23.9.10

Bilalah nak ada orang merisik gua?

Mukadimah: Ini sekali lagi entri pasal kahwin. Ha ha ha! Jangan banyak cakap. Ini entri request. Gua tunaikanlah hajat orang lain mudah-mudahan menjadi asbab Allah SWT memudahkan 70 hajat gua. Kadang-kadang orang kata Nota Siku ni asyik suruh orang berhenti kapel jer. Tapi solution tak bagi. Haa! Kahwinlah solution-nya. Gua suruh kau orang berhenti kapel yang haram. Kapel-lah cara halal yakni dengan berkahwin. Reti dak? Ke tak berani nak kahwin? Sembang saja lebat dengan awek. Bila suruh masuk meminang, kecut. Tak ready-lah. Tak itulah. Tak inilah. Banyak saja alasan. Ceh! Jadi macam gua kan senang. Tak ada awek. Ha ha. (Padahal nak promote gua masih single)

Oke. Al kisahnya bemula begini. Waktu petang hujung minggu lepas, gua bawalah bini dan anak-anak gua makan angin petang di taman rekreasi yang berbunga-bunga. Haa! Romantik kan gua. Bagi mualaf, Nabi SAW membahagikan masanya kepada 3 bahagian dalam sehari. Sebahagian masa untuk Allah SWT, sebahagian masa untuk keluarga dan sebahagian masa untuk umat dan kaum muslimim. (Suka hati gualah kalau nak ulang ayat ni 140 juta kali pun) He he! Bukan apa. Anak-anak gua ni teringin benar nak bagi makan ikan dekat dalam tasik tu. Sudah sebakul roti-roti expired beliau kumpul untuk dibuat makanan ikan. Jadi gua pun sempurnakanlah cita-cita beliau itu. Kalau tak nanti memberontak pula. Biasalah budak-budak.

Sampai di sana, gua biarkan anak-anak gua buat hal sendiri, duduk tepi tasik dan bagi makan ikan. Oh. Dia orang dah pandai jaga diri. Abang mereka yang sulung tu gua dah didik mantap-mantap dah supaya dapat jadi pemimpin yang berkaliber. Adik-adiknya pula semua taat dan mendengar kata. Sami'na waata'na-lah lebih kurang. Kami dengar dan kami ikut, itu motto kami. Ha ha ha! Budak-budak ni kenalah diajar berdikari sikit. Yer dak?

Lalu gua pun merendeklah dua orang dengan bini gua pusing satu taman. Macam orang kapel sedang hangat bercintalah orang kata. Haa! Inilah bagusnya bercinta lepas kahwin. Setiap malam adalah malam pertama.  Setiap petang kami bercinta. Ahaks!

Sedang kami jalan-jalan, kami terserempak dengan sepasang kapel yang sedang khusyuk layan cintan. (Bukan mee Cintan) Si lelaki tu ternampak gua lalu memanggil gua bertubi-tubi.

"Eh, lu Bijen M. kan? Penulis Nota Siku kan?" kata beliau.

"Err. Macam mana beliau boleh kenal gua. Magik betul. Penat gua sembunyikan identiti." gua bermonolog dalaman.

"Lu punya entri semua suruh orang clash, berhenti kapel. Tak baik woh memecah belahkan 'rumah tangga' orang." sambung beliau.

"Uik..." gua blur.

"Awek gua yang baca blog lu ni dah berapa kali try minta clash dengan gua. Nasib baik gua handal control keadaan." tegas beliau dengan nada kecewa sebab awek beliau minta clash berkali-kali.

"Oh. Tak kahwin lagilah rupanya? So tak nak clash?" gua cuba berdiplomasi.

"Walaupun nampak kami kapel, kami sebenarnya dah bertunang. Ustaz Azhar Idrus kata dalam Youtube, bertunang tak perlu pun bagitahu mak bapak. Once si lelaki dah kata kat perempuan tu nak ajak kahwin sekian-sekian dan perempuan tu dah bersetuju maka terjadilah pertunangan. Awek gua ni tak boleh dikacau orang sebab dah jadi tunang gua. Ini hukum agama. Jangan buat main-main." ceramah beliau kepada gua sambil menunjukkan video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang berada dalam henpon beliau.


Woah! Terkedu gua. Lalu gua pun mengeluarkan henpon gua yang bukan BlackBerry itu lalu buka software 'Pocket Al-Quran' lalu tunjukkan ke beliau satu ayat sambil berkata, "Ini perintah Allah SWT tak mau ikut? Jangan buat main-main. Ini perintah Allah SWT."

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Al-Israa:32)

"Dah. Jangan banyak cakap. Pergi kahwin sekarang." kata gua sambil ketawa berdekah-dekah.

"Err. Tak bolehlah. Tak ada duit." beliau balas.

"Dah tu bercinta tanggung anak orang, usung sana-sini mampu pula. Ceh!" gua balas balik.

Lalu gua pun berkata dengan macho-nya,

Dalam proses menjalinkan hubungan yang halal ini ada beberapa peringkat, (Ini pendapat gua)

Merisik
Proses menyiasat sama ada seseorang itu sudah berpunya atau tidak. Dengan kata lain, untuk mengelakkan dari kacau tunang atau bini oranglah. Peringkat ini masih belum involve apa-apa hubungan.

Tunang
Proses berkenalan. Untuk kita kaji dan tengok keserasian. Waktu tersebutlah digunakan untuk berkenal-kenal dengan pasangan dan lihat mampukah dia menjadi pasangan terbaik buat kita. Jika tidak, tak salah pertunangan itu diputuskan dan ianya lebih digalakkan bagi mengelakkan komplikasi negatif yang besar akan wujud suatu hari nanti. Sebab itu pertunangan itu tak perlu dihebah-besarkan supaya nanti nak putus tunang tu tak adalah susah sangat. Di peringkat ini hanyalah kenal-kenal begitu saja. Kenal pasangan cukup mata, lubang hidung, kaki tangan, mulut ke tak. Kenal mak bapak dia gangster ke tak. Kenal adik beradik dia ada yang lagi lawa ke tak. Ha ha ha! Cukup sekadar mengenal. Bukannya dihalalkan usung sana-sini. Ceh!

Nikah
Setelah yakin dengan pilihan kita tadi (lepas istikharah segala), masuk fasa seterusnya iaitu nikah. Nikah adalah fasa bercinta. Waktu inilah baru digunakan oleh pasangan untuk berkasih dan bersayang sesama mereka. Barulah nak SMS, chat, sembang lebih-lebih segala. SMS "Nite nite sleep tyte!" boleh diaplikasikan di waktu ini. Atau nak lebih advan? Terpulang.

Keluarga
Bila anak-anak lahir, barulah konsep kasih sayang itu diperluaskan lagi. Termasuklah soal didikan dan kepimpinan. Tanggungjawab makin besar dalam mendidik anak-anak supaya menurut tuntutan agama. Agar anak ini menjadi aset penting dalam pembangunan agama. Waktu ini wujud hubungan ibu bapa dan anak-anak.

Komuniti & Masyarakat
Daripada perkembangan keluarga ini akan memberi kesan kepada komuniti dan masyarakat setempat. Jika baik hasil didikan kita, maka komuniti di sekeliling kita akan menerima kesan dan impak yang berguna. Rahmat Allah SWT pun datang juga kepada komuniti tersebut. Waktu inilah tanggungjawab kita makin besar dalam mengemudi masyarakat. Hubungan antara kita dan masyarakat akan wujud. Termasuklah ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan dan lain-lain. Dalam masa yang sama, konsep jaga tepi kain orang diaplikasikan demi kebaikan ummah.

Mati
Lalu kita pun mati. Hasil usaha yang kita tinggalkanlah yang akan mengiringi kita meniti persinggahan kubur menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Jika berjaya, berbahagialah kita anak isteri dalam syurga bersama-sama.

Kesimpulannya, kewujudan negara Islam yang aman makmur itu bermula dari dalam rumah, bukan peti undi. Woho!

Jadi sebagai senarai semak untuk anda,
  • Risik - Penyiasatan
  • Tunang - Perkenalan
  • Nikah - Percintaan
  • Keluarga - Pendidikan, pentarbiahan, pendakwahan.
  • Komuniti - Kepimpinan
  • Mati - Penilaian
Jadi semak balik di mana stage kita dan apa sebenarnya yang kita sedang lakukan sekarang.

Kalau lu mengeras kata yang lu kapel tu adalah lu bertunang, ikut lu lah. Bagi gua bertunang hanya melibatkan proses berkenalan. Kapel itu bercinta iaitu dalam fasa nikah. Sekarang faham tak? Dah boleh bezakan antara tunang dengan kapel? Tunang is engage while kapel is bercinta. Ha ha ha! Tak faham juga? Lu fikirlah sendiri.

****

Gua pernah cerita dekat member gua bila ditanya perihal perigi mencari timba. Ada juga member tanya ke gua bolehkah perempuan yang berkenan dekat seseorang lelaki tu masuk meminang lelaki berkenaan? Jadi untuk menjawab persoalan ini, mari kita melihat kembali sirah Nabi SAW.

Kita lihat bagaimana Khadijah RA mengurat Nabi SAW. Bila dia sudah jatuh hati dengan Nabi SAW, dia menyuruh pakciknya pergi merisik Nabi SAW. Setelah keluarga belah Nabi SAW mengetahui hajat dan keinginan Khadijah RA, keluarga baginda pun menghantar rombongan meminang Khadijah RA. Lepas tu mereka pun kahwin dan hidup bahagia. Mudah saja.

Jadi, memanglah fitrahnya timba yang mencari perigi. Tapi si timba manalah tahu di kawasan itu ada perigi ke tak. Tuan perigi atau wakilnya tolonglah bagitahu ke timba yang di situ ada perigi untuk diambil airnya. Ada faham? Jadi sekarang gua sedang menunggu siapa-siapa nak datang merisik gua. Kah kah kah kah!

Nanti ada pula orang tanya, risik ikut e-mel boleh? Gua tak tahu nak katalah. Ha ha ha.

****

"Der! Lu ni tak konsistenlah. Sekejap kata single, sekejap kata dah kahwin. Gua kompiuslah dengan status lu." tanya seorang mamat ke gua.

Oh! Dalam kelas Proffesional Communication Skill, Encik Ridhuan Tony Lim ajar ke gua kalau nak persuade orang, kita kena ada kredibiliti. So sekarang gua nak persuade orang supaya kahwin, gua kenalah declare gua ada bini. Apa ada hal? Ha ha ha.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

39 comments:

farhana said... [Reply]

Salam..aku nk share 'senarai semak' tu kt blog. bole bijan?

Bijen M. said... [Reply]

Farhana,
Salam.
Sila-sila.
Tak payah minta izin.
:)

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

hahaha...memg kaw betol2 tulis eh entry nie...

untung juga siapa yg dapat kamu...hahah....

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

hahaha...memg kaw betol2 tulis eh entry nie...

untung juga siapa yg dapat kamu...hahah....

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Nak kena masuk kampung2 la plak tlg carikan ada perigi lebih tak utk Tuan Bijen nih.Tak jumpa karang, timbanya pulak yang naik lumut...heee.

Bijen M. said... [Reply]

Tsya,
Dah janji, tak kan nak tipu kot.
Kenalah tulis.
:)

AA,
Salam.
Haa.
Tolonglah masuk kampung carikan perigi-perigi yang belum buta.
Lambat-lambat karang berlumut.
Dah jumpa bagitau saya.
:)

Pisyek said... [Reply]

eh same la kite bijan.. single-mingle lagi.. haha... xD

Muhammad Azli Shukri said... [Reply]

salam, blog tuan sudah saya link.

Saya said... [Reply]

hmmmm

Bijen M. said... [Reply]

Pisyek,
Lah.
Mati-mati gua ingat lu dah kahwin.
Pasal banyak perempuan tanya pasal lu.
Gua cakap lu dah kahwin.
Mereka semua kecewa.

MAS,
Salam alaik.
Trimas tuan!

Saya,
Hmmmm.
:)

limauais said... [Reply]

bijen,aku rase la ramai yg xnak kawen,nak kapel lame2 sbb nk kenal hati budi msing2.derang takot lepas kawen,bercerai pulak.
tapi jodoh tu di tangan Tuhan kan.
kita merancang,Dia menentukan.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Takut?
Siapa yang bagi jaminan cerai atau bahagia tu?
Kita atau Allah SWT?
Kalau dah kenal habis-habis, tapi Allah SWT tak jamin mereka bahagia, takkan bahagia juga kan?
Jadi ikutlah garis panduan Islam.
Kerana semakin kita mendekati garis panduan, maka semakin kita disayangi dan diredhai Allah SWT.
Kalau Allah SWT dah sayang kita, insyaAllah tenang hidup kita.
Ye dak?

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Alhamdulillah..
Mungkin sebab ini lah, ALLAH jadikan aku dalam keadaan sekarang..

Bijen2..
terima kaseyh utk artikel kamu nih..
nah doposen.

Fyzal said... [Reply]

entri lu memang best la bro Bijen. so gua polow blog lu.

Bijen M. said... [Reply]

Ara,
Semua yang terjadi ada hikmahnya.
Sentiasalah bersyukur.
Allah SWT masih sayangkan kita.

Fyzal,
Terimas terimas!
Selamat membaca.
:)

Benrauf 2.0 said... [Reply]

Jangan tungu lama-lama..
Nanti lama-lama...
Dia diambil orang...

ewahh

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Kalau dah diambil orang tu maknanya bukan rezeki gualah.

Nazz@Purple said... [Reply]

ala nak kene clash la ni ek..

Bijen M. said... [Reply]

Nazz,
Kena kena.
Ha ha ha.
:D

Fontonk said... [Reply]

Aku tau neraka tu benar, tap kenapa aku masih bersms, berkeluar dgn kwan perempuan istimeawa aku?

bor, kasi idea macam mana aku nak stay dgn dia smpai aku dh start boleh tggung dia?

Bijen M. said... [Reply]

Fontonk,
Aku juga tahu dunia itu sementara.
Tetapi kenapa aku masih mengejar perkara dunia?

Iman tak cukup kuat der.
Kena develop iman bagi mantap.

Agak-agak lu bila lu boleh start tanggung?

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Ceq kna tunjuk artikel hang kat boyfren ceq..biaq dia terkedu tahap cipan..ceq pun terkedu..
kuikuikui

Zuhairi said... [Reply]

Bagus ni En Bijen. Semoga dpt jadi peringatan buat semua.

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Panjang nama tu.
Ha ha ha.
Tunjuklah.
Ada apa-apa masalah habaq noh.

Zuhairi,
Terimas tuan.
Insyaallah semoga kita semua beroleh manfaat.

Myra Arshad (: said... [Reply]

aku merisik orang yang aku suka dalam hati je. Ha ha ha ! :D

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Pehh.
Mujahadah tinggi.
Nak mati syahid eh?
Ha ha ha.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

=)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Apa senyum-senyum?

Myra Arshad (: said... [Reply]

kalu mati syahid adalah pilihan terakhir. aku tak kesah. hehe

sweetie2010.blogspot said... [Reply]

Salam,

Buatlah pilihan yang betul, itulah perlunya dari merisik hinggalah bernikah. Moga snds segera bertemu jodoh. seorang muslimah sejati. InsyaAllah

Bijen M. said... [Reply]

Sweet,
Salam.
He he.
Share sikit pengalaman.
:)
Amin.
Semoga dipermudahkan.

matadore said... [Reply]

member aku tanya,

kalau tak kapel macam mana nak kawin?






aku senyum je.
lalu aku terasa nak bagi link blog ni.

heh heh heh

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Ha ha ha.
Tak payah.
Kau baca bagi faham.
Lepas tu terangkan dekat dia.
:D

matadore said... [Reply]

ops lupa nak tambah.
aku terasa ja tapi tak kasi pun.


kah kah kah

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Ha ha ha.

The Poyo Me said... [Reply]

gua suka post lu yg ineh.
rasa nak tampal atas dahi member gua yang suka bekepit dgn abang sayang sampai ke dini hari.

wahahaah

*i will follow youuu*

Bijen M. said... [Reply]

TPM,
Ha ha.
Jangan lupa sain sekali dahi dia orang.
:D

masitah said... [Reply]

terkedu saya nak mintak clash lepasni

Bijen M. said... [Reply]

MAS,
Kahwinlah cecepat.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...