30.11.10

2012? Illuminati? Teori Konspirasi? Keliwon? Argh!

Malam itu malam Jumaat. Orang Jawa panggil Malam Keliwon. Kononnya banyak hantu berlegar-legar di malam itu. Gua yang baru lepas solat Isyak di surau menyusun langkah dengan penuh berhati-hati pulang ke bilik. Jauh di sudut hati ada juga keinginan nak jumpa pocong ke hantu raya ke serigala jadian ke. Jumpa pontianak pun best juga. Sekali gua paku belakang tengkuk terus jadi perempuan cantik. Boleh terus kahwin tak payah fikir belanja mahal-mahal nak buat majlis kenduri. Tapi malangnya dia orang yang tak mahu jumpa gua. Oh! Mungkin gua tak cukup hensem. Tak apalah.

Sampai saja di bilik, gua on laptop gua yang bukan MacBook Pro itu. Aktiviti belek-belek laman sesawang sudah menjadi rutin harian gua. Tiba-tiba satu tetingkap GTalk menerjah masuk mengganggu ketenteraman gua. Ana Raffali rupanya.

"Broda! You pernah baca buku Armagedon 2012? Karya Muhamad Alexander."

"Err. Kenapa?"

"Buku ni best gedabak. Serius you kena beli."

"Ooo. By the way, malam ni malam Jumaat sis. You dah baca surah Al-Kahfi?"

"Aaaa. Benci!"

"Ha ha ha! Pergilah baca surah Al-Kahfi dulu. Lepas tu you nak baca 2012 ke 2020 ke 2024 ke ikut suka you lah."

Berkesankah?
Hairan betul gua dengan sesetengah makhluk. Asyik sangat melayan segala mak nenek kejadahan semua itu. Dengan The Arrivals-lah, teori konspirasilah. illuminatilah, freemasonlah, itulah, inilah, kejadahlah. Tak remaja langsung.

Nak tanya lu orang satu benda. Lepas lu orang tengok cerita 2012 dengan makwe lu dalam panggung wayang, berapa kerat kapel yang break on the spot? Berapa banyak pertambahan bilangan orang yang datang solat berjemaah di masjid? Berapa banyak makwe yang start pakai tudung labuh? Lepas lu orang khatam siri The Arrivals, apa persiapan lu orang nak jumpa Dajjal? Apa apa? Jawab kejap. Ke lu orang tengah buat persiapan nak buat filem 'Dia Pilih KLCC Episod 2'?

Gua tak kata benda-benda tu semua tak wujud, tapi yang gua nak kata perlukah nak sibuk lebih-lebih pasal benda ni sedangkan ada benda lagi yang lebih prioriti untuk dibuat? Kadang-kadang asyik sibuk layan The Arrivals sampai tak pergi solat dekat masjid bila azan berkumandang. Asyik sibuk baca buku Dajjal sampai masa dengan Al-Quran pun tak terluang. Gua tengok orang solat Subuh dekat masjid tak ada rupa macam orang solat Jumaat pun. Dajjal takut ke weh bila lu orang tahu pasal dia?

Persediaan
Zaman Nabi SAW dulu ada sahabat ni asyik sibuk bertanya kepada Nabi tentang hari kiamat. Apa Nabi SAW jawab? Nabi SAW kata yang sibuk sangat nak tahu pasal hari Kiamat ni apahal? Dah cukup preparation ke belum? Sekali lagi gua nak tanya, apa persediaan lu orang? Lalu lu orang pun jawab, bersedia dengan pengetahuan am tanda-tanda Dajjal. Dajjal muncul belah sini blablabla. Dajjal bawa tongkat  Ali blablabla. Dajjal minum kacip fatimah blablabla. Dajjal bela kambing biri-biri blablabla. Dajjal mata sepet blablabla. Dah tu lu orang ni nak masuk pertandingan kuiz 'Mengenal Dajjal Di Akhir Zaman' ke?

Ada ilmu saja tak cukup der! Hari ni semua orang ada ilmu dan tahu tutup aurat itu wajib. Tapi adakah dengan tahu ilmu saja mencukupi untuk kita terlepas dari azab seksa? Orang yang tak pakai tudung pun tahu yang tak tutup aurat itu berdosa. Tapi adakah dia orang yang ada ilmu ini terlepas dari kena bakar api neraka? Gua rasa lagi teruk kena seksa adalah pasal dah ada ilmu tapi tak amal. Haih! Kesian gua tengok.

Al-Kahfi
Oleh sebab itu marilah dengar gua nak cakap sikit. Daripada lu sibuk-sibuk tengok cerita The Arrivals ke sibuk baca blog teori konspirasi ke sibuk berdebat dengan member pasal Dajjal mata juling rambut kerinting ke apa ke lebih baik di malam-malam Jumaat yang mulia ini lu habiskan baca surah Al-Kahfi. Ada juga faedahnya. Woi! Jangan panggil gua Wahhabi ye pasal gua tak baca Yassin malam Jumaat. Ciss!

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."
(HR Ibnu Katsir)

Hebatnya Fitnah Dajjal
Tak payah sibuk-sibuk nak ambil tahu bila Imam Mahdi nak muncul. Tak payah sibuk-sibuk nak ambil tahu Dajjal hensem ke tak. Sila ambil tahu persiapan diri dulu. Adakah kita dah cukup bersedia nak jadi tentera Imam Mahadi menentang Dajjal nanti? Bukan senang macam lawan wrestling beb.

Mari gua nak cerita sikit macam mana hebatnya fitnah Dajjal. Nak kata hebatnya fitnah Dajjal ni sampai orang perempuan terpaksa diikat di dalam rumah manakala orang lelaki terpaksa lari ke dalam hutan sebab nak selamatkan iman masing-masing. Itu satu hal. Satu hal lagi hebatnya fitnah Dajjal ni sehinggakan ramainya umat Islam akan murtad sebab mengikut Dajjal.

Wow! Lu percaya tak gua cakap ni? Takkanlah teori konspirasi lu boleh percaya, gua cakap lu tak mau percaya kan. Ha ha ha! Lu fikirlah sendiri.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

30 comments:

matadore said... [Reply]

walaupun dajjal hensem, aku tak nak terpikat dengan dia.


hoh. dasar dajjal.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari fitnah Dajjal.

Benrauf 2.0 said... [Reply]

imam mahdi dah keluar la bijen. gua nampak dia pakai seluar pendek naik basikal bmx.

Afida Anuar said... [Reply]

pedajal manusia sekarang ni...lebih risau pasal kedatangan dajjal daripada risau/bersedia dengan kedatangan maut...nak buat macam mana..kan bijen?

Moga2 meraka tu baca karangan bijen ni. Tak pun keretamayat.blogspot.com ada post pasal ni suatu masa dulu.

buDAK keCIK said... [Reply]

fitnah dajjal teramat dahsyat...
smoga kita dilindungi dari fitnah dajjal.amin

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Ha ha ha.
Kita boleh cakap begitu.
Tapi kita belum lagi rasa bagaimana suasananya.
Oleh itu sediakan iman dan amal dengan baik sebagai benteng.
Amin.

BR,
Ha ha ha hampagas.
:D

AA,
Hu hu hu.
Nak buat macam mana lagi ye dak?
;)

BK,
Amin.

jimis said... [Reply]

samelah juge dgn org yang dok sibok sibok pasal hantu kan.
tengok cite hantulah apelah segale.

Lee Zha said... [Reply]

amageden..erraibel..owhhh...lom tgk..

(nmpk sgt bdk pilem yg xlyk jd bdk pilem)..


iluminati..frimason..hapa tu?..

cikedis ke?...

(owh..nmpk sgt aku bdk ddk lam gua)..

Norhayati Rostam said... [Reply]

Dia pilih KLCC episod 2?
Takleh blah.

Agaknya dorang teruja nak tengok tahap kehenseman dajjal.
:D

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

AKU SOKONG HG..
Tu la pasainya..orang skrg mau pikir bnda-benda tu ja..amalnya tak pun..
adoiii...
lemah tenaga batin aku dgn org2 mcm ni..

Umma-ali said... [Reply]

Aslm,
mende2 mcm ni dah lama wujud, sejak umi di US lagi, o bkn sjk di TKC... mcm2 freemason nye citer laa...dajjal lah n mcm2 lagi... cume skrg lg byk tmbh2an perisa ajinomoto/MSG...
Pokoknya, kita dah sediake? Klu setakat mawi bwt show kart kelantan, org yg dalam masjid pun bole keluar nak tgok...inikan dajjal, yg lagunya berpuluh kali ganda lbh sedap dari lagu2 yg paling sedap di dgr skrg ni...
haa sapa2 yg minat music n lagu2 tu better becareful...bkn be fool!

sastraboy said... [Reply]

ala, tu buat modal sembang dengan member je tu.

itu je, tak ada benda lain.

muehehe.

airazulaikha said... [Reply]

:) setuju dgn hencik bijan..

hijabrockers said... [Reply]

Penpal aku yang duduk kat penjara in US kata, kat penjara diorang guna beberapa 'kaedah' utk CONTROL inmates (banduan) supaya IKUT cakap diorang. Antaranya :-

1. Makanan - catu makanan biar org lapar.
2. Kalau buat hal, campak dalam solitary cell (duduk sorang2 bilik 4'x4', apa pun xder) selama beberapa hari smpai banduan say sorry.
3. KAWAL MASA inmates.
4. SEBARKAN KHABAR ANGIN dan CERITA PELIK-PELIK supaya semua selalu takut dan ikut arahan penjara.

Kita semua mmg duk dalam penjara pun. Penjara fikiran dan masa. Ada somebody kat luar sana yang tau teori ni dan cara nak control org dengan perasaan takut dan harap.

Bukan patutnya takut dan harap tu utk Allah je ke? =) Berjaga2 tu suatu yang baik, bukannya beria2 percaya sampai menggelabah. Mendahului keputusan Allah ke? Jangan syirik ya... =)

Jasmin Flower said... [Reply]

takut nyer fitnah Dajjal....

alien said... [Reply]

mentaliti org kita, malam jumaat je ada hantu
cet
padahal malam jumaat itu suci kerana ia malam bagi permulaan hari

aliaazuan said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Jom baca yaasin tiap2 hari. InsyaAllah..tak 'sesat jalaaaaan'...

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Ha ha.
Better duduk dalam gua senyap-senyap buat amal.
:D

NR,
Ha ha ha.
Hensem ke?

AATP,
Orang semua asyik fikir pasal hantu, santau.
Last-last cari bomoh.
Syirik terus.

UA,
Salam.
Woah.
Siapa minat muzik?
Siapa siapa?
(Inosen)
:D

SB,
Ha ha ha.
Tak ada faedahnya.
Ye dok?

AZ,
:)

HR,
Ni lagi satu teori kons.
Ha ha ha.
(Melawak saja)
Kot ye pun teori-teori dia orang ni dah terbongkar, kenapa dia orang tak take any action.
Nampa sangatlah sengaja nak dibocorkan.
Ye dok?

JF,
Haa.
Sediakan benteng.

ALI,
Betul tu.
:D

AA,
Salam.
Haa.
Jom jom.
Lepas ni bagi fadhilat Yassin pula.

akubiomed said... [Reply]

Dulu sibuk dengan kawan baca buku mengenai golongan Freemanson, Man in Black dan Illuminati. Tahu tak Henry Ford anti Yahudi

hijabrockers said... [Reply]

Tu bukan teori konspirasi la. Aku siku siku ko japgi kang bru tau. Tu pengalaman penpal aku duk penjara yg aku adaptasikan dalam story napa org duk gila teori konspirasi. Apa aku merepek ni? Arghhh...sungguh konspirasi skali. Out. Grrrr.... =)

mirachantek said... [Reply]

surah kahfi ye.. okey.

Bijen M. said... [Reply]

AB,
Ha ha ha.
Tak tahu pula.

HR,
Ha ha ha.
Jangan marah der.
Orang melawak saja.

MC,
:)
Selamat beramal.

menusuk hati said... [Reply]

assalamualaikum bro...jom kita g tengok cita the arrival sm2..kita start epsd satu...sambil2,kita mknlh popcorn...haha!


Ps,hantu bungkus kubur kg aku kirim slm...
Ps2...1malaysia1wifi

Tuan Auz said... [Reply]

wah menarik. eh ada ke cite Dia Pilih KLCC? nape aku xtau pun?

aku baca komik jek.... dan surat khabar kosmo (cehh apehal kosmo?)

haha papepon selamatla masing2 buat preparation nk hadapi bala masa akan datang . tp aku cuma hope, by dat time....aku xsempat la hadapi moment dajal datang tu... aku x mahu...

Bijen M. said... [Reply]

MH,
Waalaikumsalam WBT.
Ha ha ha.
Nice!
Mudah-mudah lepas ni dapat WiFi percuma 1Malaysia.

TA,
Buka Youtube search 'Dia pilih KLCC dowh'.
Dosa tanggung sendiri.
:D

Pisyek said... [Reply]

kah kah kah..

kamon2, dia pilih KLCC 2!!!

terhangat 2011! wajib tengok tu..

hak tuih!!!

er, eh. kita samalah. x layan yasin malam jumaat.

tapi, best eh layan kahfi malam jumaat? tu aku belum try lagi...

mungkin buleh try lepas ni.. :)

limauais said... [Reply]

amalan aku x ckup lagi.dan ak xnak termasuk dalam golongan umat Islam yg murtad tu.nauzubillah.
kalau aku kata dajal tuh dah ade skang,ko percaya tak?dajal yg bertopengkan manusia.

p/s:ak baca yaasin tiap2 malam jumaat kalau tiada keuzuran,sedekah tuk arwah atok nenek aku.takpe kan?

Bijen M. said... [Reply]

PIS,
Kau kena jadi producer.
Baru laku.
Best je.
Cuma Kahfi ni panjang sikitlah nak compare dengan Yasin.

LA,
Sekarang pun ada askar-askar dia tengah buat usaha.
Tak ada masalah pun nak baca bila-bila. Seeloknya Yasin dibaca setiap pagi, Kahfi pula bila masuk hari Jumaat.

roses said... [Reply]

bila masuk hr jumaat?hehe.pas magrib la ye?T_T

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Mudah kata begitulah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...