4.10.10

Kenapa polis Malaysia bijak?

Ha ha! Ada gaya macam tajuk 'Kenapa orang Yahudi bijak?' yang famous tu tak? He he. Baru-baru ini ramai orang melahirkan ucapan tahniah kepada pihak PDRM kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan berprofil tinggi, Datuk Sosilawati dalam masa yang singkat. Gua tak nak cerita panjang pasal ni kerana beliau dan kawan-kawan beliau pun dah pergi. Semoga diampunkan dosa dan dicucuri rahmat dari Allah SWT. Oh ya. Orang yang mati terbakar merupakan salah satu tanda kematian yang husnul khotimah atau melayunya kesudahan yang baik. Wallahu'alam. Kita doakan yang baik-baik saja.

Oke! Nak tahu kenapa PDRM dapat menyelesaikan kes ini dengan cepat? Pihak PDRM tak makan fillet ikan macam orang Yahudi tu. Mak bapak polis ni tak berlatih pun jawab soalan Matematik waktu mengandungkan polis-polis ni. Dan polis-polis ni tak adalah mengamalkan apa yang orang Yahudi tu amalkan seperti dalam artikel di atas. Jadi mengapa polis Malaysia bijak? Ikuti kes di bawah.

Kes 1
Gua waktu kecil-kecil dulu seorang kanak-kanak yang nakal. Biasalah budak-budak yer dok? Suatu hari gua telah mengambil tanpa izin (baca: mencuri) duit kakak gua bernilai RM 5. Waktu zaman ekonomi tengah meleset dan gua masih lagi tak baligh, RM 5 itu dikira sebagai satu jumlah yang besar dan berat.

Apabila menyedari kehilangan duit tersebut, kakak gua pun me-report ke mak gua. Macam biasa, sebagai satu-satunya hero (baca: anak lelaki) dalam keluarga dan ditambah pula kenakalan gua waktu itu, gua menjadi suspek utama setiap kali berlaku kejadian rompakan di rumah. Malang sungguh nasib gua.

Di awal perbicaraan, macam biasalah mana ada pesalah nak mengaku bersalah. Mak gua pun menangguhkan pembicaraan. Gua pun dah positif kerana fikir diri gua dah terlepas dari tuduhan tanpa mengetahui mak gua sedang memasang perangkap yang lain. Di akhir perbicaraan tersebut, mak gua kata beliau pun musykil sebab duit beliau juga hilang.

Oleh sebab gua tak curi duit mak gua, jadi gua tak rasa bersalahlah. Tapi gua tahu gua tetap akan dituduh walau macam mana pun. Lalu pada malam tersebut gua mengambil keputusan memberitahu secara rahsia ke kakak gua yang gua curi duit beliau tapi duit mak gua tak curi. Rupa-rupanya ada telinga ketiga yang mendengar perbualan kami. Cilaka! Kira kes selesai dengan gua didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. Pandai betul mak gua trick gua.

Kes 2
Sebagai seorang pemain bola sepak sekolah yang berkaliber, gua giat menjalani latihan bola sepak tak kira di mana saja gua berada. Ini termasuklah di dalam rumah. Macam biasa, gua sangatlah aktif bermain bola sepak di dalam rumah apabila ketiadaan ibu bapa. Bola yang dimainkan di dalam rumah pada waktu itu adalah dari jenis bola kapas sintetik untuk tujuan mengelakkan kecelakaan yang besar.

Tapi kata orang, malang itu tidak berbau. Walaupun bola tersebut isinya diperbuat dari kapas sintetik dan dibalut dengan material lembut, jangan disangka ia tidak mampu memecahkan suasana.

Pang! (Sound effect cermin tingkap pecah macam bunyi lagu tema Stone Cold masuk gelanggang WWF)

Cermin tetap pecah walaupun bola tersebut lembut saja. Ini kerana kaki yang merembat itu sangat berbisa. Sebab itu mungkin gua digelar kaki Scorpion suatu masa dulu. Oh!

Untuk menghapuskan bukti, gua telah mengambil sekeping cermin dari bilik solat di rumah gua. Gua bajet tak ada orang sedar pasal bilik solat ini tak ada orang tidur di dalamnya. Lagipun orang yang bersolat semuanya khusyuk-khusyuk. Takkanlah nak tengok tingkap kot waktu bersolat. Gua dah rasa ini satu tindakan yang bijak yang mampu dilakukan oleh seorang kanak-kanak tak baligh.

Lalu cermin yang pecah tadi gua masukkan dalam tangki pam jamban sebab gua tahu tak ada siapa nak belek tangki air tersebut. Untuk lebih mantap, gua siap tabur Milo dalam tangki berkenaan supaya air tangki tersebut keruh dan cermin tadi tidak kelihatan. Manalah tahu kalau ada makhluk gatal tangan nak pergi check dalam tangki tersebut. Bila fikir-fikir balik gua rasa sangat stupid walaupun tak dinafikan gua memang kreatif.

Gua happy tak lama. Akhirnya bapak gua sedar juga misteri kehilangan cermin tingkap tersebut. Macam biasa, tak lain tak bukan gualah yang akan dijadikan suspek utama bagi setiap kes jenayah yang berlaku di dalam rumah. Dipendekkan cerita gua kantoilah.

Kesimpulannya, benarlah kata pepatah "Sepandai-pandai mat rempit mencilok, akhirnya mati eksiden juga". Ataupun "Semacho-macho orang hisap rokok, akhirnya mati sakit jantung dan mulut busuk juga". Ataupun "Seseronok-seronok lu orang bercinta, akhirnya kahwin dengan orang lain juga". Begitulah ayat lebih kurang.

Maksudnya sebijak mana pun lu orang buat jahat, akhirnya akan ada kesudahan juga. Terpulang kepada Allah SWT nak bagi kesudahan yang baik ke buruk. Jadi dah nampak sebab apa polis Malaysia bijak? Sebenarnya polis Malaysia tak adalah bijak mana pun cuma rakyat Malaysia ni terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut, jujur, simpati, toleransi, baik hati, ikhlas, dendam, iri hati dan berbagai lagi sifat-sifat ketimuran. Maka senanglah polis menyelesaikan kes. Itu saja.

Lu orang perasan tak, penjenayah-penjenayah dan pesalah-pesalah yang ditangkap tak kira oleh polis ke pengawal keselamatan ke jabatan pencegah maksiat ke apa ke, semuanya bukan melakukan kesalahan buat pertama kali. Sebagai contoh orang yang ditangkap mencuri, tentu sekali pernah mencuri beberapa kali sebelum ini. Orang yang kena tangkap khalwat semestinya pernah beberapa kali berkhalwat sebelum ini. Amat sedikit sekali jumlahnya first timer yang buat jahat dah kena tangkap.

Apa maksudnya? Maksudnya dia pernah buat jahat beberapa kali sebelum ini tapi tak kantoi. Apa maksudnya? Maksudnya Allah SWT sudah menutup keaibannya supaya dia sedar diri dan memberi peluang kepadanya bertaubat tapi dia masih lagi buat jahat. Apa maksudnya? Maksudnya dia masih tak sedar diri dengan taufik yang diberi Allah Taala dengan terus melakukan maksiat, mencuri dan lain-lain kerja jahat. Jadi oleh sebab dia masih tak sedar diri dengan cara halus, lalu Allah SWT pun membuka terus keaibannya dengan bagi kantoi satu Malaysia yang dia buat jahat.

Yang mencuri, habis satu rumah tahu. Yang berzina, habis satu famili tahu. Yang main bini orang, habis satu kampung tahu. Yang bunuh orang habis satu negara tahu. Yang main punggung orang habis satu dunia tahu.

Jadi kepada pesalah-pesalah di luar sana termasuk gua juga yang masih belum kantoi buat jahat, sedarlah bahawa rahmat Allah SWT masih kita kecapi. Bertaubatlah sebelum nasi menjadi bubur. Sebenarnya perbuatan kita itu diketahui oleh orang disekeliling kita. Cuma Allah SWT belum izinkan aib kita dibuka. Sebagai contoh, jangan fikir kita meniru dalam exam tu lecturer tak tahu. Lecturer tu dah berjanggut dah jadi student. Lagi banyak trick dia orang dah belajar. Tapi sebab kasih Allah SWT kepada kita, kita masih lagi tidak kantoi. Jadi sebelum terkantoi, berhentilah buat kerja jahat.

Kalau kita kantoi bersedekah, tak apa lagi. Tapi kalau kita kantoi mencuri jawapannya potong tanganlah. Habis kita dicemuh oleh orang sekeliling. Kita tidak akan dipercayai lagi oleh kawan-kawan. Kita akan jadi stress lalu bunuh diri. Bila mati bunuh diri, masuk nerakalah kita. Oh! Kejamnya gua. Ha ha ha! (Gelak jahat)

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

Myra Arshad (: said... [Reply]

haha. dah lama tak tgk wwf. lalala~ :D

bagusla tu kalu dah bertaubat :)

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

McGyver jugak Tuan Bijen ni...Huhu. Alhamdulillah la, besar2 dh dpt hidayat.

Half said... [Reply]

"Mencuri di Malaysia
Hukumannya dipenjara
Mencuri di Arabia
Susah cerita
Terbukti salah
Tentulah kudung tangannya"

Anonymous said... [Reply]

salah tajok ni

Ibnu Mutalib said... [Reply]

hahar, menarik bro entry kali ni. macam nak copy paste kat blog, tapi agak panjang.. heh.

support2

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

salam
tetiba terasa mcm baca cite CSI versi kanak2...hmmm...Alhamdulillah 'kerjaya' itu dh bertukar kpd 'kerjaya' mulia plak kn?

Lee Zha said... [Reply]

salam...

sng sb xmlibatkn org yg 'bkuasa' di m'sia..

mcm kes altantuya..kmfm smp bila2 xslesai..sb org 'bkuasa' tbabit...

lalalalala~

slmt hr raya~ :D

hiro said... [Reply]

hebat juge, tp integriti hampeh.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Lu suka tengok orang pakai spender ke?
Ha ha.

AA,
Salam.
Ha ha ha.
Alhamdulillah.
Semoga dapat istiqamah.

Half,
Mencuri di dunia...
Apa terjadi di akhirat sana?

TN 12:55,
Tajuk apa yang sesuai?

IM,
Ha ha.
Tahu kau tak suka entri panjang-panjang kan.
Ha ha ha.

CS,
Salam.
Nasib baik baru kes sembunyikan cermin.
Kalau kanak-kanak nak sembunyikan mayat, apa dia buat?
Ha ha ha.

Lee Z,
Senang sebab yang terlibat orang Malaysia semua.
Kes Altantuya ada orang Mongol, France.
Kes Teoh Beng Hock ada Pornthip dari Thailand.
Ha ha ha.
:D
Main-main saja.
Selamat hari raya!

Hiro,
Kita kena bagi peluang.
Kalau dia orang tak jadi polis siapa lagi nak jadi polis?
Lu tak rasa nak try?

airazulaikha said... [Reply]

cesss..xleh tahan otak mmg nakal gler..
boleh plak g taruk milo dlm lubang jamban..hahahha
sengal betol..kehkehkeh
nakal gler la budak tulis nota siku nie..

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Ehem2!...
Mak Bijen lagi bijak.
Nk belajar mcm mana mahu menginvestigate anak anak (cis! Anak2?!) yang bermasalah macam Bijen ni. Heh!

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Tang berseronok-berseronok lu orang bercinta,akhirnya kawin dengan orang lain juga yang best tu..kalau macam tu ceq kawin ngan lu jela..hahahhahah

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Taruk milo dalam tangki air jambanlah.
Tak sedar bahawa air itu akan berganti juga selepas dipam.
Rasa sungguh jahil oh!

Ara,
Nanti lepas kahwin duduk rumah mak mentua menuntut ilmu.
Boleh belajar apa yang suami suka, tak suka dan lain-lain lagi rahsia rumah tangga.
Mak kita ni tahu macam-macam pasal kita.
Tak payah nak kelentong dia orang.

Amira,
Ha ha ha.
Tak payah jujur sangat der.
:D

Myra Arshad (: said... [Reply]

tak la. gua suka tengok orang berlakon dlm wwf. ohh. tetiba tingat kat jeff hardy. muahahah


jahil jugak aku dulu!~

limauais said... [Reply]

itu la.org ckp kalo kita buat jahat,nti tuhan bayar 'cash' balik kt kita tak kira lambat ke cepat ke.
tapi sbb kes ni,timbul isu la sket psal org india.ada pak cik teksi citer ad kes smpai bertumbuk2.die nasihat buat masa ni,carik la pmandu teksi cina ke melayu ke.aku iyakan je la.hehe.

l0veyd0veyd00 said... [Reply]

"Seseronok-seronok lu orang bercinta, akhirnya kahwin dengan orang lain juga". Begitulah ayat lebih kurang.

wei..ayat ni kena kat aku ok! wahahahah! cuma aku lom kawin lagi la :P

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ececeh.
Nak kaver konon.

LA,
Ha ha ha.
Timbul juga isu rasis dari kes tersebut.
Adalah pula certain entiti yang provoke pasal ni.
Perasan tak sejak kebelakangan ni je dah banyak isu provoke.
Isu kalimah Allah, judi bola sepak, doa dalam khutbah, duit bantuan judi, Indonesia, blablabla.
Kesimpulannya tak payah cenderung sangat ke kancah ini.

Love,
Ha ha ha.
Selagi belum kahwin tak payahlah fikir nak serah jiwa, raga, harta segala.
Jaga-jaga macam-macam boleh jadi.

Pisyek said... [Reply]

alamak, aku tak boleh la nak meniru time final nanti, sebab aku xde final sem nih..

hahaha....

Bijen M. said... [Reply]

Pisyek,
Pernah rasa kena penyepak tak?
Ha ha ha.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

erk..
tapi. Tapi..
kalau duduk rumah mentua, macam mana mahu berdikari dalam melayari hidup berumah tangga?
Cis. Ayat xboleh blah.
Mungkin, before kawen lagi, belajar suma tuh siap siap kot.
Mungkin.

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
He he.
Untuk fasa pertama perkahwinan, banyak yang perlu dibelajar dari orang tua.
Jadi lebih baik untuk tinggal bersama mentua dulu.
Setiap perbuatan kita nanti akan dinasihati oleh mentua supaya rumah tangga aman bahagia.
Awal-awal berkorbanlah sikit.
Belajar buat kuih kesukaan suami.
Makanan kegemaran suami.
Berbakti kepada keluarga mentua.
InsyaAllah rumah tangga bahagia.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Bijen.
Ini pendapat org la, sekalian dgn pngalaman skeliling..
Stay kt rumah mentua ni, lebih bnyk buruknya berbanding yang baek..
Banyak hati yg nk kene jaga.
Mgkin, untuk 2 bln pertama tu, boleh tahan kot.
Tapi kalau lama2.. ssh la.
Erm. Betul dop?

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
He he.
Bergantung.
Tapi kalau bini yang boleh survive stay dengan family mentua ni, mean dia memang seorang yang baguslah.
Dia boleh mix around dengan orang yang dia tak kenal.
Dia boleh jaga hubungan sesama mereka, dll.
Itulah penilaian yang boleh dibuat.
Mampukah dia menjadi seorang isteri yang baik dan sentiasa bersama kita bila menghadapi berbagai ujian dan dugaan.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Bijen.
Seolah pesimis di situ ya. Maaf. Tapi Xsemestinya. Xsemestinya kalau wife itu boleh survive d rumah mentua means dia baek, n xsemestinya, kalau xsurvive, dia xbaek. Mungkin saja, dia baik, kalau hanya ada dia sorang yg uruskn suami dia. Uruskan rumahtangga dia.
Erm. Baru terperasan. Previous komen Bijen ni.. Seolah2 berat sebelah. Sememangnya, kahwin itu hanya proses untuk mengenali suami ya?
Suami tidak perlu mengenali isterinya? Ehem.

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
Wahh.
Panjang diskusi.
Maksud saya, ini adalah salah satu cara pada saya yang sesuai untuk menilai.
Ia terpulang dan bergantung kepada diri masing-masing cara mana yang nak diambil.
Ha ha ha.
Bukan maksud saya nak lebihkan lelaki.
Tetapi apa yang harus diingat, keredhaan suami adalah keredhaan Allah.
Kemurkaan suami adalah kemurkaan Allah.
Jadi si isterilah yang harus lebih mengenali si suami.
Tak semestinya kebahagiaan rumah tangga itu terjadi apabila saling mengenali.
Tetapi kebahagiaan itu adalah pada keredhaan Ilahi.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Bijen.
Mahu saja sy katakan.
'INI TIDAK ADIL'
Tapi. Bila baca, Redhanya ALLAH itu terletak pada redhanya suami. terus sy. *diam*
Tapi ALLAH itu maha adil kan?
Pelik. Macammana kita boleh bahagia kala insan yg kita bakal tatap setiap hari tidak kita kenali. Maksud sy, suami tidak mengenal isteri.
Tapi tidak mengapalah. Abaikan saja.
Mahu bahagia, bukan satu saja cara.
Yang penting, jalan yg d tuju, jalan yang DIA redha.
Sekian. Haha..

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
Ha ha ha hadeh.
Siapa kata isteri saja kena kenal suami.
Maksud kenal di sini, isteri tahu nak masak makanan kegemaran suami.
Kenal perangai suami macam mana.
Bila suami merajuk macam mana nak pujuk.
Apa suami suka, apa suami tak suka.
Semua tu mak mentua boleh tolong.
Sebab isteri kena masak untuk suami hari-hari.
Suami tak adalah masak untuk isteri hari-hari kan?
Sebab tu isteri kena tahu lebih pasal suami.
Dah faham belum?

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Bijen..
Haaaaa..
Yelah.
Faham dah.
Ni baca ni.
Isteri ust Zaharuddin yang tulis.

http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/10/jangan-berhenti-berkenalan-buat.html

Hehe. Jangan berhenti berkenalan tahu.

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
Ha ha ha.
Nice!
Baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...