13.9.10

Di hari raya ini gua fikir gua nak kahwin.

Oke semua! Dah lebih seminggu gua tak update Nota Siku. Adalah sikit-sikit gua reply komen dan jawab soalan dekat Formspring. Facebook pun tak berapa update sangat. Bukan apa, sejak kebelakangan ini gua sibuk sikit menguruskan hal rumah tangga. Tambahan pula orang rumah gua pula dah sibuk nak bersalin tak lama lagi. Jadi terpaksalah gua fokus dekat beliau buat sementara. Heh!

Sebenarnya gua pun baru balik dari Cameron Highland (CH) sehari sebelum raya iaitu Khamis lepas. Lebih kurang 6 hari juga gua habiskan masa cuti gua bertapa dan beriktikaf di sana. Habis satu CH gua khatam dari semaju-maju pekan sampailah seceruk-ceruk pedalaman kampung orang asli. Part orang asli nanti gua story lain.

Belanja makan, pakai, hidup, minyak kereta gua dari UTP-CH-UTP-PB lebih kurang RM 30 saja sepanjang 6 hari gua di sana. Haa! Inilah namanya berkat jemaah dan buat kerja agama. Hoi! Tu baru 6 hari. Tak tengok lagi orang pergi bercuti 4 bulan dekat 3 buah negara dekat oversea cukup dengan hanya RM 3k saja. Haa! Tak percaya sudah. Apa pun pasal duit belakang kira. Yang penting semoga Allah SWT terima pengorbanan tersebut.

Berbalik kepada tajuk di atas, lepas gua jalan-jalan raya baru-baru ni, gua ada fikir-fikir nak kahwin cepat-cepat. Bila dah ada bini nanti gua nak jalan-jalan raya dengan bini gua pula. Oh sebelum itu, sila abaikan jika lu rasa pernyataan ini tidak tally dengan pernyataan di perenggan pertama tadi kerana sesungguhnya itu hanyalah fiksyen semata.

Oke sambung balik. Calon bini gua mungkin orang asli yang gua jumpa di CH tempoh hari. Kah kah kah! Belanja pun murah. Pencemaran budaya barat pun kurang. Memang into-lah dengan target gua. Ha ha ha! Bagi mualaf, sebaik-baik wanita adalah yang rendah maharnya (mas kahwin) dan hantarannya manakala sebaik-baik perkahwinan adalah yang tidak membazir.

Sebab apa gua selalu ambil peduli pasal kahwin harga murah ni? Ada orang kata ke gua bila kahwin harga murah-murah ni menunjukkan orang tu tak ikhlas. Dia anggap kahwin ni perkara main-main. Ada juga yang tuduh letak harga murah sebab nak kahwin banyak. Kejadah apa semua ini? Mari sini pasang telinga, buka mata luas-luas gua nak cerita sebab apa kena kahwin harga murah-murah.

Pertama sekali cuba lu imagine lu ada RM 15k selepas lu susah payah kumpul bertahun-tahun berhempas-pulas bekerja. Kemudian lu pun nak kahwin dengan kos belanja perkahwinan RM 15k juga. Sudah-sudah apa lu dapat lepas habis kahwin? Oh! Dapat kenikmatan, kemahsyuran, kebahagiaan. Ceh! Tak cerdik langsung.

Sekarang lu imagine pula lu ada RM 15k selepas lu susah payah kumpul bertahun-tahun berhempas-pulas bekerja. Kemudian lu pun nak kahwin dengan kos belanja perkahwinan RM 5k saja. Nampaknya lu ada balance lagi RM 10k. Apa lu boleh buat dengan duit itu? Lu dah boleh berlapang dada kerana makan minum lu untuk beberapa bulan akan datang insyaAllah dah terjamin. Oh! Lu juga boleh guna duit tersebut buat beli periuk belanga, peti ais, TV dan segala perkakas untuk rumah baru lu itu. Malah tilam spring pun boleh dibeli untuk menjamin keselesaan semasa melakukan persetubuhan. Inilah sebenarnya nikmat kebahagiaan yang berpanjangan.

Lagi satu gua pelik kejadah apa nak panggil orang besar-besar, VIP-VIP dan kenamaan datang kenduri kahwin kita. Gua rasa tak lain dan tak bukan hanyalah untuk riak-riak dan bodek-bodek saja. Inilah penyakit orang kita. Zaman Nabi SAW dulu, seorang sahabat tu kahwin sampai tak jemput pun Rasulullah SAW ke kendurinya. Kecil-kecilan saja kenduri dia buat. Maka di zaman ini, apa salahnya kenduri lu buat ala kadar saja dan jemput anak-anak yatim dan fakir miskin datang menjamu selera. Hoi! Bayangkan 40 orang anak yatim semua cakap 'Barakallahulakum' kat lu orang, tak ke berkat perkahwinan tu? Lu fikirlah sendiri.

Kemudian dengan asbab kahwin murah ini juga mampu mengurangkan gejala-gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Kes rogol, zina, buang anak dan lain-lain. Islam ni agama yang memudahkan, bukannya menyusahkan. Sudah fitrah manusia inginkan pasangan untuk berkasih sayang. Islam dah tunjuk jalan terbaik untuk berkasih sayang iaitu dengan cara perkahwinan. Tapi penyakit orang kita yang nak memberatkan perkahwinanlah yang menyebabkan segala gelaja sosial ini berlaku.

Mana tidaknya. Nak kena ada degree-lah, nak kena ada gaji besarlah, tak mahu yang kerja jual burgerlah, tak mahu ahli muziklah, nak yang lawyer-lah, tak mahu yang tak ada masa depanlah, itulah, inilah. Menyampah! Semua ini menjadi punca anak-anak kita bercinta lalu melakukan zina. Sebenarnya ibu bapalah yang wajar dipersalahkan bila ada gejala zina, buang anak dan sebagainya sebab mereka tidak prihatin dengan fitrah anak mereka. Tak perlu salahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa itu. Mereka hanya sekadar menurut fitrah.

Bayangkan kalau anak-anak lapar, tentu lu masak dan bagi mereka makan. Itu fitrah. Sebab mereka ada mulut. Begitu juga kalau anak-anak ini dahagakan kasih sayang dan percintaan. Mak bapak kena main peranan dengan kahwinkan mereka dengan cara yang halal. Itu fitrah. Sebab mereka ada alat kemaluan. Oh! Jangan sebab lu yang nak mengejar masa depan cerah dan kekayaan, anak-anak lu tergadai maruah. Hampeh namanya tu. Lu yang bertanggungjawab nanti sebab tak sempurnakan fitrah mereka.

Sekarang nak tahu apa magiknya kahwin ni? Sesungguhnya dengan berkahwin seseorang itu sudah melengkapkan separuh dari agamanya. Macam gua cerita dekat nota lepas, gua dapat hidayat sebab gua fikir kahwin. Sebenarnya dengan fikir kahwin, akan mendorong kita berubah menjadi seseorang yang bertangungjawab. Tak payah sampai kahwin betul-betul. Hanya sekadar fikir kahwin saja. Fikir saja. Diulang, FIKIR SAHAJA! Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ usaha akan terhasil.

Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha nak merubah diri supaya dapat menjadi seorang lelaki yang berkaliber, berakhlak mulia dan beragama. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha untuk bekerja mencari wang untuk menampung keperluan bersama. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha merancang kehidupan kita di hari-hari seterusnya. Bila kita fikir kita nak kahwin, dari situ kita akan berusaha merancang supaya keluarga kita terselamat dari api neraka.

Itulah magiknya perkahwinan. Bila dah berkahwin, pahala pun bertambah. Nak buat ibadat pun senang. Perempuan nak masuk syurga pun senang. Masalah sosial makin berkurang. Umat Islam bertambah ramai. Oh! Banyak lagilah kalau nak cerita pasal kelebihan berkahwin ni. Nanti gua kena buat entri lain. Jadi, fikir-fikirlah untuk berkahwin.

Kepada mak bapak, janganlah halang anak-anak nak kahwin. Perbuatan itu seumpama menghalang anak-anak nak makan. Tak baik tau menafikan kehendak fitrah anak-anak yang dahagakan kasih sayang ni. Nanti anak-anak rosak, siapa yang susah? Kalau dia orang tu tak cukup duit, bantu-bantulah sikit. Tolong carikan lubang-lubang pekerjaan sampingan untuk mereka pun jadilah. Kalau baik lagi, sponsor saja perkahwinan mereka.

Walaupun usia mereka masih muda, itu tak salah. Sekurang-kurangnya mereka dah boleh belajar berdikari di usia muda. Sekurang-kurangnya mereka dah ada tanggungjawab nak dipikul. Tak adalah mereka membuang masa tak tentu hala berkawan dengan orang tak ketahuan keluar hingga ke tengah-tengah malam. See! Masalah sosial akan selesai.

Sudahlah. Malas gua nak cakap banyak. Lu fikirlah sendiri mana baik, mana buruk. Sebenarnya gua nak buat entri pasal benda lain. Sekali meleret bab kahwin pula. Kira halallah. Sebelum berakhir cuma satu pesanan gua, kahwinkanlah anakmu itu. Ingat! Kahwinkanlah anakmu itu cepat-cepat. Oh! Kahwinkanlah cepat-cepat. Cepat-cepat tau.

****

Dekat Pakistan, rata-rata orang Islam yang mempraktiskan agama di sana berkahwin pada umur 20 tahun. Sebab bila umur 40 tahun, mereka boleh berkira-kira untuk menyerahkan urusan perniagaan mereka kepada anak mereka. Maka bolehlah mereka fokus untuk buat kerja agama dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

35 comments:

Myra Arshad (: said... [Reply]

okay jap. nk pikir. heh!

kena bagi family aku baca ni entry ni! HAHA

Myra Arshad (: said... [Reply]

okay jap. nk pikir. heh!

kena bagi family aku baca ni entry ni! HAHA

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Benar itu benar.
Timbulkan kesedaran.

Benrauf 2.0 said... [Reply]

entri terbaik dari lu. tapi kalau dah namanya melayu budaya orang kita yang berkerak tu memang susah nak diubah. apapun semoga cepat tuan hamba bertemu jodoh.

salam eidulfitri saudara bijen. maaf zahir dan batin.

Noor Asyila said... [Reply]

setuju! bagus kawen awal ni.
semoga diri masing2 diketemukan dengan jodoh yg terbaik :)

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Ha ha.
Kita yang sedar diri nilah kena buat perubahan.
Memang akan ada sikit pergeseran macam Kaum Muda dengan Kaum Tua dulu-dulu.
Tapi sampai bila kita nak jadi pak turut kalau tak mahu ambil risiko.
Yer dak?
Tapi orang dulu-dulu pun kahwin muda apa.
Sekarang saja kebanyakan kita lalai dengan harta dan pangkat.
Oh.

NA,
Eh.
Ni lah Noor Asyila tu?
Ha ha ha.
Amin.
Semuga dipermudahkan.

Noor Asyila said... [Reply]

ye, ni lah noor asyila. adeh, sgt terkejut bila kat rumah kak fye ritu ada org bertanyakan

'ni lah noor asyila tu?'

*blur*

Cik Akma said... [Reply]

tehee. mmg ingin ke arah itu. insyaAllah. :)

Bijen M. said... [Reply]

NA,
Ha ha.
Memang saja nak bagi terkejut pun.
Perasan kat dalam FB Nota Siku rasanya.
Antara yang terawal like.
He he.

CA,
Wahh.
Bagus bagus.
Nanti jemput ya.

Luna said... [Reply]

salam bijen. aku makin malas baca blog kau.

ps: kenapa aku rasa macam bukan kawan dah dengna kau eh?

Luna said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

Luna,
Ha ha ha.
Sebab kau emo dengan aku pasal Cerkas hari tu.
La la la la.
Aku tunggu kau kool sajalah.

Anonymous said... [Reply]

takyah pk psl kawen pun xpe kot..
yg pnting pk psl TANGGUNGJAWAB..ye dok?

Bijen M. said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

TN,
Fikir pasal kekayaan memudahkan kita fikir dan membuat perancangan cara-cara menjadi kaya.
Fikir pasal kahwin memudahkan kita fikir dan membuat perancangan cara-cara menjadi orang yang bertanggungjawab.
Kesimpulannya, fikir jauh dan luas akan memudahkan ujian dan dugaan yang kecil.

Secubit garam akan memasinkan secawan air.
Tapi secubit garam sukar memasinkan sebesen air.

Garam itu ujian.
Air itu azam.

Yer dok?

Anonymous said... [Reply]

iyelah..bkn tanggungjawab sbgai pasangan je kena pk, tanggungjawab kpd ibu bapa, adik2, kawan2, org tua, golongan trtindas selari dgn umur kita skrg pn kita kena pk jgk.
kalo skrg umur baru 10 taun xkn nk pk psl kawen kn? bg aku, stiap peringkat umur dan situasi ada tanggungjawab yg brlainan.
yg pnting niat tu. mgkin juge Allah xtemukan kita dgn jodoh smpi temui ajal sbb Dia galaskn tnggungjawab yg lebih besar utk kita. believe in qada' dan qadar. sesungguhnya stiap sesuatu yg Tuhan takdirkn pasti ade hikmah dan peranannya. ye dok? peace :)

Bijen M. said... [Reply]

TN lagi,
Siapa kata tanggungjawab dengan pasangan saja?
Tanggungjawab itu secara tak langsung akan ke arah pasangan, anak-anak, keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan agama.
Percayalah.
Itulah hikmah perkahwinan.
Cuba fikir kenapa ditakdirkan Nabi SAW berkahwin dahulu sebelum baginda diangkat menjadi Rasul?
Kenapa tak diangkat menjadi Rasul sewaktu baginda masih bujang?
Cuba kira berapa ramai pemimpin-pemimpin negara yang masih bujang?
Maksud saya di sini adalah gerbang perkahwinan merupakan salah satu medium pentarbiahan diri.
Kalau budak yang baru berumur 10 tahun sudah boleh fikir pasal kahwin, bukankah cukup matang namanya?
Dia sudah boleh fikir bagaimana dia nak usahakan agar keluarganya semua cukup makan.
Yer dok?

Anonymous said... [Reply]

bknnya aku xsetuju dgn apa yg ko smpikn tp aku xberapa galakkn kahwin awal ni. bknnya apa pasti ada sebab ibu bapa mghalang. mereka inginkn yg trbaik utk anak2. yelah..mereka da mkn garam lebih awal dr kita. mgkin mereka xmahu kita memilih pasangan yg slh sbb perkahwinan ni bknlah sehari saja tp kalo diizinkn tuhan smpi ke akhir hayat. jika trlalu diturutkn hawa nafsu anak2 lain pula jadinya. mgkin bercerai berai dan yg jd mgsa anak2 juga. ada yg lari dr masalah keluarga dgn mengikut kwn2 yg slh dan mnjadi smph msyarakat. maksiat lebih brleluasa. ada juga yg hadapi tekanan dan takot nk brumah tgga pula slps lihat ibu bapa brcerai.
bg aku, semakin kita brusia semakin kita matang mmbuat keputusan. kita juga jumpa lebih ramai calon yg mgkin lebih baik dr yg kita ada skg. jadi fikir2lah..yg pntg niat tu. peace :)

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Ha ha ha.
Tak habis lagi.
Oke.
Sebenarnya ibu bapa tak menghalang.
Tapi mereka tersekat dengan mentaliti pemikiran zaman sekarang.
Terlalu ikutkan suasana yang mengejar materaliti dan jaminan.
Padahal mak bapak dan atuk-atuk kita dulu pun berkahwin di usia muda.
Btw, tak semestinya kita yang memilih pasangan.
Mereka juga boleh memilih pasangan untuk kita.
Kebanyakan kes cerai berai adalah kerana perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa atau perkahwinan yang diluar pengetahuan keluarga.
Jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan baik, insyaAllah keberkatan Allah SWT akan mengiringi.
Dan jangan hanya melihat perkahwinan yang kecundang kerana ia adalah jumlah yang kecil jika nak dibandingkan dengan perkahwinan yang berkekalan.
Btw, tak ada siapa salah tak ada siapa betul.
Masing-masing ada cara tersendiri.
Tapi yang pasti dengan perkahwinan dapat melengkapkan separuh daripada agama.

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah SWT Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)

Anonymous said... [Reply]

btol tu..hehe mgkin pndangan kita brbeza. even islam pn ada 4 mazhab. yg pntg niat tu(dah 3x ulang) haha slmt hari raya maaf zahir batin :)

Bijen M. said... [Reply]

TN,
"Aku suka pada banyak pandangan, supaya umat ini banyak berfikir dan memudahkan mereka..."

Ha ha ha.
Setiap amal itu dengan niat.
Selamat Hari Raya ke 8.
Maaf salah silap.

Luna said... [Reply]

aku tak emo lah!!!!!!!!!!!!!!!!

Bijen M. said... [Reply]

Luna,
Ha ha.
Baiklah.
Saya minta maaf zahir batin kerana tidak bersyukur dengan pemberian Cerkas tersebut.
Sepatutnya saya berterima kasih banyak banyak banyak.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam tuan..
wah hebat perbincangan di sini....Baguslah..barulah lebih berilmiah blog ni....=)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Salam.
Ha ha ha.
Dah habis berbincang baru nak menyampuk.
Lain kali awal sikit.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

biasalah sibuk uruskan hal2 pertunangan..........=)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Wahh.
Bertunang dulu dari saya.

limauais said... [Reply]

Aku sokong part ibu bapa jgn halang anak kawen.
sepupu aku bru lepas spm trus kawen.muda tang2 lagi.tapi bagus la die kawen awal2,drpd die kuar deting sentuh sana sini dengan lelaki bukan muhrim,baek kawen idak?

ko ni bile nk kawen?dari dulu lagi ckp hal kawen,xkawen2 sampai kesudah.haha.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Ibu bapa tak boleh halang.
Anak-anak pula tak boleh paksa.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Jadi carilah redha Allah SWT.
Saya sekarang sedamg jek mak sayalah suruh kahwinkan saya dengan mana-mana gadis.
Hak hak hak.

Salman Hasamuddin said... [Reply]

salam sedare bijan,
bersetuju dgn post ini.
aku doakan ko dapat pasangan yg solehah.

:)

Bijen M. said... [Reply]

SH,
Amin.
Kau pun sama Salman.
Mari datang kita doa sama-sama.
Hak hak.
:D

matadore said... [Reply]

bro, member aku ade yang dah terbabas bab-bab zina ni.


pening aku.
ini gara-gara so-sial!

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Pening eh?
Al-Quran dan sunnah penyelesai masalah.
Kembali kepadanya.
:)

Anonymous said... [Reply]

salam mr bijen,

sy sgt2 pissed off bila org kata, "wei ko da 24 da xde pakwe, nnt ko nak kawen ngn sape. bila da tua da xlaku da"..dorg ni mcm percaya ngn mulut je kot hakikat yg jodoh pertemuan ajal maut tu aturan ALLAH..cemane eh nak jwb kt dorg supaya dorg phm dan sy x bengang hoho..
p/s abaikan sy jika masalah sy remeh temeh saje huhu

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Salam cik Anon.
Saya rasa pasal ni dah dijelaskan dalam entri - Bercakap pasal jodoh?
Cuba check http://notadisiku.blogspot.com/2011/02/barcakap-soal-jodoh.html
Baca sekali komen-komen di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...