28.10.10

Mereka kata kita tolak dunia?

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila huruf-huruf pertama yang diajar kepada anak kita adalah Alif, Ba, Ta.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka menyebut A, B, C, 1, 2, 3.
Mungkin mereka tidak tahu satu huruf Al-Quran yang dibaca itu ganjarannya 10 pahala.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran adalah buku pertama yang diajar kepada anak kita.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka membaca buku kimia.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu rujukan untuk berjaya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran yang ada sudah pandai dibaca.
Sedangkan mereka berbangga kerana anak mereka sudah pandai menyelesaikan masalah kira-kira.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu panduan kepada segala permasalahan yang ada.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita hantar anak ke pondok, maahad dan madrasah di usia muda.
Sedangkan mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit dan ternama.
Mungkin mereka tidak tahu ilmu agamalah yang akan membentuk diri tatkala dewasa.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berselubung dengan pakaian hitam sampai tak nampak rupa.
Sedangkan mereka bangga atas nama fesyen, bentuk tubuh badan diperaga.
Mungkin mereka tidak tahu hijab itulah penyelamat maruah wanita.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berkopiah, melipat seluar hingga ke atas buku lali sampai tak ada gaya.
Sedangkan mereka enak menghias diri sampai memukau mata.
Mungkin mereka tidak tahu di sebalik sunnah itu ada kejayaannya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita duduk di masjid menghabiskan masa.
Sedangkan mereka pula menghabiskan masa dan wang ringgit di kompleks pasar raya.
Mungkin mereka tidak tahu masjid itu tempat bercambahnya ilmu dan rahmatNya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita tak ada kerja pergi dakwah sini sana.
Sedangkan mereka seronok mengejar nikmat dunia.
Mungkin mereka terlupa masih banyak lagi umat menderita.

Ada banyak lagi mereka kata.
Sampai kawan gua kata biarkanlah saja mereka.
Cara kita dengan cara kita, cara mereka dengan cara mereka.
Tapi gua tak boleh, kerana itu tanggungjawab gua sebagai umatnya.

Biarlah apa mereka nak kata.
Bila kita asyik terkejarkan akhirat sana.
Sedangkan mereka sibuk berusaha untuk berjaya di dunia.
Cuma gua nak ingatkan kejayaan manusia di dunia hanyalah dalam agama dengan berjaya taat perintah Allah Taala dan ikut cara kekasihNya.
Dan kejayaan yang sebenarnya adalah terlepas dari azab seksa neraka seterusnya dapat masuk syurga Allah Taala.
Itu saja.

"Kamu akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang Yahudi dan orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya dunia itu umpama lautan. Akhirat itu destinasi kita. Iman dan amal itu pula adalah sampan kita. Untuk sampai ke destinasi, kita memerlukan sampan untuk menggerakkan kita ke sana di atas lautan. Jika goyah sampan kita, nescaya kita akan karam di lautan itu. Jadi siapa kata kita tolak dunia? Tak ada dunia, tak sampailah ke akhirat sana. Ye dok?

****

Hujung minggu ini gua akan berada di UM untuk satu kejohanan silat di sana. Memandangkan ini semester terakhir gua, jadi game ini merupakan game silat terakhir sebelum gua menamatkan karier sebagai pesilat UTP. Setiap permulaan ada penghujungnya. Semua kita mengharapkan happy ending dalam setiap perkara. Yang tonton filem pasti mahukan heronya terus bernyawa di akhir cerita. Gua pula pasti mengharapkan pingat sebagai hadiah terakhir buat gua. Dan mereka yang di penghujung nyawa sudah tentu mahukan kematian yang husnul khotimah sebagai kesudahannya. Begitulah ceritanya. Jadi doakan kejayaan gua di sana. Terima kasih.

****

Oh sebelum terlupa. Ini hasil keputusan mesyuarat Subuh tadi. Ke ke ke! Memandangkan gua dah di penghujung semester bergelar mahasiswa, maka sebelum gua melangkah ke alam yang lebih dewasa, gua dah berazam untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh (IPB). Maka sekarang ni gua tengah berusaha mencukupkan segala-gala amalan dan keperluan yang sepatutnya. Jadi dengan rasa segan-silunya, kepada sesiapa yang berhasrat nak mencukupkan keperluan gua ke sana bolehlah menyumbang apa-apa yang patut ke - (sila baca iklan di bahagian kanan atas sekali blog ini). Ke ke ke! Malu-malu.

Firdaus kata, tak payah fikir nak cukupkan keperluan, cukupkan amalan dulu. Nanti Allah SWT cukupkan keperluan kita. Jadi gua berusaha dan bertawakal saja kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memudahkan gua dan merahmati kalian semua.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

31 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

hg ikut geng tabligh pi sana ka?
bagus la kalau betul..
hehehe..

Yang pasai depa-depa tu hg tak payah peduli..ke hg nak aku penyepak depa..
hahhahahahahaha..indah sungguh angan-angan aku nak penyepak org..
hahahahha

ALIAAZUAN said... [Reply]

Salam.

Betui la ckp firdaus tu...
Buat amalan dgn istiqomah (infiradi, ijtimai), 5 amal, dkwah, dgn penuh fikir, tawajjuh dlm brdoa...(jgn malu2....ulang blk ayat ni ye). Smua tu jd asbab nusrah Allah akan smpai, insyaAllah.

Moga Allah pilih.

Fyzal said... [Reply]

semoga dipermudahkan segala urusan.

Lee Zha said... [Reply]

smga ko jumpa pa yg ko nak bro...

aminn...

hidayu samsudin said... [Reply]

amin...

moga dipermudahkan....

Umma-ali said... [Reply]

mereka kata kita tolak dunia,
tapi mereka dari pagi sampai petang
dari muda sampai tua
dok adap meja dam
rumah -> kedai
rumah -> kedai
sampai tua....
ropanya yg tolak dunia ni dah merata pergi sampai ujung2 dunia bertabligh...
sapa kata kita tolak dunia...
dunia jambatan utk akhirat...

seorg wak ditnya;
wak dapat kuar 4bln mcmna?
bwk air segelas, ktnya.
kemudian dibuang air sehingga tinggal 1/3 gelas...
saya keluar dgn airmata byk nih!!!
insyaAllah semoga niat dan azam yg baik akan dimudahkanNya...amin.

...antikapel... said... [Reply]

luruskan niat, mantapkan amalan!
semoga berjaya...

- zuriey - said... [Reply]

puisi yang mempunyai maksud mendalam

Myra Arshad (: said... [Reply]

salam encik bijan ;

pertama ; indah sungguh puisi ni. aku suka! nanti bole la aku share dalam fb. insyaallah :)

kedua : moga berjaya dalam pertandingan silat :)) waah. bila lah aku bole tengok ko bersilat, kan kan ? ehee~

ketiga : ko nk pergi IPB ye thn dpn ? insyaallah kalau niat kita baek , allah permudahakan segalanya.

akhir sekali ; aku doakan ko berjaya d dunia dan akhirat :)

salam syg jauh d perantauan, myra . hahaha~

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Salam tuan....'Jika anda menyukai seseorang gadis, jauhilah beliau'
---->>bagus kata2nya....=D

mad said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
mad said... [Reply]

asal pic aq scary giler..kah3..

weh jumpe kt UM. :D

airazulaikha said... [Reply]

sungguh sebenarnya mereka itu alpa, lupa,tenggelam dek sinaran neon dunia.

selamat berjaya hencik bijan..
wahh..cess dem dem dem. pesilat jugak rupanya..haishhh

Mas_blogger said... [Reply]

semoga mendapat keredhaan ALLAH dan dipermudahkan setiap apa yg dilakukan....syabas...

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

salam,
biar mereka kata kita tolak dunia, tapi kita doa, smoga kita dpat tarik mereka [& diri kita jg] menuju akhirat...

moga Allah pilih tuan!

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Ha ha ha.
Tak payahlah penyepak.
Ajaklah depa sekali join.
Ke ke ke.

AA,
Salam.
He he.
InsyaAllah.
Amin.

Fyz,
Amin.
Trimas!

LZ,
Amin.
Trimas!

UA,
Waaa.
Rasa macam tak cukup lagi korban.
T_T

Bijen M. said... [Reply]

AK,
Trimas bro!

Zur,
He he.
Tak adalah dalam sangat.
:D

MA,
Salam.
Ha ha.
Trimas!
Amin amin.
Peewit.
Kau di Malaysia, aku di Toronto.

UM,
He he he.
:D

Mad,
Aah scary.
Ciss.
Jumpa di sana.
Make sure menang.
Ke ke ke.

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Trimas trimas.
Ha ha ha.
Kenapa dengan pesilat?

Mas,
Amin.
Trimas ya.

CS,
InsyaAllah.
Amin.
:)

Myra Arshad (: said... [Reply]

toronto ? woww~

aira pun pesilat jugak ke ? or suka tengok pesilat ?hahaha.

p/s : aku ada satu addiction dekat pesilat. jaga - jaga~ hahaha. kang aku serbu taman pekan baru.

buDAK keCIK said... [Reply]

nk dtg um eh?
nnti kalu trnmpk ak, sila la lambai2 tgn...kalu x malu.hee

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Habis habis.
Ha ha ha.

BK,
Dah dekat UM dah.
Dekat Pedanasiswa ni.
Ha ha ha.
Manalah aku kenal.

buDAK keCIK said... [Reply]

owh.patot la bila ak nk g lunch kt sana semalam, ak nmpk ramai gler org.
pas2 ade sign pendaftaran plk.
ak cam pelik gak.pendaftaran bnda la plk ni.
rupanya geng2 silat.heh
gud luck bro~!

GigiWangi said... [Reply]

aku suka entry ni, ouh btw, good luck utk kau.

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Ha ha ha.
Lain kali lunch belanja aku sekali beb.
He he.
TQVM!

GW,
Thanks beb!
:D

buDAK keCIK said... [Reply]

erk.sempat lg ek ko on9?
isnin ni penutup kn?

Bijen M. said... [Reply]

BK,
Ada kesempatan kena gunakan.
He he he.

airazulaikha said... [Reply]

kenapa dengan pesilat?? haha
dem dem dem sebab jeles lah..
hencik bijan masih aktif bersilat..
diri ni dah kena bersara sbb kampus xde team silat..hahah
rinduuu nak sparing!! cesss dem dem dem

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Dah nak pencen dah.
Game last sebelum bersara.
Lepas ni jadi coach jer pula.
Ha ha ha.
Hendak seribu daya der.

airazulaikha said... [Reply]

aicehhh..game last sebelum bersara..haha
hehe.entah kenapa terasa lawak dgn frasa itu.
xpe2..walaupun dah xsparing lagi...
still silat lagi..hehhe

limauais said... [Reply]

siapakah mereka itu?umat islam kah?itu yg susah zaman skarang.yg haram dihalalkan,yg halal diharamkan.yg mulia dipandang jelik,yg buruk menjadi kebiasaan.

p/s:aku doakan semoga ko berjaya dpat medal.lagi satu,ko kn updet blog yer w'pon ko kt IPB nti (kalo ada masa terluang la).

Bijen M. said... [Reply]

LA,
He he he.
InsyaAllah kalau ada masa aku pergi CC.
Ke ke ke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...