21.10.10

1Malaysia tu menatang apa sir?

Sedang kelas Pengajian Malaysia berlangsung membincangkan mengenai konsep ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu, tiba-tiba Sharifah Aini mengangkat tangannya yang tak berapa panjang itu melakukan gaya seperti mahu bertanya soalan.

"Sir! Saya tak fahamlah dengan konsep 1Malaysia. Di mana kesamarataannya? Macam mana nak diwujudkan perpaduan itu?" tanya beliau kepada pensyarah siswazah UIA itu dalam bahasa Inggeris.

Gua yang khusyuk mendengar syarahan Dr. Raja Ahmad Petra itu sejak tadi tiba-tiba tersentap. Wow! Gua jadi ternanti-nanti jawapan jujur dari pensyarah itu yang gua dah memang tahu beliau AJK Pemuda Pusat Parti XYZ. Nak tengok juga apa jawapan dari pihak yang membangkang ni.

Jawapannya yang diberi nyata mengecewakan. Langsung tidak menjawab soalan malah di-spin-kan pula sampai otak orang yang mendengar terbelit. Gua mula berprasangka. (Ini sifat mazmumah - Jangan tiru) Takkanlah seorang penganalisa politik seperti beliau masih tidak faham apa yang cuba dibawa dalam konsep 1Malaysia. Tapi tak mengapalah. Cuba berhusnuzon. Mungkin beliau belum terdedah. Gua senyum nipis saja dari tepi.

Dengan kapasiti sebagai mantan Presiden Sekretariat Rukun Negara, gua cuba nak menerangkan dalam kelas apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1Malaysia. Gua cari-cari ruang yang sesuai untuk berbicara namun tak ada. Tak mengapalah, Allah SWT tak izin mungkin. Kita kan tak boleh derhaka kepada guru. Eh eh! Jangan kata gua pro-Najib pula. Dah Allah SWT bagi gua kefahaman pasal 1Malaysia ni, jadi tanggungjawab gualah kena sampaikan. Nanti akan disoal pula kenapa tak bagitahu. Takkan gua nak simpan seorang saja. Tak kisahlah gua sokong ke tak, benda betul kena bagitahu juga kan? Itulah jujur namanya.

Sebagai contoh gua tak suka dekat Ali. Tapi Ali ni ada kebolehan yang gua tahu mampu menguntungkan syarikat. Apa patut gua buat? Sembunyikan kebolehan Ali kerana kepentingan peribadi atau bagitahu pihak atasan supaya syarikat mendapat manfaat dari kebolehan Ali. Haa. Dah nampak belum?

Pasal konsep 1Malaysia, ianya bukanlah menjurus kepada kesamarataan. Ianya mengenai kenal-mengenal, faham-memahami, toleransi dan seterusnya mewujudkan perpaduan di atas konsep 1Malaysia. Tak nampak lagi? Oke begini. Gua ada kawan nama Ah Chong dan Muthu. Gua kenal mereka, mereka kenal gua. Gua faham adat mereka, mereka pun faham adat gua. Bila dah faham, mudahlah untuk bertoleransi dan hormat-menghormati. Gua hormat budaya mereka, mereka hormat budaya gua. Lalu wujud keharmonian dan tercapailah perpaduan. Itulah 1Malaysia. Tidak semestinya perlukan kesamarataan baru boleh wujud perpaduan kan? Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Manfaatkanlah ia bersama.

Faham dah?

****

Apa cerita dengan 1Umat dalam blog Nota Siku ni? Ceritanya adalah kita sebagai umat Islam di akhir zaman ini haruslah bersatu-padu. Kita ada satu Allah. Kita punya satu kiblat. Nabi kita hanya satu iaitu Muhammad SAW. Jadi sebagai umat Nabi SAW di akhir zaman ini, mengapa kita mahu berbalah sesama kita?

Ya! Kita ada macam-macam bangsa. Kita ada berbagai pandangan. Kita ada macam-macam mazhab. Ada berbagai fikrah. Bermacam-macam lagi. Ibaratnya sepohon pokok. Asasnya satu akar dan batang lalu wujud dahan dan ranting yang bercabang-cabang. Semuanya saling bergantung antara satu sama lain.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadi kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Al-Hujurat:13)

Maka selagi mana akidah didahulukan dan syariat dimartabatkan, tak kisahlah lu dari puak apa, ambil mazhab apa, ahli sunnah ke, syiah ke, Wahabbi ke, parti mana ke, geng usrah ke, orang tabligh ke sepatutnya kita berlapang dada menghormati cara orang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kita di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya.

Jadi tinggalkanlah caci maki, tuduh menuduh, perbalahan dan seumpamanya. Masing-masing buka minda dan terima kepelbagaian yang ada. Bersatu atas maksud agama. Berbaik-baik sesama kita Terima orang lain seadanya. Bantu mereka yang dalam memerlukan dan bukannya tinggalkan mereka terkapai-kapai. Kita nak masuk syurga sama-sama kan? Bukan kita seorang kan? Jangan sampai kita asyik mengata orang itu dan orang ini tak betul, akhirnya kita yang tak dapat masuk syurga sebab dosa kita mengata sana sini. WA.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

16 comments:

airazulaikha said... [Reply]

ya.saya faham cikgu bijan..

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Ada buah pulasan nak letak dalam bakul ni!

1 Malaysia = utk org Malaysia
I Ummat = untuk ummat Muhammad (seluruh dunia & alam buana)

Jd, betui la taklimat panjang spt yg telah dismpaikan oleh Tuan Guru Bijen kita td. Jgnlah kita penting diri sendiri, bwk le fikir agama ke seluruh alam.

Sekian.

Myra Arshad (: said... [Reply]

pergghh. esei mcm ni kompem dpt a++ dalam bm !

tabik spring laa~ :))

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

haaa..
ceq suka dgn penerangan hang bijan oiiii..
la ni kan macma-macam hal btul la..
semua berkaitan politik la..
caci maki sana sini..tuduh menuduh..
cuba la duduk berbaik demi kepentingan rakyat..
apala..

limauais said... [Reply]

apa yg baik kita amek,yg buruk tu tinggal2kanlah.
1Malaysia ke,1 ape ke,yg penting,semua kena bersatu padu.tak gitu encik bijen?hehe.

oh ya,ad soklan cepumas.kalo anda ditakdirkan jadi PM suatu hari nti,ape perkara pertama akan anda lakukan?

Ibnu Mutalib said... [Reply]

entry berisi .. unsur2 politik di-detect,heh

Pisyek said... [Reply]

wah, esei BM yg mantap hasil dari lecture oleh lecturer tu ke? hahaha...

patut la sng nak paham... xD

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Ha ha ha.
Bagus!
Oke murid-murid.
Semua boleh rehat.
:D

AA,
Salam.
Terima kasihlah tinggalkan buah pulasan.
He he he.
Adeh.
Dah sampai Tuan Gurulah pula.
>_<

MA,
Ha ha ha.
Banyaklah kau.

AATP,
Ha ha ha.
Semuanya ada kepentingan sendiri.
Kalau diketepikan kepentingan tu dan buat kerja ikhlas, semua akan oke.
Oh oh.

LA,
Betul sangatlah tu.
He he.
Ada orang pernah tanya dekat FS dan aku jawab perkara pertama adalah angkat sumpah depan agung.
Ha ha ha.
Tak ada perkara pertama akan aku buat bila jadi PM.
Tapi perkara pertama aku akan buat adalah since dari bawah lagi.

IM,
He he he.
Sikit-sikitlah.

Pisyek,
Belajar dalam BI lah.
Esei BM mantap sebab aku baca UTUSAN!
Ha ha ha ha.
Cons tak?

Lee Zha said... [Reply]

ehem3.
ms 1mesia ni wjd, aku da kira fhm apa yg cb d smpkn tp lam hati aku kt...'eh? baru nak buat ke?'..

pdhal org swak da lm da ada konsep cenggitu. so..ktorg rilek2 je tgk.

tp ksian pd yg xfhm konsep 1mesia ni.

cth yg plg sng. aku ingt lg ms aku duk stdy dlu. aku gtau member2 (yg semuanya melayu), aku smbut gawai, kismes,taun baru cina..deepabali je x. sb ktorg xde geng india. india sgt ciput ye d srwk.

pmkiran dorg lak da fikir aku ni murtad! ahh..slh itu..aku trangkan satu persatu.

smbtn dia mcm open house raya jgk..tp mmg x dnafikn, dorg ni ada la hidang babi kering mcm sotong tumbok tu la kn.

tp dorg tau..fhm..yg mlayu, tak ley mkn bnd2 haram cm tu. so apa yg famly kwn2 aku buat?? awl2 dh bnd2 tu dorg smpn kt dapur. rendang..ketupat..kari..suma dorg upah jiran dorang org melayu dr smjung msk suma tu.

so suma ley mkn sm2 la kn?? tanpa was2.

1mesia ni lbh kpd penerimaan kita, bkn sm rt. tp cr kita terima org..hormat bdy dan agama org lain..

smp skg..ktorg 10 org msh lepak sm..mlayu ada..cina..iban..kenyah..jz india je xde. da tlbh 1 mesia.

psal kawen cmpur pulak. bnd yg dh biasa bg kami kt sini, org mlyu kawen org bangsa/agama lain. tp apa yg tjd kt cni, ONCE org non-muslim, kawen an org melayu..dorg mmg kena convert to islam dlu, br dpt kawen.

tp atas rela hati la kn. xda paksa2. alhamdulillah..lom ada lagi kes melayu murtad yg aku dgr smta2 nk kawen bangsa lain.

so..org kt sjung semua..bkn je melayu..tapi SEMUA kna terap konsep ni..kalau sstgh ke terap..xkn mjd nya...

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Haa tudia.
Orang berpengalaman dah komen.
Ha ha ha.
Maybe sebab dekat semenanjung orang Melayu masih lagi dalam kelompok majoriti.
Jadi mereka macam lupa akan kepentingan perpaduan kot.

Lee Zha said... [Reply]

ha ha..
tp siyes la..bkn Melayu je kna bukak minda bro..tp SEMUA..dh nm nya 1MESIA..bkn 1MELAYU. ryte?

so msg2 kna hormat la kprcyaan dan budaya org lain..

bkn bmksd kita hormat tu kita dh MURTAD, xda mknanya pmikiran bodoh cenggitu.

tp siyes la..rugi lau puak2 ni..xbest..1 prsn yg aku xley nk elak, stp kali lau jln kt kuil ke o tokong kt s'jung, aku rs xslmt.

pdhal kt cni rilek je..mgkn sb aku blom yakin suma org kt sn ley trima agama msg2..

sng cite la..ko nk org trima ko, tp ko xtrima org. cm ne??

pk la sendiwiii~ hahaha

Bijen M. said... [Reply]

LZ,
Ha ha ha.
Semua kena sensitiflah ye.
Wajib wajib.

PANJI HITAM said... [Reply]

'Ibaratnya sepohon pokok. Asasnya satu akar dan batang lalu wujud dahan dan ranting yang bercabang-cabang. Semuanya saling bergantung antara satu sama lain'

Assalamualaikum.......
Bagus entrynya tuan....ayat di atas amat berkaitan dengan entry di blog ana......'Pohon Kehidupan'...Tahniah,teruskan berdakwah=)

Bijen M. said... [Reply]

PH,
Wa'alaikumsalam WBT.
Terima kasih.
Anda juga.
:)

Noel Cienfuegos said... [Reply]

pendapat wa, selagi mana ada kuota bumi & non-bumi, selagi tu maksud 1malaysia tak akan tercapai. paling adil bila kita dinilai ikut merit, bukan warna kulit. :)

Bijen M. said... [Reply]

NC,
Semua ada pro and kons.
Fikir kesan jangka panjang.
Terpulang.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...