18.10.10

Calon mana nak pilih?

Sebagai seorang ibu bapa yang baik, tanggungjawab kita bukan sekadar bagi makan pakai kepada anak-anak. Bukan sekadar menyekolahkan anak-anak. Ada lagi satu tanggungjawab untuk ditunaikan kepada anak-anak apabila anak sudah besar. Apakah tanggungjawab tersebut?

Tanggungjawab tersebut adalah mencari pasangan yang baik untuk anak kita lalu mengahwinkan mereka. Ya! Mengahwinkan mereka. Banyak manfaat daripada perkahwinan. Antaranya anak-anak akan terhindar daripada maksiat. Pada masa yang sama hilang sudah satu beban tanggung dosa anak. Anak-anak jadi cepat belajar dan bertambah matang. Cepat timang cucu dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai.

Maka atas maksud itu, baru-baru ini gua ikut meneman bapak kawan gua dan keluarganya pergi merisik calon isteri untuk anaknya. Wow sangat! Kool mak bapak ni carikan calon untuk anak mereka. Nak dijadikan cerita, adalah beberapa siri risikan berlaku sepanjang mencari calon yang terbaik untuk anaknya.

Risikan 1
Pergi rumah Pak Cik A. Wang hantaran dan belanja kahwin ditetapkan RM 20 ribu. Alasannya anak beliau ada degree business dari oversea. Lawa pun lawa. Kerja eksekutif dekat Petronas. Gaji masyuk. Ada kereta, rumah dan blabla lagi. Wahh! Lengkap semua. Tapi bila ditanya agama macam mana, jawapannya "Err. Boleh belajar kot." Lalu kami pun beralah untuk buat risikan seterusnya. KIV

Risikan 2
Pergi rumah Pak Cik B. Wang hantaran dan belanja kahwin ikut sukalah nak bagi berapa. Belanja kahwin belah perempuan, keluarga perempuan boleh setelkan. Bila ditanya lebih lanjut perihal anaknya, kata beliau anaknya orang biasa-biasa saja. Tak adalah lawa mana. Kerja pun cikgu tadika. Bila ditanya bagaimana agamanya, jawapan yang diberi tidak mengecewakan. Ustazah di tadika. Lalu gua pun kejip sebelah mata dekat bapak kawan gua tanda lampu hijau. Bapak kawan gua sengih-sengih macam dia pula yang nak kahwin. Ceh!

Kalau lu, lu rasa lu nak pilih yang mana?

****

Inilah beza orang yang fikir dunia dengan orang yang fikir agama. Tak ada apa yang boleh dijamin dengan harta. Tapi bila ada agama, Allah SWT-lah jaminannya. Bergantunglah pada tahap iman seseorang dengan siapa dia nak percaya. Sama ada nak percaya harta boleh bagi kebahagiaan atau percaya Allah SWT tempat bergantungnya. Lu fikirlah sendiri.

Sekarang banyak orang kata baik ambil yang kaya, agama tu boleh didik. Hoi! Kenapa tak nak kata lebih baik ambil orang yang beragama, harta tu boleh dicari? Sekarang cuba bagitau gua iman tu boleh dibeli dengan harta tak? Mana satu yang boleh dicari mana satu yang tak boleh? Faham tak ni?

Oh ya! Bagi lelaki yang nak mencari calon isteri, ketahuilah bahawa adalah hak lelaki untuk meletakkan syarat. Bukannya kena menuruti syarat pihak perempuan. Kalau pihak perempuan tak bersetuju dengan syarat kita, cari sajalah perempuan lain. Ye dok? Hantaran pun tidak perlu sebenarnya. Wahh! Mudahnya perkahwinan. Kenapa nak memberatkan?

“Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai agamanya, akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia. Jika tidak dilakukan, terjadilah fitnah dan kerosakan yang meluas.” (HR Tirmizi)

****

Ada orang tanya gua dekat Formspring kenapa asyik fikir pasal kahwin? Nak tahu sebab apa? Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman dari hatinya. Der! Iman itu kurniaan Allah SWT. Kalau iman itu dicabut akibat perbuatan zina, maka susahlah nak dibina kembali kerana sesungguhnya perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT. Hilang iman, hilang segala.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

26 comments:

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

ikut suka la u nak bagi berapa hnataran kat i..
hahahhahahhahahahhahaha....

Lee Zha said... [Reply]

ishh..ko ni bro..teman org je koje. ko bila lak??? nak aku g ajak kwn bpk ko g risik2 ke?? ahahaha aku no hal~

pak cikkkkkkkkk! sy suka sm pak cik! hahaha

GigiWangi said... [Reply]

Sekarang banyak orang kata baik ambil yang kaya, agama tu boleh didik. Hoi! Kenapa tak nak kata lebih baik ambil orang yang beragama, harta tu boleh dicari?

Aku suka ayat ni wey. haha. memang dah banyak kali orang dok sebut2 mcam ni. bagus2. aku ada bahan nak balas balik. hehe.

tapi kan wey, trend sekarang kot, nak letak hantaran tinggi2, letak hantaran cikai2, orang mana nak pandang . hehe.

sebab kawan aku sendiri pernah ckp, dia nak RM10 ribu paling kurang. pehhhhhh !

airazulaikha said... [Reply]

pilih cikgu..
pilih cikgu..hahha
wahh, tbe2 bangga..hahha

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Ha ha ha.
Tak payah mintalah.

LZ,
Ajak bapak gua risik-risiklah.

GW,
Siapa suruh ikut trend?
Orang suruh ikut Islam.
Orang tak pandang tak apa janji Allah SWT pandang.
Bukannya orang yang nak bagi rahmat, keberkatan.
Allah SWT yang bagi.
Sebab orang nak mahal-mahallah payah nak kahwin lalu dia pun bercinta.
Lepas tu buang anak.

AZ,
Ha ha ha.
Tahniahlah cikgu.

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

salam
kpd wanita@calon menantu / isteri sekalian...spatutnya bkn hntaran yg jd isu, tp kebolehlenturan anda utk dibentuk menjadi isteri solehah yg patut diutamakan...hmmm p sgtlah duit hntaran tu, sekelip mata boleh habis..simpan sj utk mulakan hidup baru@spend fi sabilillah...honeymoon? kuar masturat ngan suami tercinta...besssstttt! xcaya cubalah!

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Salam.
Yes yes!
Thanks cikgu.
Tak sabar nak keluar masturat ni.
Ha ha ha.

Umma-ali said... [Reply]

Salam,
saya offer anak saya...satu dah lepas! 2 lagi masih kecil, sorry...
haq anak baik lelaki atau pompuan ialah dicarikan jodoh oleh ibubpnya...
tp kan ada makcik tu kata, tak berani aku carikan, sok2 dia tak suka, dia salahkan aku...huhu...
bab agama mmg pyh...ada kwn dpt mnantu seorg lepasan univ, tp malangnya 3 qul pun tak lepas2 lagi...

Bijen M. said... [Reply]

UA,
Salam.
Ha ha ha.
Offer main-main pula.
He he he.
Itu tanggungjawab kita kena bagi dia orang faham.
Bagi ibu bapa, kalau anak ada calon yang lebih baik terimalah sebagai menantu.
Kalau calon pilihan kita lebih baik, berikanlah pada dia.
Masing-masing harus berlapang dada.
Dan seorang anak yang faham, dia akan redha dengan apa yang akan berlaku.
Tak akan disalahkan ibu bapanya.
Semuanya ketentuan Allah SWT.
Apalah sangat hidup dengan isteri di dunia hanya selama 20-30 tahun berbanding di syurga kelak yang kekal abadi.
Yer dok?

aliaazuan said... [Reply]

Salam tuan Bijen,

Semetumujumu!

hiro said... [Reply]

JUjur Ikhlas Percaya..ada sifat ini.

- zuriey - said... [Reply]

pilih no 2 gak..tapi kalau rasa nak no 1 kenalah dibimbing.. tapi selalu orang camtu ego tinggi sikit

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
He he he.

Hiro,
Aman bahagia.

Zuriey,
Ha ha ha.
Terpulang.
Lebih kuranglah.

Myra Arshad (: said... [Reply]

kalu aku bapak si lelaki pun aku pilih cegu :)
ko lak nk cegu jugak ke ? hehe

Umma-ali said... [Reply]

Salam,
Betul, mana ada ofer main2...
tp nk tunggu ke 5,6 thn lg?
Bru nk mula klas 'alimah...
tp dah hafizah...
hehe beriye je mcik ni!!!
Ada yg available...bkn ank saya,tp kne tw umur awk brp dulu...
kalau berminat, email saya...

Lee Zha said... [Reply]

ok. set kn ms dan calon yg ko bkenan bro. t aku ajak bpk ko g merisik aweks tu. :D


hahahahha

limauais said... [Reply]

kalo aku la,ak pilih ustazah tadika tuh.hehe.
duit hantaran tu semata-mata nk ikot adat Melayu je.kalo xde pon,bukannya tak sah kawin kan.
nti ak kawen,kalo boleh nk simple2 je.duit hantaran xde xpe.haha.yg penting bahagia idak?

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ha ha ha.
Kalau lelaki semua akan pilih perempuan ustazah tu.
Tapi bagi perempuan, sanggupkah anda kahwin tak dapat hantaran?
Haaa.
Itu yang kita tak tahu.

UA,
Salam.
Aaa.
*Speecheless*
(^^,)

LZ,
Kau duduk borneo oke ke nak turun sini?
Ha ha ha.

LA,
Yes yes.
Ha ha ha.
Make sure hati sama dengan yang mulut cakap.
Takut karang tak sanggup pula.
Ha ha ha.

Norhayati Rostam said... [Reply]

eleh2, speechless lak.
Email kan je.
Takde masalah pun kalo ikut prosedur baitulmuslim.
Ada masa fikir dulu.

Kalo tak nak yang UA offer,
den pun leh tolong.
lalala~

Tapi, kalo nak cepat,
try2 la dulu yang UA offer tuh.
Mana tau ada yang berkenan.
hee~
:D

Bijen M. said... [Reply]

NR,
Speechless-lah.
Tergamam kot.
Ha ha ha.
Wahh!
Ada juga offer lain.
Siapa siapa?
Ha ha ha.
(^^,)

Norhayati Rostam said... [Reply]

haha
yang penting bukan dak UTP.
lalala~

Bijen M. said... [Reply]

NR,
Ha ha ha.
Budak UTP ke tak UTP ke itu tak penting pun.
:P

pisey said... [Reply]

kerna tiga perkara. agama, keturunan dan harta (:

moga aku jadi calon yg baik!
haha.

Bijen M. said... [Reply]

Pisey,
Kerana 4 perkara.
Agama, harta, keturunan dan rupa.
Pilihlah yang beragama.

Amin.
:)

PANJI HITAM said... [Reply]

=)........d suatu subuh y sunyi....hihi...memacam

Bijen M. said... [Reply]

PH,
Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi.
Berkumandang suara azan.
Mendayu memecah sepi.
Selang seli sahutan ayam.
He he he.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...