2.9.10

Gua dapat hidayat?

(Amaran: Nota yang akan lu baca di bawah bukanlah nak membincangkan kerja Allah SWT dalam memberi hidayat. Gua hanyalah berkongsi pengalaman tentang apa yang gua rasa. Jauh sekali nak mengatakan ianya satu bentuk hidayat. Sesungguhnya hidayat adalah milik Allah SWT dan hanya Dia yang tahu apa yang dirancangkanNya. Wallahu'alam.)

(Pesanan: Sila baca sampai habis jika lu betul-betul mencarinya. Mungkin dapat membantu insyaAllah.)

Ketika gua sedang berjalan lenggang-kangkung pulang dari surau V3, gua sempat berborak panjang dengan kawan lama gua, Maher Zain. Beliau orang Mesir. Lebih kurang setahun jugalah kami tidak bertemu pasal bila beliau ada di UTP, gua tak ada dan bila gua ada di UTP, beliau tak ada. Baru semester ini saja kami bersua muka. Itupun beliau yang mula-mula tegur gua ketika gua sedang duduk bertapa (sambil pejam mata) selepas solat Subuh di surau awal semester dulu. Terharu betul gua beliau masih ingat ke gua.

"Lu dah tak pakai baju full-set kaler oren dah ke bro?" tanya beliau dalam bahasa Inggeris.

"Kah kah kah! Cerita lama weh!" jawab gua sambil tutuh gelak dengan sopannya. (Berbahasa Inggeris juga)

Ciss! Dalam banyak-banyak benda, pasal tu juga yang beliau ingat. Bagi mualaf, dulu gua pernah pakai baju seluar kaler oren pergi kelas. Dulu. Diulang, DULU!

"Lu dah banyak berubah." tambah beliau lagi dalam bahasa Inggeris bau-bau Arab.

"Kah kah kah! Lu pun sama weh!" balas gua sambil tutuh gelak dengan sopannya. (Berbahasa Inggeris juga)

Memang sekarang gua nampak beliau berubah banyak. Janggut lebat. Tiap kali waktu solat, nampak saja muka beliau di surau. Pakai jubah memanjang. Pernah gua nampak beliau pergi kelas pun pakai jubah. Gua syak beliau dah join tabligh waktu balik Mesir semester lepas. Ha ha ha!

Kemudian gua ajak beliau ke bilik gua lepak-lepak, borak-borak. Saja gua nak korek cerita macam mana beliau dapat hidayat. Tapi ternyata beliau ni kuat berahsia. Tak apalah. Semoga beliau berbahagia dan kekal di dalam petunjuk Allah SWT sentiasa.

****

Ramai orang tertanya-tanya macam mana gua boleh jadi macam ni. Drastik nak mampus tahap perubahan hingga sukar diterima masyarakat. Sampai ada yang tanya adakah gua ada jumpa peristiwa near-death-experience yang dahsyat ataupun pengalaman-dekat-nak-mati. Contohnya, hampir dibaham jerung sewaktu mandi-manda di Sungai Congkak atau hampir ditembak di kepala oleh pengganas sewaktu bermain permainan Counter Strike. Gua jawab tak pernah.

Memanglah ada juga gua bermimpi gua mati eksiden. Tapi itu tak membawa sebarang perubahan ketara pada diri gua. Hanya sekadar berjaya menghapuskan klip-klip porno dalam laptop gua saja (jangan percaya). Mereka terus bertambah pelik. Selalunya orang dapat hidayat ni bila dia dah dekat nak mampus. Heh! Cuma mak bapak gua saja tak pernah tanya macam mana gua boleh berubah. Mungkin mereka beranggapan doa mereka supaya gua jadi anak soleh dah termakbul. Ataupun beranggapan gua dah get ready nak kahwin barangkali.

Maka bermulalah satu kisah epik yang menukarkan gua dari seorang yang jahil kepada orang yang hendak faham agama, insyaAllah. Kira macam situasi kembali ke pangkal jalanlah bak kata Kereta Mayat. (Gua tak nafikan gua ada sikit ter-influence dengan Hamka) Oke! Cerita bermula sewaktu gua menetap di kota metropolitan Kuala Lumpur suatu ketika dahulu atas tuntutan kerja. Jeng jeng jeng... Please buckle up your seat belt!

Dulu waktu gua kerja sebagai seorang jurutera perisian (Ceh!) di sebuah syarikat di ibu negara, gua ada buat kerja part-time sebagai jurugambar perkahwinan dan acara bila ada permintaan. Sekarang pun gua buat lagi bisnes ni. Jadi kalau berminat nak hire gua, bolehlah roger gua ye.

Sebagai seorang jurugambar yang komited, kerjaya gua banyak membabitkan orang-orang yang kebanyakannya sudah matang dan berpengalaman dari segi hidup dan pemikiran. Daripada pengantin, mak bapak pengantin, adik perempuan pengantin, mak-mak andam, teman-teman jurugambar, taukeh kedai gambar dan lain-lain lagi yang semuanya matang-matang belaka. Dari situ corak pemikiran gua beransur matang. Ingat! Hati manusia mudah terkesan dengan suasana dan persekitaran.

Dari hari ke hari corak pemikiran gua berfikir tentang sesuatu perkara menjadi (kononnya) semakin matang. Teknik conversation gua pun makin terkesan. Maklumlah bila banyak bergaul dengan orang-orang dewasa dan bekerjaya ni. Lepas tu gua belajar lagi macam mana nak mengawal situasi semasa. Dengan nak bagi arahan dekat pengantin suruh posing lagi. Dengan nak persuade dan convince harga dengan client lagi. Dengan nak minta diskaun dengan taukeh kedai gambar lagi. Dengan nak belajar-belajar ilmu dari otai-otai kamera lagi.

Pendek cerita banyaklah gua belajar bila terbabit dengan benda ni. Tambahan pula gua banyak pula melepak dengan para aktivis reformasi sambil menyelami perasaan mereka. Haa! Gua open kot. Siapa kata gua jumud kerajaan? Ceh! Dari situ sangat banyak belajar perkara-perkara tentang kehidupan dan adalah sikit perihal agama yang sangat bernilai yang gua tak dapat cari mana-mana universiti menawarkan kursus berkenaan. Bak kata Malique, ijazah terbaik datangnya dari jalanan. Dari pengalaman, bercakap dan bersalaman.

Dari situ juga gua belajar bahawa sesungguhnya sambutan besday baling-baling tepung dan telur, pergi gig, main game, ber-Dota dan sebagainya itu sangatlah childish. Ahaks! Yalah. Dah semua orang yang gua bergaul semuanya bekerja siang malam nak sara anak bini, mana ada masa nak dibuang ke perkara tersebut. Yer dak? Semuanya ada tanggungjawab yang lebih besar untuk difikirkan.

Itu mungkin fasa pertama perubahan gua yang menyebabkan pemikiran gua sedikit matang berbanding manusia normal yang berumur lingkungan 17-18 tahun zaman sekarang. Zaman dulu 17-18 tahun dah cukup matang, dah boleh kahwin. He he he! Kemudian sebagai seorang jurugambar yang komited dan berwibawa juga menuntut gua menghadiri majlis pernikahan untuk gua ambil gambar. Jadi dah banyak majlis nikah gua pergi dan semestinya gua lagi berpengalaman daripada seorang pengantin. Ha ha ha!

Yalah. Pengantin pergi menikah sekali saja. Gua pula dah banyak kali. Dah macam-macam fi'il gua jumpa. Ada yang lancar, ada yang gagap, ada yang kantoi, ada yang senyum sampai ke telinga dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan khutbah nikah. Dah macam-macam versi gua dengar sampai gua pun dah boleh hafal. Sebab sambil-sambil gua tangkap gambar, gua pasang telinga dengar khutbah tersebut sebagai tazkirah untuk gua. Maklumlah, gua jarang dah lepak majlis ilmu ni bila dah berkerjaya.

Sekali lagi gua ulang. Ingat! Hati manusia mudah terkesan dengan suasana dan persekitaran. Maka akhirnya khutbah-khutbah yang gua dengar itu berjaya menusuk kalbu. Gua mula terfikir, gua ni lelaki. Seorang pemimpin. Hari ni gua pimpin diri sendiri. Esok gua nak pimpin anak bini. Kemudian gua nak pimpin keluarga. Lepas tu masyarakat. Lepas tu negara. Lepas tu umat. Lepas tu mati. Oh! Gua bukan selamanya muda remaja. Satu hari nanti gua akan tempuh itu semua. Walau macam mana pun tetap akan tempuh juga.

Jadi sampai bila gua nak jadi begini? Gua kena buat persediaan. Gua kena berubah. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ya! Gua harus berubah. Sambil-sambil tu terkesan dengan pengantin yang seronok kahwin. Maka gua pun rasa macam nak kahwin cepat-cepat. Oh! Siapa yang susah sangat nak kahwin tu silalah pergi majlis nikah banyak-banyak kali. Semoga terbuka hati nak kahwin. Lagipun majlis tu selalu buat di masjid. Mudah nak dapat hidayat. Takkan orang kafir saja yang kena pergi masjid nak dapat hidayat. Orang Islam dah cukup hidayat sangat ke?

Ya! Kini gua dah ada keinginan nak berubah. Namun keinginan saja tidak mencukupi. Jadi bila lepas solat, gua jadi insaf sekejap dan selalu doa minta petunjuk. Bagi mualaf, boleh amalkan baca makna surah Al-Fatihah dalam doa lu. Sesungguhnya surah Al-Fatihah banyak fadhilatnya. Dah berapa ramai orang masuk Islam sebab makna surah Al-Fatihah. InsyaAllah ia mampu menjadi asbab hidayat kalau lu yakin sepenuh-penuhnya. Tadabbur habis-habis dengan makna surah tersebut. Kalau lu faham betul-netul, nescaya lu boleh menangis tatkala baca surah tersebut.

Maka sejak dari tu gua pun selalulah membaca ilmu-ilmu agama (dan perkahwinan) di internet. Internet sajalah sumber gua pasal kebanyakan masa habis di pejabat. Ditakdirkan pula gua kenal seorang makhluk ni sewaktu gua pergi satu konvensyen dekat Port Dickson. Ternyata beliau pun banyak membantu dan mendorong gua menjana transformasi terhadap diri gua tanpa beliau sedar. Oh! Gua memang bijak mengambil setiap kesempatan yang ada.

Sebenarnya hidayat tak mudah didapati begitu saja. Hanya Allah SWT yang berkuasa memberi hidayat. Sedangkan Abu Jahal yang Nabi SAW jumpa hari-hari pun mati dalam keadaan kafir. Bapa saudara Nabi SAW sendiri pun tidak berupaya diselamatkan. Apatah lagi kita yang jauh dari Nabi ni. Tapi semua ini kerja Allah SWT.

Dalam satu muzakarah, kawan gua pernah sampai berkata Allah SWT tidak adil sebab memilih orang untuk bagi hidayat. Tapi sebenarnya tidak. Ia bergantung kepada ketekunan seseorang itu mengamalkan sunnah Baginda SAW. Kawan gua pernah cerita tentang kisah Nabi SAW yang mendoakan salah satu Omar memeluk Islam. Akhirnya Omar RA yang memeluk Islam. Kerana apa? Kerana sewaktu malaikat rahmat turun, malaikat mendapati Omar RA tidurnya mirip Nabi SAW. Sedangkan pernah juga malaikat turun mencari Abu Jahal, tetapi malaikat mendapati tidurnya menelentang (cara syaitan tidur). Maka Omar RA telah dipilih untuk mendapat rahmat tersebut. Pasal ini, wallahu'alam. Gua bukanlah siapa-siapa nak menilainya.

Tapi mungkin ada betulnya kata kawan gua bahawa hidayat ini bergantung kepada kuatnya kita mengamalkan sunnah Baginda SAW. Bukan hanya bab tidur, tapi dalam semua perkara. Kerana ternyata gua terkesan apabila gua terjumpa satu benda ni. Apakah? Jeng jeng jeng... Waktu gua giat menyelak laman-laman agama dekat internet, gua pun terjumpalah pasal 'Sifat Solat Nabi'. Nabi SAW berpesan bahawa solatlah mengikut caranya bersolat. Cara Baginda adalah sunnah. Maka gua pun belek-belek sampai habis sambil buat kajian tentang perkara ini lalu gua berazam untuk mengamalkannya.

Sejak dari itu gua sedar sesungguhnya banyak kesalahan yang gua lakukan dalam solat gua dan banyak perkara yang gua tak tahu pasal solat. Jahil sungguh gua. Dan akhirnya gua pun belajar-belajar cara solat dengan betul dan istiqamah melakukannya. Sesungguhnya solat itu sangatlah mudah dan bukan beban jika lu tahu caranya. Serius gua tak pernah rasa terbeban selepas itu. Mungkin inilah puncanya sikap orang Melayu kita yang malas solat berbanding orang-orang Arab, Sudan, Iran, Pakistan dan sebagainya. Gua tengok geng-geng foreigner dekat UTP ni kuat betul beramal ibadat. Fuhh hidayat!

Oh gua nak pesan awal-awal. Jika lu kaji-kaji pasal 'Sifat Solat Nabi' ni, bertemulah lu dengan tuduhan-tuduhan dari sesetengah puak yang kata ia cara Wahabbi/Salafi. Ibnu Taimiyah yang menjadi sumber rujukan puak Wahabbi/Salafi ni pula dituduh ejen Yahudi. Padahal Yusuf Qardhawi sendiri menghormatinya. Jadi terpulanglah kalau lu nak ikut atau tidak. Bagi gua, Wahabbi-Wahabbi/Salafi-Salafi pun kalau dah bersumber dari Al-Quran dan hadith yang sahih, tetap betul.

Wahabbi/Salafi ni mungkin akidah mereka saja lain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)*, tapi bab feqah memang wajar diberi perhatian kerana mereka sudah tentu menolak hadith daif dan maudhu' serta menolak bida'ah. Mereka masih berlegar-legar dengan pandangan keempat-empat imam muktabar. Bab akidah gua tak nak komen. Isu sensitif - gua bukan ahli nak komen. Ada segelintir ASWJ yang kata akidah ASWJ saja yang terpilih masuk syurga daripada 73 golongan yang disebut dalam hadith Nabi SAW. Habis tu kesian sama orang Syiah, Wahabbi/Salafi dan lain-lain lagi fahaman. Para sahabat pun bukannya ASWJ. Oh oh! Wallahu'alam. Gua tak nak cerita panjang, nanti gua kena tangkap, kena tuduh sesat, pengganas. Ha ha. Tak perlu tuduh gua Wahabbi/Salafi, Syiah atau apa-apa berdasarkan pandangan gua ini. Berfikirlah secara rasional. Berita dalam TV dan akhbar yang berputar belit tu lu boleh pula percaya. Al-Quran dan hadith nak tolak pula. Ceh!

Abaikan yang di atas. Sekarang jika lu mahu membetulkan cara solat lu mengikut cara solat Nabi SAW, gua cadangkan lu Google 'Sifat Solat Nabi' dan sila cari rujukan sendiri. Dekat gua ada satu e-book, kalau nak bolehlah bagi e-mel lu dekat ruang komen. Tapi gua sarankan lu cari dari banyak-banyak sumber. Banyak ilmu akan dapat. Lepas tu boleh rujuk Youtube ni untuk lebih memudahkan.

Habis bab solat, gua jadi mula rajin solat berjemaah di surau. Ini juga sunnah Nabi SAW iaitu solat secara berjemaah, di awal waktu dan di tempat azan dilaungkan. Lalu istiqamahlah gua setiap hari, setiap waktu. Kadang-kadang terlepas juga Subuh. Tapi gua laluinya dengan penuh penyesalan. Menyesal pasal gua tak dapat laksanakan solat sehabis baik. Setiap kali habis solat, gua doa lagi mohon petunjuk Allah SWT dan kurniakan ilmu yang bermanfaat.

Bila gua dah istiqamah buat dua perkara ini (solat cara Nabi dan berjemaah di surau), hati gua makin lama makin terbuka untuk mudah faham agama. Wallahu'alam lagi. Tapi itulah yang gua rasa. Bila ada ceramah, gua jadi suka dengar. Bila ada artikel agama, gua jadi suka baca. Senang cerita kalau bab agama, hati gua jadi mudah terbuka. Maka selalulah gua lepak dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang ada di surau. Sampailah suatu hari gua terduduk dalam satu halaqah mesyuarat ini. Seperti biasa, semangat inkuiri gua pasal perkara agama memang kuat. Tambahan pula gua suka mengambil kesempatan. Jadi apa salahnya gua join sambil ambil ilmu untuk islahkan diri.

Pendek cerita, sekarang gua pun dah terjebak dengan usaha agama, sambil-sambil gua belajar mengislahkan diri. Gua tak pandai pun. Masih belajar-belajar. Belajar nak jadi anak yang baik. Belajar nak jadi suami yang baik. Belajar nak jadi pemimpin yang baik. Belajar nak jadi dai'e yang baik. Oh ya! Dakwah juga sunnah Nabi SAW. Hari ini semua orang nak ikut sunnah Nabi SAW dengan kahwin empat. Tapi tak ramai yang nak ikut sunnah terbesar Nabi SAW iaitu keluar berdakwah. Maka, insaf-insaflah pakcik-pakcik yang menggunakan alasan sunnah untuk menghalalkan nafsu anda. Wallahu'alam lagi sekali. Sungguh gua berasa sangat jahil dalam entri ini. Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Sudah-sudahlah kot cerita pasal gua. Panjang-panjang cerita pun bosan juga. Yer dak? Maka begitulah cerita bagaimana gua dapat hidayat. Wallahu'alam. Kawan gua ada cerita lagi, orang yang nak dapat hidayat kena ada dua perkara. Pertama, keinginan dan kedua, usaha. Kalau keinginan saja tidak mencukupi. Jika hari ni lu kata lu nak jadi wanita solehah, lu takkan dapat apa-apa. Tapi kalau lu buat usaha atas keinginan tersebut insyaAllah, hidayat Allah SWT menjadi kenyataan. Kita boleh lihat bagaimana Omar RA memeluk Islam. Sewaktu dia balik ke rumah untuk menerajang adiknya yang memeluk Islam, timbul keinginan untuk melihat apakah yang dibaca adiknya itu. Adiknya kata Omar RA harus berwudhuk dahulu barulah boleh pegang Al-Quran, maka usaha yang dibuat Omar RA adalah dengan berwudhuk. Selepas saja Omar RA membaca ayat Allah SWT, terus terbuka hatinya memeluk Islam. Wallahu'alam.

Bila gua dah macam bagus sekarang ni, adalah juga pakcik dekat kampung gua tanya gua ambil agama dekat mana. Ada juga orang tanya guru gua siapa. Bagi gua, semua perkara di sekeliling gua adalah guru gua. Orang jahat di sekeliling gua adalah guru gua untuk jadi baik. Orang baik di sekeliling gua adalah guru gua untuk jadi lebih baik. Pakcik-pakcik dalam halaqah tadarus dekat surau kampung gua adalah guru tajwid gua. Suasana dakwah, cakap-cakap dan segala nota dalam blog gua adalah guru tarbiah dan islah gua. Client fotografi gua adalah guru komunikasi gua. Kesusahan kesenangan adalah guru kehidupan gua. Lu juga adalah guru gua. Semua di sekeliling kita boleh jadi guru kita. Semuanya. Tinggal kita saja nak belajar atau tidak dengannya. Orang kata praktikal lebih bagus dari teori bukan?

Akhir sekali pesan gua, kepada yang rasa-rasa diri mereka alim, bagus dan baik itu tidak perlulah lu menyombong diri. Baik lelaki, baik perempuan. Mungkin lu rasa jijik untuk berkawan dengan mereka yang rosak akhlak. Usahlah mengeji dan berkata buruk kepada mereka biarpun mereka jahat nak mampus. Sekurang-kurangnya dalam hati mereka masih ada kalimah Lailahailallah. Ingatlah sesungguhnya hidayat milik Allah SWT. Allah SWT berkuasa menarik hidayat yang ada pada kita bila-bila masa dan memberinya kepada sesiapa yang Dia suka. Gua dulu pun rosak akhlak juga. Heh! Jadi apa yang perlu dibuat? Marilah sama-sama bersyukur dengan nikmat yang ada dengan kongsikannya bersama yang lain. Mari buat usaha dakwah di setiap lorong, pintu dan hati tanpa mengira siapa mereka. Mari mari! Dakwah ni untuk islah dan tarbiah diri sendiri, bukan untuk orang lain. Supaya kita terus kekal dalam hidayatNya. Hidayat orang lain? Itu milik Allah SWT. Kita tak ada kuasa nak campur.

Dan kepada mereka si pembuat dosa, ingatlah jalan pulang masih ada. Tak mustahil lu mampu menjadi insan yang soleh solehah suatu hari nanti walaupun hari ini lu adalah seorang pelacur. Hidayat itu milik Allah SWT. Semua orang layak mendapatkannya. Bergantung kepada usaha kita saja. Lu yang menentukan sama ada lu nak atau tidak. Ingat! Esok belum tentu lu masih bernyawa. Err... bagi mualaf, walaupun banyak kali lu jumpa perkataan pelacur dalam blog gua, ini tidak beerti gua pelacur. Hoh!

Oh! InsyaAllah esok gua akan mula bermufaraqah dunia selama 5 hari lebih dan akan pulang ke PB pada 10 haribulan. Bagi mualaf, mufaraqah dunia bermaksud memisahkan diri dengan perkara dunia. Dengan kata lain, gua nak pergi beriktikaf 24 jam dekat masjid-masjid dalam usaha mengislahkan diri dan mencari malam lailatul qadar. Heh! Laki-laki yang rasa nak berubah tu marilah join yer. Maka Isnin depan mungkin tak ada entri baru di sini. Berbaloilah dengan entri yang panjang nak mampus ni. Lu boleh kerat dua entri ni kalau mahu untuk dibaca Isnin nanti. He he!

Buat kawan-kawan, jika ada hajat apa-apa bolehlah SMS ke nombor gua nanti. Itupun kalau tempat tersebut ada line. Internet jangan haraplah. Siapa yang tak ada nombor gua, bolehlah cari. Ada tersembunyi di mana-mana. Jika diizinkan Allah SWT bertemu dengan malamNya, akan gua kenang lu dalam doa gua sebaik mungkin. Harapnya diterima. Sesungguhnya fikir risau umat itu adalah ibadat. Tambah-tambah di malam lailatul qadar. Heh! InsyaAllah semoga itu dianggap usaha oleh Allah SWT akibat dari keinginan lu. Kalau hajat kata nak kahwin dengan gua pun apa salahnya. Ha ha ha! Manalah tahu dengan keberkatan Ramadhan.

Hmm. Kalau boleh gua nak saja extend sampai raya. Kira pagi raya baru gua pulang PB. Baru feeling sikit pulang bawa beg waktu orang bertakbir. Ha ha! Tapi gua tau, banyak kerja di rumah nak kena selesaikan sebelum raya. Kakak-kakak gua semua dah ikut suami raya di kampung masing-masing. Tinggal gua sajalah yang nak jaga mak bapak gua. Ini juga salah satu faktor gua nak kahwin orang dekat.

Gua sebenarnya tak sampai pun lagi mood raya. Masih mahu menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang berbaki ini. Manalah tahu ini Ramadhan terakhir gua. Jadi kepada mak bapak gua, tak payahlah sedih-sedih gua tak ada di rumah menjelang raya nanti. Buat kool dan rileks sudah. Gua pergi tak jauh, tak lama. Baru dalam Malaysia saja. Tapi seandainya di pagi raya nanti yang tiba hanyalah jasad gua yang tak bernyawa, teruskan tabah dan jangan bersedih. Sesungguhnya kita berpisah tak jauh, tak lama. Gua menanti di sana.

Sungguh gua redha jika nyawa gua dijemput tatkala Ramadhan yang mulia, tambahan pula ketika keluar di jalan Allah Taala. Memang itulah impian gua setiap kali doa. InsyaAllah syahid di jalanNya. Syafaat untuk mak bapak dan seluruh ahli keluarga. Kita tak pasti hidup sampai bila. Tapi yang pasti akan mati setiap yang bernyawa. Wallahu'alam.

Salam sayang, salam Ramadhan.
Hati-hati pulang beraya.

Nota:
  1. Ingat! Hati manusia mudah terkesan dengan suasana dan persekitaran.
  2. Sunnah memudahkan kita memperolehi hidayat. WA.
  3. Siapa nak e-book Sifat Solat Nabi, bagi e-mel lu dalam komen di bawah.
  4. Banyak lepak surau/masjid untuk mudah dapat hidayat.
  5. Untuk berubah, perlu ada keinginan dan usaha.
  6. Ada hajat, sila SMS.
  7. Ini bukan panduan, tetapi perkongsian. Mana tahu berjaya. WA. 
* Seperti yang dituduh segelintir ASWJ.

Kemas kini:
Siapa yang nak download boleh terus klik link di bawah. Harap dirujuk sama dengan video Youtube di atas untuk lebih mudah pemahaman.
    1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
    Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

    65 comments:

    Anonymous said... [Reply]

    first :D

    Half said... [Reply]

    hmm.. gua jarang pergi majlis nikah ni, tapi imaginasi gua membuatkan gua terkesan juga (imaginasi masa depan sehingga ke tua)
    Alhamdulillah, gua berubah sikit-sikit
    terus berubah kang tekejut plak mcm beruang dlm video FB

    btw, send kat gua ebook tu..
    moga kita semua diberikan hidayah..
    (bkn bdk hidayah course Engine eh)

    myra arshad (: said... [Reply]

    pergghh! panjang betul entri ni.
    mengambil masa 15minit. untuk focus dan paham. huu.
    penuh makna.

    aku suka part :

    'Daripada pengantin, mak bapak pengantin, adik perempuan pengantin, mak-mak andam, teman-teman jurugambar, taukeh kedai gambar dan lain-lain lagi yang semuanya matang-matang belaka'

    adik lelaki pengantin tak de ker? HAHAHA

    'Usahlah mengeji dan berkata buruk kepada mereka biarpun mereka jahat nak mampus. Sekurang-kurangnya dalam hati mereka masih ada kalimah Lailahailallah.'

    betul :)

    'Sesungguhnya kita berpisah tak jauh, tak lama. Gua menanti di sana.'

    hm. tetiba mooad raya datang! HUU

    'Ada hajat, sila SMS.'

    doakan sama untuk aku ! HAHAHA.


    salam aidilfitri. heh

    ^__^

    aliaazuan said... [Reply]

    Salam.

    Maulana saad Rahimahullah bkata, ramai org nak hidayat, tp nak dgn senang lenang.Jika hati tu takde keinginan pada agama, camne hidayat nak msuk dlm diri, ye dok?

    Wallahu alam.

    limauais said... [Reply]

    alhamdulillah..
    doakan ak dapat hidayah macam ko jugak :)

    Bijen M. said... [Reply]

    TN,
    Tahniah!

    Half,
    Imagine banyak-banyak.
    Semuga anda dipermudahkan Allah SWT.

    MA,
    Pehh.
    Panjang juga komen lu.
    Gua tak pandang adik lelaki pengantin.
    Ha ha.
    InsyaAllah.
    Salam aidilfitri.

    AA,
    Salam.
    He he.
    InsyaAllah lepas ni mereka faham dan timbul keinginan terhadap agama.
    WA.

    LA,
    He he.
    InsyaAllah.
    Usaha jangan lupa ya.

    airazulaikha said... [Reply]

    subhanallah..
    alhamdullilah.. :)
    syukran atas nikmat allh swt..
    moga kita semua dpt menjalani ibadah kepada yg Esa dgn lebih baik..
    tranformasi ke arah kebaikan..
    sumpah menitis air mata baca..
    syukran atas perkongsian..
    nak jugak..hehehe
    nah anta ya....airazulaikha@gmail.com

    umu6point said... [Reply]

    hmmm..hidayat...hidayat...
    menarik sungguh!
    tapi memang boleh di jangka..kerana hidayah itu milik Allah. Siapa saja boleh miliki..tapi dengan bersyarat...huhuu

    needa zainuddin said... [Reply]

    baru tahu anda dah tukar blog serta url. finally, dapat gak ikot cite2 menarik anda. hehe!

    Bijen M. said... [Reply]

    AZ,
    Maksud kata hidayat tu ada di mana-mana.
    Tinggal kita saja nak usaha mencarinya.
    Err sampai menitis air mata?
    Ha ha hadoi.

    Umu,
    Syarat-syaratnya...
    Jeng jeng jeng.
    Keluarlah.
    Ha ha.

    NZ,
    Hai kawan lama.
    Ha ha ha.
    Akhirnya.
    Macam mana boleh jumpa?

    azizie.com said... [Reply]

    betik tu. hidayah perlu dicari. die tak datang bergolek sendiri. cuma certain case jer die bergolek sendiri.

    weh, email aku ebook sifat solat nabi tu. ziepakker@gmail.com

    Bijen M. said... [Reply]

    Paker,
    He he.
    Dalam dunia ni nak apa pun kena ada usaha.
    Man jadda wajada.
    Yer dak?

    madiahomar said... [Reply]

    hahhaa..aq penah tnye kau dulu kenapa kau berubah..ko da jawab disini..bagus2.semoga istiqamah :D

    p/s:tp kalo aq nk cite kat kawan aq bijan yg mane.."ala,bijan yg pakai sepasang oren gi kelas uh" harharharhar

    semut api said... [Reply]

    itu dulu kan bro...
    zaman jahiliah dulu..
    sekarang sempoi je..raut muka agak serius, jalan tunduk mcm sombong..tp sebenarnya tak, very friendly kannnn...

    Fontonk said... [Reply]

    sama la. aku pun tiba tiba berubah.
    sebab semenjak kebelakangan ni, aku bnyk memikirkan jika aku tak mampu hidup pada keesokan harinya.
    so aku dah start beramal. Semoga Allah kukuhkan iman di dada kita. amiin

    ps/ nice sharing

    Anonymous said... [Reply]

    Salam berow,
    saya nak ebook sepam buleh? dan dan doakan aku bertemu j*doh awl bule?

    Bijen M. said... [Reply]

    MO,
    InsyaAllah.
    Perlu lagi ke ingat gua yang berpakaian oren tu?
    Ciss.

    SA,
    He he he.
    Friendly friendly.
    Meh la berkawan dengan gua.
    :)

    Fontonk,
    Semuga istiqamah dengan amal yang dibuat.
    Bila dah jadi macam tu, kena ajak orang lain sama buat amal.
    Baru terkesan dalam hati dan mudah untuk istiqamah.
    Semuga berjaya dunia akhirat.

    TN,
    Salam.
    Err adakah anda orang yang saya teka?
    (Melalui penggunaan 'berow' itu)

    Benrauf 2.0 said... [Reply]

    Mungkin hidayat yang aku terima belum kukuh kerana aku belum pernah memakai set baju berwarna oren. Kirim salam orang parit buntar bila pulang raya nanti. barakallahulakum. salam.

    Pisyek said... [Reply]

    wow~ sgt terkesan!

    aku pun nak cari jalan pulang jugak la...

    hoho... xD

    zawani said... [Reply]

    nice post..
    nak e-book sifat solat nabi..emelkan yee. ^^

    Bijen M. said... [Reply]

    BR,
    He he.
    Cubalah pakai.
    Terima kasih.
    Barakallahulakum.
    Salam.

    Pisyek,
    Cari signboard pusingan U.

    Zawani,
    Baik!

    af [ R ] ed said... [Reply]

    boss, nk ebook, mohdradzi87@yahoo.com

    tenkiu

    Bijen M. said... [Reply]

    AF,
    Sudah tuan.
    Semuga beroleh manfaat.

    syznmy said... [Reply]

    akupiseydanzays(@)gmail.com

    Nak (:

    Bijen M. said... [Reply]

    Syznmy,
    Baik.
    Sebentar ya.

    Norhayati Rostam said... [Reply]

    haha~
    tetibe teringat UTP.
    acara baling tepung dan telur berleluasa di mana-mana dan terutama sekali UTP.
    wahh!

    Bijen M. said... [Reply]

    Yati,
    Ha ha.
    Benar dan tepat sekali.
    Memang ia dirujuk sedemikian rupa.
    :D

    Norhayati Rostam said... [Reply]

    Salah satu mangsa ka?
    Pasai nampak laki ja lagu tu.

    Bijen M. said... [Reply]

    Yati,
    Heh.
    Perempuan pun ada kot.
    Galak je laki perempuan lari-lari nak balik tepung baling telur.
    Duhh.

    Norhayati Rostam said... [Reply]

    Haha.
    yeke.
    Meriah sungguh itu UTP

    Bijen M. said... [Reply]

    Yati,
    Btw apa hubungan anda dengan UTP yang sampai boleh teringat tiba-tiba?

    Ibnu Mutalib said... [Reply]

    UTP ramai ke yang buat usaha agama?

    Bijen M. said... [Reply]

    IM,
    Alhamdulillah.
    Bolehlah nak dikatakan ramai.
    Tapi kalau nak dibanding dengan jumlah student tu memang sikitlah.
    Doakan kami semoga banyak lagi orang dapat usaha ni insyaAllah.

    Anonymous said... [Reply]

    salam bro,
    baru terjumpa blog ni.
    boleh bro hantar e-book tu ke saya?
    mista_ameen@yahoo.com

    sharing is caring!thanks

    Bijen M. said... [Reply]

    TN 01:36,
    Salam.
    Sudah!
    :D

    Anonymous said... [Reply]

    SALAM BIJEN...


    TLG EK, KIRIM E-BOOK 2 KAT AKAK? THANX SO MUCH IN ADVNCE DIK..JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRA... :)

    AHLIA YUSOFF...SANDAKAN

    UOOPPSSS..LUPE..EMAIL NYE.. sofyatiku66@yahoo.com :)

    Bijen M. said... [Reply]

    AY,
    Salam kak.
    Dah kirim.
    :)

    Anonymous said... [Reply]

    bubbles_ila92@yahoo.com

    he he he
    saya dahului dengan ucapan terima kasih

    Nadila said... [Reply]

    Salam.

    Sila emelkan saya e-book tersebut di peachlily2000@yahoo.com

    Terima kasih.

    Bijen M. said... [Reply]

    TN & NAD,
    Sudah.
    :)

    Anonymous said... [Reply]

    salam..panglima_hutan@yahoo.com..
    thanks bro utk nota yg sungguh bermankna..

    Bijen M. said... [Reply]

    TN 07:10,
    Sama-sama.
    :)

    Anonymous said... [Reply]

    salam...
    syukran ats pkongsian di atas..
    alhamdulillah..
    terkesan sungguh..
    smoga kita brada pada sirotul mustaqimNya...
    byk buku serta artikel yg suda dibaca mengenai hidayah..
    insyaAllah akan dikongsi..
    alhamdulillah..syukran..

    Bijen M. said... [Reply]

    TN 20:51,
    Salam.
    InsyaAllah.
    Mudah-mudahan kita dapat istiqamah di jalanNya.
    Amin.

    Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

    Salam..
    Can u please email me the ebook..?

    Thank u..

    Bijen M. said... [Reply]

    PQA,
    Salam.
    Done!

    Amin Baek said... [Reply]

    salam bro..skali lg ak lmbt baca entry ni..skang ngah membaca2 entry2 mu yg lama2..hehe

    "amantubillah,summastaqim"..pesan Nabi S.A.W..moga kita semua beristiqamah..doakan ak gak..hahha

    btw,nk ebook tu..ozon89776@gmail.com

    jzkk

    Bijen M. said... [Reply]

    AB,
    Salam.
    Semoga kita sentiasa istiqamah di jalannya.
    Amin.

    fadzlullah said... [Reply]

    Hadis yang diriwayatkan oleh Al-‘Ibadh bin Sariah : “Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersolat bersama-sama kami. Kemudian, baginda berpaling kepada kami lalu memberi satu nasihat yang sangat keras isinya hingga mengalir air mata baginda dan mengecutkan hati2 kami yang mendengarnya. Maka, salah seorang dari kami pun berkata : Ya Rasulullah, nasihat ini seakan-akan satu nasihat selamat tinggal kepada kami. Apakah yang tuan hendak perintahkan kepada kami? Lalu baginda bersabda : Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwalah kepada Allah, dan taatlah kamu kepada penguasa (yang adil) walaupun ia adalah seorang Habsyi, kerana sesungguhnya orang yang hidup sesudahku akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu (jika kamu ingin selamat), hendaklah kamu sekalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Ur-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Berpegang teguhlah kamu kepadanya dan gigitlah ia dengan geraham2 kamu. Jauhilah perkara2 MUHDASAT( baru yang diada-adakan) kerana semua perkara MUHDASAT( baru) adalah BID'AH, dan semua BID'AH
    adalah sesat.” [Hadis Sahih riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan An-Nasai.]

    waktu ini ramai yang bertaklid kepada mazhab, guru, ulama, syaikh mahupun maulana. sedangakan dalam kalimah syahadah kita bersaksi bahawa tiada tuhan tuhan selain ALLAH dan nabi muhammad itu utusan ALLAH. apakah mereka masih tidak jelas dengan keutamaan mengikut Al-quran dan as-sunnah. kata-kata guru/ulama/maulana mereka dijadikan sandaran tanpa dalil shahih dari pesuruh Allah. maka apakah status mereka dlm mengucapkan kalimah syahadah???

    Bijen M. said... [Reply]

    FADZ,
    Jazakallah atas perkongsian.
    Seperti kita sedia maklum, ulama perwaris nabi.
    Merekalah sumber rujukan kita selepas Nabi SAW wafat.
    Jika tak ada mereka yang nak menerangkan, ilmu yang kita ada ini belum tentu dapat menafsirkan dengan betul apa yang disampaikan dalam AQ dan hadith tersebut.
    Cumanya masa kini, banyak juga percanggahan yang berlaku antara mereka.
    Semua kita manusia, tak lari dari kesilapan.
    Tanggungjawab kita untuk mengkaji dan mencari guru yang tepat.
    WA.

    z@i said... [Reply]

    salam

    nak jugak e book solat nabi tu..

    walaupun saya ni ambt sgt baca n3 nie.hehe

    boleh kan?

    kakngah_zb87@yahoo.com

    jazakallah.

    jgn kedekut Allah xsuka.heee

    z@i said... [Reply]

    salam

    nak jugak e book solat nabi tu..

    walaupun saya ni ambt sgt baca n3 nie.hehe

    boleh kan?

    kakngah_zb87@yahoo.com

    jazakallah.

    jgn kedekut Allah xsuka.heee

    Bijen M. said... [Reply]

    ZAI,
    Salam.
    Sudah dihantar kakngah.
    Ha ha ha.

    z@i said... [Reply]

    haha..kntoi..

    tq bro..

    saham smpai ujung nyawa nih
    tahniah

    Bijen M. said... [Reply]

    ZAI,
    Ha ha ha.
    Amin.
    :)

    Anonymous said... [Reply]

    ade lagi ke? nak .
    shazain_90@yahoo.com
    timekasih
    =)

    Bijen M. said... [Reply]

    TN,
    Sudah.
    :)

    Kepada yang nak dapatkan lagi boleh terus menghantar e-mel.
    Komen anda akan sentiasa dibaca dari semasa ke semasa kecuali jika saya outstation.

    Anonymous said... [Reply]

    fuh, very the long one..alhamdulillah, sejuk hati bc..semoga kita sume sentiasa istiqamah dlm setiap apa yg dilakukan. sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.

    nak jgak --------->easeyan7@gmail.com
    arigatou =)

    ikanlaga said... [Reply]

    salam...mau gk.hantar sini

    fatim_sham1810@yahoo.com

    -tq-

    aku-alam said... [Reply]

    Assalamu'alaikum En. Bijen..
    Baru terbaca entry ni..
    Boleh tolong e-mail kat saya jugak ke ?

    sofie_zenith@yahoo.com atau awanlarat81@gmail.com

    Terima kasih ye..

    Bijen M. said... [Reply]

    Salam semua.
    E-Book tersebut boleh didownlod terus di link yang terdapat di hujung entri di atas.
    Sekian.

    TrigYy said... [Reply]

    terbaek der~

    Timun Laut said... [Reply]

    kawan aku cakap, kita ni duk la hari-hari mintak hidayat hidayat.. tapi usaha tak ada, macam nak mintak member pos kan kad raya. alamat tak nak bagi, macamana kad nak sampai ye dak?

    Taniah kerana berjaya buat entry yang berjaya mengetuk kembali kepala otak aku yang sering kali terleka


    moga Allah redha.

    Bijen M. said... [Reply]

    @Timun Laut
    Tapi kadang-kadang kita lemah nak usaha.
    Jangan putus berdoa.
    :)

    anis said... [Reply]

    Assalamualaikum..
    klu blh nak mintak ebook tu blh?
    ni email sy anis.dinahmad@yahoo.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...