30.9.10

Disko tanpa risiko?

Kehidupan sebagai seorang bapa tunggal memang mencabar. Sejak gua kematian isteri 13 tahun yang lalu, gua terpaksa memikul tanggungjawab sebagai isteri, emak dan juga bapak kepada anak-anak gua. Macam mana gua menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, itu lu tak perlu tahu. Heh! Isteri gua mati ketika melahirkan anak gua yang terakhir. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Kehidupan sebagai seorang bapa tunggal memang mencabar. Malam itu gua ditolong anak gua yang berusia 5 tahun menyediakan makanan untuk adik-beradik yang lain. Eh! Bini gua dah mati 13 tahun tapi anak gua yang bongsu baru berumur 5 tahun? Tak logiklah pula. Harap lu boleh abaikan.

Kehidupan sebagai seorang bapa tunggal memang mencabar. Sepanjang menyediakan makanan, kami anak beranak berbual isu politik semasa. Gua kesian dengan beliau pasal cakap tak lepas. Lidah beliau kejang. Siang tadi beliau buat eksperimen letak bateri petak Energizer 9V dekat lidah. Beliau kata beliau nak jadi Iron Man. Gua geleng kepala saja. Gua mula terfikir macam manalah keadaan kita nanti dalam kubur. Mulut tak boleh nak cakap. Yang bercakap adalah anggota badan kita. Keadaan anak gua hari itu sikit sebanyak menginsafkan gua.

Sementara menunggu anak-anak gua yang lain balik tuisyen, gua dengan anak bongsu gua itu duduk menghadap talam hidangan sambil bermuzakarah bagi memperkemas adab makan. Anak-anak ni perlu dididik dari kecil. Kalau tak esok besar dia orang liat nak amal. Bak kata radio, anak-anak ibarat kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan masa depannya.

Assalamualaikum!

Bunyi orang bagi salam dari luar rumah. Anak-anak gua baru balik tuisyen. Gua pun menjemput mereka duduk makan sekali. Inilah rutin kami anak beranak. Makan setalam memang mengeratkan ukhwah. Di samping menimbulkan kemesraan, ia juga memudahkan proses mengemas dan sebagainya. Lain kali gua cerita apa kelebihan makan dalam talam ni. Gua pun macam biasa memberi suapan pertama ke setiap mulut anak-anak gua. Moga-moga mereka menjadi anak yang soleh, solehah dan taat.

Oh! Gua tak pernah bajet pun gua ni bapa mithali. Jauh panggang dari api. Gua hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Gua tak nak masuk neraka sebab kelalaian gua. Bagi mualaf, lu tahu tak ada 4 golongan lelaki yang tak dapat masuk syurga disebabkan wanita? Boleh baca di sini untuk menambah pengetahuan.

Sedang kami anak beranak makan, anak gua yang sulung mengemukakan pertanyaan.

"Abah! Along nak pi konsert halal boleh?"

Gua tersedak. Ada pula wujud term 'konsert halal'.

"Konsert apa tu?"

"Alar. Konsert dekat dewan besar hujung taman tu. Ada artis best. Ada band rock. Lepas tu ada sekali nasyid. Tak ke halal gitu?"

Gua geleng kepala.

"Anakku..." gua pun memulakan sesi penerangan bajet gaya macam Luqmanul Hakim menasihat anak-anaknya.

Terdapat beberapa garis panduan bagi hiburan dalam Islam.
  • Muzik yang disampaikan tidak ada perkataan yang bertentangan akidah, menyalahi syariat, memburukkan Nabi SAW dan sahabat, meragui kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja wanita.
  • Tidak berlebihan sehingga hak-hak Allah SWT dan kewajipan lain terabai.
  • Muzik tersebut tidak mempunyai unsur maksiat dan lagha seperti membawa rangsangan nafsu melalui tema cinta, luahan perasaan dan kerinduan.
  • Hiburan yang tidak diiringi dengan instrumen bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton mengikut rentak sambil melompat, menjerit dan bersorak menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
  • Pembuat persembahan dan para penonton menjaga aurat, tidak melakukan gerak memberahikan dan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan.
  • Tiada percampuran laki perempuan bukan mahram hingga membawa persentuhan, tiada majlis tari menari dan seumpamanya.
  • Penyanyi hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya lelaki dan wanita, dan jika tertutup dan dihadiri wanita bolehlah penyanyi dari kalangan wanita.

Itulah sedikit sebanyak garis panduan yang selalu dicanang oleh sebuah badan dakwah sewaktu gua menuntut di sebuah universiti dulu-dulu.

"Sebab tu abah tak pernah pergi Euphonoius waktu dekat UTP dulu." terang gua bangga kepada anak-anak.

Gua memandang konsert yang cuba diadakan di hujung taman itu seperti secawan arak yang cuba dihalalkan dengan dimasukkan air Zam-Zam. Oh oh! Gua seperti dapat menghidu hedonisme gaya baru ini. Macam kawan gua cakap, ibarat seorang pencuri yang membaca Bismillah sewaktu nak memulakan kerja mencuri. Macam kawan gua cakap lagi, disko pun boleh jadi halal kalau ada pasang lagu nasyid. Wow!

"Tapi abah, konsert tu Kerajaan X yang anjurkan. Dia orangkan Islamik. Dia orang pun ada anjurkan pertandingan Chess peringkat nasional. Bukankah main Chess dikatakan haram oleh 3 Imam Mazhab? Hanya satu Imam saja berkata makruh. Boleh je dia orang anjurkan secara besar-besaran." anak gua cuba berhujah.

"Anakku. Islam tak pernah silap. Islam tak pernah cacat. Tapi parti Islam, jemaah Islam dan orang Islam tak akan lari dari buat silap." gua balas balik.

"Ooo. Jadi tak bolehlah nak pi ni? Tapi dulu-dulu awat abah boleh je pi gig, konsert semua tu? Siap ada gambar dengan artis lagi. Maja Ivarsson-lah, Fabrizio Moretti-lah, Ramlah Ram-lah, Naza The Times-lah, The Sounds-lah, The Stroke-lah macam-macam lagilah. Nama abah Bijen M. tu pun asalnya Bijen Moretti kan?" anak gua cuba mengembalikan memori silam.

Hampeh! Macam mana gua boleh kantoi pula ni? Gua rasa akaun MySapace dan Friendster gua dah habis gua delete.

"Anakku. Dulu zaman penjajah. Kau orang kena faham." gua balas pendek.

Kenangan masa lampau mula kembali ke dalam otak gua. Kali terakhir gua jumpa sek-sek artis ni bulan 6 yang lalu. Gua jumpa Radhi OAG waktu ijtimak dekat Masjid Sri Petaling. Gua ingat lagi baju yang beliau pakai tu sama dengan baju waktu kes beliau menyanyi dekat mahkamah pasal kes minta cerai oleh bini beliau. Gua syak beliau memang terkesan dengan kes minta cerai tu dan betul-betul nak berubah jadi suami yang baik kot. Lepas tu gua dah tak dengar khabar berita. Ayat beliau yang terakhir ada gua sematkan dekat kolum 'Tukang Cakap' dekat kanan blog Nota Siku ni. Bolehlah ushar tengok.

Oh! Tiba-tiba baru gua baru perasan hari jadi Maja Ivarsson jatuh pada hari Sabtu ini iaitu 2 Oktober. Hampeh! Ni semua pasal anak gualah ni. Habis semua memori kisah silam gua teringat.

"Macam inilah anak-anakku. Kalau nak tengok konsert, nanti abah bawa belanja pergi tengok Maher Zain 15 Oktober nanti. Oke?" gua cuba memujuk anak-anak gua.

Mereka semua menyambut riang ajakan gua.

"Abah abah. Besday abah Sabtu ni abah nak hadiah apa?" anak-anak gua bertanya serentak.

"Eh. Besday abah juga ke Sabtu ni? Ingatkan besday Maja Ivarsson saja. Ha ha ha. Abah tak nak banyak. Abah nak isteri baru je. Boleh? He he he."

"Abahhhhh...."

P/S: Cerita rekaan. Tak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik, badan pelajar, badan dakwah ataupun universiti. Sila jangan perasan!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

31 comments:

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

Eh,pulak...tetibe je? bapak instant ke ni?

Half said... [Reply]

HAHAHAHA... ko nk bini muda or yg tua? =P

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Ha ha.
Bapa rekaan.
:)

Half,
Tak kisahlah mana-mana.
Janji boleh take care anak gua.
Ha ha.

Norhayati Rostam said... [Reply]

perasan posting ni pasai tengok kat dashboard.
wahaha.
dah tua upenye pak cik ni eh.

leh lak kantoi gambar2 ngan artis2 noh.

yang takleh blah, Bijen Moretti.
Pak cik ni adik-beradik dengan Fabrizio Moretti ka?

wakaka.
Saya suka watak2 anda dalam kisah nota siku.

airazulaikha said... [Reply]

wahh2..nak jadi ank jugak boleh tak..
sonok-beronok la ada bapak mcm bijen nih..hehehhe
p/s: nak ikut g tgk maher zain..hehehhe

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Tak adalah tua lagi.
30an baru.
Ha ha ha.
Nak buat macam mana.
Budak-budak zaman sekarang ni hi-tech.

AZ,
Ceh.
Nak jadi anak sebab nak follow pergi konsert Maher Zain je.
Tak ikhlas langsung.
Ha ha ha.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

membaca blog bijen MORETTI(Hahah!) sambil terasa..
eh2..
kenapa ya?

|| A r a W a n i || said... [Reply]

membaca blog bijen MORETTI(Hahah!) sambil terasa..
eh2..
kenapa ya?

Anonymous said... [Reply]

sepanjang aku jalan dekat kaki lima penuh poster hijau-putih-hijau-putih promot sal konsert ni..
=_="

limauais said... [Reply]

senang2 buat je concert kat rumah.
nyanyi lagu nasheed dgn anak2.
lagi selamat dari gejala2 x bermoral idak?hehe.

Myra Arshad (: said... [Reply]

fuh. penuh dengan imaginasi la lu brader. kejap ade bini, kejap mati bini. nanti tetibe dua bini pulak. yer dok? *lu selalu ckp mcm tu kan? :p*

fye said... [Reply]

sebek abah pernah jadik komiti kuat Kembara Sufi, bleh cite kat anak.haha.

sastraboy said... [Reply]

yang list lu beb, nombor empat tu, buat gua terasa. agh! gila terasa! haha.

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
Ha ha.
Terasa kenapa pula?

TN,
Hijau putih hijau putih ye?
Ha ha.

LA,
Tulah.
Nak kena cari bini baru cepat-cepat.
Baru anak-anak tak dahaga kasih sayang seorang ibu.

MA,
Yer la kot.
Ha ha ha.
Tunggu dan lihat.

Fye,
Ha ha ha.
Nasib baiklah ada contoh terpuji juga.
:D

Sas,
Ha ha.
Rilek rilek.
Terasa dahulu pendapatan.
Terasa kemudian tidak berguna.
He he he.

af [ R ] ed said... [Reply]

haha,
boi! ang pi dak maher zain ?
hilite besday nampak. hahaha

Bijen M. said... [Reply]

Af,
Banyak duit lu nak pi?
Ha ha ha.
Gua hilite besday kot-kot ada orang nak belanja gua pi.
Manalah tau kan.
Mencuba nasib.
Hak hak hak.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

"arak dicampur zam-zam"
"mencuri baca bismillah"
"disko halal ada nasyid"

Gila simbolik la bro..
boleh buat buku ni, try cuba nasib cam Hilal Asyraf, budak tu baru 21 dah femes,..

semua simbolik tu merujuk kepada
"talbis haq bil bathil"
campur haq n bathil

salam

Half said... [Reply]

weh, aku jumpe disco ada nasyid kat KL..
jom pergi..

Bijen M. said... [Reply]

IM,
Ha ha ha.
Saya bukan pandai mengarang pun.
:D
Oh thanks untuk info.
Apa hukumnya untuk itu?

Half,
Halal ke?
Ahaks.
Dekat UTP pun ada.
Tak payah jauh-jauh.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

HARAM! HARAM ! HARAM!

amalan orang yahudi dan munafiq.
campur adukka yang dari allah, dan dari logik sendiri dalam agama.
akhirnya kene laknat Allah.

wallahua'lam.

p/s; emosi ckit. buka website ni
http://www.tafsir-quran.com/

tengok tafsir surah ali-imran dari ayat 60 ke 120. banyak cerita kemungkaran yahudi

Ibnu Mutalib said... [Reply]

maaf bijen moretti, hukum tergantung pada u'ruf dan waqi'.

wallahua'lam,tanya ustaz azhar.

ana teringat pesan kawan jangan trus bagi hukum macam mufti.

maaf

Bijen M. said... [Reply]

IM,
Tapi perkara yang sedia ada haram memang tak patut dihalalkan.
Dah lupa pasal yang menerangkan ini yang kata telah jelas halal haram sesuatu perkara.
Sama juga macam analogi di atas tadi.
Air arak tak akan menjadi halal jika dicampur air Zam-Zam.

Apa yang saya nak tekankan di sini adalah analogi perbuatan meletakkan air Zam-Zam itu sendiri.
Kenapa perlu nak diletakkan?
Biar sajalah arak itu sedia ada haramnya.

Macam juga Akedemi Fantasia.
Sudah terang-terang ada percanggahan, tapi masih lagi nak siarkan majlis baca doa dari alim ulama kononnya direstui dan minta berkat dari Allah SWT.
Itulah yang banyak berlaku sekarang.

Ibnu Mutalib said... [Reply]

heh... talbis haq bil bathil, tak silap ana banyak ustaz yang huraikan ayat ni. terutama ustaz2 hijau.

gi haji guna duit rasuah pun xleh gak,
gi umrah guna gaji menyanyi pun sama.

hmmmm,moga2 Allah bagi kita kekuatan.
apsal geng2 Allah Rasul cam Azhar Jaafar dan ziarah 76 tak pernah nampak komen blog ni?

Bijen M. said... [Reply]

IM,
He he.
Itulah wallahu'alam.
Moga Allah SWT bagi kita petunjuk untuk menjauhi kebatilan.

He he he.
Saya tak femes pun.
:D

Norhayati Rostam said... [Reply]

macam ada pertambahan la kat bahagian tukang cakap tu

sastraboy said... [Reply]

gua suka perumpaan lu. haha.

taknak try job kat dbp? hehe.

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
Ha ha ha.
Pertambahan ayat waktu raya hari tu.
Diskas diskas pasal calon bini idaman.
Kah kah kah.

Sas,
Ha ha.
Sekali baca macam lu tulis 'gua suka perempuan lu'
Heh.
Siapalah gua.
Penulis picisan.
Tulis untuk suka-suka saja.
:D

Mell said... [Reply]

kalau bini da mati 13 tahun, anak last baru umo 5 tahun, kire ko da bebini baru daa.hahaha.

hiro said... [Reply]

keh2..igt 1001 komen.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

heh..
saja mahu terasa...
=)

Bijen M. said... [Reply]

Mell,
Tak semestinya.
Anak angkat mungkin.
Ha ha ha.
Baca bebaik - "Kehidupan sebagai seorang bapa tunggal memang mencabar."
Ha ha ha.

Hiro,
1001 tu seribu satu.
Seribu satu macam.
Ha ha ha.

Ara,
Ha ha.
Nak terasa pun tak kisah.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...