11.10.10

Entri separa sedar.

Hari ini, dalam kita menempuhi onak, duri dan ranjau hidup yang penuh liku, ada perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang atau kita lakukannya separa sedar. Normal bagi manusia yang bergelar insan itu terkadang terlupa dan lalai dengan tipu daya dunia dan helah syaitan. Sedangkan perkataan insan itu sendiri pun asalnya bermaksud pelupa. Walaupun kita sebenarnya tahu tentang hukum sesuatu perkara, kita masih lagi melakukannya kerana ditipu syaitan durjana. Maka hari ini gua nak list sikit apa perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang atau tidak sedar. Peringatan ini adalah untuk diri sendiri juga.


Berduaan
Kadang-kadang ada kawan perempuan yang tumpang kereta kita untuk balik kampung, pergi pasar malam, ke bandar ataupun minta tolong hantar ke stesen bas dan sebagainya. Si perempuan pula tak bawa mahram. Dalam tidak sedar, kita sudah berdua-duaan di dalam kereta tersebut. Maka apa beza kita dengan orang yang berkapel naik kereta berdua-dua pergi dating?

Dedah Aurat
Kadang-kadang dalam Fesbuk kita terlepas cakap waktu kita bersembang dengan kawan-kawan. Kadang-kadang kita terborak pasal suara si A ni sedap mengaji. Rambut si B ni cantik menjurai. Badan si C ni ramping menawan dan lain-lain lagi. Kita lupa bahawa wall tempat kita menyembang itu ditonton oleh berbagai-bagai makhluk awam. Maka apa beza kita dengan orang yang membuka aurat, melondehkan baju atau hijab orang lain?

Legging
Kadang-kadang kita terkesan dengan fesyen so-called Islamik busana muslimah sampai kita pakai tudung tiga empat lapis belit-belit sampai sesak nafas dan baju labuh bawah bontot. Tapi yang pelik kakinya pakai legging. Kononnya masih menutup aurat sebab pakai tudung, baju labuh dan tak nampak kulit kaki. Ceh! Maka apa beza kita dengan perempuan yang pakai skirt nampak kaki?

Berhias
Bab busana muslimah lagi. Kadang-kadang kita dress-up ikut fesyen terkini busana muslimah. Konon-konon Islamik habis dan tutup aurat. Padahal baju masih ketat lagi dan berlebih-lebihan pula. Lepas tu catwalk depan laki dalam TV atau dekat shopping mall. Orang laki tengok still cair meleleh der. Maka apa beza kita dengan perempuan yang pakai seksi-lessi dan tak tutup aurat goyang bontot depan laki?

Dating
Kadang-kadang kita jumpa kawan perempuan kita atas urusan kerja, belajar, pinjam barang dan sebagainya. Macam biasa si perempuan pula tak bawa mahram. Jadi jumpalah berdua-duaan, borak ringan-ringan walaupun di tempat awam. Orang-orang lain tengok bukannya tahu kita jumpa sebab apa. Maka apa beza kita dengan orang kapel yang berdating di kafe-kafe dan sebagainya?

Bergurau
Kadang-kadang kita ada kawan baik yang kita dah kenal bertahun-tahun sampai bila bersembang dan bergurau senda pun lebih-lebih sampai nak cubit sana sini, pukul tampar segala. (Selalunya perempuan yang cubit lelaki.) Berlakulah persentuhan kulit segala. Maka apa beza kita dengan pakwe dan makwe yang ber-dating pegang-pegang tangan segala?

Bersembang
Kadang-kadang kita sembang sopan santun tak jatuh dengan makwe sampai makwe pun jatuh hati dengan kita. Yalah! Dengan perempuan kenalah sembang mulia pasal nak jaga hati segala. Dia orang kan sensitif. Tak boleh nak cakap cilaka sikit pun. Maka apa beza kita dengan pakwe dan makwe yang sembang-sembang bercengkerama? (Yang ini masih boleh diperdebatkan)

Hisap Rokok
Kadang-kadang kita melepak dengan kawan kita yang hisap rokok. Walaupun kita tak hisap rokok, tapi ada kawan-kawan kita yang kaya (rileks rokok naik harga) menghisap rokok sampai asap-asap rokok tu tembus hidung kita. Takpun makwe yang pakwe dia tak bagi hisap rokok, tapi  pakwe dia hisap rokok depan dia. Maka apa beza kita orang yang tak hisap rokok dengan orang yang hisap rokok? Ha ha ha!

Banyak lagi sebenarnya benda-benda yang kita tidak sedar. Gua pun tak sedar lagi apa benda lain yang gua tak sedar. Nanti gua dah sedar, gua sedarkan. Kalau tak setuju dengan perkara di atas, terpulang. Ada apa-apa lagi yang lu orang tak sedar diri?

Cuma satu perkara yang harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara. Syaitan itu bijak tapi lemah, nafsu itu kuat tapi bodoh, manusia itu berakal tapi pelupa, dunia itu indah tapi menipu. Oh! Perempuan itu cantik, tapi semua itu dusta. Ha ha ha!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

24 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Semua ni Ceq lalai..
bagai batu menhempap muka..
hahahhahahahhaa

hiro said... [Reply]

shisha? ok x..hii

airazulaikha said... [Reply]

tak faham tang rokok?? belit2 otak nak faham ..grr dem.dem.dem

Lee Zha said... [Reply]

time kasih bro bijen. :)

Bijen M. said... [Reply]

Amira,
Laa.
Terkena ka?
Ha ha ha.

Hiro,
Shisha itu karbon.
Ha ha.

AZ,
Adeh.
Keling gak ayat tu sebenarnya.
Nak perli pakwe yang hisap rokok tapi tak bagi makwe hisap rokok.
Padahal dia hisap depan makwe tu dah kira macam makwe dia hisap rokoklah secara tak langsung.
Perokok pasif.

LZa,
Sama sama.

Norhayati Rostam said... [Reply]

yang last tu baru den tergelak,
'Perempuan itu cantik, tapi semua itu dusta.Ha ha ha!'

GigiWangi said... [Reply]

haha. Ini betul2 tak sedar punya.
bab mintak kawan tolong hantar ke stesyen bas itu paling terasa kot. hehe

GigiWangi said... [Reply]

haha. Ini betul2 tak sedar punya.
bab mintak kawan tolong hantar ke stesyen bas itu paling terasa kot. hehe

Myra Arshad (: said... [Reply]

fuhh. terasa. haha.

tak tau la encik bijan. haaiissshh. bila nk sedaq tah. kasi tarbiyah sikit budak ni. haha.

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Kan kan kan.Perempuan itu dusta kan?
Ha ha ha.

Gigi,
Ha ha ha.
Lepas ni rendam muka dalam air bagi sedar.

MA,
Takpa.
Slow slow.

S.A. said... [Reply]

Bro bijen, canggih la lu nyer entry... terpesona gua baca...

Kalau ikut aper gua tau separa sedar ni adik beradik ngan minda bawah sedar...

- zuriey - said... [Reply]

betul lah.. kadang2 kita rasa benda kita wat betul padahal salah disisi agama

Myra Arshad (: said... [Reply]

wuu. tetiba aku rasa jahil gila diri ni.

adehhh....
segan kot. huhu

Benrauf 2.0 said... [Reply]

betul3

Bijen M. said... [Reply]

S.A.,
Yelah tu kot.
Kita sedar dosa pahala, tapi kita tak sedar kita buat tu dah mendekati dosa.
Jadi sedar tak sedar.
Ha ha ha.

Zur,
He he he.
Itulah.
Tipu daya syaitan tu hebat.

MA,
Kau jahil, ada orang lagi jahil dari kau.
Bersyukurlah.
:)

BR,
He he he.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Termasukla bakal isteri anda itu juga.
wahaha.

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Yelah yelah.
T_T
Kecantikan perempuan tu dihiasi syaitan kan.

Myra Arshad (: said... [Reply]

ada orang lagi jahil dari aku eh ?

takpe, at least aku bersyukur la aku sedar jugak.
ada niat nak berubah. tapi goyang. haissh.
iman iman. kuat la sikit :))

bijan.. bile nk belanja aku sr ? :D
bukan dari awal tahun lagi ke ko ckp ? haha

Pisyek said... [Reply]

legging? kah3... baik x pyh pakai apa-apa.. xD

limauais said... [Reply]

erk,ak terasa cilinye.pedas2.huuu.
"..minta tolong hantar ke.."<-- byk kali gak ni,terpkse.dh xde org len.hehe.kalo boleh,ak nk elakkan jugak,tp darurat.hehe.

Norhayati Rostam said... [Reply]

hah..ayat tu baru betul.
depan belakang semuanya hiasan syaitan semata-mata.
:D

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Kita tak sedar kita keluar pergi makan SR tu samalah dengan pakwe makwe yang keluar berdating. Apa bezanya?
Ha ha ha.
Yes ada alasan.

Pisyek,
Aku lupa nak tulis satu benda.
Perempuan yang pakai baju kurung tapi jarang.
Yang boleh nampak baju dalam tu.
Baik pakai baju dalam je.
Ye dok?

LA,
Carilah kawan teman.
He he he.

Yati,
He he he.
So perempuan tu ternyatalah dusta kan.

Norhayati Rostam said... [Reply]

hahaha
benar3.
wee~

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Yes yes yes!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...