14.10.10

Syabas Tronoh!

Kerana berjaya diakui kewujudannya di dalam peta Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengharumkan nama Tronoh di persada negara.

Ini kes UTP vs Utusan yang tak habis-habis. Gua ingat lama-lama dah boleh senyap, tapi makin lama makin meluat. Gua asalnya malas nak ambil port pun hal remeh-temeh macam budak-budak ni. Banyak lagi benda penting gua boleh buat seperti mencari rezeki untuk anak bini, membuang duri di atas jalan, melepaskan kucing yang tersepit di pintu lif dan sebagainya. Cuma pagi tadi gua dapat emel forward dari member gua pasal seruan pembersihan nama UTP. "Rasa macam sekolah tentera pula" kata Tiger.

Bila habis baca emel tersebut gua nak gelak berdekah-dekah sampai tak cukup tanah. Maka terpaksalah gua tukar isu entri gua hari ini kepada perbincangan isu global ini. Asalnya gua nak buat entri pasal persediaan mencari jodoh tapi tak jadi. Kesian ke Radzi terpaksa menunggu. Kah kah kah!

Oke bagi mualaf yang tak tahu apa-apa boleh rujuk sini. Hasil daripada artikel ini terjadilah perang mulut antara pelajar UTP dan Utusan kerana ketidakpuasan hati. Orang ni kata orang ni betul dan orang ni kata orang ni salah.

Macam nilah brader-sister semua. Kalau nak tahu siapa yang salah, kita tak boleh duduk dalam kelompok terbabit. Kita kena keluar. Sebagai contoh, orang kat luar rumah kita kata rumah kita senget. Kita yang duduk dalam rumah tak rasa senget pun. Jadi kita masih pertahankan rumah kita tak senget. Kalau nak tahu rumah kita senget ke tak, kita kenalah keluar tengok dengan mata kepala kita sendiri. Baru tahu senget ke tak. Faham tak? Maksudnya keluar dari kelompok yang bertelagah dan jadi pemerhati. Tengok mana satu betul mana satu auta.

Bila dah tengok barulah boleh buat kesimpulan. Kesimpulannya, Utusan kecewa dengan pelajar UTP yang menipu mereka. Pada masa yang sama UTP tuduh Utusan kuat menipu orang Malaysia. Padanlah muka Utusan kena tipu. Hah! Sekarang dah nampak? Dua-dua menipu. Brader! Kalau dah tahu orang tu menipu dan dah tahu menipu tu salah, pekejadah lu nak ikut dia orang jadi kaki tipu juga? Maka tak ada bezalah antara lu dengan Utusan yang kuat menipu. Ye dok?

Pelik gua dengan sikap segelintir makhluk yang berbangga kerana berjaya menipu Utusan. Alasan mereka Utusan kuat menipu lalu menghalalkan perbuatan tersebut. Sebenarnya di sini, gua rasa lu lagi hina daripada Utusan yang sedia hina. Nak tahu kenapa? Sekurang-kurangnya Utusan menipu, dia orang tak berbangga pun yang dia orang menipu. Tapi lu pula bangga-bangga bila dapat tipu Utusan. Dah tipu tu diam-diam sudahlah. Ye dok?

"Semua umatku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari & Muslim)

Sebenarnya Utusan pun dah memang banyak kali kena tipu dalam kolum Salam Perantauan sebelum ni. Tapi tak adalah kecoh sampai macam ni. Benda remeh kan. Apa ada hal? Tapi kali ni jadi kecoh bila ada batu api yang memarakkan lagi perasaan golongan tertentu.

Brader. Gua tak nak kata budak yang hantar gambar ke Utusan tu berniat nak menipu Utusan secara bersungguh-sungguh pun. Gua kawan dengan budak tu. Biasalah orang muda, nakal-nakal lagi. Gua pun faham. Gua pun tak nak kata Utusan rela ditipu dengan tak check betul-betul sumber gambar tersebut. Gua rasa Utusan hanya mahu meraikan mereka-mereka yang berada di perantauan sempena hari raya sambil-sambil menjalankan tanggungjawab korporat sosialnya. Salam Perantauan saja pun. Perlukah nak check kaw-kaw dari mana gambar tersebut datang? Bukannya berita pasal Mahathir mati jatuh kuda ke pasal Petronas bankrap ke apa ke.

Tapi yang jadi puncanya adalah apabila wujud satu golongan yang mengguris hati sesetengah pihak. Habis dicanang Utusan stupid kena tipu. Bai! Hati siapa yang tak terguris bai? Kalau ada orang kata lu kena main, lepas tu ramai-ramai pakat balun lu, lu malu tak? Fahamlah sensitiviti umat sikit. Maka untuk menjaga integriti, Utusan pun keluarkanlah kenyataan kecewa. Kecewa kena tipu! Cuba lu duduk di tempat mereka, apa lagi boleh dibuat untuk menjaga integriti? Soal maruah bai. Maka akibat tangan ghaib yang mencanang perkara ini, berlakulah pecah-belah, orang buat dosa, kutuk umpat sana-sini. Tapi nak buat macam mana. Freedom of speech kan? Terima sajalah. Boo!

Bila dah keluar pasal ni, mulalah pelajar-pelajar UTP nak melenting. Lepas tu pergi balun Utusan lagi. Padahal tak sedar dia orang pun sama kena main. Perangai macam budak-budak. Tak boleh ke lek-lek kool je? Cuba tengok apa puncanya? Puncanya bukan orang yang menyalakan mancis sebab mancis tersebut masih boleh dipadam. Tapi puncanya adalah orang yang simbah petrol sampai orang sekeliling rasa panas tak senang duduk. Padahal banyak je lagi orang yang menipu Utusan hantar gambar raya. Tak adalah kecoh mana pun.

Jadi sekarang dah kenal pasti bukan siapa puncanya? Kalau dah tahu, buatlah tindakan rasional. Berpandukan subjek Corporate Ethic, Islamic Ethic, Corporate Communication dan Business & Cyber Law yang gua belajar dekat UTP bertahun-tahun, gua rasa seruan membersihkan nama UTP dengan cara sebegitu bukanlah idea yang bijak. Masalah tidak akan selesai malah akan mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak. Gua rasa lawak bila dua puak yang innocent pada dasarnya nak bergaduh padahal orang yang jadi batu api tu seronok melompat bertepuk tangan. Adoi adoi! Tak ada siapa yang sedar ke pasal ni? Semua kena tipu. Boo lagi sekali.

Jadi kalau rasa lu seorang yang beretika, berakhlak mulia, sopan santun dan berbudi bahasa, juga seorang Muslim yang bertakwa, tak perlulah nak buat serangan siber kepada sesiapa dengan niat nak menjatuhkan mereka. Fikirlah balik kesan jangka panjangnya.

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR Tirmidzi)

Maka gua rasa, semua pihak haruslah berlapang dada menerima kekurangan dan kesalahan masing-masing. Daripada cuba nak menyakitkan hati pihak lain, adalah lebih bagus pergi duduk table talk dengan dia orang dan capai jalan penyelesaian yang terbaik. Tak mustahil lepas ni Utusan boleh mengeluarkan artikel bagi menjernihkan suasana dan sekaligus membersihkan nama UTP.

"Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." (HR Ahmad)

Hah brader! Berita Utusan ni apa cerita pula brader. Klik SINI. Sekarang cermin tengok siapa profesional siapa tak?


p/s: Lepas ni gua rasa nak sepak kalau ada orang tanya gua lagi dekat mana Tronoh. Jawapannya Tronoh terletak di Kanada.

* UTP dalam entri di atas bukan melambangkan pendirian institusi berkenaan tetapi melambangkan pelajarnya.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

Half said... [Reply]

artikel baru tu saje la nk menjernihkan keadaan, bgi tunjuk skit UTP ni baik..
haha..
asalnye da ok kan, tpi tu lah, bila di bangkitkan balik cerita ni, kecoh2.. sepatutnye settle secara senyap..
weh, esok kuar kan la post ko pasal jodoh tu. =P

Lee Zha said... [Reply]

lah...aku ta tau lgsg isu tu...

(nmpk sgt aku xhirau dunia lua dr rumah aku...hee...)

hiro said... [Reply]

pemikiran mereka mungkin setaraf budak ngaji Oversea.

limauais said... [Reply]

ak xnak backup sape2.
cadangan aku la,kalo sape2 yg rase die salah,die mtak maap.jgn disimpan rasa ego tuh.jgn smpai 'gocoh' udeh ler.ahaha.

shinda88 said... [Reply]

Good post~! Setuju 99.99% hahaha
Best is, semua senyap, biar management ngn utusan yg settle same2 dorang . . .

ala..kau tau sape la kot. haha. said... [Reply]

ehehe.. warge tronoh pon tecengang cengang tetibe. tapi, mang dah biase dah dikenali ngan toronto..tade kecoh la hal cani.. =)

with love,
pelajar tronoh di utp. keke. =p

Bijen M. said... [Reply]

Half,
Ha ha.
So sekarang siapa yang dah berlapang dada?
Kita saja yang lebih-lebih padahal Utusan lek-lek kool je.
Nampak sangat kita tak profesional dalam menangani isu ni.

LZ,
Ha ha ha.
Sia-sia ada kemudahan internet.

Hiro,
Mungkinlah.

LA,
Masalahnya yang salah tu tak sedar-sedar dia buat salah.
Lagi buat bising kata orang buat salah.
Macam aku cakap, tak nak keluar rumah.
Tak nampaklah rumah dia senget ke tak.

Shin,
Itulah pasal.
UTP ada saluran kot untuk setel masalah ni.
Yang ramai-ramai nak pergi cerita aib orang tu apahal?

Bijen M. said... [Reply]

Ala,
Ke ke ke.
Lepas ni naik lah kawasan Tronoh ni.
Tambah-tambah nak PRU 13.
Seronoklah kau.

Half said... [Reply]

bukan pe bijan, mungkin UTP mahu kembalikan imej corporate mereka, dan utusan skang dah kool, sbb die dah sebarkan berita ni 1 malaysia, 'kool' dia samada regret sbb siarkan rencana tu or dorang dah cukup puas merosakkan reputasi UTP..

apa yg aku tak setuju noraini menyalahkan UTP.

Bijen M. said... [Reply]

Half,
Yes.
UTP boleh kembalikan imej korporat mereka, tapi bukan dengan cara dakwaan dan serangan kepada Utusan.
Kita dah belajar kan CE, CC, BCL etc.
So pada kau tindakan kita tu ethical tak?
Tak mustahil kalau lama-lama Utusan kena balun sampai panas punggung, dia orang boleh buka pekung-pekung UTP yang lain.
Makin keruh keadaan.
So jalan yang terbaik biar pihak UTP duduk semeja dengan Utusan bincang perkara ini.
Yang lain-lain tak payah mengeruhkan keadaan.

Btw, aku dah baca 2 3 kali artikel Noraini tu.
Dan aku tak nampak part mana dia menyalahkan UTP.
Kalau ada tolong bagitahu mana tahu aku terlepas pandang.
Yang jelas dia mention 'sekumpulan pelajar' dan 'pelajar' yang terbabit.
Profesional sikit bai.
Jangan cepat melenting.

Norhayati Rostam said... [Reply]

hmm..
macam orang arab ke?
belajar ethic tapi langsung tak guna.
:D

izmer said... [Reply]

adiehhhhh...
bijen, aku lawak gileeeeee...
aku nak tegelakkkkkkkkkkkk...

ada jugak org pikir cmtu..

so gopeng jd copenhagen kot..

haha..

*~*eizra said... [Reply]

i like ur entry this time..really like...<3 nice word...^^

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Ha ha ha.
Banyak pengalaman nampak.

Izmer,
Sini Tronoh memang panggil Toronto.
Siap ada restoran De Toronto.
Bota jadi Boston.
Parit jadi Paris.
Inilah nasib kami perantauan di UTP.
Ha ha ha.

Bijen M. said... [Reply]

Eizra,
Uik.
Kau aware juga ke pasal kes ni?
Ha ha ha.
Sampai ke Indon berita ye.

Anonymous said... [Reply]

well...dua2 salah...agree...
bkn nak back up or jadi defensive...
but then, cik Noraini Utusan tu(kalau xsilap namenye), bole je tulis pasal luahan perasaan Utusan yg x puas ati kene tipu tu...cter je semua bnda dalam artikel tu..cume, xyah la nak tulis nama UTP...that's what I think...let the name of the university be anonymous...diorang kan wartawan...should be da paham sgt ngan benda2 cam ni...n cyber attack for me is a way too much...
kudos both sides... :)

- zuriey - said... [Reply]

utusan pun selalu tipu ke? ohoho..baru tau

Ibnu Mutalib said... [Reply]

ate memamng ghupe tu le pay-rock..
tak lama lagi manjung jd manchester,

Bijen M. said... [Reply]

TN 03:48,
Yup.
She should understand what the impacts of her words and the UTP students also should understand what's the impact of their words.
They put blame on Utusan, tak kata pula 'unknown newspaper'.
I'm also UTPian tapi kita kena act professional.
Allah bagi akal untuk kita berfikir secara rasional.
As I said before, tak perlulah kita nak ikut orang buat salah.'
Orang bagi kita taik, kita pun nak bagi balik dekat dia taik sebab nak balas dendam.
Apa itu?

Zur,
Semua orang pun selalu kena tipu.
Ho ho ho.

IM,
Ha ha ha.
Bolehlah.

akhmalbe said... [Reply]

aku da agak da..ko akan post jugak entri ni....hahaha...i got u...

airazulaikha said... [Reply]

adesss,,..

Norhayati Rostam said... [Reply]

ohoh..
setakat ni jumpa orang arab yang masih amal ethic tu lagi.
Cuma membe yang amik medic di alexandria tu cerita camtu.
:D

Myra Arshad (: said... [Reply]

woot woot. sume stok- stok budak budak pandai cmnt. pergh. tk le tumpang ah. heheh

Bijen M. said... [Reply]

Amal,
Bahaya ni pakai ramalan nujum.
Ha ha ha.

AZ,
Adoss.

Yati,
Ha ha ha.
Sana tempat dia.
Dia orang dah biasa macam tu.
Student Malaysia kena adapt-lah.

MA,
Ceh.

af [ R ] ed said... [Reply]

mekaseh bijan. akan ku tunggu seribu tahun lagi. :)

Bijen M. said... [Reply]

Af,
He he he.
Sabar yop.

hamzah ian said... [Reply]

kah kah kah.. toronto konon

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Apasal kecoh2 smua ni yerk. Hmm.fenin..fenin...

Bijen M. said... [Reply]

HI,
Kah kah kah.

AA,
Ha ha.
Orang yang buat kecoh.
Padahal hal kecil saja.

Anonymous said... [Reply]

very nice..obe patut baca banyak kali.haha

Bijen M. said... [Reply]

TN 13:31,
:)

Noel Cienfuegos said... [Reply]

aku rasa sekali sekala harus jugak utusan kena pawned camtu, kau tak meluat ke tengok hari-hari dia tipu umat melayu islam yang tak baca media lain? aku ni baca utusan hari2 (beli untuk atok aku) propaganda diorang tu dah sampai tahap tak leh dimaafkan dah.

Bijen M. said... [Reply]

NC,
Ha ha ha.
Aku pun kadang meluat juga.
Tapi perlu ke nak pawn dia balik?
Kita ada pilihan.
Cari sajalah paper lain.
Berita Harian, Kosmo, dll kan ada.
Tak perlu nak meluat dekat paper yang kita dah agreed nak beli.
Cakap kat tok kau, "Atok atok! Hari ni kita ubah minda kita pula nak? Kita baca MalaysiaKini. He he he."

Amin Baek said... [Reply]

lambt gle ak terbaca entry ni..

btw,really agree with u..sama dgn stand ak..dlm google grup,penat mengexplainkan tak perlu la blame or react cmtu skali terhadap utusan..both sides silap..

tp mungkin ramai di kalgan kita ada "darah muda",macam2 tindakan kurang wajar dibuat..habis aib utusan diceritakan di blog,facebook,dan sebagainya..

tunggulah mana tau aib UTP pula dibuka habis habisan..huhu..

kes ini bermula dr sbuah blog,yg ramai2 p hentam utusan,maki hamun sume..ak pn bengang klu jadi orang utusan..mereka juga patot rasa bsalah instead of blaming others..

salam ziarah...dak utp gak..ahaha

Bijen M. said... [Reply]

Ahaha.
Biar lambat asal selamat bro.
Salam ziarah.
Selamat berkenalan.

Anonymous said... [Reply]

sooo very professional writings. great2!
got lots of UTP friends but never heard of this issue. my bad!

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Itsoke.
Btw, thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...