20.9.10

Fikir-fikir makan?

Oke malam semalam gua tengoklah checklist apa tajuk nak ditulis pagi ni supaya idea masuk dalam mimpi waktu gua tidur. Kalau tajuk pasal kahwin, makanya gembiralah tidur gua malam tadi. Tapi kalau tajuk pasal mati, lu fikirlah sendiri. Adalah lebih kurang 15 tajuk in queue. Ini termasuklah yang di-request oleh hamba-hamba Allah SWT yang ada kesedaran diri. Terima kasih! Lepas menjalankan undian, gua dapat tajuk pasal budak-budak sunat atau nama lainnya khatan. Oh! Mungkin tidur gua bakal terganggu oleh pisau yang berkilat melekat di anu gua.

Tapi tiba-tiba gua teringat satu pesanan iaitu siapa yang menunaikan hajat orang lain maka Allah SWT akan memudahkan 70 hajat baginya. Macam biasa hajat gua, salah satunya adalah kahwin! He he he. Jadi gua pun tukarlah tajuk nota hari ini kepada 'Fikir-fikir makan?' bagi menyempurnakan hajat seorang hamba Allah SWT ni.

Oke bagi mualaf, kita sebagai orang Islam haruslah menjalani hidup kita berpandukan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Kita tak boleh ikut benda lain. Tak boleh ikut cara Rosyam Noor, tak boleh ikut cara Amitabh Bachan, tak boleh ikut cara Firaun, tak boleh ikut cara Obama, tak boleh ikut cara Nota Siku, tak boleh ikut cara Wahabbi, tak boleh ikut cara Syiah, tak boleh ikut cara Tabligh, tak boleh ikut cara Ikhwanul Muslimin, tak boleh ikut cara UMNO, tak boleh ikut cara PAS, tak boleh ikut cara Anwar, tak boleh ikut cara Ustaz X, tak boleh ikut cara Ulamak Y, tak boleh ikut cara Doktor Z hatta tak boleh ikut cara kita sendiri pun. Haa! Meremang bulu tengkuk tak?

Habis tu nak ikut cara siapa? Oh oh! Kita kena ikut cara yang Al-Quran dan Nabi SAW tunjukkan saja. Jika Rosyam Noor bawa cara tidur yang Nabi SAW ajar, kita ikutlah. Kalau Wahabbi bawa cara solat yang Nabi SAW ajar, kita ikutlah. Kalau Tabligh bawa cara dakwah yang Nabi SAW ajar, kita ikutlah. Kalau PAS bawa cara usrah yang Nabi SAW ajar, kita ikutlah. Kalau Nota Siku bawa cara hidup yang Nabi SAW tak  ada ajar, kita jangan ikutlah. Contoh di atas tu, kalau saja. Diulang, KALAU!

Jadi dah faham belum? Maksudnya kita kena ikutlah cara yang Nabi SAW ajar supaya kita berjaya di dunia dan akhirat, bukan setakat di dunia saja. Sebab kadang-kadang orang yang pakai cara sendiri pun boleh berjaya, tapi cuma di dunia sajalah. Sebagai contoh, penjual Madu Lebah Tualang Cameron Highland yang menipu dalam perniagaannya. Memanglah berjaya dia mengaut keuntungan. Tapi setakat di dunia sajalah. Cilake! Semoga apek tersebut mendapat hidayat dan menghentikan penipuan tersebut. Terpaksalah gua menipu diri gua dalam usaha menghabiskan sebotol madu lebah tiruan. Argh! Kesimpulan, jangan beli madu lebah waktu sedang berpuasa kalau tidak terbukti keoriannya.

Jadi apa yang Nabi SAW ajar inilah yang dinamakan sunnah. Sunnah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu surah, sirah dan saghirah. Surah itu ialah cara penampilan nabi dari segi berpakaian, makan, pergaulan, ibadat dan sebagainya. Sirah pula sejarah perjalanan hidup Nabi SAW sejak dari dilahirkan hinggalah kepada saat wafatnya. Manakala yang terakhir adalah saghirah iaitu cara fikir Nabi SAW. Dan untuk mengenakan dengan tajuk, gua nak cerita pasal saghirah saja. Yang lain-lain tu lain kali.

Baiklah tuan-puan yang dimuliakan. Sebab apa kita berfikir? Fikir itu, fikir ini. Fikir begitu, fikir begini. Sebab apa? Oke gua jawab sendiri, supaya ada usaha. Macam gua dah terang di entri-entri yang lepas, bila ada fikir, akan ada usaha. Kalau hari ni kita fikir kita nak jadi jurutera suatu hari nanti, kita akan berusaha untuk belajar kemahiran kejuruteraan. Kalau kita fikir kita nak jadi kaya, kita akan bekerja bersungguh-sungguh. Kalau kita fikir nak anak kita ada masa depan, kita akan sekolahkan mereka. Kalau kita fikir untuk makan madu, kita akan pergi beli madu. Kalau kita fikir untuk kahwin, kita akan berusaha memperbaiki diri agar bersedia ke arah itu. Tapi semua ini adalah fikir dunia. Walau macam mana payah pun, tetap kita akan berusaha sebab kita nampak ganjarannya.

Tetapi hari ini kita fikir kita nak masuk syurga, kenapa kita tidak berusaha ke arah itu? Kita fikir nak pahala berganda, kenapa kita tak pergi solat berjemaah di surau dan masjid? Kita fikir kita nak negara Islam, kenapa kita tidak berusaha menjadi individu Islam sejati? Kenapa? Kenapa? Sebab kita tak nampak semua itu. Kita tak nampak syurga, neraka. Kita tak nampak pahala, dosa. Kita tak nampak azab seksa. Sebab tu kita rileks saja lagi tak mahu pakai tudung, tutup aurat. Kita masih rileks lagi berkapel, berzina. Kita masih rileks lagi buat bodoh bila azan berkumandang. Kita masih rileks lagi semuanya. Usia masih muda kononnya. Cehh! Member gua dah berapa ramai mati katak lumba motor. Dah berapa ramai sakit jantung, jangkitan asma, lemas dan sebagainya. Muda-muda semuanya der. Haih.

Jadi hari ini mari kita ubah fikir kita kepada fikir agama sebab tidak ada jalan lain untuk mencapai kejayaan melainkan dengan agama. Hari ini kita fikir kita nak masuk syurga, jadi kita kena berusaha ke arah itu. Kita fikir kita nak pahala berganda, jadi kita pergi solat berjemaah di surau dan masjid. Kita fikir kita nak negara Islam, jadi kita berusaha menjadi Muslim sejati. Kita fikir nak selamatkan kawan kita yang semakin hanyut, jadi kita hulurkan tangan. Kita fikir kawan kita nak masuk neraka, kita ajak mereka masuk syurga. Kita fikir kawan kita tak jaga adab makan, jadi kita nasihatkan. Itulah cara fikir Nabi SAW iaitu bagaimana iman yang sempurna dapat hadir dalam diri setiap umat Baginda SAW tak kira Islam atau kafir dan bagaimana setiap umatnya dapat terlepas daripada azab Allah SWT dan dapat masuk syurga. Begitu sekali fikir Nabi SAW sehinggakan kalau boleh mahu bayi terakhir yang lahir sebelum kiamat pun dapat mengucap kalimah Laillahaillallah.

Dan tahniahlah sebab kita sudah ada fikir risaukan kawan kita kerana tak jaga adab makan lalu me-request nota pasal makan-makan. Insyaallah gua cuba cerita pasal adab makan berpandukan sunnah Nabi SAW sebaik mungkin. Woah! Baru perasan panjangnya mukadimah. Hak hak hak! Jadi untuk mengelakkan nota ini menjadi semakin panjang dengan bebelan, gua buat point saja.
  • Macam biasa, sentiasa mulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah sebab akan hilang keberkatan Allah SWT kalau tak baca. Syaitan akan menumpang makan makanan yang tak dibaca Bismillah.
  • Jangan makan dan minum menggunakan tangan kiri sebab syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.
  • Jangan bersandar ketika makan.
  • Jangan menggunakan bekas makanan dan minuman yang diperbuat dari emas dan perak.
  • Jika makanan jatuh di lantai, kutip balik, buang kotoran jika ada dan memakannya kembali. Makna kata jangan tinggalkannya untuk habuan syaitan.
  • Jangan basuh atau lap tangan sebelum menjilat/menyisip jari-jemari kerana kita tidak tahu makanan mana yang mengandungi berkat.
  • Makanan seorang cukup untuk dua orang, makanan dua orang cukup untuk empat orang dan makanan empat orang cukup untuk 8 orang. Jangan berebut-rebut, jangan tamak haloba.
  • Berkat turun di tengah-tengah makanan. Maka makan dari bahagian tepi dan jangan makan dari bahagian tengah. (Bayangkan sebuah bukit)
  • Jangan mencerca makanan. Kalau nak, makan saja. Kalau tak mahu, tinggalkan. Tak perlu kot cakap sedap ke tak ke manis ke pahit ke apa ke.
  • Melicinkan talam/pinggan kerana kita tidak tahu makanan mana yang mengandungi berkat.
  • Sentiasa makan dengan berlapikkan safrah atau alas. Jangan makan atas lantai semata. Kalau tak ada safrah sangat-sangat-sangat, bertatanglah.
  • Tak perlu memperbaharui wudhuk selepas makan.
  • Duduk di atas tapak kaki dengan menegakkan betis.
  • Selalu makan secara berjemaah.
  • Jika makanan atau minuman dimasuki lalat, benamkan seluruhnya dan keluarkan kerana salah satu kepaknya ada penawar dan satu lagi ada racun.
  • Minum seteguk demi seteguk, bukan sekaligus.
  • Jangan bernafas di dalam bekas air.
  • Jangan hembus ke dalam air.
  • Jangan minum dari bekas air tetapi hendaklah dituangkan ke dalam gelas.
  • Jangan minum berdiri kerana ia menyerupai syaitan kecuali air zam-zam.
  • Jika berbaki sedikit minuman, berikan kepada orang sebelah kanannya.
  • Jika minum susu, buatlah seperti mengunyah kerana di dalamnya ada lemak.
  • Jika ada kemusykilan dengan adab-adab di atas, silalah tanya supaya tidak sesat jalan.

Jadi inilah sedikit sebanyak adab-adab makan dan minum yang diajar Nabi SAW dan wajar dijadikan panduan. Macam gua kata tadi ikut suka lu lah nak pakai cara apa sekalipun, tetapi cara sunnahlah yang akan bawa kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi kalau nampak orang sedang jilat-jilat jari tu tak payahlah kutuk-kutuk dan pandang jijik. Seolah lu memandang jijik cara Nabi SAW. Kalau Nabi SAW sendiri pun lu nak kutuk, wallahu'alam-lah. Nak ikut, ikut. Tak mahu ikut, diam-diam sudah. Tak payah kutuk-kutuk. Ada faham?

Siapa yang selalu makan dengan gua memang gua ada pesan adab-adab ini. Kalau yang dah ikut cara syaitan tu seperti minum berdiri, guna tangan kiri memang gua ada tegur-tegur juga. Alhamdulillah adik gua pun dah bagus adabnya sejak beliau selalu makan sepinggan dengan gua. Semakin erat ukhwah kita orang. He he. Jadi fikir gua sekarang ini adalah bagaimana mesej ini dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam disekeliling kita. Takkanlah gua nak kena makan dengan semua orangkan. Jadi usaha yang patut dibuat oleh orang yang baca ni adalah dengan mengamalkan adab-adab di atas. Dari situ bolehlah lu nasihatkan kawan-kawan lu jika mereka ada buat salah. Maka masyarakat pun maju, makmur, sejahtera dan diberkati. Hoyeah!

Oh ya! Jangan sekadar bagi link Nota Siku saja suruh dia orang baca kerana ianya tak berkesan. Dulu Nabi SAW tak dakwah pakai internet, tak pakai blog. Nabi SAW jumpa setiap orang dan cakap dari hati ke hati. Baru menusuk sanubari. Gua tulis dalam Nota Siku ni cuma untuk menyampaikan maklumat kepada orang-orang yang ada kesedaran. Gua tak perlu followers, readers dan commenters Nota Siku yang  ramai. Cukuplah walau hanya 15 orang yang baca (termasuklah silent reader walaupun tak ada komen) asalkan maklumat itu diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Barulah seluruh umat ini dapat menjadi dai'e. Bukan nak mengharap kepada pak-pak ustaz dan ulamak saja. Sahabat-sahabat RA dulupun bukannya ustaz dan ulamak, tapi mereka berdakwah. Oh! Dakwah itu sunnah terbesar Nabi SAW. Tak mahukah ikut sunnah? Jangan sekadar ikut sunnah bab nak kahwin ramai saja.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

27 comments:

airazulaikha said... [Reply]

fikir fikir fikir dan fikir...
makan makan makan dan makan...
encik habang2 semua, da kawen nati..
bini masak jgn kutuk2, jgn cerca tau..xbaik...
kita ikut cara nabi...
senyum manis2 ya.. :)

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

Bagus!!! tapi ada satu lagi tertinggal. 'Ucapan/Doa lepas makan' (sbb ramai yang lepas makan, sangat suka hati & cabut lari!!!).

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Wahaha.
Kalau bini masak tak sedap, laki masak sendirilah.
Kalau nampak laki makan megi dekat dapur tu, faham-fahamlah.

AA,
Ha ha ha.
Betul betul betul.
Insyaallah lain kali.

hamzah ian said... [Reply]

panjangnye... wah...

tort said... [Reply]

Bijen M.:


selamat raya, ampun dipinta.

lu kasi eksplain sini lebih sikit point nombor 4, 11, 13. bole?

Bijen M. said... [Reply]

Tort,
Maaf zahir batin juga.

4. Tidak menggunakan bekas yang diperbuat dari emas dan perak, kerana kemungkinan berlaku tindak balas kimia yang akan memberi efek kepada kesihatan.
Lagi pula ia simbol tawaduk kerana kita merendah diri apabila menghadap rezeki Allah SWT.

11. Bila nak makan, sentiasa lapikkan alas.
Tak kiralah alas surat khabar, kain plastik atau apa-apa.
Supaya makanan yang jatuh keluar pinggan masih bersih dan boleh dimakan.
Kalau tak ada safrah sangat-sangat-sangat, dekatkanlah pinggan ke mulut supaya makanan tidak tumpah.

13. Sebelah kaki dilipat manakala sebelah lagi ditegakkan.
Macam kita duduk antara dua sujud, kemudian kaki kanan ditegakkan rapat ke dada.
Jadi macam bersiap sedia nak lumba lari.
Ini kerana perut kita terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang udara, air dan makanan.
Duduk sebegitu akan memudahkan makanan yang kita makan masuk ke tempat yang sepatutnya.
Duduk sebegini juga mampu meramaikan jemaah yang makan dalam satu talam.
Bayangkan kalau makan bersila, berapa orang saja boleh muat.
Tapi kalau duduk sebegini, 7 orang pun boleh muat setalam.

Sekian.

limauais said... [Reply]

kalo masa tgah2 melahap,bru tringat lupe baca bismillah,gua nk buat macam mane?byk dah kes macam ni tjadi kat diri gua.hahaha.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Bagus soalan anda.
Bacalah "Bismillahiawwalahu waakhirahu". (Dengan nama Allah di awal dan diakhirnya)
Syaitan akan memuntahkan semula apa yang dimakan.

Bijen M. said... [Reply]

HI,
Eh tertinggal.
Ha ha.
Tak panjang tak sah.

AMMOSHAM said... [Reply]

Nota Untuk Lelaki / Boifren / Suami / Pemimpin Sejati

hadis yang lu tampal ni buat gua rasa insaf kejap...

Bijen M. said... [Reply]

Ammo,
Jangan sekejap saja der.
:D

Noor Asyila said... [Reply]

haha, post ni mcm perli post beraya sakan+makan sakan kat blog sy je.huaa~

Bijen M. said... [Reply]

NA,
Eh.
Post ni keluar dulu baru post anda okeh.
Haa.
Tiru lagi.
Ha ha ha ha ha.

Noor Asyila said... [Reply]

eh ye ke?
tak perasan sbb baru usha hari ni post ni.

maaf, asek tiru je. T_T

syznmy said... [Reply]

Terima kasih untuk entri2 yang ada. Pendekatan yang sedap (:

Bijen M. said... [Reply]

NA,
Ha ha ha.
Sayunya dengar.
:D

Syznmy,
Terima kasih kerana memakannya.
He he.

Pisyek said... [Reply]

>> Duduk di atas tapak kaki dengan menegakkan betis.

aku rase kalo ade pic lagi best... nk nk model dlm pic tu adalah ko... hehe...

xD

Bijen M. said... [Reply]

Pisyek,
Aaa.
Gambar gua tak best.
Ha ha ha.
Boleh rujuk link ni untuk tengok gambar dan info tambahan - Cara makan ikut sunnah

Nazz@Purple said... [Reply]

nasihat terbaik! tima kasih ye..

Bijen M. said... [Reply]

Nazz,
Sama sama.
Faham, amal dan sampaikan ye.
Bagitahu adik-adik, mak bapak dan semua orang yang kita sayang.
Paling jelas minum dengan tangan kiri tu.
Susah orang nak ubah.

Myra Arshad (: said... [Reply]

fuhh. berpinar pinar mata aku baca dalam gelap. heh. seb baik background wrna hitam *tetibe

bagus btl la en.bijan ni. selalu share pendapat. alhamdulillah. sedikit sebanyak dah merubah cara aku makan.

btw, betul ckp aira. nanti isteri masak, sila jangan cerca. HAHA.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Disklaimer - Nota Siku tidak bertanggungawab jika pembacanya rabun.

Ha ha.
Amallah dengan istiqamah.
Apasal cakap kat gua?
Cakaplah dengan suami lu.
Hak hak hak.

Myra Arshad (: said... [Reply]

HAHAHAHA.

Anonymous said... [Reply]

salam bro,
makan dari tepi tu macam mana?
habiskan tepi pastu makan tengah?

gua terpaksa tanya sebab takut sesat jalan.hehe

Bijen M. said... [Reply]

TN 14:34,
Salam.
Maksudnya di sini, cuba anda bayangkan nasi dalam pinggan/dulang itu disusun dalam bentuk bukit.
Kita makan di bahagian tepi yakni kaki bukit.
Nanti nasi dari tengah akan jatuh ketepi.
Boleh faham?
Atau lebih senang, ambil nasi yang lebih hampir dahulu dengan kita iaitu di bahagian tepi pinggan.

Anonymous said... [Reply]

Salam,
Tumpang tanya..kenapa pulak minum air zamzam leh berdiri.tolong huraikan.terima kasih.

Bijen M. said... [Reply]

TN 14:18,
Salam.
Diriwayatkan Nabi SAW pernah meminum air zam-zam sambil berdiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...