11.11.10

Beberapa kisah pasal peluh, darah dan lubang kencing.

Tengah hari semalam cuaca sangat panas di bumi Toronto. Tapi memang kebiasaannya Toronto panas. Jadi gua dah imun dengan cuaca di sini. Dah 4 tahun lebih gua tinggal merempat di sini. Dah tiba masa gua nak chow dari sini. 13 hari saja lagi. Ha ha ha!

Walaupun cuaca agak panas, tapi perintah Allah SWT tetap perlu dijunjung. Usai azan Zohor berkumandang, gua pun memperbaharui wudhuk lalu bersolat sunat di bilik sebelum menapak pergi surau. Sesampainya di surau gua tengok orang ramai sudah mula memenuhi. Lantai tidak bersejadah. Mungkin siang tadi ada cleaner yang bersihkan surau. Tak mengapalah. Lalu gua mengambil posisi saf depan yang masih kosong sementara menunggu iqamat.

Sejurus surau mulai penuh, iqamat dilaungkan. Suhu pun makin meningkat kerana banyaknya orang di dalam surau disamping cuaca di luar yang panas. Memang pecah peluh jugalah. Tapi gua maintain kool sebab gua duduk depan kipas. Ha ha ha! Sebelah gua ada mamat negro. Lalu kami pun bersolat Zohor bersama-sama.

Waktu bangun dari sujud, gua tengok lantai mamat negro sebelah gua basah. Pehh! Kaw-kaw berpeluh. Tapi tak mengapalah. Gua tengok air peluh dia sama saja sifat fizikal dengan air peluh yang gua rembes ketika bersukan. Tak ada beza pun. Jernih saja. Dari situ gua mula berfikir.

****

Petang itu waktu gua jalan-jalan di pekan Toronto, gua tengok ada berlaku kemalangan jalan raya. Apek bawa motor langgar India bawa basikal. Dua-dua jatuh tertungging dan mengalami kecederaan yang kurang serius. Tapi di atas jalan banyak juga darah-darah menitis.

Gua ushar lagi. Tengok darah dia orang sama saja dengan darah gua. Warna merah juga. Gua mula terfikir, tak ada beza pun gua dengan seorang negro dan India yang kulit gelap, Apek yang kulit cerah. Bezanya cuma warna kulit.

****

Esoknya gua pergi hospital tengok kakak gua bersalin. Ada orang tanya gua, "Tunggu bini bersalin ke?" Gua ciss saja dalam hati. Tapi tak apalah. Bila duduk dalam wad bersalin tu gua tengok macam-macam orang. Ada Melayu, Cina, India. Ada kaya, ada miskin. Ada kacak, ada lawa. Macam-macam lagi. Lepas tu gua berfikir lagi. Semua orang pun lahir ikut lubang kencing juga. Tak kiralah lu raja ke menteri ke doktor ke angkasawan ke sesiapa ke. Lahir sama saja macam gua. Ikut lubang kencing juga.

****

Jadi sekarang apa beza gua dengan lu orang semua. Lu kaya, gua miskin. Lu hensem, gua tak hensem. Lu anak menteri, gua anak penoreh. Lu naik Mercedez, gua naik kereta lembu. Lu duduk atas, gua duduk bawah. Kenapa? Padahal lu punya peluh sama saja sifat dengan gua. Darah kita sama saja warnanya. Macam mana boleh ada darah keturunan raja pula? Gua pun lahir ikut lubang kencing juga sama macam lu orang. Tapi kenapa ada orang dabik dada bila duduk kat atas? Ceh!

****

Sebenarnya tak kisahlah lu siapa. Lu anak menteri ke, lu anak raja ke, lu anak orang Iban ke, lu orang Asli ke, lu pencacai ke, apa ke semua kita tetap sama Allah SWT pandang. Yang bezanya cuma iman dan amal. Dan tak kisahlah lu cacat ke lu tak hensem ke, matlamat hidup dekat dunia ni semua sama juga. Jadi khalifah di muka bumi Allah SWT. Mengajak orang kepada kebenaran yang menjauhi kemungkaran. Semua sama, tak ada beza. Tak payah bangga sangat dengan siapa lu dan di posisi mana lu berada sekarang ini kerana sedikitpun tak dinilai Allah SWT. Kejayaan sebenar adalah sejauh mana kita dapat patuh perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW dalam apa juga perkara yang dilakukan. Dan kejayaan hakiki adalah bila kita dapat selamat dari azab api neraka dan dapat masuk syurga Allah SWT. Itu yang sebenar-benarnya.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

39 comments:

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salaM tuan bijen M...
sungguh..apa pula bezanya hamba dan tuan?tanpa agama...semua sama,hina di sisi Allah......jadi bezanya hanya agama!agama y membezakan tingginya pangkat seorang manusia=)

Ibnu Mutalib said... [Reply]

owh,,,2nd commenter
haha..
seperti prosa2 yang kubaca di KM

tapi sangat menyentuh jiwa,huh.
Semoga Allah selamatkan kita InsyaAllah

surau kami kat sini ada aircond,huhu. tapi sejuk musim tengku jo,. yang nak buka aircond mamat2 Arab dan Negro2,haih.

airazulaikha said... [Reply]

:) setuju..

hidayu samsudin said... [Reply]

salam...

pangkat,paras rupa,keturunan,bangsa bukan ukuran...allah melihat pada hati,pada amal,pada iman...

saya ayas said... [Reply]

ye memang btoi. tapi secara anatominya, bukan lubang kencing, oke? it is another lubang.

tapi takpe lah. yg penting mesejnya sampai. :)

thanx!

hiro said... [Reply]

disisi Tuhan hanya takwa membezakan seseorang..i'm rite syeikh?

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Aku anak seorang yang bernama wan amairrudin pun tak angkuh dan bongkak..

gila tajuk dia buat aku berfikiran kotor sekejap..
huhuhuhuhu..

GigiWangi said... [Reply]

dua perkataan:

sama rata :)

...antikapel... said... [Reply]

'cuma yang ku pinta, usah engkau hina aku tak berharga...

disebalik wajah...yang mengalir darah merah yang sama dengan mu...

walau kau enggang, biarkanlah...
pipit sama-sama berterbangan...

tiada beza disisiNya...
semua insan sama sahaja...'

bro, lagu ni wa tujukan untuk entry lu...:)

kiubpelbagaibentuk said... [Reply]

Ketaqwaan jua yang membezakan darjat sebenar antara kita di sisi Allah

Jasmin Flower said... [Reply]

salam penulis blog?

hakikatnya manusia zaman skrg masih memandang pada pangkat, darjat dan harta, tetapi yg membezakan kita disisi ALLAH adalah Taqwa....namun manusia masih alpa dengan syurga dunia dan tipu daya syaitan....moga kita dipelihara oleh ALLAH s.w.t

AMIN....

tuan punya blog, tqvm...coz selalu comment blog saya....he3

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Salam Mard.
Tuan kita Allah SWT dan kita hambaNya.
He he he.
Manusia itu jadi mulia dengan asbab agama.
Ya!

IM,
Ha ha ha.
KM tu apa?
Amin.
Ha ha ha.
Dia orang kulit tebal ke apa?

AZ,
:)

HS,
Salam.
Wahh.
Lebih kurang entri bermotivasi anda.
Ha ha ha.

SA,
Ha ha ha.
Saya bukan pakar perbidanan.
Cincai kiralah.

Hiro,
Ha ha.
Betullah tu.
Tapi bukan sekadar takwa.
Iman dan amal jangan dilupa.

AATP,
Ha ha ha.
Serius lu humble.
Ke ke ke.
Hish fikiran.
:D

GW,
Sama saja.
:)

AK,
Peewit!
Ha ha ha.
Thanks der!

KPB,
True!
:)

Bijen M. said... [Reply]

JF,
Salam.
Marilah kita sama-sama timbulkan kesedaran.
Amin.

Ha ha ha.
Saya backlink dari komen-komen di sini saja.
Tak ada hal lah.
:)

Afida Anuar said... [Reply]

Salam Mr bijen..

konpius jap..lubang kencing ke?...tak silap saya,kita keluar thru 'lubang' yang keluar darah haid..err...beza sangat dengan lubang kencing...betulkan kalau saya salah..

PS:apa pun.. well said!

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Aaaaaaa.
Apesal cakap pasal lubang-lubang ni?
Tak senonoh betul.
Ha ha ha.
Lubang kencing ni bahasa sopan.
Malas pula nak mencarut cerita benda-benda baik macam ni.
Ke nak kena cakap juga lubang apa?
Huu.

aliaazuan said... [Reply]

Salam Tuan Bijen,

Er...kalau rambut sama hitam hati lain2 kira mcmana pulak tu yer?

hamzah ian said... [Reply]

gua stuju ngan entry ni.. kita same je

matadore said... [Reply]

Entahnya!

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Ha ha ha.
Hati pun kaler sama jugakan?
Kan kan kan.
:D

HI,
Aah.
Sama saja.

MD,
Entah.
Ha ha.

- zuriey - said... [Reply]

perbezaan darjat dan harta hanya didunia..di akhirat amalan yang menetukan segalanya

mad said... [Reply]

hahahha..yg last sekali tu aq denga hari2 kt UM..

akubiomed said... [Reply]

Paras rupa, berharta atau tidak yang penting keimanan

Ishak Zaini said... [Reply]

Aslmkm Wbt.

Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

Bijen M. said... [Reply]

Zur,
He he.
Betul tu.

Mad,
Ha ha ha.
Terkesan dalam hati tak?

IZ,
Wslm WBT.
Terima kasih kerana menjemput.
InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya datang ke sana.
Semoga baik-baik semuanya.
Btw, tahniah.
:D

ukhti,mardhiah said... [Reply]

adakah mard org y first comment??
ha ha ha
tahniah buat diriku
yes!

hainur hapis said... [Reply]

Assalamualaikum toronto, apa kabar?
blog anda sudah di add di blogkarkun.

semoga cpt balik msia,amin...

Assalamualaikum


http://blogkarkun.blogspot.com/

fndrocka said... [Reply]

Yg membezakan manusia amal dan inan..tpi tu di mata tuhan..manusia pun takleh nak bongkak kalau rasa amal dia banyak

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Hmmphh.
-_-"

HH,
Waasalaikum salam WBT.
Err.
Ha ha.
Trima kasih banyak.
:)

FR,
Betul.
Sebab tu kena ada iman dan takwa.
Kena seimbang semua.
Amal saja tak memadai.

sastraboy said... [Reply]

maka kekagumanlah gua,

melihat syeikh berbahasa orang muda!

o yeh!

Bijen M. said... [Reply]

SB,
Ha ha ha.
Bila masa pula gua jadi syeikh?
:D

Lee Zha said... [Reply]

ehem2. beza antara ko an aku...

ko laki aku pempuan.

ko buat anak, aku beranak.

fhm???


hahahahahahahaha


sori ar bro, aku mls nk siyes bab2 nih..

otak masih beku lepas holiday~

hahahaha

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Salam Bijen..

Ye2. Kita suma sama, yang membezakan cuma iman dan taqwa.

Eyh,
baby xkuar ikut lubang kencing la.
Hahahaha....!

Dah2.
Nak gelak kat sudut2 jap.

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Ha ha ha.
Yerlah aku faham dah.
:D

ARA,
Aaaa.
Stop cakap pasal lubang.
Sila senonoh sikit.
Ha ha ha.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

*blush*

Apa?!
Sila senonoh sket?
Maka, dia yang xsenonoh.

Lari la macam ni.

Bijen M. said... [Reply]

ARA,
Hah hah hah.
:D

limauais said... [Reply]

xkesah la kluar dari lubang mane pon.ak dah kompius dah ni.hahaha.
lagi satu ko tertinggal.semua manusia dijadikan dari setetes air mani yg kalau jatuh ke tanah,itik pon xnak sudu,ayam xnak patuk.
yg membezakan darjat seseorang manusia itu disisi Allah hanyalah amalan kebaikannya.yer dok?

p/s:ak jarang kena halau ke belakang saf sbb ak jrg g surau ms kecik2 lu.hahaha.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ye ye ye!
Ha ha.
Ciss.

fuad ansari said... [Reply]

setuju2..
tapi yg paling best adalah tag line "Kejayaan sebenar adalah sejauh mana kita dapat patuh perintah Allah SWT dan ikut cara Nabi SAW".. (",)

Bijen M. said... [Reply]

FA,
He he he.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...