat masjid pun baru 6 jam 20 minit.
Bayangkan pula orang yang solat dekat rumah.
Tu pun solat lambat.

AZ,
Sama-sama.
:D

Umma-ali said... [Reply]

Salam,
Wah cantik btul prgrm 24jam ni...km kuar masturat slalu kena muzakarahkn prgrm 24jam...agar sentiasa terisi masa dgn suasana dakwah iman, ibadat, bljr ilmu/taklim, dan khidmat...
hmm PELAJAR...mmg pun semua boleh, tgungjawab kekeluargaan belum ada, sbb tu kalau org dah kawen, solat 2 rkaatnya diganda jadi 70 rkaat dari segi ganjaran...
harapan saya PELAJAR samada aliran dunia atau akhirat, bila dah kawen sok, istiqomahkanlah prgram yg penting2 tu...
amat sedih bila tgok rkn yg waktu bujangnya, semangat amal ibadat dakwah dll...tapi bila dah kawen je...subuh gajah kat uma je memadai baginya...sedih, sedih...

AMMOSHAM said... [Reply]

betul cakap lu ni bro. tadi lepas isyak gua main snooker. kira ganti main panah sama main kuda.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Beza sgt tu...

(dr segi situasi):

-Student & bkn student = LAIN...
-Isteri & bkn isteri = LAIN...
Isteri dok rmh & isteri bekerja = LAIN...
-Ada anak & takdak anak = LAIN...

Walau bgaimanapun situasi kita, pandai2 lah mengurus masa. lebih2 lg utk kprluan akhirat.

*Emel tuan dh dibalas.

Bijen M. said... [Reply]

UA,
Bolehlah dijadikan guideline untuk student-student.
Kalau tambah lagi dengan pengisian dakwah, ghast, mesyuarat dan fikir harian, 2 jam setengah, taklim lagi mantap pengisian 24 jam.
He he he.

Ni tasykil suruh kahwin ke ni?
Ha ha ha.

Ammo,
Bro.
Kawan lu FT kata pemain billiard terkenal dunia masuk Islam.
Lu dah baca?
Ha ha ha.

AA,
Student ni masih ada masa lapang.
Nanti dah kerja 8-9 jam dah habis masa dekat opis.
Tu tak kira traffic jam lagi.
Tapi kalau mulutnya basah dengan zikir, alhamdulillah.
Kalau lalai menyanyi ikut radio atau mencarut-carut sebab kereta sebelah himpit-himpit, tak tahu nak kata apalah.

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Yg trbaru, ada 2 emel ana hntr yea... check bebaik takut dua2 masuk spam lg...

Umma-ali said... [Reply]

hmmph!!!perasannnn....

limauais said... [Reply]

reminder tuk aku.kdg2 kita rase kite smyg 5 kali shari macam dah ckup lame,tp ikot kiraan yg ko buat tu,mmg x balance lgsung.
aku prasan kalo aku ada masalah,lame la skit masa spend tuk buat ibadah.tapi kalo hepi,trus lupe Tuhan.ishh2.

- zuriey - said... [Reply]

ada masa ni jwapla tag tu ye

Ibnu Mutalib said... [Reply]

dude,dah habis ke silat2??
hehe ..

ana ada wat entry pasal kawen,silalah berkunjung IbnuMutalib,tq in advance

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Thanks.

UA,
Alarr.
Kasilah chance sikit.

LA,
He he he.
Baru kita perasankan berapa lama je masa kita untuk Allah SWT.
Sama-sama kita tingkatkan.

Zur,
InsyaAllah.

IM,
Dah habis.
Ha ha ha.
Macam tahu jer feveret.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...