25.10.10

Mahu ayat pengasih?

Selepas habis berborak panjang dengan seorang dua jemaah di surau usai solat Asar, gua pun berjalan pulang ke rumah. Nasib baiklah jarak rumah dengan surau tak adalah jauh sangat, maka gua pun boleh exercise jalan kaki 5 kali sehari ulang alik ke surau.

Apabila hampir sampai ke rumah, gua nampak bini gua sedang membuang sampah ke dalam tong sampah. Hati gua jadi kurang senang. Gua beristighfar banyak-banyak sambil meneruskan langkah. Sampai saja di sebelah bini gua, gua bersuara dengan sedikit sopan santun, "Tiz Zaqyah... (bukan nama sebenar) Masuk rumah." Bini gua yang blur-blur terus saja mengikut arahan gua selepas selesai membuang sampah tanpa banyak soal. Ciri-ciri isteri yang taat.

Petang itu gua tak bercakap langsung dengan bini gua. Gua baca taklim malam itu pun dengan nada serius saja. Tak ada gelak-gelak, cerita panjang-panjang. Lepas tu terus gua buat hal sendiri sambil menunggu bini gua panggil makan. Protes-protes juga, tapi perut dah lapar.

"Abang ooo abang. Mai makan mai." panggil isteri gua.

"Ye!" jawab gua serius lagi.

Gua ushar dalam dulang. Ada nasi, ikan temenung goreng, sayur kobis masak lemak dan sambal belacan. Wow feveret, alhamdulillah! Walaupun begitu, gua masih buat muka bajet ketat. Sedikit pun makanan tersebut tak menjejaskan muka ketat gua. Adat makan sedulang dengan bini dan anak-anak, gua selalunya suap makanan ke mulut bini dan anak-anak gua dulu. Tapi pada malam itu, gua tak suap bini gua. Tanda protes. Bini gua dah kerut dahi tanda pelik akibat kelakuan aneh gua. Waktu makan pun gua tak banyak cakap sangat sampailah gua habis makan.

Setelah menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun, gua pun mempersiapkan diri nak masuk tidur. Macam biasa gua mekap handsome-handsome dulu pakai celak segala. Selepas berwitir 3 rakaat, gua pun mendaki katil. Selepas beberapa saat gua melabuhkan kepala ke atas bantal, isteri gua bertanya.

"Saya ada buat salah apa abang?"

Gua tersengih kencang. Faham pun tanda mogok gua. Gua pun membalas lembut sambil memegang tangan bini gua yang lembut itu, "Tangan awak ni cantik. Putih melepak. Pandai memasak pula. Tapi sayangnya kalau-kalau nanti hangus dibakar api neraka. Abang tak nak macam tu."

"Erk! Oh. Pasal petang tadi ayang buang sampah pakai baju lengan pendek ke? Sori bang sori. Tadi tak perasan. Terlupa." bini gua merayu.

"Hah yelah sori. Nanti abang juga yang kena jawab dengan Tuhan. Tak kesian kat abang ke? Abang ni amalan pun sikit je."

"Alar abang. Sori oke. Sori sangat-sangat. Ayang janji tak buat lagi dah insyaAllah." bini gua berjanji sambil  tangannya mengusap-usap dada gua. Ciss!

"Heh. Dah-dah. Minta maaf dengan Allah SWT. Dah. Jom tidur. Abang dah lenguh tarik muka ketat ni. He he he." kata gua sambil merangkul kepala bini gua untuk dikucup.

"Oke! Muahh." balas bini gua ringkas.

Maka beradulah kami berdua dalam keadaan bahagia.

****

Untuk pengetahuan mualaf, para isteri yang tidur dalam kemarahan suaminya akan dilaknat malaikat sampai ke pagi. Jadi minta maaflah setiap kali sebelum tidur. Sesungguhnya redha Allah SWT terletak pada redha suaminya. Bagi suami pula, jadilah seorang suami yang pemaaf. Kasihanilah isteri lu.

****

Oh. Gua ada ayat-ayat pengasih untuk diamalkan. Kalau-kalau mahu bahagia dalam rumah tangga, dikasihi dan disayangi orang lain, bolehlah mengamalkannya. Bukan setakat bini, anak-anak, keluarga, kawan-kawan, bos dan semua orang akan kasihkan kita. Tak perlu lagi pergi jumpa bomoh untuk minta minyak senyonyong atau minyak pengasih. Apa amalannya?

Amalannya adalah banyakkan memuji Allah SWT dalam zikir. Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Juga banyakkan istighfar atas dosa kesalahan kita. Amalkan sentiasa terutama selepas Subuh dan juga Asar. Allah SWT amat mengasihi orang yang banyak memujiNya, orang yang mengasihi kekasihNya dan juga orang yang mengasihi dirinya sendiri. Apabila Allah SWT kasih akan kita, semua malaikat akan mengasihi dan mendoakan kita. Apabila malaikat turut mengasihi kita, mereka akan menyeru sekalian makhluk untuk kasihkan kita. Sehinggakan nyamuk pun tak mahu gigit kita sebab kasihkan kita. Oh! Indahnya. Hanya syaitan saja yang tak suka dengan kita. Ke ke ke!

Juga boleh amalkan membaca ayat ini,

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (Yusuf:4)

dan ini,

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
"... dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu." (Taha:39)

Bacalah sebanyak tiga kali setiap kali selepas solat. Boleh juga dibacakan kepada orang yang kita mahu  tatkala bertemu dan sebagainya. Err. Gua tak tanggung kalau ada sebarang penyalahgunaan. Jangan pergi baca dekat awek lu pula. Cilake! Baru kapel dah nak baca-baca ayat pengasih. Minta kasih sayang Allah SWT dulu baru minta kasih sayang awek. Huh!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

24 comments:

semut api said... [Reply]

tuan..

x ada apa2 hubungan badaniah ke malam tu? ahaksss...

Lee Zha said... [Reply]

aisey...

rs mcm nk kawen lak. ahahaha

smga ko dpt bini yg taat dan patuh dan syg ko bro..

amin...

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

heee..
tak sabar jadi bini yg taat..
huahuahuahaua

|| A r a W a n i || said... [Reply]

=)
Bagus betul bini tu..
ai ai ai...

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

hahaha...ko memang betul2 nk kawen.kn?? hehe moga dapt isteri yg solehah...

Mas_blogger said... [Reply]

salam? thx dengan pengkongsian ilmu tersebut.....

airazulaikha said... [Reply]

wahh..terima kasih atas perkongsian..hehe
best2 makan suap2 dgn suami...hehhe

Bijen M. said... [Reply]

SA,
Yang tu tak boleh cerita secara public.
Ke ke ke.

LZ,
Cepat kahwin cepat.
Ha ha ha.
Amin.
Kau pun sama.

AATP,
Ha ha ha.
Bini yang taat dapat pahala.
Awek yang taat tak dapat apa-apa.
Dosa mungkin.
:D

Ara,
Bini rekaan.
Memanglah semua perfect.
Ke ke ke.

TS,
He he he.
Amin.
Kau pun semoga dapat yang soleh.

MB,
Salam.
Welcome.
:)

AZ,
Sama-sama.
Haa.
Cepat-cepatlah berlaki.

ALIAAZUAN said... [Reply]

Salam Tuan Bijen,

Real punya cerita nih. Mungkin dah tak lama lg.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

=)

Cik Akma said... [Reply]

bgsnya dpt suami yg pemaaf dan menasihati eheh ;D

- zuriey - said... [Reply]

teringin pula nak berlaki..hehe..

buDAK keCIK said... [Reply]

skrg ni ade je pompuan yg konon nk sgt2 cantik, mntak ubat pengasih ngn tok bomoh yg x sedar diri. huh! ape kes???

sentiasa mengaji pun, muka bley jadi sejuk je mata memandang. betul x?

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Ha ha ha.
Amin amin amin.
:D

UM,
:D

CA,
Carilah sebegitu.

Zur,
Ha ha ha.
Cepat-cepatlah cari laki.

BK,
He he he.
Betul.
Solat tahajud tiap-tiap malam pun boleh.
Solat Subuh jangan miss.
Banyak je cara.
Antara nak dengan tak nak je.

Myra Arshad (: said... [Reply]

grr. sweetnya dapat suami macam ni. alhamdulillah.

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

erkkk..terasa aku..
hahahahhahaha

Noel Cienfuegos said... [Reply]

peh, lu sebut taklim bikin wa sentimental la. bila la gua bole dekat ngan usaha ni balik. ni dah sejuk tahap beku dah ni. gua miss cai sri petaling! ngan roti nan die skalik!

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Berusahalah mendapatkannya.
Tapi ni cerita rekaan saja.
Kalau dapat yang betul alhamdulillah-lah.

AATP,
Ha ha ha.
;P

NC,
Ha ha ha.
Jomlah keluar sekali bro.
Jom jom jom.
Boleh kenal-kenal.

Bidadari said... [Reply]

terima kasih..dah amalkan ayat ni lebih kurang setahun..n Alhamdulillah nampak hasilnya..hehehe

Bijen M. said... [Reply]

BD,
Alhamdulillah.
Yakin dengan Allah SWT.
:D

limauais said... [Reply]

wahh.aku nk try tapi kena tulis ata ketas la dulu.nk hafal kasi ingat.hehe.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ha ha.
Amal jangan tak amal.

Cik Mala said... [Reply]

Encik/Ustaz punya gaya tulisan memang ganas, agak kasar.. tapi sebenarnya betul apa yang diungkap.

Banyak yang dipelajari dari blog ni, terima kasih banyak. Minta halal ilmu.

Bijen M. said... [Reply]

@Cik Mala
Bukan ustaz. :)
InsyaAllah, semoga ada manfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...