16.9.10

Tak boleh percaya gadis bertudung labuh?

Macam biasa, rutin malam gua diisi dengan menemani anak-anak gua belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Sebagai suami dan bapa yang prihatin, penyayang, bertanggungjawab dan juga penerima anugerah 'Bapa 5 Bintang' bagi 4 tahun berturut-turut, gua meluangkan sepertiga masa 24 jam gua untuk bersama isteri dan anak-anak. Bagi mualaf, Nabi SAW membahagikan masanya kepada 3 bahagian dalam sehari. Sebahagian masa untuk Allah SWT, sebahagian masa untuk keluarga dan sebahagian masa untuk umat dan kaum muslimim.

Sambil gua mengajar sifir darab 13 kepada salah seorang anak gua yang berusia 3 tahun setengah, tiba-tiba bini gua yang cun-melecun itu datang ke gua sambil membawa secawan kopi 'O' bergulakan madu lebah Tualang yang baru gua beli di Cameron Highland tempoh hari. Oh! Cun-melecun tu maksud gua akhlak dan budi-pekertinya. Bagi gualah.

Setelah memberikan cawan tersebut ke gua, beliau pun melabuhkan kepalanya yang berat itu ke paha gua. Gua macam biasa mengusap-usap ubun kepalanya sambil menghirup kopi tadi. "Pergh! Betul-betul kaw!" jerit gua sehingga anak gua yang sedang menghafal sifir darab 13 tadi terkejut beruk.

Lalu bini gua pun bersuara.

"Abang. Ayang susahlah nak percaya dekat minah-minah tudung labuh ni."

Gua tanya, "Kenapa?"

"Yalah. Kadang-kadang orang pakai tudung labuh ni nampak saja baik. Tapi hati jahat. Ada sesetengah tu yang suka mengumpat. Ada yang pakai tudung labuh, tapi perangai tak baik manapun. Blablabla dan blabla..." jelas bini gua.

"Oh begitu." sambil meneguk kopi yang semakin menyuam-nyuam kuku itu.

"Sayang. Cuba tengok kopi ni. Hitam. Apa rasanya?" uji gua.

"Manis macam abang. He he." balas beliau sambil tersengih-sengih.

"Ciss. Oke. Sekarang cuba tengok kopi Pak Belalang. Sama hitam. Tapi apa rasa?" uji gua buat kali kedua.

"Pahit. Hmm..." beliau termenung jauh.

Macam itulah juga dengan orang yang bertudung labuh. Hikmah bertudung labuh antaranya dapat menutup cantik seseorang, supaya siapa yang melihatnya tak tergoda. Tidaklah dia menjadi penyebab berlakunya dosa. Bertudung labuh juga dapat menutup aib seseorang, supaya seseorang itu tidaklah terlalu malu atau hilang keyakinan. Bukanlah nak dikatakan hipokrit, tetapi sekadar mengelakkan fitnah yang merbahaya. Islam juga amat menekankan mengenai soal penjagaan aib. Bagi mualaf, konsep fitnah bukanlah sekadar tuduhan tidak berasas yang sering kita fahami. Fitnah sebenarnya bermaksud ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Fitnah itu luas skopnya.

Kopi yang sama hitam itu kita tidak tahu pahit manisnya sehinggalah kita rasa. Dengan kata lain, sehinggalah terbongkar rahsianya. Sama ada melalui penceritaan, perhubungan, pergaulan sehari-hari dan sebagainya. Kita lihat orang memakai tudung labuh, tapi tak semestinya mereka itu semuanya baik-baik belaka. Kita lihat orang berjubah, beserban, tapi tak semestinya mereka itu alim-alim belaka. Ada juga yang masih busuk hati. Ada sesetengah yang mahu riak-riak saja. Begitu juga kopi. Kita lihat kopi-kopi hitam, tapi tak semestinya semua kopi itu manis-manis belaka.

Soal pahit atau manis, itu soal hati. Penyakit hati. Orang itu suka mengumpat walau bertudung labuh, itu mungkin hatinya berpenyakit. Siapapun tak boleh lari dari penyakit hati. Kadang-kadang kita sendiri pun sakit hati. Kita cemburu, kita benci, kita suka, kita cinta walaupun kadang-kadang benda itu tak betul. Seorang ustaz pun mungkin ada perasaan ego dan cemburu dengan orang lain. Itu soal hati. Siapa yang tahu? Orang hanya akan tahu bila tertonjolnya sifat itu melalui perwatakannya.

Tapi sekurang-kurangnya bila minah tersebut dah bertudung labuh, insyaAllah minah tersebut sudah terjaga dari sisi luarannya. Mungkin dia sudah terselamat dari mengunjungi kelab-kelab malam atau tempat-tempat maksiat. Mungkin dia sudah terselamat dari berjalan berpegangan tangan dengan teman lelaki. Mungkin dia sudah terselamat dari tangkap gambar lompat-lompat. Mungkin dia sudah terselamat dari berkelakuan tidak senonoh. Mungkin juga dia terselamat dari menjadi buruan lelaki-lelaki gila seks yang sedang mencari mangsa. Oh! Siapa tahu?

Jadi kesimpulannya, janganlah menilai seseorang dengan pukul sama rata. Jangan streotaipkan orang yang bertudung labuh, berjubah, berserban itu semuanya baik, pandai agama. Jangan streotaipkan orang yang bertakbiratul ihram di dada itu semuanya Wahabbi. Jangan streotaipkan Tabligh itu semuanya ketiak busuk, pengotor, tinggal anak bini tak bagi makan. Jangan streotaipkan orang yang naik motor itu semuanya Mat Rempit. Jangan streotaipkan orang yang tak kerja tu tak boleh kahwin. Jangan streotaipkan kopi yang hitam itu semuanya manis.

Walau apapun, mereka yang bertudung labuh itu sekurang-kurangnya sudah berusaha menutup aurat mereka. Mereka sudah tentu terselamat dari golongan mereka yang disambar api neraka kerana dosa akibat tidak menutup aurat. Mereka yang beserban, berbaju labuh itu sekurang-kurangnya sudah ada keinginan mahu menghidupkan sunnah Nabi SAW. Pahala 100 orang syuhada sudah dijanjikan kepada mereka yang menghidupkan sunnah di zaman fahsya dan mungkar ini. Sekarang siapa yang rugi? Orang pakai tudung labuh atau orang yang pakai tudung tapi telanjang?

"Kalau ayang kata begitu, jadi ayang nak kata semua orang yang tak pakai tudung tu jahatlah?" soal gua.

"Hmm. Taklah." jawab beliau.

"Maka, bila ayang nak pakai tudung labuh ni?" tanya gua menamatkan ulasan.

"Heks. Nanti ayang pakai purdah siap tau." balas beliau senyum-senyum.

Oh ya. Bagi mualaf, gua pernah baca di akhirat kelak semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT. Tetapi Allah SWT akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya (memakai burqa, niqab, purdah, dsb.) di dunia ini dengan istiqamah. Part sahih ke tak tu wallahu'alam. Tapi kalau betul, di akhirat kelak lu akan melompat kegembiraan. Kalau tak betul pun, lu tak rugi apa-apa. Tapi kalau betul dan lu tak amal pula, lu akan menyesal sambil menangis tak berlagu. Jadi lu fikirlah sendiri.

"Err. Awat abang sakit perut ni?"

"Opps. Lupa nak bagitahu. Tadi masa bancuh kopi tertumpah julap dalam kopi abang."

"Cisskek! Kopi yang hitam. Tiada siapa yang tahu apa disebaliknya."

Lalu gua sprint ke jamban.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

35 comments:

fye said... [Reply]

rasanya pkai niqab paling selamat,jalan pg mana-mana pon tenteram, aman hidup.

tdung labuh or tak terpulang pada setiap orang lah.tp for me,bila pkai tdung labuh,bnyk benda 'tak baik' diri sendiri segan nak buat.ikotlah.

Hope Allah give His forgiveness to me, for ALL my sins.=(.Rase bnyk mana mintak ampun pon, taktaula terampun ke tdak T________T

May Allah bless you. ;)

UglyPooh said... [Reply]

hati itu yg penting.

namun tudung labuh itu usaha...

Bijen M. said... [Reply]

Fye,
Amin.
May Allah SWT bless you and others much more.
Bila nak pakai niqab?
Ha ha.

UP,
Betul.
Mana-mana pun baik.
Janji betul-betul menutup aurat.
Tak ada pakai tudung tapi telanjang.
Yang penting jangan streotaip.

Myra Arshad (: said... [Reply]

hehe. tak semestinya tak pakai tudung tu jahat kan :))

*nk cmnt jugak. HAHA

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ceh.
Yerlah.
Mungkin tak jahat hati.
Tapi tak pakai tudung tu dah tak ikut perintah Allah SWT.
So?

Orang kafir pun walaupun ada yang sangat baik, tolong orang, suka bersedekah, dll. kebaikan, tetap tak akan masuk syurga.

fye said... [Reply]

usha2 kat mana jual niqab.ke kene buat sendiri eh?

Bijen M. said... [Reply]

Fye,
Sri Petaling ada.
Anda punya supplier baju Muslimah tu tak ada?
Apa kata cari supplier lepas tu jual sekali dalam atikahfasihahcollection anda tu.
Nanti banyak budak UTP pakai niqab.
Woah!
Makin banyak pilihan saya cari jodoh.

Kalau serius saya boleh tolong cari supplier.

Pisyek said... [Reply]

wah~ aku suke amik gmbar lompat2... hahaha...

Bijen M. said... [Reply]

Pisyek,
Nampaknya kau dah kena pakai jubah.

fye said... [Reply]

oh mmg payah carik suplier niqab la.
tp boleh tak aku nak buat inovasi niqab rekaan sendiri.eheh.klo best dan berjaya,leh jual jenama sendiri.hehehe.

kat sri ptaling jual jenis macamana?mcm burqa ke ape.

Bijen M. said... [Reply]

Fye,
Ada banyak jenis tak salah saya.
Ada jenis getah, ada jenis butang, ada jenis ikat.
Ada half sampai atas hidung, ada full face yang buka mata saja.
Ada jenis material pula.
Macam-macam ada.
Hak hak.
Try usha kedai-kedai online pun ada banyak jual.

Noor Asyila said... [Reply]

niqab bole buat sendiri lah, beli kain je yg sama dgn tudung tu, lebihan buat tudung labuh tu, buat niqab. hehe

pastu buat lah yg getah ke, pin guna jarum peniti ke,

Bijen M. said... [Reply]

NA,
Haa tu dia.
Orang berpengalaman luas dah berkata.
Ha ha.
Tapi kalau guna kain yang sama dengan tudung hasilnya mungkin kureng-lah.
Materialnya mungkin tak sesuai untuk menselesakan sistem pernafasan.

Fye,
Tiba-tiba saya terbayang-bayangkan mata anda bila anda pakai niqab.
Ahahak.
Kenalah pakai spek mata hitam atau burqa terus kalau begitu.
Ha ha ha.
Maaf zahir batin.
:D

fye said... [Reply]

cis cis cis,kene tutup semua lah hai camtu.
Yang lelaki ni pon, klau dah pompuan pakai niqab tu tak yah le gigih berusehe segala nk tgok pulak mate pompuan tu buntang ke juleng air ke sepet ke bute sebelah ke haiya,susah ini mcam.

Bijen M. said... [Reply]

Fye,
Ha ha ha.
Dah kalau pakai niqab tinggal mata saja boleh tengok.
Fokus ke matalah.

limauais said... [Reply]

bro,kalo kt kelantan,yg salu pakai tudung labuh ni dak2 skolah agama dan ustazah2 mereka.ayu sih.sopan je ak tgok.mmg seswai ah jadi calon istri.huhu.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Eleh.
Bukan anda pun pakai tudung labuh jugak ke?
Ha ha ha.

Norhayati said... [Reply]

hmm..orang kata kalau pakai niqob ni, rasa cam selamat la, tenteram la, wat salah pun ok je. tapi den lak rasa lain.Lagi malu and segan even orang tak nampak muka den yang tengah merah ni.wahaha~
Den tak suko orang tengok2 ni. Macam tak pernah nampak orang berniqob.Tu belum tutup sebelah mata.hee~

p/s:risau bila budak kecik yang berdekatan nampak den.dalam otak dok pikir, 'ni mesti dak ni ingat aku hantu'.wah!

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Wahaha.
Tak ada siapa salah tak ada siapa betul.
As long dah menutup aurat, alhamdulillah.
The rest bergantung kepada tahap iman.
Kalau dia rasa redha Allah SWT lebih penting dari redha manusia, dia buat mana yang dia rasa patut.
Yer dak?
:)

Norhayati Rostam said... [Reply]

erm..maaf.tu maksudnya manusia tak redha ke?

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Eh.
Perkataan redha tu untuk memudahkan ayat saja.
Ha ha.
Macam ni saya bagi contoh.
Saya pakai serban dan jubah masuk KLCC.
Sebab perkara ini pelik di mata orang, maka orang akan mula memandang pelik.
Dalam hati saya pun cakap, "Mampuslah orang nak kata apa pun. Aku buat kerana Allah SWT."

Norhayati Rostam said... [Reply]

haha.
ok.
maaf yer.
saya kalau bab ayat ni, susah sikit nak faham.
separa bumi la katakan.
haha.

erm,yupp!
:D

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Ha ha ha.
Separa bumi rupanya.
Patutlah kata merah-merah.
Heh.
Humaira.

Norhayati Rostam said... [Reply]

uik,
takla.
yang jenis humaira semua membe2.
influence la tu kot.
haha.
Oho! patut la cepat je reply.
Terlupa hari ni hari Sabtu.
ish3.

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Ha ha.
Hari Sabtu ada open house.
Moh moh.

Norhayati Rostam said... [Reply]

Exam2.
wahaha~
Alamak, baru ingat.
Esok ada open house kat rumah membe.
Sekaligus reunion ngan kawan2 kerja.
Takde rezeki la jawabnya.

Eh, kuar topik sudaa

matadore said... [Reply]

Aku tersenyum sendiri baca entri ini.
Hoh.

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Ha ha ha.
Berangan dah tu.

hamba Allah said... [Reply]

salam, abng slalu mnggunkn ayat sebagai "mualaf". apa yang abng mksdkn sbnrnnye dngn ayt ini

Bijen M. said... [Reply]

HA,
Salam.
Mualaf adalah gelaran bagi mereka yang baru memeluk Islam di mana pengetahuan mereka tentang Islam masih cetek dan iman mereka masih lemah. (Kebanyakannya)
Tapi dalam Nota Siku, mualaf selalunya di-refer kepada kita yang kadang-kadang masih 'mualaf' dalam bab agama.
Termasuk juga diri saya.
:)

نورتوفيقا said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
نورتوفيقا said... [Reply]

=)
I can't stop smiling reading through this post.

Anyhow, girls wearing long hijab do deserve if not much, then a little appreciation.. It takes lots of courage to actually do so.. Lagi2 yang baru belajar nak pakai labuh2. Kena simpan/ bagi orang tudung kesayangan yang dah lama pakai.. Kena beli tudung baru.. Huu.. Jihad diri sendiri nak buat benda tu dgn betul2 ikhlas & jihad to face what people may say..

For the coffee, tell ur "wife" to add a little salt=)

Bijen M. said... [Reply]

نت,
;)
Senyum.
Tak perlu kata apa-apa.
Ha ha.
I'll tell her.

takdir said... [Reply]

saya keliru dgn status blog ni...bukan penulis blog ni dah kwin ker? sbb dlm blog ni saya ada bc yg penulis blog dah khawin, n yg terbaru plak kata single... ish..ish..keliru nih.. =)

Bijen M. said... [Reply]

Takdir,
Ahaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...