7.10.10

Nabi SAW buat kerja apa?

Semalam gua pinjam kereta Ferrari  Joe Haslam untuk pergi ke Ipoh dalam masa yang singkat. Tak sangka perjalanan dari UTP ke Ipoh menggunakan kereta Ferrari hanya memakan masa 5.73 minit saja. Ini bermakna kereta Ferrari lebih laju dari tren ETS KTMB yang terbaru. Cuma sayangnya kereta Ferrari tak ada makwe pramugari di dalamnya dan sayangnya gua sampai Ipoh dalam masa 60 minit disebabkan gua kena mematuhi arahan tiang lampu gila yang bertukar-tukar warna. Hummph.

Walaupun tak ada pramugari, gua tak hampa sangat. Ini adalah kerana bini gua ikut meneman gua ke Ipoh. Nak beli susu anak di Tesco katanya. Gua tak adalah pula nak menghalang.

Sepanjang perjalanan kami mendengar radio Perak FM di frekuensi 95.6 FM. Gua bukan apa, gua suka layan radio negeri ni pasal hiburannya seimbang. Ada lagu retro, ada lagu latest. Ada lagu nasyid, ada lagu rock. Ada berita, ada ceramah agama. Mana nak cari channel yang all-in-one sebegini? Terima kasih kepada RTM. Kah kah kah! Kalau layan Sinar, lagu retro saja. Layan Era, rentak muzik terkini. Layan Ikim, nasyid jiwang memanjang. Lagi satu benda best layan radio negeri ni adalah kerana ada waktu azan tempatan. Terjaga jugalah waktu solat gua. Tak gitu? Sebab itu gua into lebih ke radio negeri.

Jam menunjukkan lagi 15 minit menuju ke pukul 6.30 petang. Gua tertunggu-tunggu rancangan feveret gua, ceramah agama. Sekarang ni tengah banyak ceramah haji pasal musim haji dah tak lama dah. Gua ambillah info sikit-sikit sebab tahun depan gua ingat nak pergi buat haji dengan bini gua, mak bapak gua dan juga mak bapak bini gua. Tumpang tak ada anak lagi, senanglah sikit. Mungkin ini dapat gua jadikan hadiah honeymoon untuk bini gua walaupun tak adalah nampak macam honeymoon sangat. Alhamdulillah duit ada banyak lebih pasal waktu kahwin bulan lepas gua pakai RM 5 ribu saja. Tak banyak, RM 5 ribu saja. Nasib baik bakal mak bapak mentua gua waktu tu accept gua punya lamaran yang murah itu. Adalah sikit rezeki untuk mereka.

Memandangkan ada lagi 15 minit menuju ke 6.30 petang, radio Perak ni ada satu segmen yang gua sedikit anti iaitu segmen tajaan. Bosan! Kalau promote produk seminggu sekali tak apalah. Ini tiap-tiap hari promote produk yang sama. Produk makanan sunnahlah, pusat rawatan tanpa ubatlah, tilam magiklah. Bukannya gua anti dengan produk-produk berkenaan, tapi berpada-padalah. Kalau tiap-tiap hari ulang benda yang sama, naik jemu juga. RTM kena fit juga dengan taste pendengar. Baru boleh maju dalam arus mainstream. Jangan diikutkan sangat dengan kehendak kapitalis-kapitalis ni. Ha ha ha!

Haa! Cerita pasal promote produk ni gua tak ngam sangatlah pasal ni. Memanglah bagus nak bercerita pasal kebaikan makanan sunnah, tapi tak payahlah nak promote produk sambil-sambil tu. Bukan apa, takut-takut dalam kita menyampaikan dakwah, iktikad kita dah lari kepada kepentingan diri sendiri. Takut-takut kita gunakan agama untuk melariskan produk saja. Sekarang ni pun dah banyak jadi begitu. Ubat gigi itulah, jus inilah, kismis itulah, air penawar pondoklah dan macam-macam lagilah. Ada juga sesetengah organisasi ni buat program sampai kena bayar beratus-ratus kalau nak masuk. Oh mahal sungguh harga yang perlu dibayar untuk menjadi orang baik dan masuk syurga sekarang ni ye? Kesian kat orang miskin macam gua.

Nabi SAW dulu tak adalah pula kata dekat orang Kafir kalau nak tahu kunci masuk syurga kena bayar sekian-sekian baru Nabi SAW ajar. Malah Abu Bakar RA pula yang membelanjakan hartanya untuk membebaskan Bilal RA dari diseksa. Tak apalah. Tak nak cerita banyak-banyak. Lu orang pun faham rasanya. Nanti lu orang kata kat gua, nak ilmu tapi tak nak berkorban kan. Oke! Habis tu apa yang lu korbankan? Rasanya duit masuk poket orang atasan lagi banyak dari yang keluar. Ye dak? Mana menghilang tanggungjawab sosial lu sebagai seorang yang berilmu?

Lalu bini gua yang dengar gua membebel keseorangan dari tadi bertanya, "Habis tu nak meniaga macam mana bang?"

Aku menjawab, "Wahai sayang, mahukah dikau mengetahui sesuatu?"

"Apa dia bang?" biniku membalas.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" (As-Saff:10)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff:11)

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff:12)

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff:13)

Seorang yang beribadat 300 tahun di dunia hanya mampu memperolehi seteguk minuman di akhirat kelak. Sesungguhnya kita tak mampu masuk ke syurga dengan hanya amalan kita melainkan atas rahmat Allah Taala. Bagaimana nak memperolehi rahmat Allah Taala? Dengan mengikut cara kekasihNya, Nabi Muhammad SAW. Apa yang Nabi SAW buat? Nabi buat kerja dakwahlah. Nabi SAW tak minta apa-apa. Nabi SAW wafat pun sehelai sepinggang. Oh! Khadijah RA yang asalnya hartawan juga wafat tanpa meninggalkan apa-apa. Siap kata lagi kalau tulang-tulang dia boleh diambil untuk digunakan di jalan Allah SWT, ambillah. Apa kata lu?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

21 comments:

Pisyek said... [Reply]

perlu jadi orang islam yang kaya~

baru senang nk masuk syurga.. kah3.. xD

semut api said... [Reply]

harta bukan segalanya kan...

hiro said... [Reply]

idola sepanjang zaman, nabi kita.

Myra Arshad (: said... [Reply]

pergh. ko ni kejap bapa tunggal, kejap ada bini, kejap bujang. haha. macam2 karakter ye. bagus :)

btw, aku suka dengar perlis fm. tapi malangnya tak dapat frekuensi kt sini. uhuu~

Myra Arshad (: said... [Reply]

pergh. ko ni kejap bapa tunggal, kejap ada bini, kejap bujang. haha. macam2 karakter ye. bagus :)

btw, aku suka dengar perlis fm. tapi malangnya tak dapat frekuensi kt sini. uhuu~

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

:-) dah lama tak pasang radio.

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

salam
suka dgr radio islam nusantara..
radio yg menghebahkan tntg iman & amal...tp lately problem plak radio on9...layan jer la ikim.. :)

limauais said... [Reply]

kalo nk buat apa-apa pekerjaan,biarlah niat kerana Allah.duit kumpul byk2 smpai setinggi gunung pn,kalau tak brsyukur dgn nikmat Allah,x berkat juge idak?hehe.

Bijen M. said... [Reply]

Pisyek,
Dengar cerita sekarang lu buat banyak bisnes.
Senanglah lu masuk syurga.
Ye dak?

SA,
Statement orang:
Harta bukan segalanya, tapi segalanya perlukan harta.
Tentulah salah.
Sebab harta tak boleh beli iman.
:)

Hiro,
Bukan sekadar disanjung, tetapi juga dicontohi.
Diikut selalu semuanya.
InsyaAllah.

MA,
Baru kahwin bulan lepas.
Heh.
Dengarlah online.
Boleh je.
Sekarang zaman teknologi.

AA,
Salam.
Dengar radio lebih baik dari tengok TV.
Ye dak?
:)

CS,
Ha ha ha.
Ikim ni banyak sangat nasyid jiwangnya.
Dah tertukar matlamat dah daripada dakwah kepada memupuk cinta.
Nasyid dulu-dulu juga best zaman Raihan, Rabbani, Hijjaz.
:)

LA,
Aah.
Pandai.
Ha ha.
Dapat duit lebih sikit, infakkan lagi ke jalan Allah SWT.
Btw, tak nak belanja aku pergi ESQ ke?
:D
Aku duit tak ramai.

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

perenggan atas ko ckp nk beli bini nk beli susu anak...tpi perenggan bawah ko cakap anak xde lagi...abes sape minum susu tu??ko eh??? hahahaha.....well, full of character...memg menarik mint org membaca...

Bijen M. said... [Reply]

Tsya,
Dem tersilap.
Anak jiran rasanya.
Entah.
Tak tanya pula bini gua.
Ha ha.

Norhayati Rostam said... [Reply]

betul3.
pening sket first part tu.
ingat gi haji tu dengan bini lain.
yang dah ada anak tu tinggal.
wee~

Pisyek said... [Reply]

@bijen M: dgr je tu... kalau tengok betul2 takde ape pun padahal.. hehe...

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Ha ha ha.
Kesian bini tu.
Tapi bini tu redha kot dekat madu baru dia.
Dulupun dia dah dapat naik haji lepas kahwin.

Pisyek,
Ececeh.
Malu-malu pula.
Ingat tau.
Ada job bagitau aku.
Ha ha.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

hoi.. kata nk bwk bini p bli susu anak, pahtu kata naseb baik xdek anak pulak. simpan stok susu ke hape? ha ha ha. (aku tiru hang gelak)

Bijen M. said... [Reply]

Penchenta,
Beli susu anak jiran.
La la la la.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

separa sedar ke? :-)

- zuriey - said... [Reply]

duit takleh bawa mati pun..

Bijen M. said... [Reply]

IM,
Ha ha ha.
Yerlah kot.

Zur,
Nak mati sekarang pun kena pakai duit oh.
Gile.
Ha ha ha.

Anonymous said... [Reply]

ya ALLAH, terasa sgt2 jauh..jauh dr tali ALLAH

Bijen M. said... [Reply]

TN,
He he.
Kadang-kadang kita rasa jauh, kadang-kadang kita rasa dekat.
Tapi satu perlu diingat, Allah sentiasa dekat dengan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...